You are on page 1of 12

Soalan 8 : Bincangkan sumbangan tokoh-tokoh Islam dalam bidang sains sosial yang menjadi pemangkin kemajuan ilmu.

1.0

Pengenalan Tokoh-tokoh Islam merupakan salah satu tokoh yang terhebat sepanjang zaman.

Jasa dan sumbangan mereka yang tidak terkira banyaknya dan tinggi nilainya dalam membantu perkembangan ilmu sehingga kini. Menurut Prof. Dr. Abdullah Alwi Hj. Hassan (1999), Gerakan Tajdid terhadap ilmuan Islam telah dipegaruhi perkembangan keilmuan Islam di Malaysia khasnya dah di Asia Tenggara amnya. Hal ini bermaksud sejarah telah membuktikan bahawa keistimewaan-keistimewaan dan pengorbanan tokoh-tokoh Islam telah mampu mengangkat dan meningkatkan taraf ilmu ke persada yang lebih tinggi semata-mata untuk menuju kesejahteraan hidup di dunia dan juga di alam kelak. Selain itu, tokoh-tokoh Islam ini telah berjaya mencetus revolusi peradaban ilmu terutamanya kepada masyarakat Eropah sekitar kurun ke sembilan sehinggalah kurun ke dua belas. Hal ini telah dibuktikan oleh Muhd Roslan Muhd Nor (2010) dalam tulisannya yang bertajuk, Meneladani Sejarah Umat Islam Dalam Membentuk Masyarakat Hadhari Yang Gemilang Abad Ke 2, Kemasukan Islam ke Andalus sebagai contoh, telah membuka ruang kepada kecemerlangan tamadun Barat hari ini. Banyak ilmu-ilmu hasil penemuan orang Islam dikembangkan di Barat. Dalam kajian saya ini, saya akan mengemukakan beberapa sumbangan yang tokoh-tokoh Islam dalam sains sosial yang menjadi pemangkin kemajuan ilmu kepada dunia masa kini.

1.1

Definisi Menurut Rohana Yusof(1996), di dalam bukunya Asas Sains Sosial Dari

Perspektif Sosiologi, sains sosial ialah disiplin akademik yang mempersoalkan tentang kemanusiaan dalam konteks sosialnya atau mempelajari kehidupan sosial atau lebih tepat mempelajari pola tingkah laku yang lazim pada kelompok-kelompok manusia. Maka jelaslah bahawa ilmu sains sosial ialah satu bentuk pengkajian tentang kelompok manusia di dalam sesuatu masyarakat. Namun tidak ada sesiapa pun akan dapat mempelajari hal-hal manusia dan hubungannya dengan masyarakat keseluruhannya. Sains sosial merupakan satu bidang yang begitu luas dan kompleks. Oleh hal yang demikian kita perlu membuat pembahagian kepada beberapa cabang atau unit pengkajian yang lebih kecil. Pembahagian kepada unit atau kepada disiplin inilah yang kita sebut sebagai disiplin sosiologi, antropologi, sains politik, sejarah, ekonomi, psikologi dan sebagainya.

Selain itu, pertumbuhan cabang ilmu ini berkait rapat dengan penerimaan secara meluas satu teori di kalangan anggota masyarakat Barat yang menyatakan bahawa setiap satu benda di alam nyata boleh diselidiki secara sistematik dan objektif. Oleh itu, perkembangan sains sosial ada kaitan rapat dengan tiga perkara iaitu pemantapan falsafah rasional dan juga pengaplikasian kaedah saintifik untuk menyelidikan fenomena sosial.

Sains sosial umumnya diertikan sebagai kajian mengenai manusia dan masyarakat. Secara khusus, sains sosial merujuk kepada penggunaan kaedah saintifik untuk mengkaji cara manusia mengatur kehidupan berkelompok dan membentuk jaringan hubungan untuk membolehkan mereka menjalani kehidupan tersebut. Dalam kata lainnya,sains sosial ialah himpunan pengetahuan mengenai pemahaman dan kajian tentang manusia,budaya dan masyarakat,iaitu semua aspek kehidupan manusia termasuk hubungan atau interaksi sosial dan jalinan sosial sesama mereka.

1.2

Displin-displin Sains Sosial Terdapat beberapa bahagian yang telah ditetapkan oleh pakar dalam bidang

sains sosial ini. Antaranya ialah sejarah. Menurut Prof. Dr. Abdullah Alwi Hj. Hassan (1999) dalam bukunya, Sains Sosial dan Sains Tulen, Sains yang dimaksudkan termasuklah sejarah kemanusiaan iaitu keadaan di mana kedudukan yang lebih tinggi bagi sifat-sifat mulia perlu disedari.Oleh itu, kita dapat simpulkan bahawa sejarah membawa maksud sesuatu kajian tentang peristiwa-peristiwa yang telah berlaku biasanya sehubungan dengan perkembangan politik, ekonomi dan sosial dalam sesebuah masyarakat, kawasan, negara atau rantau tertentu. Seorang yang

menceritakan semula sejarah sesebuah komuniti, bangsa, negara dan tamadun manusia berdasarkan maklumat yang diperolehi daripada dokumen-dokumen lama seperti surat, diari, catatan pengembara dan laporan serta penemuan arkeologi.

Bahagian Sains Sosial yang seterusnya adalah politik iaitu sesuatu kajian mengenai kuasa dan pengagihan kuasa dalam sistem politik yang berbeza-beza. Ahli sains politik biasanya meneliti sumber kuasa, bagaimana seseorang menggunakan kuasa, siapa yang menggunakannya, perebutan kuasa dan proses mengawal dan menghadkan penggunaan kuasa. Isu-isu yang lazimnya diminati ahli politik termasuklah konflik dan kestabilan dalam sesuatu sistem politik, barisan politik dan organisasi, badan-badan dalam sistem pentadbiran seperti politik, kelompok, kepentingan dan pertubuhan bukan-kerajaan.

Selain itu, ekonomi juga merupakan salah satu bahagian dalam bidang ini. Hal ini melibatkan kajian tentang pengeluaran, pengagihan dan penggunaan barangan dan perkhidmatan dalam system ekonomi yang berbeza-beza. Ahli ekonomi menumpukan perhatian kepada bagaimana sebuah masyarakat menentukan apa dan berapa, bagaimana dan untuk siapakah sumber produktifnya yang terhad digunakan. Di antara perkara yang diminati ahli ekonomi termasuk pola-pola guna tenaga manusia berhubungan dengan perubahan demografi, pertukaran barangan, penentuan harga barangan serta sistem perbankan.

Jika kita lihat dari sudut yang berbeza, psikologi juga merupakan salah satu cabang dalam konteks saisn sosial. Perkara ini mengkaji mengenai tingkahlaku dan proses mental manusia. Ahli psikologi lazimnya meneliti individu, interaksi semuka kelompok kecik untuk memahami antara lain mekanisme yang terlibat dalam proses pengamatan dan pembelajaran, pembentukan sahsiah, identity kendiri dan struktursttruktur kognitif. Manakala, undang undang juga terdiri daripada salah satu cabang sains sosial. Perkara ini menlibatkan mengenai peraturan yang mengawal tindakan manusia dan statut atau rang undang-undang yang digubal dan dilaksanakan oleh pihak berkuasa. Ilmuwan social yang meminati fenomena undang-undang biasanya menganalisis jenis undang-undang, sistem undang-undang, cara-cara menyelesai pertikaian dan konflik, hubungkait institusi undang-undang dengan proses politik dalam sesebuah masyarakat. Seterusnya ialah linguistik iaitu sesuatu kajian saintifik tentang bahasa dan pertuturan. Ahli linguistik meneliti bermacam-macam aspek tentang bahasa. Misalnya, bagaimana bahasa-bahasa manusia berbeza-beza atau berkaitan antara satu sama lain, bagaimana manusia menyusun perkataan, simbol dan bunyi untuk berkomunikasi antara satu sama lain, sejauh manakah bahasa mempengaruhi pengamatan dan pemikiran manusia serta segala hubungkait antara bahasa, sistem makna dan budaya.

Seterusnya ialah bahagian sosiologi iaitu kajian tentang struktur sosial, tindakan sosial, budaya dan gaya hidup dalam sebuah masyarakat. Ahli sosiologi lazimnya mengkaji masyarakat maju, industri dan moden serta meninjau aspek-aspek tertentu kehidupan sosial dalam masyarakat tersebut.

Dengan wujudnya bahagian-bahagian sains sosial ini, maka mudahlah para pengkaji untuk memisahkan ataupun mengumpulkan data-data mengikut kumpulankumpulan kecil yang telah ditetapkan ini.

1.3

Pandangan Sains Sosial Menurut Islam Seperti mana-mana agama yang lain, Islam tidak pernah mengharamkan

umatnya untuk menuntut dan menimba mana-mana ilmu yang terdapat di dunia ini. Menurut Mohamad Rafie Abdul Malek (1989) dalam bukunya yang bertajuk Sains Sosial dan Sains Tulen, Semua ilmu sama ada yang berhubung dengan indivdu atau kumpulan, manusia atau alam semula jadi, agama atau sains, mestilah disusun semula menurut prinsip tawhid iaitu Allah s.w.t wujud dan bersifat Maha Esa serta Maha Pencipta... Dalam hal ini, Islam sangat bertolak ansur, fleksible atau pun murunah dengan keadaan umatnya tidak mengira zaman dan masa. Dalam konteks menimba ilmu, Islam tidak pernah menghalang umatnya meneroka mana-mana cabang ilmu yang mereka inginkan asalkan niat dan caranya mengikut syariat dan halal di sisi Allah. Selain itu, terdapat pelbagai perbezaan dan percanggahan pendapat antara ilmuan Islam dan juga Barat. Seperti yang dinyatakan oleh Mohamad Rafie Abdul Malek (1989), Jika di dalam Persatuan Ahli Sains Sosial Islam, kita terus memanggilnya sebagai sosial untuk menunjukkan penentangan kita terhadap Barat yang ingin memisahkan pengajian sains ini dari pengajian manusia. Jika dilihat dari perspektif yang berbeza, Al-Quran telah membuktikan bahawa cabang ilmu seperti sains sosial ini tidak boleh dipisahkan dengan agama. Hal ini kerana sehingga kini tidak ada satupun penemuan sains yang bertentangan dengan AlQuran. Permasalahannya timbul apabila interpretasi inidivual di salah ertikan. Perkara ini dengan dibuktikan dalam Kitab Allah yang bermaksud , Kami akan tunjukkan ayat-ayat Kami pada ufuk-ufuk dan dalam diri mereka sendiri sehingga jelas kepada mereka bahawa Ia (al-Quran) adalah benar. Tidakkah cukup bagi kamu bahawa Tuhan kamu sebagai saksi kepada semuanya (Surah Al-Fusilat,53)

2.0

Sumbangan Tokoh Islam Dalam Sains Sosial Seperti yang dinyatakan dalam pengenalan kajian ini, sains sosial terdiri

daripada pelbagai cabang ilmu. Oleh itu, terdapat beberapa tokoh islam yang mahir dalam sains sosial ini dan berjaya menyumbangkan pelbagai perkara demi membantu dalam memangkin kemajuan ilmu. Antara sumbangan - sumbangan terbesar yang dihasilkan oleh tokoh-tokoh Islam merupakan cetusan cetusan idea dan juga buku yang mampu menyumbang dalam konteks transformasi masyarakat ini kepada yang lebih baik. Dalam kajian ini, sumbangan-sumbangan tokoh ini akan dipecahkan mengikut bidang yang diceburi oleh tokoh-tokoh tersebut.

2.1.

Sosiologi 2.1.1. Ibn Battutah Seorang tokoh hebat Islam yang bernama Ibn Battutah merupakan salah

seorang yang telah berjaya membantu dalam bidang sosiologi ini. Beliau digelar sebagai pengasas kepada ilmu antropologibudaya dan sosial. Kebanyakan tulisan beliau merupakan catatan pengalaman pengembaraan yang tidak jauh bezana daripada tulisan-tulisan yang dituliskan oleh beliau.Beliau lebih banyak menghabiskan sisa kehidupannya untuk mencari pengetahuan mengenai corak atau polar kehidupan dan kebudayaan sesebuah masyarakat. Antara negara yang pernah menjadi tempat kajian beliau ialah Russia, China, India, Sumatera, Kemboja dan juga barat benua Afrika. Selain itu, hasil-hasil penulisan beliau banyak dikaitkan dengan undang-undang syariah dan feqah yang timbul terutamnya apabila beliau berada dalam kalangan masyarakat Islam. Sebagai contoh, cara solat jemaah di Jeddah, upacara pengembumian di Kota Damsyik dan juga adat resam golongan Syiah, orang Kristian, Yahudi dan Cina. Pengaliran ilmu tanpa henti di situ telah membantu menyelesaikan musykilah-musykilah yang timbul dalam kalangan masyakat lantas terus meningkatkan taraf dan kecintaan manusia kepada ilmu itu sendiri. 6

2.1.2 Ibn Khaldun Tokoh seterusnya ialah Abdul Rahman bin Muhammad ataupun lebih dikenali sebagai Ibn Khaldun. Beliau merupakan seorang sarjana Islam yang bukan sahaja memerhati dan mengumpul bahan mengenai manusia dan masyarakat, malah setiap data dan maklumat yang dikumpul merupakan sangat terperinci dan juga sistematik. Selain itu, tokoh hebat ini telah mengemukakan satu kajian mengenai hukumhukum yang mempengaruhi jenis-jenis manusia sepanjang zaman. Ibn Khaldun memiliki banyak teori yang berkait dengan sosiologi. Antara bidang sosiologi moden yang pernah disentuh oleh beliau ialah Perbandingan Masyarakat Dengan Masyarakat Bandar. Malah, bidang ini dikenalkan lagi oleh Robert Redfield dalam abad ke-20 yang bertemakan folk-urban continuum. Konsep solidarity sosial ataupun dalam bahasa lain asabiyyah mempunyai banyak persamaa de ngan konsep solidarity mekanis dan solidarity organis yang dibincangkan oleh ahli sosiologi kurun ke -19. 2.1.3. Ali Shariati Seterusnya, kita tuju kepada tokoh yang lain iaitu Ali Shariati yang lahir dari tahun 1933 sehingga 1977. Tokoh yang berbangsa Iran ini sangat mendalam dalam membuat kajian untuk memahami Islam dari sudut ilmu sosiologi bagi membantu penambahbaikan sesuatu masyarakat. Salah satu sumbangan beliau yang sangat terkesan kepada pemangkinan ilmu buat manusia sejagat ialah teorimigrasi iaitu perpindahan ataupun penghijrahan. Perkara ini boleh dikaitkan dengan kelahiran tamadun atau peradaban manusia. Ilham untuk mwmbentuk teori ini diperolehi daripada pengetahuan sejarah mengenai perkembangan masyarakat Islam semenjak zaman Nabi Muhammad lagi. Dalam kajiannya ini, beliau mendapati bahawa kesemua dua puluh tujuh peradaban yang pernah wujud merupakan sesuatu yang telah berkembang selepas berlakunya migrasi lagi. Secara langsung, teori migrasi ini merupakan salah satu sumbangan terbesar beliau untuk peradaban ilmu yang mampu membawa kepentingan kepada teori perubahan sosial dalam bidang sosiologi.

2.2.

Sejarah 2.2.1. Al-Tabari

Jika kita beralih pula kepada bidang sejarah, kita dapat lihat bahawa Al-Tabari yang merupakan seorang ulama yang masyhur dan terkenal sebagai pengarang tafsir dan sejarah Islam yang terkemuka iaitu pada abad ke tiga dan empat hijrah. Salah satu karya beliau yang berjudul Tarikh al-Rasul atau dikenalpasti sebagai Tarikh al-Tabari merupakan salah satu sumber sejarah Islam yang terbesar. Seperti yang telah diterangkan pada bahagian pengenalan, sejarah juga merupakan salah satu cabang dalam bidang sains sosial. Maka, tidak dapat dinafikan bahawa karya-karya beliau ini sangat menjadi titik pengenalan mengenai peristiwa-peristiwa yang telah berlaku biasanya sehubungan dengan perkembangan manusia sejagat. Al-Tabari juga telah menekankan sejarah yang berlaku semenjak beberapa abad sebelum Islam iaitu sejarah masyarakat Arab Jahiliyah, sejarah Parsi dan juga sejarah Bani Israil. Kemudian, diikuti pula dengan perkembangan sejarah Islam dari zaman Nabi Muhammad s.a.w sehinggalah ke zaman beliau. Hal ini telah menyebabkan cara pendekatan beliau hanyalah berpegang dengan fahaman ulama tafsir dan juga hadis dalam mentafsir sejarah. Hal ini telah menyebabkan kemudahan yang banyak bagi pengkaji-pengkaji sejarah zaman kini. 2.2.2. Al-Masudi Seterusnya, Al-Masudii yang merupakan ahli sejarah dan seorang ulama Islam yang terkenal pada abad ke 4 hijrah. Beliau menganjurkan penggunaan falsafah dan sains dalam penulisan sejarah beliau. Tokoh ini juga dikenali sebagai pembaharuan dalam pemikiran sejarah dan dianggap oleh sesetengah ahli sejarah sebagai ahli sejarah Islam yang modenis. Menurut beliau, Sejarah ialah suatu displin ilmu yang lengkap dan komprehensif. Selain itu, tokoh ini menekankan bahawa sejarah itu perlu dipelajari dah difahami supaya kita menyedia dan membentuk suatu sains atau displin ilmu sejarah yang sistematik untuk manusia sejagat. Al-Masudii menggunakan pelbagai bentuk cara untuk membantu perkembangan ilmu itu sampai kepada masyarakat buat tempoh yang panjang. Antaranya, menulis termasuklah dalam bentuk kronologi ketika 8

menulis tentang sejarah zaman Nabi serta zaman Khulaf a al-Rasyidin. Secara tidak langsung, beliau memasukkan unsur-unsur sains dan falsafah dalam penulisannya iaitu dengan tidak mengabaikan prinsip-prinsip agama Islam seperti yang dinyatakan oleh Rosenthal (1968). Oleh itu, tidak dinafikan kehebatan Al-Masudi dalam memangkin kemajuan ilmu. 2.2.3. Ibn Khaldun Ibn Khaldun mentakrif bahawa sejarah merupakan sebagai maklumat tentang masyarakat dunia dan kemajuan sesuatu tamadun. Menurut beliau, sejarah boleh dibahagikan kepada dua bahagian iaitu sejarah am dan juga sejarah khas. Sejarah am membawa maksud sebagai sejarah perang dan naik jatuhnya sesebuah kerajaan dan pemerintahan tanpa mengambil kira pergolakan dalam masyarakat. Sejarah khas pula ialah sejarah yang melihat dan meneliti tindak tanduk sesebuah masyarakat serta mamiliki keterangan yang nyata mengenai kehidupan manusia dan pengetahuan yang mendalam tentang peristiwa dan sebab-sebabnya berlaku. Beliau tentang memberi kesan yang sangat mendalam kepada ilmu sejarah kepada manusia sejagat. Konsep beliau mengenai manusia dan masyarakat adalah berdasarkan dalil-dalil Al-Quran (Imam al-Din Khalil).

2.3. Politik 2.3.1. Al-Farabi Al-Farabi dikenali sebagai insan yang paling memahami falsafah Aristotle serta merupakan yang terawal dalam menulis mengenai ilmu logik Yunani secara teratur dan sistematik. Menurut beliau, seorang ahli falsafah tidak seharusnya memisahkan dirinya daripada sains dan politik.beliau telah mempelajari bahasa Arab dan telah membuat banyak kajian mengenai falsafah dan teori Saocrates, Plato, dan Aristotle semata-mata untuk menghasilkan teori serta konsep mengenai kebahagiaan. Walaupun pendapat beliau mengenai politik dan masyarakat ini banyak dipengaruhi oleh falsafah Yunani tetapi beliau merupakan seorang yang menentang pendapat Plato yang menganjurkan 9

konsep pemisahan dalam kehidupan manusia. Menurut beliau, seorang ahli fasafah tidak seharsnya memisahkan dirinya saripada sains dan politik. Bagi Al-Farabi, segala ilmu dan para ilmuwan haruslah diletakkan pada kedudukan yang tertinggi dalam pemerintahan sesebuah negara. Pandangan beliau ini sebenarnya mempunyai

persamaan dengan ajaran Confusius yang meletakkan golongan ilmuwan pada empat yang tertinggi dalam sistem sosiologi sesebuah negara. Hal ini telah membuktikan bahawa Al-Farabi membawa sumbangan kepada politik dalam sesebuah masyarakat dan negara ke arah yang lebih baik. 2.3.2. Ibn Taymiyyah Ibn Taymiyyah merupakan seorang tokoh ilmuwan yang sangat hebat dan besar. Sumbangan beliau dalam sosiologi dan politik sangat memberik impak yang sangat besar kepada masyarakat umat Islam masa kini. Beliau telah berjaya menghasilkan pelbagai buku-buku yang bermanfaat untuk kegunaan umat sejagat. Salah satunya ialah Al-Siyasah Al-Syariyyah yang ditulis pada tahun 709 Hijrah dan 712 Hijrah. Idea-idea politik Ibn Taymiyyah amat penting di dalam sejarah politik Islam. Ibn Taymiyyah menitik beratkan kekuasaan yang ditegakkan oleh Nabi Muhammad s.a.w. dan menunjukkan bahawa kekuasaan itu bersifat nubuwwah dan imamah (Qamaruddin Khan 1993). Hal ini dapat membuktikan bahawa Ibn Taymiyyah selalu ingin mengaitkan teorinya dengan cara-cara Rasulullah memerintah dan berpolitik. Selain itu, Ibn Taymiyyah ini sangatlah memusuhi konsep formalisme dalam berpolitik. Hal ini telah dibuktikan oleh Qamaruddin Khan dalam buku yang berjudul Tokoh-tokoh Pemikir Islam, Dan Ibn Taymiyyah, walaupun beliau sangat memusuhi formalism, tidak dapat membebaskan diri daripada segala aspek tradisi. Hal ini dapat membuktikan bahawa sumbangan beliau dalam politik ini sangatlah besar dengan hasil karya beliau yang sangat terkenal dan memberi impak yang besar kepada umat Islam sepanjang zaman.

10

Oleh itu, daripada beberapa isi yang dikemukan di atas, kita dapat simpulkan bahawa tokoh-tokoh Islam ini sangat membawa kesan yang banyak dan positif kepada perkembangan ilmu seperti perubahan kepada masyarakat yang mencintai ilmu dan proses sifat berketamadun dalam masyarakat sejagat.

3.0

Rumusan Secara kesimpulannya, saya dapat simpulkan bahawa manusia secara fitrahnya

itu bersifat sebaik- baik kejadian dan mulia. Seperti yang difirman oleh Allah Taala dalam Al-Quran,

Maksudnya, sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya. (Surah At-Tin, ayat 4)

Manusia mampu mengekalkan sifat-sifat ini dan bangkit untuk menghadapi cabaran yang ada sekiranya ia menerima pendidikan dan bimbingan yang betul serta diberi galakan. Oleh sebab manusia sifatnya adalah baik, manusia secara psikologinya akan gembira dan puas selagi ia berada, atau menghampiri sifat dalamannya, dan akan berasa tidak gembira serta kecewa apabila ia menyeleweng daripadanya. Seperti firman Allah,

Maksudnya, Maka hadapkanlah wajahmu dengan lurus kepada agama Allah; (tetaplah atas) fitrah Allah yang telah menciptakan manusia menurut fitrah itu. Tidak ada perubahan pada fitrah Allah. (Itulah) agama yang lurus; tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui. (Surah Ar-Rum, ayat 30)

11

Konsep yang serupa digunakan untuk kebangkitan sesuatu tamadun. Tanpa kebaikan yang dilakukan oleh masyarakat tamadun itu seperti menelaah dan pengamalan ilmu yang tinggi dan hebat, mereka pasti tidak akan dapat bangkit daripada kejahilan yang dialami oleh masyarakat sebelumnya. Selain itu,dengar hadirnya tokoh-tokoh ilmuan yang hebat, secara tidak langsung dapat membantu juga dalam pemangkinan ilmu dalam sesebuah tamadun.

12

You might also like