You are on page 1of 40

IBADAH TAHUN 5 PELAJARAN 10: AZAN DAN IQAMAT PELAJARAN 11: SOLAT BERJEMAAH

SOLAT JAMAAH
PENGERTIAN HUKUM SOLAT BERJEMAAH LAFAZ NIAT SOLAT BERJEMAAH KEDUDUKAN MAKMUM DALAM SOLAT BERJEMAAH KELAYAKAN MENJADI IMAM SYARAT SAH SOLAT BERJEMAAH KELEBIHAN SOLAT BERJEMAAH KAEDAH DAN TEKNIK PENGAJARAN

PENGERTIAN SOLAT JEMAAH

Solat berjemaah bermaksud solat yang dilakukan oleh dua orang atau lebih secara bersama dengan diketuai oleh seorang imam dan disertai dengan niat berjemaah.

Fardhu Kifayah Ke Atas Orang Lelaki Di Sesuatu Tempat Bagi Semua Solat Fardhu Kecuali Solat Jumaat.

HUKUM SOLAT BERJEMAAH

Fardhu Ain Ke Atas Setiap Lelaki Bagi Solat Jumaat.

Sunat Berjemaah Untuk Solatsolat Sunat Seperti Solat Sunat Hari Raya

HUKUM SOLAT BERJEMAAH

FARDHU KIFAYAH solat berjemaah adalah ke atas orang lelaki di sesuatu tempat bagi semua solat fardhu kecuali solat Jumaat. FARDHU AIN pula adalah ke atas setiap lelaki untuk mengerjakan solat Jumaat.

SUNAT berjemaah pula untuk solat-solat sunat seperti solat sunat hari raya dan sebagainya.

LAFAZ NIAT SOLAT BERJEMAAH

Ertinya: Sahaja aku sembahyang fardhu subuh dua rakaat (*) tunai kerana Allah Ta'ala. * tambahkan makmuman (mengikut imam), jika sembahyang berjemaah.

Ertinya: Sahaja aku sembahyang fardhu zohor empat rakaat (*) tunai kerana Allah Ta'ala. * tambahkan makmuman (mengikut imam), jika sembahyang berjemaah

Ertinya: Sahaja aku sembahyang fardhu asar empat rakaat (*) tunai kerana Allah Ta'ala. * tambahkan makmuman (mengikut imam), jika sembahyang berjemaah.

Ertinya: Sahaja aku sembahyang fardhu maghrib tiga rakaat (*) tunai kerana Allah Ta'ala. * tambahkan makmuman (mengikut imam), jika sembahyang berjemaah.

Ertinya: Sahaja aku sembahyang fardhu 'isyak empat rakaat (*) tunai kerana Allah Ta'ala. * tambahkan makmuman (mengikut imam), jika sembahyang berjemaah.

SUSUNAN SAF BERJEMAAH

Apabila dalam solat jemaah yang akan dilakukan itu hanya terdiri daripada seorang imam dan seorang makmum, maka disunatkan makmum berdiri di sebelah kanan imam dan agak terkebelakang sedikit.

Apabila dalam solat berjemaah yang dilakukan itu terdiri daripada seorang imam dan dua orang makmum, maka disunatkan makmum berdiri disebelah kiri imam. Setelah itu hendaklah imam ke hadapan dan kedua orang makmum merapatkan semula saf.

Namun sekiranya keadaan tidak mengizinkan makmum yang kedua bolehlah berdiri di belakang imam kemudian yang pertama mundur ke belakang untuk menyamai saf.

Apabila kanak-kanak yang belum baligh bersembahyang dengan imam sedangkan kanakkanak itu seorang diri sahaja, maka samalah ia seperti orang dewasa.

Apabila dalam solat berjemaah yang dilakukan itu terdiri daripada seorang imam, seorang makmum lelaki dan seorang makmum wanita, maka makmum wanita itu hendaklah berdiri dibelakang sebelah kiri saf lelaki.

Jika jemaah mengandungi lelaki dewasa dan kanak-kanak, maka susunan saf adalah seperti berikut:

Apabila didalam jemaah itu terdapat golongan khunsa mushkil maka hendaklah mereka berdiri di belakang saf kanak-kanak lelaki atau dihadapan saf kanak-kanak perempuan.

Apabila makmum terdiri daripada semua peringkat dan golongan, maka kaum lelaki hendaklah berada di saf yang paling depan, kemudian kanak-kanak lelaki, kemudian khunsa mushkil, kemudian kanakkanak perempuan, kemudian kaum perempuan.

Apabila imam dan makmum terdiri daripada wanita sahaja maka imam akan berdiri ditengah diantara jemaah wanita yang lain.

SYARAT-SYARAT MENJADI IMAM

Diutamakan orang yang baik bacaan Qurannya.


Lelaki kecuali jika semua ahli jemaahnya adalah wanita. Mumaiyiz yang lebih baik bacaannya dari jemaah lelaki dewasa.

SYARAT SAH SOLAT BERJEMAAH

Makmum berniat mengikut Imam. Megetahui gerak-geri perbuatan Imam. Imam dan makmum berkumpul pada suatu tempat. Kedudukan makmum di belakang sedikit daripada imam. Makmum tidak mendahului perbuatan imam. Makmum lelaki tidak boleh berimamkan wanita.

KELEBIHAN SOLAT BERJEMAAH

Mendapat pahala 27 kali ganda Sabda Nabi s.a.w yang bermaksud: "Solat berjemaah melebihi solat bersendirian dengan 27 darjat (atau 27 kali ganda)." (Hadith riwayat al-Bukhari dan Muslim dari Ibnu Umar).

Jaminan keselamatan dari neraka dan bebas dari nifaq. Anas bin Malik menceritakan bahawa beliau mendengar Rasulullah SAW bersabda: Seseorang yang selalu bersembahyang dengan berjemaah selama empat puluh hari tanpa ketinggalan takbir yang pertama mendapat dua jaminan: satu, keselamatan dari neraka dan kedua, bebas dari nifaq.

Mendapat cahaya yang sempurna di hari hisab. Sahal bin Saad menceritakan bahawa beliau mendengar Rasulullah SAW bersabda: Berilah berita gembira kepada mereka yang pergi ke masjid selalu di waktu malam gelap kerana mereka akan mendapat cahaya yang sempurna di Hari Hisab nanti.

Membuktikan keimanan kepada Allah SWT dan hari akhirat. Perkara ini disebutkan di dalam sepotong ayat Al-Quran yang berbunyi: Hanyalah orang yang memakmurkan masjidmasjid Allah yang beriman kepada Allah dan Hari Kemudian. [Al-Taubah ayat 18)

KAEDAH DAN TEKNIK PENGAJARAN

DEMONSTRASI Guru menayangkan gambar kedudukan imam dan makmum Guru membimbing pelajar untuk menjadi model sebagai imam dan makmum Guru menggunakan model kartun solat jemaah

PERBINCANGAN Guru membincangkan tentang tatacara solat berjemaah. Guru membahagikan murid kepada kumpulan-kumpulan kecil untuk mereka berbincang tentang tajuk yang sedang diajar oleh guru.

KAEDAH HAFALAN Guru menerangkan tentang isi pelajaran Guru menggunakan teknik ulangan dalam menyebut lafaz-lafaz solat berjemaah Guru meminta murid untuk menghafal lafazlafaz solat berjemaah.

AZAN DAN IQAMAT

LAFAZ DAN JAWAPAN AZAN LAFAZ DAN JAWAPAN IQAMAT PERKARA SUNAT SEMASA AZAN DAN IQAMAT DOA SELEPAS AZAN DAN IQAMAT KEGUNAAN AZAN DAN IQAMAT SELAIN DARIPADA DI DALAM SOLAT KAEDAH DAN TEKNIK PENGAJARAN

Menurut Mohd. Uzair Taufik(2008), sebelum menunaikan sembahyang lima waktu, kita disunatkan untuk melakukan azan dan iqamat. Tujuannya ialah: AZAN memberitahu orang ramai bahawa waktu sembahyang sudah tiba. IQAMAT memberitahu bahawa sembahyang akan dimulakan.

LAFAZ DAN JAWAPAN AZAN Lafaz Azan


Kita mestilah menjawab azan secara perlahan satu persatu hingga akhir.

Jawapan azan adalah sama dengan lafaz yang dialunkan oleh Muazzin / Bilal, kecuali pada ;

LAFAZ DAN JAWAPAN IQAMAT


Lafaz Iqamat Jawapan iqamah adalah sama seperti menjawab azan, kecuali pada ;

DOA SELEPAS AZAN DAN IQAMAT

PERKARA SUNAT SEMASA AZAN DAN IQAMAT

AZAN
Dilakukan di tempat yang tinggi seperti menara Dinyaringkan suara Dilafazkan secara tartil

IQAMAT
Dilakukan di tempat didirikan solat

Diperlahankan suara Dilafazkan dengan cepat(hadar)

KEGUNAAN AZAN DAN IQAMAT SELAIN DARIPADA DI DALAM SOLAT

Menurut Haji Mohd Aizam(2003), kegunaan azan dan iqamat pada tempat-tempat lain selain daripada solat ialah: Azan untuk orang marah, buruk perangai dan resah gelisah. Untuk orang yang kerasukan Apabila kebakaran dan taghawwul al- ghilan Azan Dan Iqamah untuk kanak-kanak baru lahir Azan Dan Iqamah untuk orang yang hendak bermusafir

KAEDAH DAN TEKNIK PENGAJARAN

HAFALAN Murid diberi penerangan tentang isi pelajaran Murid diminta untuk menyebut lafaz azan dan iqamat secara individu, kumpulan dan secara kelas Murid diminta untuk menghafal lafaz azan dan iqamat

DEMONSTRASI

Guru menentukan topik yang hendak dipelajari, objektif dan kandungan demonstrasi terlebih dahulu. Guru menayangkan video tentang orang yang sedang melaungkan azan dan iqamat Guru membimbing pelajar untuk menjadi model sebagai orang yang melaungkan azan dan iqamat .

LATIH TUBI Guru menerangkan tentang isi pelajaran Guru membawa murid ke surau untuk menjalankan simulasi azan dan iqamat Guru mengadakan latih tubi menyebut lafaz azan dan iqamat

BIBLIOGRAFI Ahmad Mohd Salleh (2011).Kurikulum, Metadologi Dan Pedagogi Pengajian Islam. Selangor: Oxford Fajar Sdn.Bhd.
Muhammad Zaini b. Yahya, Zulhazmi b. Umar@Muhd Salleh & Affandi b. Sani (2004). Pendidikan Islam Tahun 5,Jilid 2. kuala lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka. Mohd Uzair Taufik (2008). Panduan Lengkap Sembahyang Fardhu. Johor: Perniagaan Jahabersa.

Ustaz Sulaiman Endut (2005). Asas-asas Farhu Ain. Kuala Lumpur: Pustaka Haji Abdul Hamid. Haji Mohd Aizam B. Haji Masod (2003). Azan Dan Iqamah. Dilayari pada April 20, 2013 di http://www.scribd.com/doc/16193189/Azan-Dan-Iqamah Susunan Makmum Dalam Solat Berjemaah. Dilayari pada April 20, 2013 di http://ariffalbaqi.blogspot.com/2012/06/susunanmakmum-dalam-solat-berjemaah.html

You might also like