You are on page 1of 8

PENTAKSIRAN DALAM PENDIDIKAN KHAS

suatu proses pembelajaran yang merangkumi aktiviti menghurai,


mengumpul, merekod, memberi skor dan menterjemah maklumat tentang
pembelajaran seseorang murid bagi sesuatu tujuan tertentu (Lembaga
Peperiksaan Malaysia, 2000)

Maklumat hasil pentaksiran akan dirujuk untuk memperbaiki kelemahan


murid dan meningkatkan pencapaiannya.
Pentaksiran yang dibuat adalah mengikut peringkat kebolehan dan
standard perkembangan murid tersebut.

Pentaksiran juga memerlukan pengumpulan bukti dan data pencapaian


murid dalam satu tempoh masa untuk mentaksir pembelajaran dan
pemahamannya.
Bukti dan data ini dapat diambil dalam bentuk dialog, jurnal, lembaran
kerja, portfolio dan beberapa jenis ujian seperti ujian diagnostik

Pentaksiran dalam Pendidikan Khas adalah untuk memberi maklumat


dan gambaran tentang tahap penguasaan murid dalam pelbagai
kemahiran seperti membaca, menulis, mengira dan sebagainya.
Ia juga dapat mengesan punca masalah yang dihadapi murid dan
merangka intervensi, strategi pengajaran dan penempatan yang sesuai
mengikut tahap kebolehannya
Kemahiran 3 M :

kemahiran membaca - membaca maklumat dan


latihan & mencari bahan-bahan pembelajaran untuk
melakukan ulangkaji.

kemahiran menulis - untuk menulis nota pelajaran


dan melakukan latihan.

kemahiran mengira - penting bagi mata pelajaran


yang melibatkan kira-kira tetapi ia juga penting
dalam kehidupan seharian mereka.

PEMBELAJARAN
ASAS
Kemahiran pengurusan diri :
keupayaan menguruskan diri sendiri
(membersihkan diri sendiri, memakai pakaian tanpa
bantuan, makan dengan cara yang betul dan
mampu memenuhi kehendak asas diri seperti
membuang air.

supaya murid dapat menjaga keperibadian diri


sendiri dan berupaya menguruskan diri sendiri
tanpa pertolongan orang lain.

Tingkah laku yang bersesuaian untuk


berinteraksi di rumah, sekolah dan
bersama masyarakat.
Keupayaan sosial individu yang mampu
mencapai kejayaan tanpa menggangu
orang lain.

Aspek dalam kemahiran sosial


-kemahiran berkomunikasi, asertif, Kemahir
bergaul, menyelesaikan masalah. an
Tujuan pentaksiran - mengenalpasti murid
sosial
yang mempunyai kelemahan dalam
bersosial.

membantu murid dalam proses P&P dan


kehidupan seharian mereka.
membolehkan mereka berinteraksi dan
menjaga hubungan antara masyarakat
dengan baik dan bersesuaian mengikut
golongan.
Kemahiran Tingkah Laku

melibatkan perangai, kelakuan dan cara seseorang itu membawa


penampilan dirinya.
karektor asas benda hidup kerana setiap benda hidup di dunia ini
mempunyai perwatakan yang tersendiri.

Faktor utama yang mempengaruhi tingkah laku ialah melalui


persekitaran.
Walaubagaimanapun, tingkah laku berubah menerusi pembelajaran.

Menguasai penggunaan
lambang-lambang pertuturan
untuk berkomunikasi

Kemahiran
bahasa

Memerlukan pemahaman
simbol dan maksud
perkataan untuk
mengintrepetasikan
maklumat dan idea.

Keupayaan
menguasai
pengetahuan
Penting dalam
tentang perkara Kemahira
asas Matematik
membantu dalam
n pelajaran dan
seperti nombor
matemati aktiviti seharian
dan operasi
mudah k
BIODATA MURID

Nama Murid : Luqman Hakim bin Kiroman

Tarikh Lahir : 26 Oktober 1997

Jantina : Lelaki

Umur : 11 tahun

Sijil Lahir : AF 88379

Alamat : 552, Jalan 2/8 Taman Suria 2

Jitra, Kedah

Jenis Masalah : Slow Learner and Mild Mental Retardation


LAPORAN PENTAKSIRAN DAN PEMERHATIAN

Saya telah menjalankan pentaksiran menggunakan Ujian Diagnostik


Bahasa Melayu dan Matematik ke atas Luqman yang mempunyai masalah slow
learner dan mild retardation.

Kemahiran Bahasa Melayu

Saya melakukan tiga jenis Ujian Diagnostik Bahasa Melayu iaitu 1)


membaca perkataan KVK dan KVKVK, 2) padanan gambar dan perkataan serta
3) menulis suku kata akhir. Berdasarkan pentaksiran Bahasa Melayu yang
dibuat, saya mendapati bahawa dia mempunyai beberapa kelebihan dan
kelemahan. Ujian pertama iaitu membaca perkataan KVK dan KVKVK
menunjukkan, dia dapat membaca perkataan KVK dengan lancar. Namun, beliau
mempunyai sedikit masalah untuk membaca perkataan KVKVK dan perkataan
yang mempunyai lebih dari satu suku kata. Ujian kedua iaitu padanan gambar
dan perkataan pula memberi hasil yang baik. Dia mampu mengenal dan
memadankan gambar dengan perkataan satu suku kata. Hasil ujian ketiga iaitu
menulis suku kata akhir, dia boleh menulis huruf-huruf tetapi mempunyai
masalah dalam menulis saiz dan orientasi huruf yang betul.

Kemahiran Matematik

Tiga jenis Ujian Diagnostik Matematik pula ialah 1) perbandingan, 2)


susunan nombor, dan 3) penambahan. Hasil pentaksiran Ujian Diagnostik
Matematik pula adalah berbeza dengan hasil Ujian Diagnostik Bahasa Melayu.
Ujian pertama iaitu berkenaan dengan perbandingan, dia mengenal dan mampu
membezakan bentuk dengan betul. Ujian kedua pula iaitu susunan nombor
menampakkan sedikit kelemahan dirinya. Hal ini mungkin kerana bentuk soalan
yang ditulis adalah dalam Bahasa Inggeris. Dia boleh menulis nombor mengikut
susunan tetapi tidak dapat menulis nombor secara perkataan. Ujian
penambahan pula memerlukan dia masa yang agak lama untuk menjawab setiap
satu soalan. Hal ini menyebabkan dia berasa bosan dan tidak ada keyakinan diri
untuk menjawab soalan berikutnya. Namun, dia mampu menjawab proses
penambahan yang melibatkan satu tempat nombor dan mempunyai masalah
apabila melibatkan dua tempat nombor.

Kemahiran Sosial

Saya juga telah menjalankan pemerhatian terhadap kemahiran sosial dan


tingkah laku murid tersebut. Saya mendapati bahawa Luqman merupakan
seorang murid yang mempunyai kemahiran sosial yang memuaskan. Hal ini
digambarkan apabila dia mampu bermain, bergaul, berbual dan berinteraksi
dengan rakan dan gurunya. Dia juga boleh menjawab soalan jika ditanya dan
memberi pandangan apabila perlu. Namun, beliau mengambil masa untuk mesra
dengan sesiapa yang baru dikenalinya.

Kemahiran Tingkah Laku

Pemerhatian terhadap tingkah laku dia pula memberi gambaran kepada


saya bahawa Luqman merupakan seorang murid yang mempunyai perwatakan
yang sukar dijangka. Dia boleh menjadi seorang yang periang, suka bermain dan
suka bercakap tetapi kadangkala dia menjadi seorang yang pendiam, menyendiri
dan lebih suka memerhati.
Refleksi

Berdasarkan hasil pentaksiran dan pemerhatian yang dijalankan, saya


mempunyai beberapa cadangan yang untuk membantu mengatasi masalah
yang dihadapi oleh Luqman. Pertama, merujuk hasil Ujian Diagnostik Bahasa
Melayu, dia mempunyai masalah dalam membaca perkataan yang lebih dari satu
suku kata. Oleh yang demikian, guru boleh mendedahkan Luqman dengan lebih
kerap tentang perkataan yang melibatkan lebih dari satu suku kata. Guru boleh
menggunakan kaedah pengajaran menggunakan kad perkataan, kad bergambar,
bercerita dan sebagainya. Usaha ini akan menambahkan lagi perbendaharaan
kata dan kemahiran membacanya. Kedua, berkenaan dengan masalah saiz dan
orientasi tulisannya. Di sini, guru boleh mengajar menulis saiz huruf dengan betul
dengan cara menyuruh dia menulis mengikut saiz kotak atau garisan. Guru boleh
melukis kotak atau garisan yang saiznya sesuai dengan huruf. Contohnya, kotak
ini atau garis ini . Berkenaan dengan orientasi tulisannya pula,
guru seharusnya memerhatikan cara kedudukannya semasa menulis. Sekiranya
kedudukan badan, pensil atau kertas dalam keadaan yang salah seperti senget,
guru hendaklah membetulkan kedudukannya.

Seterusnya ialah mengenai hasil pentaksiran Ujian Diagnostik Matematik


Luqman. Masalah dalam susunan nombor adalah bukan kerana dia tidak
mengenal turutan nombor yang betul tetapi dia mempunyai masalah
pemahaman dalam mengenal nombor Bahasa Inggeris. Oleh yang demikian,
guru seharusnya mendedahkan dia dengan perkataan Bahasa Inggeris. Hal ini
kerana dia mempunyai pemahaman yang kurang dalam Bahasa Inggeris.
Sekiranya guru lebih kerap mengajarnya Matematik dalam Bahasa Inggeris,
saya berpendapat Luqman akan dapat menguasainya dengan lebih baik. Untuk
membantu Luqman dalam masalah penambahan pula, guru boleh mengajar
Luqman pengiraan secara konkrit. Ini bermaksud, guru harus membekalkan
Luqman dengan benda maujud seperti batang aiskrim, biji getah, batu, buah-
buahan dan sebagainya untuk pengiraan. Hal ini supaya dia nampak secara
jelas bagaimana proses penambahan itu berlaku.

Secara umumnya, pentaksiran memberikan murid, ibu bapa dan guru


maklumat yang terperinci tentang perkembangan dan pencapaian murid dalam
pembelajaran. Maklumat hasil pentaksiran akan dirujuk untuk memperbaiki
kelemahan murid dan meningkatkan pencapaiannya. Pentaksiran yang dibuat
adalah mengikut peringkat kebolehan dan standard perkembangan murid
tersebut. Pentaksiran juga memerlukan pengumpulan bukti dan data
pencapaian murid dalam satu tempoh masa untuk mentaksir pembelajaran dan
pemahamannya. Bukti dan data ini dapat diambil dalam bentuk dialog, jurnal,
lembaran kerja, portfolio dan beberapa jenis ujian seperti ujian diagnostik.
Segala bukti dan data tersebut menggambarkan tahap kebolehan, kekurangan
dan kelebihan murid berkenaan untuk penempatan.

Mengikut pemahaman saya, pentaksiran dalam Pendidikan Khas adalah


untuk memberi maklumat dan gambaran tentang tahap penguasaan murid dalam
pelbagai kemahiran seperti membaca, menulis, mengira dan sebagainya. Ia juga
dapat mengesan punca masalah yang dihadapi murid dan merangka intervensi,
strategi pengajaran dan penempatan yang sesuai mengikut tahap kebolehannya.
Pentaksiran dan pemerhatian yang dijalankan ke atas murid telah memberi saya
pengetahuan dan gambaran tentang bagaimana menilai keupayaan murid
Pendidikan Khas. Hal ini kerana, kemampuan dan tahap kebolehan setiap murid
Pendidikan Khas adalah berbeza mengikut jenis masalahnya. Oleh yang
demikian, guru memainkan peranan yang penting dalam merancang dan
merangka intervensi serta strategi yang paling sesuai untuk menjalankan proses
pengajaran dan pembelajaran supaya mereka memperolehi pendidikan yang
sepatutnya.

You might also like