You are on page 1of 18

Alam raya, Sains dan Teknologi: Suatu Cabaran

Kerangka Minda Manusia Moden*


Oleh
Ahmad Daud Ishak Al-Merbawiy
Pusat Pemikiran dan Kefahaman Islam (CITU)
UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA Kampus Arau Perlis

Abstract :
“The Universe, Science and Technology are three entities which are crude and
abtract in nature. These entities have been further manipulated, abstracted,
studied, and synthesized to produce the most meaningful mundane entities
called Knowledge and Scientific Researches and Discoveries.Human mind have
been developing continuously since the first age of civilization existed on earth.
During these process of development, i.e.,over the many ancient civilizations
achieved by human being, challenges that took places had to be dealt with and
overcome. The main entity involved was surely the human intellect or mind.
This faculty had been working continually to abstract, apprehend, synthesize
and formulate many accurate meanings of something called knowledge. The
mind would venture further to perform more complicated studies in order to
elaborate the knowledge into minute details about scientific findings and sub-
division of meaning in very practical and sophisticated physical and non-
physical explanation. The stages of acquiring knowledge and scientific
researches done are in line with the challenges of human mind to apprehend,
acquire, synthesize, apply, utilize and culturize societies, Muslim and Non-
Muslim. These are ideas in the writing that I would like to expose and share
with the knowledgeable participants and audiences in today’s seminar.”

Pendahuluan
1. Pandangan Mengenai Alam Raya

Manusia moden tidak lagi mementingkan sudut Pandangan Alam Raya – world
view, Nazariyat al-Islam li al-Kawn, weltanshaung, dll., dari sesuatu perspektif,
kerana hal ini telah diserahkan tugasnya kepada penemuan sains dan teknologi
semasa untuk menjelaskannya. Usaha pengkajian diteruskan tanpa perlu
merujuk kepada sudut Pandangan Alam Raya, samada dari sudut Agama Islam,
Kristianiti, Judaism, Hinduism dan lain-lain. Perlu diingat, suatu hakikat bahawa
sudut Pandangan Alam Raya inilah yang mencorakkan watak, nama-nama, ciri-
ciri dan sifat-sifat sains yang dilahirkan oleh sesuatu bangsa manusia atau
peradaban yang mereka bangunkan. Sebagai contohnya, Tamadun Barat
mempunyai sudut Pandangan Alam Raya Holistic-Materialism dengan mampu
memiliki peraturan Alam sendiri dan berkemampuan mengoperasikan dirinya
yang dikenali sebagai ‘Undang-Undang Alam Raya’ atau the Law of Nature,
tanpa memerlukan pertolongan mana-mana kuasa termasuk pencipta alam raya
itu. Sudut pandangan ini lahir daripada warisan Tamadun Greek purba yang

1
menjelaskan bahawa selesai sahaja Tuhan menjadikan alam raya, maka Tuhan
berehat dan semua peraturan di dalam alam raya ini beroperasi sendiri (self-
automatic progression). Maka gagasan saintifik yang popular di barat ialah
skema mechanistic-materialism berpaksikan nilai kebenaran positif dan objektif
di dalam setiap ilmu pengetahuan. Di atas prinsip inilah Tamadun Barat tidak
memerlukan campurtangan Tuhan dan Gereja di dalam perkembangan saintifik
dan teknologi mereka, hasilnya mereka mengambil sikap sekularistik di dalam
hubungan mereka di dalam agama dan sains – secularization. Jelasnya Tamadun
Barat bukan milik agama Kristian dan tidak juga Judaism, malah mereka
beragamakan falsafah Augustinian (Auguste Comte) iaitu mazhab scientism di
abad atau millenium moden, sekarang dan akan datang.

1.1 Alam Raya: Pandangan Islam, Klasik dan Moden

Alam dalam sudut pandangan al-Quran dan Islam ialah suatu tanda (sign)
manifestasi kekuasaan (supremacy), keagungan (almighty) dan keluasan ilmu
Allah swt serta kebijaksanaan (All knowing and All wise) Ilahi di sekeliling
manusia dan makhluk di bumi dan di alam raya ini. Kata ‘alamun – ‘aalameen –
di dalam al-Quran merujuk kepada seluruh peringkat alam raya ciptaan Allah
swt. Maka alam dalam sudut pandangan Islam merujuk kepada Alam Sarwajagat
(Universe) dengannya melakarkan kerumitan dan susunan terperinci Ilmu tuhan
yang bakal disediakan untuk manusia mendalaminya dan menguasainya dengan
disiplin ilmu pengetahuan dan peningkatan penggunaan kaedah saintifik yang
selalu diperbaharui agar ia kekal valid dengan keperluan semasa manusia dan
pembangunannya serta peradaban duniawi. Maka medium intellektuallah suatu
wahana ke arah menerokai, merungkai masalah, merumuskan fakta dan formula
saintifik untuk kegunaan manusia serta pengembangannya ke tahap yang lebih
terperinci (further more sophisticated technological advancement).

Manakala pandangan alam raya klasik pula merujuk kepada bagaimanakah alam
raya difahami dalam Tamadun Greek, seperti Alam terdiri daripada susunan
hukum matematik seperti diungkapkan oleh Pythagoras (580-500 SM). Alam
raya adalah terdiri dari air mata Tuhan Venus yang sangat mengasihi dan
menumbuhkan tumbuh-tumbuhan di bumi. Plato (427-347 SM) dan Aristotle
(384-322 SM) telah mengelaskan alam raya ini sebagai tingkat teratas alam raya
yang tidak berubah (celestial bodies) dan tingkat terendah yang sentiasa binasa
(terestial bodies), dan bagi Aristotle menegaskan setiap objek alam mempunyai
tempat asalnya (natural palace). Kerana itulah bintang-bintang dan planet
bergerak menjauhi bumi, kerana ia kembali ke tempat asalnya, sedangkan
bintang dan planet yang menghampiri bumi disebabkan tempat asalnya lebih
hampir kepada bumi kerana ia dari bahan yang lebih berat. Sudut pandangan
alam klasik lebih mementingkan alam raya sebagai pusat tumpuan dan
keagungan kejadian di alam maya ini. Manusia ketika itu bukanlah objek
terpenting dan central di alam raya ini.

Selepas zaman pencerahan dan kebangkitan keilmuan dan kesusateraan Roman


yang dikenali di barat sebagai Rennaisance, tumpuan manusia kepada alam raya

2
berbeza, kerana mereka menyedari manusialah sebagai pusat alam (central of
universe). Lalu segala-gala proses kajian dibuat berasaskan keperluan manusia
kepada cakerawala dan sistem planet terjauh. Alam sudah berubah menjadi
bahan kajian manusia, di mana mereka huraikan hujah dan rasional mengapa
perjalanan planet-palanet bersifat eliptic, menggulung – whirlpool, berlegar di
atas talian paksi – circulation dan sebagainya. Oleh kerana itulah gagasan demi
gagasan diatur dan diperbaharui seperti teori alam raya Nikolas Copernicus,
Johanes Kepler, Galileo Galilie, Isaac Newton dan lain-lain dirumuskan dan
didebatkan bagi mendapat gambaran seadilnya mengenai alam raya. Sekalipun
ada golongan saintis ini kuat beragama, seperti Isaac Newton, namun teori
keagamaan kristian di dalam pengajian astro-fizik dilihat sebagai Mitos dan
khurafat yang wajib dihukum bunuh atau dibakar. Namun dengan pembebasan
pengaruh Gereja dari Akademi Sains, maka teori-teori saintifik tokoh-tokoh
saintis failasuf dimajukan semula dan meninggalkan kesan kemajuan dunia
astronomi dan penjelajahan pelayaran samudera ke timur jauh. Serentak dengan
itulah sains dan teknologi berkembang di barat di luar lingkungan kegamaan
gereja Kristian.

1.2 Alam Manifestasi Ketinggian Keilmuan Tuhan

Alam raya pada hikikatnya adalah manifestasi dari susunan dan gambaran
ketinggian Ilmu Ilahi (the ultimate truth) yang maha sempurna itu. Gambaran
mudahnya ialah Allah swt memiliki 99 nama-namaNya yang indah (asmaa’ullah
al-husnaa) yang mana dengan kualiti-kualiti itulah ditajallikan (sedikit
aplikasian penzahirannya) kepada alam ini sebagai penzahiran bukti keagungan
dan kemampuan serta keperkasaan Allah swt mencipta dan mengurus tadbir
alam raya sehingga ke hari yang dijanjikan. Beberapa asas nama-nama Allah swt
yang dominan disebut seperti al-badee‘, al-baari, al-‘aleem, al-qadeer, al-lateef,
al-khabir, al-muhyi, al-mumeet dan seterusnya, adalah pencetus (ibda’ wa
khalq – Originator and Creator) kepada ciptaan dan pengurusan tadbir Allah
swt ke atas alam raya secara langsung setiap saat dan ketika (Laa ta’khuzuhu
sinatun wala nauwm – Dia tidak dikuasai mengantuk dan tidur) dan Dia
memiliki segala sesuatu di alam raya ini (lahu ma fi al-samawat wama fi al-ard
wahuwa al-‘aziz al-hakeem – bagiNyalah segala apa yang ada di langit dan bumi,
sedang Dialah yang Maha Perkasa dan Maha Bijaksana).

Apabila Alam raya tercipta, hasil tajalliyat ilmu Ialhi – penzahiran nama-nama
Allah swt tersebut terdapat pada setiap unit atau entiti kejadian alam raya
bermula dari setitis air sehinggalah gunung ganang yang utuh serta binaan langit
yang menakjubkan manusia. Apabila manusia menyelidikinya, mereka bertemu
dengan data-data, formula, persamaaan hukum fizik dan bukan fizik yang
apabila dirumuskan secara sistematik dan penyelidikan penuh teliti (coherence
of divine cannon of something via discursive researches and studies), lahirlah
disiplin-displin ilmu yang sangat berguna kepada manusia yang dikenali sebagai
sains atau ilmu pengetahuan. Hakikatnya alam raya adalah susunan ketinggian
terjemahan ilmu Ilahi setepatnya.

3
1.3 Alam Raya dan Minda Manusia

Alam raya yang menjadi tempat penjanaan ilmu Ilahi itulah menjadi tarikan dan
serasi dengan Minda manusia yang dianugerah Allah swt dengan penuh
kemampuan akliah (intellectual ability) hasil pancaran Ruh dari urusan Ilahi
jua.1 Maka Allah swt telah menyediakan subject matters untuk dikaji dan
dianalisa oleh minda manusia, bahkan ia sangat berkebolehan untuk
menyiasatnya sehingga terbongkarlah segala rahsia-rahsia keindahan aturan
alam raya yang telah diatur oleh pencipta Alam raya ini, dengan pendekatan
perkaedahan saintifik (scientific methodologies). Capaian akal manusia menerusi
pelbagai fungsi minda seperti Minda Penyaringan (synthesist), Minda
Pengukuran Unggul (idealist), Minda Anjal (pragmatist), Minda Perumus
(analysist) dan Minda Paksi (realist) dilihat mampu menyumbang pengetahuan
dan maklumat yang tepat dan adil kepada manusia dalam usaha memahami
segala objek alam raya. (lihat Harrison, A.F., & Bramson, R.M., (1982) The Art of
Thinking, New York: Berkley Books )

Islam melihat dan mengutamakan manusia Khalifah dan Akal fikiran mereka
agar dapat memahami himpunan dan susunan data, fakta dan formula tersurat
dan tersirat di alam raya. Maka kekuatan akal dengan bimbingan wahyu
sahajalah mampu mencungkil segala rahsia sebenar di alam raya dan di
sebaliknya agar kedua-dua susunan tergambar dengan tampak jelas prinsip Ilmu
Ilahi yang di pancarkan dan diterjemahkan ke dunia atau alam semesta.

1.4 Alam Hadiah Bimbingan Saintifik

Alam raya tercipta agar manusia mengenal kekuatan dan ketelitian pencipta (al-
Lateef al-Khabeer), Allah swt di dalam pekerjaanNya di setiap pelusuk dan ufuk.2
Dia telah mencabar dan terus mencabar manusia agar berfikir, menganalisis,
mengkaji, menghasilkan sinthesis, serta mengulang uji dan berterusan
menyelidiki sehingga terlaksananya hajat dan tuntutan manusia sezaman di
dalam pelbagai bidang sains dan teknologi manusia moden. Ayat-ayat Allah swt
seperti ‘araayta’ – tidakkah kamu melihat, ‘apala yanzuru’ – apakah tidak
engkau meneliti, ‘apala tubsirun’ – apakah engkau tidak melihat, ‘apala
tatafakkarun’ – apakah engkau tidak menggunakan akal, ‘apala ta‘aqilun’ –
apakah engkau tidak berfikir, ‘fa irji‘i al-basar’ – maka ulangi lagi penglihatan
kamu, dan banyak lagi cabaran Allah swt agar manusia mencari jawapan di
dalam alam raya dan di sebalik Alam tersebut.

1
Dengan pancaran Ruhi dari urusan Ilahi itulah, terbinanya kemampuan indera sebagai punca
pencerapan ilmu (locus episteme), yang sangat membantu menyumbangkan maklumat dan
kefahaman kepada akal insan; iaitu pendengaran (al-sam‘a), pengalihatan batin dan lahirnya (al-
absar) dan daya rumusan hati nurani (al-af’idat). Lihat tafsiran al-Quran, surah al-Insan, ayat 7-9
2
Firman Allah swt bermaksud : “Sesungguhnaya Kami akan perlihat ayat-ayat Kami kepada
mereka itu, sehingga jelas terpampang di hadapan mereka itu bahawasanya Tuhan itulah (Allah
swt) yang Maha Benar – hatta yatabayyana lahum annahu al-Haqq (memilki kekuatan menghasilkan
realiti kebenaran pasti).”

4
Sekalipun ayat-ayat Allah swt ini adalah wahyu, sepatutnya tidak dibincangkan
lagi dan harus diterima secara mutlak dan tiada berfikir dan berbicara lebih
lanjut, wajib diterima dan dilaksanakan. Dalam anjuran soalan tadi, Allah swt
membuka medan manusia menggunakan akal waras mereka dengan segala
kapasiti yang Allah swt sediakan; samada bersifat pemerhatian, penelitian,
rasionalisasi, emperikal, sinthesis, aksiomasi, induksi dan deduksi dan
sebagainya, yang dapat difahami ianya sebagai punca dan sumber metodologi
saintifik di dalam al-Quran. Gesaan al-Quran tersebut disahut oleh sebilangan
besar ilmuan Islam di zaman kegemilangan Islam tanpa membezakan antara
ilmu akli dan wahyu. Budaya saintifik Muslim bersifat integral dan sangat sesuai
dengan kapasiti ruang kemahiran otak kiri dan kanan manusia; kepakaran
Matematik dan saintifik dan kepakaran bahasa (phonetics) serta sosiologi
kemanusiaan (anthropology) dan ilmu Ketuhanan (theology).

Maka di alam raya sana terdapat subjek kajian saintifik berkaitan dengan sains
gunaan dan sains kemanusiaan dan bahasa serta seni eastetika dan falsafah. Lalu
dapat dijelaskan bahawa alam raya dan manusia, yang juga sebahagian daripada
alam raya menjadi hadiah subjek kajian saintifik (taskheer) kepada manusia bagi
mereka yang memiliki minda yang terbuka dan integral serta dikuatkan dengan
keutuhan makrifat dan bantuan ilham ilmu ilahi seterusnya menghasilkan ilmu
pengetahuan yang universal dan holistik tanpa pengasingan dan ta‘asub bidang
yang menghalang kesepaduan ilmu seperti yang dihasilkan di dalam Tamadun
Islam di Zaman kegemilangan dan masih dapat dibuktikan hari ini dan
sepanjang zaman. Inilah kekuatan skema Sains dan Teknologi Muslim yang
sekian lama diselewengkan oleh skema penjajahan pensekularan disiplin ilmu
sains dan teknologi di negara-negara tanah jajahan (commonwealth countries).

1.5 Alam Raya, Sains dan Teknologi serta Pemuliharaannya

Alam raya yang difahami sebagai susunan tertib Ilmu pengetahuan dan
Teknologi serta penjanaan (engineering) Ilahi secara langsung di alam duniawi
yang fana ini berlaku setiap detik tanpa cuai dan lalai. Oleh kerana itulah
perjalanan alam raya selamat, tertib, tidak berlaku perlanggaran sehingga sampai
ketika yang dikehendaki (hari Qiyamah), barulah ia musnah dengan iradah Allah
swt.

Sains dan Teknologi, adalah terjemahan atau manifestasi kerja dan penjanaan
ilmu Allah swt di alam raya ini melalui Insan kesayanganNya bergelar khalifah.
Namun ramai lupa diri dengan janji pengabdian dan pengiktirafan keilmuan
tinggi dan kekuasaan serta wibawa (Authority and Supremacy) milik Allah swt.
Walau bagaimana pun Sains dan Teknologi diizinkan juga berlaku dan
berkembang sekali pun tidak selaras denga Iradah Allah swt seperti pengklonan
manusia dan pembedahan kosmetik transeksualiti. Hal ini adalah menurut
pilihan insan untuk ingkar dengan teknologi yang ada, sedang Allah swt tidak
Mulia dengan ketaatan manusia dan tidak terHina dengan kemaksiatan
makhlukNya. Usaha melanjutkan aktiviti-aktiviti sains dan teknologi adalah
suatu mekanisma lahiriah, membolehkan manusia bertanggung jawab

5
memahami alam raya, menelitinya, melaksanakan penjagaan kebenaran ilmu
tentangnya dan memelihara kemakmuran yang bakal dicipta di dalamnya dengan
panduan dari Allah swt melalui kitab al-Quran, sumber peradaban keimuan dan
kemanusiaan sejagat.

Maka tugas menjaga Alam raya juga pencapaian sains dan teknologi serta
kejuruteraan di dalam segala bidang ilmu pengetahuan, menjadi tanggung jawab
Insan Khalifah (mereka yang beriman dan melaksanakan ajaran Islam dan
kebenaran ilmu yang mereka temui, memahami dan melaksanakannya). Mereka
semestinya terdiri dari kalangan ahli akademik, Ilmuan tulin serta hamba Allah
swt yang Muslim, Mukmin dan solehi al-ummah (Umat Islam soleh yang
terbaik). – Arb. Inna al-‘ardh yarithuha ‘ibadi al-solihuun. Di tangan mereka
segala aktiviti sains dan teknologi, kejuruteraan dan perindustrian, membina
peradaban dan ketamadunan adalah perlaksanaan amanah memakmur dan
memelihara bumi dan alam raya secara selamat mengikut kehendak dan rencana
Allah swt.

1 Kerangka Berfikir Islam dan Muslim

Allah swt telah mengatur dan merangka kerangka berfikir Muslim agar sesuai
dengan fungsi mereka sebagai Khalifah di bumi. Dengan Ketinggian Ilmu Ilahi,
Dia mengkelaskan bahan-bahan berfikir dan had serta sempadan yang boleh
dijangkau dan boleh dimaksimakan atau diminimakannya. Segala subjek perkara
yang bersifat kebendaan dan kemanusiaan masih diizinkan untuk diselidiki
sehingga terserlah relung-relung disiplin saintifik dengan izinNya. Tidak cukup
sekadar itu Allah swt menurunkan prinsip-prinsip umum mengenai sains fizik
dan bukan fizik di dalam al-Quran dan al-Hadith Nabawiyyah. Maka tentang
diriNya sendiri, manusia boleh memikirkan hasil Tajalliyat dan mengizinkan
untuk dikembangkan sains mengenai al-Kitab dan al-Hadith daripada baginda
saw dengan membangkitkan tokoh Mufassirin (ahli tafsir al-Quran) dan tokoh
Muhadithin (ahli hadith dan tafsirnya) serta prinsip-prinsip perundangan Islam
untuk manusia sejagat (Islamic Jurisprudence) berdasarkan metodologinya yang
tersendiri. Jadi kerangka berfikir Muslim itu tidaklah bersifat Emperika semata-
mata, malah bersifat Penerokaan, Analisis, Induktif dan Deduktif, dan Global
serta Universal, melangkaui analisis zahir (Physics) dan batin (Metaphysics).
Justru itu, Metodologi saintifik Islam sangat Universal dan praktikal mengikut
relung-relung saintifiknya yang tersendiri.

1.6 Al-Quran Panduan Akal dan Jiwa

Al-Quran bukanlah buku Sains dan Teknologi, tetapi ternyata memiliki unsur-
unsur bicara saintifik dan teknologi di bidang fizik dan kemanusiaan serta
metafizik. Tugas asasi al-Quran adalah mendatangkan Hidayah (guidance to the
right path) kepada akal dan jiwa insan. Hasil yang tercetus daripada panduan
akal fikiran melahirkan sains dan teknologi, manakala hasil daripada panduan
iman dan hidayah kepada jiwa mendatang ketundukan dan penghambaan diri
kepada Allah swt, Tuhan pencipta, sebagai sains dan teknologi keagamaan di

6
dalam tingkah laku manusia soleh di sisi Allah swt. Penjanaannya dapat
membuka kepelbagaian kebijaksanaan ilmu Ilahi (hikmah Ilahiyah-wisdom of
Allah swt) yang membawa insan bersyukur dan sentiasa bernaung di bawah
kekuasaan Allah swt. Mereka adalah Awliya’ullah La Khawfun ‘alaihim wala
hum yahzanun – yang tidak merasai kerisauan gangguan makhluk, dan tidak
akan berdukacita. Kesan bimbingan Allah swt di dalam kedua-dua aspek akal dan
jiwa inilah mendatangkan kebahagiaan hakiki kepada insan di dunia dan di
akhirat. Inilah destinasi Ilmuan dan sarjana Muslim yang akan menikmati
keseronokan dunia Akademik dan keseronokan beramal sehingga mendapat reda
Allah swt dan memperolehi kebahagiaan di jiwa (the reality of happiness). Maka
al-Quran tegas menjadi panduan akal dan jiwa insan agar mereka mampu
melaksanakan tugas mereka dengan baik di dunia ini, dan akan dipanggil balik
dengan sejahtera dan aman bahagia dengan jiwa tenteram dan berbahagia (al-
nafsu al-mutma’innah – the transquility of human soul).

1.7 Ma‘rifat dan ‘Ulum: Gabungan Jiwa dan Akal

Ma‘rifat ialah mengenal sesuatu perkara secara mendasar sehingga ke


intipatinya, tidak sekadar melalui kajian dan penyelidikan, malah menerusi
pengalaman dan pembabitan yang berterusan dan melalui tempoh masa yang
panjang terhadap sesuatu perkara. Hasilnya pengetahuan tersebut meliputi zahir
dan batin, pengetahuan fizik dan metafiziknya.Proses itu dilihat sebagai
‘knowing something’ untuk mendapatkan knowledge – ma‘rifat sesuatu perkara.
‘Ilm pula atau kata jamaknya ‘ulum pula bermaksud pengetahuan tentang data
dan maklumat terperinci serta sistematik mengenai suatu sub-bahagian perkara
tersebut secara eksklusif, menggunakan kaedah saintifik yang mencapai maksud
pengenalan dan pencerapan maklumat tersebut; samada secara sains gunaan
atau sains kemanusiaan dan sebagainya. Proses ini dilihat sebagai ‘synthesizing
upon data and systematised informations’ untuk mendapatkan ‘thesis’ atau
‘scientia’ atau ‘logos’ – atau ilmu (makna) tentang sesuatu perkara. Contohnya
apabila seseorang Professor Botani mengetahui makna kehidupan di alam
tumbuhan (hayat al-nabatiyyah), lalu aplikasinya sangat menyeluruh di dalam
semua jenis hidupan Botani. Manakala pengetahuan mengenai hayat Genetik
Molekul, adalah sebagai pengetahuan ekslusif dan terkhusus tetang kehidupan
sesuatu sel dikenali sebagai maklumat daripada data tersusun dan terperinci
yang dikenali sebagai Maklumat disiplin ilmu (sains) atau Kejuruteraan Genetik
Molekul tumbuhan.

Maka dalam usaha menjelaskan dua bahagian pengetahuan manusia ini, al-
Quran mendatangkan dua Istilah yang melengkapi kedua-duanya iaitu al-
Basirah 3 – mata hati atau penglihatan batin yang dikaitkan dengan Ma‘rifat
3
Lihat gesaan al-Quran : fa i‘tabiruu Ya uli al-Absar – hendaklah kamu mengambil pengertian
dan kefahaman, wahai golongan yang memiliki mata hati batin, iaitu mata Rasional Jiwa
manusia yang boleh menanggap maksud dan makna yang tersirat atau Abstrak – Process of
Abstraction. Dalam ayat lain al-Quran menggambarkan Dakwah Rasulullah saw dengan seruan
dengan al-Basirah : …ad‘uu ilaLLah ‘ala basiratin, ana wa man ittaba ‘ani - Aku menyeru manusia
ke arah Petunjuk (dari Allah swt), aku dan para pengikutku.

7
atau knowledge dan al-Nazirah 4 – mata lahir atau penglihatan logik rasional
yang dikaitkan dengan ‘Ilm atau ‘ulum’ atau sciences. Lalu di dalam Islam proses
mendapatkan ilmu perlu merentasi kedua-dua punca ilmu ini. Jadi pengetahuan
wahyu dan peraturan Allah swt di alam raya dan maklumat yang diterokai dan
ditemui oleh manusia bergabung melahirkan sains dan teknologi secara
amalinya. Namun pencetus Idea kefahaman dan penguasaannya melibatkan
Intuisi, Petunjuk dan Idea Kefahaman anugerah dari yang maha tinggi, Allah swt.
Jadi tidak ada pemisahan antara Jiwa dan akal ketika memperolehi ilmu
pengetahuan. Allah swt menggambarkan pencetus idea kefahaman ini sebagai
cahaya dariNya, dan cahaya ini akan singgah di jiwa yang bersedia untuk
memahami ilmu pengetahuan secara mantap dan mendalam.5

1.8 Rangka Tawhid (Tawhidic Framework) : Nash dan Ru’yah

Dalam sains dan teknologi Muslim, rangka keilmuan atau saintifiknya adalah
berasaskan Tawhid – the monotheistic framework. Ianya bermakna bahawa
setiap punca keilmuan datang dari satu sumber iaitu al-alim – Maha
Mengetahui, al-hakim – Maha Bijaksana dan al-Qadir – Maha berkuasa. Soal
sebab akibat (causality), aturan alam raya (Divine Law of Nature), graviti antara
sistem planet, kejadian alam dan akhirannya, dll., perlulah berdasarkan
keyakinan Tawhid. Firman Allah swt yang bermaksud :

“Dia yang menjadi Penguasa langit dan bumi, dan


Dia tidak memiliki anak dan juga sekutu di dalam
kerajaanNya dan Dia Menjadikan segala sesuatu
dan menetapkan ukuran serapi-rapinya.”
(Al-Furqan,
25:2)

Pernyataan al-Quran dilihat sebagai Nas atau teks yang tertinggi nilai kebenaran
paksinya. Ahli tafsir akan memberi makna berasaskan konteks ayat dan prinsip
umum (‘ibrah li ‘umum al-lafdz) yang dapat dijangkau oleh Nas tersebut di
dalam realiti alam raya dan masyarakat manusia yang berubah. Sehubungan
dengan ayat di atas, secara rangka Tawhidnya, Allah swt adalah pemilik alam
raya, Dia menjadikannya dan menentukan neraca ukuran piawaian segala
sesuatu yang ada di dalamnya. Maka Allah swt mengendalikankannya disetiap
masa dan ketika di bawah satu pengurusan sahaja. Maka Ekoran daripada itu
secara emperikal dan rasional pula, dibuktikan kesatuan cipta, sistem
pergerakan, kesatuan matlamat kejadian, kesatuan fungsi Taskhir – berkhidmat

4
Lihat paparan al-Quran terhadap kata kerja yanzuru – apala yanzuruuna ila al-ibili kayfa khuliqat,
Maksudnya, mengapakah engkau tidak memerhatikan kepada unta, bagaimanakah ia
diciptakan?. Faham technology know how (kayfiat) dipersoalkan di sini oleh Allah swt kepada
manusia agar manusia peka dan meneliti secara dekat dan bersistematik ciptaan Allah swt.
5
Kata-kata Imam al-Shafie r.h., berbunyi : wa i‘lamuu anna ilma Nuurun, wa NuuruLlah la yahdi li
al-‘aasiy – Maksudnya : “Ketahuilah bahawa ilmu itu adalah Cahaya, dan Cahaya dari Allah swt
tidak akan menunjukki golongan yang maksiat (bercanggah dengan prinsip al-Ma‘ruf – kebaikan
yang mengikut prinsip-prinsip wahyu dan kebenaran ilmu Allah swt).

8
untuk insan, Kesatuan Kebenaran ilmu dan teknologinya, kesatuan kehidupan
dan tenaga, kesatuan kejadian manusia dan kesatuan akal dan jiwa (wahyu)6,
semuanya berpunca dari sumber yang tunggal.

Semasa sains dan teknologi Allah swt di alam raya dipindahkan kepada sains dan
teknologi manusia, semua prinsip-prinsip sains, teknologi dan kejuruteraan Ilahi
dipindahkan sedikit kepada kemahiran-kemahiran buatan (artificial skills)
sehingga melibatkan peralatan, perkakasan, pendawaian, penjana kuasa –
turbine dan makmal kecil manusia dibina di bumi. Sedangkan semua aplikasi ini
berpunca daripada Makmal Agung Allah swt di alam raya. Ia tidak kelihatan oleh
mata kasar, tetapi dapat dibaca oleh jiwa rasional (the faculty of human soul)
dan akal rasional (the faculty of intellect), sehingga menghasilkan rekaan
saintifik dan penemuan mesin-mesin teknologi yang canggih dan terkini. Di
sinilah peranan Rangka Tawhid; antara pemahaman Nas (al-Nas) dan aplikasi
kerasionalan akal fikiran (al-ra’yu) boleh difahami dan diketengahkan serta
dihuraikan.

1.9 Daripada enfusion (Tajaliyyaat) Kepada intellection (Ta‘aqqulat) dan


praxis and virtues (Ta‘amulat wa Tafaadhulat)

Dalam perbincangan ini, suka diketengahkan hal ehwal ilmu sains dan teknologi
yang melalui fasa-fasa alam tinggi menuju alam minda dan jiwa, seterusnya
menjanakan teknologi perusahaan di muka bumi dan akhirnya fasa
pengaplikasian kebenaran sains dan teknologi yang adil lagi beradab (justice of
knowledge) agar mendapat ganjaran keberkatan atau keunggulan pencapaian
nilai ketamadunan. Ini adalah sudut pandangan menegak atau vertical view yang
melibatkan penzahiran jangkauan ilmu Allah swt (al-Muheet) kepada sains dan
teknologi manusia melalui proses pengajaran dan pembelajaran serta
penguasaan teknologi. Tajalliyat adalah melahirkan keagungan Allah swt
sehingga nampak jelas kehebatannya pada akal, jiwa dan kepakaran individu
ilmuan Jurutera dan Teknokrat.7 Proses pengaplikasian dan penjanaannya
hendaklah berdasarkan prinsip-prinsip kebenaran S & T yang mutakhir dan
berasaskan prinsip-prinsip perundangan Islam di dalam menepati maksud
pembuatan, pengeluaran, ukuran kepiawaian, penggunaan dan pembuangan
serta pengitaran semula, masih menepati kualiti barangan, penggunaan,
perkhidmatan, perlupusan dan penjagaan alam sekitar. Inilah hasil yang ingin
dikongsikan bersama oleh S & T Islam di kalangan umat Islam dan bukan Islam.

6
Prof. Ismail Raja’i al-Faruqi, Islamization of Knowledge terj. Mustafa Kasim, Pengislaman Ilmu ,
Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), 1991, hal. 33-57
7
Di dalam tradisi keilmuan Syiah di Iran, hal inilah dinamakan penzahiran keilmuan Ilahi itu
kepada Mullah dan para Ulamak mereka yang tertinggi. Mereka dikenali sebagai AayaatuLlah.
Maka dalam Tradisi Islam Sunni pula mereka menggunakan tradisi keilmuan itu sebagai
Hujjatul al-Islam. Di zaman moden ini mereka digelar sebagai Professor – al-Ustadhiyyat al-Alam,
namun bagi Islam mereka harus mengikuti jejak-langkah kurikulum sepadu sejak dari peringkat
Institusi Huffaaz dan Qurra’ sehinggalah ke Universiti-Universiti dan Institusi-Institusi
Profesional, dengan mematuhi Tradisi Keilmuan Islam yang asal, bukan sekular.

9
Pengamal S & T ini wajib melaksanakannya kerana mematuhi kehendak dan
keredaan Allah swt; samada dari aspek keilmuan, Tenologi dan perusahaannya
mahu pun dari usaha yang sujud dan menyembah Allah swt dan melaksanakan
tugas-tugas memakmurkan muka bumi Allah swt menerusi ciptaan, kemajuan
dan kecanggihan mesin industri yang terbaik.

1.10 Budaya Saintifik dan Kebijaksanaan (Scientifics and wisdom)

Budaya saintifik lebih dikenali sebagai budaya ilmu dan pengaplikasiannya, di


mana manusia menjalani penghidupan mereka berorientasikan Ilmu
pengetahuan dan pengetahuan teknikal (technology know how). Sedar atau
tidak, manusia moden berhadapan dengan persekitaran ilmu dan teknologi yang
biasa dan canggih. Hasilnya manusia ditarik untuk membudayakan diri dengan
sumber penggunaan peralatan dan mesin mudah atau kompleks. Paling minimal
manusia perlu tahu bagaimanakah mengoperasikan sesuatu mesin,
mengendalikannya dan menamatkan operasi, sekalipun tidak mengetahui
membaik pulih bila berlaku kerosakan. Di sinilah Islam memperkenalkan konsep
teras al-Itqan (ketertiban susunan) dan al-mizan atau al-tawazun
(keseimbangan ciptaan).

Dengan memaksimakan penggunaan akal manusia, susunan dan ketertiban ilmu


dan teknologi ini dapat dikenalpasti dan dipelajari sekali pun yang melibatkan
pembinaan teknologi kecerdasan buatan (artificial intelligences) di dalam
teknologi maklumat, industri Robotik, Industri media-komunikasi dan
sebagainya. Cuma, bijaksanakah kita dengan menguasai teknologi ini, tanpa
memahami hubungkait keilmuannya, teknikalnya, tujuan dan matlamatnya,
amanah kebenaran dan nilai ilmiahnya, tatacara akhlak dan moral penggunaanya
dan keupayaan memberikan keuntungan yang tidak berisiko dengan tujuan
asalnya?. Prinsip Islam dalam teknologi dan pembangunan ialah memakmurkan
(al-‘imarah) dan tidak mendatangkan kerosakan (la tabghi al-fasad) terhadap
alam raya. Tambahan pula golongan yang benar-benar bijaksana ialah golongan
yang mampu mengekalkan prestasi kerja saintifik dan teknikal mereka merentasi
kemajuan di dunia dan akhirat (selepas mati) dalam bentuk ‘amal soleh,8 dan
tidak hanya bertujuan keuntungan kewangan (commercial purposes).

Tegasnya hasil sains dan teknologi yang layak dituai di dunia, dapat dinikmati di
dalam bentuk pembangunan dan perindustrian yang mesra alam. Manakala
Hasil sains dan teknologi yang bersifat ilmu Ilahi, etika Islami, ketelitian amanah
kebenaran ilmu dan kebaikan abadi, sedekah jariah ilmiah dan teknikal di jalan
Allah swt, di tangguhkan ganjarannya di syurga Allah swt. Ganjaran kedua ini
sangat mencabar minda insan, kerana itu ramai manusia melupakannya. Budaya
saintifik dan teknikal seperti inilah yang dikehendaki oleh Islam kerana ia dapat

8
Hadith baginda Rasulillah saw bermaksud : “Golongan yang pintar itu (al-kayyisu), ialah
golongan yang dapat mengawal dan menundukkan hawa nafsunya (segala keputusan dibuat
berdasarkan Syari‘at dan pertimbangan kebenaran ilmu pengetahuan), dan dia berusaha untuk
tujuan kebaikan selepas mati (akhirat).”

10
memenuhi kedua-dua keperluan kejadian insan, Ruh dan Jasad; Kemajuan di
dunia dan kebahagiaan abadi di akhirat.

1.11 Kreativiti, Daya Cipta dan Inovasi: Latihan dan Dapatan (Anugerah)
Perkembangan S & T melibatkan kreativiti, daya cipta dan inovasi, tanpanya
tiada peningkatan dan pembaharuan teknologi terkini di dalam peradaban
manusia. Persoalannya bagaimanakah Muslim melihat kreativiti dan inovasi ini?.
Kreativiti (creativity) dijelaskan sebagai bakat atau kebolehan luar biasa
seseorang. Mereka yang kreatif adalah individu yang sentiasa menunjukkan
prestasi tinggi dalam apa sahaja usaha yang berguna kepada masyarakat.9
Manakala Daya cipta (invention) bermaksud ciptaan mental atau akal, seperti
peralatan, perkaedahan dan mesin. Dalam teknologi ciptaan tersebut layak
mendapat Paten (Pengiktirafan Hak Harta Intelek).10 Inovasi pula adalah konsep
minda yang menyumbangkan kepada daya penambahbaikan serta pembaharuan
berbentuk penambahbaikan atau radikal (perubahan ketara). Inovasi dapat
membantu meningkatkan kualiti rekaan, menjimatkan kos, meningkatkan
prestasi, prestasi tambahan dan prestasi baru11 sesuatu produk.

Jika Muslim melihat aktiviti-aktiviti dan kepakaran minda di atas, mereka perlu
melihat dari sudut rangka Tawhid dan pertanggung jawaban ilmiah serta
perlaksanaan amanah Allah swt di dalam S &T. Kreativiti mendekatkan sainstis
dan teknokrat kepada Allah swt al-Khabir–Maha sempurna kepakaranNya,
Manakala daya cipta menyakinkan jiwa dan minda mukmin kepada al-Khaliq
dan al-Bari – Maha Pencipta dan Pencetus Agung dan Inovasi mengarahkan
mereka kepada kesempurnaan ciptaan Allah swt al-Badee‘. Dari sinilah Allah swt
menyampaikan mereka kepada sifat Keindahan dan Kesempurnaan Allah swt
(al-Jamal dan al-Kamal). Dengan rasa kekerdilan diri, saintis dan teknokrat
akan tekun berusaha bagi merealisasikan kebesaran dan keagungan Allah swt di
dalam diri dan di luar diri mereka. Apabila S & T memaparkan hakikat kebesaran
dan amanah Allah swt, akan timbul rasa keinginan untuk S & T tersebut
disempurnakan oleh Allah swt dengan melaksanakannya sepenuh tenaga dan
daya manusia. Kemudian sebagai Teknokrat beriman, mereka wajib bertawakkal
agar seluruh peringkat S & T beroperasi dengan cemerlang dan mampu
memenuhi tuntutan fardu kifayah dengan sempurna. Bagi saintis dan teknokrat
yang insaf, mereka telah berusaha untuk mendapat anugerah teknologi dan
industri dari yang Maha perkasa melalui usaha gigih manusia.12

9
Definisi oleh The American Association for Gifted Children dengan sedikit penyesuaian. Lihat
Ainon Muhammad, Kepintaran Daya Cipta, Kemahiran Berfikir, Kuala Lumpur : Utusan Publication
& Distributors Sdn Bhd, 1995, hal. 108-124 akan disebut sebagai KDC.
10
Ibid, KDC, hal. 41-58
11
Ibid, KDC, hal. 15-27
12
Dalam Surah Hud, 11: 37 yang bermaksud : “[Allah swt memerintahkan Nuh a.s.] Hendaklah
kamu membina sebuah bahtera (wa isna‘i al-fulk), dengan petunjuk kami dan panduan wahyu
dari kami (bi a‘yunina wa wahyina), dan jangan engkau perkatakan lagi kepadaKu hal ehwal
golongan yang zalim itu, sesungguhnya mereka akan di tenggelamkan.”

11
1.12 Teknologi Wahana Kesejahteraan (sa‘adat wa al-‘umran)

Matlamat S & T adalah untuk memberi kemudahan dan keselesaan kepada


manusia sejagat. Tujuan yang mulia ini mesti lahir dari minda dan jiwa yang
mulia juga, barulah mampu menghasilkan natijah pembangunan seimbang,
sepadu dan sesuai dengan manusia yang dual kejadian ini; unsur ruh dan jasad.
Mereka inginkan keselesaan hidup di dunia dan kebahagiaan dan kesejahteraan
di akhirat. Aplikasi S & T yang betul menurut paksi kebenaran ilmu pengetahuan
dan kebenaran teknologi serta industrinya, membolehkan teknologi menjadi
wahana pengabdian diri yang cemerlang kepada Allah swt, Tuhan pencipta
manusia. Teknologi tidak akan tunduk kepada kanun ilmu pengetahuan, keadilan
ilmu dan aturan etika industri, melainkan pemilik teknologi dan para jurutera
itulah yang beriman, insaf dengan keagungan Allah swt dan tunduk
menyembahNya di setiap saat dan ketika; di dalam solat dan medan-medan kerja
mereka. Pengabdian hamba itulah yang membawa perasaan bahagia insan yang
kembali kepada fitrahnya (asal kejadian menjadi hamba Allah swt). Kebahagiaan
inilah yang akan memenuhi ruang hati saintis dan teknokrat Muslim-Mukmin.
Maka tercapailah syarat kejayaan dalam ukuran Allah swt (al-falah),13 untuk
dianugerahkan kepada penghuni sesebuah negara maju di mana warganya
beriman, beramal soleh dan bertaqwa. Sesungguhnya S & T hanya wahana
kesejahteraan, dan mereka yang merasai kebahagiaannya ialah manusia soleh,
bukan teknologi dan industri.

2 Cabaran Minda Manusia Moden

S & Teknologi adalah merupakan alam-alam mikro yang sentiasa mencabar


minda manusia, agar fikiran manusia sentiasa bergerak dan digerakkan untuk
menyelesaikan persoalan ilmu dan teknologi ummah semasa. Inilah yang boleh
meransang penyelidikan dan pengkajian berterusan. Di dalam suasana inilah
saintis dan teknokrat sentiasa mengamalkan budaya fikir dan menilai serta
muhasabah diri dalam setiap aktiviti-aktivi saintifik dan teknikal. Individu
seperti inilah layak menjadi saintis dan pemikir yang bakal menghasilkan banyak
penemuan-penemuan baru. Saintis-pemikir inilah sahaja yang layak menyahut
cabaran alam raya, sains dan teknologi. Antara cabaran lain yang harus di hadapi
ialah seperti berikut;

13
Firman Allah swt yang bermaksud : “Sekiranya, sungguh-sungguh warga sesuatu wilayah itu
beriman kepada Allah swt dan bertaqwa mereka itu, nescaya Kami (yakni Allah swt) akan
bukakan kepada mereka Keberkatan (rezki dan keamanan dan kesejahteraan) daripada langit dan
bumi..”

12
1.13 Melihat Alam dengan Tafakkur dan Tadhakkur

Allah swt mencabar jin dan manusia untuk menguasai persada alam tinggi
dengan memiliki kuasa ilmu pengetahuan (al-sultan) yang ada pada besi, air,
tumbuh-tumbuhan, gunung-ganang, binatang dan cakerawala dan sebagainya.
Di dalam segala kejadian langit dan bumi, terdapat bukti kehebatan Allah swt
bagi golongan yang berfikir (uli al-albab). Mereka itulah sahaja yang akan
mengingati Allah swt (yadhkuruuna al-Allah) di dalam segala suasana dan
medan, seterusnya teguh mengiktiraf Kesucian Allah swt di dalam tindakan
mereka.14 Di dalam surah al-Rahman Allah swt mencabar manusia dengan
kewibawaanNya ke atas kesempurnaan ciptaanNya sebanyak 31 kali cabaran
yang berulang-ulang yang bermaksud : “Maka dengan nikmat-nikmat Tuhanmu
yang mana lagikah ingin engkau dustai?.” S & Teknologi perlulah
menyampaikan manusia kepada semangat giat berfikir dan menghitung diri serta
mengiktiraf keagungan Ilahi serentak di dalam satu nada dan nafas. Melalui
usaha tersebut, dapatlah saintis merasai keindahan hidup dan mengendalikan
ciptaan sains dan teknologi di bawah naungan Allah swt yang Maha perkasa lagi
Bijaksana (al-‘aziz al-hakim).

1.14 Memindahkan Sedikit Kepakaran Pencipta

Teknologi bagi Muslim adalah suatu kekuatan dan kedudukan yang


membolehkan manusia berkuasa di bumi dengan kehendak Allah swt. Sekalipun
kadar ilmu Tuhan itu sedikit sahaja di anugerahkan, namun cukup untuk
manusia mengendalikan kepesatan pembangunan di bumi dengan tidak
merosakkan alam sekitar dan manusia. Begitu juga dengan kepakaran teknikal
dan urus tadbir yang manusia miliki hanya secebis dari sifat al-Mudabbir –
Maha Penyelenggara, namun sudah cukup untuk mengurus dunia yang kecil ini
di sisi Allah swt. Dengan kedudukan itu adakalanya Allah swt memberi kuasa
urus tadbir (tu’ti mulka man tasyaa’) dan Dia juga yang melucutkan kuasa itu
(tanzi‘u al-mulka min man tasyaa’) dari mereka. Semuanya dengan tujuan
kebaikan yang berada di tangan Allah swt terhadap apa sahaja yang dilakukan.
Sedangkan manusia perlu mengikuti kebaikan dari Allah swt di dalam
pengurusan teknologi manusia. Jadi di manalah kesombongan kita sebagai
saintis dan teknokrat yang menyedari realiti penguasaan teknologi seperti ini
berlaku di dalam kehidupan Muslim dan mukmin.

1.15 Melaksana dan Menjanakan Teknologi Berhemat

Saintis dan teknokrat adalah sebaik-baik khalifah di dalam Islam, dengan syarat
mereka perlu memenuhi kriteria-kriteria keadilan ilmu (justice in knowledge – a
14
Friman Allah swt di dalam surah aali ‘Imran, 3:190-1 bermaksud : “Sesungguhnya pada ciptaan
langit-langit dan bumi dan pertukaran malam dan siang, [benar-benar] menjadi tanda-tanda kepada
golongan yang berfikir[190] Mereka itulah yang mengingati Allah swt dengan keadaan berdiri dan duduk,
serta di atas lambung mereka, seraya berfikir mengenai kejadian langit-langit dan bumi, lalu mereka
mengucapkan : [ Wahai Tuhan kami, engkau tidak menjadikan semuanya ini dengan secara batil (lawan
penuh ilmu), Maha suci Engkau, maka hindarilah kami dari azab Neraka.] [191]“

13
sense of Adab) dan Syari‘ah Islamiah, melaksanakan amanah, mencegah dari
kerosakan dan beriman sepenuhnya kepada Allah swt. Menyedari teknologi itu
suatu bentuk kepakaran anugerah Ilahi, dan ianya telah patuh mengikut hukum
dan aturan ilmu dan disiplinnya yang menjadi aturan alam raya secara
metafiziknya (sunnatuLlah fi al-‘alam), maka penggunaannya wajar selaras
dengan matlamat Allah swt menjadikan alam raya; iaitu menyibarkan
kemakmuran, keamanan dan kesejahteraan sejagat (rahmatan li al-‘aalamin)
agar dikongsikan secara saksama di kalangan semua makhluk.

Dalam konteks perlaksanaan teknnologi canggih ini, saintis dan teknokrat


perlulah lebih berdaya cipta, kreatif dan inovatif melahirkan peralatan dan mesin
yang cekap dan berkesan sehingga matlamat akhirnya tercapai iaitu pencemaran
sifar dan tiada kesan sampingan dari pembuangan sisa industri dan kesan sosial
di dalam masyarakat. Hal ini boleh di capai kerana Islam tidak hanya
menyediakan teknologi Industri pembuatan barangan semata-mata, malah
manusia wajib juga membangunkan kejuruteraan dan teknologi pembangunan
manusia dan akhlak Islam menerusi aplikasi perundangan Islam di dalam setiap
sistem sosial dan kebudayaan manusia moden. Hasilnya akan lahirlah saintis dan
teknokrat yang melaksanakan teknologi berhemat demi keuntungan makhluk
sejagat.

3 Komentar dan Penutup

Rumusannya, dapatlah diketengahkan bahawa alam raya, sains dan teknologi


telah menyediakan landasan yang kuat untuk minda manusia membangun dan
memperlengkapkan pencapaian semaksimanya, dengan bantuan Tuhan Pencipta
menerusi al-Quran dan Hadith Rasulillah saw sebagai petunjuk paksi Ilmu
pengetahuan. Manakala alam yang terbentang luas dan langit serta bumi menjadi
makmal Tuhan yang lengkap dengan khazanah ilmu pengetahuan dan teknologi
dari Allah swt, Maha pencipta dan Dialah Tuhan yang disembah dan dibina
peradaban keranaNya. Menjadi kewajipan manusia moden menyelidiki dan
mengkaji khazanah alam untuk membangunkan peradaban yang sepadu
mengikut acuan Rabbani (acuan dari Allah swt) dengan melaksanakan sistem
pendidikan, sistem ilmu pengetahuan, sains dan teknologi Muslim yang tunduk
kepada kehendak dan keredaan Allah swt.

Cabaran terhebat minda ialah bagaimanakah untuk melaksanakan aktiviti-


aktiviti saintifik dan teknologi terkini yang mampu menepati dengan ‘acuan ilmu
Ilahi’ ( scientific and knowlegeable technologies) dan menerusi bimbingan Ilahi,
saintis dan teknokrat mampu menjadi sebaik-baik khalifah seperti yang
diharapkan Allah swt mentadbir alam ini dengan petunjukNya dan memenuhkan
kemakmuran untuk warganya. Oleh itu minda manusia moden harus bekerja ke
arah pencapaian teknologi berhemat dan mesra alam raya serta memberi
kebahagiaan manusia.

14 Ogos 2004

14
UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA, KAMPUS ARAU
02600 Arau Perlis

“Dia (Beacon) tidak pernah jemu mengisytiharkan pengetahuan orang Arab dan
sains Arab adalah jalan kepada pengetahuan yang sebenar”… “Bukanlah sains
membawa nafas baru kepada Eropah. Pengaruh luar yang meluas daripada
peradaban Islam membawakan cahaya pertama kehidupan Eropah.”

Robert Briffault, di dalam The Making of Humanity15.

* Dibentangkan di Seminar Sains dan Teknologi, Anjuran Fakulti Sains Gunaan


Universiti Teknologi Mara (UiTM) Kampus Perlis, pada 14 Ogos 2004, di Dewan
Kuliah 5, di Bangunan Hal Ehwal Pelajar.

Rujukan Berkaitan:

Alam Raya

1. Al-Merbawiy, Ahmad Daud Ishak, Muslim Cosmology: A Reflection on the


Case Study of Theologian (al-Mutakallimun) and Peripatetatic (al-
Masyaa’iyyun) on Nature as a Fundamentle of Islamic Science, Kuala
Lumpur : International Institute of Islamic Thounght and Civilization
(ISTAC), (unpublished paper), September 1998.

2. Osman Bakar, Prof Dato’ Dr. dan Azizah Hamzah, Sains, Teknologi, Kesenian
dan Agama: Perpektif Pelbagai Agama, Kuala Lumpur: Penerbit Universiti
Malaya, 1992

3. Sagan, Carl, Cosmos: The Story of Cosmic Evolutuion, Science and


Civilization, Lancaster Palace: Abacus, 2002

4. Zakaria Awang Soh, Prof. Dr. Kejadian dan Keadaan Alam Semesta, Kuala
Lumpur: Berita Publishing Sdn Bhd.,1990

Minda Kreatif

5. Ahmad Tarman Qasim, Berifikir Cerdas & Bijkasana: Motivasi Islam, Batu
Caves: Thinker’s Library Sdn Bhd., 2000

6. Ainon dan Abdullah, Kepintaran Daya Cipta dan Kemahiran Berfikir, Kuala
Lumpur: Utusan publication &Distributors Sdn Bhd., 1995

15
Ahmad Baharuddin Abdullah, Memperkenalkan Bidang Kejuruteraan: Persepsi dan Sumbangan
Islam, Bentong: PTS Publication and Distributors Sdn Bhd, 2004, hal.24-5

15
7. Fazrul Ismail, Pemikiran Sistematik, Kuala Lumpur: PTS Publication
&Distributors Sdn Bhd., 2004

8. Haani Abd al-Rahman Makrum, al-‘Aqlu: Tanzeemuhu wa Iradatuhu, al-


Qahirah: al-Maktabah Wahbah, 1997/1417H

9. Hairudin Harun, Prof., Dr. Mesin Pintar : Fiksyen, Falsafah dan Fakta,
Kuala Lumpur Dewan Bahasa dan Pustaka, 1997

10. Harrison, Alan F., and Bramson, Robert M., The Art of Thinking, New York:
Berkley Books, 1984

11. Mohd Azhar Abdul Hamid, Meningkatkan Daya Cipta, Bentong: PTS
Publication & Distributors Sdn Bhd., 2003

Falsafah Sains

12. Abu Bakar abdul Majeed, et al, Bioethics: Ethics in The Biotechnology
Century, Kuala Lumpur: Institute of Islamic Understanding Malaysia (IKIM),
2002

13. Ahmad Baharuddin Abdullah, Memperkenalkan Bidang Kejuruteraan :


Persepsi dan Sumbangan Islam, Bentong: PTS Publication & Distributors
Sdn Bhd., 2004

14. Azizan Hj Baharuddin, Science and Belief : Discourses on New Pesceptions,


Kuala Lumpur: The Institute of Research and Policy Study, 1993

15. _____________________, Agama dan Sains : Pendekatan Holistik


Dalam Perspektif Islam, in Malaysian Journal of Science and Technology
Studies, Vol. 1, 2003, Kuala Lumpur : University of Malaya, 2003, pp. 26-49

16. Ismail Rajaa’i al-Faruqi, Prof., Dr. Islamization of Kanwledge, terj Mustafa
Kasim, PengIslaman Ilmu, Kuala Lumpur:Dewan bahasa dan Pustaka, 1991

17. Mahdi Gulsyani, The Holy Quran and The Science of Nature, terj: Agus
Effendi, Filsafat Sains Menurut Al-Quran, Bandung : Penerbit Mizan, 1988

18. Ramli Awang, Dr., et al, Falsafah Sains dan Teknologi, Bentong: PTS
Publication & Distributors, 2003

16
LAMPIRAN 1

Perbezaan Rangka Saintifik Barat dan Sains Islam

Bil Sains Barat Bil Sains Islam


1. Mengimani logik akal 1. Mengimani wahyu [rasional]*
2. Sains hanya utuk sains 2. Sains sebagai medium mendekatkan
diri dengan Allah
3. Kaedah tungal untuk 3. Kaedah penaakulan dan wahyu, baik
mengetahui kebenaran yang subjektif maupun objektif;
semua diakui
4. Bebas daripada Emosi 4. Emosi dilibatkan untuk peningkatan
(neutral) untuk mencapai pengetahuan sains dari sudut Rohani
tahap kerasionalan dan sosial
5. Tidak memihak, hanya 5. Memihak kepada Kebenaran,
meminati ilmu baru dan hasil mengambil kira kesan timbul dari
penggunaanya penemuan dan perlaksanaan sains
[etika]
6. Pengesahan hanya bergantung 6. Dari suatu sudut zahir ia ‘positif’,
kepada bukti yang didapati pada aspek teras kebenaran ia
[objektif] dan orientasinya ‘objektif’ dan pada keluasan bidang
adalah positif ilmunya ia universal [subjektif]*

7. Keputusan dibuat berasaskan 7. Keputusan yang temporal,


pembuktian yang meyakinkan berasaskan bukti saintifik yang
[emperikal] sentiasa ditingkatkan [zanniyat al-
thubut ]
8. Sains dikuasai untuk mencapai 8. Sintesis adalah dominan untuk
kemajuan mencapai kemajuan meliputi Sintesis
S&T dan Sistem Nilai
9. Orientasi Pemechan sub- 9. Holistik-Sepadu, tidak diceraikan
bidang untuk mengurangkan penggabungan [integrated or
kerumitan [Reductionistic] Holistics] antara bidang-bidang ilmu
disiplin sains pengetahuan sains
10. Hasil sains adalah untuk gol 10. Hasil sains untuk seluruh manusia,
mampu memilikinya sahaja dan merahsiakannya dianggap
sebagai tidak bermoral [rahmatan lil
‘alameen]

17
…LAMPIRAN (Sambungan)
Perbezaan Rangka Saintifik Barat dan Sains Islam

Bil Sains Barat Bil Sains Islam


11. Ahli sains perlu meisahkan 11. Aktiviti-akitiviti sains adalah
diri dari perihatin terhadap melaksanakan tanggung jawab kpd
sosial, politik dan ideologi masyarakat [fardu kifayah]
12. Sains itu tidak baik dan tidak 12. Sains mestilah berorientasikan Nilai
buruk [non-valued laden] baik [ma‘ruf] dan terpuji
13. Kesetiaan kepada kumpulan 13. [mahmudah]
sepenuhnya tanpa melihat Kesetiaan hanya kepada Allah swt
kepada nilai baik atau buruk [dan prinsip nilai kebenaran hakiki –
al-haqiqah] dan wajib
14. Kebebasan sepenuhnya di 14. mempertahankannya
dalam aktiviti penyelidikan Menghargai pengurusan yang baik
terhadap sumber alam yang tidak
15. Matlamat menghalalkan cara 15. ternilai harganya
[al-ghayat tubarriru al- Matlamat tidak menghalalkan cara,
waseelah] ia perlu mendapat reda Allah swt
[mardatillah]

* Nota ini adalah adaptasi dan komentar penulis

Sumber: Ahmad Baharuddin Abdullah, Definisi dan Sejarah Sains di dalam


Memperkenalkan Bidang Kejuruteraan: Persepsi dan Sumbangan Islam,
Bentong: PTS Publication & Distributors Sdn Bhd, 2004, hal. 10-11

18

You might also like