You are on page 1of 37

CONTOH PENULISAN ILMIAH

Ramai di antara kita tidak tahu bagaimana hendak menulis menggunakan laras bahasa ilmiah sepertimana disyaratkan oleh pihak UPSI untuk menyiapkan kerja kursus KRB 3033. Di sini saya sertakan Contoh Penulisan Ilmiah. Semoga artikel ini dapat memberi manafaat kepada cikgu-cikgu dan semua pelawat. KAEDAH PENULISAN ILMIAH Pengenalan Penulisan ilmiah merujuk penulisan yang berlandaskan metodologi keilmuan atau metodologi saintifik. Metodologi saintifik ialah pendekatan mengungkapkan fakta dan bukti bagi menyokong kebenaran melalui bebarapa langkah seperti perumusan masalah, pembentukan hipotesis, deduksi hipotesis dan pengujian kebenaran. Bahasa penulisan ilmiah, biasanya memilih kata, istilah, ungkapan dan ayat yang maknanya bersifat denotasi, iaitu tepat dan jelas supaya tidak disalahertikan dengan makna-makna lain. Dengan demikian karangan ilmiah harus bersifat objektif, jujur dan tepat.

Jenis-jenis Penulisan Ilmiah Jenis-jenis penulisan ilmiah yang utama ialah esei ilmiah, kertas kerja, laporan kajian, tesis dan disertasi. Esei ilmiah merujuk karangan ilmiah yang pendek tentang topik atau permasalahan berdasarkan data yang diperolehi melalui rujukan perpustakaan dan / atau kerja lapangan. Penghuraiannya bersifat rasional-empiris dan objektif. Kertas kerja ialah penulisan ilmiah yang memaparkan sesuatu fakta atau permasalahan berdasarkan data kerja lapangan dan / atau rujukan perpustakaan. Analisis dalam kertas kerja adalah lebih serius serta bersifat rasional-empiris dan objektif. Kertas kerja biasanya ditulis untuk diterbitkan dalam jurnal akademik atau dibentangkan dalam pertemuan ilmiah seperti seminar, bengikel dan sebagainya.

Laporan kajian atau penyelidikan ialah penulisan ilmiah yang menyampaikan maklumat atau fakta tentang sesuatu kepada pihak lain. Penghuraiannya juga bersandarkan kepada metodologi saintifik dan berdasarkan data kerja lapangan dan / atau rujukan perpustakaan. Tesis ialah penulisan ilmiah yang sifatnya lebih mendalam. Tesismengungkapkan pengetahuan baru yang diperoleh daripada pengamatan atau penyelidikan sendiri. Penulisan ilmiah ini melibatkan pengujian hipotesis bagi membuktikan kebenaran. Tesis biasanya ditulis oleh pelajar peringkat Sarjana Muda Kepujian dan peringkat Sarjana serta perlu dipertahankan di hadapan panel viva-voc. Disertasi ialah penulisan ilmiah tahap tertinggi dalam hierarki pancapaian akademik, iaitu untuk mendapatkan gelaran Doktor Falsafah (Ph.D). Disertasi melibatkan fakta berupa penemuan penulis sendiri berdasarkan metodologi saintifik dan analisis yang terperinci. Seperti tesis, disertasi juga perlu dibentangkan dan dipertahankan di hadapan panel atau lembaga viva-voc.

Ciri-ciri Khusus Penulisan Ilmiah Terdapat beberapa ciri khusus dalm penulisan ilmiah yang perlu diberi perhatian: 1. 2. 3. 4. Catatan Pustaka Catatan Kaki dan Catatan Kaki Singkat Petikan Langsung dan Tak Langsung Bibliografi / Rujukan / Daftar Pustaka

Catatan Pustaka Dalam penulisan ilmiah, sumber maklumat yang digunakan atau dirujuk perlulah dinyatakan. Catatan tentang sumber maklumat seperti buku, majalah, jurnal atau surat khabar disebut catatan pustaka. Teknik catatatn pustaka yang lazimnya digunakan adalah seperti berikut: Jika nama pengarang dimasukkan bersama teks, karangan yang diisi di dalamnya tahun penerbitan dan muka surat dan perlu ditempatkan selepas nama pengarang tersebut. Tanda titik bertindih (:), dimasukkan di antara angka tahun terbitan dengan angka muka surat. Contoh: Menurut Mohd. Nor Daud (1997 : 63), ayat yang berkesan ialah satu bentuk ayat yang disokong oleh kepelbagaian dalam struktur ayat. atau Hassan Ahmad (2000), juga sependapat dengan.... atau Mengikut pandangan Saville Troike (1986 : 52-63), peristiwa komunikasi.... Jika dalam teks nama pengarang tidak disebut, catatan nama pengarang, tahun penerbitan dan muka surat dimasukkan di dalam kurungan dan diletakkan di hujung teks sebelum noktah. Tanda koma (,) diletakkan di antara nama pengarang dengan tahun terbit. Contoh: Secara amnya peribahasa ialah percakapan atau ujaran yang mengandungi kebijaksanaan fikiran dan pemerhatian yang tersusun dalam bentuk yang ringkas, indah, sedap didengar dan benar pada perasaan dan fikiran. (Keris Mas, 1988 : 136)

Catatan Kaki Catatan kaki ialah catatan-catatan kecil yang berfungsi memberikan keterangan tambahan terhadap teks yang ditulis. Catatan kaki ditempatkan pada bahagian bawah halaman dan dipisahkan daripada teks dengan garis panjang. Penomboran yang berurutan diberikan kepada setiap catatan kaki. Contoh: .....kajian etimologi1 tidak dapat dipisahkan daripada kajian linguistik... ________________________________________________ 1. Etimologi ialah kajian tentang kata serta perubahan bentuk dan makna. Catatan Kaki Singkat Catatan kaki singkat merupakan satu lagi kaedah menunjukkan sumber rujukan selain kaedah catatan pustaka. ibid. (singkatan daripada ibidum, ertinya sama dengan yang di atas). Digunakan untuk catatan kaki yang sumbernya sama dengan catatan kaki yang telah disenaraikan di atasnya. op.cit (singkatan daripada opere citati, ertinya dalam buku / karya yang telah dipetik), digunakan untuk catatan kaki daripada sumber yang telah dinyatakan, tetapi telah disisip catatan kaki lain daripada sumber lain. loc.cit (singkatan daripada loco citati, ertinya tmpat yang telah dipetik) seperti op.cit, tetapi dipetik daripada perenggan yang lain. Perhatikan contoh catatan kaki singkat yang menunjukkan sumber rujukan dan ditempatkan pada bahagian bawah halaman serta dipisahkan daripadaa teks degan garisan panjang seperti yang berikut: 1. 75 John Dewey, 1974. How We Think. Chicago. Henry Regnery Company. hal :

2. Shaykh Hakim Moinuddin Chisti, 1985. The Book of Sufi Healing. New York. Inner Traditions International Ltd. hal : 25 3. 4. 5. Ibid, hal. 45 John Dewey, op.cit., hal 89. John Dwey, loc.cit.

Penggunaan catatan untuk menunjukkan sumber rujukan mestilah selaras dalam keseluruhan penulisan. Jika kaedah catatan pustaka yang dipilih, maka keseluruhan penulisan haruslah menggunakan kaedah ini. Sebaliknya jika kaedah catatan kaki singkat digunakan, maka keseluruhan penulisan mestilah mengekalkan penggunaan kaedah ini dengan konsisten Petikan Tak Langsung Petikan tak langsung merupakan pengungkapan kembali pendapat, gagasan pokok, ringkasan atau kesimpulan daripada sebuah tulisan dengan gaya penulis sendiri. Teknik menyatakan sumber informasi dalam petikan tak langsung adalah sama seperti teknik catatan pustaka. Petikan Langsung

Petikan langsung pula ditulis dalam susunan ayat asalnya tanpa sebarang perubahan dan diberi tempat tersendiri, terpisah daripada teks. Petikan langsung kadang-kadang diperlukan untuk mempertahankan keaslian penyataan yang dipetik, menunjangi hujah atau memberi maklumat tambahan. Petikan langsung diberi tanda petik ( ) padanya dan diikuti oleh catatan pustaka. Biasanya petikan langsung ditulis rapat (satu spasi) ataupun dikecilkan saiz hurufnya seperti contoh yang berikut: segala sesuatu cakap yang pendek yang melekat di mulut orang ramai semenjak beberapa lama oleh sebab sedap dan bijak perkataannya, luas dan besar tujuannya dipakainya sebagai sebutan-esbutan orang sebagai bandingan teladan dan pengajaran. (Zaba, 1965 : 165) Sementara Clifford dan Swettenham menyatakan hasil pemrhatian mereka iaitu: .......peribahasa merupakan bahasa diplomatik, amat sesuai untuk mengelakkan diri daripada terlalu berterus-terang. (Brown, 1951 : X)

Bibliografi Menulis bibliografi atau daftar pustaka bermaksud menyenaraikan semua sumber rujukan dan bacaan sama ada yang telah diterbitkan seperti buku, jurnal dan majalah ataupun yang belum terbit seperti kertas kerja, tesis dan disertasi. Biblografi dapat membantu pembaca mengetahui sumber-sumber yang digunakan dalam sesuatu kerja ilmiah. Ada beberapa hal yang perlu diperhatikan dalam penyusunan bibliografi: 1. Bibliografi tidak diberi nombor 2. Urutan nama penulis mengikut urutan huruf 3. Gelaran penulis tidak dimasukkan 4. Bibliografi diletakkan pada bahagian terakhir tulisan 5. Nama pengarang Melayu, Cina dan India ditulis penuh dalam susunan asal tetapi pengarang Barat, hanya nama keluarga sahaja yang ditulis. Urutan unsur-unsur yang ditulis dalam bibliografi ialah: Nama penulis Tahun penerbitan Judul digaris atau dicetak 'italic' Tempat penerbitan Nama penerbit Perhatikan contoh-contoh bibliografi di bawah ini. Bibliografi Abdullah Hassan, 1984. Linguistik Am Untuk Guru Bahasa Malaysia. Petaling Jaya. Penerbitan Fajar Bakti Sdn. Bhd. Campbell. W.G., 1976. Form And Style In Thesis Writing. Boston.

Houghton Mifflis Company. Mohd. Senu Awang, 1994. Khutbah Jumaat : Satu Analisis Laras. Kuala Lumpur. Penerbitan Jabatan Pengajian Melayu, Universiti Malaya, Kuala Lumpur. Nik Safiah karim, et. All. 1993. Tatabahasa Dewan, jilid 1 dan 2. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Soosai Ganesh, 1981. Kamus Ungkapan Lengkap. Kuala Lumpur. Penerbitan Geetha. Tan Ching Kwang, 1985. Malay Proverbs. Kuala Lumpur. Graham Brash. Teo Kok Seong, 1997. Linguistik Antropologi: Satu Pengenalan Teoritis, dlm. Jurnal Dewan Bahasa. 41 : 3 Mac, hlm. 243-251. Razak A. Majid, 2002. Bahasa untuk Masyarakat Madani, dlm. Berita Harian. September, hlm 12. http://www.dbp.gov.my/ http://www.bharian.com.my http://ww.utusan.com.my/majalah/massa

Topik 4

Penulisan ilmiah membawa maksud yang sama dengan akademik. Penulisan ilmiah merujuk kepada perkara-perkara yang terbahagi dengan maklumat dan data. Istilah lain selain penulisan ilmiah ialah penulisan bermaklumat, penulisan saintifik, penulisan akademik dan penulisan deskriptif (Mohd. Azhar Abd. Hamid, Halimah Ma'alip, Mohd. Sofri Ibrahim, Paiman Atoma, Sanitah Mohd. Yusof, Yusof Boon, etc al., 2001: 19).

Penulisan ilmiah mempunyai perbezaan ketara antara satu satu dengan yang lain. Perbezaan ini berlaku disebabkan oleh cirri-ciri khusus. Antara ciri-cirinya ialah : - Jumlah perkataan dan helaian muka surat. - Objektif penulisan. - Tempoh masa menulis teks. - Jenis khalayak. - Status penulis.

- Nilai kandungan.

Berdasarkan cirri-ciri di atas, terdapat empat jenis penulisan ilmiah yang utama iaitu : - Esei ilmiah - Tesis - Disertasi - Buku ilmiah

Dikenali juga sebagai kertas kerja ilmiah atau esei panjang. Sesetengah esei ilmiah panjangnya hanya empat hingga lima muka surat. Sesetengah yang lain pula ditulis mengikut jumlah perkataan : 1000 2500 patah perkataan. Esei ilmiah boleh diterbitkan dalam jurnal, bulletin atau prosiding persidangan.

Penulisan ilmiah yang bersifat lebih mendalam. Memerlukan pengujian hipotesis untuk membuktikan kebenaran. Melakukan kajian atau penyelidikan tentang tajuk yang diperoleh. Perlu dipertahankan dihadapan panel viva voce.

Penulisan ilmiah tahap tinggi dalam peringkat pencapaian akademik. Ditulis untuk mendapatkan ijazah Doktor Falsafah (Ph.D). Dapatan daripada penulis sendiri berdasarkan metodologi saintifik dan analisis yang terperinci. Perlu dibentang dan dipertahankan oleh dihadapan panel atau lembaga iaitu viva voce.

Satu genre yang penting dalam peringkat ilmu di institusi pengajian tinggi. Peraturan menulis kandungan sesebuah bukku haruslah mengikut piawaian. Terdapat perbezaan dari segi produser penerbitan penerbit-penerbit tertentu. Perbezaan dari segi layout dan fizikal sesebuah buku sahaja.

Menyampaikan fakta secara sistematik. (penulisannya cermat, tepat, benar dan tidak membuat andaian sendiri)

Tidak berpihak pada mana-mana pihak dan penulis tidak bersifat prejudis. (contoh : jika mendapat tajuk tentang politik, penulis tidak berpihak pada mana-mana parti tersebut)

Penulisan ilmiah bersifat sistematik. Penulisannya secara teratur. Penulisan ilmiah tidak bersifat emosional. Penulisan ilmiah tidak bersifat persuatif. Bukan melalui percanggahan pendapat atau protes tetapi melalui fakta yang berdiri sendiri. Sumber maklumat yang diperoleh adalah sahih. Penulisan ilmiah ialah satu laporan

Penulisan ilmiah mesti merujuk karya terbitan sebelumnya. Penulisan ilmiah mempunyai format yang standart dari segi kandungan teks, kutipan, rujukan, dan elemen-elemen mekanis penulisan berformat. Penulisan ilmiah tersedia kepada komuniti ilmiah tanpa sebarang sekatan.

Gaya penulisan ilmiah :

- American Psychological Association (APA) -Modern Language Association of American (MLA) - Chicago - Gaya Dewan

American Psychological Association (APA) :


o o o

Digunakan secara meluas dalam bidang sains sosial. UPSI menggunakan gaya APA (pendidik). Memberi penekanan tentang tajuk dan susunannya, format penulisan dan kaedah penulisan kutipan dan bibliografi. Selain itu, pemaparan jadual, penomboran, nota kaki dan lampiran juga turut dititikberatkan. Gaya APA secara terperinci ada dalam bukuThe APA Publication Manual.

Modern Language Association of American (MLA) :


o

Gaya penulisan ilmiah yang digunakan dengan meluas di Amerika, Kanada dan negara-negara lain.

Untuk penulisan dan penyelidikan dalam bidang kemanusiaan, terutamanya pengajian Bahasa Inggeris, bahasa-bahasa moden dan kesusasteraan.

Keterangan lanjut tentang gaya MLA adalah melalui buku MLA Style Manual (1985).

Chicago :
o

Gaya

penulisan

Chicago

yang

dibincangkan

secara

terperinci

dalam The Chicago Manual of Style.


o

Sistem pendokumentasian yang asas, gaya kemanusiaan (nota dan bibliografi) dan gayapenulis-tarikh. Gaya kemanusiaan ialah bidang kesusasteraan sejarah dan kesenian. Gaya penulis-tarikh digunakan dalam bidang sains sosial.

o o

Gaya Dewan :
o o

Digunakan secara khas oleh Dewan Bahasa danPustaka. Panduan yang digunakan dalam buku ini merangkumi keseluruhan, perkara yang perlu diberi perhatian dalam penulisan, seperti bahagian awalan, bahan teks dan bahan akhiran.

Kertas kerja persidangan atau seminar Kertas kerja projek / kajian Laporan Tesis / Latihan ilmiah

Skop / ruang lingkup


o

Ruang lingkup digunakan untuk menentukan had kepanjangan sesuatu penulisan dan skop yang hendak diliputi oleh penulisnya. Ruang lingkup lebih fokus kepada aspek yang hendak dibincangkan. Dapat menentukan tajuk penulisan dan perincian tajuk yang selanjutnya.

o o

Batasan perkataan dan ayat


o

Penggunaan perkataan dan ayat yang ringkas, jelas dan padat dapat melahirkan penulisan yang ekonomis serta mudah difahami. Tahap kesenangan dan kesushan teks bergantung pada panjang pendek ayat yang digunakan.

Golongan sasaran
o

Audiens

terdiri

daripada

pelbagai

lapisan

masyarakat,

berlatarbelakangkan pendidikan dan taraf hidup yang berbeza.


o

Penggunaan laras bahasa yang sesuai harus digunakan mengikut jenis audients.

Pemilihan tajuk yang sesuai dapat membantu pelajar mengumpul data da maklumat yang tepat bagi menyelesaikan persoalan bagi sesuatu tajuk yang hendak dibincangkan.

Penulisan tajuk hendaklah ringkas, jelas dan tepat (tidak melebihi 15 patah perkataan). Contoh : Keberkesanan Pertubuhan Bukan Kerajaan.

Kertas kerja projek atau kajian :

- Pengenalan - Tajuk - Rasional - Objektif / matlamat - Jangka masa yang diperlukan - Kumpulan sasaran - Andaian masalah yang dihadapi semasa menjalankan kajian -Sumber kewangan

Contoh mengungkap idea dalam laporan kajian Terdapat dua jenis pengungkapan idea dalam laporan

Ungkapan penemuan Ungkapan perakuan

Ungkapan penemuan: Ungkapan penemuan menyatakan apa yang ditemui atau diperolehi oleh pengkaji yang menjalankan kajian. Bagaimanapun, ungkapannya sama sekali tidak menunjukkan penggunaan kata kunci temui atau peroleh, tetapi menggunakan kata kunci didapati, adalah didapati. Ungkapan perakuan: Penggunaan diperakukan biasanya digunakan dalam bahan laporan kajian. Bentuk pasif diperakukan adalah disebabkan perakuan-perakuan dalam ayat pasif. Ayat pasif tidak memerlukan pewujudan subjek atau pelaku. Ayat aktif mendapat bentuknya itu disebabkan adanya subjek dan pelaku. Biasanya kata kunci diperakukanselalunya didahului oleh perkataan adalah, kata akan menghasilkan adalah bahasa laporan. diperakukan. Penggunaan kunciadalah

diperakukan atau adalah juga diperakukan itu akan memberi cirri khusus kepada

Contoh mengungkap idea dalam penulisan saintifik

Terbahagi kepada dua pendekatan atau kaedah iaitu Ungkapan epistemic dan operasional. Ungkapan epistemic

Pendekatan atau kaedah

- Penggolongan yang menggunakan cirri-ciri fizikal itu merupakan golongan ras. - Contoh: Dengan penjelasan mengenai konsep kebudayaan itu, dapatlah dikatakan bahawa cara hidup orang melayu dalam perlembagaan ialah sikap, tingkah laku dan pandangan hidup yang halus.

Menjelaskan makna atau tujuan

- Ungkapan ini menyatakan contoh seperti yang berikut: Kawasan bukan tradisional pula ialah kawasan yang wujud akibat migrasi orang dari kawasan tradisional. Ini bermakna bahawa kawasan bukan trdisional terletak di kota.

Mengandaikan

- Contoh penggunaan ungkapan ini ialah:

Jelaslah bahawa cerita-cerita itu jelas dapat digunakan sebagai analisis.

Kepastian atau keyakinan

-Kajian ini dijalankan untuk melihat kecekapan berbahasa Melayu dalam kalangan penutur bukan Melayu.

Ungkapan operasional

- Ungkapan operasiaonal dalam penulisan teks saintifik pula menggambarkan langkahlangkah yang diambil ketika menjalankan penyelidikan. Kata kunci yang digunakan seperti dilakukan, dijalankan, dicadangkan, dan lain-lain. Contoh ungkapan operasional adalah seperti berikut:

Soal- selidik dihadkan kepada mereka yang menetap dalam komuniti penutur bukan Melayu sahaja. Dalam Bab 1, sudah dinyatakan tentang factor - factor asas dalam membezakan kategori penutur asli.

Dalam unit ini, rujukan yang akan dihuraikan merujuk pada kaedah menulis kutipan. Manakala bahan rujukan pula merujuk pada kaedah penulisan nota kaki dan juga senarai rujukan.

Penggunaan rujukan atau penyisipan kutipan oleh penulis adalah untuk mengemukakan fakta dan menyokong hujah- hujah. Sumber sesuatu data dimuatkan dalam teks agar maklumat yang digunakan oleh penyelidik itu boleh dipertanggungjawabkan. Terbahagi kepada dua kaedah iaitu kaedah petikan langsung dan tidak langsung.

Petikan / Kutipan langsung

Merupakan petikan yang diambil sepenuhnya tanpa melakukan sebarang perubahan, khususnya pada perkataan-perkataan asal rujukan itu. Biasanya, kutipan langsung ditulis dalam satu baris. Jika kutipan lebih daripada satu baris sesuatu rujukan itu hendaklah diindentkan. Selain itu, nama pengarang dan tahun diterbitkan karya itu mesti disertakan.

Jikalau nama pengarang merupakan sebahagian daripada ayat, maka tahun karya tersebut diterbitkan hendaklah diletakkan di dalam kurungan. Sebaliknya jika nama pengarang bukan sebahagian daripada ayat, maka nama pengarang dan tahun terbitan diletakkan di dalam kurungan. Jika merujuk sesuatu karya yang ditulis oleh dua orang, maka kedua-dua nama pengarang itu hendaklah ditulis. Jika merujuk sesuatu karya yang ditulis oleh tiga orang atau lebih, maka nama pengarang pertama itu hendaklah diikuti dengan et al . Tetapi dalam bibliografi, semua nama pengarang hendaklah dinyatakan.

Yang

berikut

merupakan

beberapa

kaedah

yang

digunakan

dalam

pendokumentasian.:

Menggunakan petikan yang memerikan atau membincangkan penulisan atau kata- kata oleh seorang penulis atau penulis lain. Petikan yang menyampaikan maklumat atau pendapat bagi menambahkan maklumat yang sedia ada. Pemaparannya perlu memperlihatkan kesinambungan idea penulis.

Sekiranya terdapat persetujuan pendapat dalam beberapa karya, perlu menggunakan frasa yang menunjukkan persetujuan pendapat itu. Perlu menggunakan frasa yang menunjukkan keadaan bertentangan sekiranya terdapat percanggahan pendapat. Menggunakan kaedah penyisipan petikan langsung ke dalam teks.

Petikan / Kutipan tidak langsung

Merupakan petikan sesuatu idea orang yang terlebih dahulu diolah menurut perkataan sendiri. Pendokumentasian seperti ini tidak memerlukan penggunaan nota kaki. Bahkan mengikut trend sekarang, nota kaki hanya digunakan untuk membuat penerangan lanjut tentang sesuatu konsep, idea atau istilah, dan bukan untuk pendokumentasian.

Kaedah penulisan nota kaki

Dalam penulisan ilmiah, nota kaki amat diperlukan untuk memberi maklumat tentang asal-usul sumber yang boleh dirujuk. Fungsi nota kaki
o

Untuk memberikan maklumat lengkap tentang sumber yang telah dirujuk seperti buku, majalah, tesis, makalah dan bahan dari internet. Termasuklah nama penulis, judul buku, jurnal, nama penerbit, tahun terbit, tempat terbit dan halaman. Untuk membuat rujukan silang. Tujuannya memaklumkan pembaca bahawa :

perkara sama yang dibincangkan dalam halaman atau bab lain dalam bahan rujukan yang sama.

Untuk memberi komen atau cadangan. Untuk memberikan rujukan tambahan tentang isu yang dibincangkan dalam teks. Untuk memindahkan petikan langsung daripada bahagian teks kepada bahagian nota kaki. Ini dilakukan untuk mengelakkan gangguan penceritaan dalam teks penulisan ilmiah.

Untuk penghargaan kepada penulis dan sumberyang dirujuk.

Penulisan nota kaki merangkumi pelbagai cara. Kaedah yang ingin diperkenalkan dalam unit ini ialahThe Chicago Manual Style, American

Psychological Association (APA) dan Modern Language Association of America (MLA) dan Gaya Dewan.

Nota kaki The Chicago Manual Style Menggunakan dua kaedah penulisan yang utama. Pertama, dikenali nota dan bibliografi. Nota kaki diletakkan dalam teks selepas sesuatu kenyataan dan nombor secara turutan dan ditempatkan di kaki halaman buku yang dikenali sebagai nota kaki. Juga boleh ditempatkan pada akhir penulisan yang dikenali sebagai nota hujung.
o

Nota kaki ditulis dengan nama penuh pengarang

Bahan yang telah diterbitkan digaris atau diitalikkan Diletakkan pada bahagian akhir setiap halaman Disusun mengikut nombor Dimulai agak ke dalam sedikit seperti mana penulisan perenggan Kebanyakkan maklumat nota kaki dipisahkan oleh koma kecuali maklumat tentang penerbitan yang dinyatakan dalam kurungan Nota kaki ditulis dalam langkau satu baris, tetapi antara teks dilangkau dua baris Bagi catatan nota hujung, perlu ditulis dengan langkau dua baris Tiada penggunaan singkatan seperti op.cit., danloc.cit.

Nota kaki American Psychological Association (APA) Dalam menulis maklumat tentang rujukan, penulis hanya perlu menyatakan nama keluarga pengarang, tahun penerbitan dan halaman buku dalam kurungan.

Menurut Sufean Hussin, 1985, hlm. 66-67, penekanan hanya pada nama keluarga pengarang, tahun terbit dan halaman buku. Maklumat lengkap setiap sumber yang dirujuk dalam teks diberikan dalam senarai bibliografi yang perlu disusun mengikut abjad dan nama keluarga.

Nota kaki dalam gaya APA ini boleh memberikan rujukan tambahan tentang isu yang dibincangkan dalam teks. Nota kaki disebut sebagai nota dan ditulis pada bahagian akhir penulisan sebelum menyenaraikan bibliografi. Ditulis langkau dua baris dan ayat pertama dimulakan sebagai perenggan dengan lima ketikan ke dalam dari sebelah kiri.

KAEDAH PENULISAN BIBLIOGRAFI

KAEDAH PENULISAN BIBLIOGRAFI

Nota kaki Mordern Language Association of America (MLA) gaya MLA ini agak jarang digunakan dalam bidang saing social kerana ianya memerlukan sesuatu petikan disusuli oleh pengarangnya yang membuat kenyatan tersebut. Petikan tersebut perlulah berakhir dengan nombor halaman yang dinyatakan dalam kurungan. Sumber yang lengkap tentang tajuk buku, tempat terbit dan penerbit boleh didapati pada bahagian bibliografi. Menurut Lester, 1987, hlm. 108, biasanya gaya ini hanya membenarkan pengunaan nota kaki jika ia bertujuan untuk membuat huraian kandungan (content foot notes). Contoh gaya MLA ialah seperti berikut: Pedagang negeri dikenali sebagai pedagang persendirian dan misi mereka biasanya menjalankan perdagangan di semenanjung Tanah Melayu, dalam persisiran Selat Melaka. Antara pedagang negeri yang termasyur pada tahuntahun 1511 ialah sir Ferrot Miles, Sir Thomas Aktinson dan Lady Guillmard yang datang ke Tanah Melayu melalui kapal terbang.

d) Nota Kaki Gaya Dewan dianjurkan oleh Dewan Bahasan dan Pustaka,kaedah ini memerlukan jenis penulisan kaedah Penulis-tarikh,tarikh penerbit bahan dan halaman rujukan dalam tanda kurung. Untuk maklumat lengkap tentang sumber rujukan berkenaan penyelidik perlu menyemak senarai bibliografi dan memperkembangkan idea dengan membuat rujukan silang contohnya:

Sebahagian besar daripada maklumat buku dipisahkan oleh tanda titik dan noktah bertindih Pengarang yang menghasilkan dua buah buku pada tahun yang sama akan diulang dengan tahun penerbitan---a,b dan seterusnya. Tajuk tesis dan kesemua rujukan yang telah diterbitkan akan digaris Bagi artikal , jurnal dan tesis, perlu dinyatakan halamannya

Contoh penulisan bibliografi APA ialah: Panduan Penulisan Bibliografi Gaya UPSI (American Psikologi Association "APA") Rujukan atau bobliografi perlu dimulakan pada muka surat baharu,ditulis mengunakan saiz 12 huruf Times New Roman, disusun secara urutan abjad

berasaskan abjad pertama nama penulis, perlu ditaip tanpa langkauan (single spacing) dan santak kiri dan kanan (justify)

1.

Buku

Seorang penulis

Asmah Haji Omar (2002). Setia dan santun bahasa. Tanjung Malim: penerbit Unuiveriti Pendidikan Sultan Idris.

Seorang penolis dan beberapa buah buku yang digunakan mestilah disusun secara kronologi iaitu mengikut tahun

Abdullah Hassan (1974). The morphology of Malay. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa Dan Pustaka. Abdullah Hassan (1992). Rencana Lingustik. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa Dan Pustaka

Seorang penulis dan buku yang diterbitkannya adalah pada tahun yang sama yang digunakan sebagai rujukan perlulah disusun mengikut tajukbuku yang mengikut abjad dan dilebelkan dengan huruf a,b,c dan seterusnya pada tahun seperti berikut :

Gumperz, J. (1982a). discourse strategies. Cambridge : Cambridge University Press. Gumperz, J. (1982). Language and social identity.Cambridge: Cambridge University Press.

Dua orang penulis

Sulaiman Masri dan Razali Ayob (2002). Komunikasi kewartawanan . Kuala Lumpur : Utusan Publication.

Tiga hingga enamoring penulis

Nik Safiah Karim, Farid M. Onn, Hashim Hj. Musa & Abdul Hamid Mahmood (1996) Tatabahasa Dewan Edisi Baharu.Kuala Lumpur : Dewan Bahasa Dan Pustaka.

Lebih daripada enam orang penulis

Abu Hassan Abdul, Ahmad Khair Mohd . Nor,Hamid Awang, Husna Faredza Mohd Redzwan, Idris Mohd Radzi, Khairul Azam Bahari, Et al.(2003). Bahasa Melayu Profesional. Kuala Lumpur : Cetakrapi Sdn.Bhd

Buku yang diedit

Davis, S. (Ed.). (1991). Pragmatic. Oxford: Oxford University Press.

Buku yang diterjemah

Palmer, F.R., (1989). Semantik (Abdullah Hassan, terjemah ).Pulau Pinang: Univertity Sains Malaysia. (Karya asli diterbitkan 1976)

Rujukan tersebut bermaksud karya asal yang terkah diterjemahkan dan diterbitkan pada tahun 1976 dan ditulis oleh Palmer, F.R. buku itu diterjemahkan oleh Abdullah Hassan yang bertajuk Semantik dan diterbitkan pada tahun 1989 oleh Universiti Sains Malaysia

Buku keluaran institusi atau organisasi

Kementerian Pendidikan Malaysia (2003). Huraian sukatan pelajaran Bahasa Melayu tingkatan 5. Kuala Lumpur: Kementerian Pendidikan Malaysia dan Dewan Bahasa dan Pustaka.

Artikal atau bab yang ditulis oleh seseorang dalam buku yang diedit oleh orang lain.

Barliey, K (1983). Competitiveness and anexiety in adult second language learning: Looking at and through the diary studies. Dalam Seliger, H.& Long, M.(Ed.) Clasroom oriented research in second language acquisition (m.s. 67-103). Rowley: Newbury House.

1.

Artikal dalam Jurnal

Hassan Ahmad (1999). Dasar bahasa dan pembangunan Negara di Malaysia Dalam Dewan Bahasa, 43(9), 783-797

Rujukan tersebut bermaksud artikal ini ditulis oleh Hassan Ahmad yang terdapat dalam jurnal Dewan Bahasa Dan Pustaka jilit 43 bulan September pada muka surat 783 hingga 797.

1.

Artikal dalam jurnal elektronik

Kerin, J. (2000). Doctors from teen novel approach[Elektronoc Version]. The Australian, 4. Diperoleh pada November 20,2001 daripada http://www.theaustralian.com.au

1.

Artikal daripada internet tetapi bukan daripada jurnal elektronik

Sinclair ,J.M. (1996). Preliminary Recommendations on Corpus Typology. Diperoleh pada Ogos 18, 2004 daripada http://www.ilc.cnr.it/EAGLES96/texttyp.html Jika tiada penulis Creative thingking (2004). Diperoleh http://www.virtualsalt.com/crebook2/html pada Ogos 20, 2004 daripada

1.

Artikal dalam akbar

Fazli Abdullah (2005,April 5). Boleh ambil pekerja asing. Berita harian, 1 & 8 Jika tiada penulis Boleh ambil pekerja asing. (2005,April 5).Berita Harian 1 & 8

1.

Artikal dalam majalah bulanan

Zaidi Mohamad (2001,jun). Kecemerlangan Akedemik. Dunia Pendidikan,17-20

1.

Artikal dalam majalah mingguan

Vygotsky, L. (2002, Ogos 4). Mind in Society.Newsweek,100,76-80

1.

Tesis atau Disertasi

Mohd. Ra'in Shaari (2003). Perlaku morfo-sintaksis imbuhan meN-kan: analisis data korpus berkomputer. Tesis sarjana yang tidak diterbitkan, Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia

1.

Prosiding Persidangan

Seri Lanang Jaya Haji Rohani (2004) memberikan pendapat yang bernas sebagai Sumbangan dalam perbingcangan . Dalam prosiding Seminar Mengajar dan Bahasa Melayu Taksiran Sukatan Pelajaran Baharu UniversitinPendidikan Sultan Idris (m.s. 69-78). Tanjong Malim: Penerbit Universiti Pendidikan Sultan Idris

fined Berburu Jurnal Ilmiah di Internet


Posted by azlanlin in Jurnal
undefined

Berburu Jurnal Ilmiah di Internet


Internet adalah sumber utama referensi ilmiah yang up to date. Untuk Anda yang membutuhkan referensi jurnal ilmiah online, berikut ini beberapa situs yang layak Anda coba : http://scholar.google.com/: Stand on The Shoulders of Giants. Inilah kata-kata yang dijanjikan Google Scholar, sebuah sub direktori dan aplikasi dari Google Inc. yang menyediakan ratusan ribu informasi tentang literatur pendidikan. Anda bisa mencari berbagai macam electronic books (ebook), paper, tesis, jurnal, artikel dan literatur ilmiah hanya dengan memasukkan kata kunci yang tepat di Google Scholar. Bagaikan berdiri di pundak raksasa, Anda bisa melihat pemandangan seluruh kota di bawah Anda, alias semua jurnal ilmiah yang bisa diakses di jagad dunia maya. http://search2.computer.org/advanced/simplesearch.jsp: Bagian dari IEEE Computer Society Digital Library. Cari jurnal komputer di sini, baik yang berbayar maupun yang gratis. Untuk yang gratis, Anda bisa men-download file-file PDF-nya. Untuk yang berbayar, Anda hanya bisa membaca abstraknya. http://highwire.stanford.edu/: Sebuah divisi dari Perpustakaan Universitas Stanford. Highwire memiliki jutaan koleksi literatur ilmiah dari berbagai macam bidang studi. Saat tulisan ini dibuat (awal April 2008), Highwire memiliki 1128 jurnal dan 4.726.272 artikel yang diterbitkan oleh lebih dari 140 penerbit. Sangat membantu Anda yang ingin mendapatkan referensi ilmiah gratis dan berbayar yang cukup komprehensif. Oya, jangan lupa daftar dulu untuk mendapatkan full access. http://sciencedirect.com/: sebuah situs ilmiah yang cukup populer di kalangan peneliti. Untuk men-download jurnal yang ada di sini, Anda harus berlangganan. Namun, beberapa universitas di Indonesia sudah memiliki akses institusional yang bisa dimanfaatkan oleh seluruh civitas akademika universitas tersebut. Silahkan konfirmasikan ke universitas Anda. http://www.byte.com: Free online computer articles. Memuat berbagai macam artikel komputer dari pakar-pakar komputer di seluruh dunia. http://www.scholarlyexchange.org/hosted.html: Situs tentang jurnal-jurnal ilmu sosial, yang dihosting secara free. Anda bisa juga memasukkan jurnal-jurnalAnda di sini untuk dipublikasikan di internet, tentu setelah memenuhi syarat dan ketentuan dari pengelola ScholarlyExchange. http://www.doaj.org/: Directory of Open Access Journals. Sebuah situs yang menyediakan jurnal-jurnal ilmiah yang terpercaya dan bisa diakses secara gratis. Pada saat tulisan ini dibuat (awal April 2008), DOAJ mengklaim mereka memiliki 3310 jurnal dan 1096 diantaranya bisa diakses melalui mesin pencari yang mereka sediakan. Mereka juga menyediakan 177.199 artikel ilmiah dalam situs mereka. http://www.freebooks4doctors.com/: Situs ini memuat informasi tentang buku dan jurnal kedokteran. Beberapa diantaranya juga bisa didownload secara gratis. Jika Anda adalah mahasiswa fakultas kedokteran atau biologi, bisa mencoba situs ini. http://www.bioline.org.br/journals: Kumpulan jurnal-jurnal gratis tentang kedokteran, farmasi, ilmu kesehatan, ilmu lingkungan, virologi dan zoologi. Artikel dan jurnal ilmiah disediakan dalam bentuk HTML. Pada beberapa artikel disediakan pula bentuk PDF-nya. http://www.arsip.lipi.go.id/: Mirror Server for Scientific Data. Sebuah list direktori mirror yang dibuat LIPI untuk berbagai macam referensi online data sains dan teknologi. Mencakup berbagai macam bidang studi keteknikan dan ilmu alam. http://www.lib.upm.edu.my/onlinejour.html : kumpulan link-link jurnal online dari Universiti Putra Malaysia. Memuat banyak referensi situs ilmiah untuk berbagai macam bidang studi. http://ocw.mit.edu/ : Open Course Ware, sebuah situs free e-learning yang dibuat oleh Massachusetts Institute of Technology (MIT). Mencakup beberapa ilmu keteknikan, ilmu alam, dan beberapa ilmu sosial. http://jcmc.indiana.edu: sebuah web milik Indiana University yang berisi jurnal berbasis web tentang riset di bidang ilmu sosial yang menggunakan komputer sebagai salah satu media risetnya.

http://www.library.ucsf.edu/collres/journals/: sebuah web milik University of California, San Francisco yang berisi katalog jurnal-jurnal online. http://lib.ugm.ac.id/exec.php?app=site&act=jurnal: katalog link direktori jurnal ilmiah milik Universitas Gadjah Mada. http://www.pubmedcentral.nih.gov/: sebuah situs yang memuat arsip jurnal gratis di bidang ilmu alam dan biomedis. http://libra.msra.cn/: situs yang memuat daftar jurnal ilmiah tentang komputer. Dibuat oleh Microsoft Corporation. http://portal.acm.org/portal.cfm: portal jurnal komputer berbayar. Untuk bisa menjadi member, Anda bisa mendaftar sebagai student member dengan biaya $42 per tahun. Selain yang sudah disebutkan, terkadang jurnal-jurnal ilmiah bisa didapatkan di homepage pribadi seorang profesor. Jika Anda senang berselancar menjelajahi situs-situs universitas tingkat dunia, Anda akan menjumpai web pribadi masing-masing profesor dan tidak sedikit profesor yang berbaik hati berbagi hasil karyanya yang berupa jurnal dan artikel yang nggak kalah keren dengan jurnal berbayar. Selamat berburu jurnal ilmiah ! Referensi : Naskah buku Scholarship Winner Wannabe (Sunu Wibirama) Sumber: Universiti Gajah Mada
0 komen

undefined Lubuk Bidang Ilmu


Posted by azlanlin in Jurnal
undefined

Academic Dissertation Publishers -- Make your Graduate Thesis Work for You! The best way to publish your academic thesis or dissertation. Blackwell Science -- Synergy is the online journal service from Blackwell Science and Munksgaard. Synergy was launched in January 1999 and now includes over 250 journals. The majority of the journals available through Synergy are published on behalf of Learned Societies and Associations and include some of the leading titles in Science Technology and Medicine. CLS Online Journals -- The Caltech Library System consists of four major Libraries and a number of other smaller collections. Except as noted below, CLAS reflects the holdings of all these units. Millikan Memorial Library houses books and journal collections on biology, chemistry, physics, mathematics, humanities and social sciences; plus the Library System administration. Sherman Fairchild Library houses materials dealing with engineering and applied sciences, including computer science and chemical engineering. The Astrophysics Library and the Geological & Planetary Sciences Library are the other two major libraries in the System. CUP Journals On Line -- Full access to leading Cambridge University Press Journals. This valuable reference source is all available at the touch of a button and is currently absolutely free to all users at the registered domain of institutions where a full price institutional subscription to the paper journal has been purchased. Subscriptions must be validated by your librarian or information services department using your Cambridge University Press subscriber number. All other users will have free access to tables of contents, abstracts, search facilities, and alerting services. IDEAL--Academic Press -- Full text access to over 175 titles in the sciences and social sciences published by Academic Press. Coverage: 1995/96 to the present. To access full-text journals from the IDEAL home page, go to the "Access" section, click on "My Profile/Login" and scroll to "UNIVCALIF subscription. Click on "show journals." Login and password is not needed. Oxford Journals: Online Journals -- Please find below a full listing of all our online materials. Please note that when the list indicates a format starting during a year, this might be in the last issue.

Colorado Alliance of Research Libraries -- Electronic serials may be defined very broadly as any journal, magazine, e'zine, webzine, newsletter or type of electronic serial publication which is available over the Internet. Within this broad definition, the titles can be electronically accessed using different technologies such as the World Wide Web (WWW), gopher, ftp, telnet, email or listserv. Of course, virtually all modern electronic journals are mostly available via the Web. This site primarly includes

ejournal sites as they are offered by the publisher. In general this site excludes ejournals that are embedded within aggregators (such as Northern Light, EBSCO, Bell & Howell ProQuest, Information Access Company and others). IOP Free Journal Access -- Free Journal Access. Journal of Word - System Research -- The main editorial goal of the Journal of World-Systems Research is to develop and disseminate scholarly research on topics that are relevant to the analysis of world-systems. We especially want to include works that proceed from several different theoretical stances and disciplines. These include, but are not limited to, civilizationists, evolutionary approaches, international political nomy, comparative, historical and cultural analysis. We seek the work of political cientists, historians, sociologists, ethnographers, archaeologists, economists and geographers JSTOR -- JSTOR is an archival collection of over 100 journals in such subject areas as AfricanAmerican and Asian studies, ecology, economics, education, finance, history, mathematics, philosophy, political science, population studies, and sociology. JSTOR does not include the latest 5 years of any journal, but often includes back issues from several decades past. Link -- Springer Verlag Publishers -- Abstracts and full text of over 200 journals in the sciences published by Springer-Verlag Publishers. Full text coverage: 1997 to the present. Links to the full text of many articles available in. ScienceDirect -- Elsevier Scientific Publishers -- Full text access to over 900 scientific, medical and technical journals published by Elsevier Scientific Publishers. Note: The Elsevier full-text journals require the most current version of the free Taiwan Journal -- An online weekly journal about Taiwan. By Government Information Office, Taiwan. University of Chicago Press -- Full text coverage of several journals published by the University of Chicago Press. Kluwer Academic Publishers -- Full text of over 250 journals in philosophy, linguistics, computer science, engineering, bioscience, business, and economics. Full-text from at least 1997 to the present. Science Magazine -- Guide to Science Online Sumber : Prog Pasca Sarjana

ined Pembentangan proposal / viva


Posted by azlanlin in Proposal
undefined

Langkah harus diteruskan. Bersedia dengan pembentangan proposal. Asasnya, ramai yang akan tertanya, apakah butiran yang wajar dimasukkan dalam powerpoint utk dibentangkan?

Inilah contoh paparan powerpoint yang sedang di murnikan. Jika diperhatikan, terdapat beberapa button. Setiap button akan memaparkan butiran penting yan harus dibentangkan. Siap sedia ler..

0 komen

undefined Cara mengira saiz sampel daripada populasi kajian


Posted by azlanlin in Link, Proposal, Tesis, UKP6013
undefined

Bagi pengkaji yang baru berjinak dalam dunia penyelidikan, penentuan saiz sampel akan menjadi masalah. Hakikatnya, sebahagian besar kajian yang dijalankan adalah melibatkan populasi yang besar. Pengkaji pula perlu mengambil kira aspek kos, masa dan tenaga. Apakah yang wajar dilakukan? Adakah akan mengambil seluruh populasi atau menentukan saiz sampel?

Sewajarnya, pengkaji mengambil pendekatan yang realistik dalam menentukan saiz sampel yang sesuai dengan jumlah populasi. Ini bertujuan untuk mengelakkan adanya ralat yang besar. Setakat ini, saya hanya menentukan saiz sampel berdasarkan Jadual Penentuan Saiz Sampel Krejcie dan Morgan (1970). Jadual penentuan saiz sampel ini diterima pakai oleh ahli akademik dan memudahkan pengkaji menentukan saiz sampel. Contoh jadualnya, klik di sini. Setelah mendapatkan saiz sampel berdasarkan populasi kajian saya, semakan saiz sampel akan dilaksanakan. Semakan itu boleh dibuat secara online dengan klik di sini. Pengkaji hanya perlu memasukkan jumlah populasi dan sisihan piawainya..nahhhh..jumlah saiz sampel telah diberikan. Mudah bukan?

Contoh jadual hasilan Krejcie dan Morgan (1970) Sebaik-baiknya, kita harus tahu apa yang kita lakukan. Cuba elakkan kita hanya lakukan tetapi tidak tahu apa yang sedang dilakukan. Parah tu...
0 komen

undefined Makluman FPE


Assalammualaikum &
undefined

Posted by azlanlin in Ceramah, Kuliah, Proposal, Tesis

salam

sejahtera.

Dimaklumkan bahawa Fakulti akan menganjurkan Research Training Program pada 30 November hingga 2 Disember 2009 bagi membantu pelajar dalam membuat penyelidikan terutamanya bagi pelajar Mod B, Mod C dan Doktor Falsafah. Sehubungan itu, bagi pelajar yang berminat untuk menyertai program ini diminta untuk memberi maklum balas kepada saya selewat-lewatnya pada 15 November 2009(Ahad) untuk tindakan lanjut. Bersama ini disertakan tentatif program untuk rujukan pelajar. Kerjasama semua pelajar diminta untuk menghebahkan perkara ini kepada rakan-rakan yang lain.

******************************* Salwah Mohd Penolong Fakulti Perniagaan Tel: Faks: *******************************


0 komen

Pegawai dan 05-450 05-459

Ali Tadbir Ekonomi 6279 4642

undefined
undefined

Surat Azimat : Penanda Aras daripada FPE


Posted by azlanlin in Proposal, Tajuk Tesis

Assalammualaikum

&

salam

sejahtera.

1. Kolokium Pengajian Siswazah Siri II tahun 2009. Fakulti akan menganjurkan kolokium pengajian siswazah siri II tahun 2009 dan semua pelajar semester 1 dan 2 DIWAJIBKAN hadir. Pelajar semester lain dijemput hadir bersama. Dilampirkan bersama brosur kolokium dan butiran kolokium adalah seperti berikut; Tarikh Hari Masa Tempat : : : Dewan 28 : 2.45 Kuliah Ogos 2009 Jumaat petang K

2. Penghantaran laporan projek Mod A. Bagi pelajar yang bercita-cita untuk bergraduat pada sesi konvokesyen Mac 2010, pelajar dikehendaki menghantar laporan projek Mod A kepada penyelia untuk dinilai selewat-lewatnya pada 18 Oktober 2009 (Ahad). kelewatan penghantaran laporan projek selepas daripada tarikh tersebut, akan menyebabkan pelajar tidak dapat bergraduat pada sesi Mac 2010. 3. Penghantaran Laporan Kemajuan Pengajian Siswazah (LKPS). Bagi pelajar Mod B (yang sedang dalam proses penulisan disertasi), Mod C dan Doktor Falsafah, pelajar dikehendaki mengisi borang laporan kemajuan pengajian siswazah dan menyerahkan laporan tersebut yang telah lengkap diisi kepada Institut Pengajian Siswazah selewat-lewatnya pada 18 Oktober 2009 (Ahad)untuk tindakan lanjut. Sekiranya gagal mematuhi perkara ini, keputusan SM (Sedang Maju) tidak akan di catatkan dan pelajar tidak akan dibenarkan mendaftar bagi semester berikutnya.Bersama ini disertakan borang tersebut untuk perhatian dan tindakan lanjut oleh pelajar yang berkenaan. 4. Penghantaran Disertasi Awal (Disertasi lengkap untuk dihantar kepada pemeriksa dalam/ pemeriksa luar). Bagi Pelajar Mod B (yang sedang dalam proses penulisan disertasi), Mod C dan Doktor Falsafah yang menghantar Disertasi Awal ke Institut Pengajian Siswazah selewat-lewatnya pada 16 November 2009 (Isnin), pelajar tidak perlu mendaftar pada semester berikutnya (Semester 2 Sesi 2009/2010). 5. Pelajar diminta untuk menghubungi saya atau Dr. Che Mohd Zulkifli b. Che Omar (Timbalan Dekan Pengajian Siswazah & Penyelidikan) FPE (ext 6198), untuk sebarang pertanyaan dan maklumat berkaitan pengajian serta sebarang informasi yang ingin disebarkan kepada pelajar lain. Pelajar juga diminta untuk mengemaskini maklumat peribadi pelajar melalui Upsi Portal terutama sekali bagi maklumat no. telefon (rumah dan handphone), alamat terkini dan alamat email bagi memudahkan proses komunikasiantara pelajar dan pentadbir. Bagi pelajar yang tidak pernah mendapat sebarang email daripada saya, diminta untuk menghubungi saya secepat mungkin (sila hebahkan kepada rakan-rakan yang lain). Sekian, Saya yang harap menjalankan maklum. tugas,

******************************* Salwah Penolong Fakulti Perniagaan

Mohd Pegawai dan

Ali Tadbir Ekonomi

Tel: Faks: *******************************


0 komen

05-450

6279

05-459

4642

undefined Kolokium FPE


Posted by azlanlin in Proposal, Tesis
undefined

Hari Tarikh Masa Tempat

: : : :

Jumaat 06/02/09 3.00petang DewanSeriTanjung

Hari ni aku dan geng-geng sem 1, ikuti kolokium di Dewan Sri Tanjung anjuran FPE Pengisiannyaialah: 1. Taklimat ttg proposal penyelidikan : Prof Dr Osman Lebar

2. Pra pembentangan proposal PHD

fined Pengesahan Pakar


Posted by azlanlin in Soalselidik
undefined

Soalselidik telah siap dibina. Oleh itu, penyelia mencadangkan untuk mendapatkan pengesahan pakar dalam bidang psikometrik, psikologi dan pengurusan. Contoh kajian berkaitan mendapatkan pengesahan pakar menggunakan teknik delphi. Bleh klik di sini.

fined Lubuk model dan teori dalam pengurusan pendidikan


Posted by azlanlin in model
undefined

Setiap kajian yang dilakukan dalam apa jua bidang sekalipun, pastinya berteraskan teori atau model yang telah diciptakan oleh penyelidik terdahulu. Setelah itu, barulah model atau teori tersebut diubahsuai mengikut bidang kajian dan kepentingan homofili setempat. Maka, berteraskan teori atau model yang sesuai dengan bidang kajian, pembentukan kerangka konseptual mula diciptakan. Pembinaan kerangka konseptual akan dimurnikan berpandukan kajian literatur yang dibuat. Analisa kajian literatur menjuruskan ke dalam bidang yang ingin dikaji. Hari ini aku terjumpa LUBUK MODEL dalam pengurusan pendidikan. Rupa-rupanya berderet-deret model yang telah diketengahkan untuk tatapan umum. Model yang sedia ada, pastinya boleh digunapakai dengan melakukan pengubahsuaian mengikut keperluan dan bersesuaian dengan populasi setempat.

Aku terjumpa LUBUK ini setelah membantu mem besor mencari teras model yang bersesuaian untuk kajiannya. Tajuk kajian yang dibincangkan dengan penyelianya agak menarik. Memang menarik untuk dikaji dalam era pendidikan yang menuntut banyak perubahan dalam pembangunan organisasi berpandukan gaya kepimpinan-gaya kepimpinan yang baru diwujudkan.

Gaya kepimpinan dalam pembangunan organisasi di sekolah. >> lebih kurang gitu le tajuknya secara umum. Gaya kepimpinan yang akan diutarakan ialah kepimpinan 360 darjah, kepimpinan berasaskan prinsip dan kepimpinan berkesan. Gabungan elemen 3 gaya kepimpinan yang baru ini dalam membangunkan organisasi. Tajuk ini agak menarik untuk dipanjangkan untuk PHDnya nanti. Insyallah... Namun, lubuk ini meminta kita untuk berdaftar agar membolehkan maklumat-maklumat terkini diakses secara online. Malahan kita juga boleh mengutarakan model-model yang difikirkan sesuai untuk web tersebut. Godak, jangan tak godak..

You might also like