You are on page 1of 36

BAHASA MELAYU KOMUNIKASI TAJUK 5 GAYA BAHASA

SITI NUR FATIN NURUL ATIQAH MOHAMAD MUKMIN EZFAR

ISI KANDUNGAN
Diksi Metafora Simile Hiperbola Personafikasi Imejan Paradoks Simbol Ambiguiti Konotatif Denotatif Bahasa sindiran & Kiasan Peribahasa

FUNGSI GAYA BAHASA


Menarik perhatian pembaca. Penekanan terhadap mesej yang cuba disampaikan. Pengunaan gaya bahasa yang tepat dan sesuai juga akan meningkatkan

keberkesanan komunikasi.

DEFINISI
Gaya bahasa ialah rupa susuk bahasa yang dipakai apabila bercakap atau mengarang. (Pendeta Zaaba)

Pemakaian kata kata kiasan dan


perbandingan yang tepat untuk melukiskan

sesuatu maksud.

KONSEP GAYA BAHASA Cara bagaimana seseorang itu mengungkapkan bahasa sama ada semasa bertutur atau menulis. (Nik Safiah Karim, 1988) Pemanfaatan atau kekayaan bahasa oleh seseorang dalam bertutur atau menulis, dan pemakaian ragam tertentu untuk memperoleh efek-efek tertentu. (Harimurti, 1982)

Pemilihan kata, frasa dan ayat yang di gunakan oleh pengarang bagi menyampaikan ceritanya. (Siti Hajar Abd. Aziz, 2009)
Setiap pengarang mempunyai caranya yang tersendiri untuk mengekspresi atau menyatakan sesuatu ceritanya. (Othman Putih, 1993)

DIKSI
Pemilihan dan susunan perkataan yang tepat dan sesuai

dalam pertuturan atau penulisan.


Pemilihan kata-kata yang sesuai oleh penulis berdasarkan tema dan persoalan, latar, watak dan mesej yang akan di

gunakan dalam karya mereka.


Kemampuan penulis untuk membezakan secara tepat makna dari yang ingin disampaikan, dan kemampuan untuk mengenalpasti bentuk yang sesuai dengan situasi dan nilai rasa yang dimiliki oleh khalayak pendengar.

METAFORA
Kiasan atau perbandingan secara terus tanpa
kata perbandingan.

Bahasa kiasan dalam laras sastera yang tidak


menggunakan kata-kata bandingan seperti simile. Kiasan jenis metafora merupakan kiasan yang menyebut terus kepada benda atau binatang

yang hendak diumpamakannya.

CONTOH METAFORA
Samudera hampa Lautan fikiran

SIMILE
Kiasan menggunakan perkataan perbandingan. Menggunakan perkataan :- Bagai - Umpama - Bak - Ibarat

CONTOH SIMILE
Seperti anjing dan kucing Kurus macam lidi Bagai aur dengan tebing

HIPERBOLA
Penyataan yang berlebih-lebihan untuk menekankan sesuatu perkara. Sejenis bahasa kiasan yang digunakan untuk menyatakan sesuatu secara berlebihlebihan daripada maksud sebenar.

CONTOH HIPERBOLA
Lautan api sanggup kurenangi Biar dada di tembusi panah berbisa

PERSONIFIKASI
Memberikan sifat-sifat manusia kepada benda bukan manusia Bukan manusia merujuk kepada :- Haiwan - Tumbuh-tumbuhan - Fenomena alam (sungai, laut, pantai dll) Sifat manusia meliputi aspek :- Perwatakan - Perasaan - Tindak-tanduk - Perlakuan

CONTOH PERSONIFIKASI
Daun nyiur melambai-lambai Rumput menari-nari ditiup angin

IMEJAN
Himpunan imej dalam sesebuah hasil karya sastera atau sebagai satu unit yang timbul dalam karya. Imejan sama ertinya dengan bahasa kiasan.

Kesan gambaran yang timbul dari pengunaan


kata, ungkapan dan ayat dalam sebuah puisi. Kesan tersebut dapat timbul dari imej yang bersifat penglihatan, pendengaran, bau dan sebagainya.

CONTOH IMEJAN
Setiap malam dibuka jendela yang kelihatan adalah pohon-pohon pucat seekor kucing kurus di jambatan menanti kepulangan cahaya pagi. (Bunga Gerimis, 1986) - Kata-kata dalam ayat Pohon-pohon pucat dan Seekor kucing kurus di jambatan itu adalah imej penglihatan yang menimbulkan kesan gambaran kemiskinan atau penderitaan hidup.

PARADOKS
Penyataan yang kelihatan bertentangan (menggunakan unsur positif dan negatif dalam satu baris) tetapi kenyataannya mengandung kebenaran dengan pendapat umum atau realiti.

CONTOH PARADOKS
Mereka berasa tenang di tengah kebisingan kota Kuala Lumpur Aku kesepian di tengah

keramaian

SIMBOL
Perlambangan, merupakan kata-kata tertentu yang digunakan berupaya menyatakan sesuatu di luar erti kata-kata itu

sendiri.
Simbol bergubungan dengan sifat konotasi.

CONTOH SIMBOL DENGAN SIFAT KONOTASI


Ku berikan sekuntum mawar kepadanya Maka mawar itu adalah simbol yang ertinya bukan sekadar sekuntum bunga sahaja.

Mawar boleh membawa erti bahagia sebagai


cinta yang suci, sesuatu yang indah atau sesuatu penuh kelembutan dan kemesraan

Samb
Selain itu, simbol juga menggunakan kata-kata unsur alam Kata-kata seperti :- Laut - Bulan - Ombak - Senja Simbol juga boleh dibentuk dari nama-nama yang sudah terkenal dalam sejarah Umpamanya :- Rama - Rawana - Sita - Malim Kundang

AMBIGUITI
Unsur kekaburan dan ketidakjelasan yang digambarkan dalam laras bahasa kreatif. Idea yang disampaikan oleh pengarang perlu mempunyai pelbagai tafsiran daripada para pembaca. Pengarang juga ada ketikanya membabitkan pembaca dengan unsur imejan figuratifnya iaitu dengan pengunaan bahasa yang tersirat maksudnya. Contohnya :- Unsur metafora - Personifikasi

KONOTATIF
Konotatif ialah makna tambahan, atau makna tersirat yang ada kaitan dengan nilai rasa, baik positif mahupun negatif. Contoh : - Ayam tambatan: Orang harapan / penting di dalam satu kumpulan, pasukan.

DENOTATIF
Denotatif ialah makna tersurat. Denotatif juga dikenali sebagai makna kamus atau makna rujukan. Makna selapis atau tersurat. Tiada kesan emosi. Contoh : Ayam tambatan: Ayam yang ditambat atau diikat dengan tali atau lain-lain alat pengikat.

Samb
Bunga mekar di jambangan Memang bermaksud bunga yang sedang

mekar di jambangan dan tidak membawa


makna yang lain.

BAHASA SINDIRAN
Bahasa sindiran ialah perkataan yang ditujukan maksudnya kepada seseorang dengan tidak disebutkan dengan tepat, hanya disingung dengan dikias-kiaskan atau diarahkan kepada perkara lain kerana tidak mahu menyebutnya secara berterus-terang.

CONTOH SINDIRAN
Aku seorang sahaja yang bekerja bagai nak pengsan dibuatnya - Menyindir orang yang malas Buah langsat kuning mencelah, Keduduk tidak berbunga lagi ; Sudah dapat gading bertuah, Tanduk tidak berguna lagi. - Menyindir orang yang tidak mengendahkan sahabat atau kekasih lama

PERIBAHASA
Ayat atau kelompok kata yang mempunyai susunan yang tetap dan mengandungi pengertian yang tertentu seperti bidalan, pepatah. Contoh :
o Bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat Maksud : Kata sepakat yang dicapai dalam mesyuarat. o Melentur buluh biarlah dari rebungnya Maksud : Mendidik anak biarlah sejak mereka kecil lagi.

Samb
Menurut Abdullah Hussain (1989) - Berdasarkan pengalaman hidup rakyat jelata. *Keli dua selubang - Pengamatan oleh orang-orang arif. *Tidak lari gunung dikejar - Kandungan kitab suci. * Bekerjalah seolah-olah kamu hidup selama-lamanya dan beramallah kamu seolah-olah kamu akan mati ke esoknya.

Samb
Menurut Ishak Ramly (1990) terdapat sembilan faktor yang mempengaruhi perkembangan peribahasa - Pengalaman dan pengamatan alam sekeliling - Lambang daripada keadaam dalam masyarakat - Menyembunyikan kata-kata kasar - Menyuraikan adat - Kata orang-orang arif dan bijaksana - Sumber dari kitab suci - Unsur asonansi dan aliterasi - Cerita dongeng - Pengaruh budaya asing

JENIS PERIBAHASA
Jenis Peribahasa Makna Selapis Makna berlapis

Perbilangan
Bidalan Pepatah Lidah Pendeta

Perumpamaan
Simpulan Bahasa Kiasan Tamsil & Ibarat

MAKNA SELAPIS
Bidalan - Ungkapan yang menjadi panduan nilai sosial, mengandungi teladan dan nasihat yang ditujukan kepada pelbagai pihak. *Jika pandai menggunting, hendaklah pandai menjahit Pepatah - Berasal dari adat resam dan berfungsi sebagai pedoman dalam kehidupan. * Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih

Samb
Perbilangan - Susunan kalimat yang bertujuan menjadi pegangan kepada anggota masyarakat sehingga menjadi adat atau peraturan. *Kuat hukum, tak gaduhkan adat Lidah pendeta - Merujuk kepada kata-kata pujangga, ulama atau orang bijak. * Mata pena itu lebih tajam daripada mata pedang

MAKNA BERLAPIS
Perumpamaan - Mengandungi makna tersurat dan tersirat. - Dua jenis perumpaan iaitu yang menyatakan perbandingan secara terang-terangan atau tidak terang-terangan. *Seperti katak di bawah tempurung *Diberi betis hendak peha Kiasan - Menyatakan sesuatu perkara dengan mengiaskan kepada perkara lain, sama ada dengan menyebut perbandingan atau tidak menyebut perbandingan. *Merah macam biji saga

Samb
Simpulan bahasa - Rangkaian perkataan yang telah tetap tersimpul dengan susunan yang khas. *Kutu embun Tamsil dan ibarat - Terkandung di dalam gabungan tamsil dan ibarat ialah pengajaran * Sesiapa berusaha memanjat pokok rajin dan melalui dahannya sudah pasti dia ke pucuk kemuliaan dan mengecap buah kesenangan

Sekian. Terima kasih

You might also like