You are on page 1of 4

Nurul Diyana Suliman TAJUK : PENGURUSAN PENYAYANG DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN KONSEP PENYAYANG Kamus Dewan= penyayang

penyayang bermaksud orang yang kasih akan orang lain, pengasih, pencinta dan bersifat belas kasihan. Rahmat - Cetusan perasaan yang wajib Fitrah manusia Rasa kasihan yang disertai akal fikiran Kelembutan hati/baik hati/murah hati Perasaan halus dan hidup Caring - concern giving attention strength and commitment courage respect The good in people -kindness and affection compassion sincere liking moral nobility Satu kesempurnaan dalam tabiat manusia

AMALAN BUDAYA PENYAYANG


Mesra bila berhubung dengan kanak-kanak. Kasih sayang dan persefahaman menjadi pemusatan dalam pendidikan (Peter Kline). Jangan membuat anggapan yang salah terhadap keupayaan kanak-kanak- mereka adalah individu yang unik. Menarik minat kanak-kanak. Merangsang kanak-kanak belajar. Elak kebosanan- eg aktiviti terlalu lama / kerap berulang Apa yang hendak ditunjukkan mudah dan jelas supaya kanak-kanak tidak keliru Bersedia untuk menukar aktiviti- kanak-kanak mempunyai pemusatan yang pendek. Baiki satu kesalahan sahaja pada satu satu masa- untuk mengelakkan kekeliruan. Kanak-kanak suka membuat sesuatu dan melihat hasil kerjanya. Puji usaha dan hasilnya. Menggunakan beberapa cara untuk kanak-kanak mencapai suatu kemahiran. Gunakan berbagai jenis alat/ bahan/ media untuk meneguhkan kemahiran. Gunakan gambar/ perbuatan yang menggelikan hati kanak-kanak (unsur seronok). Galakkan kanak-kanak mencuba dan beri bantuan hanya jika diperlukan. Adakan pilihan dalam kadar yang terhad. Proses memilih merangsang kanak-kanak untuk memilih dan membuat keputusan. Jangan mulakan konsep baru sebelum kanak-kanak memahami konsep yang diajar sebelumnya (eg utk belajar tambah kanak-kanak telah mengenal nombor).

BAGAIMANA MEWUJUDKAN AMALAN BUDAYA PENYAYANG DI PRASEKOLAH: 1. Pengurusan dan pengelolala kelas-eg melalui rutin, kedudukan kerusi meja

Nurul Diyana Suliman 2. Peranan guru prasekolah 3. Persekitaran fizikal kelas 4. Persekitaran sosial 4. Hubungan dengan ibu bapa dan komuniti

PERSEKITARAN SOSIAL Menyokong perkembangan Konsep kendiri yang positif Diterima oleh rakan dan guru Mempunyai persepsi bahawa dia boleh mencapai sesuatau Berpeluang menikmati kejayaan dalam tugas Guru menunjukkan penghargaan, kasih sayang dan sabar melayan Kanak-kanak rasa dihargai dan diterima Kanak-kanak dibantu melihat dari perspektif orang lain KESAN PEMBELAJARAN PENYAYANG Mengoptimakan pencapaian dalam suasana yang seronok dan ceria Membina sahsiah dalam persekitaran yang harmonis Kanak-Kanak belajar apa yang mereka alami

PERANAN GURU PENYAYANG 1. Pengurus Di sekolah guru menggunakan pelbagai cara mengurus keperluan dan bilik darjah bagi menarik perhatian kanak-kanak. Gaya pengurusan guru perlulah seiring dengan keperluan situasi dan keperluan kanakkanak. Kriteria utama yang perlu ditekankan ialah fleksibiliti. Melatih kanak-kanak membuat keputusan sendiri secara beransur-ansur. Beri peluang kanak-kanak membuat keputusan sebagai satu pendekatan ganjaran. Guru boleh menggunakan kaedah ini seawal permulaan persekolahan mesyuarat kelas boleh dilaksanakan bagi memberi peluang kanak-kanak berbincang dan memenuhi keperluan mereka. Guru mesti sentiasa peka kepada keperluan dan minat kanak-kanak terutama sekali dalam penyediaan aktiviti dalam kelas. Aktiviti yang kurang menarik akan menyebabkan tumpuan akan berkurang yang membawa kepada pelbagai masalah lain. Guru boleh mengurangkan masalah ini dengan menselang selikan aktiviti yang difikirkan menarik dan kurang menarik.

Nurul Diyana Suliman Aktiviti main, memerlukan guru dari membuat pelbagai persediaan dari aspek pengurusan. Sebagai contoh guru mesti peka terhadap ahli-ahli kumpulan, jantina, minat dan kecerdasan kanak-kanak.

2. Pemerhati Setiap hari guru berdepan dengan pelbagai kerenah dan tingkah laku kanak-kanak. Ini menjadikan tugas memerhati bukan satu tugas yang mudah. Namun demikian, aktiviti pemerhatian dalam jangka masa panjang dapat membantu guru menyelesaikan pelbagai masalah di prasekolah. Contohnya, sukar menjalankan aktiviti bersama dalam kumpulan. Setelah guru prasekolah menjalankan pemerhatian didapati Ali mempunyai 2, 3 tingkahlaku yang tidak disenangi oleh rakan-rakannya. Teknik pemerhatian - Sambut kanak-kanak di waktu pagi secara bersemuka untuk melihat riak wajah dan perasaan mereka. - Aktiviti yang pertama setiap hari perlulah ringkas untuk memudahkan guru membuat pemerhatian. Aktiviti yang disediakan tidak perlu lama, di antara 2 3 minit. - Sentiasa berdiri menghadap kanak-kanak dan elakkan membelakangi mereka. - Memantau semasa aktiviti sedang berjalan, dengan membawa bersama board untuk mencatat pesanan yang perlu diberi perhatian - Sentiasa peka terhadap perbualan kanak-kanak semasa aktiviti berjalan. - Guna bantuan perakam tape semasa guru mengendali aktiviti. Analisis aspek yang perlu diperbaiki setelah mendengar semula rakaman tersebut. - Buat refleksi setiap hari lebih kurang 10 minit selepas sesi tamat. 3. Penilai Pemerhatian merupakan satu cara guru menilai pelbagai aspek perkembangan kanakkanak. Tujuan penilaian terhadap hasil kerja kanak-kanak adalah untuk mengenal pasti sama ada hasil pembelajaran telah tercapai. Sebelum membuat penilaian guru prasekolah perlu memahami matlamat sebenar yang hendak dicapai. Sebelum memulakan aktiviti, senaraikan matlamat 6 objektif yang hendak dicapai contohnya perkembangan atau hasil pembelajaran mengikut tahap kanak-kanak. Penilaian boleh dibuat semasa pemerhatian. 4. Perancang Bilik darjah yang berpusatkan pelajar dan menggunakan kurikulum bersepadu dan menggunakan kurikulum bersepadu perlu dirancang dengan teliti sebelum ia dilaksanakan. Semasa merancang P & P untuk setengah tahun akademik, tema perlulah disusun mengikut kepentingannya. Merancang P & p untuk aktiviti harian merupakan tugas yang rumit. 5. Reflektif

Nurul Diyana Suliman Reflektif merupakan satu tindakan yang sangat penting dalam proses P & P. Menurut Deweys guru reflektif perlu memiliki sikap mengkaji diri, berfikiran terbuka dan sanggup untuk menerima tanggungjawab atas setiap tindakan dan keputusan yang telah dibuat. Terdapat beberapa strategi yang boleh diaplikasi bagi membantu guru baru di sekolah.

*TAMBAHAN

Pemerhatian Sebagai Cara Menilai. Dijalankan sejurus aktiviti bermula sama ada secara senyap atau berdialog dengan kanak-kanak. Memudahkan guru mendapat maklum balas secara terus perlu diubah, diganti, dipercepatkan atau diperlahankan.

Aktiviti Susulan Aktiviit utama : Mengunjungi supermarket untuk mempelajari (principal activity) tentang harga barangan dan pembelian. Aktiviti Susulan : Wujudkan satu sudut di kelas berkaitanpengalaman melibatkan kanak-kanak membuat belian dan mengurus wang. Aktiviti utama: Kanak-kanak belajar lagu dan nyanyian. Tindakan susulan: mengadakan program persembahan informal dengan menjemput ibu bapa dan warga sekolah.

Teknik menilai boleh dirumuskan dengan pelbagai bentuk seperti ujian, formal, pemerhatian tak formal, dan aktiviti pembelajaran.

Strategi Sentiasa berhubung dengan pensyarah pembimbing semasa mendapat latihan IPG. Memerhati cara guru--guru berpengalaman / pakar mengendalikan sesi P & P.

You might also like