You are on page 1of 25

DEFINISI

Pembacaan dengan suara yang lantang sesuatu sumber(perkataan, frasa, ayat) untuk ditulis oleh orang lain. Kamus Dewan Edisi Empat mentakrifkan imlak sebagai perbuatan menyebut perkataan (ayat dll) supaya ditulis oleh orang lain Pengimlakan melibatkan dua kemahiran berbahasa
1. 2. Kemahiran mendengar Kemahiran menulis secara mekanis

Menulis secara mekanis ialah menyalin unit bahasa sama ada huruf,suku kata, perkataan, ayat atau wacana. Penyalinan bahan bercetak yang dilihat dengan mata tidak dianggap imlak kerana tidak melalui media pendengaran.

Aktiviti menulis semula sesuatu petikan yang dibaca atau diperdengarkan Murid perlu kuasai kemahiran membentuk huruf, mengeja, menggunakan tanda bacaan dan perbendaharaan kata Petikan perlu sesuai dari segi panjang petikan, bahasa, kandungan, dan kosa kata Pastikan tempat hentian bacaan Petikan perlu dibaca dengan jelas

CARA PENGAJARAN IMLAK


Berikan petikan teks dan minta murid baca Guru memilih bahagian dalam teks untuk diimlakkan Guru menyebut perkataan secara lisan atau rakaman dan murid menulis Aspek yang dinilai seperti ketepatan ejaan, penggunaan perkataan, bentuk huruf dan tanda baca Dilaksanakan selepas aktiviti lisan atau membaca

TUJUAN
Imlak latih murid menulis perkataan dengan ejaan yang tepat. Merupakan peletak dasar kemampuan murid untuk membezakan berbagai bunyi(fonem). Menambah kemahiran pengetahuan murid dalam memahami kosa kata dan stuktur bahasa. Memberikan dasar kemampuan mengenai tanda baca yang benar

CARA MEMBACAKAN KERATAN IMLAK


Mula-mula bacakan keratan satu kali kepada pelajar sebelum Ujian Imlak itu dijalankan. Selepas imlak dijalankan , bacakan teks itu keseluruhannya sekali lagi untuk semakan pelajar. Jadi guru membacakan teks itu tiga kali, iaitu sebelum pengujian, sewaktu pengujian dan selepas pengujian. Kadar kelajuan bacaan hendaklah sesuai dengan kesempatan pelajar mendengar, memahami dan menulis; dan keratan dibacakan dengan gaya yang natural (biasa). Bacaan hendaklah mengikut tanda bacaan, jeda (pauses) dan intonasi yang betul.

Keratan Ujian Imlak Pada petang itu, / cuaca sungguh nyaman./ Angin bertiup sepoi-sepoi bahasa./ Matahari hampir terbenam./ Cahayanya yang merah itu/ menyinari permukaan air laut/ menjadikannya berkilaukilauan./ Ombak berkejar-kejaran/ ke tepi pantai./ Apabila sampai ke tepi pantai/ ombak itu pun pecah, / buihnya menjamah pasir pantai/ yang halus dan putih itu./ (Abdul Aziz Abdul Talib,1996).

PERINGKAT LATIHAN MENULIS


i. Ejaan
Guru perlu memilih perkataan yang sesuai berlandaskan perbendaharaan kata mereka ( Perkataan yang pernah didengar) Peringkatkan. Bermula yang mudah kepada yang lebih susah Jumlah perkataan jangan terlalu banyak Boleh gunakan aktiviti mengeja selepas aktiviti bacaan

Harus dilakukan secara lisan , kemudian dilakukan secara bertulis . Sebaik-baiknya guru dedahkan dahulu perkataan tersebut Guru sebut dua kali barulah murid menulis Perkataan yang ditulis haruslah diperiksa oleh guru atau secara berpasangan

MENULIS IMLAK DENGAN TEPAT.


i. Menulis imlak perkataan o Guru menyebut perkataan, arah murid-murid menulis/mencatat dalam buku tulis dengan tulisan kemas dan cantik. o Contoh : a) Datuk b) Nenek c) Sepupu d) Ayah e) Ibu

ii. Menulis Imlak Frasa o Guru menyebut frasa, arah murid-murid menulis/mencatat dalam buku tulis dengan tulisan kemas dan cantik. o Contoh : a. air bersih b. ikan kaloi c. susun bunga d. pasang langsir e. sapu sampah f. lap tingkap g. minum susu

iii. Menulis Imlak Ayat Mudah o Guru menyebut ayat mudah, arah muridmurid menulis/mencatat dalam buku tulis dengan tulisan kemas dan cantik. o Contoh : a. Anas bangun pagi. b. Huda sapu sampah. c. Kami kemas kelas. d. Ayah potong rumput. e. Ravi main bola.

RENCANA
Satu cara untuk memperkukuh kemahiran membaca dan menulis Tujuan supaya murid mahir mendengar mengeja dan menulis Bahan-bahan rencana hendaklah berkait rapat dengan aspek-aspek bahasa yang hendak dipelajari Beri juga perhatian terhadap tanda baca

AKTIVITI RENCANA
a. Guru edar bahan daripada buku teks,majalah, petikan dan sebagainya. Murid diminta membaca, mengecam dan menulis semula b. meminta murid menulis sama ada daripada lisan atau rakaman c. menukar karangan pendek atau petikan bercetak dari tulisan jawi ke dalam tulisan rumi

CARA PELAKSANAAN
Murid diberi petikan dan diminta membaca Guru pilih bahagian-bahagian tertentu untuk direncanakan Guru sebut ayat-ayat sama ada secara lisan atau rakaman dan murid diminta menulis Unsur yang dilihat dalam rencana ialah ketepatan ejaan, penggunaan perkataan, bentuk huruf dan tanda baca Periksa kerja murid. Beri markah. Setiap kesalahan perlu dibincangkan Sebaik-baiknya dilakukan selepas aktiviti lisan atau bacaan

Penyediaan Bahan Aktiviti Imlak

Artikel Rakaman audio Bahan yang boleh digunakan Buku cerita

Majalah Surat khabar

Petikan teks

Petikan Teks

Pencemaran Air
Air merupakan nadi kehidupan manusia. Tanpa air,

manusia bukan sahaja menghadapi masalah untuk meneruskan


aktiviti kehidupan malahan juga akan mati kehausan. Demikianlah pentingnya air kepada kita.

Namun begitu, sumber air khususnya di negara kita sering dicemari oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. Sumber air dicemari dengan sampah sarap serta bangkai dan najis. Lebih daripada itu, sumber air dicemari pula oleh tumpahan minyak serta sisa toksik.

Pencemaran air menimbulkan beberapa kesan yang negatif kepada manusia. Yang pasti haiwan akuatik

seperti ikan , udang, serangga air akan pupus sedikit demi


sedikit. Bukan itu sahja, tumbuhan akuatik termasuk batu karang juga akan mengalami nasib yang sama.

Pencemaran air juga menyebabkan air berbau busuk dan dicemari kuman. Lebih mencemaskan lagi,

sumber air yang tercemar tidak selamat untuk diminum.


Justeru, untuk mendapatkan bekalan air yang bersih lagi selamat, kita terpaksa membayar harga yang lebih mahal daripada kebiasaanya.

Lembaran Kerja

Nama : _____________________ Kelas :_____________________

Lembaran Kerja
Markah

Aktiviti Imlak Tulis perkataan-perkataan yang disebut oleh guru.

1. ________________ 2. ________________ 3. ________________ 4. ________________ 5. ________________ 6. ________________ 7. ________________ 8. ________________ 9. ________________ 10. ________________

UJIAN IMLAK
Imlak sebagai satu ujian kemahiran mendengar telah diutarakan oleh Oller (1979). imlak menguji konstrak kemahiran mendengar dalam sesuatu bahasa dan kefahaman mengenainya dalam bahasa yang didengar. menulis semula sesuatu keratan (petikan paragraf) yang diperdengarkan.

Kebolehan untuk menerima berita dan memahami apa yang disampaikan

Kebolehan untuk menangkap perbendaharaan kata dan konsep secara terendiri

ASPEK-ASPEK
Kebolehan untuk meneliti perbezaan dalam rima

CARA PEMARKAHAN
Markah penuh adalah mengikut jumlah bilangan perkataan yang terdapat dalam keratan imlak. Misalnya, 100 markah penuh bagi keratan yang mengandungi 100 patah perkataan. MARKAH
1 markah

KETERANGAN
Bagi setiap perkataan yang betul dan tepat dengan bacaan daripada teks asalnya

1 atau markah

Bagi setiap perkatan yang tersilap ejaannya, tetapi mempunyai kaitan fonologi dengan perkataan asalnya; dan tidak membawa maksud lain kepada ayat/ keseluruhan teks asalnya. Contoh: bilik ditulis sebagai bilek.

Sekian Xie Xie & Terima Kasih

Bibliografi
Anonymous. (2012, Januari 8). Imlak tu apa. Diakses pada Februari 26, 2013 daripada http://imlak.blogspot.com/2012/01/imlak-tu-apa.html Azaha Ibrahim. (2012). Penilaian Kemahiran Mendengar. Diakses 25 Februari, 2013, daripada http://azaha83.blogspot.com/2012/04/penilaian-kemahiranmendengar-sama-ada.html Faridah Sadek. (2010, Januari 2). Petikan Pencemaran Air. Diakses pada Februari 26, 2013 daripada http://faridahjajpm1.blogspot.com/2010/01/petikanpencemaran-air.html Jabatan Pengajian Melayu. (2011). Kemahiran Menulis. Diakses 25 Februari, 2013, daripada http://jpmkampusrajang.blogspot.com/2011/07/nota-bmm-3104kemahiran-bm-kemahiran.html Pusat Rujukan Persuratan Melayu. (2013). Imlak. Diakses pada Februari 26, 2013 daripada http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=imlak

You might also like