You are on page 1of 91

~An-Nisa’~

Nurul Husna binti Bostamam DB070001

Norhayati Binti Hashim DB070005

Nur ‘Ain Binti Abdul Rahim DB070013

Nur Sorfina Binti Muhd Shawari DB070016

Nur Azura Binti Roseli DB070019

Hizatul Suzaini Binti Mohd Aris DB070039

Nor Bariyah Binti Muhammad Zaidi DB070053


TAMADUN ISLAM

 SUMBER TAMADUN ISLAM


 KELAHIRAN DAN PERKEMBANGAN
TAMADUN ISLAM
 PIAGAM MADINAH
 SUMBANGAN TAMADUN ISLAM
KEPADA PERADABAN DUNIA
SUMBER TAMADUN ISLAM
 Sumber kepada sistem dan tamadun Islam adalah
juga sumber hukum dan perundangan islam. Sumber
asli kepada tamadun, sistem pemikiran dan
perundangan Islam diwakili oleh:

 AL-QURAN
 AL-SUNNAH
 IJTIHAD
 TAMADUN DAN BUDAYA LAIN
AL-QURAN
Sumber utama Tamadun Islam ialah al-Quran. Kitab
yang diturunkan oleh Allah S.W.T adalah suci
mengandungi nilai mukjizat yang tinggi samada dari
sudut akidah, syariah, akhlak dan moral, bahasa,
persejarahan, pemikiran dan intelektual, ketamadunan,
rahsia alam semesta dan sebagainya. Ia sesuai
sepanjang zaman dan lengkap, sesuai dengan tahap
manusia dan ketamadunan.

 Kandungannya menggalakkan manusia berfikir untuk


mencapai kesejahteraan hidup, memberi dorongan dan
semangat mereka untuk meneroka alam di segenap
bidang. Segala kegiatan dan kemajuan yang dicipta
dikehendaki mengikuti lunas-lunas yang telah ditetapkan
AL-SUNNAH
Al-Quran menggariskan prinsip-prinsip asas, kemudian
dihurai dan diperincikan oleh al-Sunnah. Ia merupakan
sumber inspirasi umat Islam untuk membentuk,
membangun dan mengembangkan tamadun mereka.

Sesuatu pembaharuan yang dibuat, boleh dikatakan


tamadun, tetapi tidak boleh digolongkan sebagai
Tamadun Islam kalau bertentangan dengan sumber-
sumber ini. Ringkasnya, semua sudut tamadun Islam
dicorakkan di atas acuan al-Quran dan al-Sunnah.
Daripada al-Quran dan al-Sunnah dicerakinkan akidah,
syariah dan akhlak untuk dilaksanakan dalam kehidupan
manusia. Pelaksanaannya ditunjukkan oleh Rasulullah
s.a.w. dan para ulama selepas baginda.
IJTIHAD
Dalam tamadun manusia banyak perkembangan baru
berlaku . Sebahagian daripada pembaharuan itu tidak
jelas dari segi hukumnya, kerana tidak terdapat secara
nyata dalam Al-Quran dan Al-Sunnah. Oleh itu menjadi
peranan ulama atau cendikiawan Muslim untuk
mengolah hukum terhadap perkara-perkara baru
berdasarkan keilmuan yang mereka miliki dengan
merujuk kepada sumber Al-Quran dan al-Sunnah.

Justeru itu umat Islam digalakkan untuk membuat kajian


dan meneroka bidang-bidang demi kepentingan
kemajuan umat Islam khususnya dan dunia amnya
selama mana tidak bercanggah dengan tuntutan syariat
Islam.
TAMADUN DAN BUDAYA LAIN
Dalam membina tamadun, Islam tidak menolak sumber-
sumber yang datang daripada tamadun lain yang tidak
bercanggah dengan nilai-nilai Islam. Hal ini dapat dilihat
dengan jelas, misalnya apabila Islam datang ke dalam
masyarakat Arab, masyarakat Barat ataupun
masyarakat Timur, Islam menerima nilai-nilai baik
masyarakat berkenaan yang tidak bertentangan dengan
syariatnya.

Tamdun Islam pada dasarnya banyak dipengaruhi oleh


Tamadun Arab yang menekankan kepentingan dalam
perkembangan kebudayaanya.
Kesan dari interaksi antara Tamadun Islam dengan
tamadun lain telah memperkayakan Tamadun Islam.

Secara umumnya dasar keterbukaan Tamadun Islam


dan mudah berintegrasi dengan tamadun lain sebagai
pemangkin kepada pengkayaan khazanah dalam
Tamadun Islam.
KELAHIRAN DAN PERKEMBANGAN
TAMADUN ISLAM

RASULULLAH
WAHYU PERTAMA
HIJRAH
RASULULLAH
 Nabi Muhammad S.A.W di lahirkan pada pagi Isnin 12
Rabiul-Awwal tahun Gajah bersamaan 20 April 571M.

 Ayahnya bernama Abdullah meninggal ketika baginda


masih di dalam kandungan ibunya, Aminah.

 Pada usia baginda 6 tahun, ibunya meninggal dunia dan


baginda dibesarkan oleh datuknya Abdul Mutalib dan
selepas itu oleh bapa saudaranya Abu Talib.

 Ketika usinya meningkat 40 tahun, Muhammad dilantik


sebagai seorang rasul.
WAHYU
 Islam bermula sebagai sebuah agama dengan
penurunan wahyu pertama di Mekah pada tahun 610
Masehi dan sebagai sebuah negara dan tamadun pada
tahun 622 Masehi iaitu selepas berlakunya peristiwa
Hijrah ke Madinah.

 Tamadun Islam bermula apabila Nabi Muhammad telah


secara rasmi dilantik sebagai Rasulullah (utusan Allah)
sewaktu baginda berusia 40 tahun pada malam Isnin
bersamaan 17 Ramadan. Dengan ayat al-Iqra’ dan
diikuti dengan surah-surah yang lain selepasnya, maka
bermulalah siri dakwah islamiah di Makkah.
 Dalam tahap awal, seruan dakwah Islam
dilakukan kepada ahli keluarga yang terdekat
dan di kalangan sahabat sebelum disebarkan
kepada masyarakat umum.

 Nabi Muhammad merupakan utusan yang


diberikan tanggungjawab oleh Allah untuk
menyebarkan serta mengajar ajaran agama
Islam kepada manusia keseluruhannya

 Agama Islam menjadi dasar kepada


Tamadun Islam.
HIJRAH
 Pengertian Hijrah dapat dilihat dari 2 segi.

 Pertama, perkataan Hijrah berasal daripada perkataan


hajara yang bermaksud pindah dari satu tempat ke
tempat yang lain.

 Dari segi maknawinya, hijrah bermaksud meninggalkan


adat resam atau kebiasaan yang karut dan mungkar.
PIAGAM MADINAH

NUR’AIN BT ABD. RAHIM


DB070013
PENGENALAN
INTISARI

TUJUAN

ISI
PENTING

RANGK
A
PIAGAM

KEPENTINGA
N
PRINSIP
Pengenalan
 Perlembagaan Madinah juga dikenali sebagai Sahifah Madinah.
 Perjanjian politik di antara Nabi Muhammad S.A.W dengan
penduduk Madinah (yang terdiri daripada pelbagai bangsa
termasuklah orang Muhajirin, Ansar dan Yahudi).
 Dirangka oleh Nabi dengan petunjuk wahyu.

 Mengandungi 47 fasal.
 23 daripada fasal adalah mengenai orang-orang Islam
 24 lagi mengenai orang-orang Yahudi.
 Sebagai perlembagaan bertulis yang pertama di dunia.
Tujuan Piagam Madinah
 Menghadapi masyarakat majmuk Madinah
 Membentuk peraturan yang dipatuhi bersama semua penduduk.
 Ingin menyatukan masyarakat pelbagai kaum
 Mewujudkan perdamaian dan melenyapkan permusuhan
 Mewujudkan keamanan di Madinah
 Menentukan hak-hak dan kewajipan Nabi Muhammad dan
penduduk setempat.
 Memberikan garis panduan pemulihan kehidupan kaum Muhajirin
 Membentuk Kesatuan Politik dalam mempertahankan Madinah
 Merangka persefahaman dengan penduduk bukan Islam, terutama
Yahudi.
 Memberi peruntukan pampasan kepada kaum Muhajirin yang
kehilangan harta benda dan keluarga di Mekah.
Kepentingan Perlembagaan
Madinah
 Perlembagaan ini menjadi bukti bahawa Islam adalah
agama dan politik.
 Perlembagaan ini telah berjaya menyatukan Madinah
yang terdiri daripada pelbagai bangsa dan kaum.
 Melalui perlembagaan ini, setiap pengkhianatan akan
menerima hukuman yang setimpal tanpa mengira kaum.
 Dengan hal ini, Nabi adalah orang yang berhak
menjatuhkan hukuman bagi setiap kesalahan. Beliau
adalah hakim yang baik dan adil.
Kepentingan Perlembagaan
Madinah

 Menyelesaikan krisis kepimpinan yang wujud di


Madinah sejak sekian lama.
 Menjamin keselamatan Madinah.
 Aktiviti penyebaran Islam dapat dijalankan
dengan berkesan.
Prinsip Piagam Madinah

 Al-Quran dan Sunnah adalah sumber hukum negara.


 Kesatuan Ummah dan Kedaulatan Negara
 Kebebasan bergerak dan tinggal di Madinah
 Hak dan tanggungjawab dari segi ketahanan dan mempertahankan
negara
 Dasar hubungan baik dan saling bantu-membantu antara semua
warganegara
 Tanggungjawab individu dan negara pemerintah dalam
menegakkan keadilan sosial.
 Beberapa undang-undang keselamatan seperti hukuman Qisas dan
sebagainya telah dicatatkan
 Kebebasan beragama
 Tanggungjawab negara terhadap orang bukan Islam
 Kewajipan semua pihak terhadap perdamaian.
Perangkaan Piagam Madinah

 Rasulullah
s.a.w. dalam merangka piagam
Madinah, beliau telah mengikut bimbingan
wahyu dan berdasarkan norma-norma
masyarakat Madinah ketika itu. Terdapat tiga
langkah yang diambil oleh Rasulullah dalam
membentuk piagam Madinah.
Langkah pertama

 Dilakukan oleh Rasulullah dengan mendirikan


sebuah masjid sebagai tempat orang Islam
beribadat dan tempat Rasulullah menyampaikan
ajaran Islam serta tempat pentadbiran
Rasulullah.
Langkah kedua

 Mengikattali persaudaraan antara kaun Ansar


dan Muhajirin, bagi mewujudkan persefahaman
dan untuk membantu kaum Muhajirin
memulakan hidup baru dengan pertolongan
kaum Ansar.
Langkah ketiga

 Mengadakanperjanjian dengan orang Yahudi supaya


sama-sama mempertahankan Madinah dari ancaman
luar.
Intisari Kandungan Piagam
Madinah
 Fasal 1 - Pembentukan Ummah
 Fasal [2-10] - Hak Asasi Manusia
 Fasal [11-15] - Persatuan Seagama
 Fasal [16-23] - Persatuan Segenap
Warganegara
 Fasal [24-35] - Golongan Minoriti
Intisari Kandungan Piagam
Madinah

 Fasal [36-38] - Tugas Warganegara


 Fasal [39-41] - Melindungi Negara
 Fasal [42-44] - Pimpinan Negara
 Fasal [45-46] - Politik Perdamaian
 Fasal 47 - Penutup
Kandungan Perlembagaan

 Wahyu adalah undang-undang tertinggi bagi negara


Islam Madinah.
 Nabi Muhammad diakui sebagai ketua negara yang
mesti dipatuhi dan dihormati.
 Tidak boleh bermusuhan di antara sesama Islam dan
tidak boleh membantu orang bukan Islam membunuh
orang Islam. Orang-orang Islam mestilah menganggap
orang Islam yang lain sebagai saudara meraka.
Kandungan Perlembagaan

 Kebebasan beragama diberi kepada orang bukan Islam. Orang


Yahudi boleh meneruskan amalan agama dan adat resam mereka.
Mereka akan menerima layanan yang saksama tetapi mereka
bertanggungjawab ke atas keselamatan Madinah.
 Keadilan adalah diberi kepada semua pihak. Dalam sesetengah
kes, ketua suku diberi hak untuk menyelesaikan masalah suku
mereka. Tetapi beberapa kes jenayah perlu dirujuk kepada Nabi.
 Semua penduduk Madinah tanpa mengira agama dan bangsa
adalah bertanggungjawab mempertahankan Madinah walaupun ia
diancam oleh kaum sendiri.
KHULAFA’ AL-RASYIDIN
Khalifah
bermaksud pengganti, iaitu yang dilantik menjadi
pemimpin Islam selepas kewafatan Rasulullah s.a.w.

1. ABU BAKAR AL-SIDDIQ


(11-13H/632-634M)

3. ALI BIN ABU TALIB 2. UMAR AL-KHATTAB


KHULAFA’ AL-RASYIDIN
(35-41H/656-661M) (13-23H/634-644M)

3. UTHMAN BIN AFFAN


(24-35H/644-656M)
SISTEM
PEMILIHAN
KHALIFAH

1. KEKERASAN
1. BAI’AT 1. SISTEM
- Menggulingkan
(PEMBERIAN 1. WASIAT SYURA
pemerintah
TAAT SETIA)
yang gagal
- Majlis mesyuarat
menjalankan
keadilan.
ABU BAKAR AL-SIDDIQ
(11-13H/632-634M)
 Merupakan seorang sahabat Nabi yang terkanan.

 Perlantikan melalui bai’at atau pemberian taat setia.


Berlangsung dalam 2 peringkat:
1. al-Baiah al-Khassah
-pemberian taat setia dari golongan khas dalam
perhimpunan di Saqifah Bani Saidah.
2. al-Baiah al-Ammah
-pemberian taat setia oleh rakyat jelata pada hari
kedua di Masjid Nabi.
SUMBANGAN
 menghadapi puak menderhaka atau murtad

 mengutuskan tentera membunuh nabi palsu

 peringkat awal ke arah pengumpulan al-Quran

 melantik gabenor bagi setiap wilayah Islam


UMAR AL-KHATTAB
(13-23H/634-644M)
 Perlantikan melalui wasiat daripada Abu Bakar al-Siddiq.
Uthman bin Affan diperintahkan menulis dikri yang
menetapkan Umar sebagai pengganti.

 Dipersetujui oleh sahabat-sahabat.


SUMBANGAN

 jajahan takluk Islam bertambah luas

 menyusun pentadbiran negara dgn lebih sistematik

 menubuhkan ‘Institusi al-Hisbah’

 mengemaskini urusan kehakiman

 membentuk jabatan-jabatan kerajaan


UTHMAN BIN AFFAN
(24-35H/644-656M)
 Dilantik sebagai khalifah melalui sistem syura.
SUMBANGAN

 meneruskan keseinambungan menyampaikan dakwah


Islam ke kawasan yang lebih luas

 menubuhkan armada laut

 menyempurnakan pembukuan al-Quran


ALI BIN ABU TALIB
(35-41H/656-661M)

 Dilantik menjadi khalifah melalui wasiat

 Mewarisi satu pemerintahan yang kucar-kacir

 Setelah dilantik sebagai khalifah, Saidina Ali membuat


beberapa ketetapan:
1. Memecat gabenor-gabenor lantikan Uthman
2. Merampas balik tanah-tanah yang diberi
oleh Uthman kepada kerabat-kerabatnya
3. Mengubah pentadbiran dari Madinah ke
Kufah
SUMBANGAN

 menyusun semula pasukan polis

 melengkapkan angkatan bersenjata


KERAJAAN BANI UMAYYAH
(661 M-750 M)

Termasuk dalam golongan yang terakhir


memeluk Islam.

Membentuk kerajaan setelah kematian Ali bin


Abu Talib.

Menjayakan sistem pemerintahan monarki


dalam sejarah Islam.
KHALIFAH BANI UMAYYAH

• MUAWIYAH BIN ABU SUFYAN (661-680 M)

 Memulakan pemerintahan di Kota Damsyik.


 Mencipta cara hidup baru yang berasakan tradisi Rom dan
Parsi.
 Merupakan tokoh yang bercita-cita tinggi.
 Berjaya membendung gerakan anti kerajaan.
 Berjaya mendekati musuh-musuh politiknya sehingga
mereka
menjadi penyokongnya.
 Melantik anaknya, Yazid sebagai pengganti.
• YAZID BIN MUAWIYAH (680-683 M)

 Panglima Yazid, Ubaidullah bin Ziyad dan Umar bin Saad telah
membunuh Hussein bin Ali.

 Tentera Yazid di bawah pimpinan Muslim bin Uqbah telah


menyerang Madinah yang dipimpin oleh Abdullah bin Hanzalah.
Setelah berjaya, Muslim memberi kebebasan selama 3 hari
kepada tentera-tenteranya untuk melakukan apa sahaja di
Madinah.

 Berlaku pemberontakan Abdullah bin Zubir di Makkah.


Alat yang dikenali sebagai al-manjanik yang digunakan semasa
mengepung Makkah telah membawa kerosakan kepada Ka’abah.
MUAWIYAH BIN YAZID (683 M)
MARWAN AL-HAKAM (683-685 M)
ABDUL MALIK BIN MARWAN (685-705 M)
AL-WALID BIN ABDUL MALIK (705-715)
SULAIMAN BIN ABDUL MALIK(715-717 M)
UMAR BIN ABDUL AZIZ (717-720 M)
YAZID BIN BADUL MALIK (720-724 M)
HISYAM BIN ABDUL MALIK (724-743 M)
AL-WALID BIN YAZID (743-744 M)
YAZID BIN AL-WALID (744 M)
IBRAHIN BIN AL-WALID (744 M)
MARWAN BIN MUHAMMAD (744-750 M)
KERAJAAN BANI ABASSIAH
(750 M-1258 M)

 Diambil sempena nama bapa saudara Rasulullah; al-abbas.

 Penubuhannya adalah untuk merialisasikan idea keturunan bani


hasyim yang menganggap tampuk pemerintahan islam lebih layak
disandang oleh mereka.

 Kerajaan ini mewarisi sistem khilafah secara warisan seperti juga


kerajaan bani umaiyah.

 Ia dipimpin oleh 37 orang khalifah.

 Sistem pentadbirannya banyak diadaptasi dari sistem pentadbiran


kerajaan parsi, ini disebabkan kerana karana aramai orang parsi yang
memeluk islam dan menjawat jawatan penting dalam kerajaan
abbasiyah.
 Sistem pemerintahannya beurutan seperti berikut;

i. Khalifah
ketua negara yang bertindak sebagai pemimpin
tertinggi dalam wilayah islam

ii. Al-wazir
perdana menteri yang bertindak sebagai ketua
pentadbir yang dibantu oleh menteri dan jabatan
kerajaan.

iii. Ad-dawawin
jabatan-jabatan kerajaan. Ia berada dibawah
pengawasan al-kuttab (sekretari).
KHALIFAH BANI ABASSIAH

ABU ABBAS ABDULLAH ASSUFAH (750 M-754 M)

 Khalifah abbasiyah yang pertama


 Memerintah selama 4 tahun 9 bulan ·
 Sumbangan:
§ Mengasaskan kerajaan abbasiyah.
§ Menghapuskan pemberontakan.
HARUN AR-RASYID (786 M-808 M)

 Khalifah yang paling warak dan terkenal.


 Memerintah selama 23 tahun satu setengah bulan.
 Sumbangan:
§ Memerintahkan al-qadhi abu yusuf supaya
menulis kitab tentang percukaian hingga
terhasilnya kitab al-kharaj
§ Mewujudkan jawatan qahdi al-qudha
( ketua hakim )
§ Menubuhkan baitul hikmah
( pusat perkembangan ilmu pengetahuan )
§ Menjadikan baghdad sebagai pusat
perdagangan, ilmu pengetahuan dan kebudayaan
§ Membina banyak prasarana seperti rumah sakit,
farmasi dan pusat pengajian
AL-MAKMUN (813 M-833 M)

 Putera harun ar-rasyid.


 Memerintah selama 20 tahun ( 198h-218h )
 Menggiatkan usaha penterjemahan pelbagai bidang
ilmu pengetahuan.
 Menyediakan biasiswa kepada pelajar cemerlang
KONSEP KESTABILAN
KERJA POLITIK

FAKTOR
KEGEMILANGAN

KEDUDUKAN PERPADUAN
STRATEGIK KAUM

DASAR
POLITIK
KELEMAHAN
PEMERINTAH

SERANGAN PERPECAHAN
LUAR WILAYAH

FAKTOR
KEJATUHAN

PERSELISIHAN PEREBUTAN
FAHAMAN KUASA

KEGAWATAN
EKONOMI
SUMBANGAN TAMADUN
ISLAM KEPADA PERADABAN
DUNIA
Keagungan sains dan teknologi hasil
daripada semangat penyelidikan yang
dicetuskan oleh Islam. Selama lapan abad
(897M-1492M) orang-orang Islam menjadi
perintis dan pelopor tamadun di Andalus
(Sepanyol). Didorong oleh semangat
cintakan ilmu orang-orang Islam menjadi
pemimpin dan guru dalam kegiatan
keilmuan di institusi pendidikan di Andalus
pada masa itu.
Faktor-Faktor Kecemerlangan
Tradisi mengkaji dengan bebas di samping
menghargai fikiran manusia merupakan
kejayaan di dalam kehidupan intelektual Muslim.
Ini selaras dengan ayat al-Quran pertama yang
diturunkan kepada nabi Muhammad s.a.w
dengan seruan bacalah dan perkataan al-Qalam
(pena) membuktikan bahawa Islam
menganjurkan umatnya agar menuntut ilmu. Ia
juga menunjukkan bahawa tingginya nilai ilmu
serta kedudukannya dari perspektif Islam.
Selain itu terdapat beberapa faktor lain
yang mendorong lepada kecemerlangan
Tamadun Islam sehingga dapat memberi
sumbangan yang besar kepada
kebangkitan Tamadun Islam sehingga
dapat menerajui tamadun dunia di abad-
abad pertengahan.
faktor lain yang mendorong lepada
kecemerlangan Tamadun Islam

i. Gesaan al-Quran dan al-Sunnah


ii. Galakan Pemerintah
iii. Kestabilan Andalus
iv. Kerjasama Para Ulama dan
Cendikiawan
i. Gesaan al-Quran dan al-
Sunnah
Ajaran al-Quran dan al-Sunnah yang tertanam
kukuh di jiwa umat Islam ketika itu menjadikan
mereka orang-orang yang cintakan ilmu dan
berusaha mengembangkannya kepada
penduduk Andalus. Dengan kerjasama dari
pemerintah telah membina sekolah dan bandar.
Kanak-kanak dari keluarga miskin diberikan
pendidikan secara percuma. Ini membangkitkan
kesedaran yang tinggi mengenai pentingnya
ilmu pengetahuan kepada masyarakat Andalus
yang selama ini diabaikan dari aspek
pendidikan.
Umat Islam telah mengembangkan ilmu
tradisi seperti tafsir, hadis, fekah, ilmu-ilmu
moden yang mencakupi matematik,
astronomi, geografi dan lain-lain. Sejarah
telah mencatatkan bahawa di bawah
pemerintahan dan pentadbiran Islam,
hampir tidak ada rakyat Andalus yang buta
huruf.
ii. Galakan Pemerintah
Sepanjang pemerintahan Islam di Andalus
(711 – 1492M) fenomena naungan politik
para pemerintah terhadap kegiatan
intelektual menjadi sebahagian daripada
pencapaian Umat Islam di Eropah. Ilmu
dan intelektual tidak berkembang tanpa
dorongan pemerintah Islam ketika itu.
iii. Kestabilan Andalus
Kestabilan politik, ekonomi dan sosial di Andalus
turut menjadi penyumbang kepada
perkembangan ilmu pengetahuan.
Keistimewaan masyarakat Andalus yang bersifat
majmuk seperti Islam, Yahudi dan Kristian telah
mewujudkan daya saing dan budaya ilmu yang
memberangsangkan. Ia juga melahirkan ulama
dan ahli fekah dari pelbagai bangsa. Fenomena
kepelbagaian bangsa, budaza, tamadun dan
keharmonian kaum di antara penduduk Andalus
telah memberi dorongan kepada semua lapisan
masyarakat untuk mendapatkan ilmu
pengetahuan di samping memantapkan lagi
identiti, komuniti dan intelektual.
Bermula daripada 711M sehingga zaman
kemuncak, iaitu 756 – 1031M setiap lapisan
masyarakat diperkenalkan dengan sistem
pembelajaran yang itensif dan komprehensif
dalam semua bidang. Buku-buku dan guru-guru
serta sarjana islam telah dibawa masuk ke
Andalus dan di masa yang sama pemerintah
telah menaja pelajar-pelajar untuk mendalami
semua bidang ilmu yang boleh membina
masyarakat. Di antara khalifah yang sangat
berdedikasi dalam bidang keilmuan ialah Abdul
Rahman al-Ausat. Baginda telah melibatkan diri
secara langsung dalam kegiatan-kegiatan
keilmuan. Baginda telah membina universiti dan
menaungi ulamak dengan ganjaran yang
sewajarnya dengan elaun-elaun yang tertentu.
Khalifah al-Hakam telah mengambil iniasiatif
dengan mendirikan perpustakaan dan membeli
buku-buku rujukan serta mengumpulnya dengan
tujuan mempercepatkan lagi usaha
pendemokrasian ilmu di kalangan masyarakat.
Beliau turut mengundang para cendekiawan dari
setiap pelusuk negara seperti Baghdad,
Damsyik dan Iskandariah. Masjid dan istana
turut dijadikan tempat menyebarkan ilmu.
Hampir seluruh Andalus mempunyai pusat
pengajian dan Universiti, antaranya di Seville,
Granada, Toledo, Valencia dan Cordova yang
muncul sebagai pusat intelektual yang
terpenting di Eropah.
Pemerintah Andalus juga telah membuka ruang
kepada wanita untuk menimba ilmu dan terlibat
dengan urusan intelektual. Sejarah telah
mencatatkan tidak kurang dari 100 orang wanita
Andalus telah terlibat dalam penulisan mashaf
ketika itu.
Selain dari orang Islam, khalifah telah memberi
pengiktirafan kepada cendekiawan bukan Islam,
antaranya ialah Moses bin Maimon dan
Salomón ben Gabirol dari bangsa Yahudi.
Kedua-dua mereka terdiri dari ahli falsafah dan
banyak mencurahkan tenaga dalam aktiviti
penterjemahan.
Kestabilan yang ada di Andalus telah
menjadi faktor kecemerlangan kepada
Tamadun Islam di Andalus yang akhirnya
menjadi sumber kekuatan kepada
tamadun dunia secara keseluruhannya.
iv Kerjasama Para Ulama dan
Cendekiawan
Faktor yang mempercepatkan perkembangan ilmu
pengetahuan di Andalus ialah kerjasama dan usaha
tanpa mengenal jemu oleh para ulama dan
cendekiawan. Semasa pembukaan Andalus, para
cendikiawan dan ulama telah bersama-sama ke Andalus
sebagai tentera. Mereka datang ke Andalus bersama
ilmu dan pengetahuan yang disebarkan kepada
penduduk Andalus dengan meyebarkan akidah Islam
dan menyelesaikan permasalahan mengenai syariah
dan fekah. Ibn Hazm (994 – 1064M) umpamanya
merupakan ilmuan Muslim yang agung di Andalus.
Beliau seorang ahli fikir sasterawan dan hakim, mampu
menguasai pelbagai bidang ilmu. Begitu juga dengan Ibn
Firnas Yahya dan Yahya al-Ghazal.
Kepesatan kegiatan intelektual ini
disebabkan para ulama dan ilmuan Islam
yang menghadapi cabaran ilmiah
daripada pemeluk Islam yang baru. Hujah-
hujah falsafah dan ilmu logik mereka yang
kukuh terpaksa ditangani dengan hujjah-
hujjah yang lebih mantap. Justeru itu para
cendikiawan dan ilmuan Muslim perlu
memperlengkapkan diri dengan ilmu dan
kaedah falsafah serta perbahasan yang
lebih dinamik.
Jelasnya gandingan mantap antara ulama
Islam telah menjadi faktor kepada
kecemerlangan ketamadunan di Eropah.
Pengaliran Ilmu Islam ke
Eropah
Dalam menganalisa pengaliran ilmu-ilmu
Islam ke Eropah, para sejarawan sepakat
mengatakan terdapat beberapa faktor
pendorong seperti peranan orang-orang
Mozarrab, perdagangan, hubungan
diplomatik, aktiviti penterjemahan,
pembukaan Pulau Sicily dan pembukaan
Andalus.
i. Peranan Orang-Orang
Mozarrab
 Mozarrab adalah panggilan kepada
masyarakat Kristian, ia diambil dari bahasa
Arab, ‘Musta’ribun’ (Orang-orang yang
diarabkan), iaitu orang-orang Kristian yang
tertarik dan mengamalkan beberapa aspek
kebudayaan Arab dan Islam

 Mereka turut belajar bahasa Arab di samping


bahasa Latin dan Romawi.
 Orang-orang Muzarrab memainkan peranan
yang penting dalam penyebaran ilmu Islam ke
Eropah

 Dengan mempelajari bahasa Arab, mereka


berpeluang membaca karya-karya dan hasil
penulisan orang-orang Islam

 Mereka juga membelanjakan wang yang banyak


untuk mendirikan perpustakaan bagi
menempatkan koleksi-koleksi bahasa Arab.
ii. Hubungan Diplomatik
 Sejarah telah mencatatkan bahawa telah
wujud hubungan diplomatik di antara
negara-negara Eropah dan Andalus lantaran
sikap mereka yang berhasrat memajukan
Eropah setanding dengan Andalus, antaranya
England, Perancis, Jerman dan Belanda

 Mereka telah menghantar delegasi yang


terdiri dari pelajar-pelajar ke Andalus untuk
menuntut ilmu seperti sains, kesenian,
pertukangan dan lain-lain.
 Mereka juga telah menghantar pembesar dan
putera raja mereka untuk melanjutkan pelajaran
di Andalus

 Universiti Cordova yang diasaskan oleh Abdul


Rahman sebagai universiti yang terkemuka
ketika itu. Ia menampung bukan sahaja pelajar-
pelajar Islam, malah pelajarnya juga terdiri dari
orang-orang Kristian dan Yahudi dari seluruh
dunia termasuk dari Eropah, Afrika dan Asia.
iii. Aktiviti Penterjemahan
 Seiringan dengan kemasukan pelajar-pelajar
dari seluruh dunia, aktiviti penterjemahan
semakin giat dilakukan.

 Antara pusat penterjemahan yang masyhur


ketika itu ialah Toledo yang telah berjaya
melahirkan cendikiawan yang pakar dalam
pelbagai bidang.
 Buku-buku yang sering diterjemahkan
meliputi bidang matematik, astronomi,
mantik, perubatan, kimia dan botani.

 Penterjemahan berlaku dari bahasa Arab ke


Bahasa Latin dan sebaliknya. Dengan aktiviti
penterjemahan ini, berlaku pemindahan ilmu
secara aktif dan meluas.
iv. Pembukaan Sicily
 Setelah berada di bawah kekuasaan Islam
selama 800 tahun, Sicily berperanan secara
langsung dalam pemindahan ilmu ke Eropah.

 Kedudukannya yang strategik, ditengah-


tengah perjalanan antara Eropah dan Afrika,
mendorong ia menjadi pusat intelectual yang
penting ketika itu.
 Antara faktor yang mempercepatkan proses
pemindahan ilmu ini ialah guru-guru yang
mengajar di sekolah dan masjid dikecualikan
dari berkhidmat di bidang ketenteraan.

 Ini membolehkan mereka memberi tumpuan


kepada bidang-bidang pengajaran.

 Peranan pemerintah yang turut mencintai ilmu


dan berusaha memperkembangnya turut
menpengaruhi situasi ini.
 Abad ke 10 dan 11 M, Qairawan telah muncul sebagai
pusat kegiatan keilmuan di Afrika Utara

 Hasilnya ramai cendikiawan dan Ulama Islam telah


muncul di Sicily antaranya ialah Hamzah al-Basri,
seorang ahli sasterawan dan Muhammad bin Khurasan,
seorang yang mahir dalam bidang qira’at.

 Tokoh-tokoh lain ialah Abdul Haq bin Muhammad dan


Ibnu Zaraf yang pakar dalam bidang llmu Kalam, Asad
bin al-Furut dalam bidang ilmu fekah.
SUMBANGAN TAMADUN
ISLAM KEPADA
PERADABAN DUNIA

Disediakan oleh: Nur Sorfina


Perubatan
Astronomi Ekonomi

Bahasa Senibina

Sumbangan
Islam Kemasyarakatan
konsep
Matematik
keadilan

Falsafah
Agama
Undang-undang dan
syariat pemikiran
AGAMA
 Sumbangan yang paling besar kerana agama
Islam membawa akidah,iaitu kepercayaan
terhadap Allah Yang Maha Esa.
 Implikasi utama agama dan tamadun Islam
berkembang di seluruh dunia.
Undang-undang Syariat

Undang-undang dan peraturan hidup


manusia.
Dilaksanakan setiap masa dan tempat.

Bersangkutan dengan akidah.


Falsafah dan Pemikiran

Tidak lagi dibelenggu oleh pemikiran


pasif.
Tokoh-tokoh falsafah Islam dijadikan
sebagai panduan oleh orang Eropah .
Kemasyarakatan Konsep Keadilan

 Islam menyarankan hak individu serta penyertaan


rakyat memberi pendapat, memberi layanan baik
terhadap tawanan perang, etika peperangan seperti
melindungi nyawa kanak-kanak, orang tua dan kaum
wanita.
 Nilai sivik tokoh-tokoh Islam dicontohi oleh barat.
Ekonomi

Teknologi dan kemahiran Islam


dicontohi seperti perdagangan,
perindustrian, teknologi pertanian,
serta sistem perairan.
Perubatan

Teknik perubatan dijadikan contoh dan


rujukan di Eropah dalam bidang kimia.
Matematik
Tokoh-tokoh Islam dijadikan sebagai
rujukan menimba ilmu dalam bidang
matematik.
Orang eropah yang menimba ilmu
matematik telah menjadi pakar dalam
bidang masing-masing.
Astronomi

Buku-buku hasil karya tokoh Islam


dijadikan rujukan orang eropah.
Bahasa
 Banyak karya bahasa dan sastera bahasa
diterjemahkan ke bahasa-bahasa eropah.
 Istilah-istilah Arab seperti sukkar (sugar),
kimia (alchemy), arsyek (cheque) dan banyak
lagi telah dipinjam oleh bahasa Eropah.
SENIBINA
 Masjid dan istana merupakan pusat kepada
semua aktiviti, maka ia dibina dengan
senibina yang istimewa dan indah.
 Pada masjid dan istana dibinakan menara
dan pintu gerbang serta ukiran yang sangat
tinggi nilai senibinanya.
Kesimpulan
Islam adalah agama yang bersifat sejagat, untuk seluruh
manusia. Kemunculannya telah memberi sinar baru kepada dunia
yang malap dengan nilai-nilai jahiliyah, kepada dunia petunjuk dan
rahmat. Islam telah membawa perubahan kepada tamadun manusia
dengan bertunjangkan akidah, berpaksikan perlaksanaan syariat
dan dihiasi dengan nilai-nilai akhlak mulia.
Kemunculan Islam sebagai way of life telah membentuk
tamadun besar dunia serta memberi sumbangan kepada
kebangkitan Eropah dan dunia keseluruhannya. Tamadun Islam
bermula dari zaman Rasulullah s.a.w. sehingga kini mempunyai dua
matlamat utama, iaitu menjana tamadun kemanusiaan dan
membangunkan tamadun fizikal. Segala perlakuan manusia sebagai
penggerak tamadun mestilah berteraskan al-Quran dan al-Sunnah
serta sumbangan intelektual muslim dalam membangunkan dunia
sejagat
SEKIAN, TERIMA KASIH
SESI SOAL JAWAB
RUJUKAN
• Dr Abdul Rahman Hj Abdullah, (2002), Pustaka Ilmi,
Sejarah dan Tamadun Islam.
• Proffesor Dr Shaharir Mohamad Zain, (1985), Dewan
Bahasa dan Pustaka, Pengenalan Tamadun Islam
dalam Sains dan Teknologi.
• Mahayudin Hj Yahaya, (1998), Penerbit Fajar Bakti
SDN BHD, Tamadun Islam.

You might also like