You are on page 1of 7

MAKANAN BERKHASIAT

MAKSUD MAKANAN BERKHASIAT

Makanan yang berkhasiat mengandungi vitamin,protein,karbohidrat,mineral dan lemak. 1. Karbohidrat membekalkan tenaga utama kepada badan. 2. Protein diperlukan untuk pertumbuhan,khususnya untuk membina sel-sel baru,membaiki atau menggantikan sel dan tisu yang rosak 3. Mineral diperlukan oleh badan dalam kuantiti yang kecil untuk pertumbuhan dan mengekalkan kesihatan badan 4. Vitamin diperlukan oleh badan dalam kuantiti kecil untuk mengekalkan kesihatan dan pertumbuhan badan 5. Lemak membekalkan dua kali ganda tenaga berbanding dengan karbohidrat dan disimpan sebagai stor tenaga Contoh-contoh makanan berkhasiat adalah nasi,buah-buahan,sayursayuran,roti,ikan dan sebagainya.

KEPENTINGAN MAKAN MAKANAN BERKHASIAT

Kita sungguh bertuah kerana dapat menikmati pelbagai jenis makanan namun kita perlulah mengambil makanan yang berkhasiat dan seimbang agar kita mendapat zat-zat dan nutrien yang diperlukan oleh badan kita untuk mengekalkan kesihatan dan memulih tahap kesihatan yang sudah menurun atau terjejas. Jika kita tidak makan makanan berkhasiat kita akan mendapat kesan-kesan yang negatif seperti mandapat penyakit-penyakit yang berbahaya. Contohnya penyakit malnutrisi,skurvi,diabetes,sakit jantung,kanser dan sebagainya.

Contoh-contoh :Malnutrisi kekurangan nutrien dalam badan Kwasyiorkor kekurangan protein dalam badan Skurvi kekurangan vitamin C Tekan darah tinggi pengambilan garam yang berlebihan Kencing manis glukosa yang berlebihan Ostesporosis pengambilan kalsium yang tidak mencukupi dalam gizi Sakit jantung dan strok kolestrol berlebihan Penyakit kanser lemak berlebihan dalam badan

Makanan tidak berkhasiat

Makanan berkhasiat

AMALAN PEMAKANAN YANG SIHAT

CARA MEMPRAKTIKKAN

Untuk mengelakkan daripada mendapat penyakit,kita perlulah mempraktikkan amalan pemakanan yang sihat. Kita perlulah mempraktikkan amalan pemakanan yang sihat dengan makan mengikut piramid makanan.

Ketika kita makan, kita perlulah menjaga adab kita. Kita perlulah membasuh tangan sebelum dan selepas makan,ambil makanan yang terdekat dahulu,makan dan minum menggunakan tangan kanan,duduk di meja makan,tidak berbual-bual,duduk dengan sempurna dan baik,jangan banyak minum,tidak merungut tentang makanan,menolak kerusi masuk ke bawah meja selepas makan dan akhirnya mencuci pinggan.

MENU MAKANAN YANG SEIMBANG

SARAPAN PAGI Roti bakar Jem strawberi Segelas susu Sebiji epal

TENGAH HARI

Sepinggan nasi putih Kari ikan kembung Telur goreng Sup sayur Air tembikai Sebiji piang

MAKAN MALAM Sepinggan nasi putih Tomyam campur Telur dadar Sayur campur Air masak Sepotong nanas

Akhir sekali , kita perlulah bersikap baik hati dengan mengagihkan makanan kepada orang yang kurang bernasib baik seperti orang yang kekurangan duit untuk membei makanan. Contohnya pada bulan ramdhan, kita boleh memberikan bantuan makanan kepada orang-orang yang tidak mampu untuk membeli makanan untuk berbuka puasa.

Pengenalan

Badan kita memerlukan tenaga untuk menjalankan pelbagai aktiviti dan proses hidup. Tenaga diperoleh daripada makanan yang kita makan setiap hari. Kita amat bertuah kerana dapat menikmati pelbagai jenis makanan yang kita peroleh setiap hari.Tetapi makanan juga boleh memberikan kesan yang negatif seperti mendapat penyakit-penyakit yang bahaya.Makanan bukan sahaja membekalkan tenaga kepada kita malah makanan juga membekalkan nutrien kepada kita untuk mengekalkan kesihatan badan.Makanan boleh dibahagikan kepada tujuh kelas iaitu vitamin,karbohidrat,mineral,protein,lemak,pelawas dan air.Kelas yang utama adalah vitamin,karbohidrat,lemak,protein dan mineral.

NAMA : WAN NUR ALIA BINTI WAN AZRI KELAS : 2 ARIF GURU : ENCIK MOHD NASER BIN MD HASHIM

You might also like