You are on page 1of 7

1. 12 .

0 PENDAHULUAN

Struktur tubuh dan sistem tubuh manusia merupakan sistem yang penting yang perlu diketahui oleh kita semua. Sistem ini bukan sahaja perlu dipelajari oleh ahli pertolongan cemas, bahkan juga kepada semua kerana kita tidak menduga apakah yang akan terjadi pada masa hadapan. Maka persiapan ilmu ini adalah perlu dan bermanfaat selain dapat membantu mangsa yang memerlukan pertolongan apabila belaku sebarang kemalangan yang menyebabkan kecederaan yang berkaitan dengan struktur tubuh dan sistem tubuh manusia ini. Matlamat utama untuk mempelajari struktur tubuh dan sistem tubuh manusia ini adalah bagi memberikan kefahaman tentang struktur tubuh supaya dengan mudah dapat memberikan rawatan kepada mangsa.

1.12. 1 TUBUH MANUSIA Apa itu tubuh manusia? Di sini dapatlah dinyatakan bahawa ia terdiri daripada struktur yang berhubung kait dan saling berinteraksi dengan sistem-sistem yang terdapat di dalam badan manusia.Tubuh badan manusia dapat dibahagikankan kepada empat bahgian utama iaitu, rangka dan tulang, sistem yang penting yang terdiri daripada sistem pernafasan, sistem peredaran darah, sistem saraf, sistem otot, sistem penghadaman, sistem perkumuhan, sistem pembiakan dan sistem endokrin (kilang tanp salur), sel dan tisu dan organ. Kesemua struktur dan sistem ini mempunyai fungsi yang tersendiri yang sangat istimewa sekali yang dijadikan oleh tuhan. Oleh itu, struktur tubuh dan sistem tubuh manusia perlulah dipelajari bagi memberi kefahaman tentang ilmu ini serta dapat membantu mangsa yang memerlukan pertolongan. .

Rajah struktur badan manusia yang terdiri daripada struktur tubuh bagi lelaki dan wanita.

1. 12. 2 RANGKA DAN TULANG

Sebelum membincangkan topik rangka dan tulang dengan lebih lanjut, dapat lah diketahui bahawa rangka dan tulang merupakan organ yang sangat penting di dalam tubuh kita.Tanpa rangka dan tulang maka semua benda hidup tidak dapat bergerak, berdiri dengan sempurna, berlari dan sebagainya. Rangka dan tulang merupakan organ

yang terletak pada bahagian yang sama namun terdapat perbezaannya. Rangka dapat didefinisikan sebagai rangkaian tulang yang memberi rupa bentuk dan kekuatan pada badan manusia.

Terdapat 206 tulang dalam rangka manusia dan terjadi daripada garam galian. Ia membekalkan satu rangkaian struktur pelindung bagi tubuh. Antara fungsi rangka adalah dapat memberi keupayaan pada tubuh untuk bergerak melalui sendi lengan dan kaki, melindungi struktur-struktur penting dalam tubuh melalui tengkorak, spina dan sangkar rusuk, memberikan rupa bentuk, dapat berdiri tegak serta menyokong otot ,salur darah dan saraf pada tubuh. Antara contoh sistem rangka adalah seperti tengkorak (melindungi otak dan struktur muka), tulang rahang atau dikenali sebagai mandible (mempunyai sendi bergesel yang membolehkan mulut terbuka dan tertutup), tulang dada, pelvis, tulang kering, patella (tempurung lutut), femur (tulang paha), ulna, radius dan sebagainya. Tulang pula merupakan tisu hidup yang mengandungi kalsium dan fosforus yang amat banyak. Galian ini yang menjadikan tulang lebih keras, kuat dan tegar. Namun, tulang juga berupaya menjadi panjang, pendek atau leper.

Rajah sistem rangka dan tulang manusia. 1. 13 .3 RANGKA PAKSI DAN RANGKA APENDAJ

Rangka dan tulang terbahagi kepada dua bahagian iaitu rangka Paksi dan rangka Apendaj. Rangka paksi terdiri daripada tengkorak, turus vetebra dan sangka rusuk manakala rangka apendaj pula terdiri daripada lengkungan pektoral, lengkungan pelvis, tulang tangan dan tulang kaki.

1. 13 .4 RANGKA PAKSI

Rangka paksi yang pertama terdiri daripada tengkorak yang merupakan struktur bertulang yang melindungi otak dan bahagian teratas saraf tunjang. Ia juga menyokong mata dan struktur-struktur lain pada muka. Tengkorak terbentuk daripada beberapa jenis tulang. Contohnya seperti sutur, tulang parietal, tulang frontal, soket mata, tulang hidung, tulang pipi (tulang zygomatic) dan rahang bawah (mandible). Tengkorak yang terbina daripada tempurung kepala dan tulang muka juga dapat dibahagikan kepada dua iaitu tulang kranium dan tulang muka. Tulang kranium berfungsi melindungi otak manusia dan bersendi dengan rahang bawah. Manakala tulang muka pula berfungsi melindungi mata dan telinga yang keseluruhannya bersendi dengan turus vetebra.

Rangka paksi yang kedua pula adalah turus vetebra. Turus vetebra ini berfungsi melindungi saraf tunjang, menyokong kepala, membuatkan tubuh teratas boleh dibengkok-luruskan (fleksibel), dan membantu untuk menyokong berat badan manusia. Bahagian ini terdiri daripada 33 ruas tulang vetebra iaitu Serviks (7 ruas) yang menyokong kepala dan leher, Toraks (12 ruas) yang membentuk satu sauh atau sebagai

pengangkut bagi tulang rusuk, Lumber (5 ruas) yang membantu menyokong berat badan dan memberikan kestabilan pada badan, Sakrum (5 ruas) yang menyokong pelvis, dan akhir iaitu koksiks (4 ruas) yang membentuk bahagian hujung tulang belakang.

Manakala rangka paksi yang ke tiga pula adalah sangkar rusuk. Sangkar rusuk ini mempunyai 12 pasang tulang rusuk yang terdiri daripada tulang rusuk benar (1-7), tulang rusuk bercantuk (8-10) dan tulang rusuk terapung (11-12).Tulang rusuk ini berfungsi bagi melindungi peparu dan jantung. Disini dapat di lihat bahawa tulang rusuk benar bersendi dengan sternum secara terus, tulang rusuk bercantuk bersendi dengan sternum secara tak langsung dengan rawan dan tulang rusuk terapung tergantung dengan bebas.

1. 13. 5 RANGKA APENDAJ

Rangka apendaj terdiri daripada lengkungan pektoral, lengkungan pelvis, tulang tangan, dan tulang kaki. Sebagai permulaan, rangka apendaj dimulai dengan lengkungan pektoral. Lengkungan pektoral terbahagi kepada dua bahagian, bahagian pertama dikenali sebagai skapula dan bahagian ke dua dikenali sebagai klavikel. Fungsi skapula adalah bagi melindungi otak manusia. Skapula bersendi dengan tulang humerus di bahu manusia manakala bahagian ke dua iaitu klavikel yang berfungsi melindungi mata dan telinga manusia. Ia menghubungkan tulang skapula dengan sternum. Seterusnya di ikuti dengan lengkungan pelvis yang terdiri daripada llium,iskium dan pubis. Ketiga-tiga bahagian ini berfungsi sebagai pelindung kepada pundi kencing dan organ pembiakkan manusia. Bahagian ini juga bersendi dengan turus vetebra dan femur iaitu tulang paha.

Tulang tangan yang termasuk dalam bahagian sangkar rusuk juga mempunyai fungsi yang sangat penting. Fungsi tulang tangan adalah bagi membentuk anggota tangan manusia. Tulang tangan dapat dibahagikan dan terbina daripada enam bahagian iaitu

humerus (tulang lengan atas berhampiran dengan bahagian siku) ,ulna dan radius (tulang lengan bawah iaitu dibawah bahagian siku), karpus (tulang pegelangan tangan) ,metacarpus (tulang tangan) ,dan falanks (tulang jejari).

Selain itu, bahagian yang terkandung dalam sangkar rusuk adalah tulang kaki.Ia berfungsi bagi membentuk anggota kaki. Tulang kaki juga memainkan peranan yang penting dalam tubuh badan manusia, tanpanya pasti pergerakan seperti berlari, berjalan, bersukan dan sebagainya sukar dijalankan. Terdapat enam bahagian yang terbina daripada tulang kaki ini. Antaranya seperti femur (tulang paha) yang bersendi dengan tibia, tibia (tulang kering) ,fibula (tulang splint) ,tarsus (tulang buku lali)yang bersendi dengan metatarsus ,metatarsus (tulang kaki) yang bersendi dengan tarsus dan falanks , dan falanks (tulang jari kaki).

You might also like