You are on page 1of 29

BMM 3110 SINTAKSIS

TAJUK 1: SATU PENGENALAN


DISEDIAKAN OLEH: KUMPULAN 1 BASIRAH BINTI YAACOB NUR SHAMIMI BINTI JAMUDIN UNIT J2 AMBILAN JANUARI 2011 PENSYARAH : ENCIK KHAIRUL AZHAR BIN MOHD ZAHARI

Subtopik.
Struktur Binaan Ayat. Pembahagian Subjek dan Predikat. Ayat Dasar dan Ayat Terbitan. Susunan dalam Ayat.

Definisi Sintaksis
Ayat ialah unit pengucapan yang paling tinggi letaknya dalam

susunan tatabahasa dan mengandungi makna yang lengkap. Ayat boleh terbentuk daripada satu perkataan atau susunan beberapa perkataan yang pengucapannya dimulakan dan diakhiri dengan kesenyapan, serta mengandungi intonasi yang sempurna (Nik Safiah Karim et.al, 2006).
Ayat ialah unit yang paling tinggi dalam skala tatatingkat nahu.

Dalam perkataan lain, dalam tatabahasa tidak ada unit yang lebih tinggi yang mempunyai ayat sebagai unsurnya. Ayat terdiri daripada klausa yang disertai dengan intonasi ayat yang lengkap, iaitu yang dimulai dengan kesenyapan dan diakhiri dengan kesenyapan dan intonasinya menyatakan bahawa ayat itu sempurna dan selesai (Asmah Hj. Omar, 1980)

Ayat Klausa Frasa

Pakaiannya basah kerana hujan.

Pakaiannya basah / kerana hujan

Pakaiannya basah / kerana hujan.

Perkataan
Morfem Fonem

Pakaiannya / basah / kerana hujan.

Pa/kai/an/nya / ba/sah / ke/ra/na/ hu/jan/. P/a/k/a/i/a/n/n/y/a/ b/a/s/a/h/ k/e/r/a/n/a h/u/j/a/n/.

Sintaksis dapat ditakrifkan sebagai bidang ilmu bahasa

yang mengkaji bentuk,struktur dan binaan konstruksi ayat (Siti Hajar Abdul Aziz: 2008).

atau

Bidang sintaksis ialah kajian tentang hukum atau rumus

tatabahasa yang mendasari kaedah penggabungan dan penyusunan perkataan atau kelompok perkataan untuk membentuk ayat dalam sesuatu bahasa (Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga: 2011)

STRUKTUR BINAAN AYAT

Setiap

pembentukan ayat dalam sesuatu bahasa dikenali sebagai sebagai satu binaan atau konstruksi.

Sesuatu binaan ayat bukan sekadar gabungan atau

rentetan bentuk kata yang sewenang-wenangnya dan tidak tersusun, tetapi sebaliknya terbentuk daripada susunan beberapa unit kecil rangkai kata yang dalam ilmu bahasa dikenali sebagai unsur atau konstituen.
Contoh ayat yang mengandungi 2 unsur/konstituen:

Adik tertidur. Unsur : 1. Adik 2. tertidur

Ayat terdiri daripada 2 unsur utama iaitu subjek dan

predikat.
Dalam huraian tatabahasa, subjek adalah bahagian ayat

yang diterangkan manakala predikat adalah bahagian ayat yang menerangkan subjek, contohnya:
AYAT Subjek Rahman Predikat guru Bahasa Melayu

Adik
Khatijah

ke sekolah
menyiram pokok bunga

Contoh binaan ayat :

Subjek
(1). Ali (FN) (2). Pemburu itu (FN) (3). Bajunya (FN) (4). Rumah itu (FN)

Predikat
peniaga (FN) melontar lembing (FK) cantik sekali (FA) di tepi sawah (FS)

Struktur Binaan Subjek dan Predikat


Subjek Konstituen yang terdiri daripada sama ada satu perkataan atau beberapa perkataan, yang menjadi judul atau unsur yang diterangkan.

Predikat

Kumpulan perkataan yang tergolong dalam satu frasa dan menjadi unsur yang menerangkan subjek.

Contoh:

Subjek (5). Amin

Predikat guru besar di sekolah baru itu.

(6). Abang kandungku


(7). Pegawai kastam itu

sedang berehat di bilik sebelah.


amat cekap.

Ayat di atas boleh juga disongsangkan

dengan melakukan pendepanan predikat dan meletakkan subjek di belakang.


Subjek Predikat

(8). Guru besar di sekolah baru itu


(9). Sedang berehat di bilik sebelah (10). Amat cekap

Amin.
abang kandungku. pegawai kastam itu.

SUBJEK FN + FN Ah Chong

PREDIKAT seorang usahawan.

SUBJEK

PREDIKAT

FN + FK

Azimah

mengulang kaji pelajaran.

BINAAN AYAT

SUBJEK
FN + FA

PREDIKAT cantik.

Cikgu Ainol

FN + FS

SUBJEK

PREDIKAT

Fatimah

ke sekolah.

PEMBAHAGIAN SUBJEK DAN PREDIKAT

Ayat dipenggal menjadi 2 bahagian unsur frasa. Pemenggalan ayat tersebut dikenali sebagai

pemenggalan frasa subjek dan frasa predikat.


Contoh :

Kanak-kanak itu berjalan ke sekolah.


Frasa subjek : kanak-kanak itu Frasa predikat : berjalan kaki ke sekolah

Binaan ayat yang terdiri daripada bahagian subjek dan

predikat boleh dilihat dalam rajah pohon di bawah:


Kanak-kanak itu berjalan ke sekolah.

Ayat

Subjek
Kanak-kanak itu berjalan

Predikat
ke sekolah

Ayat Dasar
Ayat yang menjadi sumber bagi pembentukan ayat-ayat yang lain seperti

ayat tunggal dan ayat majmuk.


Dalam Bahasa Melayu, pola dan struktur binaan ayat mempunyai bentuk

yang tetap, iaitu mempunyai 4 pola seperti berikut:


Pola Pola 1 Subjek Frasa Nama (FN) 1 Mohd Firdaus 2 Ibu saudara saya Frasa Nama (FN) 1 Guru itu 2 Surat tawaran kami Frasa Nama (FN) 1 Mereka sangat 2 Rumah itu sungguh Frasa Nama (FN) 1 Ibu pejabat kami 2 Hadiah itu Predikat Frasa Nama (FN) pelajar sekolah. pengurus syarikat tersebut. Frasa Kerja (FK) sedang bercakap. akan dikirim tidak lama lagi. Frasa Adjektif (FA) pintar. besar. Frasa Sendi Nama (FSN) di Ipoh. untuk semu pelajar yang berjaya.

Pola 2

Pola 3

Pola 4

Ayat Terbitan
Ayat ayat yang lebih panjang atau lebih kompleks dbina daripada ayat

dasar.
Terbentuk apabila beberapa unsur baik unsur perkataan mahupun unsur

frasa ditambah pada frasa subjek atau frasa predikat sesuatu ayat dasar.
Contoh:

Subjek 1. 2. 3. 4. Ayah Pak Karim Kereta pegawai itu Pejabatnya

Predikat sedang tidur di serambi rumah. menanam sayur di kebun itu. remuk akibat terlanggar batang pokok. terletak di Menara Hap Seng Kuala Lumpur.

Ayat Dasar dan Ayat Terbitan

Ayat Dasar dan Ayat Terbitan


Oleh sebab bahasa sentiasa digunakan oleh

manusia, iaitu dipertuturkan sebagai alat untuk berkomunikasi, sudah tentulah bilangan ayat yang digunakan tidak terhingga jumlahnya. Selagi manusia masih memerlukan dan menggunakan bahasa, selagi itulah ayat akan terus terbentuk. Walaupun bilangan ayat sesuatu bahasa itu memang tidak ada hadnya, demikian juga panjang pendeknya dan kemajmukannya, namun kesemua ayat yang terbentuk itu masih tetap mematuhi dan pasti berasal daripada satu ayat

dasar.

Ayat dasar merupakan pola yang menjadi sumber

kepada pembentukan atau terbitan semua ayat yang lain dalam sesuatu bahasa itu. Dalam bahasa Melayu misalnya, semua ayat sama ada yang pendek atau yang panjang, yang berbentuk ayat mudah atau ayat kompleks, yang berstruktur biasa atau songsang, pasti dapat dikembalikan kepada bentuk asalnya, iaitu salah satu daripada empat pola ayat dasar yang berikut Subjek Predikat :Pola 1 Pola 2 Frasa nama Frasa nama Frasa nama Frasa kerja

Pola 3 Pola 4

Frasa nama Frasa nama

Frasa adjektif Frasa sendi nama

Contoh ayat berdasarkan pola :Pola Pola 1 FN+FN Pola 2 Subjek Frasa Nama Amira Ah Seng Frasa Nama Prediket Frasa Nama kerani. makenik. Frasa Kerja

FN+FK
Pola 3 FN+FA Pola 4 FN+FSN

Kakakku Ibuku
Frasa Nama Pegawai itu Juruterbang itu Frasa Nama Sekolahnya Kampungnya

sedang menjahit baju. sedang memasak.


Frasa Adjektif amat rajin. sangat kacak. Frasa Sendi Nama di Kuala Besut. di Kampung Jawa.

Daripada ayat dasar kita dapat membina ayat-

ayat yang lebih panjang atau kompleks, yang kita namai ayat terbitan.
Ayat terbitan terbentuk apabila beberapa unsur,

baik unsur perkataan mahupun unsur frasa ditambah pada subjek atau frasa predikat sesuatu ayat dasar.
Misalnya, bentuk ayat dasar bahasa Melayu,

seperti yang diberikan di atas, dapat diperkembang menjadi ayat terbitan yang berikut :-

Ayat dasar menjadi ayat terbitan :-

Bi Subjek l 1 Amira Ah Seng

Predikat kerani tetap di sekolah itu. makenik sementara di kedai itu.

Kakak sulungku Ibuku


Pegawai kanan pejabat itu Juruterbang Air Asia itu

sedang menjahit baju di dalam bilik. sedang memasak di dapur. amat rajin dan cekap pula. sangat kacak dan baik hati.

Sekolahnya Kampung neneknya

di Kuala Besut dalam daerah Besut. di Kampung Jawa dalam daerah

Susunan dalam Ayat

Susunan dalam Ayat


Apabila berbincang tentang ayat, kita juga

membincangkan aspek susunanya.


Dari segi bentuk susunan, ayat dapat

dibahagikan kepada dua jenis, iaitu bentuk susunan biasa dan susunan songsang.

Susunan biasa :Binaan ayat yang mempertahankan pola dasar ayat, iaitu unsur frasa subjek mendahului frasa perdikat.

Bil 1

Subjek Amira Ah Seng Kakak sulungku Ibuku Pegawai kanan pejabat itu Juruterbang Air Asia itu Sekolahnya Kampung neneknya

Predikat kerani tetap di sekolah itu. makenik sementara di kedai itu. sedang menjahit baju di dalam bilik. sedang memasak di dapur. amat rajin dan cekap pula. sangat kacak dan baik hati. di Kuala Besut dalam daerah Besut. di Kampung Jawa dalam daerah Selangor.

Susunan songsang :Apabila susunan unsur frasa predikat mendahului frasa subjek.

Bil 1

Predikat Kerani tetap di sekolah itu Makenik sementara di kedai itu Sedang menjahit baju di dalam bilik Sedang memasak di dapur Amat rajin dan cekap pula Sangat kacak dan baik hati Di Kuala Besut dalam daerah Besut Di Kampung Jawa dalam daerah Selangor

Subjek Amira. Ah Seng. kakakku. ibuku. pegawai kanan pejabat itu. juruterbang Air Asia itu. sekolahnya. kampung neneknya.

Sumber Rujukan
Siti Hajar Abdul Aziz. (2008). Bahasa Melayu 1.

Oxford Fajar Sdn. Bhd: Selangor.


Dewan Bahasa dan Pustaka. (2010). Tatabahasa

Dewan Edisi Ketiga. Dewan Bahasa dan Pustaka: Kuala Lumpur.

You might also like