You are on page 1of 1

Cara Menerbangkan Layang-layang Untuk menerbangkan sebuah layang-layang, maka dua orang peserta diperlukan.

Seorang memegang gulungan tali dan seorang memegang layanglayang (menganjung). Untuk mnerbangkannya penganjung perlu membawa layanglayang tersebut sejarak kira-kira satu rantai. Ia cuba menganjung atau

melambungkan layang-layang tersebut setelah diisyaratkan berbuat demikian, oleh orang yang mengendalikan layang-layang tersebut. Apabila layang-layang itu mula terbang ke udara, maka orang yang mengendalikanya menyentak sambil menghulur benang dalam lilitan sehingga layang-layang itu terbang tinggi dan menghabiskan kesemua sekali yang ada di dalam lilitannya. Setelah berada tinggi di angkasa maka layang-layang tersebut akan melenggang-lenggok mengikut daya angin. Jika satu pertandingan diadakan maka mutu penerbangan sesuatu layanglayang dikira dari ketenangan dan ketegakan sesuatu layang-layang. Jika tali sesuatu layang-layang menghampiri sudut tegak maka penerbangannya adalah

kurang baik. Dalam pertandingan memutuskan tali layang-layang maka peserta yang Berjaya memutuskan tali layang-layang lawan adalah dikira menang.

Masa Bermain Layang-Layang Pada kebiasaannya, musim bermain layang-layang adalah selepas menuai padi, lazimnya pada musim ini angin bertiup kencang. Biasanya angin betara (angin yang bertiup dari utara) bertiup pada masa ini.

Tempat Oleh kerana pada musim menuia adalah musim panas dan sawh-sawah tidak berair, maka sawah-sawah padi yang kosong itu dijadikan kawasan menaikkan layang-layang. Pada masa dahulu tiada terdapat kawasan-kawasan yang lapang selain dari sawah padi untuk menaikkan layang-layang.

You might also like