You are on page 1of 15

Pengaplikasian Kemahiran Bernilai Tambah dalam P&P Bahasa Melayu

Kemahiran Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK/ICT)

Matlamat pembangunan pendidikan Kementerian

Pelajaran Malaysia memberikan penekanan kepada pembangunan TMK yang menyeluruh .


Antaranya, meningkatkan pengetahuan dan

kemahiran TMK dalam kalangan pendidik dan murid serta mengintegrasikan TMK dalam pengajaran dan pembelajaran agar P & P lebih berkesan, menarik dan mencabar.

Penggunaan TMK perlu dirancang dengan teliti

untuk meningkatkan keberkesanan pembelajaran supaya sesuai dengan pembelajaran dan bersifat kendiri selaras dengan tuntutan P&P alaf baharu dan kemahiran abad ke-21.
Penggunaan TMK dalam P&P membantu murid

untuk membina, menilai, memanipulasi dan mempersembahkan idea serta pengetahuan yang baharu.

Kemahiran TMK ini adalah selaras dengan dasar

Kementerian Pelajaran Malaysia berkaitan dengan TMK di sekolah dan semua institusi pendidikan iaitu:
Memastikan semua guru dan murid celik TMK

Menyelaraskan semua aktiviti dan inisiatif TMK di

bawah Jawatankuasa Maklumat Pengkomputeran Kementerian. Menilai semua perisian kursus yang telah dihasilkan.

Mengutamakan peranan dan fungsi TMK dalam

pndidikan sebagai mata pelajaran atau pengupaya dalam P&P.


Menggalakkan penggunaan TMK bagi

meningkatkan produktiviti, kecemerlangan dan keberkesanan sistem pengurusan.

Jadual di sebelah menunjukkan aktiviti-aktiviti

pemerolehan maklumat melalui penggunaan TMK, iaitu internet, kamera digital, kamera video digital dan CD ROM.

Penggunaan TMK

Contoh aktiviti

Internet

Murid menggunakan kemudahan enjin pencarian Yahoo, Google dan sebagainya untuk memuat turun dan memuat naik fail-fail digital seperti grafik, audio, video, animasi ke dalam komputer.

Kamera digital

Murid boleh memindahkan fail grafik daripada memori kamera digital ke komputer melalui kabel USB dan pembaca kad memori bagi tujuan untuk pembentangan atau aktiviti pesembahan.

Penggunaan TMK Kamera Video Digital

Contoh aktiviti Murid boleh memindahkan fail video dari kamera video digital melalui kabel USB atau firewire.

CD ROM

Murid meneroka CD ROM yang mengandungi sumbersumber digital seperti grafik, audio dan video dan memindahkannya ke dalam komputer masing-masing.

Jadual yang seterusnya menunjukkan penggunaan

TMK dalam P&P melalui:


i) Tutorial ii) Penerokaan/ekspositori iii) Aplikasi iv) Komunikasi.

Guru menyampaikan kandungan pelajaran berdasarkan urutan yang telah ditetapkan. Tutorial Aktiviti ini merangkumi ekspositori, demonstrasi, latihan dan latih tubi yang disampaikan dan dikawal oleh sistem.

TMK sebagai medium, mencari dan mengakses maklumat daripada internet, portal maklumat dan lain-lain. Penerokaan Mengalami, mempelajari dan mengkaji sesuatu fenomena secara simulasi. Melihat demonstrasi sesuatu kejadian yang urutan babaknya boleh dikawal oleh murid.

Aplikasi

Membantu murid melaksanakan tugasan pembelajaran seperti menyiapkan folio dan projek kerja kursus Bukan sebagai penyaluran maklumat P&P

Komunikasi

Menggunakan TMK untuk menghantar mesej melalui emel, Facebook atau laman sosial dan memberi komen dan pendapat melalui blog. Menghantar dan berkongsi maklumat yang pelbagai bentuk seperti teks, grafik, audio dan video.

Meningkatkan kemahiran TMK melalui penggunaan secara profesional

Mengumpul maklumat yang memerlukan masa terlalu lama atau mahal untuk diperolehi: National Geografi dan kebudayaan asing

Mengakses maklumat yang sukar, khususnya isu semasa dan bersifat global

Peluang untuk belajar dengan berkesan melalui bimbingan yang minimum daripada guru

Wujudkan suasana pembelajaran yang seronok dan mencabar

Meningkatkan kreativiti, keyakinan dan imaginasi murid melalui projek atau tugasan kumpulan

Kesimpulannya:
TMK dapat membantu guru mempertingkat

keberkesanan P&P.
Menjimatkan masa, pembelajaran lebih bersifat

terbuka, bebas dan fleksibel.


Tidak terlalu terikat dengan kurikulum yang terhad.

Suasana pembelajaran kondusif, mencabar, aktif

dan menyeronokkan.

You might also like