You are on page 1of 10

DISEDIAKAN OLEH: ABDUL AZIZ BIN ALI SHIR ZUNURAIN BINTI ZULKEFLI

KONSEP DAN MAKNA PENSEJARAHAN MALAYSIA


Pensejarahan Malaysia merujuk kepada karya-karya

sejarah mengenai sama ada keseluruhan Malaysia atau satu-satu bahagian yang terkandung dalam entiti politik di sekitar Malaysia. Pada masa kini, sesetengah tulisan terhadap kawasankawasan yang berada di luar sempadan Malaysia dianggap sebahagian daripada pensejarahan Malaysia. Contohnya: Sejarah Raja-Raja Riau, Syair Perang Siak, Sisilah Raja-Raja Brunei, Hikayat Raja-Raja Pasai dan Hikayat Patani.

Menurut pandangan Muhd. Yusof Ibrahim, pensejarahan

dapat didefinisikan sebagai hasil karya atau penulisan yang ditulis oleh ahli sejarah atau sejarawan. Sejarah merujuk kepada keseluruhan zaman yang sudah lepas. Skop sejarah tidak terhad kepada hal-hal politik sahaja. Sejarawan akan mengkaji dan menyelidik tentang zaman, masyarakat, peristiwa yang telah berlaku dan akan menghasilkan penulisan pensejarahannya. Sejarawan akan melakukan kajian dalam bidang atau mengikut kepakaran masing-masing seperti bidang politik, ekonomi, ketenteraan dan sosial.

Pensejarahan dihasilkan untuk mencari kebenaran yang

paling hampir terhadap peristiwa-peristiwa yang dikaji. Terdapat perbezaan dari segi tanggapan terhadap kebenaran ataupun kenyataan sejarah dan juga kaedah menentukannya. Mohd. Taib Osman pula mentakrifkan pensejarahan sebagai kisah tentang peristiwa-peristiwa bersejarah yang telah disusun dalam bentuk sastera yang agak baik juga dan fungsinya adalah untuk pengajaran dan kemegahan generasi semasa pengarang dan keturunanketurunan mereka.

Masyarakat Melayu mula menulis dan menghasilkan

karya sejak zaman Kesultanan Melayu lagi. Ini dapat dibuktikan melalui kelahiran karya Sejarah Melayu (Sulalatus Salatin) pada kurun ke-17 yang merupakan sebuah naskah agong yang dapat dijadikan rujukan oleh para pengaji dalam menyelidik zaman Kesultanan Melayu di samping tulisan orietalis Barat. Selain daripada Sejarah Melayu, antara tulisan-tulisan Melayu yang awal seperti Hikayat Hang Tuah, Hikayat Merong Mahawangsa, Misa Melayu dan Tuhfat al-Nafis.

Penulisan yang dihasilkan kebanyakannya berkisar kepada

golongan pemerintah. Ini mungkin disebabkan golongan kelas atasan ini sahaja yang mengetahui baca dan tulis pada ketika itu. J.C. Bottoms pernah berkata mengenai pola penulisan sejarah orang Melayu secara umum. Beliau mengatakan bahawa Sejarah Melayu adalah sebagai seni hiburan. J.C. Bottoms seolah-olah hendak menyamakan karya sejarah tradisional itu seakan-akan cerita penglipur lara atau karya sastera yang lain. Pola struktur pensejarahan tradisional Melayu adalah ditentukan oleh beberapa pengaruh dan ciri-ciri yang tertentu.

Pengaruh-pengaruh tersebut adalah ditentukan oleh

unsur-unsur kesusasteraan dan kebudayaan Hindu atau Buddha serta Islam. Manakala unsur-unsur tempatan itu sendiri menyebabkan struktur pensejarahan Melayu merupakan satu penulisan tradisi. Pada zaman Hindu, banyak hasil-hasil sejarah tersurat dibatu-batu bersurat, seperti inskripsi Melayu di Bangka yang bertarikh 683 masihi ada mencatatkan sejarah. Perkembangan ini terus berkembang sehingga lahirlah karya yang telah ditulis iaitu Hikayat Raja-Raja Pasai yang dinilaikan dan ditulis pada kurun ke 14 masihi.

Penulisan sejarah Melayu tradisional merupakan satu

tradisi bagi masyarakat istana. Keadaan ini adalah untuk menghindarkan hilangnya tradisi-tradisi lama dalam bentuk tradisi lisan dengan memulakan usaha mengumpulkan tradisi-tradisi lama itu menjadi buku. Penulisan pensejarahan tradisional Melayu boleh menggambarkan gambaran-gambaran yang lengkap tentang kehidupan dan pemikiran masyarakat Melayu istana. Seperti dalam Sejarah Melayu, Sultan telah memerintah kepada Tun Sri Lanang supaya menulis kembali catatan sejarah.

Perintah dan permintaan ini juga

dikenakan kepada pengarang-pengarang Melayu yang lain. Misalnya, Munsyi Abdullah yang diminta oleh Stamford Raffles untuk menulis satu hikayat. Melainkan Raja Ali Haji satu inisiatif dari keinsafan diri beliau sendiri untuk menulis Tuhfat al Nafis.

Kesimpulan daripada karya-karya tersebut, dapat dilihat

dalam perihal kedaulatan dan kebesaran raja-raja, kegemaran raja, serta hal dirinya seperti berburu, peperangan, perkahwinan, wasiat, adat istiadat, pertabalan dan sebagainya ditonjolkan.

SEKIAN, TERIMA KASIH

You might also like