You are on page 1of 26

PEMBENTUKAN PERKATAAN BAHARU BAHASA MELAYU

Disediakan Oleh: Rosnaini Binti Mohd Rapi PISMP BM1 SEM 5

PENGENALAN
Perkataan-perkataan baharu umumnya timbul dalam sesuatu bahasa melalui dua proses utama, iaitu pertama melalui penggunaan popular, seperti dalam media massa, penulisan kreatif dan seumpamanya, dan kedua melalui proses perancangan bahasa yang rasmi.

Dalam pembentukan kata baharu sesuatu bahasa, akan berlaku proses yang melibatkan bidang-bidang bunyi bahasa (fonologi), pembentukan kata (morfologi), dan perbendaharaan kata (leksikon).

BUNYI BAHASA MELAYU

BUNYI BAHASA MELAYU


Unit yang terkecil yang berfungsi dalam sesuatu bahasa ialah fonem atau secara umum disebut bunyi bahasa. Bahasa Melayu, seperti juga bahasa-bahasa semula jadi yang lain, mempunyai sejumlah bunyi bahasa yang digunakan untuk menerbitkan bentukbentuk kata mengikut suatu peraturan atau sistem bunyi bahasa. Bentuk-bentuk kata yang menjadi unit ujaran atau pertuturan dapat dipecah-pecahkan kepada unitunit bunyi yang disebut fonem.

BUNYI ASLI BAHASA MELAYU


Bahasa melayu mempunyai 24 bunyi bahasa asli, iaitu 18 konsonan dan enam vokal.

KONSONAN
18 konsonan asli yang terdapat dalam bahasa Melayu dapat diklasifikasikan mengikut cara dan daerah sebutannya seperti yang terdapat dalam jadual berikut:

KONSONAN ASLI Daerah sebutan Cara sebut Bibir Gigi-gusi Lelangit Keras Lelagit Lembut k g Glotis

p b
Letupan Letusan c j t d -

m
Sengau Geseran Getaran Sisian w v y l r s h n ny ng -

10 huruf konsonan yang dapat hadir pada awal, tengah dan akhir perkataan adalah p,k,t,m,n,ng,s,h,r dan l. Konsonan b,d,g,c dan j hanya berada pada akhir perkataan dalam perkataan-perkataan pinjaman, seperti adab, had, beg, dan kolej.

Kedudukan Konsonan p b t d k g c j m n ny ng s h r l w y

Awal perkataan

Tengah perkataan

Akhir perkataan

peri bisu turi dari kari gari curi jari malu nasi nyaris ngilu sapu helang rayu lagu wangi yang

lipas sabit atas lidi akar agar acar ajar ramas panas banyak angan kisar bahan baran balas awan bayi

malap ulat tapak malam telan pisang kapas sudah tikar bantal -

VOKAL
Enam vokal asli bahasa Melayu terdiri daripada; - tiga vokal depan, - satu vokal tengah, - dan dua vokal belakang.
Kedudukan lidah

Depan

Tengah

Belakang

Keadaan bibir

Sempit

Separuh sempit
Separuh luas Luas

e
e () a

Hanya tiga vokal, iaitu i, a, dan u dapat hadir pada awal, tengah dan akhir perkataan. Vokal e (e taling), o, dan e (e pepet) hanya hadir pada awal dan tengah perkataan. Vokal e (e taling), dan o hanya hadir pada akhir perkataan dalam suku kata terbuka dalam kata pinjaman, seperti sate, tauge, logo dan polo.

Awal Kedudukan perkataan Vokal i e [] a u itu ekar akar ubat

Tengah perkataan (terbuka) bilas berang barang sudah

Tengah perkataan (tertutup) pintu bengkok bantu buntal

Akhir perkataan

api bola palu

olah

boleh

dompet

Taburan Vokal Asli Bahasa Melayu

Selain vokal yang enam ini, terdapat juga tiga bunyi geluncuran yang disebut diftong, iaitu ai, au dan oi.
Kedudukan Diftong ai au oi Tengah perkataan hairan saudara Akhir perkataan pandai pulau amboi

Diftong Bahasa Melayu

BUNYI BAHASA PINJAMAN


Akibat pertembungan dengan bahasa-bahasa lain, terutamanya bahasa Arab dan bahasa Inggeris, maka bahasa Melayu telah mengalami proses peminjaman bunyi-bunyi bahasa daripada bahasa-bahasa tersebut. Kini, bahasa Melayu telah menerima sebanyak 8 konsonan pinjaman yang kesemuanya terdiri daripada jenis bunyi geseran, seperti berikut:

Daerah Bibirsebutan gigi

Gigi

Gigi- Lelangit Lelangit gusi keras lembut

Cara Sebutan

Geseran

fv

th () dh ()

sy ()

kh (x) gh ()

Konsonan Pinjaman

Walaupun umumnya bunyi-bunyi pinjaman ini masih jelas digunakan dalam bentuk ujaran, namun bunyi-bunyi seperti th, dz, dh, dan sh, kini masing-masing telah ditukar menjadi s,z atau d dan sy mengikut sistem ejaan rumi baharu. Contohnya: th -> s : thalji salji Ithnin Isnin dz -> z : dzat zat dzikir zikir dh -> d : dhobi dobi hadhirat hadirat sh -> sy : sharat syarat isharat isyarat

PEMBENTUKAN KATA

IMBUHAN SANKSRIT
Imbuhan yang berasal daripada bahasa Sanskrit ialah jenis imbuhan yang telah lama terserap ke dalam sistem tatabahasa bahasa Melayu. Antaranya, seperti maha-, pra-, tata-, dan panca, telah menjadi sebati dengan perkataan-perkataan dasar bahasa Melayu, sehingga penggunaanya amat produktif.

Imbuhan Sanskrit
Awalan eka maknanya satu Makna Contoh ekabahasa, ekapaksi, ekasuhu, ekawarna

dwi tri panca dasa juru

maknanya dua maknanya tiga maknanya maknya sepuluh

dwibahasa, dwicabang, dwipihak, dwifokus, tribahasa, trisiku, tritunggal, triwangsa, triwulan pancawarna, pancaragam, pancaindera, dasawarsa

maknanya orang yang ahli atau jurujual, jurucakap, juruterbang, pakar dalam sesuatu bidang maknanya besar atau agung mahaguru, mahadewi, maharesi, maharupa

maha

pra

maknanya sebelum maknanya susunan/ peraturan tentang sesuatu sistem/

prasekolah, prasejarah, prakata,

tata

tatabahasa, tatatertib, tatasusila,

Akhiran Makna -ita maknanya perempuan wanita atau

Contoh biduanita

-man

maknanya orang yang mahir dalam sesuatu bidang atauorang yang memiliki sesuatu sifat

seniman, budiman

-wan

maknanya orang yang mahir dalam sesuatu bidang/ lapanganatau orang yang melakukan sesuatu perbuatan atau orang yang sesuatu sifat/ benda

olahragawan, pustakawan, karyawan, bangsawan, hartawan,

-wati

maknanya wanita yang mahir dalam sesuatu bidang atau seniwati, peragawati, sukarelawati, lapangan

IMBUHAN ARAB-PARSI
Awalan
bi-

Makna
Tidak, tiada

Contoh
biadab

Akhiran
-wi

Makna
Berkenaan, dengan, bersifat

Contoh
dunia

-iah
-at -ah

Berkenaan, dengan, bersifat


Lelaki, orang Perempuan Perempuan

ilmiah
hadirin muslimat ustazah

IMBUHAN YUNANI-LATIN-INGGERIS
Imbuhan asing yang paling banyak dibawa masuk ke dalam bahasa melayu berasal daripada imbuhan bahasa Melayu Yunani-Latin-Inggeris. Tetapi umumnya, imbuhan tersebut tidak berfungsi sebagai imbuhan dalam bahasa Melayu, kecuali beberapa bentuk imbuhan awalan seperti pro-, anti-, mono-, poli-, auto-, dan supra-.

Imbuhan

Makna

Contoh

anti-

menentang/ benci

antisosial, antikerajaan, antidadah, antirokok, antirasuah, antikeganasan

autopoliprosub-

dengan sendirinya banyak Menyokong/ menyebelahi Sebahagian/ bahagianbahagian yang kecil atau di bawah

automobil, automatik, autograf, autonomi poligami, poliklinik, politeknik, prokomunis, prokerajaan, prososialis, proaktif, prodemokratik subtajuk, subbidang, subkelas, substandard, subsistem, subgolongan, subtopik

Akhiran Sebahagian besar bentuk ini wujud dalam perkataan yang dipinjam secara keseluruhan ke dalam bahasa Melayu. Antara contoh-contohnya adalah -isme, -ik, -si, -al, dan is.

(i) -isme
Contoh perkataan: sosialisme, kolonialisme, idealisme Contoh perkataan: fonemik, fonetik, saintifik Contoh perkataan: revolusi, potensi, sensasi

(i) -ik (i) -si


(i) -al

Contoh perkataan klinikal, praktikal, kritikal


Contoh perkataan praktis, magis, kritis

(i) -is

You might also like