You are on page 1of 2

Nama:_______________________________________________ Kelas:____________________

Latihan 1 Sila Isi tempat tosong dengan kata adjektif yang sesuai.

Longgar

Tinggi

Lembut

Panjang

Baju kurung dipakai oleh lelaki dan perempuan. Baju kurung lelaki dikenali sebagai baju Melayu. Perbezaannya terletak pada bahagian kocek iaitu lelaki mempunyai tiga kocek manakala perempuan mempunyai satu kocek serta perbezaan daripada segi pemakaian. Samfoo dipakai oleh lelaki Cina. Pakaian ini terdiri daripada baju yang longgar dan terbelah di depan dan berkolar ________. Samfoo dipakai bersama seluar _______ seperti seluar baju Melayu. Sari merupakan pakaian untuk kaum perempuan India. Sari terdiri daripada lembaran kain yang ________. Kebanyakan kain sari adalah jarang dan ________.

Nama:_______________________________________________ Kelas:____________________ Latihan 2 Baca pantun berikut dan cari kata adjektif yang terdapat dalam pantun tersebut.

Teluk Belanga diberi nama, Seni lama teras budaya; Cekak Musang jangan dilupa, Tradisi berzaman warisan bangsa.

Anak keling pakai sari, Memakai sari dengan gembira; Jadi penyeri depavali, Dengan rupa yang jelita.

Indah sungguh si Baju Kurung, Molek dipakai teruna dara; Khazanah ternilai tiada terhitung, Warisan Melayu sepanjang zaman.

Burung tiung terbang tinggi, Burung merpati mencari sarang; Pakai sarong menghias diri, Menonjol lagi kebaya perang.

Balik kampung masa cuti, Menjadi ubat rasa rindu; Berbaju kurung berwarna-warni, Menutup aurat selubung malu.

You might also like