You are on page 1of 7

Pembentukan Kata Kerja

Dalam bahasa Melayu terdapat empat bentuk kata kerja, iaitu: 1. 2. 3. 4. kata kerja tunggal kata keja terbitan kata kerja majmuk kata kerja ganda

Beberapa contoh: 1. Kata kerja tunggal ada terbang

2.

Kata kerja terbitan mewangi memasak diseret jayakan

3.

Kata kerja majmuk kemas kini lipat ganda

4.

Kata kerja ganda gelak-gelak/tergelak-gelak berlari-lari

Beberapa Aspek Pengimbuhan Kata Kerja Seperti dangan kata nama, beberapa aspek pengimbuhan kata kerja akan disentuh, kerana proses pengimbuhan amat produktif dalam proses pembentukan kata kerja bahasa Melayu.

Imbuhan Kata Kerja Terdapat empat jenis imbuhan yang membentuk kata kerja, iaitu: 1. 2. 3. 4. awalan kata kerja akhiran kata kerja apitan kata kerja sisipan kata kerja

Awalan Kata kerja Terdapat enam awalan yang membentuk kata kerja, iaitu: (a) meN(b) beR(c) teR(d) di(e) mempeR(f) dipeR-

Akhiran Kata kerja Terdapat hanya dua akhiran yang membentuk kata kerja, iaitu: (a) -kan (b) -i

Apitan Kata Kerja Jumlah apitan yang membentuk kata kerja agak besar, iaitu, sebelas, seperti yang berikut: (a) meN--kan (b) beR--kan (c) beR--an (d) di--kan (e) meN--I (f) di--I (g) mempeR--kan (h) mempeR--i (i) ke--an (j) dipeR--kan (k) dipeR--i

Sisipan Kata Kerja Dalam bahasa Melayu tidak ada sisipan yang dapat membentuk kata kerja. Namun, perkataan-perkataan yang terdiri daripada kata nama dan kata adjektif yang mengandungi sisipan dapat dijadikan kata kerja melalui proses pengimbuhan. Contohnya: (a) -elgeletar - bergeletar - menggeletar jelajah - berjelajah (b) -erserabut - berserabut gerodak - bergerodak (c) -emgemuruh - bergemuruh semerbak - bersemerbak - menjelajah

Kata Kerja Transitif dengan Objek Semua kata kerja transitif menerima objek. Sebagai contoh ialah dua kata kerja dalam ayat-ayat berikut: 1. 2. Ibu membeli sehelai baju. Ahmad membaca surat itu.

Dalam ayat-ayat di atas terdapat satu objek. Ayat-ayat ini boleh diperluas dengan menambah unsur keterangan, iaitu yang menerangkan pihak yang mendapat manfaat daripada perbuatan kata kerja, seperti ayat-ayat berikut: 1 (a) Ibu membeli sehelai baju untuk adik. 2 (a) Ahmad membaca surat itu kepada rakannya.

Ayat 1(a) dan 2(a) masih berupa ayat-ayat yang mengandungi satu objek kerana unsur yang ditambah selepas objek, dari segi binaannya, berbentuk frasa, iaitu frasa sendi nama.

Namun begitu, jikalau kata kerja membeli dan membaca diubah menjadi kata kerja berapitan meN--kan, iaitu membelikan dan membacakan, maka binaan ayat akan berubah menjadi ayat-ayat berikut: 1 (b) Ibu membelikan adik sehelai baju. 2 (b) Ahmad membacakan rakannya surat itu.

Dalam kedua-dua ayat ini terdapat dua objek, iaitu adik dan sehelai baju dalam ayat 1(b) dan rakannya serta surat itu dalam ayat 2(b). Oleh sebab terdapat dua objek dalam satu ayat, objek-objek tersebut dibezakan dengan menamakan objek yang lebih dekat dengan kata kerja objek tepat ( dalam kes ini adik dalam ayat 1(b)

dan rakannyadalam ayat 2(b). Objek yang jauh sedikit ( sehelai baju dan surat itu ) disebut objek sipi.

Satu ukuran untuk menentukan yang manakah antara kedua-dua objek itu objek tepat atau objek sipi, ialah proses pasif. Dalam bahasa Melayu, hanya objek tepat boleh mengalami proses pasif, misalnya ayat 1(c) ialah bentuk pasif bagi ayat 1(b), manakala ayat 2(c) ialah ayat pasif bagi ayat 2(b).

1 (c) Adik dibelikan sehelai baju oleh ibu. 2 (c) Rakannya dibacakan surat itu oleh Ahmad.

Sebaliknya, ayat-ayat berikut dianggap tidak gramatis: 1 (d) Sehelai baju dibelikan adik oleh ibu. 2 (d) Surat itu dibacakan rakannya oleh Ahmad. Hal yang sama juga berlaku bagi kata kerja yang menerima paitan meN--i. Dalam dua ayat berikut, terdapat dua objek: 3. 4. Mereka menghadiahi guru mereka sejambak bunga. Tina menghidangi tetamunya secawan kopi.

Dalam

ayat

(3),

objek

tepat kata

ialah guru kerja

mereka dan ditukar

dalam apitan, ayat

ayat iaitu turut

(4) tetamunya. Jikalau

kedua-dua

menjadi menghadiahkan dan menghidangkan,maka berubah, menjadi seperti yang berikut:

binaan

kedua-dua

3 (a) Mereka menghadiahkan sejambak bunga kepada guru mereka. 4 (a) Tini menghidangkan tetamunya secawan kopi.

Dalam binaan ayat 3(a) dan 4(a), tidak lagi terdapat dua objek dalam setiap ayat.Yang tinggal hanya satu objek diikuti oleh frasa sendi nama. Perbezaan Antara Apitan meN--kan dengan Apitan meN--i Dalam bahasa Melayu banyak kata kerja terbentuk dengan apitan meN-kan dan meN--i. Kedua-duanya membentuk kata kerja transitif yang mendukung makna asas yang terkandug dalam kata dasar.

Ada kalanya dapat dibezakan fungsi antara kedua-dua apitan ini, iaitu lazimnya apitan meN--kan menandakan maksud kausatif, manakala apitan meN--

Imenandakan maksud lokatif. Contoh: 1 (a) Saya menghadiahkan sebuah buku kepada Anita pada hari jadinya. (b) Saya menghadiahi Anita sebuah buku pada hari jadinya.

Tetapi bagi sebilangan kecil kata kerja yang menerima kedua-dua apitan ini, penggunaannya saling berganti tanpa membezakan makna. Contohnya: 2 (a) Ali sedang membaiki kereta yang rosak. (b) Ali sedang membaikkan kereta yang rosak.

Jenis Kata Kerja Berawalan TERKata kerja yang dibentuk dengan awalan teR- terdiri daripada dua jenis, iaitu: 1. 2. kata kerja transitif kata kerja tak transitif

1. Kata kerja transitif Terdapat dua jenis kata kerja transitif yang terbentuk denga awlan teR-, iaitu: (a) kata kerja transitif aktif (b) kata kerja transitif pasif

Contohnya: (a) Kata kerja transitif aktif, iaitu yang diikuti oleh objek. (1) Ratna terambil buku adik saya. (2) Kakinya terpijak paku itu.

(b) Kata kerja transitif pasif Terdapat juga kata kerja dengan awalan teR- yang bersifat tak transitif, iaitu yang tidak memerlukan objek. Contohnya:

(1) Mereka tersandar di tepi dinding. (2) Dia terjatuh dari atas pokok.

Perbezaan antara awalan memper- dengan apitan Memper--kan

Dalam bahasa Melayu terda[at kata kerja yang terbentuk dengan awalan mempeR dan apitan mempeR--kan. Pada dasarnya, kata kerja dengan awalan mempeR- membawa maksud menjadikan dan boleh bertukar ganti dengan apitan meN--kan.

Contohnya: memperbesar = membesarkan memperalat = mengalatkan

Bagi kata adjektif, salah satu bentuk sahaja digunakan. Oleh itu, tidak gramatis, misalnya, jika digunakan bentuk memperbesarkan. Pilihlah hanya mana-mana satu imbuhan, iaitu sama ada memperbesar atau membesarkan.

Tetapi bagi beberapa kata nama tertentu, iaitu hamba, isteri dan suami, perkataanperkataan ini boleh menerima awalan mempeR- dan mempeR--kan, untuk

menghasilkan perkataan yang berlainan makna. Contohnya:

1. memperhamba - menganggap diri atau orang lain seperti hamba. 2. memperhambakan - menjadikan diri atau orang lain seperti hamba kepada seseorang. 3. memperisteri menjadikan seseorang isteri.

4. memperisterikan - memberikan isteri kepada seseorang atau menjadikan seseorang beristeri.

You might also like