You are on page 1of 3

Walaupun sudah 50 tahun Malaysia merdeka, tetapi perpaduan atau integrasi kaum masih berada ditahap yang menggusarkan.

Ianya mempunyai banyak punca. Selain daripada latarbelakang sejarah, budaya, bahasa, agama yang berbeza antara kaum-kaum ini, ada lagi sebab-sebab lain yang menyumbang kearah kelesuan integrasi kaum di Malaysia selama ini. Bahagian ini akan membincangkan sebab musabab tersebut dalam tempoh 50 tahun kebelakangan ini. Ketidakstabilan Sosio-Ekonomi Antara Kaum Ini adalah antara punca awal yang membawa kepada kegagalan integrasi kaum di Malaysia. Dari aspek sosial, kesan daripada konstruksi penjajah dahulu, kaum-kaum di Malaysia dipisahkan mengikut kawasan petempatan. Orang Melayu di kampung-kampung, orang Cina di pekan dan bandar-bandar, orang India pula berada di estet-estet. Keadaan ini memang meyukarkan interaksi antara kaum ini berlaku lantas turut menyukarkan proses integrasi antara kaum-kaum terbabit. Ekoran daripada pengkelasan kaum mengikut kawasan petempatan ini, ianya membawa kepada suatu lagi konflik lain iaitu perbezaan pendapatan masyarakat. Masyarakat Melayu yang tinggal di kampung-kampung menjadi kaum yang paling susah dan miskin walaupun mereka adalah bumiputera, manakala kaum Cina yang menetap di bandar muncul sebagai kaum yang terkaya. Hal ini telah menimbulkan rasa cemburu dan tidak puas hati dalam kalangan golongan yang miskin memandangkan mereka adalah peribumi di Malaysia. Akibatnya, kaum-kaum ini mula menyimpan semangat permusuhan dan salah faham antara satu dengan yang lain yang akhirnya membawa kepada pergaduhan kaum secara terbuka seperti apa yang berlaku didalam peristiwa 13 Mei 1969. Politik Perkauman Politik perkauman ialah kepercayaan positif terhadap organisasi politik dan sosial mengikut garis perkauman ataupun etnik. Antara medium utama yang menggerakkan fahaman ini ialah partiparti politik, persatuan-persatuan, NGO dan sebagainya. Di Malaysia, terdapat banyak organisasi yang ditubuhkan berdasarkan faktor perkauman ini. Misalnya UMNO, Dewan Perniagaan Cina, Persatuan Peniaga India, GPMS dan lain-lain organisasi. Pertubuhan-pertubuhan yang berteraskan kaum ini pastilah menarik keahlian bagi satu-satu kaum sahaja. Adalah mustahil seorang Melayu akan menjadi ahli didalam sebuah pertubuhan perniagaan Cina. Pengasingan kaum mengikut organisasi ini ternyata menyukarkan integrasi kaum untuk berlaku. Kaum-kaum di Malaysia akan berada didalam pelbagai organisasi yang berbeza kerana keadaan semasa telah mendorong kearah itu. Lebih malang lagi, kebanyakan organisasi ini beria-ia menerapkan faham perkauman melampau dalam kalangan ahli mereka bagi mengukuhkan sokongan ahli. Situasi sebegini nyata tidak menyumbang kearah pengintegrasian kaum, bahkan semakin memecahbelahkan kaum-kaum di Malaysia. Perasaan perkauman yang berlebihan telah menyebabkan prejudis antara kaum semakin subur, hasilnya, muncul suatu civil society yang sudah dewasa, tetapi masih tiada integrasi seperti apa yang ada di Malaysia pada hari ini walaupun sudah ratusan tahun hidup bersama.

Apa yang menggusarkan, agenda organisasi-organisasi berlandaskan kaum ini adakalanya telah diletakkan ditempat yang lebih tinggi berbanding dengan agenda perpaduan kaum. Mereka lebih rela tidak bersatu ataupun bermusuhan, asalkan organisasi perkauman mereka berada didalam keadaan yang paling baik. Hal ini telah menimbulkan semangat perkauman yang sangat tinggi dalam kalangan rakyat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum ini. Pendidikan Berorientasikan Kaum Pengasingan institusi pendidikan berteraskan kaum di Malaysia juga merupakan suatu masalah besar yang dihadapi masyarakatnya. Tidak perlu dinafikan, pendidikan adalah wahana penting untuk mengintegrasikan kaum. Namun, adalah malang, di Malaysia, sistem pendidikannya terutama disekolah rendah adalah berteraskan satu-satu kaum sahaja. Orang Melayu kebanyakannya bersekolah disekolah kebangsaan, orang Cina pula disekolah-sekolah Cina, begitu juga dengan kaum India. Perpaduan yang seharusnya diajarkan kepada masyarakat semenjak mereka kecil telah menemui kegagalan didalam konteks ini kerana mereka diasingkan mengikut aliran persekolahan rendah yang berbeza. Dalam kes ini, kaum Cina dan India tidak mahu sistem pendidikan yang menggunakan bahasa ibunda mereka dihapuskan. Justeru mereka tetap berkeras untuk mengekalkan sekolah-sekolah aliran Cina dan Tamil di Malaysia. Akibat itu, kebanyakan anak-anak orang Cina akan bersekolah rendah di sekolah rendah aliran Cina dan anak-anak orang India akan bersekolah rendah disekolah aliran Tamil. Anak-anak kecil yang tidak diintegrasikan semenjak kecil ini akan sukar untuk bermasyarakat dengan kaum-kaum lain ketika dewasa kelak. Hasilnya, perpaduan kaum yang longgar akan berlaku. Pendidikan yang seharusnya menjadi platfom terawal kearah penerapan nilai perpaduan didalam jiwa rakyat Malaysia yang pelbagai kaum telah secara tidak langsung, memecahbelahkan kaumkaum ini semenjak kecil lagi. Bahkan, tidak keterlaluan jika dikatakan, kerana wujudnya sistem pendidikan berteraskan kaum ini, faham perkauman telah diterapkan didalam minda masyarakat pelajar semenjak mereka berada dibangku sekolah rendah lagi. Justeru, apabila mereka ini berada disekolah menengah dan institut pengajian tinggi, tidak hairan jika mereka saling bergaduh antara satu kaum dengan kaum yang lain. Media Massa Media massa juga merupakan antara penyumbang kearah kegagalan integrasi kaum di Malaysia walaupun sudah mencapai 50 tahun usia kemerdekaannya. Media massa yang memang begitu rapat dengan rakyat turut berperanan menyumbang kearah kegagalan integrasi kaum di Malaysia. Akhbar misalnya, setiap kaum mempunyai akhbar didalam bahasa ibunda masing-masing. Orang Melayu lazimnya membaca akhbar berbahasa Melayu seperti Utusan Melayu dan Berita Harian, orang Cina pasti lebih cenderung untuk membaca Nanyang Siang Pau berbanding dengan akhbar Kosmo, begitu juga dengan kaum India yang pasti lebih memilih akhbar Makkal Ossai berbanding dengan akhbar Sinar. Begitu juga akhbar-akhbar di Sabah dan Sarawak yang dibuat khusus untuk bacaan khalayak tertentu.

Hal ini memanglah kelihatan kecil, bahkan mungkin ada yang mengatakan jika kita jadikan masalah bahasa ini sebagai punca pepecahan kaum, itu sudah melanggar hak menggunakan bahasa ibunda oleh kaum-kaum di Malaysia. Namun, harus diingat bahawa penggunaan akhbarakhbar ini bukan sekadar menggunakan bahasa ibunda, bahkan turut meniupkan semangat perkauman kepada pembaca akhbar mereka. Apa yang menguntungkan, bahasa pengantar akhbar itu tidak difahami oleh semua orang kerana ia menggunakan bahasa ibunda kaum masingmasing. Inilah masalahnya yang boleh kita kaitkan dengan media massa. Media massa sedikit sebanyak telah menyumbang kearah segregasi kaum di Malaysia. Kerana wujudnya situasi sebegini, perbezaan kaum akan lebih terserlah. Identiti kaum akan lebih kuat dan diutamakan. Identiti nasional dan kebangsaan tidak dipedulikan. Masalah perpaduan dan integrasi kaum akan terus wujud jika kita masih bertegas untuk membeza-bezakan kaum yang ada didalam Malaysia. Salah Faham Terhadap Dasar Kerajaan Perkara ini juga merupakan antara punca utama masalah integrasi kaum di Malaysia masih belum menemui jalan keluarnya. Semuanya berkaitan dengan persepsi negatif dan prejudis kaum-kaum bukan bumiputera terhadap dasar-dasar utama kerajaan, khususnya dasar sosial yang dianggap sebagai berat sebelah dan hanya untuk menguntungkan orang Melayu sahaja. Dasardasar utama kerajaan ini yang matlamat akhirnya ialah untuk mewujudkan perpaduan negara yang lebih baik telah menerima sambutan dingin daripada kaum-kaum bukan bumiputera ini. Dasar Pendidikan Kebangsaan misalnya dianggap oleh kaum bukan bumiputera sebagai suatu dasar untuk menghapuskan sistem pendidikan kaum mereka dan untuk mengurangkan penggunaan bahasa ibunda mereka. Walhal, dasar ini bertujuan untuk menyatupadukan masyarakat berbilang kaum di Malaysia dengan kewujudan suatu sistem, bahasa pengantar dan silibus pelajaran yang sama bagi semua aliran sekolah di Malaysia. Kerajaan tidak berhasrat untuk menghapuskan sekolah-sekolah aliran Cina dan Tamil melalui dasar ini. Begitu juga halnya dengan dasar-dasar kerajaan yang lain seperti Dasar Ekonomi Baru dan Dasar Kebudayaan Kebangsaan. Rasa prejudis yang tidak berasas ini telah membuatkan kaum-kaum bukan Melayu berada didalam keadaan tertekan sekaligus berasa cemburu dengan orang Melayu yang dianggap menggubal dasar dan undang-undang untuk kepentingan orang Melayu sendiri. Salah faham dan stereotaip ini juga didorong oleh kurangnya penelitian mereka terhadap sejarah kenegaraan Malaysia dan Perlembagaan Persekutuan itu sendiri. Ringkasnya, sebab-sebab berlakunya perpecahan kaum yang menggagalkan integrasi kaum di Malaysia ini adalah kerana didorong oleh rasa tidak puas hati dan prejudis dalam kalangan kaum-kaum di Malaysia. Ianya juga dapatlah kita katakan berpunca daripada sikap sesetengah kaum itu sendiri yang terlalu mahu menonjolkan kebudayaan masing-masing dengan mengetepikan kebudayaan kebangsaan seperti yang termaktub didalam Dasar Kebudayaan Kebangsaan. Obsesi untuk berada didalam kelompok kaum sendiri dari segala segi juga adalah salah satu punca utama yang telah menggagalkan integrasi kaum di Malaysia.

You might also like