You are on page 1of 1

ASAL USUL KHUNSA Perkataan Khunsa berasal daripada Bahasa Arab yang bermaksud lembut.

. Dari sinilah timbul istilah kaum lembut, makyah atau pondan dalam istilah Bahasa Melayu. Mengikut tafsiran syarak, khunsa seseorang yang diragui jantinanya sama ada pada kedua-dua alat kelamin lelaki tetapi batinnya perempuan atau sebaliknya. Dalam pengertian sains, istilah yang digunakan ialah hermaphrodite. Istilah ini berasal daripada nama dewa dan dewi dalam bahasa Yunani iaitu Hermes dan Aphrodite. Hermes dewa yang memiliki sifat lelaki Aphrodite dewi yang memiliki sifat kewanitaan, kasih sayang dan cantik.

Dalam istilah perubatan, nama alternatif yang digunakan ialah penyakit perkembangan jantina [disorder of sex development, DSD] atau Pseudohermaphroditism. Terdapat empat kategori yang mengalami khunsa : 1. 2. 3. 4. Khunsa perempuan [female pseudohermaphroditism] Khunsa lelaki [male pseudohermaphroditism] Khunsa sebenar [true pseudohermaphroditism] Khunsa kompleks [complex intersex]

Khunsa perempuan mempunyai 46 kromosom termasuk kromosom seks XX. Khunsa perempuan secara genetiknya adalah perempuan. Bagaimanapun, organ kelamin luar kelihatan seperti lelaki dalam bentuk seakan-akan zakar. Tetapi mereka mempunyai rahim, ovari dan organ kelamin dalaman lain seperti wanita normal. Keadaan ini berlaku, mungkin kerana si ibu mengambil hormon progestron yang berlebihan untuk mengelakkan keguguran. Ini menyebabkan penghasilan hormon tertentu dalam badan ibu tidak seimbang. Khunsa lelaki secara genetik adalah lelaki dan mempunyai 46 kromosom termasuk kromosom seks XY. Tetap, organ kelamin luarannya gagal terbentuk dengan sempurna. Khunsa lelaki mungkin mempunyai testis dan vulva yang seakan-akan perempuan atau mempunyai zakar yang sangat kecil. Khunsa sebenar adalah seseorang yang mempunyai kedua-dua organ kelamin lelaki dan wanita, iatu testis dan ovari [ovotestis] ataupun satu ovari dan satu testis. Secara genetik, dia mungkin memiliki kromosom XX, XY atau kedua-duanya.. Alat kelaminnya mungkin sama, ataupun mungkin jelas lelaki atau wanita. Keadaan ini dipanggil khunsa sebenar. Khunsa kompleks adalah mereka yang mempunyai susunan kromosom yang lebih rumit. Mungkin 45 kromosom, XO iaitu hanya 1 kromosom X atau 47 kromosom XXY atau XXX. Kedua-duanya mempunyai kromosom X yang lebih.

You might also like