P. 1
Rujukan Informasi Kerjaya Lepasan SPM Edisi 2012

Rujukan Informasi Kerjaya Lepasan SPM Edisi 2012

|Views: 272|Likes:
Published by Syafiqah Redzwan

More info:

Published by: Syafiqah Redzwan on May 13, 2013
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

03/24/2015

pdf

text

original

Sections

1

ISI KANDUNGAN BAB 1 MOTIVASI KEJAYAAN SELEPAS SPM 1.1-Apa Yang Anda Lakukan Selepas SPM? 1.2-Matlamat Anda: Apa Pentingnya? 1.3-Untuk Berjaya Di Menara Gading, Saya Perlu Berubah 1.4-Lima Asas Kecemerlangan Di IPT BAB 2 PELUANG KERJAYA SELEPAS SPM 2.1-Kerjaya Sebagai Jurutera 2.2-Kerjaya Bidang Bioperubatan 2.3-Kerjaya Bidang Bioteknologi 2.4-Kerjaya Sebagai Ahli Farmasi 2.5-Kerjaya Sebagai Ahli Psikologi 2.6-Kerjaya Sebagai Akauntan 2.7-Kerjaya Sebagai Doktor Perubatan 2.8-Kerjaya Sebagai Peguam/Pengamal Undang-Undang 2.9-Kerjaya Sebagai Wartawan 2.10-Kerjaya Sebagai Ahli Geologi 2.11-Kerjaya Sebagai Doktor Veterinar 2.12-Kerjaya Sebagai Jururawat 2.13-Kerjaya Krew Penerbangan 2.14-Kerjaya Sebagai Ahli Optometri 2.15-Kerjaya Dalam Bidang Pelancongan 2.16-Kerjaya Dalam Bidang Pengiklanan 21 24 27 29 32 34 36 38 41 45 46 47 54 65 66 67 3 6 12 16

2

2.17-Kerjaya Sebagi Pengurusan Perniagaan 2.18-Kerjaya Dalam Pengurusan Sumber Manusia 2.19-Kerjaya Sebagai Pensyarah 2.20-Kerjaya Dalam Bidang Penyiaran 2.21-Kerjaya Sebagai Perancang Bandar 2.22-Kerjaya Bidang Perhubungan Awam 2.23-Kerjaya Sains Aktuari 2.24-Kerjaya Dalam Bidang Ketenteraan 2.25-Kerjaya Dalamn Sains Politik 2.26-Hala Tuju Anda Di IPT 2.27-Permohonan Biasiswa BAB 3 SUKSES DI IPT 3.1-Pengurusan Masa 3.2-Teknik Membaca Ala IPT 3.3-Kejayaan Temuduga Selepas Tamat Pengajian 3.4-Panduan Penulisan Resume Anda 3.5-Teknik Persiapan Peperiksaan Di IPT 3.6-Cabaran Mahasiswa Di IPT BAB 4 KEJAYAAN ADALAH HAK ANDA 4.1-Sehari Satu Ilmu 4.2-Berdoalah Selepas Berusaha Penutup Biodata Penulis

68 70 71 72 74 75 77 78 99 100 103

108 111 116 121 126 129

132 133 135 137

3

Bibliografi

138

BAB 1 : MOTIVASI KEJAYAAN SELEPAS SPM

1.1 APA YANG ANDA LAKUKAN SELEPAS SPM? Saya pasti anda yang sedang membaca buku ini mungkin tertanya-tanya apakah tindakan anda seterusnya selepas sahaja menamatkan peperiksaan SPM. Apabila tamatnya sahaja peperiksaan SPM, ramai pelajar akan merasakan dirinya sudah “merdeka” dan lapang dada. Mereka sudah berjaya melepaskan suatu beban tanggungjawab yang amat besar setelah memikulnya selama 5 tahun lamanya bermula semasa di Tingkatan 1. Pelajar juga merasakan bahawa diri mereka bebas dari pelbagai jenis peraturan sekolah yang mungkin menyeksakan mereka. Mengapa saya berkata begini? Kerana saya juga seperti anda dahulu. Mungkin kata-kata ini biasa sekali didengari pada suatu ketika dahulu. “Bestnya dah habis SPM, lega aku semua dah setel, bolehlah bergembira”, “Kawan-kawan, SPM dah abis jom enjoy” dan sebagainya. Namun, anda perlu menyedari bahawa sebenarnya pembelajaran untuk hidup baru sahaja bermula. Pada masa inilah, sifat keremajaan anda itu akan terserlah. Anda mungkin akan terjerumus ke lembah sosial yang tidak memberi manfaat jika anda tidak menanganinya dengan baik. Saya percaya pada masa inilah waktu di zaman remaja anda akan cuba apa sahaja asalkan ianya dapat menyeronokkan diri anda. Pada zon ini jugalah anda baru sahaja melangkah keluar dari pembelajaran terkawal. SPM kini merupakan bahan tinggalan sejarah anda. Apa yang perlu anda pandang sekarang ialah masa depan anda. Adakah ianya masa depan yang cerah atau sebaliknya? Saya percaya bahawa perjalanan anda masih jauh untuk mencapai kerjaya yang anda inginkan. Sebelum ini, banyak kali juga semasa saya bergelar pelajar lepasan SPM 2007 dahulu saya ditanya pelbagai soalan. Soalan yang seringkali ditanya oleh rakan-rakan saya dahulu seperti apakah bidang kerjaya yang ingin dipilih, anggaran keputusan SPM yang akan diperoleh, aktiviti yang ingin dilakukan selepas SPM dan sebagainya.

4

Kebanyakan persoalan tersebut gagal dijawab oleh saya kerana mungkin pada masa itu fikiran kita belum memfokuskan kepada hal-hal berkaitan kerjaya. Berbalik kepada aktiviti yang dapat anda ikuti selepas sahaja bergelar seorang lepasan SPM. Saya gariskan dan antaranya ialah: 1) Bekerja sampingan sementara menunggu peluang kerjaya yang dan bakal ditawarkan. Perkara seperti ini sangat baik kerana melalui bekerja, ianya sebenarnya dapat melatih diri anda untuk lebih berdisiplin dan lebih cekal apabila menghadapi pelbagai rintangan dan dugaan.

Saya maksudkan di sini ialah dalam proses anda mencari wang sampingan, ia secara tidak langsung akan memotivasikan anda betapa sukarnya mencari sesuap nasi dan sedikit rezeki. Melalui hal ini juga ianya sudah tentunya dapat meringankan beban keluarga anda!

Mana tahu, anda sendiri nanti boleh bawa ibu bapa anda membeli barang-barang dapur di Pasar Raya sebagai tanda anda mengingati jasa dan pengorbanan ibu bapa anda yang telah memberikan anda makan minum sejak kecil lagi. Oleh itu, aktiviti seperti ini amat saya syorkan untuk anda khasnya pelajar lepasan SPM di luar sana!

2) Ditawarkan ke Program Latihan Khidmat Negara. Aktiviti ini juga amat bermanfaat untuk disertai oleh anda! Jika nama anda tersenarai ke dalam program, maka cepat-cepatlah mendaftar. Melalui program ini secara automatiknya akan memupuk diri anda semangat ketahanan fizikal dan setiakawan antara rakan-rakan baru di PLKN nanti. Namun jangan risau jika anda ditawarkan untuk menyambung pengajian kerana anda boleh membuat permohonan untuk tidak menyertai atau berhenti dari program PLKN kerana atas dasar menyambung pelajaran anda!

3) Bagi mereka yang beragama islam boleh hadirkan diri ke majlis-majlis ilmu atau pusat pendidikan agama. Kita sedia maklum bahawa di zaman arus globalisasi dan banyaknya budaya kuning meresap masuk dalam jiwa anak-anak muda kita, perkara seperti ini harus diberikan perhatian! Bagi islam, mereka dapat menghayati serta memahami segala ilmu yang diperturunkan di dalam AL-Quran dan Hadis.

5

Pegangan dua perkara ini amat perlu untuk menangkis segala elemen-elemen negatif yang mungkin akan mempengaruhi diri kita. Nasihat saya jangan hanya tahu belajar sahaja tapi mengabaikan aspek pengamalan agama dalam diri anda kerana percayalah bahawa dengan agama sahaja anda dapat membentuk diri anda untuk taat kepada tuhan dan menjalani kehidupan dengan lebih teratur dan efisyen.

4) Membaca buku. Perkara seperti ini amat digalakkan daripada anda membuang masa dengan perkara yang tidak berfaedah. Mungkin anda akan mengatakan “alahai, buku lagi. Baru sahaja habis SPM, nak tengok buku pun dah tak larat dah”. Membaca buku di sini bukan bermakna anda membaca mengenai buku-buku akademik sahaja, malah mungkin buku-buku mengenai agama, kerjaya, cinta, isu semasa dan sebagainya.

Peganglah kepada kata-kata ini “ Bangsa yang berjaya ialah bangsa yang membaca”. Oleh itu, manfaatkan sepenuh masa anda dan ambillah sedikit masa untuk anda menelaah pelbagai jenis buku yang terdapat di perpustakaan dan sebagainya.

5) Meluangkan masa sepenuhnya bersama keluarga. Antara aktiviti yang sangat saya sarankan juga ialah menghabiskan masa anda bersama keluarga sepuas-puasnya. Mengapa saya berkata sedemikian? Pada masa inilah anda dapat mengadakan pelbagai aktiviti bersama keluarga anda sebelum anda menyambung pengajian ke tempat yang lebih jauh dari keluarga. Aktiviti makan bersama-sama keluarga merupakan aktiviti yang paling mudah dan ringkas. Mungkin anda boleh meluangkan masa 2-3 jam sehari makan bersama keluarga anda.

Pada masa itulah, anda dan ahli keluarga berpeluang menceritakan aktiviti seharian di samping berkongsikan suka dan duka. Saya pasti ibu bapa anda mengimpikan anakanak mereka agar menyayangi dan menjaga mereka dengan sepenuh hati sementara anda masih berada di rumah sebelum menyambung pengajian. Ingat! “Kasih sa yang dari sesebuah keluarga yang harmoni, penentu kecemerlangan hidup anda!” Sebenarnya banyak lagi aktiviti yang dapat anda lakukan selepas sahaja tamat peperiksaan SPM. Bergantung kepada anda cara menguruskannya, namun pastikan aktiviti yang dianjurkan tidak akan memberikan kesan negatif kepada anda kelak! Lakukanlah aktiviti-

6

aktiviti yang bermanfaat dan saya yakin anda akan dapat meneruskan rentak kecemerlangan anda sehingga ke akhir hayat! Pelajar yang cemerlang dan bijak menguruskan masa yang terluang akan memberikan banyak manfaat dan kesan positif kepada manusia sekitarnya. Sekiranya hidup kita tidak mempunyai sebarang perubahan dan kemajuan dan kesedaran di dalam diri, yakinlah kita sebenarnya tidak ubah seperti mereka yang dilahirkan tanpa apa-apa makna!

Renungan Motivasi~~ "I am very positive. We are very optimistic", ( Tony Fernandez, Air Asia )

1.2 MATLAMAT ANDA: APA PENTINGNYA?

Anda tahu apakah tujuan anda bersekolah bermula dari Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5? Adakah disebabkan orang lain juga bersekolah atau disuruh oleh ibu bapa anda? Pendek kata, mungkin anda berulang alik ke sekolah setiap hari sehinggalah anda menghadapi SPM tanpa sesuatu sebab atau matlamat yang kukuh kecuali menghadirkan diri di dalam kelas. Anda ke sekolah kerana orang lain juga ke sekolah. Di sinilah saya nasihatkan anda supaya tidak lagi berfikiran demikian selepas menyambung pengajian ke IPT kelak! Anda perlu memanfaatkan sepenuhnya kehadiran kuliah anda di IPT dan membuat persiapan yang lebih tersusun dan efektif.

Sebagai contoh: Bermain bola sepak atau ragbi? Apabila anda ke padang yang terbentang luas untuk bermain, mungkin anda akan terfikir-fikir permainan apakah yang anda ingin mainkan pada petang itu? Sekiranya bola sepak yang ingin dimainkan, maka anda perlukan bola yang berbeza dibandingkan dengan permainan ragbi.

7

Jadi, pelajar perlu tahu apa yang hendak dimainkannya kelak di padang sama ada bola sepak atau ragbi apabila tibanya di padang. Ianya samalah juga seperti anda datang untuk meneruskan pengajian di IPT dengan tujuan satu iaitu untuk terus mencapai kecemerlangan diri. Oleh itu, banyak faedah yang bakal pelajar peroleh jika mempunyai matlamat yang khusus. Pentingnya matlamat yang anda rencanakan untuk:  Lebih memahami secara jelas mengapa anda ke IPT nanti.  Mencapai matlamat utama anda ( sebagai contohnya anda ingin mendapat sekurangnya PNG 3.5 ke atas atau anugerah dekan ) Ini dapat memberi dorongan kuat kepada anda untuk terus berusaha dan belajar sehabis baik.  Menguruskan masa dengan lebih berkesan agar masa yang dirancang tidak dibuang begitu sahaja.  Membuat semak kendiri semula mengenai matlamat yang anda ingin capai.

Jenis Matlamat Yang Perlu Saya Capai!

Matlamat jangka panjang Sudah pastinya matlamat ini merujuk apa yang anda ingin capai selepas dan sesudahnya tamat peperiksaan SPM. Adakah anda ingin meneruskan belajar atau berniaga, atau mungkin anda ingin menjadi juruterbang, ahli farmasi, jururawat, ahli aktuari dan sebagainya. Jika anda telah pilih bidang yang anda ingin ceburi, ia bermakna anda sudahpun menetapkan matlamat jangka panjang anda! Matlamat jangka pendek Pada matlamat ini anda perlu menetapkan ke mana peringkat yang ingin dipelajari. Adakah anda akan ke Tingkatan 6, Matrik, Bidang di Suruhanjaya Perkhidmatan Awam, Asasi, A Level atau sebagainya. Dalam membuat sasaran matlamat jangka pendek ini, anda sebenarnya dapat mengukur nilai prestasi anda dari semasa ke semasa. Yakinlah bahawa matlamat ini seharusnya anda capai dahulu sebelum matlamat jangka panjang.

8

Pada peringkat berikut saya akan sediakan anda satu borang ringkas matlamat yang saya sediakan khas untuk anda tahu akan matlamat dan bagaimana seterusnya dapat menjayakan matlamat tersebut. Tulislah borang matlamat anda ini dengan menggunakan pensel warna dan pastikan ia ditampal di dalam bilik atau almari anda kelak! Sekurang-kurangnya anda tahu apa yang patut anda lakukan secara berterusan! Jika semua perkara tersebut dapat dilaksanakan, saya percaya ia dapat membantu anda kelak dalam mencapai kejayaan seterusnya di peringkat menara gading! Matlamat jangka panjang Selepas tamat pengajian di IPT nanti, saya berminat untuk bekerja sebagai:

Matlamat Pendek: Bidang pilihan yang ingin saya ceburi:

9

Sebab mengapa saya perlu mencapai matlamat saya itu! 1. 2. 3. 4. 5.

Saya yakin saya boleh sukses sebab:

Saya tekad saya akan berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapai matlamat saya. Saya Yakin! “I Can Do It” Nama: Visi Utama: Tandatangan: Tarikh Coretan: Kenali matlamat, jayakan potensi, kejayaan masa depan anda!

10

Bagaimana Saya Nak Menentukan Matlamat?

Dalam anda terus belajar dan berusaha, penetapan matlamat merupakan sesuatu perkara yang sangat penting dan mustahak. Cuba anda bayangkan bagaimana sekiranya seseorang tukang rumah membina rumah tanpa adanya pelan atau tanpa lakaran rumah? Sudah tentu rumah yang dibina tidak akan sempurna. Begitulah juga anda dalam kerjaya, jika anda tidak mempunyai satu matlamat yang khusus, sudah tentu kelak anda akan menghadapi pelbagai masalah dan kesulitan ketika dalam proses untuk mencapai kecemerlangan. Dalam penetapan matlamat, anda tidak seharusnya hanya mampu menulis di dalam buku 555 dan mengharapkan matlamat anda itu tercapai secara tibatiba. Ianya menuntut anda untuk terus beriltizam dan melaksanakan apa jua matlamat anda yang tertulis dan yang ingin dicapai.

Oleh itu, matlamat seharusnya harus dirancang dengan begitu teliti dan mengambil banyak faktor dan kesan. Tidak kiralah apa jua faktor atau kesan yang bakal menetukan matlamat anda tersebut, tetapi yang pasti anda hendaklah mempunyai minat dan kesungguhan yang tinggi dalam merealisasikan impian matlamat anda tersebut! Di bawah ini, saya gariskan kepada anda elemen-elemen yang boleh digunapakai untuk menetapkan matlamat atau tujuan hidup anda! 1) Apakah sebenarnya yang anda mahu?

11

Sila tanya pada hati nurani anda, apa sebenarnya keinginan dan kemahuan yang ingin anda laksanakan untuk beberapa tahun yang akan mendatang? Bagi saya, tiada salahnya jika anda berangan-angan dan bermimpi mengenai apa yang ingin anda capai tetapi yang penting ialah tindakan anda untuk menggapai mimpi atau angan anda tersebut! 2) Kumpulkan sebanyak mungkin informasi dan maklumat Dengan mengumpul sebanyak mungkin informasi. Anda sebenarnya lebih mudah untuk mencapai matlamat yang anda inginkan. “Jika orang lain boleh berjaya, mengapa tidak anda”? Sematkan kata-kata tersebut dalam hati dan jiwa anda! Jika merasakan diri anda sedikit goyah, ingatlah bahawa kata-kata di atas sedikit sebanyak dapat memotivasikan anda! 3) Buat sesuatu Lakukan sesuatu secara terus menerus yang akan membawa anda kepada impian yang diinginkan. Contohnya pada petang ini, saya akan cuba menghabiskan suatu tajuk yang berkaitan subjek fizik iaitu “cahaya”. Tetapkan matlamat anda dan terus lakukan ulangkaji mengenai subjek tersebut sehingga anda betul-betul memahaminya. Selagi matlamat itu tidak terlaksana, selagi itulah anda perlu teruskan usaha anda tersebut!

Saya memetik sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Mukmin (orang beriman) yang memiliki kekuatan lebih dicintai ALLAH daripada mukmin yang lemah”. (Riwayat Muslim) Sememangnya seorang yang betul-betul teguh untuk mencapai matlamatnya dapat memberi lebih kebaikan dan sumbangan kepada diri sendirinya kelak. Percayalah.. 4) Pertingkatkan Kemampuan Anda Jika anda melakukan sesuatu yang ternyata terbukti efisyen dan mendekatkan pada matlamat yang ingin dicapai, maka eloklah anda teruskan berusaha untuk meningkatkan kemampuan dan agar matlamat anda yang digariskan lebih mudah dan cepat tercapai!

12

Yakinlah jika keempat-empat perkara di atas anda lakukannya secara berterusan, saya yakin InsyaAllah anda dapat mencapai matlamat yang anda ingini. Saya gambarkan anda seperti sebatang “pemahat” yang memahat gambaran kehidupan anda sendiri. Jika anda seorang pemahat yang cekap dan baik, anda pastinya mempunyai perancangan yang lebih teliti dahulu untuk mendapatkan hasil yang maksimum. Oleh itu, “pahatlah diri anda sebaik-baiknya”!

Renungan Motivasi~~ Orang yang berjaya adalah orang yang percaya pada keupayaan dan kemampuan diri sendiri. Jika anda ingin berjaya, tanya diri anda dahulu, adakah anda percaya pada diri sendiri? ( Cikgu Loh )

1.3 UNTUK BERJAYA DI MENARA GADING, SAYA PERLU BERUBAH!

Mengapa saya berkata anda perlu berubah? Seperti yang anda mungkin sedia maklum, dunia kampus adalah satu persekitaran yang sangat menyeronokkan dan pada masa yang sama juga merupakan satu cabaran dan dugaan kehidupan yang penuh dengan keseronokan, kebebasan dan kepahitan. Sebenarnya pada ketika inilah kehidupan anda akan lebih teruji dan mencabar bila mana anda berada jauh dari keluarga anda . Ketika anda berada kelak di alam kampus, anda perlu menjadi seorang yang sentiasa kelihatan hebat. Perjalanan anda sebenarnya baru sahaja bermula. Sekiranya anda tersilap memasuki lorong kebinasaan, maka ia akan sama sekali menjauhkan anda daripada tujuan hidup anda sebagai muslim khususnya. Saya selalu memegang kata-kata nukilan bijak pandai ini: “Do Not Ask for An Easy Life, But Ask To Be Strong Person”

13

Sesampainya sahaja anda ke alam dunia kampus, semestinya anda perlu transformasikan diri anda ke tahap yang lebih sukses. Perubahan dan transformasi anda itu sudah semestinya perubahan yang positif dan ingin menjadi lebih baik dari sebelumnya. “Sesungguhnya Allah tidak mengubah keadaan sesuatu kaum sehinggalah mereka mengubah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri”(13:11) Sebenarnya, tidak sesukar manapun untuk anda berubah, janji anda lakukannya dengan cara yang betul. Saya pasti bukan semua dalam kalangan kita betul-betul sempurna tetapi sekurang-kurangnya kita mampu terus berusaha ke arah yang lebih baik! Bukankah begitu? Saya gariskan perkara yang perlu untuk anda “setkan” dalam minda untuk berubah! i. Mulakan dan tekadkan azam untuk merubah diri anda dahulu! Perubahan ini bukan hanya anda perlu berubah dalam cara belajar, malah merangkumi segenap aspek seperti kehidupan, keagaamaan, sosial, kemasyarakatan dan sebagainya.

Buat satu perubahan pertama dalam diri anda supaya anda dapat menjadi lebih yakin dengan diri anda sendiri. Mungkin anda tertanya perubahan apa yang dimaksudkan sebenarnya?

8 perkara paling utama yang perlu diberi perhatian dalam perubahan kita ialah datang dari sikap anda sendiri.  Sikap malas mencari ilmu.  Sikap yang tidak mahu mewujudkan kerjasama antara rakan.  Sikap yang cepat berpuashati. Tidak mahu terus mencuba.  Sikap suka bertangguh.  Sikap yang merasakan diri anda sahaja yang bagus dan terbaik.  Sikap yang tidak boleh menerima kritikan dan pendapat orang lain.  Sikap tidak menghormati orang lain.  Dan yang paling penting ialah sikap anda yang suka melengah-lengahkan solat. Solat dan bertakwa kepada tuhan merupakan “ibu” segala kecemerlangan anda!

14

ii.

Buat perubahan anda sekarang juga! Saya tak nafikan memang agak sukar jika anda terus mahu berubah dalam masa yang singkat. Buatlah perubahan dalam diri anda secara berkala dan langkah demi langkah. Tuhan akan sentiasa berada bersama anda jika berada dalam kesulitan. Selalulah memohon pertolongan darinya apabila merasakan beban yang anda bawa tersangatlah berat.

Dalam perubahan anda untuk menjadi lebih baik itu, ingatlah bahawa anda perlu lakukannya dengan niat yang ikhlas dan semangat bersungguh-sungguh. Jadi, ambillah masa anda yang secukupnya untuk melahirkan suatu perubahan yang memberikan hasil yang baik pada masa akan datang. Dalam menjayakan agenda perubahan anda, anda perlu mengulangi perubahan tersebut sehingga ia sebati dan meresap dalam jiwa anda. Jika perubahan itu hanya dibiarkan begitu sahaja, anda tidak ubah seperti mereka yang masih berada pada takuk yang lama. Jadi nasihat saya, jangan anda sekali-kali sia-siakan perubahan yang telah anda lakukan. “You Can Do It” Ikhlaskan dalam diri anda untuk berubah dan janganlah berubah disebabkan desakan atau memenuhi permintaan orang lain. Perubahan itu hanya datang dalam diri anda secara semulajadi dan andalah sahaja berhak menjayakannya. Sukanya saya menggariskan di sini pesanan Imam Al-Ghazali bagaimana anda dapat berubah dengan lebih baik dan mencapai kejayaan yang cemerlang di kampus iaitu di IPT kelak! Untuk melakukan perubahan dalam hidup, 3 perkara diperkatakan: 1.) Carilah sahabat yang soleh dan solehah di kampus. Perkara ini amat perlu diberi penekanan kepada anda kerana kebanyakan kehidupan anda kelak banyak diperngaruhi oleh rakan sebaya. Nasihat Imam Al-Ghazali di sini ialah pilihlah rakan yang beragama dan mampu bersama-sama membimbing anda untuk menjadi pelajar yang soleh dan cemerlang.

“Berkawan biar seribu, elakkan musuh walaupun seorang”. Anda juga boleh berkawan dan menambah kenalan seramai mungkin dengan rakan-rakan anda yang lain namun keutamaan harus diberikan kepada rakan anda yang dapat memandu anda ke jalan yang lebih diredhai oleh ALLAH. Sudah tentunya sahabat seperti itu, dapat anda berjumpa di surau ataupun masjid. Percayalah bahawa:

15

“Teman yang paling baik adalah apabila kamu melihat wajahnya, kamu teringat akan ALLAH, mendengar kata-katanya menambahkan ilmu agama , melihat gerak gerinya teringat mati.” Saya nasihatkan anda di sini ialah jadikan diri anda seperti lebah yang mencari madu dan jangan menjadi seperti lalat yang hanya tahu mencari najis-najis kotor. 2.) Carilah tarbiyyah islamiyyah/ usrah/halaqah Melalui usrah, anda akan mendapat kawan yang baik dan belajar lebih mendalam mengenai islam dalam suasana yang penuh islamik. Usrah di sini lebih kepada program-program dakwah atau pertemuan mingguan yang dapat memberikan makna pengorbanan dan kasih sayang. Melalui usrah juga anda dapat belajar bagaimana menyeimbangkan tuntutan pelajaran dan kehidupan. Kalau kita melihat kepada sirah nabi, pembentukan usrah yang pertama telah dijalankan oleh Rasulullah SAW di rumah Al-Arqam Bin Abi-Arqam. Pada ketika itulah, Rasullulah mengajar mereka setiap daripada ayat Al-Quran selain dari menekankan kepada pembinaan sifat-sifat mahmudah seperti baik hati, amanah, bertanggungjawab, prihatin dan sebagainya dalam diri setiap sahabatnya. Banyakkanlah program usrah anda sebagai tingkah laku anda untuk terus berjaya dalam setiap perubahan yang ingin dilakukan. Hanya mereka yang berusaha sahaja dapat menuai hasilnya. 3.) Hiduplah dalam suasana yang penuh islamik Aktiviti kerohanian dapat menjamin hati anda sentiasa dapat dibersihkan dan diingatkan kembali kepada dosa yang telah dilakukan. Cabaran pada masa kini dengan budaya hedonisme yang semakin menular, gadis-gadis yang tidak menjaga aurat dan suara mereka, pergaulan antara lelaki dan wanita yang bukan muhrim sedikit sebanyak dapat mengugat keimanan anda.

Hasilkan satu tembok pemisah anda dengan masalah-masalah tersebut dengan libatkan diri dalam program keagamaan. Nescaya saya yakin, tuhan akan sama-sama membantu kita dari godaan syaitan serta memgurniakan kita cahaya penerang hati

16

untuk anda terus fokus kepada pelajaran dan tidak lari dari matlamat anda yang asal yang telah saya tetapkan sebelum ini.

Saya melihat perkara ini sangat serius kerana budaya kuning semakin menjadi ikutan para remaja. Di kala zaman IT ini, generasi andalah perlu bangkit menjadi contoh kepada mereka yang bukan muslim khususnya bahawa anda seorang muslim sejati yang mengamalkan aspek pengamalan islam dalam kehidupan sepenuhnya.

Oleh itu, kejayaan bukan sahaja diukur melalui nilai mata CGPA anda, malah sifat serta akhlak anda itu sendiri yang lebih memainkan peranan. Renungan untuk anda: “Terdapat dalam kalangan kita yang berjaya mendaki puncak gunung, tetapi sebenarnya mereka gagal dalam mengurus kejayaan mereka.”~Cikgu Loh Justeru itu, mulai dari hari ini, kita harus menunding jari pada diri kita dahulu. Adakah diri kita sendiri yang sebenarnya penyebab punca kegagalan. Lihat kelemahan , kesilapan anda yang terdahulu dan berusahalah membaikinya di samping banyakkan berdoa kepadanya.

Renungan Motivasi~~ “Mereka yang terus menerus tidak berusaha dan mengharapkan sesuatu, tidak ubah seperti menunggu kucing yang bertanduk untuk muncul”~ ( Cikgu Loh )

1.4 LIMA ASAS KECEMERLANGAN DI IPT Sebelum ini , dalam penghasilan ebook versi online saya di www.LepasanSPM.com dan portal komuniti kerjaya Malaysia di www.ForumKerjaya.com ramai pelajar yang bertanya. “Cikgu, bagaimana ingin mencapai kecemerlangan di U”?, “Cikgu s aya tak tahu nak belajar bagaimana”?, begitu dan begini serta sebagainya. Saya ingin mencapai kejayaan!

17

Ingin saya katakan dan tegaskan bahawa, kejayaan itu hanya boleh dikecapi sekiranya pelajar itu sendiri yang hendakkan keputusan cemerlang dan bukan orang lain. “Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan”. Ini bermakna dalam diri setiap pelajar, mereka perlu ada pegangan pepatah tersebut untuk meneruskan rentak kejayaan yang berterusan. Anda juga perlu ingat bahawa pembelajaran yang anda lakukan itu bukannya dipaksa atau disuruh oleh orang lain. Semestinya, pekerjaan yang dibuat secara paksa tidak akan membuahkan hasil yang terbaik. Jadi, bagaimana saya ingin berjaya? Saya percaya berdasarkan pengalaman saya sebagai bekas pelajar SPM 5 tahun lepas dan kajian saya mengenai kerjaya lepasan SPM di www.LepasanSPM.com dan

www.ForumKerjaya.com masalah-masalah seperti cara membahagikan masa, strategi dan kaedah pembelajaran yang terbaik serta bagaimana mencapai kecemerlangan di IPT seringkali dan kerapkali ditanya. Di sini saya gariskan 5 Teknik “3S2T” yang ringkas dan mudah untuk mencapai kejayaan dan meneruskan rentak kecemerlangan di IPT nanti.

Sentiasa hadirkan diri di dalam setiap kuliah yang dijalankan di IPT.
Di dalam kuliah, pastikan diri anda mendapat petunjuk dan tunjuk ajar sebanyak mungkin dari pensyarah-pensyarah berkaitan. Pada masa ini juga bentuklah satu kumpulan studi anda yang akan kerapkali berbincang mengenai mata pelajaran sesuatu subjek untuk menambahkan lagi kefahaman.

Namun dalam pembentukan kumpulan studi, jangan pula mengambil kesempatan dengan berbual mengenai perkara yang tidak berkaitan yang dapat menjejaskan matlamat pembelajaran anda pada waktu itu.

Sanggup bekerja keras.
Di sini, saya bukan ingin tekankan berapa bilangan buku yang dapat anda baca dalam sehari tetapi strategi anda semasa belajar. Banyakkan guna

18

kata-kata singkatan seperti RAHMAN ( Untuk mengingati mudah namanama perdana menteri kita). Penggunaan kata-kata singkatan seperti ini dapat memudahkan kefahaman dan daya ingatan kelak.

Gunakan juga warna dan daya imbasan atau khayalan untuk mengingat sesuatu subjek contohnya seperti dalam subjek sejarah, sains, dan sebagainya. Gunakan juga teknik pembacaan seperti SQ3R ( Survey, Question, Read, Recite, Revise).

Mungkin anda boleh ikuti juga cara pembelajaran yang selalu saya amalkan ini. Cara saya belajar kalau berdepan dengan subjek pembacaan, saya akan membaca dalam durasi masa 30-40 minit sambil ditemani dengan buah kismis di sisi. ( Buah kismis, buah terbaik untuk penguat ingatan)

Kemudian saya akan berhenti sejenak dan melihat pemandangan hijau dan meneguk segelas air sambil berehat selama 5-10 minit. Pada masa itulah saya recall balik apa yang saya baca tadi. Kemudian saya menyambung balik belajar. Paling lama saya belajar 3-4 jam. Tidak lebih dari itu sehari.

Percayalah banyak teknik pembelajaran yang dapat anda lakukan bergantung kepada cara anda belajar. Di atas yang saya nyatakan adalah salah satu darinya. Untuk mendapatkan CGPA yang terbaik, bukan senang tetapi ianya tidak mustahil.

Semak kendiri yang perlu dipatuhi.
Anda perlu mempunyai senarai semak untuk menjadikan diri anda lebih terurus dalam pembelajaran. 15 elemen saya gariskan: 1. Perlu jelas masa depan. 2. Ada buat perancangan. 3. Berusaha dengan cekal. 4. Baca buku selalu. 5. Belajar tanpa henti.

19

6. Bertindak dengan cepat. 7. Tidak mudah mengalah. 8. Berani hadapi risiko. 9. Fokus pada kekuatan. 10. Sayangi diri sendiri.

11. Sentiasa perbaiki diri. 12. Gagal itu lumrah. 13. Utamakan yang utama. 14. Perlu jaga kesihatan. 15. Ambil sarapan pagi.

Tetapkan hala tuju positif.
4 elemen tersebut perlu disematkan teguh dalam diri anda: 1.Fikirkan aku boleh. Aku mesti positif! 2.Apa aku inginkan pada masa hadapan? 3.Tetapkan sasaran dalam minda! 4.Matlamat utama perlu dicapai terlebih dahulu.

Tingkatkan kekuatan rohani
Dalam anda berusaha, jangan lupa kepada solat dan doa. Berdoalah untuk kejayaan anda dan orang lain. Kehidupan mereka yang dipenuhi dengan ciri-ciri kerohanian akan lebih mudah untuk berjaya dengan cemerlang!

Teknik” 3S2T”:

S- Sentiasa hadirkan diri dalam setiap kuliah yang dijalankan di IPT. S- Sanggup bekerja keras S- Semak kendiri yang perlu dipatuhi T- Tetapkan hala tuju positif T- Tingkatkan kekuatan rohani

20

Orang yang berjaya dan mencapai kecemerlangan yang gemilang lazimnya mengamalkan sikap persistent dan bekerja kuat. Mereka sanggup berkorban dan tidak mudah mengalah pada sebarang halangan dan dugaan dengan tujuan untuk merealisasikan matlamat.

Mereka juga sanggup meninggalkan keselesaan hari ini untuk menggapai kejayaan esoknya. Jika anda pelajar yang juga bakal mahasiswa sanggup kurangkan masa bermain seperti menonton televisyen dan melibatkan diri dalam kegiatan yang tidak berfaedah, ini sudah menunjukkan anda itu sudah pandai berkorban. Pengorbanan seperti itulah yang akan memberikan impak yang cukup memberansangkan khususnya apabila menerima keputusan peperiksaan akhir universiti kelak! Alah bisa, tegal biasa.

Renungan Motivasi~~ Bakal mahasiswa perlu sedar bahawa mereka tidak boleh mengharapkan yang bulat datang bergolek dan yang pipis datang melayang. Mereka hanya perlu memecahkan ruyung untuk mendapatkan sagunya. ( Cikgu Loh )

21

BAB 2- PELUANG KERJAYA SELEPAS SPM Untuk bab ini, saya akan menerangkan beberapa peluang kerjaya lepasan SPM yang boleh anda ceburi. Mungkin kerjaya yang saya nyatakan di sini adalah salah satu minat anda atau impian anda selama ini. Dengan sedikit penerangan ringkas, ianya dapat membantu anda untuk meneliti peluang-peluang kerjaya yang terbuka luas di negara kita Malaysia. 2.1 KERJAYA SEBAGAI JURUTERA Seperti yang anda ketahui, tugas seorang jurutera meliputi kajian dan pembangunan, pembinaan, penyenggaraan dan pengawalan, pengeluaran, perundingan, pengurusan serta latihan. Secara umumnya, bidang kejuruteraan ialah penggunaan pengetahuan sains dan matematik untuk menyelesaikan masalah-masalah praktikal dan konkrit. Jurutera banyak terbahagi kepada beberapa jenis antaranya ialah jurutera kimia, elektrik, mekanikal, elektronik dan sebagainya. Seorang jurutera perlu menitikberatkan inovasi mengenai komposisi sesuatu produk dan struktur, mengubah idea-idea baru kepada realiti, menyelesaikan masalah-masalah kemahuan dan kehendak manusia, serta memperbaiki kaedah-kaedah sedia ada dan merintis kaedah baru dengan menekankan pengetahuan saintifik, kebolehan dan kepandaian yang kreatif. Tugas jurutera memang banyak skopnya dan tentunya mereka yang meminati bidang ini adalah seorang yang cenderung kepada bekerja secara berkumpulan. Dengan itu, pelbagai pengkhususan di bidang kejuruteraan ditawarkan oleh institusi pengajian tinggi tempatan atau luar negara. Antaranya ialah kejuruteraan awam, elektrik, elektronik dan sistem, kimia, proses, sumber asli, mekanikal, bahan, komputer, kaji terbang, pembuatan, telekomunikasi dan pertanian. Pastinya kerjaya kejuruteraan ini menjanjikan pulangan gaji yang lumayan kerana dengan perkembangan pesat di Negara kita, banyak syarikat mengiklankan jawatan kosong sebagai jurutera di media massa, media sosial dan sebagainya.

22

Apa Kriteria Peribadi Yang Perlu Ada Untuk Menjadi Jurutera?

1. Meminati profesion kejuruteraan ini

2. Mempunyai pengetahuan di bidang sains, matematik dan bahasa

3. Mempunyai kemahiran komputer

4. Tekun dan sanggup bekerja lebih masa

5. Mempunyai keinginan untuk berjaya

6. Seorang yang dinamik dan optimis

7. Dapat bekerja secara berkumpulan

Apakah Syarat menceburi bidang ini? Seperti yang sedia maklum, calon harus memiliki ijazah mana-mana bidang kejuruteraan dari universiti tempatan atau luar negara. Selain itu juga, lulusan kejuruteraan perlu menjadi ahli Institute of Engineers Malaysia sebelum boleh mendaftar dengan Board of Engineers Malaysia. Jurutera memerlukan tiga tahun pengalaman pekerjaan yang diiktiraf di dalam

23

bidang-bidang berkaitan sebelum layak ditemuduga bagi mendapat tauliah jurutera profesional. Di Manakah Tempat Melanjutkan Pengajian? Untuk makluman anda, bagi peringkat ijazah sarjana muda beberapa universiti yang menawarkan kursus ini ialah di Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Universiti Malaya (UM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Sains Malaysia (USM), Universiti Putra Malaysia (UPM), Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS), Universiti Malaysia Sabah (UMS), Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Universiti Teknologi Mara (UiTM) dan Institut Teknologi Tun Hussein Onn (ITTHO) dan Politeknik Kementerian Pendidikan juga ada menawarkan kursus kejuruteraan di peringkat diploma. Apakah Syarat Melanjutkan Pengajian? Untuk membolehkan calon dapat melanjutkan pengajian dengan keadaan zaman sekarang, calon perlu cemerlang peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)/ Vokasional (SPMV) dan mendapat cemerlang mata pelajaran matematik moden, matematik tambahan, fizik, kimia, biologi, bahasa Melayu dan Inggeris. Untuk calon yang menggunakan (STPM) pula, calon perlu cemerlang matematik tulen, matematik gunaan, fizik, kimia, biologi dan pengajian am. Tempoh pengajian adalah di antara empat hingga enam tahun. Lulusan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) boleh memohon masuk ke UKM, UM, UPM, USM, UNIMAS, UMS dan UiTM serta universiti-universiti terkemuka di luar negara. Lulusan program matrikulasi atau asasi sains yang berjaya akan diterima masuk ke peringkat ijazah pertama di universiti-universiti tempatan. Di UTM pula, kursus kejuruteraan yang memakan masa lima tahun pengajian boleh diikuti secara terus selepas SPM. Universiti swasta tempatan seperti Universiti Telekom, Universiti Tenaga Nasional dan Universiti Teknologi Petronas juga menawarkan kursus di peringkat ijazah sarjana muda. Lulusan diploma dari UTM, UPM, UiTM, politeknik Kementerian Pendidikan dan kolej swasta juga boleh memohon. Oleh itu, perkembangan pesat dalam sektor industri di negara ini

24

meningkatkan lagi permintaan terhadap profesion ini serta sektor awam juga memerlukan jurutera dalam pelbagai bidang. Bagi anda yang meminati kejuruteraan boleh mengikuti laluan selepas SPM dengan mengambil matrikulasi, melanjutkan ke tingkatan 6 dan memilih asasi serta trek pantas ke universiti dengan menggunakan peperiksaan percubaan SPM. Insyallah.. 2.2 KERJAYA BIDANG BIOPERUBATAN Dalam bidang sains kesihatan, perkhidmatan kesihatan amat diperlukan. Antara bidang sains kesihatan yang penting ialah sains bioperubatan. Bidang bioperubatan ini melibatkan kerjasama di antara doktor perubatan dan ahli teknologi untuk menilai sesuatu penyakit dan keberkesanan rawatan yang diberi. Walaupun tidak popular seperti bidang perubatan yang lain, tetapi bidang sains bioperubatan dilihat mempunyai potensi untuk berkembang dengan lebih pesat di negara ini. Tugas Bidang Bioperubatan Program bioperubatan di universiti bertujuan menyediakan siswazah yang terlatih serta mahir dalam bidang penyelidikan, pengurusan makmal hospital mahupun industri, pengawalan mutu hasil pengeluaran industri, pemasaran bahan-bahan berkaitan bidang perubatan, pengawalan penyakit dan pengurusan industri makanan dan farmaseutikal serta mempunyai pengetahuan dasar dalam bidang sains perubatan serta berpengetahuan mendalam tentang beberapa cabang sains kesihatan. Kursus-kursus yang ditawarkan semasa pengajian adalah seperti berikut:

25

Selain itu juga , para pelajar juga diwajibkan mengikuti latihan industri yang berasaskan bioperubatan untuk meningkatkan lagi pengetahuan pelajar dalam amali. Peluang Kerjaya Yang Ada Dalam sektor swasta khususnya, bidang ini amatlah memberangsangkan. Sebenarnya, pelajar tidak menghadapi masalah dengan peluang kerjaya berdasarkan bidang yang telah diceburi ini. Kerjaya yang boleh disesuaikan oleh lulusan sains bioperubatan ialah pegawai sains, pegawai penyelidik, sainstis, pengurus makmal, pegawai pemasaran peralatan bioperubatan atau farmaseutik, dan tenaga pengajar. Jadi kepada mereka yang berminat untuk menceburi, saya amat syorkna kerana peluang kerjaya yang lebih terbuka dan pendapatan yang lumayan. Apakah Syarat Menceburi Bidang Ini? Calon perlu memiliki Ijazah Sarjana Muda Sains Bioperubatan dari banyak kursus bioperubatan yang ditawarkan di universiti tempatan atau luar negara. Tempat Menyambung Pengajian Mungkin anda tertanya-tanya tentang ini bukan? Program ini sebenarnya ditawarkan di beberapa buah universiti tempatan swasta di peringkat sarjana muda. Universiti berkenaan ialah di universiti awam seperti Universiti Malaya ( UM ), Universiti Kebangsaan Malaysia

26

(UKM ), Universiti Sains Malaysia ( USM ), Universiti Putra Malaysia ( UPM ), Universiti Islam Antarabangsa Malaysia ( UIAM ). Universiti swasta yang menawarkan kursus ini pula termasuklah Universiti Monash Malaysia, Universiti Perubatan Antarabangsa, Universiti Tunku Abdul Rahman, Kolej Universiti Teknologi dan Pengurusan Malaysia serta Kolej Universiti Help. Universiti-universiti luar negara seperti di United Kingdom, Australia, New Zealand dan Amerika Syarikat turut menawarkan program ini. Namun dasar penghantaran ke luar negara bergantung kepada dasar terkini daripada Kementerian Pengajian Tinggi. Syarat Menyambung Pengajian Antara syarat utama yang perlu ada oleh setiap calon yang memohon adalah calon perlu cemerlang peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia ( SPM ) aliran sains serta cemerlang mata pelajaran Bahasa Melayu dan mata pelajaran sains lain. Dengan kelulusan ini pelajar dapat melanjutkan pengajian ke Program Matrikulasi Kementerian Pelajaran ( satu atau dua tahun PDT atau PST ) atau Program Asasi Sains di UM untuk tempoh satu tahun. Seterusnya, pelajar akan ditawarkan ke program sains bioperubatan selama empat tahun di peringkat sarjana muda berdasarkan peperiksaan matrikulasi/asasi sains. Selain itu juga, untuk terus ke peringkat ijazah sarjana muda di UM, USM, UKM, UPM dan UIAM, calon perlu cemerlang peperiksaan SPM/setaraf dan cemerlang mata pelajaran Bahasa Melayu. Calon juga perlu cemerlang peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia( STPM ) serta mendapat prinsipal B bagi mana-mana tiga mata pelajaran Biologi, Fizik, kimia, dan Matematik, termasuk Pengajian Am. Bagi calon-calon yang memiliki Diploma Sains dari universiti tempatan atau Universiti Teknologi MARA ( UiTM ) juga boleh memohon mengikuti program ini melalui kemasukan Kes Khas. Calon lepasan SPM juga boleh memohon memasuki program asasi Sains Hayat di UIAM dengan syarat mendapat kepujian mata pelajaran Bahasa Melayu, mata pelajaran berasaskan pengajian Islam, Biologi, Kimia, matematik, Bahasa Inggeris dan Fizik. Seterusnya, para pelajar akan ditawarkan ke peringkat Sarjana Muda Sains Bioperubatan. Universiti swasta mengambil para pelajar lepasan STPM atau setaraf seperti A-Level, South Australian Matriculation dan Canadian Pre-University yang mendapat keputusan yang baik dalam mata pelajaran berkaitan.

27

Mereka yang meminati bidang kerjaya ini disyorkan untuk sentiasa mengambil tahu berita semasa mengenai kerjaya ini melalui pihak Kementeria Pengajian Tinggi.

2.3 KERJAYA BIDANG BIOTEKNOLOGI Pada masa kini, bidang bioteknologi merupakan antara kerjaya yang diberi perhatian. Dari semasa ke semasa, kemajuan dalam kejuruteraan genetik telah mencetuskan perkembangan bioteknologi di negara-negara maju serta kefahaman yang kukuh mengenai proses hidup peringkat gen mampu memberi sumbangan yang bererti kepada penyelidikan dan pembangunan bioteknologi di negara ini. Secara amnya, bioteknologi merupakan bidang yang berkaitan dengan kegunaan mikrob, sel haiwan atau tumbuh-tumbuhan atau enzim untuk mensintesis, memecah atau

mentransformasikan bahan. Bidang bioteknologi juga dianggap sebagai julat teknologi serba boleh yang dapat diterapkan dalam pelbagai sektor industri. Bidang bioteknologi mempunyai disiplin yang tersendiri seperti genetik, biokimia, kimia, sains pemakanan, kejuruteraan teknologi makanan, kejuruteraan makanan, kejuruteraan kimia, kejuruteraan biokimia, elektronik dan mikrobiologi. Sehingga sekarang, bidang ini menjadi satu bidang yang penting dalam memacu arus perkembangan teknologi yang semakin moden di dunia. Kriteria Tugas Bidang tugas yang terdapat dalam bidang bioteknologi ini adalah bidang kejuruteraan genetik, enzim, makanan dan minuman, perubatan, pertanian, perhutanan, dan persekitaran manusia. Sebagai contoh dalam bidang kesihatan, bioteknologi digunakan untuk menghasilkan antibiotik, hormon dan vaksin. Penggunaan bioteknologi dalam bidang pertanian termasuklah pengawalan serangan serangga menggunakan mikrob, pembiakan genetik tumbuhan dan pembentukan haiwan untuk meningkatkan tumbesaran adalah semakin meluas. Dalam bidang industri makanan dan minuman atau pengeluaran bahan bakar dan kimia pula, adalah melalui proses teknologi fermentasi. Bioteknologi alam sekitar melibatkan sistem rawatan dan biodegradasi bahan kimia toksik. Mengapa bidang ini saya katakan amat penting? Kerana kita sedia maklum negara kita Malaysia merupakan negara yang kaya

28

dengan sumber asli. Oleh itu, untuk memanfaatkan bidang bioteknologi ini ke tahap maksimum ialah dengan memanfaatkan sumber-sumber asli ini. Aspek Bioteknologi Dalam proses pengajian di universiti, berkaitan . Antaranya: para pelajar akan mempelajari beberapa disiplin

Biokimia

Mikrobiologi

DISIPLIN YANG BERKAITAN

Genetik

Biologi perkembangan

Apakah Peluang Kerjaya Yang Ditawarkan? Peluang kerjaya dalam bidang ini adalah amat baik dan memberansangkan. Hal ini adalah kerana bidang ini sebenaranya telah mendapat perhatian oleh banyak pihak terutamanya kerajaan kita di bawah pimpinan Dato Seri Najib. Pelajar atau lulusan dalam bidang ini boleh berkhidmat sama ada di sektor kerajaan atau swasta terutama bagi mereka yang bergiat cergas dalam penyelidikan dan industri berasaskan bioteknologi. Pelajar boleh berkhidmat dalam bidang kesihatan, perubatan, pertanian, makanan dan minuman, alam sekitar dan persekitaran manusia yang berkaitan bioteknologi. Selain itu juga, lulusan dalam bidang ini boleh menjadi pensyarah di universiti atau institusi pengajian tinggi. Banyak bukan kerjaya yang

29

ditawarkan? Memang mudah untuk mendapat kerjaya ini dengan syarat anda berusaha dan tidak putus asa. Untuk melayakkan mendapat kerjaya ini dan disahkan calon perlu lulus sekurang-kurangnya Ijazah Sarjana Muda Bioteknologi sama ada dari universiti tempatan atau luar negara yang diiktiraf. Tempat Menyambung Pengajian Banyak universiti tempatan menawarkan program ini di peringkat sarjana muda. Antara universiti itu ialah Universiti Malaya ( UM ), Universiti Kebangsaan Malaysia ( UKM ), Universiti Sains Malaysia ( USM ), Universiti Putra Malaysia ( UPM ), Universiti Malaysia Sarawak ( UNIMAS ), Universiti Malaysia Sabah ( UMS ), dan Universiti Sains Islam Malaysia ( USIM ). Terdapat juga universiti luar negara seperti di Amerika Syarikat, United Kingdom, Australia, Kanada, New Zealand, dan Jepun menawarkan bidang ini. Oleh sebab kepentingannya, setiap tahun Jabatan Perkhidmatan Awam ( JPA ) dan Majlis Amanah Rakyat ( MARA ) menghantar pelajar lepasan SPM melanjutkan pengajian ke luar negara. Namun setiap perkembangan baharu adalah tertakluk kepada dasar mereka.

2.4 KERJAYA SEBAGAI AHLI FARMASI Pada akhir-akhir ini, bidang sains kesihatan seperti farmasi dilihat sebagai bidang kerjaya yang sentiasa memerlukan tenaga kerja yang berkelulusan ijazah sarjana muda atau diploma. Dengan itu, pegawai farmasi dan pembantu farmasi amat diperlukan bagi menampung keperluan negara pada masa kini dan masa hadapan. Hal ini demikian kerana negara masih kekurangan ahli-ahli farmasi sama ada di sektor kerajaan atau swasta. Selain itu, jumlah siswazah yang dilahirkan oleh universiti tempatan masih kecil bilangannya.

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melalui Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) telah menganjurkan pelbagai jenis latihan termasuk pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang berminat untuk menceburi bidang ini kelak. Universiti awam dan swasta tempatan juga ada menawarkan kursus farmasi di peringkat diploma kepada lepasan SPM.

30

Skop Tugas

Dalam bidang farmasi, bidang ini memerlukan individu yang peka tentang klasifikasi, pemilihan dan analisis ubat-ubatan, kesan farmakologi di samping memahami campuran dan pengawetan ubat-ubatan. Seorang ahli farmasi merupakan pakar ubat-ubatan dan mereka juga memberi maklumat mengenai ubat-ubatan kepada para pesakit iaitu dengan cara yang betul menggunakan ubat preskripsi dan bukan preskripsi. Selain itu, ahli farmasi juga memantau perubahan pada pesakit jika ada kesan alahan terhadap ubat yang diberikan. Ahli farmasi terlibat dalam pembelian, penyimpanan dan pengendalian stok ubat-ubatan.

Bidang Pembelajaran

Secara amnya, bidang ini memerlukan calon-calon yang berkemampuan, berdedikasi, berdisiplin serta mempunyai minat untuk berkhidmat kepada masyarakat. Ahli farmasi juga dibekalkan dengan kemahiran yang lengkap supaya mampu memenuhi keperluan dan tanggungjawab sebagai ahli farmasi. Hal ini sekaligus akan dapat melahirkan siswazahsiswazah farmasi yang mampu meningkatkan imej profesion farmasi di negara ini.

Kimia farmaseutik

Kimia perubatan

Teknologi farmaseutik

BIDANG PEMBELAJARAN

Farmasi sosial

Fisiologi

Farmasi klinikal

Farmakologi

31

Peluang Kerjaya Yang Ditawarkan

Berdasarkan statistik di atas, siswazah farmasi tidak menghadapi masalah dalam mendapatkan pekerjaan memandangkan keperluan dan kepentingan yang mendesak. Peluang pekerjaan kepada siswazah farmasi ialah sebagai ahli farmasi, pegawai pendaftaran dan penyelidikan perubatan dan penyakit. Selain itu, mereka juga boleh bekerja sebagai pengurus bahagian farmasi, perunding dalam aspek ubat-ubatan di samping bekerja sendiri dengan membuka premis farmasi yang menjual ubat-ubatan.

Bagi lulusan Diploma dan ijazah Farmasi, Kementerian Kesihatan Malaysia melalui SPA ada ditawarkan pekerjaan sebagai pembantu farmasi. Untuk yang berminat membuka perniagaan sendiri, bidang farmasi berpotensi untuk berkembang apatah lagi pelbagai langkah dilakukan oleh kerajaaan untuk mengalakkan rakyat negara ini menceburi bidang perniagaan. Selain itu, pengetahuan tentang ubat-ubatan yang diperoleh semasa pengajian dapat digunakan bagi membantu pelanggan membeli produk yang sesuai dengan keperluan mereka. Kerjaya ini memang menarik kerana di samping tahu mengenai deskripsi setiap ubatan, anda juga dapat menabur bakti khususnya masyarakat di kawasan anda!

Syarat Menceburi Bidang Farmasi

Secara amnya , seseorang itu harus memiliki Ijazah Sarjana Muda Farmasi dari universiti tempatan atau luar negara. Selepas memperoleh ijazah sarjana, mereka juga perlu mendaftar pengiktirafan sebagai pembantu farmasi. Bagi individu yang ingin berkhidmat sebagai pembantu farmasi, kelulusan yang diperlukan ialah Diploma Farmasi.

Tempat Menyambung Pengajian

Bidang ini sebenarnya ditawarkan di beberapa buah universiti yang menawarkan kursus farmasi di peringkat ijazah sarjana muda dan diploma. Antara universiti itu ialah Universiti Sains Malaysia (USM), Universiti Malaya (UM), Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), UniversitiTeknologi MARA ( UiTM) dan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Di peringkat diploma dan ijazah, Kementerian Kesihatan Malaysia melalui Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) juga ada menawarkan kursus kerjaya yang menarik ini.

32

2.5 KERJAYA SEBAGAI AHLI PSIKOLOGI

Ramai yang tidak tahu mengenai bidang psikologi ini. Sebenarnya, bidang psikologi kini semakin penting dan berkembang dalam masyarakat memandangkan bidang ini mempunyai kaitan langsung dengan kelakuan manusia. Pada akhir-akhir ini, pelbagai gejala sosial negatif berlaku di sekeliling kita tentunya memerlukan pakar psikologi dan kaunseling bagi membantu mengatasinya. Psikologi ialah suatu disiplin kajian dan pengurusan saintifik berkaitan dengan tingkah laku manusia serta bidang ini adalah suatu bidang yang luas yang boleh dipecahkan kepada beberapa pengkhususan termasuk psikologi kauseling, klinikal, pendidikan, industri dan organisasi, perkembangan, ergonomik dan psikologi sosial. Bidang Tugas Kerjaya Bidang tugas ahli psikologi dari segi umum membantu individu lain menyelesaikan masalah yang ada kaitan dengan kehidupan mereka. Secara amnya, kaunseling merupakan satu proses di mana kaunselor membantu klien membuat tafsiran terhadap fakta yang berkaitan sama ada dengan membuat pemilihan keputusan, perancangan ataupun pelarasan yang lebih baik perlu dilakukannya. Mereka yang menceburkan diri dalam bidang psikologi klinikal, perlu menilai dan merawat pesakit yang mengalami masalah psikologi. Selain itu, mereka menggunakan pelbagai kaedah berkaitan ilmu psikologi dalam memberi kaunseling dan terapi. Ahli psikologi sentiasa bekerjasama dengan doktor, ahli psikiatri dan kakitangan perubatan dalam menangani masalah yang dihadapi pesakit. Psikologi pendidikan pula menawarkan kaunseling dan bantuan kepada pelajar remaja yang menghadapi masalah dalam pelajaran dan perkembangan tingkah laku.

33

Skop Pembelajaran

Psikologi kesihatan

Prinsip bimbingan dan kaunseling

Kemahiran kaunseling

Psikologi industri dan organisasi

Motivasi dan emosi

Psikologi kognitif

Peluang Kerjaya Yang Ditawarkan Bidang ini memberikan peluang kerjaya yang baik sama ada di sektor awam atau sektor swasta seperti sekolah, institusi pengajian tinggi, hospital, pusat komuniti, agensi kerajaan, badan bukan kerajaan, pusat pemulihan atau menjalankan perkhidmatan perundingan. Selain itu, anda boleh berkhidmat sebagai pensyarah, kaunselor, pakar pemulihan, pembangunan sosial, pembantu sosial, penyelidik, pentadbir, pegawai perjawatan, eksekutif sumber manusia, eksekutif latihan dan perunding. Syarat Menceburi Bidang Kerjaya Untuk menceburi bidang psikologi ini memerlukan seseorang itu memiliki sekurangkurangnya ijazah sarjana muda dari universiti dalam atau luar negara. Tempat Melanjutkan Pengajian Antara universiti awam dan swasta tempatan yang menawarkan bidang psikologi termasuk kaunseling ialah : Universiti Awam Universiti Malaya ( UM ) Universiti Kebangsaan Malaysia ( UKM ) Universiti Islam Antarabangsa Malaysia ( UIAM )

34

Universiti Malaysia Sabah ( UMS ) Universiti Pendidikan Sultan Idris ( UPSI ) Universiti Putra Malaysia ( UPM ) Universiti Utara Malaysia ( UUM ) Universiti Malaysia Sarawak ( UNIMAS ) Universiti Sains Islam Malaysia ( USIM ) Universiti Malaysia Terengganu ( UMT ) Universiti Swasta Universiti Tunku Abdul Rahman Kolej Universiti Antarabangsa Sedaya Kolej Universiti Help

2.6 KERJAYA SEBAGAI AKAUNTAN

Bidang perakaunan merupakan satu bidang yang penting, namun penglibatan khususnya dalam kaum bumiputera masih kurang. Kerjaya yang melibatkan seseorang itu dengan angka dan pengiraan mungkin merupakan faktor utama pelajar kurang berminat menceburi bidang ini. Faktor utama kurangnya penglibatan dalam bidang ini ialah ianya melibatkan pengiraan dengan angka.

35

Bidang Tugas Akauntan

BIDANG TUGAS

Sebagai perunding kewangan

Perkhidmatan pengauditan dan nasihat kewangan

Menyediakan rekod urusniaga kewangan, cukai serta penyata kewangan

Pelbagai program perakaunan telah dibentuk untuk melahirkan pelajar yang mahir dari aspek pengurusan maklumat , membuat keputusan serta perancang aspek-aspek kewangan di samping membentuk sikap professional sebagai akauntan.

Antara kursus atau program yang ditawarkan di pusat-pusat pengajian ialah: Perakaunan kewangan Perakaunan kos Undangundang komisen Pencukaian

Perakaunan untuk pengurusan

Undangundang perniagaan

Prinsip perakaunan perniagaan

Analisis penyata kewangan

Pengauditan

Maklumat perakaunan

36

Peluang Kerjaya Akauntan

Kerjaya seperti akauntan, juruaudit, menjawat jawatan di peringkat pengurusan pertengahan atau guru perakaunan, eksekutif kewangan dan pengurus adalah merupakan ruang kerjaya bagi lulusan yang mengikuti program ini.

Tempat Melanjutkan Pengajian

Pada peringkat sarjana muda, beberapa universiti tempatan yang menawarkan program perakaunan iaitu Universiti Malaya (UM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Putra Malysia (UPM), Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Universiti Utara Malaysia (UUM), Universiti Malaysia Sabah (UMS), Universiti Teknologi MARA (UiTM), Universiti Sains Malaysia (USM) dan Universiti Malaysia Terengganu (UMT).

Mnakala universiti swasta yang menawarkan program ini diperingkat sarjana muda ialah Universiti Multimedia (MMU) dan Universiti Tenaga Nasional (Uniten). IPT yang menawarkan program ini pada peringkat Diploma pula ialah UiTM, Universiti Darul Iman (UDM), dan beberapa institusi pengajian tinggi swasta.

2.7 KERJAYA SEBAGAI DOKTOR PERUBATAN Bidang tugas doktor perubatan meliputi banyak perkara berkaitan rawatan dan kesihatan pesakit. Selain itu, doktor perlu memeriksa pesakit, merawat pesakit, memberi ubat, membedah pesakit di samping memantau penyakit yang dialami pesakit dan memantau selepas pembedahan. Doktor juga perlu bersedia apabila bertugas secara on-call khususnya pada waktu malam.

Hal Ini bermakna seorang doktor tidak boleh tidur dengan lena semata-mata untuk bersiap sedia jika terdapat individu yang memerlukan rawatan kecemasan akibat kemalangan atau diserang penyakit serius seperti lemah jantung atau angin ahmar. Kepuasan dan ganjaran sangat tidak ternilai sama ada dari segi wang ringgit mahupun pengorbanan yang dicurahkan oleh seorang doktor demi menyelamatkan nyawa atau membantu menyembuhkan penyakit orang lain.

37

Bentuk Pembelajaran Kursus perubatan yang dilaksanakan di universiti-universiti tempatan mengambil masa selama 5- 6 tahun. Terdapat beberapa bidang pembelajaran seperti :

Pelajar diajar tentang ilmu perubatan, pembedahan, obstetrik dan ginekologi, pediatrik, ortopedik, telinga, hidung dan tekak.

Peluang Kerjaya Yang Ditawarkan

Bidang profesional ini merupakan bidang yang paliing tinggi permintaannya memandangkan doktor merupakan kerjaya yang paling utama dan penting dalam perkhidmatan kesihatan. Peluang-peluang pekerjaan juga terdapat dalam bidang-bidang seperti penyelidikan perubatan, industri kesihatan, pentadbiran perubatan dan pensyarah universiti. Selain itu, lulusan perubatan juga boleh membuka klinik persendirian atau sebagai perunding perubatan yang pastinya memberi pulangan yang cukup lumayan.

Syarat Menceburi Kerjaya Ini

Pelajar harus memiliki sekurang-kurangnya Ijazah Doktor Perubatan daripada universiti yang diiktiraf kerajaan. Siswazah kedoktoran yang akan berkhidmat sama ada di sektor awam atau swasta adalah tertakluk kepada Medical Act. 1971

Untuk bakal-bakal doktor, anda perlu memohon kepada Majlis Perubatan Malaysia untuk Provisional Registeration dan seterusnya menjalani latihan amali selama setahun atau lebih di

38

hospital yang diluluskan. Tamat latihan amali barulah siswazah layak untuk memohon Full Registration dengan Majlis Perubatan Malaysia sebagai pegawai perubatan dan dikehendaki berkhidmat dengan kerajaan di bawah Perkhidmatan Wajib (Compulsory Service). Pelajar membiayai pengajian sendiri tidak tertakluk di bawah Perkhidmatan Wajib.

Tempat Melanjutkan Pengajian

Terdapat beberapa universiti tempatan yang menawarkan program doktor perubatan di peringkat Ijazah pertama. Antara universiti tersebut ialah Universiti Malaya (UM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Sains Malaysia (USM), Universiti Putra Malaysia (UPM), Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS), Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Universiti Malaysia Sabah (UMS), Universiti Teknologi MARA (UiTM), dan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM).

Terdapat beberapa kolej dan universiti swasta termasuk Universiti Perubatan Antarabangsa yang menawarkan kursus ini. Selain itu juga, kursus ini boleh diikuti di Universiti-universiti luar negara seperti di United Kingdom, Kanada, Amerika Syarikat, New Zealand, Australia, Indonesia, Rusia, Mesir dan Jordan.

2.8 KERJAYA SEBAGAI PEGUAM/PENGAWAL UNDANG-UNDANG Sebenarnya, negara ini masih kekurangan individu yang menceburi bidang guaman. Dengan ini, mereka yang berkelayakan mempunyai peluang yang besar dan pasaran yang tinggi. Beberapa syarat perlu dipenuhi iaitu kelayakan akademik dalam bidang undang-undang, kemahiran dalam penguasaan bahasa Melayu dan bahasa Inggeris dengan baik, di samping mempunyai kebolehan untuk menilai, meneliti, menterjemah, berpandangan jauh dan mempunyai tabiat suka membaca. Terdapat banyak faktor yang perlu sama dipertimbangkan. Antaranya ialah persediaan diri secara mental, disiplin dan kematangan berfikir selaras dengan falsafah undang-undang dalam menegakkan keadilan dan kebenaran.

39

Skop Tugas Secara umumnya, tugas seorang peguam ialah menasihati dan menjadi pakar rujuk yang bijak dan berpengetahuan secara teori dan praktikal mengikut kesuaian kes dan keadaan, menjadi peguam bela dan peguam cara yang berpengalaman, cekap dan mahir dalam hal-hal pendakwaan dan pembelaan hak di sisi undang-undang, di samping memperbaiki dan meningkatkan taraf profesionnya, mahkamah serta undang-undang itu sendiri. Untuk mereka yang berpengalaman dan berkaliber, mereka mungkin akan dilantik sebagai hakim mahkamah rendah dan tinggi. Para pelajar boleh menjadi penasihat undang-undang kepada kerajaan negeri dan persekutuan. Selain itu, mereka juga bertanggungjawab merangka undang-undang secara tepat dan teperinci. Undang-undang dan akta-akta polis, askar, jabatan buruh, kastam, Jabatan Hasil Dalam Negeri dan jawatan lain di agensi-agensi kerajaan adalah dalam bidang skop tanggungjawab dan tugas mereka. Peluang kerjaya Yang Ditawarkan Pada masa kini, mereka yang berkelulusan dalam bidang undang-undang boleh berkhidmat di sektor kerajaan atau swasta seperti di institusi kewangan, petroleum, industri, telekomunikasi, hartanah, perakaunan dan insurans sebagai penasihat undang-undang. Contohnya, bagi mereka yang memiliki pengalaman, boleh membuka firma guaman secara persendirian atau perkongsian. Bentuk Pembelajaran Para pelajar dalam jurusan undang-undang akan didedahkan dengan kursus-kursus perundangan termasuklah : 1) Teknologi maklumat dan undang-undang 2) Undang-undang perlembagaan dan pentadbiran 3) Undang-undang kontrak 4) Undang-undang jenayah 5) Undang-undang Islam 6) Undang-undang Tort

40

7) Undang-undang kekeluargaan 8) Undang-undang tanah 9) Undang-undang syarikat 10) Undang-undang muamalat 11) Undang-undang ekuiti dan amanah 12) Amalan profesional dan etika perundangan Prasyarat Menceburi Bidang Ini Pelajar harus memiliki sekurang-kurangnya Ijazah Sarjana Muda Undang-undang (L.L.B) serta perlu mengikuti sekurang-kurangnya sembilan bulan chambering sebelum

diterima/melayakkan diri sebagai peguam. Chambering Secara keseluruhannya, untuk melayakkan diri dalam bidang undang-undang sebagai peguam, dan sebelum diterima menjadi peguam (called to the bar) lulusan itu mestilah membuat chambering iaitu kursus dan latihan kelayakan selama sembilan bulan dengan mana-mana firma guaman yang dikendalikan oleh peguam yang telah diiktiraf sebagai peguam sekurankurangnya tujuh tahun. Mereka akan menjalani latihan untuk mempelajari pelbagai ilmu serta aspek yang berkaitan dengan amalan guaman khususnya perkara-perkara praktikal yang tidak diajar di universiti. Tempat Melanjutkan Pengajian Antara universiti tempatan yang menawarkan kursus ini ialah Universiti Malaya (UM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Universiti Teknologi MARA (UiTM), Universiti Utara Malaysia (UUM), dan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM). Prasyarat Melanjutkan Pengajian Terdapat beberapa cara untuk mendapatkan ijazah Sarjana Muda Undang-undang iaitu: 1. Asasi Undang-undang UiTM

41

Para pelajar perlu lulus cemerlang peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau setaraf untuk mengikuti kursus asasi undang-undang dan kemudian mengikuti kursus sarjana muda undang-undang. 2. Matrikulasi Lepasan SPM/SPMV boleh mengikuti kursus matrikulasi selama satu tahun. Selepas itu, mereka boleh meneruskan pengajian undang-undang di peringkat ijazah pertama di universiti awam tempatan seperti UM, UKM, UIAM, UiTM, UUM dan USIM. Kursus ijazah ini mengambil masa empat tahun. 3. Program tajaan JPA dan MARA Pelajar lepasan SPM/SPMV boleh mengikuti program tajaan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan Majlis Amanah Rakyat (MARA) di luar negara. Syarat yang diperlukan adalah lulus tidak kurang lima cemerlang dalam mata pelajaran Bahasa Inggeris, Sejarah, Matematik serta subjek sains dan teknikal. 4. STPM Para pelajar juga boleh menggunakan keputusan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) untuk mengikuti program undang-undang. Pelajar perlu lulus sekurangkurangnya tiga prinsipal B untuk meneruskan cita-cita dalam bidang undang-undang peringkat ijazah sarjana muda di UM, UKM, UIAM, UUM, UiTM dan USIM. 5. Diploma Bagi mereka yang memiliki Diploma Pentadbiran Awam, Undang-undang atau Perakaunan dari UiTM, mereka boleh memasuki universiti awam seperti UM dan UiTM untuk mengikuti Ijazah Pertama Undang-undang.

2.9 KERJAYA SEBAGAI WARTAWAN Setiap masa kita akan membaca berita-berita dan rencana-rencana dalam surat khabar atau majalah. Selain itu, kita juga mendengar berita radio atau menonton siaran berita di televisyen. Banyak berita dan peristiwa disiarkan dan dilaporkan kepada kita melalui media massa.

42

Namun, siapakah yang melakukan tugas seperti ini? Jawapannya, ia dilakukan oleh wartawan ( wartawan penyiaran untuk media elektronik ) yang membuat liputan tentang peristiwa, kejadian, aktiviti dan sebarang kegiatan yang dijadikan bahan berita dan cerita untuk dilaporkan kepada pembaca, pendengar dan penonton. Secara umumnya, wartawan adalah penghubung dan pelapor yang meneroka, mencari, mengumpul serta menyebarkan maklumat dan peristiwa kepada masyarakat seperti tokoh pemimpin, ahli politik, ahli perniagaan dan tokoh terkenal. Walau terdapat individu yang berkelulusan dalam bidang kewartawanan dari universiti atau institusi pengajian tinggi ( IPT ) berpeluang untuk menceburi bidang ini, tetapi sejak akhirakhir ini banyak syarikat media cetak dan elektronik cenderung memilih calon-calon yang mempunyai pengkhususan dalam bidang tertentu. Hal ini demikian kerana mereka mempunyai pengetahuan mendalam serta lebih memahami bidang mereka berbanding yang lain. Sebagai contoh, seorang calon yang berkelulusan dalam bidang sains komputer mampu menghasilkan berita atau rencana tentang komputer dengan baik berbanding dengan mereka yang tiada kelayakan dalam bidang itu. Adalah sama sekiranya individu itu berkelulusan undang-undang, sudah tentu dia mampu membuat liputan kes-kes perbicaraan di mahkamah atau isu-isu semasa berkaitan undang-undang. Mereka lebih memahami apa yang mereka lakukan dan mudah menjelaskannya melalui penulisan mereka. Skop Tugas Individu yang ingin menjadi wartawan perlu mempunyai kemahiran menulis, mampu menguasai Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris dengan baik di samping berbakat dan juga kreatif dalam menghasilkan idea dalam bentuk berita atau rencana. Jika ciri-ciri ini tiada dalam diri seseorang individu, agak sukar bagi seseorang itu bertugas sebagai wartawan kerana kerjaya ini memerlukan seseorang itu menulis dan mengarang berita atau rencana dengan baik dan difahami. Selain itu, mereka juga perlu menemu ramah sesiapa sahaja yang diperlukan sama ada dalam Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris. Setiap hari mereka akan diberi tugasan oleh ketua pemberita atau editor untuk membuat liputan peristiwa atau menemu ramah individu-individu tertentu. Setelah selesai, mereka akan kembali ke bilik berita untuk mengarang tugasan itu. Berita atau rencana tersebut akan disunting oleh editor sebelum dicetak atau disiarkan di media massa. Individu yang aktif dan

43

kreatif, mereka akan mencari bahan sendiri tanpa diminta oleh editor bagi menghasilkan berita atau rencana mengikut minat masing-masing. Kerjaya ini membuka peluang kepada anda khususnya pelajar untuk bertemu dan menemu bual orang-orang kenamaan seperti Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri, menterimenteri, tokoh-tokoh korporat, politik atau akademik dalam dan luar negara. Peluang Kerjaya Yang Ditawarkan Sejak akhir-akhir ini, perkembangan pesat industri media cetak dan elektronik akibat perkembangan ekonomi negara telah membuka peluang yang banyak kepada kerjaya kewartawanan khusunya di sektor swasta. Perkara yang paling besar ialah kita nampak melalui medai prima seperti TV3, NTV7, TV9 dan sebagainya. Sementara itu, banyak syarikat media cetak dan elektronik beroperasi kini sudah tentu memerlukan tenaga kerja dalam bidang kewartawanan. Agensi-agensi kerajaan dan syarikat-syarikat swasta juga memerlukan pegawai atau kakitangan yang mampu menulis dan mengarang tentang pencapaian agensi dan syarikat masing-masing dengan tujuan menghebahkan kepada umum. Individu yang memiliki Sijil Pelajaran Malaysia ( SPM ) atau lain-lain kelulusan yang bukan dalam bidang kewartawanan tetapi ditawarkan kerjaya ini, mereka dikehendaki mengikuti latihan kewartawanan untuk tempoh dua bulan atau lebih di syarikat mereka bekerja. Skop Pembelajaran Para pelajar akan didedahkan dengan kursus-kursus komunikasi dan kewartawanan termasuk:  Pengantar komunikasi  Prinsip-prinisp kewartawanan  Laporan dan penulisan berita,  Pemberitaan dan penyuntingan,  Pengucapan awam,  Grafik dan reka letak,  Penulisan rencana,  Terjemahan,  Komunikasi foto,  Undang-undang,

44

 Etika komunikasi dan media pengurusan akhbar  Isu-isu semasa Malaysia Bagi mereka yang tidak mempunyai asas kewartawanan, mereka akan dilatih oleh syarikatsyarikat media cetak atau elektronik dalam bidang itu sebelum dilantik sebagai wartawan. Prasyarat Bidang Ini Seseorang individu harus memiliki sekurang-kurangnya SPM mendapat cemerlang Bahasa Melayu dan Inggeris. Lulusan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia ( STPM ) juga boleh memohon dengan syarat mendapat gred yang baik termasuk dalam mata pelajaran Pengajian Am. Untuk pelajar yang memiliki diploma atau ijazah dalam bidang kewartawanan atau komunikasi mereka lebih berpeluang untuk menceburi bidang ini. Selain itu, calon-calon yang memiliki diploma atau ijazah dalam bidang lain juga boleh memohon kerjaya ini. Tempat Melanjutkan Pengajian Universiti/institusi pengajian tinggi awam dan swasta tempatan menawarkan pengkhususan dalam bidang kewartawanan iaitu Universiti Malaya ( UM ), Universiti Kebangsaan Malaysia ( UKM ), Universiti Sains Malaysia ( USM ) dan Universiti Teknologi MARA ( UiTM ) di peringkat sarjana muda. Sementara Universiti Islam Antarabangsa Malaysia ( UIAM ), Universiti Malaysia Sarawak ( UNIMAS ), Universiti Putra Malaysia ( UPM), Universiti Utara Malaysia ( UUM ), Universiti Malaysia Sabah ( UMS ) dan Universiti Sains Islam Malaysia ( USIM ) pula menawarkan kursus komunikasi yang juga menjadi asas kepada bidang kewartawanan. Sementara universiti swasta yang menawarkan program ini ialah Universiti Tunku Abdul Rahman ( UTAR ). Program ini mengambil masa tiga - empat tahun. Syarat Melanjutkan Pengajian Untuk melanjutkan pengajian, pelajar perlu lulus dengan baik peperiksaan SPM/SPMV serta cemerlang dalam subjek Bahasa Melayu, Inggeris dan Matematik. Pelajar juga perlu mendapat prinsipal yang baik di peringkat STPM. Hal ini kerana pengambilan oleh kebanyakan universiti/institusi pengajian tinggi memerlukan kelulusan STPM untuk melanjutkan pengajian terus ke peringkat ijazah sarjana muda. Kementerian Pelajaran Malaysia juga mengambil pelajar lepasan SPM/SPMV untuk mengikuti program Matrikulasi Sains Kemanusiaan di UIAM sebelum ditawarkan ke peringkat sarjana muda pengkhususan bidang komunikasi. Selain itu, program matrikulasi ini

45

memerlukan calon yang lulus SPM dengan cemerlang Bahasa Melayu, Inggeris dan Matematik. Pengajian di UIAM menggunakan bahasa Inggeris atau bahasa Arab sebagai bahasa pengantar. Menarik bukan? Bagi mereka yang ingin kerjaya yang lebih santai dan banyak melibatkan diri dalam masyarakat luar, boleh memilih kerjaya ini sebagai pemilihan anda!

2.10 KERJAYA SEBAGAI AHLI GEOLOGI

Bidang geologi ini adalah satu kerjaya yang dipertanggungjawabkan menyiasat, mengkaji dan menilai struktur bahan, kekuatan tanah, keadaan di bawah permukaan serta persekitaran yang terdapat di sesuatu kawasan tersebut bagi mencari jawapan kepada punca bencana tersebut. Selain itu, bidang geologi adalah cabang daripada sains bumi yang mengkaji kejadian, perkembangan dan kandungan bumi serta evolusi kehidupan di muka bumi ini. Bidang geologi turut merangkumi kajian mengenai cakerawala lain seperti planet dan satelit. Bidang geologi juga mempunyai cabang khas seperti paleontologi iaitu kajian kesan-kesan hidupan kuno. Bidang geokimia pula ialah tentang kajian mengenai kandungan kimia mineral, batuan dan bijih, manakala geo-fizik ialah kajian struktur dan keadaan di bawah permukaan iaitu cabang yang menyiasat permukaan bumi dengan menggunakan pninsip fizik dengan bantuan alat-alat tertentu. Terdapat juga bidang khusus yang relatif baru seperti bidang geologi kejuruteraan iaitu bidang yang menggunakan pengetahuan geologi bagi membantu kerja-kerja geoteknik dan kejuruteraan awam. Pada masa kini, perkembangan pesat pembangunan negara yang sedang menuju negara maju perlu diiringi dengan pertambahan guna tenaga pakar di bidang geologi yang mampu membantu mengesan keadaan rupa bumi dan selok-belok bentuk muka bumi tempat dibangunkan dan dimajukan bagi mengelakkan bencana yang tidak diingini. Terdapat beberapa universiti tempatan yang menawarkan pengajian di peringkat sarjana muda. Di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) misalnya, menawarkan empat bidang iaitu geologi kejuruteraan, geologi perlombongan, geologi petroleum dan geologi carigali tulen. Lulusan bidang ini boleh berkhidmat dengan jabatan-jabatan kerajaan atau bekerja di sektor swasta dengan pendapatan yang lumayan. Dalam sektor swasta mereka boleh berkhidmat sebagai ahli geologi di sektor petroleum seperti Petronas dan syarikat-syarikat carigali petroleum serta syarikat-syarikat penyokong carigali yang lain.

46

Dalam sektor kejuruteraan awam dan geoteknik pula, ahli geologi terlibat dalam projek seperti lebuh raya, empangan, bangunan tinggi dan lapangan terbang. Selain itu, ada yang terlibat dalam sektor perlombongan dan pengkuarian di samping bekerja sendiri dengan membuka syarikat perunding. Di sektor awam, ahli geologi boleh berkhidmat dengan Jabatan Kaji bumi dan sebagai pensyarah di institusi pengajian tinggi.

Dan segi pendapatan, sektor awam menawarkan gaji permulaan dan imbuhan seperti yang diluluskan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam. Pastinya pulangan gaji yang diberi kelak adalah sangat lumayan dan memuaskan. Tempat Melanjutkan Pengajian Terdapat beberapa universiti tempatan menawarkan kursus geologi di peringkat sarjana muda iaitu Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Malaya (UM) dan yang terbaru di Universiti Malaysia Sabah (UMS). Kursus ini mengambil masa selama empat tahun.

2.11 KERJAYA SEBAGAI DOKTOR VETERINAR

Kursus doktor perubatan veterinar adalah berkaitan dengan haiwan. Kajiannya berkaitan haiwan normal dan tidak normal, pembedahan haiwan, sistem-sistem organ haiwan, penyakitpenyakit haiwan dan sebagainya. Mereka yang mengikuti kursus ini, apabila menamatkan pengajian kelak akan berkhidmat di bidang perubatan dan sains kesihatan haiwan Doktor veterinar akan melakukan aktiviti perubatan seperti memeriksa haiwan, mendiagnosis penyakit, merawat kecederaan, menentukan jenis ubat untuk haiwan, Memberi ubat pelali dan menjalankan pembedahan haiwan. Oleh kerana masih terdapat aktiviti ternakan dan pemeliharaan haiwan, permintaan pasaran di bidang ini masih diperlukan. Bidang ini merupakan satu bidang profesional yang melibatkan produksi ternakan dan perubatan haiwan. Doktor veterinar turut bertindak sebagai penasihat dalam memberi rawatan dan program perubatan pencegahan untuk haiwan peliharaan, hàiwan temakan termasuk lembu susu dan daging, kambing, kambing biri-biri, ayam dan itik. Selain itu, melibatkan juga haiwan seperti burung, haiwan liar dan haiwan yang di gunakan penyelidikan perubatan manusia. Fakulti Kedoktoran Veterinar dan Sains Perternakan, Universiti Putra Malaysia (UPM) yang

47

merupakan satu-satunya universiti tempatan yang menawarkan kursus ini menyediakan kurikulum yang digubal dan disesuaikan dan semasa ke semasa mengikut keperluan negara. Fakulti ini mempunyai kemudahan yang lengkap dan mencukupi untuk mengendalikan semua kursus yang ditawarkan termasuk mengadakan latihan amali ladang dan makmal luas milik universiti. Selain itu, bidang veterinar di negara ini mempunyai prospek selaras perkembangan industri dalam bidang berkaitan membabitkan sektor awam dan swasta. Lulusan bidang ini boleh mendapatkan pekerjaan di ladang ternakan, di industri ternakan dan pengeluaran makanan, klinik-klinik haiwan, Kementerian Pertanian, Zoo, makmal-makmal haiwan, universiti pensyarah, membuka klinik haiwan sendiri dan banyak lagi di sektor komersial yang melibatkan haiwan. Prasyarat Menceburi Bidang Ini Calon perlu mempunyai kelulusan sekurang-kurangnya Ijazah Doktor Perubatan Veterinar dan UPM atau universiti-universiti luar negara yang diiktiraf kerajaan. Tempat Melanjutkan Pengajian Satu-satunya universiti tempatan yang menawarkan kursus ini ialah UPM. Pelajar yang berjaya akan dianugerahkan ijazah doktor perubatan veteninar.

2.12 KERJAYA SEBAGAI JURURAWAT Dalam bidang penjagaan kesihatan, jururawat adalah seseorang yang bertugas sebagai penjaga profesional. Jururawat bertanggungjawab bagi keselamatan dan menyembuhkan mereka yang sakit teruk, penjagaan kesihatan bagi mereka yang sakit, dan menangani kecemasan dalam semua. Kerjaya jururawat seperti sedia maklum merupakan satu kerjaya yang sangat mulia.

48

Kerjaya ini mengkehendaki sesoeorang untuk sentiasa tenang dan sabar dalam menghadapi pelbagai jenis karenah pesakit. Bidang kejururawatan ini merupakan satu bidang yang tetap mencabar kerana kerjaya ini menuntut kesabaran yang tinggi terutama ketika melayan pesakit. Mengapa bidang ini banyak dimonopoli oleh kaum wanita?

Hal ini adalah sebab kerana kerjaya ini memerlukan mereka lebih sabar dan tekun dalam menjalankan kerja yang amat memerlukan kesabaran dan ketabahan yang tinggi. Oleh itu, sesiapa yang berminat dengan kerjaya ini kalau boleh terlebih dahulu membaca mengenai seorang tokoh jururawat yang popular iaitu Florance Nightingale.

Beliau digelar dan diingati sebagai “Wanita dengan lampu” lantaran usahanya menyediakan bantuan rawatan kepada yang menderita sakit berdekad lamanya. Selain itu, kerjaya ini juga menuntut seseorang untuk sentiasa bertenang dan tidak mudah panik dalam menghadapi apa jua kemungkinan yang akan berlaku. Kerjaya seperti ini amat penting kerana merekalah yang bertindak sebagai penolong kepada doktor dalam melaksanakan tugas merawat dan menjalankan prosedur-prosedur klinikal. Namun pada zaman moden, kerjaya ini bukan sahaja diisi oleh kaum wanita malah ada juga golongan lelaki yang menceburi bidang kejururawatan ini. Hal ini amat penting kerana golongan lelaki juga amat diperlukan dalam membantu tugasan di hospital dan juga pesakit.

Walaupun ada sesetengah pelajar yang menyifatkan kerjaya ini tidak begitu popular berbanding kerjaya lain, tetapi ia mampu memberi jaminan dan masa depan yang cerah kepada pelajar yang mengikuti kursus kejururawatan ini. Untuk makluman, kerjaya ini mempunyai prospek yang sangat tinggi. Hal ini demikian kerana, nilai pasarannya tinggi terutamanya di timur tengah yang bersedia menawarkan tempat untuk berkhidmat di sana.

Malah, jururawat juga mempunyai peluang untuk melanjutkan pengajian ke peringkat ijazah sehingga ke doktor falasafah. Ini mesti menjadi satu berita baik bukan? Malah, bilangan jururawat negara ini yang berkhidmat di luar negara adalah tinggi. Selain itu, jika seseorang pelajar sudah menetapkan matlamat untuk mengikuti kursus kejururawatan, mereka sekurangkurangnya boleh membuat persediaan mengumpul pengetahuan serta maklumat berkaitan bidang perubatan yang boleh menjadi kelebihan kepada calon untuk melayakkan diri mengikuti kursus kejururawatan.

49

Seseorang jururawat juga digalakkan menguasai bahasa inggeris yang baik kerana selain untuk membolehkan mereka melanjutkan pelajaran ke peringkat tinggi atau merebut peluang bekerja di luar negara, jururawat juga berkemungkinan perlu melayan pesakit yang bahasa ibundanya Bahasa Inggeris. Malah, kemahiran berbahasa inggeris membolehkan jururawat segera memahami arahan dan berurusan dengan doktor pakar yang datang dari luar negara.

Maklumat Dan Cara Memohon Jururawat Melalui SPA

Untuk makluman anda, terdapat pelbagai cara untuk anda memohon Kursus kejururawatan. Antaranya ialah melalui saluran IPTA, SPA (Suruhanjaya Perkhidmatan Awam), dan kolej kolej swasta. Dalam bab ini, saya hanya akan bantu bagaimana cara untuk anda memohon kerjaya jururawat melalui SPA dan kolej-kolej swasta. Anda hendaklah pergi ke pautan berikut untuk memohon kursus kejururawatan:

50

Berikut adalah paparan seperti di pautan http://imej.spa.gov.my/borangspa/borang5.php

Anda hendaklah menekan BORANG PENDAFTARAN (SPA8i) untuk membuat permohonan. Paparan berikut pula akan muncul:

Lihat seperti yang ditunjukkan oleh anak panah. Anda boleh memilih jawatan kerjaya sebagai jururawat melalui laman web SPA ini. Seterusnya anda perlu mengisi semua maklumat yang dikehendaki sehingga pengisian borang anda siap dan berjaya. Jika anda berjaya mendapat permohonan untuk latihan jururawat, latihan Jururawat Pergigian anda akan diberi biasiswa

51

sebanyak RM621.21 sebulan. Manakala Jururawat masyarakat pula akan mendapat RM 517.15 sebulan.

Jika anda masih mempunyai masalah dan pertanyaan berhubung perkara ini, anda boleh menghubungi saya di talian peribadi 013-3262125 atau emel ke lepasanspm.com@gmail.com. Berikut pula ialah senarai institusi yang akan ditempatkan kepada anda sekiranya berjaya dalam permohonan untuk menjadi jururawat melalui saluran SPA ini. Senarai Institusi Kemahiran Kementeria Kesihatan Malaysia

1) KEDAH - Kolej kejururawatan Sungai Petani, Kolej kejururawatan Alor Star, Kolej Pembantu Perubatan Alor Star, Kolej Jururawat Masyarakat Kulim. 2) PULAU PINANG - Kolej Kejururawatan Bukit Mertajam dan Pulau Pinang. 3) PERAK- Kolej Kejururawatan Ipoh dan Taiping serta Kolej Pembantu Perubatan Ulu Kinta. 4) SELANGOR - Kolej Sains Kesihatan Bersekutu Sungai Buloh 5) WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR - Kolej Teknologi Makmal Perubatan. 6) NEGERI SEMBILAN - Kolej Kejururawatan Seremban, Kolej Jururawat Masyarakat Port Dickson, Kolej Pembantu Perubatan Seremban. 7) MELAKA - Kolej Kejururawatan Melaka. 8) JOHOR - Kolej Kejururawatan Muar dan Johor Bahru, Kolej Jururawat Masyarakat Segamat,Kluang dan Batu Pahat, Kolej Radiografi Johor Bahru. 9) PAHANG - Kolej Kejururawatan Kuantan,Kolej Jururawat Masyarakat Jerantut 10) TERENGGANU - Kolej Kesihatan Awam Batu Rakit, Kolej Kejururawatan Kuala Terengganu. 11) KELANTAN - Kolej Kejururawatan Kubang Kerian,Kolej Jururawat Masyarakat Pasir Mas. 12) SARAWAK- Kolej Kejururawatan Sibu, Kolej Kesihatan Awam Kuching,Kolej Sains Kesihatan Bersekutu Kuching, Kolej Jururawat Masyarakat Serian. 13) SABAH - Kolej Kejururawatan Sandakan, Kolej Sains Kesihatan Bersekutu Kota Kinabalu, Kolej Jururawat Masyarakat Tawau.

52

Bagaimana? Faham kesemua maklumat yang telah saya berikan tadi? Jika anda berjaya, anda akan dikirimkan surat oleh pihak SPA untuk ditemuduga. Anda hendaklah bersedia dengan pelbagai jenis persiapan sama ada rohani dan mental ketika ditemuduga kelak. Saya berdoa agar anda akan berjaya nanti! Insyallah. Berikut adalah contoh surat yang dikirimkan pihak SPA :

53

Di bawah saya senaraikan beberapa jenis popular soalan yang kerapkali ditanya didalam temuduga. Ini hanyalah sebagai panduan sahaja. Apa yang penting anda hendaklah banyak membaca dan berkebolehan bertutur dalam Bahasa Inggeris.

Soalan Yang Popular

NO 1 2 3 4

JENIS SOALAN YANG SERING DITANYA BIODATA DIRI ANDA? MENGAPA MEMILIH BIDANG JURURAWAT SEBAGAI PILIHAN? ADAKAH ANDA LAYAK MENJADI JURURAWAT? SEDIKIT MAKLUMAT MENGENAI ANATOMI TUBUH MANUSIA? SEBAGAI CONTOH APAKAH JANTUNG?

5 6 7 8 9 10

HAL EHWAL SEMASA TENTANG ISU JURURAWAT? PERBEZAAN DI ANTARA KLINIK DAN HOSPITAL? FUNGSI ORGAN-ORGAN BADAN? SIAPA MENTERI KESIHATAN? BIDANG TUGAS JURURAWAT? HAL-HAL BERKAITAN PENYAKIT

54

2.13 KERJAYA KREW PENERBANGAN Kerjaya juruterbang sudah tentunya merupakan kerjaya yang sangat mencabar dan menguji ketahanan mental serta fizikal. Bakal juruterbang kelak mestilah mempunyai kemahiran komunikasi dan penguasaan Bahasa Melayu dan fasih berbahasa Bahasa Inggeris serta mempunyai prestasi yang cemerlang dalam mata pelajaran Sains dan Matematik. Kesihatan pula sudah tentunya diambil kira dan bakal juruterbang perlu baik dari segala segi kesihatannya dan penglihatan serta mempunyai ketinggian tidak kurang 160sm (5 kaki 4 inci).

Profesion juruterbang pula mengkehendaki seseorang untuk perlu bersedia dalam menggalas tugas di luar stesen sama ada dalam jangka waktu yang singkat atau lama.

Bagaimana? Adakah anda betul-betul ingin menceburkan diri untuk memilih kerjaya juruterbang? Mesti ada dalam kalangan kita yang meminati kursus ini bukan. Jangan risau! Bagi yang berminat saya akan menunjukkan satu persatu cara dan maklumat permohonan untuk menjadi juruterbang. Teruskan bacaan anda.

Maklumat Permohonan Juruterbang Melalui Akademi Penerbangan Malaysia

Akademi penerbangan Malaysia merupakan akademi yang melatih dan memberi latihanlatihan kepada kadet juruterbang secara profesional bagi mengisi jawatan juruterbang di

55

syarikat penerbangan komersial ataupun penerbangan awam. Akademi Penerbangan Malaysia atau Malaysian Flying Academy ini terletak di Batu Berendam, Melaka. Pemohon yang mengikuti kursus juruterbang ini akan melalui tiga (3) tahap sesi temuduga: 1) Temuduga berkaitan psychomotor test iaitu kecekapan dan koordinasi antara tangan, mata dan kaki. 2) Ujian sikap. 3) Wawancara Lisan (Temuduga lisan)

Pengajian kursus ini memakan masa selama 14 bulan di Akademi Penerbangan Malaysia Batu Berendam, Melaka. Latihan pula dijalankan secara teori dan praktikal oleh akademi tersebut. Latihan teori atau ground skill meliputi kursus atau subjek seperti berikut :  Undang-undang udara  Kawalan elektronik  Air-frame  Operasi enjin  Pelan penerbangan  Keadaan cuaca  Keperluan bahan api  Berat pesawat dan semua yang berkaitan dengan pesawat

Kursus kadet juruterbang ini meliputi latihan yang sangat mencabar dan mendebarkan serta menguji tahap mental seseorang itu. Antara latihan yang bakal dijalankan ialah: 1) Latihan untuk menerbangkan pesawat satu enjin dengan 4 tempat duduk selama 165 jam. 2) Latihan untuk menerbangkan pesawat 2 enjin dengan 6 tempat duduk selama 35 jam. 3) Latihan menggunakan panel kokpit dalam pesawat penerbangan. 4) Latihan visual yang berkaitan terus dengan hubungan sesama menara kawalan, cara membaca peta dan penentuan sesuatu lokasi ketika satu-satu penerbangan yang dibuat.

Jenis Lesen Penerbangan

Terdapat 3 kategori yang anda mesti tahu mengenai lesen penerbangan. Kategorinya adalah seperti berikut:

56

Private Pilot Licence with Instrument Rating (PPL/IR). Lesen jenis ini khusus kepada juruterbang persendirian dan tidak dibenarkan sama sekali membawa penumpang.

Commercial Pilot Licence with Instrument Rating (CPL/IR). Lesen ini khusus kepada juruterbang yang mengendalikan pesawat komersial domestik seperti MAS, Air Asia, British Airways dan sebagainya.

Airline Transport Pilot Licence With Instrument rating(ATPL/IR). Lesen jenis ini hanya khusus kepada juruterbang kargo. Maksudnya untuk mendapatkan lesen ini, juruterbang perlu melengkapkan penerbangan selama 1500 jam dengan

menggunakan lesen CPL/IR dan menduduki 6 peperiksaan.

Jenis Pesawat

Jenis pesawat Twin otter dapat memuatkan 12 penumpang, Boeing 737 (400 penumpang), Airbus (330 penumpang), Fokker (50 penumpang), pesawat kargo dan banyak lagi pesawat yang digunakan masa kini.

Cara memohon

Untuk langkah yang pertama, anda perlu mendapatkan surat kelulusan daripada Jabatan Penerbangan Awam Malaysia (DCA). Anda boleh menghubungi Jabatan Penerbangan Awam Malaysia (DCA) terlebih dahulu untuk tujuan pengesahan dan kelulusan permohonan di alamat :

Director General, Department Of Aviation Malaysia, Level B1,1,2,&3,Block D5 Parcel D,Federal Government Administrative Complex 62502,Putrajaya, Malaysia.

Telefon:603 888 66000. 60388891514 Faks: 60388891541 Laman web: www.dca.gov.my

57

Email: yahya@dca.gov.my

Untuk makluman lebih lanjut, anda boleh juga pergi ke link berikut untuk tujuan enquiry:

Kemudian anda dikehendaki memohon menjadi kadet juruterbang dengan menulis surat secara rasmi kepada: The Malaysian Flying Academy, No.101,Lot 3224, Mukim Batu Berendam 75350,Melaka Malaysia. Telefon: 606 317 4026. 606 317 4834 Faks: 606 317 4362 Laman Web: ww.mfa.edu.my Email:enquiries@mfa.edu.my

58

Beberapa syarat lagi yang anda perlu patuhi untuk memohon kadet juruterbang ini antaranya ialah cemerlang dalam SPM, Kepujian dalam Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Matematik Tambahan serta Fizik atau sekurang-kurangnya 2 mata pelajaran A-level. Anda juga sudah tentunya perlu berumur 17 tahun dan mempunyai kesihatan dan rekod perubatan yang baik. Anda juga perlu mempunyai tahap cemerlang dalam Bahasa Inggeris selain fasih berbahasa dalam Bahasa Inggeris. Anda mesti tertanya-tanya mengenai yuran pengajian bukan? Mesti anda terfikir ada atau tidak biasiswa? Tidak perlu risau, seterusnya akan diterangkan mengenai yuran pengajian. Yuran Pengajian FLIGHT AND GROUND TRAINING( TEORI DAN PRAKTIKAL)-60 MINGGU 1.Single engine-165 hour(RM 450 per hour) 2.Multi engine-35 hour@RM1000 per hour 3.Ground training(teori)700@RM 20 per hour 4.Operational charges JUMLAH Lain-lain perkara 1.Yuran peperiksaan:  United kingdom Aviation(UKCA)  Jabatan RM2,935.00 RM430.00 RM7,000,00 RM130,250.00 RM14,000.00 RM35,000.00 RM 74,250.00 RM RM

59

Penerbangan Awam(DCA) 2.Yuran lesen( SPL,RT,CPL&IR)to DCA Malaysia Peralatan penerbangan,peta dan carta CAP 385 dan MFA instructional guides Pakaian Seragam(3 set) Pas masuk Malaysia Airport Berhad(semasa kursus) JUMLAH Makan dan minuman(60 minggu) 300 hari@RM15.00 JUMLAH KESELURUHAN RM 140,000.00 RM 4,500.00 RM5750.00 RM4,500.00 RM300.00 RM45.00 RM465.00 RM600.00 RM975.00

60

Untuk kaedah bayaran,anda boleh melakukannya secara ansuran seperti: 1) RM 12,000.00- semasa mendaftar 2) RM38,500.00- Sebelum kursus 3) RM 32,500.00- Dalam tempoh 3 bulan kursus 4) RM 32,500.00- Dalam tempoh 6 bulan kursus 5) RM25,000.00- Dalam tempoh 9 bulan kursus Untuk makluman anda, Akademi Penerbangan Malaysia tidak menyediakan pembiayaan kepada bakal juruterbang. Namun, anda boleh memohon pinjaman sendiri atau penajaan dari syarikat penerbangan seperti MAS dan Air Asia. Mahu tahu banyak lagi mengenai kursus penerbangan untuk Juruterbang yang ditawarkan? Sila layari Laman Web/Laman Sesawang ini: 1. www.apft.edu.my 2. www.hmaerospace.com 3. www.ebaft.com 4. www.airforce.gov.my

Kerjaya Pramugara dan Pramugari Melihat kepada gaya dan penampilan anak muda dengan berpakaian kebaya batik menuju ke balai berlepas setiap kali singgah di lapangan terbang terdetik di hati betapa glamor dan seronoknya bergelar pramugari dan pramugara. Mereka bukan sahaja cantik dan mempunyai personaliti menarik, malahan mereka juga berpeluang mengunjungi bandar-bandar ternama di seluruh dunia.

Saya pasti ramai remaja yang tertanya-tanya bagaimana ingin memohon hendak menjadi pramugara dan pramugari ini. Kerjaya yang satu-satunya berada di tempat paling tinggi di samping dapat menikmati pandangan awan yang biru dan sangat mengagumkan. Salah satu bidang pekerjaan penting ini memang sangat dikenali umum dan glamour. Pekerjaan ini

61

membolehkan seseorang itu menjadi duta ke negara yang ditujui melalui sesuatu penerbangan.bakal pramugara dan pramugari kelak mendapat peluang mengelilingi dunia dan dapat mengharumkan nama negara kepada masyarakat antarabangsa.

Terdapat pelbagai jenis Syarikat Penerbangan Malaysia antaranya ialah MAS, Air Asia, Firefly dan pelbagai jenis lagi. Walau bagaimanapun, bagi mereka yang berminat untuk menjadi pramugara dan pramugari boleh juga menyertai syarikat penerbangan yang lain.

Sebagai pramugara dan pramugari kelak, mereka berpeluang bertugas di dalam banyak jenis pesawat antaranya ialah Fokker, Twin Otter dan sebagainya. Tugas pramugara dan pramugari bukan sahaja melayan penumpang malah menjadi duta kecil dan perlu mempunyai pengetahuan am tentang negara ini supaya mudah mempromosikan negara. Imej krew kabin ini juga sering menonjolkan prestij syarikat penerbangan mereka. Sudah tentunya pekerjaan ini menawarkan gaji dan imbuhan yang sangat lumayan. Selain itu, pramugara dan pramugari juga diberi insentif seperti elaun makan, elaun penerbangan, ribet tiket sepanjang tahun serta tiket penerbangan ke mana-mana destinasi penerbangan di dunia. Penguasaan dalam kemahiran berbahasa Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris sudah menjadi kemestian yang paling utama. Sudah tentunya anda perlu berurusan dengan penumpang yang berasal daripada pelbagai negara.

62

Maka dengan penguasaan Bahasa Inggeris, anda dapat berkomunikasi dengan penumpang dan memenuhi serta melayani penumpang sebaik mungkin. Mereka yang berminat dengan kerjaya ini boleh memohon terus kepada syarikat penerbangan berkenaan atau hadir secara walk-in, untuk ditemuduga. Pihak syarikat akan mengiklankan jawatan ini di dalam akhbar-akhbar utama dari semasa ke semasa. Bagaimana anda berminat? Minat tapi tidak tahu hendak membuat permohonan? Jangan risau, saya akan memberi maklumat kepada anda untuk memohon dan anda boleh melayari laman web yang akan diberikan dari semasa ke semasa untuk maklumat yang selanjutnya.

Cara Memohon

Anda boleh melayari laman web ini dari semasa ke semasa untuk mendapatkan maklumat lanjut. Anda boleh juga cuba untuk menghubungi dan emel kepada pihak yang terlibat. Untuk perhatian anda, maklumat mengenai kerjaya ini amat sukar didapati dan anda boleh mendapatkan maklumat lanjut seperti yang tertera. Seterusnya lihat pula paparan berikut di mana anda dapat membuat permohonan nanti.

63

Anda juga boleh melihat di link paparan berikut yang telah diberikan. Ingat ya, sentiasa berhubung dengan pihak yang berkenaan mengenai kerjaya pramugari dan pramugari. Saya berdoa agar anda berjaya dengan pilihan kerjaya di awan biru ini nanti. Sekiranya diterima kelak, bakal pramugara dan pramugari akan mengikuti latihan selama dua setengah bulan serta dibayar elaun. Semasa latihan, pelatih-pelatih akan mengikuti kursus cara berkomunikasi dengan betul, kursus bahasa, prosedur dalam kapal terbang, cara-cara menyelamat, cara-cara menyediakan hidangan kepada penumpang, tatacara mengurus diri dan beberapa kursus lain yang berkaitan. Calon yang berjaya diterima bekerja akan diminta menandatangani satu perjanjian untuk tempoh tertentu. Syarikat Penerbangan Malaysia misalnya, menetapkan perjanjian untuk berkhidmat selama lima tahun. Ciri Peribadi Yang Diperlukan Bagi sesiapa yang berminat, peribadi yang diperlukan ialah seseorang itu hendaklah meminati profesion ini. Selain itu, seseorang perlu menguasai Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. Selain itu, anda juga perlu mempunyai personaliti:  Mempunyai pengetahuan am tentang negara.  Mampu berkomunikasi dengan baik.  Memiliki personaliti yang baik.  Bersopan santun dan mesra.

64

 Memiliki ketinggian 157cm (wanita) dan 165 cm (lelaki) sekurang-kurangnya.  Mempunyai penglihatan yang baik.  Memilik keberanian dalam penerbangan.  Cergas.  Menguasai Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.  Mencintai profesion ini. Syarat Menceburi Bidang Ini Mereka yang berminat harus berusia di antara 18 hingga 30 tahun, semestinya warganegara Malaysia. Memiliki kelayakan akademik dengan sekurang-kurangnya lulus pangkat tiga Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) / SijiI Pelajaran Malaysia Vokasional (SPMV). Selain itu, calon-calon yang mempunyai pengalaman bekerja atau pemegang diploma atau ijazah dalam sebarang bidang tetapi berminat menceburi bidang ini juga memohon pekerjaan ini. Terdapat banyak lulusan institusi pengajian tinggi memilih pekerjaan ini sebagai kerjaya mereka. Bersopan santun dan mesra serta mempunyai perwatakan menarik juga menjadi ciriciri penting yang dipertimbangkan untuk menjawat jawatan ini. Pengalaman dalam perkhidmatan pelanggan akan diambil kira dan diberi keutamaan. Perlu ingat yang paling penting juga ialah anda perlu tahu banyak bahasa. Kelebihan anda dapat menguasai bahasa lain adalah satu bonus yang baik bagi anda. Apabila anda berjaya dipanggil untuk temuduga daripada mana-mana syarikat penerbangan, seperti kebiasaannya sila bawa bersama surat permohonan resume, sijil-sijil akademik asal serta salinan yang disahkan, kad pengenalan dan gambar terbaru berukuran pasport (tidak akan dikembalikan). Anda juga dinasihatkan supaya berpakaian kemas (pakaian pejabat). Bagi wanita pula, anda digalakkan memakai baju kebaya. (T-shirt, selipar dan seluar jeans tidak dibenarkan sama sekali).

65

Bagi sesiapa yang berjaya, seseorang dikehendaki mendatangani Perjanjian Ikat Jamin Latihan Pengambilan berdasarkan kontrak selama 5 tahun. Proses temuduga dijalankan akan mengambil masa yang panjang. Sehubungan itu, seseorang itu dinasihatkan bersedia untuk berada di lokasi temuduga sepanjang tempoh tersebut.

2.14 KERJAYA SEBAGAI AHLI OPTOMETRI Bidang optomeris sebenarnya adalah mereka yang terlatih dan mempunyai kelayakan akademik di bidang optometri yang memberi perkhidmatan dalam pemeriksaan mata dan penguijian penglihatan, memberi khidmat nasihat tentang masalah penglihatan, penyakit mata dan merawat gangguan-gangguan fungsi sistem mata. Mereka yang bergelar optometris adalah mereka yang pernah mendapat latihan formal, diajar secara teori dan praktikal oleh tenaga pengajar yang terlatih lagi profesional. Secara keseluruhannya, Optometris berbeza dengan oftalmologis. Oftalmologis adalah seorang pengamal perubatan yang mempunyai kepakaran di bidang pembedahan mata. Ia juga berbeza dengan juruoptik yang banyak membuka premis kacamata. Tugas juruoptik sepatutnya hanya berkaitan dengan kerja-kerja racikan kanta cermin mata mengikut preskripsi. Bidang optometri ini juga mempunyai prospek kerjaya yang meluas pada masa kini dan masa hadapan. Hal Ini adalah demikian kerana berasaskan kepada permintaan yang tinggi

memandangkan ramai penduduk yang mencapai usia 40 tahun memerlukan kanta pembetulan untuk membaca dan melakukan tugasan harian perubahan fisiologi yang dijangkakan.

66

Salah satunya universiti iaitu UKM menawarkan program optometri di peringkat sarjana muda untuk tempoh empat tahun. Semasa pengajian di tahun pertama, pelajar didedahkan dengan mata pelajaran sains asas seperti optik fizikal dan geometrikal, anatomi okular, optik visual dan psikologi okular. Pelajar juga perlu mengikuti kursus-kursus sains kesihatan umum seperti anatomi umum, fisiologi manusia, mikrobiologi dan biokimia. Setelah itu, pelajar akan memulakan pengajian klinik asas untuk belajar cara-cara memeniksa bahagian luar dan dalam mata. Selain itu, pelajar juga dikehendaki mengikuti kursus-kursus sains visual dan kursus teori optometrik yang lain di samping beberapa kursus kesihatan umum seperti patologi dan farmakologi. Pada tahun akhir, pelajar dibenarkan memeriksa dan merawat pesakit di bawah penyeliaan pengamal optometri yang layak. Mereka juga akan diletakkan di bawah seliaan pakar oftalmologi bagi mendapatkan pemahaman secara praktikal pelbagai jenis penyakit mata dan cara menguruskannya. Pelajar juga didedahkan kepada kursus-kursus optometrik lanjutan seperti kesihatan masyarakat, optometri persekitaran, penglihatan terhad dan penggunaan kanta sentuh dan kaedah ortoptiks. Bidang ini juga menawarkan pekerjaan yang cukup memuaskan dengan pendapatan yang lumayan. Syarat Menceburi Bidang Ini Individu itu harus memiliki kelulusan Ijazah Sarjana Muda Optometri daripada UKM atau dan universiti/institusi pengajian tinggi luar negara. Selain itu, program ini mengambil masa selama empat tahun.

2.15 KERJAYA DALAM BIDANG PELANCONGAN Di Malaysia, pelancongan telah dipilih sebagai salah satu sektor ekonomi yang berkembang pantas serta penyumbang penting kepada pendapatan Negara. Sektor pelancongan merupakan penyumbang ketiga ekonomi negara terbesar selepas industri pengeluaran dan petroleum. Selain itu, Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan melalui Lembaga Penggalakan Pelancongan (TDC) telah mengadakan promosi secara besar-besaran seperti Tahun Melawat Malaysia yang bertujuan menggalak dan menarik pelancong asing dan tempatan untuk menikmati keindahan negara ini.

67

Hal ini sebenarnya menunjukkan industri pelancongan akan berkembang dan berpotensi untuk menjadi salah satu sektor penting yang menyumbang kepada ekonomi negara. Dengan ini, ia membuka peluang pekerjaan yang banyak kepada rakyat. Terdapat beberapa jenis kerjaya yang boleh diceburi melalui bidang ini termasuk sebagai pemandu pelancong, pegawai pelancongan, pegawai promosi, perhubungan awam, pengangkutan, perkhidmatan perjalanan dan pengurus pelancongan sama ada di agensi kerajaan atau swasta. Selain itu, kerjaya di bidang ini pastinya menawarkan pendapatan yang lumayan tetapi bergantung kepada pekerjaan yang dipohon dan kelulusan yang dimiliki oleh seseorang. Terdapat juga universiti dan institusi pengajian tinggi (IPT) tempatan yang menawarkan kursus berkaitan dengan bidang pelancongan. Sebagai contoh, IPT tempatan yang menawarkan program pengurusan pelancongan di peringkat sarjana muda ialah Universiti Utara Malaysia (UUM). Universiti Teknologi Mara (UiTM) menawarkan di peringkat diploma dan sarjana muda. Bidang ini sebenarnya adalah untuk melahirkan para graduan yang pakar di bidang pengurusan pelancongan terutama dan segi perancangan, pengurusan, pembangunan dan pemasaran. Semasa pengajian, antara kursus yang digariskan termasuklah pemasaran pelancongan, pengantar pelancongan, perancangan dan pembangunan pelancongan, seminar pelancongan, pengurusan strategik, impak pelancongan, pelancongan, pengurusan perkhidmatan perjalanan pengurusan rekreasi, pengangkutan pelancongan, pengurusan operasi hotel, pengurusan restoran, serta perancangan dan pembangunan hotel.

2.16 KERJAYA DALAM BIDANG PENGIKLANAN

Secara amnya, kerjaya di bidang pengiklanan ini memerlukan individu yang kreatif, aktif, senta mempunyai idea yang mampu menepati kehendak dan khalayak sasaran masyarakat) agar apa yang hendak disajikan kepada masyarakat itu yang mampu menarik minat mereka seterusnya membeli keluaran tersebut. Bidang ini juga memerlukan individu yang mahir berkomunikasi serta mampu menguasai bahasa Melayu dan Inggenis dengan baik. Bagi yang berminat menyertai kerjaya yang mencabar tetapi menarik ini, mereka perlu menimba ilmu secara formal sama ada di peringkat sijil, diploma atau ijazah sarjana muda.

68

Semasa dalam tempoh pengajian pelajar akan didedahkan dengan kursus seperti pengantar komunikasi, komunikasi lisan, pemberitaan dan penyuntingan, asas pengiklanan dan

pelaksanaan kreatif, analisis pengiklanan, penulisan pembujukan, strategi kreatif, dan kelakuan pengguna. Dengan ini, pelajar akan mengetahui tentang sejarah pengiklanan, kaitan pengiklanan dengan pemasaran dan fungsi komunikasinya, aspek-aspek kreatif dalam pengiklanan, di samping peranan iklan dalam masyarakat. Pelajar akan mengetahui tentang teori dan kaedah di dalam membuat analisis, seterusnya membuat keputusan terhadap program pengiklanan. Selain itu, pelajar akan mengendalikan ruangan iklan di dalam akhbar makmal semasa di universiti/IPT. Lulusan bidang pengiklanan ini tidak menghadapi masalah dalam mendapatkan pekerjaan terutamanya di sektor swasta. Mereka boleh bekerja sebagai eksekutif pengiklanan, eksekutif akaun, pengurus pengiklanan dan pengurus pemasaran sama ada di agensi pengiklanan, syarikat-syarikat korponat, bank dan institusi kewangan. Prasyarat Menceburi Bidang Calon perlu memiliki sijil, diploma atau ijazah sarjana muda bidang pengiklanan atau komunikasi. Selain itu, kursus di peringkat sijil dan diploma biasanya ditawarkan oleh institusi pengajian swasta. Manakala peringkat ijazah ditawarkan oleh universiti-universiti dan institusi pengajian tinggi awam. Tempat Melanjutkan Pengajian Pada peringkat sarjana muda, universiti yang menawarkan kursus ini ialah Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Sains Malaysia (USM), Universiti Islam Antarabangsa (UIAM) dan Universiti Teknologi Mara (UiTM) yang mengambil masa selama empat tahun. Terdapat juga beberapa institusi pengajian swasta menawarkan program di peringkat sijil dan diploma. Institusi swasta juga menawarkan program berkembar di peringkat sarjana muda dengan kerjasama universiti luar negara. 2.17 KERJAYA SEBAGAI PENGURUSAN PERNIAGAAN Secara umumnya, program pengurusan perniagaan yang ditawarkan di universiti dan institusi pengajian tinggi bertujuan menghasilkan siswazah-siswazah yang arif tentang amalan perniagaan dan pentadbiran serta mempunyai pengetahuan mendalam di dalam bidang ini. Tujuannya adalah untuk melahirkan tenaga profesional yang cemerlang yang dapat

69

menterjemahkan teori kepada amalan dan seterusnya berkebolehan mengenal pasti dan menyelesaikan masalah-masalah pengurusan dan perniagaan. Program ini juga akan melahirkan siswazah-siswazah yang dapat memikul tugas-tugas sebagai seorang pengurus, perunding, pentadbir atau usahawan yang berkaliber serta profesional yang berkesan, cekap dan berhemah tinggi. Selain itu, bidang ini merangkumi skop yang luas atau banyak pengkhususan untuk pelajar membuat pilihan. Kursus-kursus yang popular ditawarkan oleh universiti dan IPT tempatan ialah pengurusan, pemasaran, kewangan, perakaunan, pentadbiran perniagaan, insurans dan perdagangan antarabangsa. Dalam tempoh pengajian, pelajar akan mengikuti kursus-kursus termasuk pengurusan, perakaunan, kewangan, kuantitatif, pemasaran, insurans, ekonomi, ekonomi Islam, undangundang perniagaan serta kursus lain yang berkaitan. Pelajar yang mengambil bidang ini mempunyai peluang kerjaya yang banyak sama ada di sektor awam atau swasta termasuk bank, institusi kewangan, industri, perkilangan, perkhidmatan, pengangkutan dan

pelancongan, atau memulakan perniagaan tersendiri. Selain itu juga, kerjaya yang sesuai termasuk eksekutif perjawatan, eksekutif sumber manusia, pemasaran, pelaburan, pentadbiran, pengurusan, perniagaan antarabangsa, kewangan, tenaga pengajar, pensyarah dan usahawan. Tempat Melanjutkan Pengajian Antara universiti tempatan yang menawarkan kursus ini termasuk UKM, UUM, UM, USM, UPM, UIA, UNIMAS, UMS dan UiTM. Kursus di peringkat sarjana muda ini mengambil masa empat tahun. Universiti Teknologi Mara (UiTM), politeknik-politeknik Kementerian Pendidikan (KP), Kolej Sultan Zainal Abidin (Kusza) juga menawarkan kursus ini di peringkat diploma yang mengambil masa tiga tahun. Terdapat juga kolej-kolej swasta pula menawarkan di peringkat diploma sementara di peringkat ijazah mereka mengadakan kerjasama dengan universiti/IPT dalam dan luar negara. Universiti Telekom, Universiti Tenaga Nasional dan Universiti Tun Abdul Razak iaitu universiti-universiti swasta tempatan juga menawarkan program ini di peringkat universiti dan ijazah pertama. pra-

70

2.18 KERJAYA DALAM PENGURUSAN SUMBER MANUSIA Secara keseluruhannya, setiap jabatan atau syarikat sama ada di sektor awam atau swasta memerlukan kakitangan yang khusus untuk mengurus dan mentadbir pekerja-pekerja. Untuk menjalani atau mengurus tersebut, mereka perlu mempunyai pengetahuan yang luas dan segi pengurusan, latihan, pembangunan, polisi syarikat, undang-undang buruh dan kebajikan pekerja bagi memudahkannya mengurus sumber manusia yang ramai ini dengan teratur dan berkesan. Seorang eksekutif atau pentadbir sumber manusia harus mengetahui bagaimana untuk mengurus, memberi motivasi, menjaga hati pekerja serta mengambil berat tentang kebajikan pekerja. Selain itu, mereka juga perlu kreatif, bermotivasi tinggi, mempunyai kemahiran komunikasi serta mahir menggunakan komputer. Seseorang itu bertanggungjawab dari segi pembangunan, pentadbiran polisi dan peraturan syarikat supaya memastikan keberkesanan di dalam pengambilan tenaga kerja, motivasi dan meminimumkan proses mobilisasi guna tenaga. Objektif syarikat dapat dicapai dan dapat membentuk persekitaran kerja yang sihat dan harmoni. Selain kelayakan akademik, seseorang itu perlu memiliki personaliti yang menarik dan mempunyai daya kepemimpinan yang tinggi. Selain itu, lulusan dalam bidang pengurusan sumber manusia mempunyai peluang kerjaya yang terbuka luas sama ada di sektor kerajaan atau swasta. Mereka juga boleh berkhidmat sebagai eksekutif sumber manusia, pegawai perhubungan industri, pegawai latihan dan pegawai tadbir. Pelajar akan didedahkan dengan kursus-kursus termasuk pengurusan sumber manusia, perancangan dan pengambilan sumber manusia, latihan dan pengembangan, pentadbiran pampasan, penilaian prestasi, pengurusan pengeluaran operasi, pengurusan perubahan, perundingan, pengurusan keselamatan dan kesihatan, sistem maklumat sumber manusia dan perhubungan industri semasa tempoh pengajian. Prasyarat Menceburi Kerjaya Ini Seseorang individu perlu mempunyai kelayakan ljazah Sarjana Muda di bidang pengurusan sumber manusia atau pembangunan sumber manusia. Siswazah dari jurusan pentadbiran perniagaan, ekonomi atau sains sosial juga boleh memohon kerjaya ini.

71

Tempat Menyambung Pengajian Beberapa universiti dan institusi pengajian tinggi tempatan yang menawarkan kursus pengurusan sumber manusia atau pembangunan sumber manusia iaitu Universiti Utara Malaysia (UUM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Universiti Putra Malaysia (UPM), Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) dan Universiti Teknologi Mara (UiTM). Program di peringkat sarjana muda ini mengambil masa selama empat tahun. Selain itu, Universiti Tenaga Nasional (UNITEN) menawarkan kursus ini.
2.19 KERJAYA SEBAGAI PENSYARAH

Pada masa kini, penambahan bilangan universiti/IPT kerajaan dan swasta dari semasa ke semasa sudah memerlukan lebih ramai tenaga akademik untuk mengajar di institusi tersebut. Selain itu juga, tenaga akademik universiti/IPT sebenarnya mempunyai beberapa tahap mengikut kelayakan dan kecemerlangan akedemiknya. Bermula sebagai tutor, diikuti sebagai pensyarah, pensyarah kanan, profesor madya dan taraf tertinggi tenaga akademik ialah profesor. Kerjaya di bidang ini biasanya banyak kerana pelbagai bidang pengajian ditawarkan di univensiti/IPT. Jumlah universiti/IPT tempatan juga bertambah dan berkembang dari tahun ke tahun. Pelajar yang mengikuti bidang ini boleh menjadi pensyarah di bidang perubatan, kejuruteraan, perakaunan, undang-undang, sains, teknologi maklumat, seni bina, sains sosial, dan banyak lagi. Seorang pensyarah bukan sahaja mengajar di bilik-bilik kuliah atau aktiviti di padang, tetapi perlu banyak membaca, melakukan penyelidikan, menulis buku dan majalah dalam jurnal, membentangkan kertas kerja dalam persidangan serta lain-lain tugas yang berkaitan dengan bidang akademik seperti rundingan dan kembangan. Dalam bidang perubatan perubatan misalnya, pensyarah akan membimbing pelajar-pelajar dengan menunjuk ajar cara-cara merawat dan membedah pesakit di hospital. Dalam latihan industri, pensyarah membimbing pelajar menjalani latihan tersebut di syarikat-syarikat swasta serta agensi kerajaan.

Prasyarat Menceburi Kerjaya Ini

72

Pelajar harus memiliki kelayakan akademik tertentu. Di institut pendidikan guru, dan politeknik-politeknik memerlukan kelulusan sekurang-kurangnya ijazah sarjana. Sementara universiti memerlukan tenaga akademik yang berkelulusan sekurang-kurangnya sarjana. Tempat Menyambung Pengajian Selain itu, pelajar boleh melanjutkan pengajian di mana-mana universiti/IPT tempatan atau universiti di luar negara diiktiraf kerajaan. Banyak universiti yang menawarkan kursus di peringkat sarjana dan doktor falsafah. Pada kebiasaan, majikan akan menghantar tutor atau pensyarah baru melanjutkan pengajian ke peringkat lebih tinggi sama ada di universiti dalam atau luar negara. Syarat Untuk Melanjutkan Pelajaran

(i)

Peringkat sarjana muda—Pelajar harus lulus dengan baik di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) untuk memasuki program asasi/matrikulasi universiti dalam dan luar negara. Sementara UTM mengambil pelajar lepasan SPM/SPMV untuk program sarjana muda. Mereka juga boleh memohon dengan kelulusan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) dengan syarat mendapat keputusan yang baik di peringkat ini.

(ii)

Peringkat sarjana—Memiliki ijazah sarjana muda atau diploma lanjutan daripada universiti/IPT tempatan atau luar negara dalam bidang berkaitan.

(iii)

Peringkat doktor falsafah—Perlu memiliki ijazah sarjana dalam bidang berkaitan.

2.20 KERJAYA DALAM BIDANG PENYIARAN

Industri media elektronik di negara ini dilihat berkembang pesat selaras dengan perkembangan negara ke arah negara maju selain tuntutan terhadap peranan media sebagai tanggungjawab sosial. Untuk pengetahuan, rangkaian televisyen yang beroperasi ialah Radio Televisyen Malaysia (TV1 dan TV2), Rangkaian Media Prima Berhad (TV3) , (NTV 7) , (TV 9) dan (TV 8). Kerajaan juga menggalakkan perkembangan stesen radio. Terdapat beberapa radio swasta

73

seperti Hot FM, THR, Era dan sebagainya ditubuhkan dan beroperasi telah lebih banyak memberikan peluang pekerjaan. Hal ini sebenarnya telah membuka peluang pekerjaan yang banyak di bidang penyiaran sama ada di televisyen dan radio. Untuk berkhidmat di bidang penyiaran tidak semestinya memerlukan pengkhususan di bidang berkenaan tetapi bagi mereka yang berkelulusan di bidang ini atau komunikasi mempunyai kelebihan untuk mendapatkan pekerjaan ini. Individu boleh menjadi penerbit, pengendali rancangan, penulis skrip drama dan majalah, pengacara, wartawan siaran dan penyunting serta pembaca berita. Sebagai contoh, pengacara atau pembaca berita, harus memiliki personaliti yang menarik, petah berbicara, berkemahiran dari segi bahasa dan persembahan. Seorang penulis skrip juga harus kreatif dalam mengeluarkan idea dan berkemahiran dalam penulisan. Seorang wartawan siaran pula haruslah memiliki ciri-ciri di atas dan individu tersebut perlu berpengetahuan tentang kamera video dan teknik-teknik penggambaran. Ini penting kerana wartawan dikehendaki menyunting sendiri visual yang diambil. Beberapa universiti tempatan ada menawarkan kursus penyiaran iaitu Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Sains Malaysia (USM) dan Universiti Teknologi Mara (UiTM) di samping banyak universiti di luar negara. Para pelajar akan didedahkan dengan kursus seperti pengantar komunikasi, teori komunikasi, prinsip-prinsip penyiaran, pemberitaan dan penyuntingan, penerbitan radio dan televisyen, asas penerbitan filem dan video, dokumentari teori dan amalan, penulisan skrip, penerbitan televisyen, perbandingan sistem penyiaran antarabangsa dan sutradara semasa tempoh pengajian. Prasyarat Menceburi Kerjaya Ini Kepada yang berminat haruslah memiliki sama ada Diploma atau Ijazah Sarjana Muda di bidang penyiaran atau komunikasi atau bidang lain tetapi berminat dengan bidang penyiaran dari universiti/IPT tempatan atau luar negara. Tempat Menyambung Pengajian UITM, UKM dan USM menawarkan kursus penyiaran dan komunikasi di peringkat sarjana muda untuk tempoh empat tahun. Sementara Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS), Universiti Putra Malaysia (UPM) dan Universiti Malaysia Sabah (UMS) menawarkan kursus komunikasi selama empat tahun.

74

Syarat Untuk Melanjutkan Pengajian Peringkat ijazah sarjana muda: Pelajar perlu lulus di peringkat SPM/SPMV dengan mendapat cemerlang dalam bahasa Melayu, bahasa Inggenis dan matematik. Selain itu, pelajar perlu lulus dengan mendapat prinsipal yang baik di peringkat STPM.

2.21 KERJAYA SEBAGAI PERANCANG BANDAR

Seperti yang sedia maklum, pembukaan dan pembangunan sesuatu kawasan seperti bandarbandar baru dan kawasan-kawasan penempatan memerlukan perancangan, susun atur serta pelan yang sistematik. Hal ini adalah bertujuan mengelakkan sesebuah kawasan yang

dibangunkan itu mendatangkan masalah dalam jangka panjang seperti kesesakan, pencemaran serta pembangunan persekitaran yang tidak teratur. Individu yang terlibat secara langsung dengan tugas yang berat lagi mencabar ini ialah jururancang bandar dan wilayah. Secara umumnya, pekerjaan ini merangkumi penyediaan pelan-pelan pembangunan yang memandu arah dan corak pembangunan kawasan-kawasan bandar, wilayah atau kawasan luar bandar. Selain itu, individu ini juga terbibat dalam penyediaan pelan-pelan tempatan yang lebih terperinci yang sangat diperlukan kawalan pembangunan. Mereka bertanggungjawab menterjemah dasar dan aspirasi kerajaan ke dalam pembangunan penempatan supaya selesa didiami rakyat. Di samping itu, kursus perancangan bandar dan wilayah yang ditawarkan di universiti dan institusi pengajian tinggi tempatan bertujuan melatih dan mengeluarkan jururancang bandar dan wilayah yang diperlukan negara. Ia juga bertujuan membentuk dan memperkembangkan suatu rangka pendidikan yang sesuai dengan keperluan dan aspirasi negara pada masa kini dan akan datang. Pelajar akan didedahkan berkaitan bidang ini termasuk teori perancangan, prinsip dan amalan, undang-undang, teknik-teknik perancangan, mereka bentuk serta pengetahuan asas perancangan sepanjang tempoh pengajian. Ia juga menitikberatkan tentang kefahaman yang berkaitan perancangan seperti aspek geografi, alam sekitar, ekonomi, kejuruteraan, ukur tanah, pengurusan serta sains asas. Lulusan tidak perlu bimbang dengan peluang pekerjaan selepas menamatkan pengajian di

75

bidang ini. Hal ini demikian kerana lulusannya mempunyai peluang kerjaya yang baik di mana dijangka pelajar boleh bekerja di jabatan atau agensi kerajaan termasuk Perbadanan Pembangunan Bandar, Dewan Bandaraya, Majlis- Majlis Perbandaran, Perbadanan Pembangunan Bandar, serta Lembaga Kemajuan dan Pembangunan Wilayah. Selain itu lulusan di bidang ini boleh berkhidmat dengan firma-firma swasta di bidang perancangan dan pelaburan harta benda. Prasyarat Menceburi Bidang Kerjaya Ini Calon perlu memiliki ijazah di bidang ini sama ada dan universiti/IPT dalam atau luar negara. Sebagai satu kerjaya bertaraf profesional, ijazah yang diperoleh itu perlu mendapat pengiktirafan dan pihak Jabatan Penkhidmatan Awam dan Pertubuhan Perancang Malaysia (MIP). Tempat Menyambung Pengajian Universiti Teknologi Malaysia (UTM) menawarkan kursus ini di peringkat integrasi di bawah Fakulti Alam Bina. Tempoh pengajian di UTM ialah antara 4 hingga 5 tahun. Pengajian di peringkat diploma ialah tiga tahun. Selepas tiga tahun sekiranya pelajar lulus cemerlang, pelajar akan ditawarkan ke peringkat sarjana muda untuk tempoh 2 lagi. Integrasi ialah satu program sepaduan antara diploma dan sarjana muda. Universiti Teknologi Mara (UiTM) pula di bawah Fakulti Seni Bina, Perancangan Ukur menawarkannya di perinngkat sijil, diploma dan sarjana muda. Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) menawarkan program ini di peringkat sarjana muda Syarat Yang Diperlukan Secara umumnya, UTM dan UiTM mengambil pelajar lepasan SPM dan SPMV. Selain itu juga, UTM mengenakan syarat iaitu pelajar perlu lulus dengan mendapat sekurang-kurangnya lima kepujian dalam mata pelajaran yang di tetapkan termasuk bahasa Melayu dan matematik. Individu yang mendapat kepujian bahasa Melayu akan diberi keutamaan.

2.22 KERJAYA BIDANG PERHUBUNGAN AWAM Pelajar institusi yang menjalani pengajian dalam bidang ini tidak perlu bimbang kerana peluang pekerjaan begitu luas sama ada di sektor awam atau swasta, malah mereka mampu

76

menguruskan sendiri perniagaan berbentuk perkhidmatan dan perundingan di bidang ini. Secara amnya, perhubungan awam adalah satu profesion yang memerlukan pengetahuan sains sosial yang luas dan kemahiran komunikasi. Mereka harus mengikuti kursus ini secara formal di institusi pengajian tinggi (IPT) sama ada di dalam negara atau di luar negara. Seseorang itu akan diperkenalkan kepada perkembangan perhubungan awam dan isu-isu berkaitan dengan profesionalisme ini. Para pelajar kelak akan didedahkan tentang konsep, teori dan model perhubungan awam/komunikasi sebagai suatu pendekatan ke arah penyelesaian masalah dalam perhubungan awam. Selain itu, bidang ini juga memerlukan individu yang mempunyai kecekapan kemahiran komunikasi, kemahiran mendengar, kemahiran menganalisis, kemahiran berbahasa, kemahiran persembahan, kemahiran menyesuaikan diri, prinsip etika dan tatasusila komunikasi lisan. Pelajar harus mahir dengan penulisan dalam perhubungan awam kerana penulisan penting dalam menyampaikan mesej organisasi tempat mereka bekerja misalnya melalui kenyataan akhbar yang dibuat oleh organisasi itu. Lulusan dalam bidang ini harus cekap dalam tugas seharian, kreatif, berkeyakinan, berani dan mampu berkominikasi dengan pelbagai peringkat masyarakat, berkemahiran dalam penulisan serta memiliki personaliti menarik. Seseorang juga boleh bertutur dan menulis dalam bahasa Melayu dan Inggeris di samping perlu minat dalam bidang tugas yang diceburi serta sanggup bekerja tanpa mengira masa dan tempat sekiranya diarahkan. Prasyarat Menceburi Bidang Ini Seseorang individu harus memiliki diploma atan ijazah sarjana dalam bidang perhubungan awam atau komnnikasi dari universiti/IPT dalam atau luar negara. Tempat Menyambung Pengajian Terdapat juga universiti/IPT tempatan ada menawarkan kursus perhubungan awam atau komunikasi di peringkat ijazah pertama. Universiti-universiti/IPT tempatan yang menawarkan program ini termasuk Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Sains Malaysia (USM), Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dan Universiti Teknologi Mara (UiTM), Universiti Malaysia Sabah (UMS) dan Universiti Putra Malaysia (UPM).

77

2.23 KERJAYA SAINS AKTUARI

Secara umumnya, bidang aktuari merupakan satu bidang yang agak asing bagi kebanyakan orang dan merupakan salah satu bidang yang belum mendapat perhatian daripada golongan muda khususnya pelajar sedangkan permintaan tenaga mahir di bidang ini begitu diperlukan. Dewasa ini, perkembangan pesat yang berlaku di dalam industri kewangan, pelaburan dan insurans dalam pembangunan negara memerlukan ramai tenaga mahir di bidang ini. Selain itu juga, bidang ini meninjau pelbagai peristiwa serta menganalisis pelbagai ketidaktentuan yang mempunyai kesan ke atas hayat manusia seperti kelahiran, kematian, perkahwinan, penyakit, kemalangan, persaraan dan kesan kewangan dalam masyarakat. Antara objektif utama program ini adalah untuk menyediakan pengetahuan asas yang diperlukan oleh ahli aktuari. Ia juga bertujuan untuk menyediakan para lulusan universiti yang berkaliber bagi mengendalikan urusan perniagaan insurans dan sistem kewangan lain yang bersangkutan dengannya. Individu yang mengikuti program ini dan memilihnya sebagai kerjaya perlu mempunyai kemahiran matematik dan bahasa Inggeris yang baik. Selain itu, kemahiran pengurusan dan komunikasi yang berkesan juga penting memandangkan seorang aktuari itu perlu berjumpa dan berbincang dengan orang ramai. Dalam tempoh pengajian , pelajar akan didedahkan dengan pengajian asas matematik seperti statistik, kuantitatif, algebra dan sebagainya. Pelajar juga didedahkan dengan asas ekonomi, matematik kewangan, asas perakaunan dan kewangan, matematik aktuari, kaedah statistik, teori risiko, analisis pelaburan dan pengurusan portfolio, perancangan dan pengawalan aktuari dan isu-isu dalam sains aktuari. Kepada individu yang berminat dengan angka-angka, kerjaya di bidang sains aktuari adalah pilihan yang tepat, ini kerana tugas ahli aktuari ialah membuat tafsiran untuk mencari nilai yang melibatkan nilai tanah, aset atau insurans. Lulusan bidang ini boleh menceburi pekerjaan seperti pegawai pengauditan, pegawai tuntutan, pegawai bank, ahli aktuari di syarikat insurans, perunding aktuari dan pengurus. Tempat Menyambung Pengajian Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) ada menawarkan program ini di peringkat sarjana muda. Universiti Teknologi Mara (UiTM) pula menawarkannya di peringkat diploma dan

78

sarjana muda. 2.24 KERJAYA DALAM BIDANG KETENTERAAN Dalam tajuk kali ini pula, saya akan membicarakan mengenai kerjaya tentera laut, udara dan darat serta Akademi Laut Malaysian (ALAM). Pengambilan Tentera UPNM Universiti Pertahanan Nasional Malaysia Melalui Asasi UPNM (Universiti Pertahanan Nasional Malaysia) dahulunya dikenali sebagai Akademi Tentera Malaysia(ATMA). Antara objektif UPNM ialah: #Bagi melahirkan pemimpin yang berakhlak mulia #Bagi melahirkan pemimpin yang mempunyai masa depan yang berilmu #Bagi melahirkan bakal pegawai tentera yang mengamalkan budaya ketenteraan dalam hidup #Bagi melahirkan pegawai tentera yang cekap dan mahir dalam bidang ketenteraan #Memperlengkapkan pegawai tentera supaya bersedia menyumbang tenaga mereka ke arah pembangunan pertahanan negara

Kursus Yang Ditawarkan

-Asasi Kejuruteraan Pertahanan(Z0440) -Asasi Sains dan Teknologi Pertahanan(Z0880) -Asasi Pengurusan Sumber Pertahanan(Z0220) -Asasi Perubatan Pertahanan(Z0080)

Syarat Kelayakan

PROGRAM DAN TEMPOH PENGAJIAN

SYARAT MINIMUM

SYARAT AM UNIVERSITI: 1) Warganegara Malaysia 2) Lulus peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia atau setaraf dengan mendapat sekurang-kurangnya

79

mendapat LIMA(5) kepujian termasuk Bahasa Melayu Program Asasi Perubatan Pertahanan(Z0080) Terbuka kepada Aliran Sains Memenuhi Syarat Am Universiti dan Syarat Khas Program 1) Mendapat Gred B+ dalam mata pelajaran Biologi dan Kimia 2) Mendapat sekurang-kurangnya Gred B dalam mata pelajaran Bahasa Inggeris, Fizik,

Matematik/Matematik Tambahan 3) Memenuhi syarat Kelayakan bagi lantikan Pegawai Kadet:          Umur 17 Tahun 6 bulan hingga 20 Tahun Tinggi minimum bagi lelaki ialah 1.57m dan perempuan 1.47m Berat minimum 47.5kg Bagi lelaki dan perempuan 40.5kg. Ukuran dada minimum 76sm(lelaki sahaja) Body Mass Indek 18-24 Taraf perkahwinan Bujang Tidak cacat penglihatan dan tidak rabun warna serta tidak memakai cermin mata Calon mestilah tidak mempunyai tapak kaki rata Calon mestilah tidak mempunyai apa-apa kecacatan atau kecederaan dan tidak ada penyakit keturunan  Kesihatan:Diakui sihat dan tidak cacat anggota oleh Pegawai Perubatan Kerajaan termasuk pemeriksaan X-ray serta disahkan oleh Pegawai Perubatan Angkatan Tentera Malaysia  LULUS UJIAN DAN TEMUDUGA

80

Program Asasi Kejuruteraan Pertahanan(Z0440)Terbuka kepada Aliran Sains dan Teknikal

Memenuhi Syarat Am Universiti dan Syarat Khas Program 1) Mendapat sekurang-kurangnya Gred B dalam mata pelajaran Bahasa Melayu,Matematik,Matematik

Tambahan dan Fizik 2) Mendapat sekurang-kurangnya Gred C+ dalam mata pelajaran Bahasa Inggeris dan mana-mana satu pelajaran seperti Kimia, Biologi, Ekonomi Asas, Prinsip Akaun, Reka Cipta, Lukisan

Geometri dan Binaan Bangunan, Mata pelajaran Teknikal (Pengajian Kejuruteraan Awam,

Mekanikal, Elektrik dan Elektronik/Teknologi Kejuruteraan 3.)Memenuhi syarat Kelayakan bagi lantikan Pegawai Kadet:          Umur 17 Tahun 6 bulan hingga 20 Tahun Tinggi minimum bagi lelaki ialah 1.57m dan perempuan 1.47m Berat minimum 47.5kg Bagi lelaki dan perempuan 40.5kg. Ukuran dada minimum 76sm(lelaki sahaja) Body Mass Indek 18-24 Taraf perkahwinan Bujang Tidak cacat penglihatan dan tidak rabun warna serta tidak memakai cermin mata Calon mestilah tidak mempunyai tapak kaki rata Calon mestilah tidak mempunyai apa-apa kecacatan atau kecederaan dan tidak ada penyakit keturunan  Kesihatan:Diakui sihat dan tidak cacat anggota oleh Pegawai Perubatan Kerajaan termasuk pemeriksaan X-ray serta disahkan oleh Pegawai Perubatan Angkatan Tentera

81

Malaysia  LULUS UJIAN DAN TEMUDUGA

Program Asasi Sains dan Teknologi Pertahanan(Z0880)Terbuka kepada Aliran Sains dan Teknikal

Memenuhi Syarat am Universiti dan Syarat Khas Program 1) Mendapat sekurang-kurangnya Gred B dalam mata pelajaran Bahasa Melayu dan Matematik serta mana-mana satu daripada mata pelajaran seperti Kimia, Biologi, Sejarah, Geografi, Perdagangan, Reka Cipta, Prinsip Akaun, Ekonomi Asas, Teknologi Maklumat, English For Science And Technology (Pengajian dan Mata pelajaran Awam, Teknikal Mekanikal,

Kejuruteraan

Elektrik dan Elektronik/Teknologi Kejuruteraan 2) Mendapat sekurang-kurangnya Gred C+ dalam mata pelajaran Bahasa Inggeris,Matematik

Tambahan,Fizik 3.)Memenuhi syarat Kelayakan bagi lantikan Pegawai Kadet:          Umur 17 Tahun 6 bulan hingga 20 Tahun Tinggi minimum bagi lelaki ialah 1.57m dan perempuan 1.47m Berat minimum 47.5kg Bagi lelaki dan perempuan 40.5kg. Ukuran dada minimum 76sm(lelaki sahaja) Body Mass Indek 18-24 Taraf perkahwinan Bujang Tidak cacat penglihatan dan tidak rabun warna serta tidak memakai cermin mata Calon mestilah tidak mempunyai tapak kaki rata Calon mestilah tidak mempunyai apa-apa kecacatan atau kecederaan dan tidak ada

82

penyakit keturunan  Kesihatan:Diakui sihat dan tidak cacat anggota oleh Pegawai Perubatan Kerajaan termasuk pemeriksaan X-ray serta disahkan oleh Pegawai Perubatan Angkatan Tentera Malaysia  LULUS UJIAN DAN TEMUDUGA

Program Asasi Pengurusan Sumber Pertahanan(Z0220)Terbuka kepada Aliran Sains dan Sastera

Memenuhi Syarat Am Universiti dan Syarat Khas Program 1) Mendapat sekurang-kurangnya Gred B dalam mata pelajaran Bahasa Melayu dan Matematik serta mana-mana TIGA(3) mata pelajaran dalam Kimia, Fizik, Sains, Biologi, Geografi, Sejarah,

Perdagangan, Prinsip akaun, Ekonomi Asas, Reka Cipta, Teknologi Maklumat, Pengajian

Keusahawanan, Islam/Pendidikan

Pendidikan Al-Quran

Islam/Tasawwur dan As.Sunnah,

English For Science And Technology, Mata elajaran Teknikal (Pengajian Kejuruteraan

Awam/Mekanikal/Elektrik/Elektronik/Teknologi Kejuruteraan. 2) Mendapat sekurang-kurangnya Gred C+ dalam mata pelajaran Bahasa Inggeris 3.)Memenuhi syarat Kelayakan bagi lantikan Pegawai Kadet:      Umur 17 Tahun 6 bulan hingga 20 Tahun Tinggi minimum bagi lelaki ialah 1.57m dan perempuan 1.47m Berat minimum 47.5kg Bagi lelaki dan perempuan 40.5kg. Ukuran dada minimum 76sm(lelaki sahaja) Body Mass Indek 18-24

83

   

Taraf perkahwinan Bujang Tidak cacat penglihatan dan tidak rabun warna serta tidak memakai cermin mata Calon mestilah tidak mempunyai tapak kaki rata Calon mestilah tidak mempunyai apa-apa kecacatan atau kecederaan dan tidak ada penyakit keturunan

Kesihatan:Diakui sihat dan tidak cacat anggota oleh Pegawai Perubatan Kerajaan termasuk pemeriksaan X-ray serta disahkan oleh Pegawai Perubatan Angkatan Tentera Malaysia

LULUS UJIAN DAN TEMUDUGA

Cara Memohon

Semua permohonan masuk ke program pengajian Universiti Pertahanan Nasional Malaysia adalah secara atas talian melalui Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar (BPKP), JPT, Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia. Anda boleh memohon melalui

http://upu.mohe.gov.my. Permohonan akan dibuka mulai bulan Februari setiap tahun. Calon dikehendaki untuk mendapatkan Nombor Unik ID daripada Bank Simpanan Nasional (BSN) sebelum mengemukakan permohonan.

Perhatian diingatkan kepada calon! Jika anda betul-betul ingin memilih UPNM sebagai pilihan anda, anda dikehendaki meletakkan UPNM sebagai pilihan pertama anda dalam permohonan Unit Pusat Universiti(UPU) secara atas talian.

Anda boleh pergi ke link paparan berikut untuk membuat permohonan:

84

Apa-apa pertanyaan anda boleh hubungi pihak di: Penolong Pendaftar Unit Kemasukan dan Promosi Bahagian Pengurusan Akademik Jabatan Pendaftar Universiti Pertahanan Nasional Malaysia Kem Sungai Besi 57000 Kuala Lumpur No. Telefon : (+603) 9051 3453/3400/3407 No. Faksimili: (+603) 9056 2511

85

Yuran Pengajian DI UPNM

PROGRAM YURAN ASASI (RM)

YURAN SEKALI SEPANJANG PENGAJIAN (PENDAFTARAN KEMASUKAN) Jumlah YURAN BERULANG (PER SEMESTER) Yuran Kebajikan Pendaftaran Pelajar 20.00 25.00 120.00 45.00 285.00 15.00 60.00 25.00 30.00 50.00 20.00 35.00 40.00 50.00 8.00

Minggu Haluan Siswa Aktiviti Pusat dan Buku Panduan Kad Matrik/Perpustakaan MUET Yuran Pengajian Yuran penginapan Kemudahan Peralatan Perpustakaan Ko-kurikulum dan Sukan Yuran Perkhidmatan Komputer Perkhidmatan Kesihatan Aktiviti Kolej Kediaman Yuran Pengangkutan Insurans Kelompok Pelajar

Jumlah

258.00

Bayaran bagi yuran pendaftaran hendaklah dibuat dalam bentuk BANK DRAF atau WANG POS di atas nama UNIVERSITI PERTAHANAN NASIONAL MALAYSIA

Semua pelajar dikehendaki membuka akaun Bank CIMB bagi memudahkan penerimaan elaun wang saku dan elaun ini dibiayai oleh Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia. Bagaimana sudah faham untuk setakat ni? Seterusnya kita pergi ke biasiswa pula.

86

Biasiswa Dan Tajaan

Wah! Satu berita baik untuk anda yang berjaya ditawarkan di UPNM kelak. DAN untuk pengetahuan anda SISKA ialah golongan yang berjaya melepasi semua tahap temuduga yang dijalankan dan jika anda tidak melepasi salah satu temuduga, anda akan ditawarkan ke Pelajar Awam UPNM.

Pegawai Kadet atau SISKA layak mendapat kemudahan seperti berikut: Gaji: TAHUN PENGAJIAN TAHUN 1 TAHUN 2 TAHUN 3 TAHUN 4 TAHUN 5 RM SEBULAN 1206.96 1293.48 1380.00 1466.52 1553.04

Lain-lain Pinjaman Atau Tajaan Pelajar Awam dibenarkan untuk memohon biasiswa, pinjaman atau lain-lain bantuan kewangan seperti:        PTPTN Jabatan perkhidmatan Awam Tabung Amanah Pendidikan Negeri Yayasan Tenaga Nasional Kementerian Belia dan Sukan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja Majlis Agama Negeri

87

P/S: Latihan

ketenteraan adalah wajib kepada semua pelajar UPNM. Pelajar Awam

diwajibkan mendaftar sebagai anggota PALAPES. Mereka akan diberi elaun dan kemudahan lain sepanjang menjalani latihan ketenteraan. Temuduga Program temuduga pula akan dijalankan pada bulan April setiap tahun serta selama 7-9 hari. Penginapan dan sajian akan ditanggung sepenuhnya. Proses temuduga akan dijalankan di kem-kem tentera di semenanjung Malaysia. Bagi Sabah, temuduga akan dibuat di Kem Kok Lawi manakala di Sarawak di Kem Penrissen. Antara proses temuduga adalah seperti berikut:  Ujian BMI (18-24) serta kesihatan  Ujian kecerdasan akal  Ujian merempuh halangan  Ujian larian 3.2 km di bawah 18 minit.  Ujian kepimpinan  Ujian syarahan  Ujian pengetahuan am  Ujian merancang Pengambilan Tentera Di Akademi Laut Malaysia Kursus Yang Ditawarkan 1) Diploma dalam Kajian Nautika 2) Diploma dalam Kejuruteraan Marin

88

Kursus yang dijalankan oleh setiap program adalah selama 3 tahun. Berikut adalah contoh sinopsis kursus yang akan dijalankan.

Syarat Kelayakan Berikut adalah beberapa syarat kelayakan asas untuk memohon ALAM:    Permohonan adalah berdasarkan keputusan SPM sebenar Berstatus bujang, lelaki dan perempuan dengan umur tidak melebihi 23 tahun. Keputusan SPM dengan Gred C mimimum atau kredit 5 subjek iaitu Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Matematik/Matematik Tambahan dan Fizik

89

     

Mental dan fizikal yang sihat serta keadaan kesihatan yang baik. Ketinggian minimum 158cm dan berat 48kg untuk pemohon lelaki(BMI 18.5-24.9) Ketinggian minimum 155 cm dan berat 42kg untuk pemohon wanita(BMI 18.5-24.9) Tidak rabun warna Mempunyai penglihatan yang baik untuk pengemudi pegawai Kadet. Alat pandang dengan had 200 untuk pegawai kadet kejuruteraan marin. Biasiswa

Untuk maklumat anda biasiswa adalah disediakan oleh pihak-pihak yang berikut:  Syarikat perkapalan tempatan dan antarabangsa  Agensi-agensi kerajaan  Operator-operator pelabuhan  Syarikat minyak/gas Cara Memohon Kebiasannya, iklan pengambilan Pegawai kadet ALAM akan diiklankan di akhbar-akhbar utama mengikut budi bicara pihak ALAM. Walau bagaimanapun, anda dapat menghubungi pihak berikut untuk maklumat lanjut: Akademi Laut Malaysia Window Delivery 2051 Masjid Tanah Post Office 78300,Masjid Tanah Melaka,Malaysia TEL: 606 3882 200(5 talian) FAX: 606 387 6700

90

EMEL: mma@alam.edu.my(general)/human resource@alam.edu.my(vacancies) Akademi Laut Malaysia c/o Institut Teknologi Petroleum Petronas, Lot 9764 Mukim Batu Rakit 21020,Kuala Terengganu,Terengganu,Malaysia TEL:609 668 6293 FAX: 609 668 6290 Soalan Yang Selalu Ditanya Mengenai ALAM

NO 1

SOALAN Adakah pelajar yang belajar di ALAM sepenuhnya ditaja?

JAWAPAN Ya, semua pelajar yang lulus temuduga,pemeriksaan kesihatan dan program orientasi akan sepenuhnya ditaja. Bagaimanapun,pelajar yang tidak mendapat tajaan boleh memilih untuk menampung sendiri yuran pengajian mereka.

2

Apakah yang antara ditaja dalam biasiswa?

Tajaan meliputi yuran tuisyen, penginapan, hidangan, pakaian seragam,buku-buku,elaun bulanan, dan kursus-kursus bermodul.

3

Adakah pelajar mempunyai kontrak dengan pihak ALAM dan jika ada berapakah tempoh masanya?

Ya, pelajar akan terikat dengan kontrak dan kontrak adalah berbeza dari satu penaja ke penaja yang lain.Tempoh mas kontrak pula adalah lingkungan 8-10 tahun. Kos pengajian keseluruhan selama 3 tahun ialah RM 70,000

4

Berapakah kos pengajian jika pelajar tetap berhasrat untuk

91

menyambung pengajian Di ALAM walaupun tidak mendapat tajaan? 5 Bagaimanakah proses temuduga dijalankan? Proses temuduga adalah seperti berikut: 1) Ujian rabun warna 2) Ujian bertulis dalam Bahasa Inggeris,Matematik dan Fizik 3) Ujian Psikometrik 4) Temuduga berstruktur 6 Apakah bahasa perantaraan utama yang digunakan dalam proses pembelajaran dan pengajaran di ALAM? 7 Perlukah pelajar belayar setelah menghabiskan pengajiannya di ALAM? Ia adalah bergantung kepada siapa penaja mereka. Namun, majoriti pelajar perlu belayar sehingga mereka memenuhi kontrak dengan penaja. Semua proses pembelajajaran dan pengajaran ialah dalam Bahasa Inggeris

Pengambilan Tentera Darat Malaysia

Dalam era yang serba moden dan canggih ini, keperluan untuk bidang atau kerjaya ketenteraan semakin bertambah dari hari ke hari. Keperluan tentera diperlukan untuk menjaga keharmonian dan kestabilan negara serta mempertahankan negara daripada sebarang anasir luar. Oleh itu, Tentera Darat Malaysia mengorak langkah dalam menyediakan kursus dan kerjaya ketenteraan kepada sesiapa khususnya bagi lepasan SPM 2011 yang berkelayakan dan mampu untuk menggalas tugas besar dan amat mencabar kelak. Terdapat 2 kategori permohonan untuk Lepasan SPM 2011 iaitu: 1. Perajurit muda

92

2. Askar wataniah Kategori Perajurit Muda Untuk permohonan perajurit muda, anda perlu mempuyai kelayakan seperti yang dinyatakan di bawah:  Terdiri daripada Warganegara Malaysia  Berumur di antara 18 hingga 23 tahun pada tarikh menjalani latihan asas ketenteraan. Walau bagaimanapun, kelonggaran had umur boleh dipertimbangkan oleh Majlis Angkatan Tentera.  Sihat tubuh badan dan tiada cacat anggota serta penglihatan yang baik. Selain itu, tiada rabun warna dan tidak memakai cermin mata.  Mempunyai ketinggian minimum 157sm untuk lelaki dan 147sm untuk wanita.  Mempunyai berat badan minimum 47.5kg bagi lelaki dan wanita 40.5kg  Mempunyai ukuran dada sekurang-kurangnya 76sm dan apabila menarik nafas 81sm. Calon wanita dikecualikan.  Taraf perkahwinan mestilah bujang dan jika sudah berkahwin, permohonan masih boleh dipertimbangkan oleh Majlis Angkatan Tentera. Kelulusan Akademik 1) Lulus PMR. Bagi pemohon yang sedang menunggu keputusan PMR pun boleh memohon ATAU, 2) Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau Sijil Pelajaran Malaysia Vokasional (SPMV) DAN, 3) Lulus mata pelajaran Bahasa Melayu dan Matematik pada peringkat PMR atau setaraf dengannya.

Untuk Kursus Asas Ketenteraan calon-calon yang memenuhi kelayakan dan kelulusan akademik seperti yang dinyatakan di atas akan menjalani Latihan Asas Ketenteraan di Pusat

93

latihan Asas/Rekrut Tentera Darat (PUSASDA) bagi suatu tempoh yang ditetapkan oleh Ketua Perkhidmatan. Cara Memohon Pemilihan secara terbuka (walk-in interview) di tempat-tempat yang akan diiklan atau diumumkan dari semasa ke semasa melalui media-media tempatan. Semua pertanyaan dan permohonan boleh dialamatkan kepada dan sebelum itu anda dapat menghubungi pihak berikut untuk makluman lanjut. Sel Pengambilan Perajurit Muda Tentera Darat Cawangan Sumber Manusia: Markas Tentera Darat Kementerian Pertahanan d/a Tingkat 14

Bangunan KUB Jalan YAP Kwan Seng 50450 KUALA LUMPUR TEL:03-21753000 SAMBUNGAN 3175 ATAU 3177 Kategori Askar Wataniah Alamat rejimen askar wataniah: Untuk maklumat dan keterangan lebih lanjut, anda dapat menghubungi: Markas Tentera Darat Bahagian Pasukan Simpanan Wisma Pertahanan Jalan Padang Tembak 50634 KUALA LUMPUR Tel:03-26921333 Sambungan 3332/2283/2281/3330/3346/4401/2306 Faks: 03-26989235

94

Pengambilan Tentera Laut Diraja Malaysia Terdapat 2 kategori permohonan tentera laut yang disediakan untuk lepasan SPM 2011. Antaranya ialah: 1) Pegawai kadet 2) Perajurit Muda atau lain-lain pangkat. Pegawai Kadet Untuk kategori Pegawai Kadet, syarat akademik yang diperlukan ialah:  Lulus SPM/SPMV atau kelayakan setaraf yang diiktiraf oleh kerajaan dengan mendapat Kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Melayu (Lulus Ujian Lisan), Bahasa Inggeris, Matematik dan DUA (2) KEPUJIAN tambahan dalam manamana mata pelajaran berikut: - Prinsip Perakaunan - Ekonomi Asas - Perdagangan - Matematik Tambahan - Biologi - Sains Tambahan atau Sains - Fizik - Kimia - Teknologi Maklumat atau Reka Cipta - Geografi atau Sejarah - Teknologi Kejuruteraan atau Pengajian Kejuruteraan Awam atau Pengajian Kejuruteraan Mekanikal atau Pengajian Kejuruteraan Elektrik & Elektronik atau Teknologi Automatif atau Teknologi Kimpalan & Fabrikasi Logam atau Teknologi Penyejukan & Penyaman Udara atau Teknologi Elektrik - Lukisan Kejuruteraan atau Lukisan Geometri & Automotif atau Geometri & Binaan Bangunan atau Lukisan Geometri & Fabrikasi Logam. - Bahasa Inggeris atau English for Science & Technology - Pendidikan Seni atau Pendidikan Syariah Islamiah atau Tasawwur Islam atau Pendidikan Al-Quran & As-Sunnah atau Pendidikan Islam atau Pendidikan Moral.

95

Untuk syarat kelayakan pula, anda mestilah: Berwarganegara malaysia, berumur 18 hingga 20 tahun(bagi lelaki) dan 18 hingga 25 tahun(wanita). Semestinya anda mestilah sihat tubuh badan dan tiada rabun warna. Tinggi minimum bagi lelaki ialah 157 sm dan berat minimum 47.5kg dan bagi wanita pula 147sm dan 40.5 kg. Anda mestilah berstatus bujang. Cara Memohon Untuk memohon anda terlebih dahulu dikehendaki menyediakan salinan-salinan dokumen berikut dan menyerahkannya kepada: MARKAS ANGKATAN TENTERA MALAYSIA BAHAGIAN PERKHIDMATAN ANGGOTA CAWANGAN TENAGA KERJA KEMENTERIAN PERTAHANAN JALAN PADANG TEMBAK 50634 KUALA LUMPUR (Untuk Perhatian:Sel C) Atau datang sendiri ke :

KAUNTER CAWANGAN TENAGA KERJA BAHAGIAN PERKHIDMATAN ANGGOTA MARKAS ATM KEMENTERIAN PERTAHANAN JALAN PADANG TEMBAK 50634 KUALA LUMPUR (dengan membawa dokumen-dokumen seperti dinyatakan) Dokumen Yang Diperlukan 1) Salinan Sijil SPM atau setaraf 2) Salinan sijil-sijil akademik 3) Salinan kad pengenalan 4) Salinan Sijil lahir

96

5) Salinan sijil-sijil kokurikulum 6) Salinan pengesahan pengiktirafan JPA(sekiranya berkaitan) 7) Sampul surat berukuran 20cm x 28cm, berstem RM1.00 dan beralamat sendiri. Catat di sebelah kiri sampul surat Tentera Laut Diraja Malaysia Sila bawa dokumen asal semasa melapor di pusat pemilihan kelak ATAU saya syorkan anda untuk menghubungi pihak berikut untuk maklumat yang seterusnya. Untuk Pertanyaan dan kekeliruan hubungi:

Telefon : 03-2071 4524/03-20712391/03-20712387 Faks : 03-2698 5340 / 03-26986235 Talian Bebas Tol :1 800 88 7588 Email : ctk.mtk@mod.gov.my Perajurit Muda Atau Lain Pangkat Untuk jawatan perajurit muda atau lain-lain pangkat pula, syarat utamanya ialah berwarganegara Malaysia dan berumur lingkungan 18 hingga 23 tahun. Anda mestilah sihat tubuh badan serta mempunyai penglihatan yang baik dan tidak rabun warna. Seperti biasa untuk permohonan kerjaya tentera ini anda hendaklah mempunyai berat minimum 49kg untuk lelaki dan wanita 40 kg. Minimum ketinggian untuk lelaki pula ialah 1.60m dan wanita 1.47m.Kadar minimum BMI bagi lelaki ialah antara 19-27.9 dan wanita 18-23. Ukuran dada minimum bagi lelaki ialah 76sm dan ketika menarik nafas ialah 81sm. Untuk kelayakan akademik ke Skim Perantis Program Diploma Teknologi Marin anda perlu memiliki SPM/SPMV/SKM dengan mendapat kepujian dalam Bahasa Melayu, Matematik dan 3 mata pelajaran lain dan ini khas untuk pemohon lelaki sahaja. Untuk peringkat rendah pula, anda hendaklah memiliki SPM/SPMV/SKM dengan mendapat kepujian dalam Bahasa Melayu di Sekolah Bantuan Penuh Kerajaan. Keutamaan diberikan kepada pemohon yang mempunyai kepujian di dalam mata pelajaran Matematik dan 3 mata pelajaran yang lain.

97

Cara memohon Sebagai persediaan awal untuk memohon, anda hendaklah menghubungi pihak berikut untuk maklumat lanjut: Bahagian Sel Promosi dan Pengambilan Kerjaya Lain- Lain Pangkat TEL:03-2071 3177/ 03-2071 3178/ 03-2071 2214 Pengambilan Tentera Udara Diraja Malaysia Terdapat banyak kerjaya yang terdapat dalam TUDM selaras dengan arus modenisasi kini. Salah satunya ialah ahli biasa dan antaranya ialah: 1) Bahagian anak kapal iaitu merangkumi- Kuartermaster udara dan pramugari. 2) Bahagian Kejuruteraan- Rangka kapal terbang,pembantu statistik, avionik, alat permukaan dan keselamatan, instrumen, elektronik, enjin, persenjataan, kerani perangkaan, workshop, elektrik, alat keselamatan dan alat bantuan udara. 3) Bahagian Logistik- sistem logistik, pemandu, kerani inventori, juruteknik bekalan, juruteknik stor, pemandu kenderaan khas udara. 4) Bahagian pentadbiran- pembantu tadbir, pembantu sajian, jurulatiih jasmani, pancaragam. 5) Bahagian pembantu pertahanan- provost, pasukan khas udara. 6) Bahagian operasi- juruteknik perkhidmatan ruang angkasa, bomba. Syarat Kelayakan Anda hendaklah berwarganegara Malaysia dan berumur 18 hingga 23 tahun. Tinggi minimum ialah 1.57m untuk lelaki dan wanita 1.47m. Berat minimum bagi lelaki pula ialah 50kg manakala wanita 45kg. Anda hendaklah mempunyai penglihatan yang baik dan tidak rabun warna. BMI juga hendaklah lingkungan 18-25. Ukuran dada bagi lelaki pula dalam keadaan biasa ialah 76sm dan ketika menarik nafas ialah 81sm.

98

Untuk syarat kelayakan akademik, anda hendaklah lulus Bahasa Melayu dan kepujian dalam Bahasa Inggeris, Matematik, Sains/Fizik/Kimia di peringkat SPM/SPMV bagi tred juruteknik, sistem udara dan sistem darat ATAU kepujian dalam Bahasa Melayu dan lulus Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains di peringkat SPM/SPMV bagi lain-lain tred. Bila ingin membuat permohonan nanti, pastikan dokumen yang diperlukan dibawa. Berikut adalah dokumen yang perlu disertakan: 1) Kad pengenalan Malaysia 2) Sijil PMR 3) Surat Akuan dan sokongan(jika ada) 4) Filem dan laporan x-ray 5) Sijil kelulusan akademik SPM/SPMV 6) Sijil kelahiran 7) Sijil berhenti sekolah 8) Sijil penghargaan akademik 9) Sekeping gambar berukuran pasport Cara memohon Untuk permohonan anggota biasa,pemilihan adalah terbuka(walk-in) di tempat-tempat yang diiklankan serta diumumkan. Sebarang pertanyaan sila hubungi di: MARKAS TENTERA UDARA, BAHAGIAN SUMBER MANUSIA, (UP:SEL KERJAYA DAN PENGAMBILAN), D/A PANGKALAN UDARA KUALA LUMPUR, 50640,KUALA LUMPUR TEL:03-21171133 SAMB 1142/1143/1140/1139

99

2.25 KERJAYA DALAM SAINS POLITIK

Pada masa kini, bidang politik sebenarnya mempunyai peranan yang cukup besar dan penting kepada setiap individu mahupun masyarakat kerana tanpa politik tidak mungkin kita dapat menjalani kehidupan yang baik, aman dan tenteram seperti yang kita alami sekarang. Individu yang meminati bidang politik dan bercita-cita untuk terus terlibat secara langsung di bidang ini, mereka boleh mengikuti pendidikan secara formal di bidang sains politik di peringkat universiti. Dewasa ini, negara memerlukan lebih ramai warga yang berminat serta menceburi bidang ini sama ada sebagai ahli politik atau pengkaji politik. Sebenarnya, bidang sains politik adalah menarik untuk dipelajari terutamanya berkaitan teori dan falsafah politik yang dicetuskan oleh tokoh-tokoh politik yang terkenal. Contohnya Gagasan 1 Malaysia, Wawasan 2020, Program Transformasi Kerajaan dan sebagainya. Selain itu, individu juga boleh mempelajari dan mendalami tentang hal ehwal politik tempatan dan antarabangsa. Pelajar akan mempelajari tentang sains politik yang merangkumi sub-bidang dalam disiplin berkenaan iaitu teori dan falsafah, politik perbandingan, hubungan antarabangsa, ekonomi politik dan sosiologi politik sepanjang tempoh pengajian. Sebagai contoh, di UKM, di samping menawarkan kursus-kursus yang merangkumi sub-bidang ini, beberapa modul diperkenalkan iaitu politik dan dasar awam, politik dan pengurusan organisasi, politik dan ekonomi antarabangsa serta politik dan tasawwur (cara hidup) Islam. Dengan ini, pelajar juga dibolehkan mengambil kursus yang berkaitan dengan modul dan fakulti lain seperti Fakulti Ekonomi, Fakulti Pengurusan Perniagaan, Fakulti Undang-undang dan Fakulti Pengajian Islam. Individu yang menceburi bidang ini sebenarnya tidak menghadapi masalah untuk mendapat pekerjaan. Terdapat ramai lulusan sains politik yang berkhidmat sebagai pengurus, pentadbir dan eksekutif sama ada di sektor awam atau swasta. Tidak kurang juga yang menjalankan perniagaan sendiri. Tempat Menyambung Pengajian UKM, Universiti Sains Malaysia (USM) dan Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) dan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) menawarkan kursus ini di peringkat sarjana muda yang mengambil masa selama empat tahun. Universiti-universiti yang mempunyai

100

Fakulti Sains Sosial atau Fakulti Sastera di luar Negara adalah seperti di United Kingdom, Australia dan Amerika Syarikat rnenawarkan kursus sains politik di peringkat sarjana muda. 2.26 HALA TUJU ANDA DI IPT Selepas Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia 2011, setiap pelajar pastinya akan membawa haluan masing-masing untuk melanjutkan pelajaran terutamanya ke IPTA. Tidak keterlaluan jika dikatakan bahawa peperiksaan SPM merupakan tiket atau pintu gerbang untuk anda melangkah ke masa hadapan. Jika keputusan SPM anda cemerlang, jalan di hadapan juga terbuka luas. Banyak peluang yang ada untuk anda pilih. 1. Anda berhak mendapatkan maklumat dan membuat pemilihan yang tepat. 2. Memberi peluang kepada semua pelajar untuk mengetahui taraf pendidikan, kelayakan masuk, peluang permohonan dan beberapa maklumat berguna yang lain. 3. Membuat penyelidikan, perundingan dan panduan kepada para pelajar melalui penerbitan buku ini. 4. Mempromosi potensi dan penggalakkan pelajar ke IPTA tempatan. 5. Menyebar maklumat yang terkini tentang peluang pendidikan tinggi di Malaysia. Bagaimana Memilih Kursus Yang Sesuai Di IPT? Di mana anda patut belajar? Apakah kursus yang patut anda pilih? Soalan ini sering berlegar di setiap fikiran pelajar terutama Lepasan SPM 2011 yang bercita-cita memasuki IPT. Membuat pilihan untuk memasuki salah satu dari berpuluh-puluh institusi bukanlah tugas yang mudah bukan? Begitupun, beberapa kriteria mesti dijelaskan sebelum membuat keputusan yang muktamad. Sebelum anda membuat pemilihan kursus dan institusi baik kita kembali kepada matlamat dan cita-cita anda seperti dinyatakan di bawah: 1) Apakah cita-cita kerjaya anda? 2) Bagaimanakah bentuk pengajian yang akan anda pilih? 3) Tempoh masa yang akan diambil? Anda patut juga mempertimbangkan tentang pasaran kerja pada masa hadapan. Minat dan kebolehan yang ada pada diri anda juga penting agar proses pembelajaran nanti menjadi lebih mudah. Pemilihan institusi pula berdasarkan pengiktirafan oleh kerajaan terutama program

101

yang ditawarkan. Ini penting dalam proses mendapatkan pekerjaan selepas tamat program yang diambil. Selain itu, terdapat juga aspek-aspek lain yang perlu dipertimbangkan dan dinilai. Antaranya ialah: 1) Lokasi/tempat 2) Saiz/ruang 3) Kemudahan kediaman 4) Tenaga pengajar/fasilitator 5) Perpustakaan 6) Bilik Kuliah/bilik tutorial 7) Pinjaman pembelajaran dan berbagai lagi. IPTA yang sesetengahnya telah begitu lama penubuhannya dan mendapat jaminan dari kerajaan. Sesetengahnya telah terbukti melahirkan graduan yang menguasai pasaran kerja di negara ini. Dapatkan Nasihat Pakar Anda boleh berbincang lebih awal dengan guru-guru penasihat akademik di sekolah tempat anda belajar atau penasihat akademik di institusi berkenaan bagi membuat perancangan dan pemilihan. Walau bagaimanapun anda boleh terus hubungi saya di talian peribadi 0133262125 atau emel lepasanspm.com@gmail.com untuk sebarang pertanyaan kerjaya. Penasihat akademik atau guru di sekolah anda akan membantu dalam memenuhi inspirasi kerjaya anda. IPTA juga mempunyai penasihat akademik yang dapat membantu anda membuat pemilihan tentang kursus atau program yang bersesuaian dengan minat serta kelayakan yang ada pada anda. Anda juga boleh berbincang dengan keluarga. Namun keputusan sebenarnya adalah di tangan anda. Mengapa? Hal itu kerana perkara tersebut adalah hak anda. Anda mempunyai keutamaan untuk memilih mana-mana kursus yang diminati. Gunalah perpustakaan berhampiran tempat tinggal anda untuk melihat prospektus terbaru terutama universiti awam.

102

Persediaan Memasuki IPT Persediaan awal adalah penting untuk menjadikan anda sebagai calon terbaik dalam proses pemilihan nanti. Keputusan anda sekarang akan menentukan masa depan anda pada masa hadapan. Jadi sebelum mengisi borang permohonan adalah penting untuk meneliti latar belakang akademik, minat anda komitmen anda. Adalah lebih baik jika anda telah membuat satu pelan perancangan sebelum dan selepas membuat satu-satu keputusan. Jika anda telah yakin untuk memilih satu kursus yang anda minati, anda haruslah berhenti untuk berfikir kembali, kenapa tidak memilih itu dan ini? Kenapa tidak cuba kursus itu? Ini penting supaya setiap keputusan anda adalah jelas serta mempunyai alasan yang kukuh. Namun begitu komitmen dan motivasi haruslah diberi kepada setiap keputusan anda. Jika anda mempunyai idea yang jelas terhadap apa yang anda hendak capai, penyelidikan mengenai jalan serta cara-cara untuk mencapai kejayaan hendak dibuat. Ibu bapa adalah pendorong utama kepada cita-cita anda namun begitu INGAT!! Anda adalah penggerak utama kepada diri anda sendiri. Tujuan Masuk Ke IPT Sebelum anda memasuki universiti, anda hendaklah memahami secara jelas tujuan sebenar untuk masuk universiti. Apa tujuannya? Anda tahu atau tidak tahu? Berikut adalah tujuan mengapa sebenarnya patut masuk ke universiti: 1) Untuk sambung belajar di peringkat yang lebih tinggi dalam bidang yang diminati dan yang bersesuaian dengan result spm yang diperolehi. 2) Untuk belajar bersungguh-sungguh dalam jangka masa yang ditetapkan oleh universiti bagi mencapai dan memperolehi segulung ijazah idaman dalam bidang yang dipilih dan diceburi. 3) Untuk menimba, mencari dan memperolehi serta membawa balik sebanyak mungkin ilmu, pengalaman dan kemahiran dalam bidang yang berkaitan sebagai tiket untuk mencari pekerjaan

103

4) Untuk

mempertingkatkan

kemahiran

berkomunikasi

dan

meluaskan

“skop

networking” dalam konteks yang sangat diperlukan terutama sewaktu memasuki “pasaran kerja” Pelan Tindakan Anda! Rancang dari awal!! Anda sepatutnya membuat perancangan sejak sesi persekolahan bermula. Ini adalah supaya anda tahu cita-cita kerjaya anda, kebolehan dan kelemahan anda seterusnya dapat memperbaiki segala kekurangan. Sebagai contoh anda bercita-cita untuk menjadi seorang jurutera dan ingin mengambil kursus kejuruteraan selepas tamat sekolah nanti. Sebagai persediaan awal anda hendaklah mempunyai kemahiran yang tinggi dalam beberapa mata pelajaran seperti matematik, fizik, dan kimia. Begitu juga dengan bidang-bidang lain yang mempunyai kesinambungan dengan beberapa mata pelajaran. Sila bertanya dengan guru-guru anda untuk mengetahui lebih lanjut. Namun begitu anda hendaklah mendapatkan keputusan yang cemerlang untuk kesemua matapelajaran yang duduki. Rancang, rancang dan rancang secara baik serta efektif pelan tindakan anda. Bawalah berbincang dengan ibu-bapa dan pihak-pihak yang lebih arif tentangnya! 2.27 PERMOHONAN BIASISWA Sebenarnya terdapat banyak lagi biasiswa yang boleh anda pohon selain JPA dan MARA. Saya tidak akan senaraikan sumber-sumber pinjaman kerana banyak agensi tertentu menawarkannya selain PTPTN. Semestinya biasiswa hanya untuk mereka yang cemerlang dalam prestasi akademik dan kokurikulum serta memasang impian tinggi untuk melanjutkan pelajaran dalam dan luar negara di seluruh universiti terkemuka di dunia. Mengambil permintaan dari pelajar calon lepasan SPM 2010 dan 2011, saya hasilkan panduan ini khas untuk membantu anda khususnya memilih biasiswa yang diingini berdasarkan kelayan akademik dan kokurikulum! Mari kita lihat... Jabatan Perkhidmatan Awam ( JPA )

104

Selalunya biasiswa JPA ini boleh dimohon selepas seminggu keputusan SPM diumumkan. Untuk itu, anda boleh ke laman web esila untuk tindakan selanjutnya. Layarinya di sini.

Sebenarnya, untuk membantu anda memudahkan membuat permohonan biasiswa JPA, selalulah menghubungi pihak JPA dengan merujuk di laman web tersebut. Segala berita terkini dapat diketahui melalui laman web tersebut!

MARA ( Majlis Amanah Rakyat Mara ) Permohonan untuk biasiswa ini boleh dilihat di laman web ini: ---->http://www.mara.gov.my/web/guest/biasiswapinjamanpelajaran Nasihat saya juga sentiasalah menghubungi pihak mereka untuk mengetahui tarikh sebenar permohonan biasiswa. Tarikh permohonan sentiasa berubah-ubah jadi sentiasa gerakkan diri anda untuk bertanya kepada pihak mereka! Biasiswa MARA ini hanya untuk pelajar-pelajar yang berbangsa melayu dan bumiputera sahaja!

105

Petronas Biasiswa petronas ada ditawarkan kepada pelajar yang akan melanjutkan pelajaran di Universiti Teknologi Petronas di Tronoh, Perak. Jika anda mendapat temuduga, anda akan menghadapi educamp selama 2 hari. Untuk permohonan biasiswa bolehlah layarinya di sini ye: --->http://spmonline.petronas.com.my/ Kerajaan Negeri Selain dari tawaran biasiswa dari agensi kerajaan dan swasta, kerajaan negeri juga ada menawarkan biasiswa tertentu kepada rakyatnya. Antara negeri-negeri yang menawarkan biasiswa ialah seperti berikut: 1) Biasiswa Kerajaan Negeri Sabah- http://www.biasiswa.sabah.gov.my/default.asp 2) Biasiswa Kerajaan Negeri Melaka- http://www.yayasanmelaka.gov.my/ 3) Biasiswa Kerajaan Negeri Sarawak- http://www.yayasansarawak.org.my/ 4) Biasiswa Kerajaan Negeri Sembilanhttp://www.yns.gov.my/v6/index.php?option=com_content&view=article&id=51:per mohonan-pinjaman&catid=48:pinjaman-pendidikan&Itemid=159 5) Biasiswa Kerajaan Negeri Kelantan- http://www.yakin.kelantan.gov.my/ 6) Biasiswa Kerajaan Negeri Johor- http://www.ypj.gov.my/v1/ 7) Biasiswa Kerajaan Negeri Pahang- http://www.yp.org.my/ 8) Biasiswa Kerajaan Negeri Terengganu- http://www.ytrg.terengganu.gov.my/v2/ 9) Biasiswa Kerajaan Negeri Perak- http://yayasanperak.com.my/ 10) Biasiswa Kerajaan Negeri Perlis- http://www.perlis.gov.my/ 11) Biasiswa Wilayah Persekutuanhttp://www.maiwp.gov.my/index.php/perkhidmatan/bantuan-zakat-maiwp.html 12) Biasiswa Kerajaan Negeri Kedah- http://www.yiked.gov.my/ 13) Biasiswa Kerajaan Negeri Selangor- http://www.yayasanselangor.org.my/ 14) Biasiswa Kerajaan Negeri Pula Pinang- http://www.penang.gov.my/ Memang banyak tawaran biasiswa yang disediakan untuk anda namun andalah perlu bijak dalam menguruskan permohonanya di samping keputusan akademik anda yang

memberansangkan.

106

Agensi- agensi lain Saya sertakan pula kepada anda senarai-senarai biasiswa yang boleh dipohon. Terdapat pelbagai agensi yang menawarkan seperti biasiswa proton, khazanah, Shell dan sebagainya. Segalanya dapat anda ke pautan yang diberikan di bawah: Di sini, terdapat banyak jenis biasiswa yang boleh anda lihat dan pohon. Seperti di dalam pautan- http://afterschool.my/ . Bolehlah anda pilih jenis biasiswa yang diminati berdasarkan kelayakan akademik anda!

Anda juga boleh layari laman web ini untuk permohonan biasiswa: -http://malaysia-scholarship.net/

107

Segala permohonan biasiswa yang disediakan bertujuan untuk membantu anda lebih tahu tentang peluang biasiswa yang dibuka. Sentiasalah ambil tahu akan tarikh-tarikh tutup permohonan biasiswa dan cara memohonnya. Saya doakan anda semoga terus berjaya! Wallahualam.. Renungan Motivasi~~ “We are all here for some special reasons. Stop being a prisoner of your past. Become the architect of your future.” – Robin Sharma

108

BAB 3: SUKSES DI IPT

Renungan Motivasi~~

“Setiap lelaki dan Wanita Yang Sukses Adalah Pemimpin-Pemimpin Besar. Mereka Berimaginasi Tentang Masa Depan Mereka, Berbuat Sebaik Mungkin Dalam Setiap Hal, Dan Bekerja Setiap Hari Menuju Visi Jauh Ke Depan Yang Menjadi Tujuan Mereka” (Brian Tracy)

3.1 PENGURUSAN MASA Masa sebenarnya adalah anugerah daripada Allah SWT kepada hamba-Nya yang bernama manusia. Jikalau kita merujuk surah Al-Asr, surah yang ke-103, dapat dibuat kesimpulan bahawa manusia perlu menyedari bahawa masa adalah suatu anugerah Allah SWT yang tidak boleh disia-siakan. Justeru itu, demi kemajuan diri anda khususnya sebagai bakal mahasiswa persoalan masa mestilah diberi perhatian yang sangat serius. Masa itu emas atau masa ibarat pedang? Saya pasti anda pernah terdengar ungkapan ini. Masa merupakan perkara yang paling mustahak dalam semua kehidupan manusia lebih-lebih lagi kepada anda. Untuk menjadikan pengurusan masa yang lebih cekap dan teratur anda perlu tahu mengenai kegiatan dan masa yang diambil oleh anda sepanjang hari. Selepas anda menghabiskan bacaan mengenai ini, saya pasti anda akan mula sedar berapa lama masa yang diambil oleh anda untuk makan, mandi, tidur, bermain dan sebagainya. Mengapa anda perlu menguruskan masa dengan lebih efektif? Saya gariskan beberapa penyebab anda perlu mengurus masa dengan lebih cekap untuk: (a) (b) (c) (d) Mengelakkan diri daripada membazir masa dengan sia-sia. Mengelakkan diri daripada amalan menangguh-nangguhkan masa. Supaya dapat belajar dengan berkesan. Melatih anda menggunakan masa dengan berkesan.

109

(e)

Mengelakkan diri daripada panik untuk menghadapi peperiksaan.

Mungkin anda tertanya-tanya mengapa masa itu begitu penting? Adakah ada teknik-teknik atau kaedah tertentu dalam merencanakan masa anda? Ada beberapa strategi pengurusan masa yang patut anda tahu dan akan saya terangkan sebentar lagi! Saya tertarik dengan ingatan daripada Rasulullah SAW yang telah bersabda: '' Dapatkan saham keuntungan dalam masa lima waktu sebelum tiba lima waktu yang lain” . a) Masa kamu hidup sebelum kamu mati, b) Masa kamu sihat sebelum kamu sakit, c) Masa kamu lapang sebelum kamu sibuk, d) Masa kamu muda sebelum kamu tua, e) Masa kamu senang sebelum kamu papa. Bagaimana 24 Jam dapat dimanfaatkan sepenuhnya? Setiap mereka yang bergelar pelajar dibekalkan dengan jumlah masa yang sama iaitu 24 Jam sehari, 7 hari seminggu dan 12 bulan setahun. Oleh itu, apabila saya membicarakan pengurusan masa bersama-sama dengan anda sudah tentunya ia merujuk keupayaan anda sebagai pelajar menggunakan masa yang ada untuk dimanfaatkan sepenuhnya dalam aspek pembelajaran serta kehidupan seharian. 24 jam bukanlah satu masa yang agak lama, namun 24 jam yang ada dapat digunakan sepenuhnya menerusi perkara yang dinyatakan: 1.) Saya cadangkan anda sediakan suatu jadual hari yang tetap. Anda juga boleh merakamkan kegiatan anda dalam masa seminggu. Saya akan sediakan satu contoh jadual agar anda faham pengurusan jadual nanti. 2.) Apabila sahaja anda telah menetapkan untuk menyelesaikan sesuatu perkara, siapkannya secepat mungkin. Selagi belum siap, selagi itulah, anda tidak boleh pergi ke mana-mana. 3.) Sebarang perkara yang tidak berkaitan harus diketepikan dahulu. 4.) Lakukan hanya satu kerja pada sesuatu masa sahaja. Jangan campur adukkan pelbagai jenis kerja dalam satu tindakan. Ianya sama sekali akan menghilangkan tumpuan anda!

110

5.) Analisis ganguan perencanaan masa anda. Fikirkan langkah yang sesuai untuk menangani permasalahan tersebut.

Mahasiswa yang berjaya adalah mahasiswa yang bijak menggunakan masa yang diberikan oleh mereka! Perencanaan Jadual dan rutin belajar Sebelum perencanaan masa dibuat, pelajar perlu meneliti penggunaan masa yang dilakukannya secara sehari-hari. Antara salah satu cara yang boleh digunakan ialah dengan menulis aktiviti anda sepanjang minggu tersebut. Jadual seperti berikut mungkin boleh diamalkan anda! Hari Isnin Aktiviti Bangun tidur, mandi serta sembahyang subuh. Sarapan dan bersiap ke kuliah 6.20 Membuat persiapan di bilik kuliah seperti membersihkan bilik kuliah dan membuat semakan buku. Kuliah bermula Rehat dan makan pagi Sambung kuliah Makan tengah hari dan sembahyang zuhur Mandi, persiapan diri Kuliah petang bermula Sembahyang Asar, makan petang 2.00 Petang 2.30 4.30 30 minit 120 minit 7.45 10.45 11.15 1.15 180 minit 30 minit 120 minit 45 minit 7.00 40 minit 45 minit 6.oo Pagi. Waktu 20 minit Tempoh

111

Riadah, rehat Mandi, sembahyang dan persiapan diri Mengulang kaji pelajaran, menyiapkan kerja Tidur

5.00 7.00

120 minit 120 minit

9.00 Malam

150 minit

11.30

Di atas merupakan sedikit contoh jadual yang boleh dibina untuk memudahkan anda menguruskan masa. Contoh ini amat sesuai bagi anda kerana kegiatan yang dilakukan seharian bertepatan dengan anda yang bakal menjadi mahasiswa kelak! Namun dalam perencanaan jadual, bergantung juga kepada anda kerana mungkin aktiviti-aktiviti yang dilakukan berbeza-beza. Rancanglah jadual anda dengan berkesan dalam menjadikan pengurusan masa anda lebih sistematik dan teratur. Oleh itu, anda sebagai bakal mahasiswa perlu bijak menguruskan masa anda supaya penyeimbangan antara aktiviti belajar dan mengulang kaji serta aktiviti-aktiviti lain lebih teratur. Antara kegagalan utama mahasiswa dan mahasiswi di IPT atau IPTS adalah mereka tidak bijak dalam mengatur masa dengan berkesan. Oleh itu, pastikan masa anda dibahagikan sebaik mungkin. Wallahualam..

Renungan Motivasi~~ “Ambillah masa anda untuk belajar segigih mungkin kerana kejayaan tidak akan datang tanpa usaha” ( Cikgu Loh)

3.2 Teknik Membaca Ala IPT Mengapa Anda Perlu Membaca Dengan Berkesan Supaya Mudah Faham? Apabila mula sahaja anda berada di atas meja dan duduk di kerusi, anda akan setkan diri anda untuk mula membaca. Proses yang paling utama untuk berjaya di IPT adalah membaca. Justeru itu, amat penting untuk anda memiliki kebolehan membaca dan mengetahui teknikteknik betul untuk membaca.

112

Sebelum kita pergi ke teknik membaca yang berkesan, apakata kita tahu dahulu mengenai mengapa anda perlu membaca? Apakah tujuan anda membaca? Adakah anda sekadar melihat gambar atau ilustrasi ataupun secara sekilas pandang sahaja. Secara khususnya, tujuan membaca adalah:  Untuk mendapatkan maklumat mengenai sesuatu gambaran subjek, fakta atau mencari jawapan kepada sesuatu permasalahan.  Untuk memahami dan meneliti sesuatu perkara dengan lebih mendalam  Membaca bahan rujukan sebagai maklumat tambahan untuk anda Apabila anda sudah tahu akan tujuan sebenar waktu anda memegang buku, teknik membaca berikut perlu diikuti: Saya senaraikan 4 teknik membaca yang boleh membantu anda. Saya pasti anda pernah mendengarnya namun tidak didedahkan prosedur yang betul dalam menjalani aktiviti pembacaan anda itu. 1.)Teknik membaca SQ3R 2.)Teknik Membaca KWLH 3.)Teknik Skimming 4.)Teknik Scanning Teknik membaca SQ3R Teknik ini diperkenalkan oleh Robinson pada tahun 1961. Teknik ini lebih menekankan aspek membaca secara kritis berbanding teknik scanning dan skimming yang lebih fokus kepada bacaan pantas. Teknik ini dapat menajamkan lagi minda anda untuk belajar dan mengingati fakta-fakta penting. SQ3R adalah singkatan bagi : S (survey) : Tinjau Q ( question) : soal / Tanya R (read) : Baca R (recite) : Imbas

113

R (review) : Baca semula Kaedah ini sebenarnya boleh anda lakukan ketika belajar dalam bilik kuliah. Anda boleh keluarkan persoalan anda sendiri apabila mendengar sesuatu yang dipelajari di dalam bilik kuliah. Survey (Tinjau) Melalui survey anda perlu mendapatkan gambaran keseluruhan dengan apa yang anda baca, Anda boleh meneliti tajuk-tajuk besar dan kecil, peta minda, pendahuluan dan rumusan. Ringkasan setiap bab juga anda boleh lakukan. Teknik ini sebenarnya anda membuat tinjauan awal dahulu mengenai sesuatu tajuk yang ingin dibaca. Proses ini mengambil masa yang singkat sahaja. Question (Soal / Tanya) Apabila anda sedang membaca, anda dapat menyenaraikan soalan yang berkaitan dan mungkin ditanya dalam sesuatu teks tersebut. Ini seolah-olah anda bercakap keseorangan untuk menjawab persoalan yang anda sendiri utarakan dan selesaikannya. Perkara inilah dapat membantu proses ingatan anda menjadi lebih kukuh. Anda boleh gunakan persoalan seperti kenapa, mengapa, bagaimana, bila dan sebagainya. Anda boleh tulis soalan anda itu di tepi buku yang dibaca. Mungkin saya gambarkan anda ketika itu membaca buku fizik mengenai tajuk “cahaya”. Anda boleh tulis soalan di tepi buku tadi antaranya seperti bagaimana proses cahaya boleh berlaku? Mengapa cahaya boleh dipantulkan atau sebagainya. Inilah yang saya nyatakan tadi dapat menjamin ingatan anda dan membuatkan anda lebih faham apa yang anda baca. Jangan risau kerana proses ini mengambil masa yang sedikit sahaja dan pastinya berbaloi-baloi untuk anda. Read (Baca) Pada peringkat ini, anda mula menyenaraikan soalan-soalan tambahan berdasarkan kefahaman anda melalui pembacaan. Proses aktif ini anda perlu mencari keseluruhan jawapan bagi soalan yang telah anda sediakan. Teknik skimming dan scanning amat sesuai digunakan untuk mendapat jawapan yang tepat. Selepas ini, akan saya nyatakan bagaimana dua proses itu dapat membantu anda dalam membaca.

114

Recite (Imbas Kembali) Peringkat ini ialah cuba ingat semula apa yang telah anda baca. Anda boleh cuba menjawab soalan yang mungkin ada pada setiap tajuk di buku anda. Anda boleh bercakap keseorangan dan buat rumusan mengenai apa yang anda faham melalui pembacaan tadi dengan menggunakan gaya bahasa anda sendiri. Secara tidak langsung inilah yang akan terus menguatkan ingatan anda mengenai kefahaman sesuatu tajuk. Review (Baca Semula) Ini merupakan peringkat terakhir. Pada peringkat ini, pelajar memastikan tiada fakta penting yang tertinggal. Proses pembacaan semula adalah bahagian utama dalam proses ini. Kesan semula apa yang anda tidak faham dan cuba ulanginya berulang kali. Peringkat ini akan mengukuhkan lagi kefahaman anda! Untuk teknik KWLH, ianya agak lebih mudah difahami berbanding SQ3R, saya gariskan di sini apa yang dimaksudkan dengan KWLH. Teknik membaca KWLH (kritis) KWLH adalah singkatan bagi : K (Know) Apa yang anda ketahui (sebelum membaca) W (want) Apa yang anda hendak ketahui (sebelum membaca) L (learned) Apa yang telah anda ketahui (selepas membaca) H (how) Bagaimana untuk anda mendapat maklumat tambahan yang berkaitan (untuk membaca seterusnya) Melalui kaedah pembacaan kritis ini , keseluruhan buku yang dibaca perlulah difahami terdahulu oleh anda! Anda boleh perhatikan kesimpulan yang terdapat di akhir sesuatu bab.

115

Melalui teknik ini, senaraikan seberapa banyak perkara yang anda telah tahu (know) tentang apa yang anda bakal baca. Ini dilakukan sebelum anda mula membaca. Di sinilah anda akan mendapat bayangan apa yang anda bakal baca kelak. Anda juga perlu meletakkan sasaran (want) terhadap apa yang telah anda harap, dan peroleh selepas membaca. Selepas anda membaca, anda perlu menyatakan pada diri anda sendiri apa yang telah anda ketahui (learned). Sejauh mana anda memahami perkara yang dibaca dan adakah anda menguasainya. Sebaiknya setelah anda selesai membaca, ulangilah pembacaan anda. Anda mungkin tertinggal fakta atau perkara penting yang perlu anda fahami. Semakin kuat pemahaman anda jika pembacaan itu diulang berkali-kali. Selepas anda membaca, anda sudahpun mengetahui apa yang hendak dibaca. Catatlah sebarang perkara yang anda faham dan jadikan ia sebagai nota ringkas Skimming dan Scanning Kedua-dua teknik ini amat sesuai digunakan untuk pembacaan bahan ringkas seperti buku ringkas, jurnal atau majalah. Dalam proses pembacaan ini anda perlu memberikan perhatian kepada idea-idea atau bahagaian yang penting sahaja. Perkara yang penting tersebut ialah seperti: 1.Pengenalan 2.Prakata 3.Kandungan 4.Subtopik setiap tajuk Langkah skimming yang berkesan: 1.Pastikan diri anda ada maklumat yang diperlukan 2.Telitikan ayat dan fakta yang ada 3.Ketika melakukan skimming, pastikan fakta diketahui 4.Sesudah anda berjumpa dengan fakta dan soalan yang mungkin menjadi jawapan, perlahankan pembacaan anda dan bacalah dengan teliti.

116

Skimming yang betul adalah anda mendapatkan gambaran tetang apa yang dibaca dan dicari. Scanning ialah satu teknik baca pantas untuk mendapatkan maklumat khusus dan bukan gambaran keseluruhan sesuatu bacaan. Melalui teknik ini, kita boleh melangkau perkara yang difikirkan tidak penting untuk dibaca. Oleh yang demikian, pembacaan cara ini adalah lebih cepat daripada pembacaan cara skimming. Dalam konteks pembelajaran, skimming dan scanning boleh digunakan bersama walaupun ia berbeza. Skimming dapat merumuskan apa yang hendak sebenarnya disampaikan oleh sesatu bahan bacaan itu. Renungan Motivasi~~ Kita ingat 10% apa yang dibaca, Kita ingat 20% apa yang didengar, Kita ingat 50% apa yang didengar dan dilihat, Kita ingat 70% apa yang diperkatakan, Kita ingat 90% setelah dipraktikkan. ( Dato Dr Haji Mohd Fadzillah Kamsah ) 3.3 Kejayaan Temuduga Selepas Tamat Pengajian Perkongsian ini cikgu hasilkan kerana pastinya anda tamat belajar kelak, anda akan menghadapi beberapa temuduga seperti pengesahan ijazah, jawatan, pengesahan kerja atau sebagainya. Apakah rahsia kejayaan temuduga anda sebagai bakal mahasiswa? Bolehkah berjaya dalam temuduga jika kurang mempunyai kemahiran berkomunikasi? Ikuti tips yang saya sediakan di bawah. Temuduga Temuduga merupakan suatu perkara yang tidak asing lagi bagi anda untuk mendapatkan sesuatu jawatan atau pekerjaan. Proses penting ini menemukan anda dengan bakal majikan dan pada masa inilah anda perlu menonjolkan kemampuan diri anda sebaik mungkin untuk memenuhi kehendak temuduga seterusnya mencapai kejayaan dalam temuduga tersebut.

117

Pastinya juga temuduga amat penting buat lepasan SPM kerana biasanya temuduga yang dibuat adalah oleh pihak-pihak tertentu untuk penajaan biasiswa atau pemgambilan ke pusat pengajian tinggi di dalam dan luar negara. Oleh itu, pengetahuan temuduga amat penting bagi anda untuk mencapai apa yang anda ingini dalam temuduga tersebut. Tujuan Temuduga Tujuan utama temuduga diadakan ialah untuk memilih calon yang benar-benar layak dan berkaliber untuk tujuan organisasi berkenaan. Pada peringkat ini, majikan akan menyenarai pendek mereka yang berjaya ditemuduga. Seterusnya mereka akan mengenalpasti calon-calon yang menepati ciri-ciri seperti motivasi dan kesungguhan, minat, personaliti, keupayaan berfikir, kemahiran berkomunikasi, keyakinan, pengalaman dan sebagainya. Oleh itu, segala ciri-ciri yang dinyatakan tersebut perlu anda kuasai semaksimum mungkin agar anda berjaya dalam apa jua temduduga yang akan anda hadapi. Bagaimana Temuduga Dijalankan? Selalunya temuduga boleh dijalankan secara formal dan tidak formal. Namun dalam persediaan menghadapi temuduga, anda perlu merasakan ia formal dari segi cara anda berpakaian dan berkomunikasi dalam temuduga nanti. Temuduga biasanya dijalankan di dalam bilik khas dan secara individu dan berkumpulan. Bagi saya, teknik untuk berjaya dalam temuduga berkumpulan, anda hendaklah menjadi seorang yang paling menonjol atau banyak bercakap serta mengutarakan pendapat bernas ketika temuduga berkumpulan berlangsung. Yang pastinya, lengkapkan dahulu diri anda mengenai persoalan yang mungkin ditanya di dalam temuduga itu. Selalunya masa yang diambil untuk satu-satu temuduga adalah tidak tetap, bergantung kepada ahli panel dan juga kepada sejauhmana anda menguasai sesi soal jawab tersebut. Persediaan Menghadiri Temuduga Persediaan mental, fizikal, psikologi dan rohani amat diperlukan di saat anda menghadiri temuduga .................................. .................................. Berhubung dengan perkara di atas tuan/puan adalah dijemput untuk menghadiri temuduga ................................. seperti butiran di bawah

118

TEMPAT MASA TARIKH

: ....................................... : ..................................... : .....................................

Saya pasti apabila anda menerima sepucuk surat begini, ianya bermakna anda dipanggil untuk menghadapi temuduga kerja, biasiswa, melanjutkan pengajian atau sebagainya. Mungkin perasaan anda ketika itu bercampur baur antara gembira dan cemas sementara. Perasaan cemas itu juga mungkin menjadi kuat jika ini adalah temuduga pertama anda.

Dalam setiap temduga yang anda dapat, nasihat saya hadirilah walaupun anda tidak meminatinya. Pengalaman temuduga itu jarang didapati dan ketika inilah anda mengaut peluangnya. Yang penting ialah pengalaman ataupun ditakdirkan suatu masa nanti anda berubah fikiran untuk meminati kursus yang ditawarkan melalui temuduga tersebut. Mungkin juga ada di antara anda yang tidak meminati, namun percayalah bahawa calon yang dipanggil temuduga adalah calon yang sangat bertuah dan memiliki kriteria yang diinginkan oleh pihak majikan. Pada ketika inilah, anda perlu menjukkan kredibiliti anda sebagai mereka yang layak dipilih dalam temuduga nanti.

Saya sediakan beberapa panduan temuduga yang mencirikan tiga perkara iaitu sebelum, semasa dan selepas temuduga. Hayatinya dan ikutlah setiap proses temuduga yang digariskan untuk memastikan anda benar-benar bersedia untuk menempuhi sebarang temuduga. Sebelum Temuduga 1. Buat banyak pembacaan mengenai Jabatan/ institusi/ Agensi yang akan menemuduga anda. Ambil tahu mengenai bidang dan peranan mereka serta perkembangannya. 2. Anda mesti tahu mengapa anda memilih dan memohon temuduga tersebut? Apakah kriteria yang ada pada diri anda untuk layak dan berjaya dalam temuduga? Buat latihan komunikasi sedikit sebelum anda menjalani temuduga. 3. Pastikan anda sudah tahu tempat, masa temuduga yang bakal diadakan. Hadirkan diri awal sejam sebelum temuduga dan pada masa inilah anda boleh menyesuaikan diri dengan tempat sekitar temuduga tersebut.

119

4. Bawa semua dokumen, sijil , resume yang berkaitan ketika temuduga. Kad pengenalan dan gambar juga perlu dibawa dan pastikan semuanya lengkap sebelum menghadiri temduga. Penyusunan sijil juga amat penting di dalam fail. Susun bermula dari kelayakan rendah sehingga ke kelayakan tinggi. Untuk memudahkan lagi penyusunan fail, anda boleh menelefon dan bertanyakan organisasi berkenaan yang akan menemuduga anda seminggu lebih awal untuk bertanyakan persiapan sebelum temuduga secara khusus. 5. Jaga etika pemakaian anda. Pakailah kot tidak kira lelaki atau wanita serta yang penting menutup aurat. Bersongkok bagi lelaki adalah satu bonus untuk mengelakkan penemuduga anda memberi tanggapan negatif kerana rambut juga menunjukkan ciri penampilan anda yang sebenar. Rambut yang lebih pacak atau stylo memungkinkan penemuduga tidak memilih anda! Kuku juga perlu dijaga dengan rapi dan tidak panjang. 6.Bersedia dengan pelbagai alatan tulis seperti buku nota, pen, pemadam dan pensel. Mungkin akan ada ujian bertulis diadakan. Semasa Temuduga Banyak aspek yang perlu diberikan penekanan semasa temduga. Peringkat ini merupakan satu bahagian yang terpenting dalam temuduga. Di sinilah tanda sukses atau kegagalan anda akan ditentukan oleh penemuduga. 1. Tenangkan fikiran anda dan yakin bahawa anda mampu memberikan yang terbaik dan tonjolkan diri anda bahawa andalah yang paling layak dipilih dari kalangan orang lain. 2. Ketuk pintu sebelum masuk ke bilik temuduga. Berikan ucapan selamat pagi atau sebagainya. Seterusnya serahkan fail yang mengandungi dokumen dengan wajah yang tersenyum dan riang. Anda jangan duduk selagi tidak diberi arahan sedemikian oleh penemuduga. 3. Duduk selepas diberi arahan dalam keadan yang paling selesa. Jangan bersilang kaki dan duduklah dalam keadaan yang penuh sopan dan tatatertib. 4. Bahasakan diri anda sebagai saya dan rujuk penemuduga sebagai Tuan/Puan. Pastikan semasa temuduga, perhatikan dan berikan sepenuh perhatian anda kepada mereka. 5. Anda haruslah bersopan santun walaupun ada kalanya soalan yang dikemukan mungkin mencabar anda. Reaksi-reaksi yang mencabar memang kadangkala disengajakan untuk

120

melihat sejauh mana anda akan bertindak terhadap keadaan atau situasi yang menekan. (berilah jawapan yang menunjukkan anda mempunyai minat dan keinginan yang tinggi). 6. Bercakap dengan penuh yakin dan diesrtakan dengan bukti yang kukuh. Kembangkan idea anda untuk menarik perhatian penemuduga. 7. Berikan pendapat anda secara bernas dan minta penjelasan jika anda tidak memahami sesuatu soalan yang dikemukakan. 8. Bahasa yang anda gunakan ialah sebolehnya mengikut pertanyaan penemuduga. Jika soalan ditanya dalam bahasa melayu, jawab dalam bahasa melayu dan begitulah sebaliknya. 9. Jawab soalan dengan hati yang penuh dan tenang. Setelah selesai, ucapan terima kasih dan bersalam-salaman kepada panel penemuduga amatlah penting. Tidak sukar untuk anda mengikuti prosedur temuduga seperti yang diterangkan namun nasihat yang paling penting dari saya ialah kuasai sepenuhnya ilmu maklumat mengenai organisasi yang menemuduga anda. Dari situlah, anda akan rasa lebih yakin dan percaya bahawa anda telahpun melakukan yang terbaik. Insyallah. Perkara berikut perlu diberi keutamaan oleh anda kerana soalan berikut selalu ditanya dan perkara inilah yang perlu anda kuasai sepenuhnya. Soalan-soalan yang seringkali dan selalu dikemukakan  Bersedia dengan soalan mengenai latar belakang diri anda keseluruhannya dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.  Bersedia dengan soalan mengenai tujuan anda menghadiri temuduga dan mengapa anda layak dipilih.  Bersedia dengan soalan yang mungkin tidak berkait dengan kursus yang anda pohon.  Bersedia dengan soalan berkaitan pengetahuan anda dalam isu semasa dan pengetahuan am mengenai kursus temuduga yang dipohon. Soalan-soalan yang dinyatakan adalah soalan wajib ditanya apabila sesuatu temuduga. Oleh itu, persiapkan diri anda untuk berjaya dalam menjelaskan jawapan kepada semua persoalanpersoalan tersebut.

121

Selepas Temuduga 1. Tulislah satu surat ucapan terima kasih kepada pihak yang telah menemuduga anda! 2. Banyakkan berdoa dan meminta pertolongan dari ALLAH kerana segala perkara yang telah anda lakukan, kejayaan hanya terletak dan diberikan oleh ALLAH. Sekiranya anda berjaya dalam pemilihan temuduga, bersyukurlah dan berbangalah dengan diri anda sendiri. Lakukan sedikit solat sunat dan sujud syukur berterima kasih kepada ALLAH yang telah mempermudahkan anda. Sekiranya anda tidak berjaya, perbaiki semula kelemahan-kelemahan yang ada supaya perkara tersebut tidak akan dulangi semula. “Manusia yang berjaya adalah mereka yang tidak sia-sia terus berusaha”. Wallahualam... Renungan Motivasi~~ Jikalau kita berada dalam kesusahan atau keresahan, sentiasalah mengucapkan bismillah. Selain dari dapat menenangkan hati, fadilat bismillah juga mempunyai banyak kebaikannya. ( Cikgu Loh )

3.4 Panduan Penulisan Resume Anda Pada peringkat ini pula saya akan menceritakan dengan lebih lanjut lagi mengenai cara dan panduan lengkap menulis resume dengan berkesan. Resume ini dapat digunakan oleh pelajar dan mereka yang ingin memohon sebarang pekerjaan. Ok, kita mulakan dengan kempen mencari pekerjaan biasanya meliputi tiga peringkat iaitu peringkat:

A. Sebelum temuduga B. Semasa temuduga C. Selepas temuduga

122

Penulisan resume atau latar belakang diri merupakan tindakan awal yang penting bagi calon-calon sebelum ditemuduga. Resume juga merupakan satu dokumen penting yang digunakan olah majikan bagi mengenalpasti pemilihan calon untuk ditemuduga. menolong memudahkan proses

Resume juga bertindak dalam memperkenalkan diri anda kepada penemuduga dengan lebih berkesan dan cepat. Segala maklumat penting yang terdapat dalam resume amat berguna dalam mencapai kejayaan kelak dalam temuduga.

Dengan menggunakan bahasa yang mudah, resume ialah satu dokumen rasmi peribadi mengenai diri anda untuk pertimbangan atau pemilihan sesuatu jawatan. Resume juga merupakan satu dokumen iklan diri (bukan untuk tatapan umum) yang ditulis secara teratur bagi tujuan pertimbangan untuk sesuatu jawatan atau peluang kerjaya.

Maksud resume juga merangkumi kepada satu dokumen yang mengemukakan pencapaian serta prestasi diri serta sebagai satu dokumen yang boleh

memperkenalkan serta menghubungkan anda sebagai pemohon dengan bakal majikan atau sesuatu pihak. Selain itu, resume juga dapat didefinisikan sebagai suatu alat pengukuran serta penilaian diri yang boleh mencerminkan sikap kreativiti serta persepsi anda terhadap kerjaya hidup dan potensi diri.

123

Persediaan Sebelum Penulisan Resume Antara persediaan yang boleh dilakukan oleh anda ialah menyediakan butiran -butiran diri seperti berikut: Contoh:

a) Nama dan maklumat peribadi. b) Alamat surat menyurat. c) Latar belakang pendidikan (menengah ke atas). d) Pencapaian dalam pendidikan. e) Penglibatan dalam kokurikulum. f) Anugerah serta kejayaan tertentu. g) Pengalaman / latihan praktik (jika ada) h) Kemahiran serta bakat tertentu.

Seterusnya anda pilihlah rupa bentuk serta jenis resume yang difikirkan sesuai untuk memenuhi keperluan anda. Di akhir sekali tulislah resume anda supaya hasilnya memuaskan untuk anda serta menarik perhatian majikan. Setelah itu, hasil terakhir

resume mestilah ditaip di atas kertas yang sesuai dan bermutu contohnya di atas kertas (A4 – 80 gram)

Komponen- komponen penting dalam penulisan resume

124

Antara komponen penting yang biasanya dimasukkan ke dalam resume ialah di antaranya:

1) Nama penuh (mengikut kad pengenalan) 2) Gambar terbaru (saiz passport) 3) Butir-butir peribadi (tarikh & tempat lahir, taraf perkahwinan) 4) Alamat surat menyurat (termasuk poskad) 5) Alamat tetap (jika lain dari no. 4) 6) Objektif pekerjaan atau kerjaya yang dipilih (sekiranya sudah pasti dan mesti sesuai dengan jawatan yang dipohon). 7) Latar belakang pendidikan (tinggalkan pendidikan rendah, kelayakan tertinggi lebih diutamakan). 8) Pengalaman kerja (termasuk kerja sementara & latihan amali). 9) Aktiviti kokurikulum dan persatuan. 10) Keahlian dalam badan-badan ikhtisas (jika ada) serta taraf keahlian. 11) Penglibatan masyarakat / komuniti. 12) Penerbitan (jika ada). 13) Taraf serta kemahiran berbagai bahasa. 14) Kemahiran lain (menaip, komputer). 15) Lesen memandu (taraf / gred). 16) Minat dan kegemaran (mendaki, berenang, melukis). 17) Rujukan 2 orang yang mengenali anda (bukan saudara mara)

Gaya bahasa resume

Ingat!Menggunakan gaya bahasa yang baik boleh mencerminkan kebolehan serta kreativiti anda dari segi tahap kemahiran penulisan serta pertuturan.

Resume juga hendaklah menarik, teratur serta menggunakan gaya bahasa serta ungkapan-ungkapan yang sesuai, ringkas, mudah tetapi jelas dan lengkap maksudnya. Dalam penulisan resume juga perlu dielakkan kesilapan ejaan. Jadi sentiasa

125

mengimbas kembali resume anda supaya tiada sebarang kecacatan atau kesalahan yang boleh berlaku.

Kelemahan resume

Anda ingin tahu apa yang dimaksudkan dengan kelemahan resume? Baik, resume yang lemah ialah resume yang terlalu panjang dan terperinci. Selain itu, kelemahan resume juga dapat dilihat melalui penulisan yang terlalu ringkas dan kurang padat misalnya hanya menyenaraikan komponen-komponen resume tanpa disokong dengan maklumat yang mantap.

Resume juga tidak diubahsuai untuk memenuhi keperluan jawatan yan g diiklankan. Seperti yang saya kata sebentar tadi, kesalahan ejaan serta mutu menaip yang kurang baik merupakan kelemahan utama dalam penulisan resume. Terdapat beberapa lagi kelemahan resume antaranya ialah:

1.) Maklumat diberi kurang lengkap. 2.) Format kurang kemas dan tidak ditaip. 3.) Lemah tatabahasa / gaya bahasa. 4.) Menggunakan Bahasa Malaysia sistem ejaan lama.

Surat Iringan ( Cover Letter )

Untuk tips yang terakhir, resume yang dihantar kepada majikan mestilah diiringi dengan surat iringan (cover letter). Surat iringan yang lengkap mempunyai 3

bahagian utama iaitu permulaan, pertengahan dan penutup.

126

Bahagian permulaaan menceritakan tentang memperkenalkan diri dan jelaskan mengapa anda menulis kepada mereka. Bahagian pertengahan pula menceritakan mengenai kelayakan, pengalaman dan kemahiran anda ( pastikan ianya bersesuaian dengan organisasi berkenaan).

Manakala bahagian penutup berkisarkan mengenai tekankan minat anda untuk bekerja dengan syarikat tersebut atau sesuatu pihak dan nyatakan dengan lengkap alamat surat-menyurat dan nombor telefon anda. Dalam penulisan resume, pastikan ciri-ciri kecemerlangan anda ditonjolkan. Insyallah..

Wallahualam..

Renungan Motivasi~~ First thing first. Prioritize your jobs and optimize your time. ( Cikgu Loh ) 3.5 Teknik Persiapan Peperiksaan di IPT Persiapan menghadapi peperiksaan di IPT sepatutnya bermula sejak dari anda mula-mula melangkah di IPT dahulu lagi kerana di situlah asas yang kukuh dapat dibina. Sekiranya asas kefahaman anda lemah maka sukarlah bagi anda untuk memberikan yang terbaik dalam pencapaian sesuatu peperiksaan. Saya zahirkan 4 teknik berkesan menghadapi peperiksaan di IPT:  Persediaan akademik  Persediaan mental  Memulakan peperiksaan  Menjawab persoalan Sebelum saya terangkan secara ringkas mengenai persiapan peperiksaan anda di IPT , mari kita renungkan perkara ini agar anda dapat bermuhasabah sebelum tibanya peperiksaan.  Adakah anda telah menghabiskan beberapa topik-topik penting dalam pembelajaran anda?

127

 Adakah anda telah memahami apa yang diajar oleh pensyarah anda atau anda membaca sendiri?  Adakah dalam proses anda belajar, anda tempuhinya dengan semangat yang tinggi?  Adakah anda sudah meneliti soalan-soalan contoh tahun-tahun terdahulu?  Adakah anda mempunyai keyakinan dan bersedia menjawab soalan peperiksaan nanti? Mari kita lihat yang seterusnya.. 1.Persediaan akademik Peringkat awal      Memberi tumpuan sepenuhnya di dalam bilik kuliah. Membaca semua subjek yang dipelajari Faham apa yang dibaca. Melengkapkan nota ringkas setiap tajuk. Rujuk pensyarah anda atau belajar berkumpulan bersama rakan-rakan yang ingin belajar. Peringkat pertengahan    2-3 bulan sebelum menghadapi peperiksaan, baca semula nota ringkas yang telah anda buat. Buat kata kunci di nota ringkas anda. Banyakkan berbincang dengan kawan dan lihat kepada contoh soalan-soalan lepas.

Peringkat akhir   2-3 minggu sebelum peperiksaan, baca kembali nota ringkas dan imbas kembali apa yang dipelajari. Semak nota sebanyak yang mungkin.

2.Persediaan mental  Sebaiknya tidurlah di awal malam peperiksaan. Namun ada juga sesetengah pelajar yang tidur lewat kerana terbiasa belajar seperti begitu. Tidur awal membolehkan anda lebih cergas dan bertenaga untuk menghadapi jari keesokannya.

128

 

Yakinlah anda boleh buat yang terbaik dan tanamkan azam “I Can Do It”. Dari segi persediaan mental juga, anda boleh mengurangkan pengambilan munuman kafein dan bergas. Pastikan juga anda tidak mengambil ubat-ubat yang boleh menyebabkan anda mengantuk atau sebagainya.

3.Memulakan Peperiksaan  Sebelum memulakan peperiksaan anda, pastikan sarapan diambil terlebih dahulu. Perut yang kosong akan menyebabkan otak anda tidak aktif bekerja. Oleh itu, ambillah sarapan ringan seperti oat atau roti untuk membantu anda menjawab peperiksaan dengan sempurna.  Dalam peperiksaan, satu markah pun boleh menentukan sama ada anda mendapat A atau B. Sematkan dalam diri anda bahawa satu markah dalam peperiksaan adalah cukup penting dan bermakna. Jadi berhati-hatilah dan setiap langkah yang perlu anda ambil adalah memastikan tiada satu pun markah akan tercicir semasa peperiksaan kelak! 4.Menjawab soalan  Perkara utama yang perlu diberi penekanan dalam peperiksaan ialah baca, fahami dan ikuti arahan peperiksaan dengan teliti. Dengan mengikut arahan peperiksaan dengan sempurna, anda akan dapat menjawab soalan peperiksaan dengan selesa serta tidak melanggar kehendak peperiksaan.  Pastikan soalan yang anda jawab itu betul dan tepat. Bagaimana ingin berbuat demikian? Anda mestilah memahami kehendak soalan dan elakkan daripada mengagak-agak jawapan bagi persoalan. Bacalah berulang kali dan gariskan kata kunci yang terdapat pada soalan tersebut.  Semak selagi anda mempunyai masa. Jika anda merasakan agak kesulitan cuba amalkan beberapa doa penerang hati. Insyallah, tuhan akan membantu kita. Banyakkan mengikuti tips di atas agar anda tahu apa yang sedang dan telah anda lakukan demi menjamin pencapaian yang memberansangkan dalam peperiksaan kelak. Selamat menghadapi peperiksaan dan jangan kecewa sekiranya anda gagal. Gagal sekali bukan bermakna terus gagal. Berusahalah selagi anda mempunyai kesempatan. Saya doakan anda berjaya!

129

Renungan Motivasi~~ Tanpa motivasi, tiada tindakan, tiada perubahan, tiada momentum, tiada kesedaran, tiada perubahan. Oleh itu, sentiasalah bermotivasi untuk kuasa penggerak kejayaan anda! (Cikgu Loh) 3.6 Cabaran Mahasiswa Di IPT Seperti yang kita semua ketahui, tawaran dari IPTA atau IPTS dalam dan luar negara menjadi impian khususnya buat anda lepasan SPM yang bercita-cita tinggi. Saya pasti anda juga sudahpun terbayang-bayang jawatan-jawatan tinggi yang bakal disandang kelak di samping gaji yang baik dan lumayan. Namun, pernahkah anda terfikir dan terlintas untuk menghadapi sebarang kesukaran dan cabarannya? Dalam anda berangan-angan untuk mencapai kejayaan dalam kerjaya anda, pasti masalah yang saya garapkan di sini sedikit sebanyak merungsingkan anda. Namun segala masalah ini dapat diatasi sekiranya anda bijak dalam menguruskan kehidupan anda. Masalah Kewangan Saya pasti dalam kalangan mahasiswa di luar sana yang datang dari keluarga yang kurang berkemampuan menghadapi masalah di atas. Dengan kenaikan harga barang dan kenaikan kos hidup, pasti perkara ini akan lebih merungsingkan anda. Saya dahulu juga turut mengalami nasib sama. Jika lebih bernasib baik, abang dan kakak yang telah bekerja boleh diminta untuk membantu selain pinjaman PTPTN. Kalau dilihat peratusan besar prestasi akademik seseorang ialah banyak berpunca dari masalah kewangan . Masalah ini menjadi masalah utama dan perkara ini sudah tentunya merunsingkan ibu bapa di luar sana. Sudah pasti segala buku, kos makan minum memerlukan duit untuk anda terus menjayakan pengajian anda. Saya pada suatu ketika dahulu seperti anda juga agak sukar kehidupan dengan kekurangan wang. Segala perkara banyak terbantut oleh sebab kekangan kewangan. Selain hanya perlu berjimat untuk makanan, duit yang ada juga perlu lagi digunakan untuk membayar yuran, berhibur sekali kala dan sebagainya.

130

Dalam kepayahan saya itulah, saya nekad untuk melakukan sesuatu. Akhirnya sewaktu berada di Institut Pendidikan Guru dan sehingga kini saya telah menceburi bidang perniagaan yang melibatkan IT untuk membantu kewangan diri. Walaupun tidaklah banyak, namun ia sedikit sebanyak mengurangkan beban diri selama ini. Jikalau anda dapat lihat ebook terbitan saya di www.LepasanSPM.com itulah banyak membantu kewangan saya selain forum kerjaya yang saya hasilkan di laman web www.forumkerjaya.com . Jadi, terpulang kepada anda untuk belajar sambil bekerja namun janganlah sehingga bekerja itu menjatuhkan prestasi akademik anda. Kitaran Kehidupan Mahasiswa Yang Sama Setiap Hari Memang tidak dinafikan setiap hari selepas bangun tidur sahaja anda perlu pergi ke kuliah, tutorial dan sebagainya. Memang anda tidak boleh lari dari kehidupan sebagai mahasiswa seperti menyertai persatuan, badan beruniform, sukan dan sebagainya. Hanya satu sahaja nasihat saya di sini hadapailah segala aktiviti-aktiviti tersebut dengan tenang dan yakinlah bahawa setiap aktiviti yang anda sertai itu atau mungkin “dipaksa” akan membuatkan diri anda lebih kuat dan teguh dalam menghadapi sebarang dugaan dan cabaran. Yakinlah bahawa dunia pekerjaan yang akan anda tempuhi selepas belajar adalah lebih mencabar dan menguji emosi dan mental anda! Peluang Pekerjaan Ya, saya pasti masalah ini kedua terbesar menyelubungi diri anda selepas masalah kewangan! Pencapaian cemerlang mahasiswa bukan sahaja diukur melalui pencapaian CGPA 4.0 malah ianya juga melalui penglibatan aktif dalam kepimpinan ataupun kesukanan. Semestinya majikan memerlukan pekerja mereka yang dapat serta cepat menyelsesaikan masalah dan bijak membuat sesuatu keputusan. Bagi saya, mereka yang lebih terarah ke bidang sukan akan lebih mudah membiasakan diri dengan kerjasama berpasukan dan semangat bersama-sama untuk mencapai kejayaan! Oleh itu, cara sebenar bagaimana untuk mudah mendapat pekerjaan dan menarik perhatian majikan sewaktu mengambil anda bekerja atau temuduga ialah saya senaraikan di bawah..  Perbanyak jumlah pembacaan dan menelaah buku- buku motivasi atau kejayaan!  Ubah cara hidup dan tindak tanduk anda. Fikirkan bagaimana untuk anda berusaha mencapai sesuatu matlamat itu!

131

 Banyakkan komunikasi antara rakan, pensyarah dan ibu bapa.  Banyak melibatkan diri dalam kerja-kerja berpasukan  Sentiasa berfikir positif dan melakukan kerja dengan lebih efisyen! Sebenarnya, dalam ketiga-tiga cabaran yang cikgu gariskan ini, inilah perkara yang paling menggerunkan dan menjadi dugaan yang paling besar untuk mahasiswa dan khsususnya anda! Mari kita lihat apa yang dimaksudkan.. Pada zaman kini, masalah sosial semakin menjadi-jadi. Masalah rempit ,berzina, buang bayi, dadah, pergaulan bebas seolah-olah menjadi budaya kehidpan di negara kita. Lihat sahaja di Kuala Lumpur, walaupun menjadi status bandar raya metropolitan, masalah sosial semakin teruk dan menjadi barah dan ancaman terbesar untuk negara. Konsert-konsert yang tidak melambangkan keislaman semakin menjadi ikutan para remaja di luar sana. Saranan saya bagi yang beragama islam. Amalkanlah dan hayatilah cara hidup Rasulullah SAW. Jadikan islam sebagai teras utama dalam kehidupan anda bagi mengelakkan diri anda dari terjebak dalam kegiatan yang tidak berfaedah dan bermoral. Hiburan boleh tapi hendaklah bertepatan dengan syariat islam itu sendiri. Berbaliklah kepada islam. Menutup aurat, menjaga suara, tidak bercampur gaul antara lelaki dan wanita bukan muhrim dan segalanya termasuk dari makan, minum, tidur sekalipun semuanya berpaksikan kepada islam. Insyallah, jika segalanya kita amalkan mengikut sunnah pasti kehidupan anda dan negara kita akan terus dikurniakan kejayaan dan ketenangan dari ALLAH. Wallahualam.. Renungan Motivasi~~ Jangan fikirkan yang telah berlalu, lakukan yang terbaik untuk peperiksaan yang akan datang!

132

BAB 4: KEJAYAAN ADALAH HAK ANDA

4.1 SEHARI SATU ILMU Apa-apa bidang yang akan kita ceburi kelak memanglah sangat penting ilmu yang akan diperolehi tersebut. Kita kalau boleh hendak sahaja rasanya mempelajari segala ilmu supaya cepat faham dan boleh diaplikasikan.

Namun, kelemahan kita sebagai manusia, perkara ini sukar untuk dilakukan. Apa-apa pun ilmu yang kita cuba kuasai cuba pelajarinya satu per satu dan amalkannya langkah demi langkah. Antara kelebihan kita memahami setiap ilmu secara bersistematik dan satu persatu: 1. Otak kita lebih mudah menerima maklumat yang ingin dipelajari. 2. Kita akan lebih mudah faham dan mengerti ilmu yang disampaikan 3. Boleh mengurangkan stress dan tidak membebankan minda 4. Pembelajaran akan jadi lebih seronok dan konsisten Biasanya mereka yang ingin membaham semua ilmu dalam jangka masa yang singkat menyukarkan diri sendiri untuk memahaminya. Dalam keadaan yang cuba untuk menguasai kesemua ilmu, otak kita tentunya tidak mampu untuk menerima ilmu.

Oleh sebab itulah, kita dapat lihat ramai dalam kalangan kita yang bersemangat untuk membuat sesuatu aktiviti namun akhirnya tiada satu kerja pun yang berjalan. Oleh itu berusahalah secara konsisten walaupun perlahan kerana bak kata pepatah, “sikit-sikit lamalama jadi bukit”.

Renungan Motivasi~~

Belajar tidak semestinya melalui sekolah formal atau buku-buku mahal. Kita boleh belajar dan terus belajar melalui pengalaman hidup kita sehari-harian atau melalui pengalaman orang lain. Bak kata pepatah, belajarlah daripada kesalahankesalahan orang lain kerana anda tidak akan hidup lama untuk melakukan kesalahankesalahan itu sendirian. ( Cikgu Loh )

133

5.2 BERDOALAH SELEPAS BERUSAHA Selepas sahaja anda berusaha, berdoalah sebanyak mungkin kerana segala kejayaan terletak di atas tangan ALLAH. Hendaklah berdoa dengan penuh keyakinan bahawa doa itu akan dimakbulkan. Jangan sekali-kali ada rasa ragu, syak dan waswas waktu berdoa kerana Allah S.W.T. tidak akan mengabulkan doa orang yang dalam hatinya yang was-was. Sangka baik terhadap Allah itu penting apabila kita berdoa.

Bagaimana anda ingin membina keyakinan dalam doa? Semestinya ia bersumberkan keyakinan kita kepada Allah s.w.t. Oleh sebab itu, kita terlebih dahulu mestilah mengenali sifat-sifat dan asma’ (nama-nama) Allah s.w.t.

Antara sifat Allah ialah al-Rahman, al-Rahim, al-Wahhab, al-Ghani, al-Razzaq, al-Afu, alGhaffar, al-Salam dan lain-lain lagi, pasti akan timbul keyakinan semasa berdoa. Apabila sudah kenal sifatnya, barulah kita boleh memohon kepada Allah dengan penuh yakin. Sebagai contoh yang paling mudah, apabila kita yakin seseorang itu pemurah, tentu kita yakin bahawa dia akan melayan permintaan kita. Apabila kita yakin seseorang itu kaya-raya, maka kita yakin dia mampu memberikan apa yang kita minta.

134

Oleh sebab itu, kita dianjurkan berdoa dengan menggunakan Asma’ al-Husna (nama-nama Allah yang baik) mengikut keperluan doa itu. Firman Allah yang bermaksud: “Dan Allah mempunyai nama-nama yang baik (yang mulia), maka serulah dan berdoalah kepada-Nya dengan menyebut nama-nama itu.” (Surah al-A‘raf 7: 180)

Satu cara lain untuk menambah keyakinan kita dalam berdoa adalah iringilah doa itu dengan usaha dan persediaan yang baik. Keyakinan juga dibina oleh persiapan. Apabila kita berdoa minta kejayaan dalam pelajaran, usaha dan persediaan kita juga perlu selaras ke arah itu, maka keyakinan diri kita akan meningkat. Ya, doa yang digandingkan dengan usaha akan meningkatkan lagi tahap harapan dan harapan yang tinggi itulah yang akan membuahkan keyakinan. InsyaALLAH, pertingkatkan amalan kerohanian anda selepas anda gigih berusaha.

Wallahualam..

Renungan Motivasi~~ Seorang anak adalah lebih baik tidak dilahirkan daripada dibiarkan hidup tanpa didikan agama dan pelajaran! ( Cikgu Loh )

135

PENUTUP Renungan Motivasi~~ Ketika kita mengalami kesulitan, maka hendaknya kita berdoa kepada Allah, agar diberi kemudahan. InsyaAllah.

Do'anya : ‫ﻢ‬ ‫ﻞ ﻻ اَﻟﻠﱠﮭُ ﱠ‬ َ ‫ﮭ‬ ْ‫ﺳ‬ َ ‫ﻌ ْﻠﺘَﮫُ ﻣَﺎ إِﻻﱠ‬ َ‫ﺟ‬ َ ً‫ﮭﻼ‬ ْ‫ﺳ‬ َ ‫و‬ َ َ‫ﻞ أَﻧْﺖ‬ ُ ‫ﻌ‬ َ ْ‫ﺤﺰْ نَ ﺗَﺠ‬ َ ‫ﺷﺌْﺖَ إِذَا ا ْﻟ‬ ِ ً‫ﮭﻼ‬ ْ‫ﺳ‬ َ Allaahumma Laa Sahla Illaa Maa Ja’altahu Sahlaa Wa Anta Taj’alul Hazna Idza Syi’ta Sahlaa

“Ya Allah, tidak ada kemudahan kecuali apa yang Engkau jadikan mudah. Dan apabila Engkau berkehendak, Engkau akan menjadikan kesusahan menjadi kemudahan.”

Buku Rujukan Informasi Kerjaya Lepasan SPM Edisi 2011/2012 ini adalah rangkuman kepada motivasi dan peluang kerjaya untuk seluruh calon lepasan SPM di seluruh negara. Bagi mereka yang akan melanjutkan pengajian selepas sahaja tamatnya peperiksaan SPM, buku ini wajib dijadikan sebagai rujukan asas yang mesti diketahui untuk memandu anda ke jalan yang lebih sukses. Buku ini juga merupakan quick reference yang amat bermanfaat untuk bacaan sengang, bahan nasihat, panduan dan pedoman bagi mereka yang memerlukan. Semestinya buku ini disusun mengikut maklumat yang paling terkini khasnya untuk topik peluang kerjaya yang terdapat untuk lepasan SPM dan cara memohonnya beserta prosedurnya. Buku ini adalah sambungan kepada kejayaan penerbitan ebook di www.LepasanSPM.com dan www.ForumKerjaya.com . Seperti permulaan, saya ingin menegaskan kembali apa yang ditulis ini adalah dari pengalaman dan kajian saya semasa bergelar pelajar SPM dan kini melanjutkan pengajian ijazah Sarjana Muda Perguruan di Institut Perguruan Kampus Dato Razali Ismail, Batu Rakit, Kuala Terengganu. Segala kajian ini tidak akan berjaya tanpa ada usahama dengan beberapa pensyarah IPGKDRI yang banyak membantu seperti Dr. Ibrahim dan En Amir Hamzah.

136

Dengan penghasilan buku ini, ianya diharapkan akan membantu ratusan ribu calon lepasan SPM di luar sana yang amat-amat memerlukan panduan sebegini. Segala yang baik itu datang dari ALLAH dan kelemahan itu berpunca dari saya sendiri. Wallahualam..

137

BIODATA PENULIS

Muhd Khairul Fakrullah Bin Mohd Noh atau lebih dikenali sebagai Cikgu Loh dilahirkan pada 3 Oktober 1990 di Hospital USM, Kubang Kerian, Kelantan. Beliau mendapat didikan awal daripada Sek. Keb. Taman Pelangi Johor Bahru, Sek Keb. Pengkalan Chepa, Kelantan, MRSM Gerik, Perak dan MRSM Kuala Krai, Kelantan. Pada tahun 2008, beliau memulakan kajian mengenai kerjaya dan motivasi pelajar khususnya calon-calon lepasan SPM di seluruh negara. Setelah hampir 2 tahun membaca, mengkaji, menemubual dan berdiskusi, akhirnya terbit ebook pertama beliau di www.lepasanSPM.com iaitu “Rujukan Informasi Kerjaya Lepasan SPM”. Ebook ini telah mendapat bestseller bagi tahun 2010 iaitu sebanyak 200 unit habis terjual. Beliau kini yang melanjutkan pengajian Ijazah Sarjana Muda Perguruan di Institut Pendidikan Guru Kampus Dato’ Razali Ismail, Batu Rakit, Kuala Terengganu optimis dan bersungguh-sungguh untuk meneruskan seterusnya bantuan kerjayanya di www.forumkerjaya.com . Niat beliau hanya satu iaitu menolong pelajar lepasan SPM dalam bimbingan kerjaya dan prosedur permohonan kerjaya yang terdapat untuk calon lepasan SPM. Beliau menerangkan satu persatu motivasi kerjaya dan peluang kerjaya untuk lepasan SPM yang membolehkan sesiapa sahaja memahami dan mengaplikasi ilmu yang digarapkan oleh beliau dalam penulisannya. Beliau juga lebih dikenali sebagai online motivator yang telah banyak membantu calon lepasan SPM 2010 dan 2011 di luar sana. Sesungguhnya penulisan yang digarap beliau dalam buku ini akan terus dan bukan sahaja membantu pelajar lepasan SPM malah ibu bapa, kaunselor serta seluruh rakyat Malaysia amnya.

138

BIBLIOGRAFI Azri Aziz. Teknik Ingatan Untuk Pelajar. Kuala Lumpur:Quantum Learning.1994. Ee Ah Meng. Pelajar Bermotivasi Pelajar Cemerlang.Shah Alam:Penerbit Fajar Bakti Sdn.Bhd.1998. Maddox H.,How To Study, Pan Books Ltd.,London,1988. Salihan Siais. Teknik Belajar Berkesan- Secara Pendekatan Islam. Purwati Enterprise.1993. Md.Yusuf Haji Arsyad. Siri Panduan Belajar Cara Belajar Pendekatan Metakurikulum:Untuk Berjaya.Kuala Lumpur:Pustaka Antara.1995. Seiler, T. Studying For Exams Made Simple. Abseiler Educaional Publishers. 1994. Hanafi Ismail, Persiapan Diri Ke Arah Pelajar Gemilang. Kuala Lumpur: Darul Nu’man.1997. Prof. Khalid Mohamad Nor , Belajar Teknik Belajar Di Sekolah Dan Di Universiti. Kuala Lumpur:PTS Publications & Distributors Sdn.Bhd.2002. Noraini Ahmad. Persediaan Peperiksaan.Kuala Lumpur: Berita Publishing Sdn.Bhd.1997. Mohd. Fadzilah Kamsah dan Muhammad Zakaria. Petua Belajar Cemerlang. Kuala Lumpur: Telaga Biru Sdn.Bhd.2005.

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->