You are on page 1of 42

SENI KALIGRAFI ISLAM SENI KHAT Pengenalan Seni merupakan suatu unsur yang sangat berkait rapat dengan

n kehidupan manusia. Seni merupakan hasil daripada gambaran yang terdapat dalam pemikiran manusia dan dihasilkan dalam pelbagai bentuk seperti tulisan, ukiran, lukisan dan sebagainya. Kesenian Islam merupakan hasil karya ciptaan manusia yang berteraskan kepada ciri-ciri Islam. Dengan mengkaji kesenian Islam tersebut, maka kita akan dapat memahami dan menghayati kehalusan seni yang terdapat dalam sesebuah tamadun Islam. Islam bukan sahaja membenarkan kesenian dengan berbagai-bagai caranya, tetapi ia menggalakkan perkembangan kesenian tersebut. Namun demikian kebenaran Islam haruslah menepati dan seiring dengan syariat Allah S.W.T. Nabi S.A.W. bersabda yang bermaksud: Bahawa sesungguhnya Allah S.W.T itu indah dan kasih kepada yang indah. Keistimewaan kesenian Islam iaitu dari segi kaligrafinya. Seni kaligrafi Islam atau lebih sinonim dengan nama seni khat merupakan khazanah tertua di dunia yang masih dimiliki oleh umat Islam. Perkembangan Islam yang tersebar ke seluruh pelosok dunia, menyaksikan kaligrafi Islam teradaptasi dengan perubahan yang berlaku tanpa menghilangkan ciri dan nilai keIslamannya. Penulisan Khat yang pertama di dunia dipercayai dihasilkan di Kufah, Iraq dalam kurun ke tujuh. Akan tetapi, sistem penulisan khat ini terbukti telah bermula sejak zaman Rasulullah S.A.W. sehingga zaman sahabat dan diikuti dengan zaman-zaman pemerintahan Islam yang lain seperti zaman kerajaan Umawiyyah, kerajaan Abbasiyyah, kerajaan Mughal, kerajaan Islam di Andalus dan lain-lain zaman. Kesenian kaligrafi ini mempunyai keistimewaan dan keunikannya yang tersendiri.

Seni kaligrafi Islam seringkali dikaitkan dengan seni khat. Kaligrafi secara

umumnya mempunyai maksud seni penulisan yang indah. Apabila ianya dikaitkan dengan Islam, membawa kepada seni penulisan Islam yang indah iaitu tulisan khat. Perkataan kaligrafi ini bearasl dari bahasa Yunani iaitu kalios yang bererti indah dan graphia yang bererti tulisan. Seni ini diciptakan dan dikembangkan oleh kaum Muslim sejak kedatangan Islam. Sebagai bahasa yang memiliki karakter lembut dan artistik, huruf Arab menjadi bahan yang sangat kaya untuk penulisan kaligrafi. Kaligrafi Islam ini juga sangat berkaitan dengan Al-Quran dan hadis kerana sebahagian besar tulisan indah dalam bahasa Arab menampilkan ayat al-Quran atau hadis Nabi S.A.W.. Seni khat ini merupakan salah satu bidang kesenian yang amat diminati oleh orang Islam. Keindahannya diabadikan di bangunan-bangunan, kubah masjid, seramik kaca selain diukir diatas kayu dan logam. Dari semasa ke semasa sejak zaman Rasulullah S.A.W. hingga hari ini, seni khat terus berkembang dan meningkat pencapaian dan kecemerlangannya. Seni khat ini juga telah menghasilkan pelbagai seni reka bentuk khat. Selepas 100 tahun kewafatan Rasulullah S.A.W. seni ini telah berada dipuncak kegemilangannya. Seni khat bukan sahaja berperanan mengabadikan Al-Quran dalam bentuk tulisan akan tetapi juga turut mengabadikan sebahagian ayat dari AlQuran tersebut di bangunan-bangunan masjid, rumah dan sebagainya. Ahli khat bukan sahaja terdiri dalam kalangan orang Arab bahkan pelbagai keturunan Islam yang lain diseleruh dunia termasuk Parsi, Turki, India, Melayu dan lain-lain lagi. Perkembangan seni khat diseluruh dunia pesat sekali, seiring dengan perkembangan dakwah Islamiyyah dan ilmu Islam. Terdapat pelbagai jenis bentuk khat yang ditulis. Antaranya ialah khat nasakh, thuluth, rihan, muhaqqaq, tauqi, riqah, diwan, taliq, nastaliq dan lain-lain. Namun yang demikian, seni khat yang tertua ialah khat kufi. Khat nasakh mula terkenal dan diminati mulai abad kelima masihi. Ia sebenarnya

merupakan khat kufi yang diubahsuai oleh Qutabah. Khat ini diperkenalkan oleh al-Dhahaq bin Iljan. Khat kufi ini berkembang dengan pesat pada zaman pemerintahan Bani Abbasiyyah. Muhammad bin Muqalan, merupakan salah seorang menteri di Abbasiyyah yang mahir dalam penulisan khat jenis alDuri. Diantara ahli khat yang terkenal ialah Ibrahim al-Syujairi yang menghasilkan khat jenis al-Jalil, al-Thuluthain dan al-Thuluth. Yusuf al-Syujairi pula merupakan tokoh terkenal dalam bidang ini. Beliau menghasilkan khat jenis al-Riayasi. Begitu juga dengan al-Hasan al Naqulah, Muhammad alSamsari, Muhammad bin Asad, Abu Hasan Ali bin Hilal (Ibnu al-Bawwabterkenal kerana telah menulis Al-Quran dengan pelbagai gaya dan bentuk tulisan. Ada pendapat mengatakan sebanyak 64 buah Al-Quran pelbagai gaya tulisan tetapi sebahagian besar karyanya hilang atau terbakar), Syeikh Jamaluddin Taqut al-Mustakami dan ramai lagi tokoh penulis khat yang terkemuka. Seni khat ini diambil alih oleh orang Mesir, India dan Turki selepas kejatuhan Baghdad. Seni ini menjadi semakin terkenal sehingga tertubuhnya beberapa institusi khat di pelbagai negara Islam. Asal Usul Seni Khat Terdapat beberapa pendapat dalam mengatakan asal-usul khat. Antaranya ialah, pendapat pertama menyatakan khat adalah anugerah daripada Allah S.W.T. kepada manusia. Allah S.W.T telah mengajar ilmu dan cara menulis kepada Adam a.s dan diwarisi turun temurun sehingga kini. Ibnu Khaldun juga menyatakan bahawa tulisan jenis masnad berasal daripada Yaman, kemudiannya berpindah kepada keluarga al-Munzir di Heart. Tulisan ini lahir pada zaman kerajaan Saba di Himyar. Terdapat juga pendapat yang menyatakan tulisan ini berasal dari Heart dan akhirnya ke Hijaz. Selain itu juga, ada yang menyatakan khat berasal daripada finiqi yang diambil daripada huruf Mesir purba. Akan tetapi, kebanyakan ahli sejarah bersetuju dengan pendapat yang terakhir iaitu khat berasal berasal daripada tulisan Nabati (Ramali). Ia sampai ke Hijaz melalui dua jalan iaitu jalan dekat dari Nabati ke Batra ke Ula, ke Madinah dan Makkah serta jalan jauh iaitu

melalui Harran ke lembah Furat, ke Daumatul Jandal, ke Madinah, Makkah dan Taif. Tulisan khat dibawa melalui pedagang yang berniaga di Syam dan Iran, terutama Quraisy. Ini bererti ketika Islam disebarkan, segelintir kecil orang Arab telah pandai membaca dan menulis walaupun jumlah bilangan mereka adalah terhad sekali. Buktinya tawanan Perang Badar (musyrikin Makkah) dikehendaki mengajar anak umat Islam membaca dan menulis seramai 10 orang sebelum dibebaskan. Tulisan Arab ini akhirnya diperkenalkan ke seluruh dunia Islam. Mana-mana negara yang masih tidak mempu sistem tulisan sendiri pada masa itu mengambil seratus-peratus tulisan Arab menjadi tulisan mereka. Proses ini berlaku begitu cepat seiring dengan perkembangan pembelajaran Al-Quran.

Sejarah Perkembangan Seni Khat Arab Seni khat lahir serentak dengan kelahiran Islam. Wahyu yang diterima oleh Rasulullah S.A.W. sejak awal lagi telah dicatatkan oleh para sahabat pada daun kayu, tulang dan sebagainya sehinggalah Al-Quran itu sempurna diturunkan selama 23 tahun. Ini bererti seni khat diperlukan untuk mengabadikan Al-Quran dalam bentuk penulisan. Justeru itu, peranan seni khat dalam sejarah perkembangan Islam adalah yang paling utama dan mengatasi cabang seni yang lain. Islam datang dengan membawa beberapa faktor tentang betapa perlunya penggunaan tulisan yang semakin telah bertambah era luas baru ruang yang penggunaannya. Bidang penulisan memasuki

bergemerlapan dengan kedatangan Islam. Selepas penghijrahan Nabi ke Madinah, seni khat telah menjadi manifestasi bagi suatu perubahan yang

agung yang mengatasi perkembangannya selama tiga abad sebelum itu. Dengan turunnya lima ayat pertama kepada Nabi s.a.w yang dimulai dengan firman Allah s.w.t.: Iqra (bacalah), maka penulisan telah memperoleh kepentingan suci yang sehingga kini masih kukuh terpelihara Kemudian turun pula ayat-ayat lain yang sering mengaitkan penulisan dengan sumber ketuhanan dan memerintahkan penggunaannya sehinggalah tulisan mendapat kedudukannya dalam kehidupan umat Islam sebagai salah satu keperluan asas. Nabi memerintahkan para sahabat merakam maklumat-maklumat dengan tulisan dan mewasiatkan mereka memelihara tulisan tersebut. Baginda juga menggesa supaya mengajar anak-anak mereka membaca dan menulis. Mengarah tawanan Perang Badar supaya mengajar anak-anak Ansar membaca dan menulis sebagai bayaran tebusan sdiri mereka. Baginda sendiri mengendalikan urusan kelab latihan tulis-menulis di Madinah dengan tujuk ajar dari individu-individu dan sahabat-sahabat yang telah mahir dalam kemahiran menulis. Hasilnya, wujud dalam kalangan mereka orang yang mahir dalam banyak bahasa seperti Zaid bin Thabit yang mempelajari bahasa Parsi, Rom, Qibti dan Habsyah semasa di Madinah. Beliau juga menterjemah surat-surat balasan kepada Rasulullah s.a.w yang ditulis dalam bahasa-bahasa tersebut. Sesetengah daripada mereka diperintahkan menulis dalam beberapa lapangan dan tajuk-tajuk tertentu seperti menulis perjanjian dan surat-surat yang diutuskan oleh Nabi kepada raja-raja dan lain-lain lagi. Selain itu, Baginda juga menekankan tentang soal sifat bentuk huruf-huruf yang berbagai-bagai itu. Memberi perhatian khusus kepada huruf-huruf ini adalah asal-usul khat. Perbezaan bentuk huruf-huruf, misalnya antara sin dan shin yang dirujuk oleh Rasulullah S.A.W. dengan segera mengilhamkan para penulis khat berusaha melahirkan nilai-nilai khas kepada huruf-huruf dalam bahasa arab. Pada zaman Rasulullah S.A.W. antara penulis khat adalah seperti Ali Bin Abi Talib, Uthman Bin Affan, Umar Al-Khattab, Abu Bakar al-

Siddiq, Khalid Bin Said Bin Al-As, Hanzalah Bin Rabi`, Yazid Bin Abi Sufian, Muawiyah Bin Abi Sufian, Ubai Bin Ka`ab, Zaid Bin Tsabit dan ramai lagi. Setelah itu kewafatan Nabi S.A.W, seni penulisan khat ini tidak terhenti sebegitu sahaja akan tetapi ianya semakin berkembang di setiap zaman bermula dari zaman Khulafa al-Rasyidin, zaman Umawiyyah dan Abbasiyyah, zaman Islam di Mughal, Andalus dan lain-lain lagi. Pada awal tertubuhnya kerajaan Umaiyah, tulisan kaligrafi digunakan untuk keperluan administrasi negara. Pada perkembangan selanjutnya, tulisan ini terus diabadikan di dinding-dinding bangunan istana, kubah-kubah masjid, diukir di mimbar-mimbar dan beberapa tempat yang lain. Peralatan peperangan seperti pedang dan lembing serta barangan seramik juga tidak terlepas dari lakaran kaligrafi indah ini. Sejarah Kemasukkan Seni Khat Arab Dan Pengaruhnya Di Nusantara Khat Jawi atau tulisan Jawi Arab adalah nama baru yang diletakkan kepada tulisan atau huruf Arab yang ditulis di Kepulauan Melayu. Perkataan Jawi berasal dari perkataan Jawa, memandangkan khat Arab mula bertapak di Kepulauan Jawa. Justeru tidak menjadi satu keunikan apabila disebut dengan nama Jawi kerana ia dinisbahkan kapada Jawa. Khat Jawi memain peranan penting dalam memartabatkan masyarakat Nusantara. Ini bermakna masyarakat Nusantara tidak mempunyai apa-apa khat sebelum khat Arab atau khat Jawi. Maka tidak mustahil kalau dikatakan tanpa tulisan Jawi, masyarakat Nusantara masih berada di tahap kejahilan. Tanpa penulisan mereka tidak dapat mempelajari sesuatu ilmu kerana setiap ilmu perlu ditulis terlebih dahulu sebelum ia dihafaz. Sesudah kemasukan Khat Arab maka satu revolusi berlaku, diantaranya ialah masyarakat Nusantara mula mempelajari huruf-huruf tersebut. Pengenalan tersebut memberi satu kekuatan baru kepada mereka untuk mempelajari al Quran dan hukumhukum yang berkaitan dengan agama Islam.

Sebagaimana yang telah diketahui bahawa ahli-ahli sejarah telah menyatakan bahawa bangsa Arab di antara kaum yang paling banyak menjalankan perdagangan dan perniagaan mengikut jalan laut. Ini bermakna tidak keterlaluan kalau dikatakan merekalah yang telah mempelopori dan memonopoli perniagaan pada kurun-kurun sebelum kedatangan Islam. Seorang sarjana Islam Muhammad ibn Jarir Abu Ja`far al-Tabari (310H/920M) telah menegaskan bahawa sebelum kedatangan Islam, orang-orang Arab telah pun belayar berulang alik dari Cina ke negara-negara Arab. Mereka belayar melalui Selat Melaka di tengah-tengah Kepulauan Melayu. Dengan penjelasan di atas, adalah telah dikenalpasti bahawa khat Arab telah sampai ke Alam Melayu melalui pedagang-pedagang Islam di awal kurun ke 2H dan mula tersebar di beberapa kawasan di Acheh. Semenjak itu, khat Arab ini telah mula menarik minat ramai penduduk untuk mempelajarinya dan ianya semakin dan terus berkembang. Perkembangan Khat Di Malaysia Di Semenanjung Tanah Melayu, sebagai contoh pertemuan Batu Bersurat di Terengganu telah membuktikan bahawa khat Arab telah diguna pakai di Alam Melayu sejak ratusan tahun lagi. Ia telah bermula sekitar kurun ke-7 Hijrah iaitu 702H/1303M di mana khat Arab telah terpahat di lubuk hati masyarakat Melayu. Khat tersebut ditulis menggunakan bahasa Melayu. Berhampiran dengan batu tersebut terdapat batu pedang. Padanya terdapat khat kalimah Allah yang mirip khat kufi. Sejak pada itu, penggunaan tulisan ini menjadi semakin meluas dan menjadi tulisan rasmi dalam urusan kerajaan. Tokoh-tokoh dan Contoh Karya Syaikh Uthman Taha

Beliau merupakan seorang tokoh yang telah banyak memberi khidmat dalam bidang al-Quran yang tidak kita sedari. Beliau adalah penulis mushaf Madinah yang bewarna hijau yang sering dibawa oleh jemaah haji atau orang yang ke Mekah.

Penglibatan Syaikh Uthman Taha dalam bidang penulisan mushaf sejak hampir 40 tahun iaitu bermula pada tahun 1970 untuk kementerian wakaf Syria. Pada tahun 1988 beliau datang ke Arab Saudi untuk menjadi penulis mushaf. Beliau dilantik sebagai penulis mushaf di Majma al-Malik Fahd Li Tibaah al-Mushaf (Kompleks Percetakan Mushaf Raja Fahd) di Madinah alMunawwarah. Keistimewaan tulisan tangan Syaikh Uthman Taha ialah setiap halaman berakhir dengan penghujung ayat. Nama sebenar beliau ialah Abu Marwan bin Uthman bin Abduh bin Hussain bin Taha. Beliau dilahirkan di sebuah kampung di Halab, Syria pada tahun 1934 Masihi dan mempunyai seorang isteri dan dikurniakan tujuh orang anak. Beliau dilahirkan dalam suasana tarbiah Islam yang kuat, bapanya Syaikh Abduh Husin Taha merupakan imam dan khatib di kampungnya, juga pengarang kitab-kitab agama. Sekarang syaikh Uthman Taha tinggal di Madinah al-Munawwarah. Syaikh Uthman Taha memiliki ijazah dalam bidang syariah. Pada tahun 1973, beliau mendapat ijazah dalam seni khat dari Syaikh Hamid al-Amidiyy, seorang pakar khat yang sangat terkenal, sehingga beliau diberi gelaran Syaikh al-Khutatatain. Selain itu beliau juga berguru dengan tokoh khattat yang lain seperti Muhammad Aliyy al-Mawlawiyy, Ibrahim al-Rifaiyy di Halab, Muhammad Badwiyy al-Diraniyy di Damsyik dan Hashim al-Baghdadiyy. Pengalaman pertama dalam menulis mushaf ialah pada tahun 1973 semasa berusia tiga puluh tahun di bawah syarikat percetakan Dar alShamiyah di Damsyik tetapi syaikh Uthman Taha tidak berpuas hati dengan mutu kecantikan tulisan. Disebabkan ketokohan dan penulisan hiasan dinding beliau di Masjid Nabawi, Kerajaan Saudi telah mengambil beliau sebagai penulis Mushaf al-Madinah yang diguna pakai oleh kerajaan Saudi dan seluruh dunia bermula pada tahun 1988.

Mereka yang melihat tulisan sekarang jauh lebih bermutu dari tulisan pertama. Sehingga kini beliau telah menulis mushaf mengikut riwayat Hafs dari Asim, riwayat Warash dari Nafi al-Madaniyy kedua-dua sudah dicetak dan riwayat Qalun tetapi belum dicetak. Beliau amat terkenal dalam kalangan penulis khat kini sebagai Tokoh Seni Khat yang paling banyak berjasa. Beliau menjadi pakar rujuk dan hakim bagi pertandingan Khat Antarabangsa Istanbul sejak berdekad lamanya. Antara beberapa contoh tulisan Syaikh Uthman Taha adalah:

Muka belakang mushaf al-Madinah diterjemahkan seperti berikut: Dengan pertolongan Allah dan taufiq-Nya, telah sempurna percetakan mushaf yang mulia ini di Majma' Malik al-Fahd untuk percetakan al-Mushaf al-Sharif di Madinah Munawwarah seliaan Kementerian Hal Ehwal Islam, Wakaf, Dakwah dan Bimbingan di Kingdom of Saudi Arabia pada tahun 1426H dan ditulis oleh al-Khattat Uthman Taha.

Dari tahun 1970 sehingga ke hari ini Syaikh Othman Taha telah menulis dengan lengkap sebanyak sepuluh buah mushaf, dimana setiap satu lembaran berukuran 100cm x 70cm dan mempunyai 15 baris. Diantara mushaf-mushaf yang telah ditulis olehnya ialah:

1. Mushaf untuk Kementerian Wakaf Syria 2. Mushaf dengan riwayat Hafs untuk Ad-Dar As-Syamiyyah 3. Mushaf dengan riwayat Warash (Madinah) 4. Mushaf dengan riwayat Hafs (Mengikut Mushaf Mesir-tiada wakaf sudut) 5. Mushaf dengan riwayat Hafs (Mushaf Madinah) 6. Mushaf dengan riwayat Qalun 7. Mushaf dengan riwayat Ad-Duri Beliau telah memperbaiki sistem susunan menulis mushaf yang mempunyai wakaf sudut daripada resam imlai kepada Resam Othmani mengikut sebuah mushaf yang ditulis pada zaman Othmaniah Turki. Sistem inilah yang digunakan pada Mushaf Madinah sekarang. Susunannya amat kemas, teratur, membahagikan juzuk secara konsisten dan ia dinamakan juga Mushaf Huffaz kerana struktur susunannya yang mudah digunakan oleh para huffaz untuk menghafaz al-Quran.

Syeikh Sami Afandi

Sheikh Muhammad Sami Afendi dilahirkan pada 1838M dan wafat pada 1912M. Beliau mempelajari seni khat Thuluth daripada Boshnaq Usman Afandi, Rejai Afandi, Qabrasizada Ismail Haqqi Afandi manakala Khat Diwani daripada Naseh Afandi. Kemahiran beliau dalam khat dianggap sangat bermutu tinggi terutamanya dalam Khat Thuluth Jali sehingga beliau digelar sebagai Mustafa Raqim kedua. Kemahiran beliau seterusnya diwarisi kepada Sheikh Abdul Aziz Rifai, Umer Wasfi, Muhammad Amin Afandi, Ahmad Kamil Afendi, Khulusi Afandi, Nazeef Bey dan Najm-ud-Din Afandi. Sepanjang kariernya sebagai Khattat, beliau meraih beberapa anugerah antarabangsa ketika itu antaranya ialah Darjah Mutamayaz dalam di seni khat Turki, Tempat Pertama pertandingan Sinf-el-Awwal, Pertama dalam Rutba-eMajeedi, anugerah Taghma-e-Iftikhar dan anugerah seni Kaligrafi Jang Yunan. Beliau dimakamkan di kawasan Jami Al-Fateh, Istanbul, Turki. Antara hasil karya beliau:

Sheikh Abdul Aziz Affandi Al-Rifaie (1871-1934M)

Sheikh Abdul Aziz Affandi Al-Rifaie dilahirkan di Qasbah, Terabezon, Turki pada tahun 1871M (1288H). Ketika berusia lima tahun beliau telah berpindah bersama bapanya Abdul Hamid Afandi menuju ke Istanbul. Kecenderungannya terhadap seni khat jelas kelihatan ketika beliau masih lagi menuntut di sekolah kanak-kanak di kampungnya. Disebabkan kecenderungan ini, Sheikh Abdul Aziz Al-Rifaie telah diserahkan sendiri oleh ayahnya kepada penulis khat tersohor ketika itu bernama Baqqal Arif Afandi untuk mempelajari khat. Beliau mendalami Khat Thuluth dan Nasakh daripada Sheikh Baqqal manakala Khat Thuluth Jalli dan Taliq dipelajari daripada Sheikh Sami Affandi. Pada tahun 1922M, beliau berhijrah ke Kaherah, Mesir di atas jemputan Raja Fuad I, iaitu Raja Mesir pada masa itu untuk menulis Mushaf baginya. Kemudian beliau terus menetap di Mesir dan menjadi tenaga pengajar seni khat di Institut Diraja Tahsin Al-Khutut Khalil Agha, Kaherah dan di sekolah Al-Syeikh Salih selama 11 tahun. Sepanjang tempoh itu beliau membantu mengasaskan dua buah sekolah yang bermatlamatkan mengindahkan khat-khat Arab. Beliau telah menjadi pengetua dan guru khat bagi kedua-dua sekolah itu. Sepanjang tempoh itu juga banyak buku-buku dan tulisannya dicetak serta masih lagi digunakan hingga kini. Di Mesir, seluruh penulisannya dikembangkan dalam segenap bentuk.

Setelah berada di Mesir sehingga dalam lingkungan umur 70an, beliau kembali ke negara asalnya di Turki dan seterusnya pada 1934M (1353H), beliau meninggal dunia dan jenazahnya dikebumikan di Perkuburan Adranah Qabi, di Istanbul, Turki. Jasa Sheikh Abdul Aziz Al-Rifaie amat besar dalam pembangunan kesenian Islam. Beliau telah menulis sebanyak 12 mushaf, helaian-helaian kesenian khat, mencipta kertas Al-Ibro dan mencipta pelbagai motif seni hiasan. Seni penulisannya amat berpengaruh di Mesir dan namanya sentiasa dijulang dikalangan penulis-penulis khat Mesir.

Sheikh Hamid Al-Amidi (1891-1982M)

Khattat Hamid Al-Amidi dilahirkan pada tahun 1309H (1891M) di salah sebuah kota lama di Tenggara Turki, dahulunya dikenali dengan nama Amid, sekarang Diyar Bakr. Nama asal Hamid Al-Amidi ialah Al-Syeikh Musa Azmi. Beliau mulai terpaut dengan seni khat sejak masih kecil lagi. Beliau mempelajari seni khat dan lukisan semasa menuntut di sekolah rendah dan menengah di bandar Amid dari khattat-khattat terkemuka di kampungnya. Kemudiannya beliau datang ke Istanbul 1324H (1908M) untuk menyambung pelajaran di Sekolah Undang-undang dan seterusnya di Sekolah Seni-seni Bernilai. Kematian bapanya Zul Faqar Agha memaksa beliau mencari sumber rezekinya sendiri. Dengan itu beliau mula bertugas sebagai seorang guru khat dan lukisan di salah sebuah sekolah dan sebagai ahli khat di beberapa tempat berkaitan percetakan. Beliau mulai mempelajari Khat Thuluth dan Nasakh melalui Nazif telah Bek, namun kematian beliau gurunya daripada semasa awal pembelajarannya menghalang melanjutkan

pengajiannya dalam pelajaran ini. Beliau menghabiskan sebahagian besar daripada usianya dengan berkecimpung dalam seni khat serta pernah bertemu dengan ahli-ahli khat Istanbul yang masyhur seperti Kamil Afandi, Haqqi Bek, Kholusi Afandi dan lain-lain lagi. Dengan berbincang bersama-sama mereka beliau

memperkembangkan tahap khatnya bukan sahaja dengan cara belajar daripada mereka tetapi dengan cara berbincang dan berdialog sehinggalah beliau dapat meningkatkan dirinya sebagai salah seorang guru khat di Istanbul yang pada masa itu merupakan tempat saingan ahli-ahli khat untuk menonjolkan kemahiran mereka. Allahyarham Hamid Al-Amidi mempunyai kebolehan menulis di dalam berbagai-bagai gaya bentuk khat yang dikenali. Beliau sangat tertarik dan mengilhami karya-karya khattat-khattat yang terkenal seperti Raqim dan Sami. Beliau terkenal dengan gaya-gaya tulisan Khat Thuluth, Nasakh dan Taliq. Selama 75 tahun berkecimpung di dunia seni khat, tahun-tahun cemerlang baginya ialah di antara tahun 1338-1385H/1920-1965M. Beliau telah menulis dua buah naskhah kitab suci Al-Quran. Banyak kubah-kubah dan dinding-dinding masjid dihiasi dengan ayat-ayat suci Al-Quran, umpamanya Masjid Abu Ayyub Al-Ansari. Hamid Al-Amidi meninggal dunia pada 24 Rejab 1402H (18 Mei 1982) dan dikebumikan di perkuburan Qarrah Jah Ahmad, Uskundar, Turki berhampiran dengan makam Sheikh Hamdullah, tokoh seni khat zaman Kerajaan Uthmaniah. Antara karyanya:

Sheikh Muhammad Badawi Derani (1894-1967)

Sheikh Muhammad

Badawi

Derani

dilahirkan

pada

1894M di

Damsyik, Syria serta wafat pada 1967M. Beliau mempelajari seni khat daripada Sheikh Hamid Al-Amidi and Yusouf Rasa di Turkey manakala di Syria beliau berguru dengan Mamdouh al Shareef dan Moustafa al Sibaei. Tulisannya banyak dipengaruhi oleh Mustafa Raqam, Azizuddin Rafaey, Hamid Al-Amidi dan Hashim Baghdadi. Beliau merupakan tokoh tersohor seni khat di Syria pada zamannya dan antara muridnya ialah Sheikh Uthman Taha yang terkenal sebagai penulis Mushaf Madinah yang dipakai sehingga ke hari ini. Kini, Syria merupakan antara negara yang banyak melahirkan Khuttat yang memenangi pertandingan khat antarabangsa. Beliau mengasaskan sekolah seni Khat Nastaliq di Damsyik, Syria yang kini terkenal sebagai Institut Nastaalque Badawi Derani yang banyak melahirkan khattat Syria. Beliau amat mahir dalam semua jenis khat termasuk Farisi, Thuluth, Kufi, Riqaah, Diwani, Diwani Jali dan Nasakh. Beliau banyak menulis di dinding masjid sekitar Damsyik, tulisan sijil dan memo kerajaan, Masjid Nabawi di Madinah, istana dan bangunan kerajaan di Saudi Arabia. Karya beliau dikumpul oleh anaknya melebihi 1500 karya yang telah dicetak semula dan diedarkan di Syria, Switzerland dan Amerika.

Antara hasil karya beliau:

Sheikh Sayyid Ibrahim (1897-1994M)

Dilahirkan di Seksyen Qalah, Kaherah pada bulan Ogos 1897M. Memperolehi ijazah pertama dari Universiti Al-Azhar seterusnya Ijazah

Sarjana dalam bidang sastera di Universiti Al-Ahliah Al-Masriyah. Beliau meminati seni khat sejak kecil dan mempelajari seni khat dari Syeikh Abdullah Bek Al-Zahdi dari Turki dan Syeikh Muhammad Bek Jaabar. Berdasarkan kepakaran dan kemahiran yang dimiliki oleh Sayyid Ibrahim, beliau telah diamanahkan untuk mengajar seni khat di Universiti Kaherah dan Institut Tahsin Al-Khutut, Kaherah. Sayyid Ibrahim amat terkenal sebagai penulis khat sekitar awal kurun ke-21. Beliau telah banyak menghasilkan tulisan-tulisan di dalam buku, majalah dan bangunanbangunan berseni. Beliau pernah bekerjasama dengan penulis Turki terkenal Ahmad Kamil di dalam penulisan di Istana Gabenor Muhammad Ali di Maniel, Turki dan Masjid Bangalore di India. Beliau meninggal dunia pada bulan Januari 1994 di Kaherah, Mesir. Antara hasil karya beliau:

Sheikh Hashim Muhammad Al-Baghdadi (1917-1973M)

Nama penuh beliau ialah Abu Raqim Hashim bin Muhammad Al-Haj Darbas Al-Qisi Al-Baghdadi. Beliau dilahirkan di perkampungan yang sangat dikenali dengan nama Khan Lund di Baghdad pada tahun 1335H (1917M). Sejak kecil beliau telah cenderung kepada seni khat. Beliau mempelajari khat melalui Al-Marhum Al-Mala Arif Al-Syeikhily dalam tempoh yang singkat. Kemudian bertukar kepada Al-Marhum Al-Haj Ali Sabir dalam tempoh yang paling singkat juga. Akhirnya beliau mengulangkaji pelajaran khat melalui Al-Syeikh Al-Mala Ali Al-Fadli. Beliau mula menulis dan melakukan latihan di sisi Al-Mala sementara Al-Mala membetulkan kesilapan dan memberikan dorongan kepadanya sehingga beliau diberikan ijazah pada tahun 1363H (1943M). Kemudian beliau menyambung pelajaran di Maktab Pengindahan Khat, Kaherah. Apabila beliau menunjukkan kepada mereka ijazahnya dan contohcontoh khatnya, guru-guru dan para penyelia di Maktab tersebut merasa kagum dengannya. Dengan itu pentadbiran Maktab mengambil keputusan untuk membenarkan beliau menyertai peperiksaan akhir di mana dalam peperiksaan ini Al-Baghdadi berjaya memperolehi ijazah pangkat pertama dengan cemerlang. Beliau diberikan ijazah oleh ahli khat Mesir yang terkenal iaitu Sayyid Ibrahim dan Muhammad Husni pada tahun 1944. Pada tahun 1946, beliau menerbitkan buku Al-Riqah. Beliau telah melawat Turki dan menunjukkan hasil kerjanya kepada khattat Turki yang terkenal iaitu Musa Azmi, dikenali sebagai Hamid Al-Amidi. Beliau berjaya

memperoleh ijazahnya sebanyak dua kali, salah satunya pada tahun 1950, manakala Islam. Hashim sebagai menggabungkan gaya khattat Baghdad klasik, penulis Khat Thuluth. Beliau menyelia Yaqut Alyang satu lagi pada tahun 1952. Pada 1952 Al-Amidi mengisytiharkan Hashim sebagai seorang penulis khat terbaik di dunia

Mustaasimi dengan gaya moden Sekolah Uthmani. Beliau juga terkenal seorang kerja-kerja percetakan Al-Quran yang ditulis oleh khattat Turki iaitu Muhammad Amin Al-Rushdi. Beliau menyedari ada beberapa kesilapan pada muka surat, juzuk dan surah. Al-Quran ini diterbitkan buat pertama kali di Baghdadpada tahun 1951. Kemudian diterbitkan semula pada tahun 1966 dan Edisi Ke-3 pada 1972 di Jerman. Pada tahun 1960 beliau menjadi pensyarah Seni Khat Arab di Institut Seni Baghdad. Kemudian menjadi Ketua Jabatan Seni Khat dan Hiasan Islam sehinggalah beliau meninggal dunia pada tahun 1393H (1973M) di Baghdad dan di kebumikan di perkuburan Al-Khaizuran. Semenjak tahun 1961, beliau telah menerbitkan koleksi khat peribadinya yang terbaik dengan tajuk Method Seni Khat Arab. Hasil kaligrafinya dapat dilihat di masjid-masjid di Iraq termasuklah Masjid Shahid, Masjid Sheikh Abdul Qadir Al-Jailani, Masjid Haidir Khanna, Masjid Al-Muradia dan Masjid Bunia. Beliau juga mereka bentuk mata wang Iraq, duit syiling Tunisia, Morocco, Libya dan Sudan. Beliau menganugerahkan Diploma kepada pelajarnya Abdul Ghani Al-Ani. Hashim Al-Baghdadi bercadang untuk menulis Al-Quran mengikut gayanya namun beliau tidak sempat menghabiskannya. Koleksi himpunannya yang terkini diterbitkan semula di Baghdad pada 1978. Antara karya beliau:

Syeikh Muhammad Abdul Qadir

Nama penuhnya Muhammad Abdul Qadir Abdullah. Lahir di bandar Kaherah, Mesir pada 1917M. Merupakan pelajar Institut Tahsin Al-Khutut Khalil Agha, Kaherah. Beliau bergurukan Syeikh Muhammad Izzat dari Turki, Syeikh Muhammad Ali Makawi dan Syeikh Muhammad Ridhwan. Beliau terkenal sebagai pembaharu di dalam Khat Kufi. Beliau juga telah mencipta Tarkib Thuluth Jalli yang rumit jarang dilakukan oleh penulis lain. Beliau memperolehi anugerah antarabangsa yang banyak antaranya Anugerah Seni Khat dan Penyemarak Khat pada 1938M. Beliau kerap diajak menjadi hakim Pertandingan Khat Antarabangsa, terakhirnya pada pertandingan Yaqut AlMustalami pada 1989M. Jasa beliau di dalam memperkasakan seni khat memang tidak ternilai. Antara karya beliau:

Syeikh Muhammad Haddad

Nama penuhnya Muhammad bin Saad bin Haddad, dilahirkan di Kaherah pada 1920M. Beliau meminati khat semenjak kecil dan meraih dua ijazah, diploma Seni Khat Institut Tahsin Al-Kutut dan Ijazah Seni Estetika dari Universiti Kaherah pada tahun 1943. Syeikh Haddad aktif di dalam penulisan Mushaf dan tersenarai sebagai antara penulis Mushaf yang banyak di Mesir. Beliau pernah meraih Johan Khat Sedunia pada tahun 1984 dan menerima anugerah Presiden Hosni Mubarak di atas jasanya. Beliau juga meninggalkan dua karya agong untuk peminat seni khat, pertama Nuqat Fauqa Huruf dan kedua Huruf Min Ghari Nuqat. Antara karyanya:

Kehebatan Seni Khat Kehebatan seni khat dapat dilihat melalui: Pertumbuhan khat dan tulisan arab pada zaman Jahiliyah Ada pendapat mengatakan seni khat terdiri daripada khat al-Musnad yang juga dikenali sebagai khat Arab Utara atau Khat Humairi. Khat ini telah tersebar di persekitaran al-Mundhir dan Syam (Syria). Ini berlaku semasa rombongan perniagaan di antara orang Arab Yaman dan orang Arab yang bermukim di Syria, dan Iraq di utara Semenanjung Tanah Arab. Melalui mereka, khat ini dibawa secara langsung ke bumi Hijaz. Ia juga dikatakan berkembang hasil daripada khat Nibti (Nabatea). Berdasarkan kepada pendapat G.J Klehr pada pertengahan pertama abad ke18 terdapat hubungan antara khat Arab dengan khat Nubti (172M). Menurut Th. Noldeke khat Arab berkembang daripada khat Nubti (1865M). Berdasarkan kepada kajian tentang hasil-hasil ukiran sebelum Islam dan pada abad pertama Hijrah, menunjukkan khat Arab terbit daripada khat Nibti. Ukiran tertua yang dapat dijadikan bukti peringkat-peringkat penyebaran dalam perkembangan khat Nibti yang berlaku pada penghujung abad yang ke-3 dan abad ke-4 masihi telah dijumpai di Umm al-Jamal (250M) dan Nammarah (328M). Kedua-dua ukiran ini, adalah dalam bahasa dan tulisan Nibti. Ukiran Ummul Jamal Tulisan Nabati ( 250-271M)

Tulisan Humairi bersama terjemahan Arab

Tulisan Hauran, aliran tulisan Nibti yang paling hampir kepada tulisan arab Zaman Rasulullah Dan Sahabat Islam telah datang membawa perubahan yang besar terutama dalam bidang penulisan. Penulisan telah menjadi perantaraan terpenting dalam penetapan pencatatan, pengajaran dan penghebahan sehingga ia berkembang luas. Selepas hijrah nabi, seni khat telah menjadi manifestasi bagi suatu perubahan yang agung mengatasi perkembangannya selama tiga abad selepas itu.

Penurunan surah al-Alaq ayat 1-5 kepada junjungan mulia Nabi Muhammad telah menjadi titik tolak kepada penulisan. Penulisan telah menjadi penting apabila ia digunakan untuk menulis ayat-ayat suci al-Quran dan terpelihara sehingga kini. Kemudian turun pula ayat-ayat lain yang sering mengaitkan penulisan dengan sumber ketuhanan dan memerintahkan penggunaannya sehinggalah tulisan mendapat kedudukannya dalam kehidupan umat Islam sebagai salah satu keperluan asas. Pada zaman Nabi Muhammad, baginda memerintahkan para sahabat merakamkan semua maklumat dengan tulisan dan mewasiatkan mereka memelihara tulisan tersebut. Baginda menggesa mereka mengajar anakanak mereka membaca dan menulis. Rasulullah s.a.w juga pernah mengarahkan setiap tawanan perang Badar yang baik tulisan dan bacaannya supaya mengajar anak-anak orang Islam seramai 10 orang sebagai bayaran penebusan diri mereka. Pada zaman Khulafa al-Rasyidin penulisan semakin bertambah dengan meluasnya penggunaan tulisan dalam urusan-urusan agama, pentadbiran dan muamalat harian. Zaman pemerintahan Khalifah Umar bin al-Khattab r.a. (13-23H / 634-644M), sekolah-sekolah didirikan dan guru-guru dilantik. Apabila para penghafaz al-Quran semakin berkurangan disebabkan syahid di medan peperangan pada zaman pemerintahan Khalifah Abu Bakar al-Siddiq, beliau telah mengarahkan Zaid bin Thabit mengumpul dan menulis al-Quran.

Tulisan Khat Arab ( Kufi) di kubur Thabit bin Zaid pada 64H. Pada zaman Khalifah Uthman bin Affan r.a. (23-53H / 644-656M) timbul kepelbagaian cara membaca al-Quran, maka beliau mengambil lembaranlembaran yang dicatat oleh Zaid bin Thabit dan diletakkan dalam simpanan Hafsah binti Umar r.a. Khalifah Uthman bin Affan telah mencatatkan sebuah mushaf yang dikenali sebagai Mushaf al-Imam. Beliau telah mengarahkan Zaid bin Thabit, Abdul Rahman bin Amru al-Asr, Abdullah bin al-Zubir, Ibn alAbbas dan Abdul Rahman bin al-Harith bin Hisham supaya menyalin semula naskhah untuk dihantar ke seluruh pelusuk negeri.

Mushaf Saidina Usman pada zaman beliau sendiri Zaman Pemerintahan Bani Umaiyah

Pada zaman Bani Umaiyah, khat mula berkembang maju. Bentuk tulisan pada ketika itu lebih lembut mempunyai nilai estetika yang tinggi. Tanda titik dan baris mula diperkenalkan untuk memudahkan orang-orang ajam (selain bangsa Arab) mengenali tulisan Arab. Ziad (Dato Bandar Basrah) merupakan penulis wahyu Rasullullah meminta Abu Aswad al-Du'ali meletakkan tanda titik pada tahun 45 Hijrah, kemudian perletakan baris disempurnakan oleh al-Khalil bin Ahmad al-Farahidi. Disamping itu penggunaan kertas yang terkenal dengan nama kertas Syami adalah salah satu langkah positif dalam usaha meningkatkan penulisan seni khat.

Mushaf Saidina Usman dengan tanda titik oleh Abu Al-Aswad al-Duali pada zaman Muawiyah

Tulisan Kufi yang hampir kepada nasakh yang diletakkan baris oleh alFarahidi ditemui berusia sejak 135H.

Sebuah tulisan pada zaman Umawiyyah yang mempunyai unsur kelembutan dan permulaan kepada penulisan Khat Nasakh. Daya Usaha Khalifah Umaiyah Khalifah Umaiyah telah berusaha untuk menyatukan penulis khat dengan memberikan kedudukan istimewa kepada mereka. Pemerintahan Umaiyah di Syam (Syria) merupakan pemerintah yang mula-mula sekali menekankan penggunaan tulisan khat. Pemerintah Umaiyah telah mengambil langkah mengembangkan seni khat semenjak mula lagi dengan menggunakan ukiran di marmar dan lantai batu berbunga, ukiran huruf dan bunga-bunga di masjid, umpamanya kubah Masjid Baitul Maqdis, Masjid Umawi di Damsyiq, Istana Khiar dan Istana Jusaq. Manakala golongan yang kaya pula berusaha menghiasi al-Quran dengan menjilidkannya serta menghiasi dinding-dinding istana dengan tulisan-tulisan khat yang indah.

Perletakan titik oleh Abu Aswad Ad-Dualli

Zaman Pemerintahan Abbasiyah Terdapat dua tokoh yang terkenal iaitu al-Dhahlaq bin Ajalan semasa pemerintahan Abu al-Abbas al-Saffah dan khattat Ishaq bin Hammad pada masa pemerintahan khalifah al-Mansur dan al-Mahdi. Pada zaman pemerintahan kedua-dua khalifah, terdapat sebelas jenis khat, antaranya: 1. Khat Al-Sijillat 2. Khat Al-Jalil 3. Khat Al-Dibaj 4. Khat Al-Tumar 5. Khat Al- Thuluthain 6. Khat Zanbur (dari Thaqil Thuluth) 7. Khat Al-Mufattah 8. Khat Al-Mudammirat 9. Khat Al-Uhud (dari khat Al-Haram) 10. 11. Khat Al-Qasas Khat Al-Khirfaj (dari khat Dibaj)

Tulisan Yaqut al-Musta'simi (pencetus Aqlam Sittah) pada zaman Abasiyyah.

Sebuah Mushaf yang berusia sejak zaman Abbasiyyah

Sebuah Mushaf pada zaman Abbasiyah yang ditulis dengan gaya pena Yaakut al-Musta'lami dengan gaya Thuluth Kemuncak Estetika Seni Khat

Keindahan seni khat telah sampai ke kemuncaknya pada tahun 300 Hijrah di tangan bapa khat Arab, iaitu Abu Ali Muhammad bin Muqlah, merupakan seorang penulis, penyair, khattat (penulis khat) dan seorang menteri di Baghdad (272-328H / 885-939M). Beliau mempelajari khat daripada al-Ahwal al-Muharral dan merupakan orang yang mula-mula mencipta kaedah menilai penulisan khat dengan menggunakan alif sebagai asas penentuan bentuk huruf, maka terhasillah daripadanya khat yang indah dengan kaedah yang mantap ini dan seterusnya berkembang di timur dan barat. Zaman Kerajaan Fatimiyah Pada tahun 259-566 Hijrah, pelbagai usaha telah dijalankan untuk meningkatkan kehebatan seni khat melalui pendekatan pengindahan pada istana-istana, singgahsana, peralatan rumah, hadiah atau barang-barang antik mereka. Pusat seni khat di Mesir atau dikenali sebagai Dewan Insya di ketuai oleh seorang penulis yang handal dan diberikan gelaran sebagai Dastus-Syarif. Kerajaan Fatimiyah sentiasa memberikan perhatian kepada seni khat terutamanya pada zaman Kerajaan al-Ayubi dan kerajaan Mamluki. Zaman Pemerintahan Kerajaan Turki Antara langkah-langkah yang diambil oleh kerajaan Turki untuk

memperindah dan mengembangkan seni khat ialah : 1. Masyarakat memberikan penilaian yang tinggi kepada seni khat, kerana penulis khat berperanan menulis al-Quran, menyalin penulisan sastera dan syair dengan indah berilhamkan ayatayat al-Quran dan Hadis. 2. Kerajaan Turki telah menggunakan pelbagai jenis khat dalam pentadbiran kerajaan, urusan diraja dan ketenteraan. Dalam

kurun kesebelas hijrah umpamanya, terdapat lebih kurang 30 jenis tulisan. 3. Pemerintahan Kerajaan Turki amat menyanjungi tokoh khat dan seni khat. Ini terbukti apabila penulis buku Miratul-Haramain (Cermin Dua Tanah Haram) mengatakan: Penulis khat sultan mendapat gaji sebanyak 400 lera emas Uthmaniyah sebulan. 4. Kerajaan Uthmaniyah menonjolkan seni khat sebagai satu ciri publisiti untuk mengukuhkan dasar pemerintahan terhadap rakyat. Di masjid agung Bursyah, Turki umpamanya terdapat slogan berbunyi Sultan adalah bayangan Allah s.w.t di muka bumi, dengan ukuran empat meter persegi. Demikian juga terdapat pelbagai slogan di dalam masjid yang lain di Istanbul bertujuan sebagai publisiti kepada sultan. Antaranya ungkapan pemerintahan yang memberi ilham, doa sultan sumber keampunan, dan lain-lain lagi. 5. Gereja-gereja banyak dihiasi dengan patung-patung dan

gambar-gambar, lalu kerajaan Uthmaniyah menampilkan imej Islam melalui pendekatan menghiasi masjid-masjid dengan tulisan khat. Tulisan khat juga diabadikan untuk memperindah tembok-tembok istana, kolam mandi, bangunan di perkuburan, air pancutan, peralatan, barang-barang kemas dan pakaian. 6. Islam menolak penggunaan bentuk tulisan dan gambar. Ini memberikan cabaran kepada mereka yang mempunyai bakat seni dalam dirinya untuk menggambarkan aspirasinya. Dengan ini membuka ruang yang luas kepada seni khat mengambil alih tugas tersebut. Malaysia

Di Malaysia, seni khat dimajukan dalam pelbagai bidang seperti contoh, tulisan ini diukir diatas kayu keras. Ini adalah keistimewaan seni khat di Malaysia, yang diwarisi turun temurun dan dimanfaatkan untuk mempertingkatkan seni khat Islam. Ayat Al-Quran diukir bermotifkan tumbuh-tumbuhan yang berpusing-pusing kanan dan kiri. Alatan senjata seperti pedang juga diukir dengan ayat Al-Quran. Pada zaman keagungan kerajaan Melayu Islam diseluruh Alam Melayu, seni khat diabadikan diatas duit syiling seperti pada zaman pemerintahan Sultan Muzaffar Syah (1455-1459). Pada zaman pemerintahan Sultan Abdul Jalil Syah (1632-1677), wang emas diukir dengan khat. Begitu juga dengan cokmar, mop mohor, pingat dan bintang kebesaran kerajaan negeri di Malaysia juga diukir dengan ayat Al-Quran. Khat yang diabadikan diatas tenunan songket dan hiasan

menambahkan lagi keunikan penggunaan khat di Malaysia. Pameran khat juga sering diadakan di Malaysia dibawah anjuran Pusat Islam, Jabatan Perdana Menteri dan lain-lain lagi. Hal ini bertujuan sebagai tanda kebangkitan kembali penghayatan dan penghargaan terhadap seni khat dan ukiran Islam. Diantara ahli khat Malaysia yang masyhur adalah seperti Syed Abdul Rahman al-Attas. Khat beliau diabadikan di bangunan Sultan Zainal Abidin Kuala Terengganu, Masjid Jamek, Bangunan Parlimen Malaysia, koleksi Muzium Seni Asia (Universiti Malaya), koleksi Sultan Johor dan lainlain lagi. Kesimpulan Maka kesenian merupakan satu perkara yang diharuskan di dalam Islam dan di antara kesenian yang digalak oleh Islam ialah Seni Khat Arab. Nabi s.a.w. telah memberi penekanan terhadap seni khat, sekalipun Baginda seorang Ummi. Syeikh Ali Abd Rahman al-Kelantani pernah menulis, Nabi S.A.W pernah bersabda, yang memberi maksud memberi penekanan ke arah

tersebut berdasarkan kepada Hadith Rasulullah s.a.w. dalam sabdaNya: Apabila kamu menulis Bismillah al-Rahman al-Rahim, maka cantikkanlah tulisan kamu sebagai membesar keagungan Allah S.W.T.. Dan di dalam Hadith yang lain Nabi s.a.w. telah bersabda: Apabila kamu menulis Bismillah al-Rahman al-Rahim, maka panjangkan tulisan al-Rahman sebagai membesar keagungan Allah S.W.T.. Khat Arab ini perlu dipelihara oleh semua lapisan masyarakat ia boleh dianggap sebagai aset yang sangat berharga bagi generasi Muslim akan datang. Malah ia merupakan anugerah khusus daripada Allah S.W.T. kepada insan yang tersemai di dalam jiwanya ciri-ciri kesenian. Oleh yang demikian pembelajaran khat Arab harus diperkenalkan semula di semua peringkat pengajian bermula dari sekolah sehinggalah ke peringkat yang lebih tinggi.

You might also like