P. 1
Pengaruh British Di Mesir & Kesan

Pengaruh British Di Mesir & Kesan

|Views: 366|Likes:

More info:

Published by: Muhamad Hashir Mat Zain on May 14, 2013
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOCX, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

03/10/2015

pdf

text

original

Sections

  • 1.0 PENDAHULUAN
  • 2.0 PENGARUH BRITISH DI MESIR (JASMI BIN JOHARI D20112052046)
  • MESIR DI ZAMAN PENJAJAHAN INGGERIS
  • ( MOHD HAKIMI BIN HASSAN D20112052057)
  • PERGERAKAN MAHDI DI SUDAN DAN PENAKLUKAN INGGERIS MESIR
  • PERSIDANGAN INGGERIS – MESIR PADA 1899
  • EKONOMI MESIR SEMASA PENJAJAHAN INGGERIS
  • PENDIDIKAN PADA ZAMAN BRITISH
  • TINDAK BALAS NASIONALIS
  • 1.0 British muncul sabagai Imperialisme Terulung Barat dalam Daulah Uthmaniyyah
  • ( MUHAMMAD HAFIZ BIN DAUD D20112056401)
  • 2.0 Dasar Buka Pintu oleh Mehmat Ali Pahsa
  • 3.0 Dasar British di Mesir
  • Kesan British kepada Uthmaniyyah
  • (MUHAMAD HASHIR BIN MAT ZAIN D20112052063)
  • Kemerosotan Empayar Turki Uthmaniyyah
  • Rampasan kuasa oleh Cromer
  • Kesan Ekonomi
  • Pengabaian Pendidikan
  • KHAIRIN BIN SHAREP (D20112052048)
  • KABURNYA KUASA UTHMANIYAH TERHADAP MESIR
  • Kes Terusan Suez
  • Kes Kebankrapan Ismail
  • Kabinet Eropah, Produk British
  • Lindungan British (British Protectorate) 1882, Membangkitkan Arab
  • KESIMPULAN
  • HSI 3023 – ISLAM DI ASIA BARAT ABAD KE-19 HINGGA 20
  • GROUP: A
  • AHLI KUMPULAN:

1.0 PENDAHULUAN Mesir mula ditakluk oleh Turki Uthmaniyah pada tahun 1517.

Pentadbiran Uthmaniyah memiliki fungsi utama iaitu menjaga kebajikan wilayah Mesir kerana ia mempunyai banyak kepentingan. Keistimewaan geopolitiknya dalam pengendalian wilayah Laut Merah dan tempat suci di Jazirah Arab adalah penting kerana betul-betul berada di kawasan strategik iaitu laluan perdagangan antarabangsa yang menghubungkan wilayah timur dan barat. Hal ini telah menyebabkan ramai kuasa-kuasa barat ingin menguasai Mesir bagi menjaga dan menguasai jalan-jalan yang penting untuk perdagangan. Kedudukan Mesir yang terletak disebelah Laut Mediterranean

membolehkan banyak manfaat dapat diambil daripadanya terutama dari sudut peluang ekonomi yang menjadi rebutan kuasa barat. Perancis adalah kuasa barat yang mula menceroboh Mesir di bawah pimpinan Jeneralnya yang hebat iaitu Nepoleon Bonarparte. Pada tahun 1801, kekuatan Perancis di Mesir dikalahkan oleh British yang kemudian mengembalikan kekuasaan Turki Uthmaniayah1. Pengusiran tentera Perancis ini dibantu oleh Mehmet Ali, seorang Jeneral tentera yang dihantar Sultan Daulah Uthmaniyah. Penulisan ilmiah ini dibuat untuk menghuraikan pengaruh British di Mesir. Pada masa yang sama penulisan ini turut membincangkan impak yang berlaku keatas Daulah Uthmaniayah sepanjang pendudukan British di Mesir. Rangka waktu perbincangan mengenai persoalan ini adalah dalam lingkungan abad ke 19 sehingga awal ke 20 iaitu dimulai dengan pemerintahan rejim turun temurun Muhamad Ali di Mesir. Peranan British di Mesir amatlah luas dari pelbagai aspek, ini dapat dilihat apabila British terlibat dalam memberikan kemerdekaan kepada Mesir.

1

Dr. Syafiq A Mughni. (1997). Sejarah Kebudayaan Islam di Kawasan Turki. Logos Wacana Ilmu: Pamulang Timur, Ciputat. Hlm 114.

1

2.0 PENGARUH BRITISH DI MESIR (JASMI BIN JOHARI D20112052046) Secara ringkasnya, apabila kita menyingkap kembali sejarah polisi British di Arabia secara umum dan barat daya Arabia sebelum meletusnya Perang Dunia Pertama, hubungan persahabatan dengan pemimpin Arab tempatan telah diadakan tetapi tujuannya hanyalah untuk keselamatan. Ini mencetuskan perjanjian persahabatan dengan pemimpin tempatan seperti dengan qabilah-qabilah al-Abdali, al-Aqrabi, al-Subayhi, al-Yafa‟i, al-Fadli, alHawshabi, al-Amiri, al-Alawi dan al-Awlaqi telah bertukar menjadi perjanjian perlindungan (Protestorate Treaties ) sejak tahun 1880-an.2 Perkembangan terbaru ini ialah ekoran dari munculnya kembali pengaruh Empayar Uthmaniyah di Yaman setelah menduduki semula Sana‟a pada tahun 1872, juga disebabkan oleh bertambahnya minat kuasa asing di Arabia selepas pembukaan Terusan Suez pada tahun 1869. Oleh itu, sejak 1880-an British telah memilih polisi campurtangan di dalam urusan halehwal negeri jiran di Arabia. Hubungan persahabatan antara kerajaan Uthmaniyah dengan Britain terus kekal sehinggalah apabila Uthmaniyah menyebelahi German pada 31 Oktober 1914. Sehingga ke tarikh tersebut Britain masih berpegang kepada polisi menyokong keutuhan Empayar Uthmaniyah walaupun mereka telah menduduki Cyprus dalam tahun 1878 dan Mesir 1882. Misalnya sejak 1882 hingga 1914 Mesir masih lagi diiktiraf sebagai salah sebuah wilayah dalam Empayar Uthmaniyah. Mesir dikuasai kerana dorongan untuk menyelesaikan kekusutan ekonominya serta kepentingan British di Terusan Suez dan sekali gus bagi membendung mana-mana kuasa lain dari bertapak di Laut Merah yang menjadi jalan keluar dari Barat ke Timur. Walaupun kerajaan Uthmaniyah masih mengambil sikap berkecuali setelah meletusnya Perang Dunia Pertama pada Julai 1914, namun Britain sejak awal Ogos 1914 lagi
2

C.U.Aitchison(1909). A Collection of Treaties, Engagements and Sanads Relating to India and Neighbouring Countries, Calcutta,hlm.46,52,99,129.

2

telah menduga kemungkinan keterlibatan Empayar Uthmaniyah ke kancah peperangan dengan memihak kepada German dan sekutunya. Kementerian Hal-Ehwal India dan kementerian Luar Negeri di London telah menerima laporan daripada pegawai-pegawai mereka di India, Mesir dan Istanbul mengenai persediaan tentera Uthmaniyah untuk memasuki perang. Reaksi terhadap laporan di atas berbagai-bagai, Gabenor General di India mencadangkan supaya kerajaan British mengistiharkan perlindungan ke atas Tanah suci di Mekah dan Madinah dari sebarang serangan.3 Lord Kitchener, bekas Pesuruhjaya Tinggi British di Mesir ketika itu menjawat jawatan sebagai menteri Perang, telah mencadangkan supaya diajukan pertanyaan kepada Sharif Husayn mengenai apa reaksi beliau dan orangorang Arab sekiranya Empayar Uthmaniyah berperang menentang British.4 Kementerian Luar Negeri juga mempunyai cadangannya sendiri. Duta British di Istanbul diarahkan supaya menyampaikan mesej kepada Sultan Uthmaniyah supaya berkecuali, jika tidak akan buruk padahnya nanti kepada empayar Uthmaniyah iaitu pihak British akan menuntut dan mengistiharkan Mesir merdeka dan dipisahkan dari menjadi wilayah empayar Uthmaniyah.5 Terdapat satu persamaan antara kementerian Hal-ehwal India dengan kementerian Luar Negeri di London iaitu mereka hanya bersetuju pada dasarnya tentang bagaimana mereka harus menggunakan orang-orang Arab bagi menentang Uthmaniyah. Di Mesir, usaha memujuk Sharif Husayn dimulakan oleh Lord Kitchener berasaskan adanya hubungan persahabatan yang telah wujud sejak Februari 1914 lagi, apabila Abdullah yang mewakili ayahnya Sharif Husayn iaitu telah menemui Kitchener di Kaherah, bertanyakan sama ada Britain sanggup atau tidak memberikan bantuan kepada Sharif sekiranya beliau menghadapi masalah dengan Istanbul. Tetapi pada tahap ini usaha Sharif Husayn tidak diberi perhatian
3 4

Viceroy kpd.Kementerian Hal Ehwal Luar, 1 September 1914, FO 371/2139. Kitchener kpd.Grey, 24 September 1914, FO 371/2139. 5 Grey kpd. Mallet, Duta British di Istanbul, 29 Ogos 1914, FO 371/2138.

3

yang wajar berdasarkan adanya hubungan baik antara London dengan Istanbul, tetapi apabila ada tanda-tanda yang menunjukkan kecenderungan Uthmaniyah untuk menyebelahi German maka Kitchener telah mengambil peluang ini untuk memulakan hubungan dengan Sharif. Pada bulan September 1914 mesej beliau telah disampaikan kepada Abdullah melalui Milne Cheetham pemangku Pesuruhjaya Tinggi di Mesir. Mesej kedua Kitchener telah disampaikan kepada Abdullah menjanjikan sekiranya bangsa Arab membantu British dalam perang, British akan memastikan Arabia tidak akan terancam Kitchener menambah, “it may be that the Arab of true race will assume the khalifate at Mecca or Medina and so good may come by the help of God out of all the evil that is now occurring”.6

Mesej Kitchener tentang khalifah Islam sekali lagi telah dirujuk oleh Mc Mohan kepada Sharif pada 30 Ogos 1915 berserta janji-janji kemerdekaan Arab yang terdapat dalam hubungan Mc Mohan-Sharif Husayn yang telah membuka jalan kepada sokongan Sharif menentang Empayar Uthmaniyah pada bulan Jun 1916. Walaupun Sharif Husayn masih yakin tentang masa depan gagasannya, tetapi beliau mulai ragu-ragu apabila mendapati Britain secara rahsia telah mengadakan kemerdekaan yang sama seperti Ibn Sa‟ud dan Sayyid Idrisi. Kewujudan berbagai-bagai komitmen British dengan beberapa pemimpin Arab di Arabia merupakan halangan yang besar dalam penyelesaian British selepas perang di Arabia. British dan India mempunyai hubungan yang baik dari segi politik. Oleh sebab itu, apabila berlakunya perang antara Perancis dan India pada 1756-1763 hubungan ini bertambah baik setelah India menang dan menyebabkan British mendapat Kanada dan India. Ini

6

Elie Kedouries (1978). England and the Middle East : The Destruction of the Ottoman Empire,1914-1921. London,hlm.52

4

Ekoran inilah Mesir menjadi rebutan antara kuasa Perancis dan British.hlm.hlm. N. British juga mempunyai pengaruh ke atas Tanjung Harapan ( Cape of God Hope) yang menyebabkan perdagangan British di Timur dan India bertambah lancar. Pihak Uthmaniyah telah melantik Khusraw Pasha sebagai gabenor di Mesir tetapi 7 Goldschmidt.162 5 . British telah mengambil peluang untuk berbaik-baik dengan pihak Uthmaniyah bagi mengusir Perancis dari bumi tersebut dan juga bertindak menghantar bantuan tentera ke situ bagi membantu Uthmaniyah merebut kembali haknya.210 10 Heywoth-Dume. Engle Cliff. The Islamic Quarterly 18:2130. British telah menjalinkan hubungan dengan pemimpin Mamluk yang memerintah Mesir pada 1798 dan secara langsung berjaya menguasai laluan perdagangan di Laut Merah.menyebabkan Perancis bertambah marah kepada British. Justeru. London : Frank Cass & Company Limited.T. Hebatnya pengaruh British di Mesir ini sehinggakan setelah British terpaksa berundur selaras dengan tuntutan dalam Perjanjian Amiens10 telah menimbulkan masalah perebutan kuasa yang serius antara pihak Uthmaniyah dan golongan Mamluk. British berminat untuk menguasai wilayah-wilayah di Afrika Utara dan Levant. Alian(1974). An Introduction to the History of Education in Modern Egypt . J(1968). Kaherah : The American University Press.7 Mesir dilihat sebagai wilayah yang berharga berbanding wilayah-wilayah lain berikutan kemampuannya memberi keuntungan dan faedah yang banyak kerana potensinya yang tinggi sama ada dari segi politik mahupun ekonomi.hlm. 8 Bagi memastikan hubungan British dengan jajahannya di India selamat ketika melalui Timur Tengah.hlm. Modern The Formation of a Nation-State.Yahya & Ricks.J : Prentice-Hall. The Origin of The French Expedition to Eygpt in 1798.M(1970). British juga sentiasa berminat untuk menguasai wilayah-wilayah Uthmaaniyah selain Mesir.4 9 Armajani. 9 Mesir dijadikan sebagai pangkalan untuk berhubung dengan pusat-pusat perdagangannya di India dan Timur. Middle East Past and Present.14 8 Silvera. A(1990). British sedar akan potensi ekonomi dan kekayaan bumi Mesir.

13 11 Lois A.11 Pihak British telah banyak mengambil bangunan awam untuk menempatkan tenteranya dan juga sebagai hospital. Bersama perlantikan ini ialah Pengisytiharan dasar perlindungan pada 18 Disember 1914. Timur Tengah dan Afrika Utara Moden (Terjemahan oleh Mohammad Redzuan Othman). Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka. namun mereka tetap juga meneruskan hasrat tersebut. Amerika Syarikat juga telah memberikan pengakuan formal tentang hal ini pada bulan April 1919.Arion & Richard P. apabila berlakunya perang Dunia pertama dalam empayar uthmaniyyah. kerajaan British juga telah menukar gelaran Khedif yang diguna pakai sewaktu empayar Uthmaniyyah kepada Sultan. Disamping itu. pihak British juga memberikan hak perwakilan (wafd) kepada penduduk Mesir ke persidangan damai.Mitchell (1991). pihak British telah berjaya menyekat kegiatan pergerakan kebangsaan melalui penapisan-penapisan maklumat. British cuba menguasai Mesir kembali pada 1807 melalui hubungan yang dijalinkan antara British dengan Alfi Bey sekitar tahun 1806. British telah mengambil peluang untuk menguasai Mesir dengan hubungan tersebut .hlm.tidak kekal lama.191 6 . Kerajaan British melalui Perjanjian Versailles yang turut disertai oleh kuasa besar Eropah lain telah disahkan sebagai pelindung bagi negara Mesir. Hal ini adalah selari dengan empat belas perkara Wilson dan bagi memenuhi harapan rakyat Mesir.hlm.190 12 Ibid. Bukan itu saja.12 Dengan pengisytiharan dasar perlindungan. Selain itu. Walaupun mengetahui Alfi Bey telah meninggal dunia pada Januari 1807. Hasil hubungan tersebut. pihak British sanggup membantu Alfi Bey untuk menguasai Mesir dengan syarat selepas beliau berjaya pihak British perlu diberi peluang menguasai pantai-pantai negara Mesir. kerajaan British telah menukar Abbas Hilmi II kepada Husayn Kamil yang dianggap senang untuk dipengaruhi.

penjajah berusaha keras untuk melenyapkan akar umbi Islam yang sudah sekian lama bertunjang dalam masyarakat Mesir.blogspot. Sir Lee Stack.Pada 1922.hlm. umat Islam di negara itu amatlah mundur dan lemah akibat dilayan dengan buruk oleh penjajah. http://pondokrahmat. fasik dan bebas lepas tanpa sebarang ikatan. Shah Alam : Karisma Publications Sdn. akibat permainan jahat penjajah yang mendapat kerjasama sang Yahudi15. Hal ini telah menimbulkan kemarahan British yang menyebabkan British menuntut ganti rugi. Akan tetapi.285 14 Ibid. Seperti biasa.14 MESIR DI ZAMAN PENJAJAHAN INGGERIS ( MOHD HAKIMI BIN HASSAN D20112052057) Dalam zaman penjajahan British di Mesir. British telah mengisytiharkan Mesir merdeka dengan bersyarat. 13 Fadhlullah Jamil (2007).com/2011/03/normal-0-false-false-false. Tindakan jahat penjajah itu menyebabkan sebilangan besar rakyat Mesir tersingkir dari agama mereka. Selaras dengan pengisytiharan tersebut. malah mereka dilayan seperti hamba abdi walaupun mereka sebenarnya peribumi negara itu. Mereka menggalakkan rakyat Mesir. terdapat banyak gerakan anti-British dan hal ini telah menimbulkan masalah kepada British. Islam di Asia Barat Moden Penjajahan dan Pergolakan . khususnya umat Islam hidup bergelumang dengan maksiat. sebuah perlembagaan Mesir diumumkan pada 1923. agama Islam yang suci dan murni yang menjadi pegangan rohani mereka sejak sekian lama. terutama selepas kejatuhan pemerintahan sistem berkhalifah daah dalam Empayar Islam Turki yang ranap pada tahun 1924.Bhd. yang merupakan Gabenor Sudan dan juga Panglima Angkatan Tertinggi Tentera di Mesir telah dibunuh di Kaherah.hlm. seperti haiwan-haiwan yang hidup melata di permukaan bumi. Antaranya ialah meminta Mesir mengalirkan air di sungai Nil untuk kawasan ladang di Sudan.html 7 . Dengan itu bererti mereka dengan sewenang-wenangnya melanggar segala peraturan yang telah ditetap oleh Islam.286 15 Mohd zain salleh.(2011).

Hal 133 8 .A. Jeneral Charles Gordon 16 Mohammad Redzuan Othman (1991). Tentera Mahdi menghancurkan tentera itu pada tahun 1883. Pergerakan ini bermula di Kordafan dan merebak ke bahagian lain di Sudan. Timur Tengah dan Afrika Moden. walaupun Nampaknya beliau memusnahkan kemerdekaan Sudan. Inggeris menghantar sepasukan tentera yang dibiayai oleh Mesir ke selatan tetapi di bawah arahan pegawai Inggeris.). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.Penyelewengan umat Islam dari akidah Islam yang sebenarnya itu dapat dilihat dengan jelas dalam kehidupan penduduk-penduduk yang tinggal di bandar-bandar besar khususnya di Khaerah. Selepas Inggeris menjajah Mesir. mereka yang warak mempercayai utusanya. dengan sepenuhnya mempercayai (seperti pergerakkan Wahhabi di semenanjung Tanah Arab sebelum dan selepas kemunculannnya) bahawa tugasnya adalah untuk menubuhkan sebuah pemerintahan islamyang adil seperti pada zaman Nabi Muhammad (S. malah mereka telah menjual agama mereka dengan harga yang amat murah. Mahdi iaitu Muhammad Ahmad ibn Abdullah. dan mereka bersedia melakukan berbagai-bagai perkara yang amat bertentangan dengan ajaran Islam yang sebenarnya. Penyokong Mahdi termasuklah. pedagang hamba abdi dan kaum normad yang tidak menyukai pemerintah pada waktu itu. terutamanya sejak beliau mendakwa dirinya sebagai khalifah dan imam. Bekas ketua gabenor . namun komponen teologi dalam peruntusannya adalah yang teragung.W. Oleh itu tidak hairanlah jika mesir bimbang dengan kenaikan Mahdi pada bulan Jun 1881. PERGERAKAN MAHDI DI SUDAN DAN PENAKLUKAN INGGERIS MESIR Pergerakan Mahdi di Sudan biasanya dipersalahkan kerana menyebabkan penidasan Turki-Mesir yang berlaku serentak dengan kemerosotan kepimpinan di Mesir dan Sudan menjelang penggulingan Isma‟il dari tahkta kerajaan16. Tentera Mahdi telah bergabung dengan tentera sukarela Berjaya menewaskan angkatan tentera Mesir yang kecil yang diperburukkan lagi kekacauan yang meletus di Mesir. William Hicks.

tenteranya dikalahkan oleh tentera InggerisMesir di Tushki. beliau mula berjauhan diri daripada pengikutnya. Abdullah menyeru supaya Kedif Tawfiq tunduk kepadanya tetapi dua tahun kemudian. Pada bulan Januari 1885 tentera Mahdi masuk ke Bandar itu dan membunuh Gordon. Di sudan. Menurut syarat-syarat dalam persetujuan terakhir yang dicadangkan pada tahun 1887. Dengan berakhir perluasan di utara dan bermulanya kebuluran dalam Negara Mahdi. Tentera bantuan hanya tiba dua hari kemudian. Abdullah suku kaumnya ke Khartum. Inggeris akan meninggalkan kawasan itu pada tahun 1890. Negara yang yang di warisi oleh Abdullah cuba untuk memperluaskan jajahannya pada bulan April 1887. Uthmaniyah dan Inggeris akan menyelia kerajaan Mesir. iaitu Abdullahi. Beliau juga menjalankan penaklukan yang tidak berkeputusan di Ethiopia. Satu perjanjian sementara yang ditandatangani pada bulan Oktober 1885 menetapkan bahawa British terus mengiktiraf Empayar Uthmaniyah dan membayar ufti. Apabila berhadapan dengan tentangan. Mahdi meninggal dunia dan digantikan oleh Khalifahnya yang paling rapat. Kekalahan belanja perang membawa kepada perjanjian Inggeris-Uthmaniyah untuk pengunduran dari Mesir17. Kerajaan Uthmaniyah mengekalkan dan memperluaskan pengaruhnya di kalangan orang TurkiCircassia dan penduduk elit tempatan Mesir yang seing pergi ke Istanbul untuk melanjutkan pelajaran atau bercuti. sultan Abdul Hamid II merumuskan bahawa pihak Inggeris akan menanggung bebanan kewangan Mesir dan ini memberikan hak kepada Inggeris untuk campur tangan pada masa hadapan. Disebabkan oleh desakan diplomatic. Britain akan mengumumkan jadual penarikan dirinya kemudian. Perjanjian itu dirundingi oleh Sir Henry Drummond-Wolff dan sultan Abdul Hamid II. kerajaan Inggeris pada tahun 1896 mengambil keputusan untuk menghantar semula satu pasukan tentera Mesir 17 Ibid 9 . Wakil kedua-dua belah pihak.yang tiba pada tahun 1884 mengambil keputusan untuk menubuhkan sebuah kerajaan yang kuat di Khartum dan enggan menarik keluar tenteranya.sementara itu. Menjelang bulan Jun.

enam di utara Bandar itu. Dengan perlahan-lahan. pernaklukan ini tiba di kawasan Barbar. di Kharari. Menjelang akhir tahun 1896. Dalam satu peperangan berhampiran engan Sungai Atabara pada 8 April 1898. Abu Hamad jatuh ke tangan angkatan InggeriSMesir. dengan hasrat untuk menjaga keselamatan suku Italinya daripada serangan tentera Mahdi dan mengekalkan hubungan baik dengan Jerman. Dongola ditawan semula dan sebuah landasan kereta api timurbarat dibina antara Dongola dan Abu Hamad untuk menggantikan jalan melalui sungai Nil yang lebih panjang. tentera Inggeris-Mesir dilengkapi dengan kelengkapan yang lebih moden menimpakan pukulan yang lebih teruk terhadap pengikut Mahdi dan kemudiannya mara pula ke Omdurman dengan menyeberangi Khartum. Cromer dengan bersusah payah melancarkan satu peperangan yang menelan belanja yang besar yang diketuai oleh Herbert Kitchener. Pada bulan Julai 1897. Pada bulan Mac 1896. ketua Gabenor Inggeris di Mesir yang berikutnya. Oleh itu. Abdullahi melarikan diri ke selatan tetapi terbunuh di satu pertempuran di Umm Diwaykarat pada November 1899. Tentera Inggeris menghapuskan beliau demi untuk mengelakkan sebarang kemungkinan yang boleh membawa kepada pembentukan semula pergerakan itu. pemerintah Ethiopia.ke Sudan. Kedif memerintah secara sampingan sahaja kerana Inggerislah 10 . pengikut Mahdi bertahan buat kali terakhir yang mengakibatkan kira-kira 27000 terbunuh berbanding beberapa ratus sahaja di pihak Inggeris dan Mesir. PERSIDANGAN INGGERIS – MESIR PADA 1899 Persidangan Inggeris-Mesir pada tahun 1899 menetapkan syarat-syarat pemerintahan bersama ke atas Sudan dan menjamin mengelakkan persaingan di kalangan Negara-negara eropah yang terdapat di Mesir. Menelik II mengalahkan pencerobohan Itali. Sementara itu.

Pada tahun 1902. Timur Tengah dan Afrika Moden. Britain bertindak seolah-olah Mesir tidak memainkan sebarang peranan dalam pernaklukan semula itu. Sebelum beliau menggariskan dasar untuk sebuah kerajaan Sudan. beliau menubuhkan Kolej Peringatan Gordon. Malah Inggeris tidak pernah berlagak untuk mengiktiraf kekuasaan Mesir yang sepatutnya wujud dalam semua jajahan yang dijajah oleh Mesir. Bendera kedua-dua Negara dikibarkan tetapi peruntukan yang lain mengecualikan hak rakyat Mesir. Tanah yang subur 18 Mohammad Redzuan Othman (1991). Orang Lubnan juga dilantik sementara kehidupan rakyat Mesir di korbankan atas kepentingan orang Inggeris dengan tiada apa-apa faedah yang diberikan kepada mereka. Hal 135 11 . Sudan akan menggubal undang-undangnya sendiri kecuali jika dibenarkan bertindak sebaliknya oleh ketua gabenor Inggeris. tetapi kolej itu hanya melatih segelintir rakyat Sudan. Kitchener diganti oleh Sir Reginald Wingate yang mengetuai angkatan tentera dalam penaklukan semula. Rancangan penanaman kapas Isma‟il diteruskan dan diperluaskan. Selepas kurang kurang dari setahun menjadi gabenor di Sudan. Diantara tahun 1899-1916. EKONOMI MESIR SEMASA PENJAJAHAN INGGERIS Perkembangan ini mungkin mencerminkan dasar-dasar Inggeris. Mahkamah campuran Mesir tidak mempunyai hak perundangan di Sudan dan peruntukan perundangan diambil atau disesuaikan daripada undang-undang di India18.yang melantik Gabenor. tetapi ia tidak semestinya mewakili kemajuan atau usaha untuk memperbaiki kebajikan rakyat Mesir. Walaupun Britain melihat pemerintah itu suatu yang kosong. namun orang Mesir sedaya upaya untuk menjadikannya sebagai satu kenyataan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Orang Eropah menjawab jawatan utama. Tuan-tuan tanah mempunyai banyak kuasa untuk mengawal petani. sementara perdagangan hamba abdi dihapuskan sama sekali. sementara jawatan pegawai yang pada mulanya dijawat oleh orang Mesir beransur ansur diganti oleh orang Sudan.

diberikan daripada golongan atasan dan bukan kepada petani yang miskin. Jarak landasan kereta api yang berganda juga menyebabkan kemerosotan perdagangan melalui sungai dan mengakibatkan kesesakan jalan bukan disebabkan oleh kemalangan tetapi oleh pendekatan yang bertujuan mengembangkan kepentingan perdagangan Inggeris. Mesir untuk pertama kalinya perlu mengimport makanan. Kuala Lumpur : Institusi Terjemahan Negara Malaysia Berhad. Menjelang 1860 dan 1870-an. Dengan memperluaskan penggunaan tanah untuk penanaman kapas. Inggeris lebih suka memberikan pendidikan kuttab dan pendidikan khusus kepada penduduk tempatan untuk memenuhi keperluan asas birokrasi tetapi ia tidak akan menyebabkan penentangan kebangsaan seperti apa yang berlaku di India. Budaya dan Imperialisme. Hal ini akan mengancam perdagangan Mesir. Segelintir guru terlatih akan dihantar ke 19 Edward W.daripada beberapa lading yang besar yang dibahagikan. sejenis penyakit yang melumpuhkan mangsanya. Dasar-dasar Inggeris menghalang pembangunan perindustrian bagi mengelakkan meningkatnya saingan untuk mendapat bahan mentah daripada dieksport ke kilang-kilang di Britain. Tambahan pula. Perdagangan persinggahan melalui darat yang merentangi Sudan ke Mesir dipesongkan dan Iskandariah ke pelabuhan Sudan yang baru dibina. dasar-dasar digubal dengan sengaja untuk menghalang rancangan pendidikan yang di mulakan oleh Isma‟il. Perkembangan sistem pengairan sepanjang tahun menyebabkan siput bilharzias membiak dan menyebarkan penyakit schistosomiasis. Said (1993). cirri-ciri ekonomi Mesir yang ketara ialah jualan kapas yang melambung apabila perang saudara Amerika menutup bekalan kapas dari Amerika ke kilang Eropah19. PENDIDIKAN PADA ZAMAN BRITISH Pada masa pendudukan Inggeris. Hal 154 12 . Landasan itu tidak menghubungkan Negara Mesir dengan Negara lain.

Walau bagaimanapun.5-3 peratus bagi peruntukan pendidikan sejak penjajahan21. Rakyat Mesir yang berkelayakan tinggi termasuk mereka yang mempunyai ijazah luar negeri 20 Mohammad Redzuan Othman (1991). Ini menimbulkan kemarahan rakyat Mesir dengan mengisi jawatan kerajaan dengan lebih ramai penasihat Inggeris yang dibayar gaji yang lebih tinggi walaupun kurang berkelayakan. Kemudiannya Cromer mendakwa bahawa peraturan kewangan antarabangsa telah mengehadkan kebebasanya untuk membelanjakan lebih daripada 1. Hal 136 21 ibid 13 . Bukti menunjukkan bahawa adalah keputusannya sendiri untuk tidak berbelanja lebih banyak dalam bidang itu.England dengan andaian bahawa mereka yang akan pulang ke tanah air akan menyanjung tamadun Inggeris. Pera penasihatnya mengeringkan peruntukan pentadbir Mesir. Rakyat Mesir dengan perbelanjaan mereka sendiri menghantar penuntut bukan ke England tetapi ke Perancis ( sebuah Negara yang manyokong nasionalis Mesir sehngga diwujudkan kembali persefahaman Inggeris-Perancis pada tahun 1904)20. Dengan ketiadaan satu rancangan pendidikan menengah dan tinggi. Pengabaian pendidikan oleh Inggeris menimbulkan kesan yang bertentangan dengan apa yang dirancangkan. Orang Qibti dan orang Kristian mengambil kesempatan daripada pendidikan swasta untuk mengisi jawatan pengkeranian kerajaan dan mempertingkatkan ketegangan kaum. Cromer dan rakan-rakannya tidak mempedulikan hakikat bahawa pendidikan tajaan kerajaan merupakan satu-satunya peluang orang islam yang miskin bagi memperbaiki taraf hidup mereka kerana sekolah-sekolah asing dan swasta kebanyakannya masih disediakan untuk orang Kristian dan Yahudi. perkembangan pendidikan kuttab tidak akan memajukan kerjaya mereka yang miskin. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. rancangan seperti ini hanya melibatkan sebahagian kecil sahaja rakyat dan gagal mencapai kesan seperti yang diharapkan. penduduk peribumi dan orang islam di luar Bandar. Pengabaian terhadap pendidikan menengah dan tinggi oleh kerajaan juga meningkatkan pendidikan swasta. Timur Tengah dan Afrika Moden.

Kuala Lumpur: Middle. Sementara yang lain akan dihukum penjara untuk satu masa yang panjang atau disebat. Akibatnya. Dinshaway pada bulan Jun1906. penduduk kampung lain bertindak menyerang pegawai itu. Empat penduduk kampung didapati bersalah kerana membunuh akan menerima hukuman gantung.Eastern Graduates Centre Sdn. TINDAK BALAS NASIONALIS Konsep nasionalisme arab secara konkrit dapat di semak dari dari sejarah Mesir. namun Cromer mengambil keputusan untuk memberi satu teladan kepada penduduk kampung dengan mengadili mereka di mahkamah tentera. sementara orang Inggeris dengan berpendidikan rendah menyelia pekerjaan mereka.( 2006).ustadh al-imam’ Muhammad Abduh: Riwayat Hidup dan Pemikiran. ia 22 23 Ali Maschan Moesa (2007). Walaupun peristiwa itu berlaku semasa cuti dan kabur dengan apa yang terjadi. kehadiran warga asing dalam kerajaan Mesir memburukkan nasionalis. Ammar Gazali. Nasionalisme kiai. Cromer meninggalkan Mesir dalam keadaan yang meragukan. Walaupun mereka membuat beberapa kemajuan dalam mengurangkan hutang Mesir. Ketika kerajaan bergelumang dengan hutang yang melampau sehingga melebihi 6 juta pound23. Mereka kemudiannya mendapat tentangan penduduk kampung yang tidak mahu kehilangan merpati mereka. Hal 49 Khairul Anam che Mentri. Gerakan nasionalisme Mesir merupakan salah satu gerakan responsive dari keadaan socialpolitik di Mesir22. Hal 17 14 . Yogyakarta: LKiS Yogyakarta. iaitu peristiwa yang mana pegawai inggeris pergi memburu burung merpati. Pegawai tentera bersenjata membunuh seorang lelaki yang ingin membantu seorang pegawai yang jatuh pengsan kerana terik Matahari. Bdh.diletakkan jawatan yang rendah. Perjuangan mereka terus disusuli oleh banjir luar biasa yang berlaku Sungai Nil pada tahun 1876 dan 1877 yang menyebabkan kekurangan makanan dan kebuluran di Mesir. Dalam peristiwa kontroversi dan mendapat publisiti yang terjadi di kampung Delta. Akibatnya. seorang petani wanita tercedera. ‘ Al.

0 British muncul sabagai Imperialisme Terulung Barat dalam Daulah Uthmaniyyah. pemerintahannya ternyata menjadi bencana bagi semua pihak. 1. Perancis dan Britain cuba untuk mengukuhkan Taufik dengan menandatangani rahsia "Anglo-Perancis Nota Bersama" pada 8 Januari 1882. Perancis dan Britain masing-masing menghantar skuadron tentera laut kecil untuk melindungi "kepentingan Eropah. Pada Mei 1882. berikrar untuk menyokong Taufik terhadap sesiapa yang mengganggu ketenteraman. ( MUHAMMAD HAFIZ BIN DAUD D20112056401) 15 . Pemberontakan tentera yang pertama berlaku pada Feb 1879 dan Ismail telah digulingkan semasa pemberontakan kedua pada Jun 1879. walau bagaimanapun. Takut bahawa nasionalis telah menjadi terlalu kuat. Pegawai tentera Mesir meningkat terhadap kerajaan Taufik pada bulan Februari 1881 dan sekali lagi pada bulan September. Taufik terbukti terlalu lemah untuk mengawal nasionalis Mesir. apabila nasionalis Mesir ditafsirkan ini sebagai isyarat bahawa Eropah akan menyerang untuk melindungi Tewfik. pengepungan tentera set Arabi ke Alexandria dan memotong bekalan air. Mesir merusuh di Alexandria dan membunuh kira-kira 50 Eropah termasuk tiga anggota tentera British. Anaknya. Hal ini. pemimpin nasionalis. Taufik bertindak balas dengan menolak pro-Eropah Perdana Menteri Cherif Pasha dan menggantikan dia dengan Mahmoud Pasha Sami." dan pada hari Ahad. 11 Jun. Langkah itu memakan diri sendiri. dan sebagai tindak balas. Pihak British bertindak balas dengan membedil Alexandria pada 11 Julai.mengalami kesukaran untuk membayar gaji kepada tentera. namun. Sami kemudiannya diambil Arabi Pasha untuk menjaga satu kementerian kerajaan. membolehkan Eropah melakukan perubahan kerana mereka percaya Taufik merupakan pemerintah yang lemah dan boleh dipengaruhi dengan lebih mudah. kedua-dua kali di bawah pimpinan Kolonel Ahmed Arabi Pasha. Taufik Pasha mengambil alih pemerintahan.

Peristiwa menandatangani Konvensyen Anglo-Uthmaniyyah Commercial pada tahun 1838 menandakan bermula ketuanan imperialis British di Daulah Uthmaniyyah. Mitchell terjemahan Mohammad Redzuan Othman. 16 . al-Subayhi. Perjanjian persahabatan dengan pemimpin arab tempatan telah diadakan. (1909).Amiri.U.27 Selain itu. Kemelut Dunia Islam Moden 1 :sejarah campur Tangan Inggeris Di Arabia Dalam Perang Dunia Pertama. Walaupun Rusia dan Perancis kekal aktif dalam hal ehwal Uthmaniyyah. Hlm 129.25 Sejak pendudukan British di Aden dari tahun 1839 hingga 1880 polisi British adalah berkecuali atau tidak campur tangan dalam hal-ehwal dalam negeri di persekitaran Aden. hlm 73 26 Abdul Raub Yaacob. Hlm 3 27 C. Hasil penemuan wilayah-wilayah baru. kedudukan dan keadaan tanah subur yang di miliki oleh Eropah memberikannya kelebihan dalam pembangunan industri dan perdagangan. Engagements and Sanads Relating to India Neighbouring Countries. Calcutta. al-Alawi dan al-Awlaqi telah bertukar menjadi perjanjian perlindungan (Protectorate Treaties) sejak tahun 1880. 25 Ibid. hlm 73. (1993). tatapi tujuannya untuk keselamatan Aden. Keadaan ini memperlihatkan sebanyak 40 peratus peningkatan rakyat Eropah iaitu dua kali ganda dan menjadikan jumlahnya 100 juta orang. al. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.Abdali.Aroian dan Richard P. 24 sekaligus dapat mengimbangi kuasa antara Eropah dan Daulah Uthmaniyyah. dasar import hasil galian serta permintaan bekalan makanan yang bertambah telah memberi kesan kepada Eropah.Aitchison. (1991). al-Fadli. namun British lebih berpotensi sebagai kuasa imperial yang berpengaruh dalam Daulah Uthmaniyyah sehingga sekurang-kurangnya tahun 1880. al-Aqrabi. A Collaction of Treaties. alHawshabi. Asia Barat dan Afrika Utara. Ini disebabkan oleh peranan Aden tidak lebih daripada tempat persinggahan kapal British dalam perjalanan ke India. Fakulti Pengajian Islam Universiti Kebangsaan Malaysia Bangi. Pada abad keenam belas dan pertengahan abad kelapan belas telah memperlihatkan kebangkitan kuasa Eropah khususnya negara Britain. al-Yafa‟I.26 Perjanjian persahabatan dengan pemimpin tempatan seperti dengan qabilah-qabilah al. Timur Tengah dan Afrika Utara Moden. Kebangkitan British pada awal abad kelapan belas telah memberi pengaruh yang kuat keatas Daulah 24 Lois A.

Hungary serta sebahagian Slovenia dan Crotia kepada Austria.(1982). Daulah Uthmaniyyah telah bertukar wajah dari Negara ‘offensive’ kepada Negara ‘defensive’ dan Eropah pula mula bertindak mengancam Daulah Uthmaniyah. Daulah Uthmaniyyah buat pertama kali akur dan terpaksa menyerahkan wilayahnya. Hal ini merupakan titik tolak kepada sejarah kebangkitan kuasa Eropah khususnya Britain.28 Perjanjian ini telah membuka mata Eropah khususnya Britain yang mana telah memulakan kebangkitannya pada awal abad kelapan belas bagi mempertahankan diri sendiri dari Daulah Uthmaniyyah seterusnya menjalankan aktiviti peluasan tanah jajahannya. Ithaca and London: Cornell University Press.telah berlaku perubahan baru dalam Daulah Uthmaniyyah sehingga berhasil satu perjanjian diantara Daulah Uthmaniyyah dan kerajaan Austria pada tahun 1699 iaitu Perjanjian Carlowitz. (1991). Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka. hasil kombinasi Austria dan Poland.Aroian dan Richard P. sementara sebahagian Ukraine dan Podolia kepada Poland. Namun sejak dari tempoh itu. Perjanjian ini. Kebangkitan kuasa Eropah keatas Daulah Uthmaniyyah tidaklah berlaku secara mendadak setelah mereka berjaya menyekat kemaraan tentera Uthmaniyyah dari menguasai Vienna. hlm 73 17 . The Middle East in World Affairs. Sejak itu. Jelaslah bahawa pada abad ketujuh belas dan lapan belas Eropah sentiasa memberikan tekanan yang 28 Lenczowski. 5 Lois A. Mitchell terjemahan Mohammad Redzuan Othman. George. Keadaan ini berlaku akibat dari kekalahan Daulah Uthmaniyyah dalam menghadapi Eropah khasnya Austria pada akhir abad ketujuh belas dalam perperangan bagi menduduki kota Vienna pada tahun 1683. hlm 82.Uthmaniyyah yang mana merupakan pemegang kunci perdagangan pada waktu itu. Dalam Perjanjian Carlowitz. Timur Tengah dan Afrika Utara Moden. telah memberi kelebihan yang memihak kepada Negara Eropah dan peristiwa ini sangat penting kepada Eropah kerana buat pertama kali mereka mampu mempertahankan diri dari ancaman kekuasaan Uthmaniyyah di Eropah sejak ekspedisi penjelajahan oleh Daulah Uthmaniyyah.

37. hlm.Aroian dan Richard P.Timur Tengah dan Afrika Utara Moden. 31 Hal ini 6 Robert O.30 Hal ini.vol. Prentice Hall. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka. (1991). Antara cara yang telah digunakan oleh pihak British adalah dengan menguasai jalan-jalan perdangangan yang di miliki oleh Daulah Uthmaniyyah melalui campur tangan dalam kepentingan Daulah Uthmaniyyah seperti yang berlaku dalam kerajaan Mesir. Mitchell terjemahan Mohammad Redzuan Othman. 2 . 26.meletakkan Daulah Uthmaniyyah dalam keadaan perang atau ancaman perang. Tignor.Englewood Cliffs.29 Hal ini kerana kekuatan yang dimiliki oleh Daulah Uthmaniyyah semakin goyah akibat peperangan dengan Perancis.5. Mojuetan.Collins and Robert L. ini kerana bagi penguasa Dinasti Mamluk hubungan perdagangan yang dijalankan dengan Eropah dianggap sebagai suatu pekara yang menguntungkan. “Egypt from Muhammad Ali to Ahmad ‘Urabi’ “. longman Group ltd. Pada abad kelapan belas Mesir merupakan sebahagian daripada Daulah Uthamaniyyah selepas berlakunya penaklukan oleh Sultan Salim I keatas Dinasti Mamluk di Mesir. 7 Lois A.J . 18 . Egypt and the Sudan. Hlm 78 8 B. hlm.London. Inc. (1967). ( 1977). Dinasti Mamluk juga telah mengadakan hubungan Perdagangan dengan Eropah sejak abad kelapan belas lagi.Tarikh. Histofical Society of Nigeria. A Spectrum Book. kerajaan Britain mula menguasai kawasan-kawasan yang sesuai bagi menjayakan hasyrat mereka terutamanya kawasan taklukan Daulah Uthmaniyyah yang berada di laluan perdagangan British. kerana Mesir merupakan Negara yang di perintah oleh golongan Mamluk yang mengamalkan pemerintahan secara zalim dan menindas rakyat.A. no.N. Selain itu. Dinasti Mamluk ini juga merupakan kerajaan taklukan Daulah Uthmaniyyah yang mengekalkan autonominya dari segi pentadbiran. Jika dilihat dari aspek ini.. disamping itu Daulah Uthmaniyyah perlu menyelesai masalah konfik dalaman yang berlaku di dalam wilayah taklukannya sebelum ini.

Namun begitu. konflik tiga segi yang berlaku di dunia Eropah dan krisis kebangkitan Negara Perancis khususnya yang telah berjaya menundukkan sebahagian daripada kerajaan beraja di Britain dalam revolusi yang amat agresif telah memberi kesan kepada wilayah taklukan Daulah Uthmaniyyah terutamanya Mesir. Ekpedisi Perancis ke Mesir merupakan hasil dari perancangan yang sudah lama di pertimbangkan oleh Perancis semasa pemerintahan Louis XIV bagi menghubungkan Laut Merah Dan Laut Tengah supaya dapat meluaskan pengaruhnya dan menyekat kemaraan British. Mehmet Ali bersama-sama 300 orang anggota tentera termasuk beliau telah dikirim ke Albania atas permintaan Sultan Daulah 19 . yang terletak di tengah-tengah jalan perdagangan dan pelayaran bagi melemahkan ekonomi Britain. Nepoleon Bonarpate telah mengambil langkah untuk melanggar dan menakluki Mesir. Lantaran itu. iaitu Britain yang juga beraliran monarki. masih bebas menentang segala citacitanya. Hasil dari perang yang dilancarkan oleh Perancis ini. telah menyebabkan Mesir mengalami kekalahan dalam pencerobohan tentera Perancis ke atas wilayah Mesir pada tahun 1798 Masihi.kerana bagi pemimpin Mamluk dasar ekonomi kapitalis yang diperkenalkan oleh Imperialis Barat akan mengukuhkan lagi ekonomi sesebuah Negara. cita-cita Napoleon Bonarparte telah hancur selepas Sultan Daulah Uthmaniyyah meminta bantuan British yang diketuai oleh Duke of Wollington. seorang panglima tentera Inggeris dan menghantar pasukannya yang di ketuai oleh Mehmet Ali untuk mengalahkan pihak Perancis di Mesir. Hal ini kerana jeneral tentera Perancis iaitu Napoleon Bonarparte berasa belum berpuas hati selagi musuh utama Perancis.32 Napoleon Bonarparte beranggapan dengan tindakan ini. Namun begitu. melalui angkatan perang yang di ketuai oleh Napoleon Bonarparte setelah tercetusnya Revolusi Perancis. dia akan berjaya menundukkan Britain.

34 Lois A.34 Perperangan ini membuka peluang bagi campurtangan British dalam hal ehwal Daulah Uthmaniyyah kerana menyedari kelemahan yang berlaku dalam pemerintahan Daulah Uthmaniyyah semasa menghadapi serangan Perancis keatas wilayah taklukan Daulah Uthmaniyyah.Timur Tengah dan Afrika Utara Moden. Namun begitu. Mehammad Ali telah dilantik sebagai Wizurai Uthmaniyyah di Mesir dan diberi gelaran Pahsa setelah menumbangkan dan menghapuskan saki-baki pihak Mamluk yang merupakan musuh Daulah Uthmaniyyah. hubungan yang dijalinkan oleh Daulah Uthmaniyyah dengan dunia Eropah semakin kabur selepas konflik peperangan dengan Perancis dan masalah dalaman yang melanda Daulah Uthmaniyyah memberi peluang kepada Britain untuk memanipulasikan keadaan ini bagi menjalankan pengaruhnya terutamanya di Mesir. Mitchell terjemahan Mohammad Redzuan Othman. (1991). Hlm 81 20 . dan 33 Siti Maryam . melalui perlantikan oleh sultan Salim III pada tahun 1805.Uthmaniyyah untuk mengusir Perancis.33 Akhirnya Perancis telah berjaya dikalahkan dah diusir keluar oleh Mehmet Ali pada 21 Mac 1801 dengan bantuan British selepas bertapak di Mesir selama tiga tahun. Yogyakarta : LESFI . Sejarah Peradaban Islam dari Masa Klasik hingga Moden.Aroian dan Richard P. Kedatangan gabungan tentera Inggeris dan Uthamaniyyah ke wilayah Mesir yang tidak stabil pada bulan Ogos 1801 telah memberi peluang kepada Mehmat Ali bersama tentera Uthmaniyyah untuk berkuasa di Mesir kerana Mehmet Ali telah datang lebih awal pada tahun 1799 untuk mengambil alih kuasa dan memerintah Mesir. Walaubagaimanapun. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.(2002). Dengan kemenangan ini.Hlm 302. Peristiwa penting ini membolehkan British menjalinkan hubungan dengan pemimpin yang memerintah Mesir dan pada masa yang sama mengadakan hubungan dengan Daulah Uthmaniyyah. Diantaranya ialah penubuhan Dewan Penasihat di Kaherah iaitu ibu negeri Mesir. kesan penaklukan Perancis oleh Nepoleon selama tiga tahun di Mesir telah berjaya membawa pengaruh ilmiah yang sangat penting kerana berbagai kaedah Eropah telah berkembang.

terutama para elitnya untuk berkerja dan membangunkan negara sendiri. 1977. 21 . 2. atas kesedaran yang timbul Mehmat Ali mulai cenderung untuk mempelajari selok-belok kebangkitan negara Eropah keatas Daulah Uthmaniyyah telah memyebabkan secara tidak langsung British telah berjaya menguasai laluan perdagangan di Laut Merah hasil dari pengaruh itu. telah mengukuhkan lagi kedudukan British di Mesir secara tidak langsung kerana dasar pemerintahan yang dijalankan oleh Mehmat Ali Pasha lebih berorientasikan Barat khususnya British. 26. Hal ini 35 B. dan menggalakkan pengkajian melalui sekumpulan sarjana serta ahli-ahli sains yang didatangkan khas dari Perancis. Mojuetan.Tarikh.5.A. Keadaan ini. longman Group ltd. telah memberikan impak yang besar kepada Mehmat Ali Pasha selaku pemerintah Mesir yang di lantik oleh Sultan Daulah Uthmaniyyah setelah berjaya mengusir Nepoleon untuk membuat pemodenan dalam kerajaan Mesir. “Egypt from Muhammad Ali to Ahmad ‘Urabi’ “. dan peluru untuk keperluan tentera-tentera Perancis.London. Mehmat Ali Pahsa juga..35 Kesan dari perubahan yang dilakukan oleh Nepoleon sewaktu penaklukannya di Mesir mula menyedarkan rakyat Mesir.kawasan-kawasan luar Bandar. no. Namun begitu. dan arahan-arahan kerajaan.vol. 2 . selain sentiasa menjaga hubungannya dengan Sultan Daulah Uthmaniyyah. Hasil kemenangan di pihak Mehmet Ali Pasha. Histofical Society of Nigeria. membina sebuah kilang senjata.0 Dasar Buka Pintu oleh Mehmat Ali Pahsa Mehmet Ali Pahsa mula menjalinkan hubungan dengan negera Eropah terutamanya Perancis dan Britain walaupun beliau berada dibawah penguasaan Daulah Utmnaiyyah. mengadakan perkhidmatan percetakan bagi menerbitkan dua buah akhbar. telah mengamalkan dasar buka pintu kepada pedagan-pedagan barat khususnya pedagan dari Perancis dan Britain untuk berdagan di Mesir.hlm.

22 . Semasa Mesir di bawah pemerintahan Sa‟id telah berlaku kemasukan ahli perniagaan asing dalam tempoh yang singkat melebihi pendidik asing. Atas kehendak Mehmat Ali Pasha kemasukan pedagan dari Barat terutamanya pedagan-pedagan British ke Mesir telah mempercepatkan lagi proses penguasaan Imperialisme British di Mesir. Timur Tengah dan Hlm 111 Redzuan Othman.Aroian dan Richard P. 37 Lois A.kerana British ingin memastikan hubungannya dengan tanah jajahannya di India selamat ketika melalui kawasan Timur Tengah.Aroian dan Richard P.37 Perdagangan. Hasil pemodenan yang telah dilakukan oleh Mehmet Ali Pasha telah melahirkan Negara Mesir yang kuat dah akhirnya telah mencetuskan kebangkitan Mesir untuk bebas dari penguasaan Daulah Uthmaniyyah. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka. Manakala bagi pedagang Perancis pula diberi konsesi di kawasan Terusan Suez. Keadaan ini telah mencetuskan satu peperangan diantara Mesir dan Daulah Uthmaniyyah setelah 36 Lois A. Mitchell terjemahan Mohammad Afrika Utara Moden. Mehmet Ali Pasha yakin sekiranya pedangan-pedagan barat khususnya Syarikat-syarikat barat datang berdagang di Mesir kemajuan kerajaan Mesir dapat dicapai. Mehmat Ali Pasha juga telah memonopoli sumber negara yang produktif. Redzuan Othman. (1991). kesemuanya adalah dibawah arahan beliau. perindustrian. dan pertanian.Timur Tengah dan Hlm 84. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka. (1991). membentuk satu dasar kapitalis negara yang mana beliau sendiri memegang terajunya. Mitchell terjemahan Mohammad Afrika Utara Moden. Kecenderungan Mehammah Ali Pasha untuk memodenkan Mesir mengikut acuan Barat tidak disenangi oleh sultan Daulah Uthmaniyyah kerana bimbang akan kehilangan kuasanya di Mesir. Kepesatan pembangunan ekonomi di Mesir telah menjadikan Mesir sebuah kerajaan yang kaya.36 Pedagan-pedagan Eropah ini telah ditempatkan di bahagian-bahagian tertentu bagi memudahkan pedagan dari British mereka diberi konsesi untuk menjalankan kegiatan perdagangan di sepanjang Sungai Nil. Hal ini kerana Mehmat Ali Pahsa ini mewujudkan kerajaan Mesir sebagai sebuah Negara yang kuat di rantau Afrika khususnya Timur Tengah setanding dengan Daulah Uthmaniyyah dan Eropah bagi mencapai matlamatnya menjadi penguasa kelak.

kepada dasar campur tangan adalah disebabkan kemunculan semula kuasa Daulah Uthmaniyyah di Mesir setelah Daulah Uthmaniyyah berjaya menduduki Sana‟a pada tahun 1872.0 Dasar British di Mesir Selain itu. Sultan daulah Uthmaniyyah terpaksa meminta bantuan British bagi mengekang kemaraan Mehmat Ali Pasha dalam ekpedisi peluasan kuasanya ke Syria. tindakan British menukar dasar tidak campur tangan sebelum ini. Dunia Islam khususnya Mesir. bahkan mengundang kuasa Barat untuk campurtangan dalam urusan negara Islam khususnya di Mesir. Peperangan ini tercetus apabila Mehmat Ali Pasha cuba menakluki kawasan Syria yang berada dibawah kekuasaan Daulah Uhmaniyyah semasa aktiviti peluasan kuasa oleh kerajaan Mesir. Selain itu faktor lain yang mendorong British menukar dasarnya disebabkan oleh kuasa asing yang berminat keatas Mesir setelah pembukaan Terusan Suez pada tahun 1869. Oleh hal yang demikian. Secara tidak langsung. British telah mengambil langkah untuk menukar dasar mereka bagi melindungi kepentingan mereka di perairan Timur Tengah. Semua faktor ini ini telah menimbulkan kebimbangan kepada British terhadap kedudukan dan kekuasaan mereka di Mesir.berlaku satu kebangkitan untuk keluar dari pengaruh Daulah Uthmaniyyah dalam kerajaan Mesir. memilih untuk melaksanakan program pembaharuan dengan mencontohi kemajuan Barat dalam semua bidang iaitu kemajuan dalam bidang ketenteraan. pentadbiran dan ekonomi selepas berakhiranya perang Mesir dan Daulah Uthmaniyyah. 3. Gerakan reformasi ala Barat bukan sahaja mengimport budaya dan cara hidup Barat seperti sekularisma. Kesan perang ini telah memberi impak yang besar kepada Daulah Uthmaniyyah yang mana terpaksa menerima dan mengiktiraf Mehmat Ali Pahsa sebagai pemerintah di Mesir atas desakan pihak British. perubahan dasar ini telah membolehkan British 23 . Dengan kelemahan pentadbiran dan kemunduran teknologi ketenteraan yang ada pada Daulah Uthmaniyyah. pendidikan.

berhadapan dengan Daulah Uthmaniyyah dan membuat tuntutan keatas wilayah-wilayah di Arabia. Menjelang tahun 1875. pada tahun 1881 Sultan Abdul Hamid telah menubuhkan Majlis Pentadbiran Hutang Rakyat Uthmaniyyah.40 Keadaan ini menyebabkan satu suruhanjaya antarabagsa mengenai hutang di tubuhkan di Mesir. Timur Tengah dan Hlm 110. Masalah dalaman yang turut melanda Mesir menambahkan lagi tekanan kepada Daualah Uthmaniyyah yang mana sebelum ini memperolehi sumber kewangan yang banyak daripada Mesir. Bagai melangsaikan hutang-hutang Uthmaniyyah. Jerman. Bank Uthmaniyyah yang dikuasai oleh orang Eropah dan pemegang bond Uthmaniyyah juga menjadi ahli-ahli majlis itu. Timur Tengah dan Hlm 114. Hlm 115 Redzuan Othman. Mitchell terjemahan Mohammad Afrika Utara Moden.Aroian dan Richard P. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.Aroian dan Richard P. Tuntutan yang meraka buat adalah berdasarkan sejarah awal penguasaan British di Arabia iaitu ketika krisis tuntutan kawasan teluk Aden yang berakhir buat sementara waktu di meja rundingan di London. dan Belanda mewakili setiap negara sebagai pemegan “bond”. Ini disebabkan oleh hubungan baik antara Daulah Uthmaniyyah dengan British telah terjalin sejak dulu lagi. Namun begitu krisis dalaman Daulah Uthmaniayyah masih belum berakhir. 39 Lois A. (1991). Mitchell terjemahan Mohammad Afrika Utara Moden. Hal ini telah memberi peluang ke British untuk menguasai Daulah Uthmaniyyah kerana mempunyai hubungan pemodalan yang banyak di Mesir. Austria. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka. Pada tahun 1879 Kedif mengakui bahawa beliau tidak lagi mampu membayar gaji pegawainya. Penjualan saham itu menyebabkan Ismail kehilangan sahamnya dan hanya mampu meraih 15% keuntungan tahuanan sahaja dari Syarikat Terusan Suez. Redzuan Othman. Isu hutang yang di hadapi oleh Daulah Uthmaniyyah dan hutang 38 Lois A. 40 Ibid. (1991). Ismail semakin terdesak untuk mendapatkan bantuan wang hinggalah beliau menawarkan penjualan kesemua 44% saham biasa Syarikat Terusan Suez yang di milikinya. 24 . majlis akan mempunyai kuasa keatas jumlah pendapatan tahunan negara yang dipilih. Itali.38 Keadaan ini telah mengumpulkan ahli-ahli dari Perancis.39 Benjamin Disraeli membeli saham itu bagi pihak British. England.

melaluai sistem dwikawalan yang turut melibatkan Perancis dangan prinsip bahasanya penghutang hendaklah berkorban bagi pihak mereka yang telah memberi hutang. Keadaan ini telah memaksa Ismail menubuhkan kabinet baru yang membezakan pendapatan peribadinya dan pendapatan negara Mesir. Tawfiq dan golongan nasionalis bagi mengelakkan campurtangan kuasa Eropah. Jelaslah bahawa kemajuan yang cuba dicapai oleh Mesir mengikut acuan barat akhirnya menyebabkan Mesir terpaksa menanggung hutang akibat kesilapan dalam mengatur strategi perdagangannya. Hlm 115 25 . Dengan bermotifkan persoalan kewangan Britain dan Perancis memutuskan untuk menghantar satu armada bersama ke Iskandariah. semasa Mesir di bawah pemerintahan Ismail proses perkembangan yang pesat telah berlaku dengan cepat dan menyentuh hampit segenap kehidupan rakyat Mesir. Dasar Tawfiq yang lebih berwaspada dengan British akhirnya telah membangkitkan penentangan dikalangan pemerintah Mesir dan telah mencutuskan pemberontakan Urabi bagi menentang British.Mesir dengan Kuasa Eropah ini telah memulakan campur tangan British khususnya. Walaubagaimanapun. Kesinambungan perjuangan Ismail di teruskan oleh pengantinya Tawfiq. Keadaan ini telah disedari oleh Sultan Abdul Hamid II dan beliau telah menghantar wakilnya sendiri untuk berunding dengan kedua-dua belah pihak. Namun 41 Ibid. Kabinet ini termasuklah seorang Perancis sebagai Menteri Kerja Raya dan seorang Inggeris sebagai Menteri Kewangan. Hal ini telah membolehkan kuasa British memonopoli sumber ekonomi dan seterusnya mempengaruhi sistem pentadbiran di Mesir dan memberi kesan negetif kepada Daulah Uthmaniyyah. Sekitar dua pertiga daripada pendapatan Mesir telah digunakan bagi pembayaran hutang dan keadaan ini telah memberi tekanan kepada sumber Mesir di bawah pentadbiran baru.41 Undang-undang Penyelesaian 1880 telah menjadikan Mesir tidak mendapat sebarang keuntungan daripada Terusan Suez selama 56 tahun berikutnya.

tindakan Sultan Daulah Uthmaniyyah ini gagal menemui jalan penyelesaian dah telah menyebabkan Urabi mengambil jalan untuk berkubu di Iskandariah bagi melindungi pelabuhanya. idea-idea baru dari Barat mula tersebar. Idea-idea dan pengaruh nasionalisme dari Barat kemudiannya tersebar dengan meluas dan meresapi pemikiran bangsa Arab. Keadaan itu juga memberi peluang kepada kuasa-kuasa Barat. satu perubahan penting telah berlaku di Timur Tengah Empayar Turki Uthmaniyyah. sains dan teknologi. Antaranya. keadilan dan semangat 26 . Ini diikuti dengan seruan-seruan betapa pentingnya perpaduan. Yunani dan Rusia. Banyak negara di bawah kekuasaannya telah ditakluki oleh kuasa-kuasa Barat seperti Perancis. Pengaruh ini dapat dilihat dalam bidang kesusasteraan. British. sebuah empayar Islam yang besar ketika itu mengalami zaman kemerosotan. Ini disebabkan seiring dengan perkembangan tersebut. ketenteraan dan ekonomi kepada Empayar Uthmaniyyah dan lain-lain kerajaan Islam yang kecil. idea nasionalisme yang menyemai perasaan kebanggaan kepada kaum dan mula mengenepikan soal-soal keagamaan. Kekuasan Daulah Uthmaniyyah di Mesir semakin merosot akibat campurtangan kuasa Barat khususnya British telah menyebabkan Daulah Uthmaniyyah kehilangan sepenuhnya penguasaan di Mesir menjelang abad ke 20. (MUHAMAD HASHIR BIN MAT ZAIN D20112052063) Pada abad ke-19. khususnya British dan Perancis meluaskan pengaruhnya ke wilayah-wilayah di Timur Tengah melalui kemajuan mereka dalam pelbagai bidang seperti ekonomi. Perkembangan tersebut menimbulkan ancaman dari segi politik. Hal ini telah menyebabkan British membedil pelabuhan Iskandariah dah menyebabkan kebakaran keatas pelabuhan itu. Kesan British kepada Uthmaniyyah. terutamanya di kalangan Arab Kristian dan Syria. Kesan peristiwa membolehkan hasrat penjajah British menempatkan tenteranya kekel di Mesir sehingga tahun 1956.

Pada awalnya. Kekayaan dari segi ekonomi ini jugalah telah menarik minat British untuk meluaskan kuasa di Tanah Mesir. Gerakan ini mendapat sokongan kuat daripada Sultan Turki ketika itu. dasar tidak campur tangan yang ditandatangani antara kedua-dua pihak ini tidak kekal lama apabila British bertindak menukar dasar tersebut kepada dasar perlindungan iaitu Protectorate Treaties. Hlm 8.cintakan tanah air yang disebarkan melalui akhbar-akhbar. 1970:263). (Hourani. Ada antara mereka percaya bahawa kemerosotan Empayar Uthmaniyyah disebabkan sikap umat Islam di negara itu yang tidak mengambil berat soal-soal agama. Gerakan yang dikenali sebagai Fahaman Jamiah Islam menyeru orang Islam di seluruh dunia bersatu padu menentang ancaman imperialis Barat. Seperti yang diketahui. Perkembangan tersebut mendorong kemunculan satu gerakan pembaharuan yang kuat pada akhir abad ke-19. negara Mesir merupakan antara negara di Timur Tengah yang kaya dengan hasil minyak.42 Pada asalnya. 27 . Sebenarnya perjanjian persahabatan yang telah ditandatangani dengan para qabilah Arab ini telah bertukar menjadi perjanjian perlindungan sejak tahun 42 Gabor Agoston. Dasar ini lebih kepada dasar persahabatan antara kedua-dua pihak. Bruce Alan Masters. ekonomi dan sosial dari segi agama. Mesej yang ingin disampaikan ialah ketaatan kini harus ditumpukan kepada negara dan bukan lagi kepada agama. Walau bagaimanapun. Gerakan ini bertujuan memulihkan kepentingan agama Islam di Turki dengan mengembalikan semula zaman kegemilangan dunia Islam. Infobase Publishing. (2009). dasar British di Mesir sekitar perang dunia pertama didasarkan oleh „national interest‟ iaitu dari aspek politik. Encyclopedia of The Ottoman Empire. British menjalankan dasar tidak campur tangan di Mesir. iaitu Sultan Abdul Hamid II (1876-1909). Kemerosotan Empayar Turki Uthmaniyyah Kemerosotan Empayar Turki Uthmaniyyah telah meninggalkan kesan kepada rakyat Turki yang sebahagian besarnya beragama Islam.

Walau bagaimanapun. mereka mempunyai tuntutan terhadap wilayah-wilayah di Mesir. Terdapat beberapa pemimpin tempatan yang Empayar Uthmaniyyah ingin tundukkan iaitu Imam Syiah Zaydiyah dan Sayyid Idrisi. Hasil daripada perkembangan imperialisme British telah menggugat kedudukan Daulat Uthmaniyyah di negara bawah naungannya. British telah mengambil langkah dengan menukar dasar mereka untuk melindungi kepentingan mereka. Suruhanjaya Turki-British berhasil menyelesaikan hal yang timbul tentang sempadan.1880-an lagi. Tuntutan yang mereka buat adalah berdasarkan sejarah awal penguasaan mereka di Mesir. Hlm 129. (1993). faktor lain yang mendorong British menukar dasarnya juga adalah disebabkan oleh kuasa asing yang berminat ke atas Mesir setelah pembukaan Terusan Suez pada tahun 1869. Perubahan dasar ini juga boleh dikatakan sebagai dasar penguasaan secara langsung tehadap Mesir. Kemelut Dunia Islam Moden 1 : sejarah Campur Tangan Inggeris di Arabia Dalam Perang Dunia Pertama. Sekitar tahun 1911. 28 . Setelah British menguasai Tanah Arab para pemimpin tempatan memberontak dan tidak menerima sepenuhnya kemunculan semula Empayar Uthmaniyyah. 44 Abdul Rauh Yaacob. Selain daripada itu. Empayar Uthmaniyyah telah 43 C. Sehinggalah Perang Dunia Pertama meletus. dasar British di Mesir adalah dasar berkecuali iaitu sejak tahun 1906 lagi.44 Ini disebabkan hubungan baik antara Turki dan Istanbul telah terjalin sejak sekian lama. Secara tidak langsung. (1991). Atchison. krisis tuntutan dan kes Aden ini dapat diselesaikan buat sementara waktu di meja rundingan di London.43 Tindakan British menukar dasar tersebut adalah disebabkan kemunculan semula kuasa Empayar Uthmaniyyah di Mesir setelah Empayar Uthmaniyyah menduduki semula Sana‟a pada tahun 1872.U. perubahan dasar yang dilakukan oleh British ini telah membawa British untuk berhadapan dengan Empayar Uthmaniyyah yang pada yang sama. A Collection of Treaties: Engagement and Sanads Relating to India and Neighbouring Countries. Selangor : Fakulti Pengajian Islam Universiti Kebangsaan Malaysia Bangi. Untuk sementara waktu. Calcutta : Government of India Central Publication Branch. Hlm 4.

Sebelum ini. Ronald Stoor juga berjaya memujuk Sharif Hussein untuk berpihak kepada British namun dengan syarat British melantik beliau sebagai Raja Arab di kawasan yang dimintanya. 5 Karen Amstrong. Melalui perjanjian ini. Hlm. India dan Istanbul mendapat khabar dan mengesahkan bahawa Uthmaniyyah akan menyertai perang dengan menyokong Jerman. Perhubungan surat menyurat ini dikenali sebagai Surat Menyurat Husayn-MacMahon di mana perjanjian ini. Perang Suci: dari Perang Salib hingga Perang Teluk. Pelbagai reaksi muncul dan Lord Kitchener yang ketika itu memegang jawatan Menteri Perang telah membuka semula perjanjian dengan Sharif Hussein. keadaan berbeza dengan Sayyid Idrisi apabila Uthmaniyyah gagal membuat perjanjian dengan beliau. Sharif Hussein telah melancarkan gerakan pemberontakan 45 46 Ibid. Empayar Uthmaniyyah telah tergugat akibat daripada pihak lain yang tidak berpuas hati dengan pemerintahannya dan berniat untuk menjatuhkannya. Jakarta : Penerbit Serambi. Akhirnya. Hlm 160. British mengamalkan dasar tidak campur tangan di Arabia namun dasar ini telah berubah apabila pegawai British di Mesir. Lord Kitchener telah membantu Sharif Hussein untuk melepaskan diri dan seterusnya membantu menundukkan Uthmaniyyah. British akan memberikan kemerdekaan kepada orang Arab sebagai balasan kepada mereka yang membantu British menentang Uthmaniyyah. 29 . Perbincangan berkaitan dengan pembentukan negara Arab seperti yang diminta Syarif Hussein mengambil masa yang panjang.46 Kawasan taklukan Uthmaniyyah telah tergugat disebabkan oleh gerakan pemberontakan Sharif Hussein. (2003). Kedua-dua pihak ini saling berutus surat mengenai hal tersebut.menandatangani satu perjanjian dengan Imam Syiah Zaydiah iaitu Perjanjian Da‟an. Mr. kuasa Imam Syiah Zaydiyah diiktiraf oleh Empayar Uthmaniyyah seterusnya menamatkan sengketa dan permusuhan yang wujud antara kedua-dua pihak. pada September 1914.45 Walaupun begitu.

pemimpin dunia umat Islam. Dunia Islam 47 Lois A.47 Pada tahun 1915. British dan Perancis telah mengadakan perjanjian sulit yang dikenali sebagai Sykes-Picot Agreements untuk membahagikan kawasan Uthmaniyyah. Hlm 169. Aroian & Richard P. Semua perjanjian yang dibuat British hanyalah gimik dan taktik British dalam menaungi hati pemimpin Arab. British menunjukkan minat mereka untuk campur tangan dalam pentadbiran Uthmaniyyah. namun mereka sebenarnya belum bersedia lagi untuk memenuhi permintaan para pemimpin yang diajukan kepada mereka. Hlm 171. Timur Tengah dan Afrika Utara Moden. Perubahan dasar yang dibuat oleh British bertujuan untuk menguasai kawasan Arabia agar ia tidak jatuh ke tangan Empayar Uthmaniyyah. 48 Ibid. (1991).48 British hanya mengadakan perjanjian dengan pemimpin Arab bertujuan untuk melindungi kepentingan mereka di kawasan Aden. Sharif Hussein telah mendapat persetujuan perwakilan AlAhd dan Al-Fatat di Syria berkaitan dengan hal tersebut dan melantik beliau menjadi wakil iaitu Raja Arab. British telah mempergunakan orang Arab dan orang Arab telah tertipu dengan perjanjian yang dibuat antara orang Arab dengan British. Walaupun pihak British membuat perjanjian dengan menjanjikan pelbagai perkara kepada pemimpin Arab. Bukan itu sahaja. Ini dapat dilihat daripada perjanjian yang dilakukan British dengan kuasa Barat lain seperti Perancis dan Russia. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.Mitchel. Dalam masa yang sama juga. 30 . British turut melakukan hal sedemikian bagi mengelakkan penguasaan kuasa Barat yang lain. Tambahan pula negara Islam sendiri mulai cenderung untuk mempelajari selok belok kebangkitan negara Eropah dan kejayaan mereka.sebagai tanda sokongan beliau kepada usaha British dalam memerangi Uthmaniyyah pada tahun 1916. Pelbagai cara telah dilakukan British untuk mendapat sokongan orang Arab terutama sekali pemimpin Arab dan seterusnya membantu mereka dalam menghadapi Uthmaniyyah.

Pengalaman Mesir jelas membuktikannya. Cukai ke atas tembakau. (1908). Rampasan kuasa oleh Cromer British telah mengawal dan menguasai dari pelbagai aspek seperti menyeliakan ketenteraan. bahkan mengundang kuasa Barat untuk campur tangan dalam urusan negara Islam.49 49 Evelyn Baring.memilih untuk melaksanakan program pembaharuan dengan mencontohi kemajuan Barat dalam semua bidang iaitu bidang ketenteraan. Beliau mengambil contoh pemansuhan perbuatan merotan dan buruh kerahan sebagai dua kejayaannya yang paling bermakna. Apabila faedah gagal dibayar oleh kerajaan Mesir. pendidikan. Pembabitan dalam sistem kapitalis membawa golongan pemodal Barat menguasai ekonomi Mesir. pentadbiran dan perundingan dasar luar Mesir. London : Macmillan. Gerakan reformasi ala Barat bukan sahaja mengimport budaya dan cara hidup Barat seperti sekularisme. Vol II. Pinjaman bank asing digunakan secara berleluasa dalam mengendalikan projek prasarana termasuk pembinaan Terusan Suez. komunikasi dan percukaian. Cromer mempunyai niat untuk memansuhkan penyalahangunaan kuasa oleh tuan-tuan tanah di luar bandar dan untuk memperbaiki keadaan hidup ramai petani di Mesir. pentadbiran dan ekonomi. import melalui laut dan juga ke atas cukai tanah baru dan kecekapan mengutip hasil menyumbang kepada peningkatan keuntungan. Ia memberi kuasa kepada British untuk mengawal aspek kesihatan. Mempraktis sistem ekonomi kapitalis Barat bererti menyerah badan dan nyawa negara Islam kepada negara Barat apabila berlakunya kesulitan. bukan sahaja terpaksa diisytiharkan bankrap bahkan British mengambil peluang ini untuk menjajah Mesir demi menjaga kepentingan golongan kapitalis Barat dan saham British dalam Terusan Suez. Hlm 250. 31 . Modern Egypt. landasan kereta api. pertanian. pendidikan.

Dengan memperluaskan penggunaan tanah untuk penanaman kapas. 32 . malah menghasilkan lebihan pendapatan. Cromer menguruskan kewangan Mesir dengan cekap sehingga berupaya mengurangkan hutang negara. tetapi ia tidak semestinya mewakili kemajuan atau usaha untuk memperbaiki kebajikan rakyat Mesir. Di samping empangan. Dasar-dasar British menggalakkan pembahagian hak milik ladang-ladang yang besar. Tuan-tuan tanah terus mempunyai banyak kuasa untuk mengawal petani. penanaman kapas diperluaskan untuk mengeluarkan lebih banyak bahan mentah tersebut untuk kilang Inggeris dan membawa wang tunai ke Mesir. Sejarawan menganggapnya sebagai salah satu kejayaan penjajah. Penyiapan Empangan Aswan (1902) membolehkan lebih banyak tanah digunakan untuk pertanian dengan sistem pengairan sepanjang tahun. Seperti yang dihasratkan oleh British. Hlm 55. Perdagangan persinggahan melalui darat yang merintangi Sudan ke Mesir dipesongkan dari Iskandariah ke Pelabuhan Sudan yang 50 Hibba Abugideiri. Tanah yang subur daripada beberapa ladang besar yang dibahagikan diberikan kepada golongan atasan dan bukan kepada petani yang miskin. Farnham : Ashgate Publishing. (2010).Di bawah Cromer. Jarak landasan kereta api yang berganda juga menyebabkan kemerosotan perdagangan melalui sungai dan mengakibatkan kesesakan jalan bukan disebabkan oleh kemalangan tetapi oleh pendekatan yang bertujuan mengembangkan kepentingan perdagangan British. British juga membina penampan air sungai dan keperluan-keperluan awam lain. Tambahan pula landasan itu tidak menghubungkan negara Mesir dengan negara lain. Mesir untuk pertama kalinya perlu mengimport makanan. Ltd. Kesan Ekonomi Perkembangan ini mungkin mencerminkan dasar-dasar British. Landasan kereta api dipanjangkan dua kali ganda pada masa zaman penjajahan. Gender and The Making Of Modern Medicine In Colonial Egypt .50 Perkhidmatan kesihatan menjadi semakin baik dan jumlah penduduk bertambah.

Walaubagaimanapun. Hlm 217.baru dibina. Defining Islam for the Egyptian State : Muftis and Fatwas of the Dar AlIfta. Dasar-dasar British menghalang pembangunan perindustrian bagi mengelakkan meningkatnya saingan untuk mendapatkan bahan mentah daripada dieksport ke kilang-kilang di British.51 Ini mengancam pedagang Mesir. Pengabaian pendidikan oleh British menimbulkan kesan yang bertentangan dengan apa yang dijangkakan. rancangan seperti ini hanya melibatkan sebilangan kecil sahaja rakyat dan gagal mencapai kesan yang diharapkan. Cromer dan rakan-rakannya tidak mempedulikan hakikat bahawa pendidikan tajaan kerajaan merupakan satu-satunya peluang orang Islam yang miskin bagi 51 Don Peretz. The Middle East Today: Sixth Edition. New York : Brill. dasar-dasar digubal dengan sengaja untuk menghalang rancangan pendidikan yang dimulakan oleh Isma‟il. 33 . Rakyat Mesir dengan perbelanjaan mereka sendiri menghantar penuntut bukan ke England tetapi ke Perancis (sebuah negara yang menyokong nasionalis Mesir sehingga diwujudkan kembali persefahaman Inggeris-Perancis pada tahun 1904). British lebih suka memberikan pendidikan kuttab dan pendidikan khusus kepada penduduk tempatan untuk memenuhi keperluan asas birokrasi tetapi ia tidak akan menyebabkan penentangan kebangsaan seperti apa yang berlaku di India. Hlm 39. (1997). 52 Jakob Skovgaard-Petersen. United States : Greenwood Publishing Group. Pengabaian terhadap pendidikan menengah dan tinggi oleh kerajaan juga meningkatkan pendidikan swasta. Pengabaian Pendidikan Pada masa pendudukan British di Mesir. (1994).52 Segelintir guru yang terlatih dihantar ke England dengan andaian bahawa mereka akan pulang ke tanah air sebagai penyanjung tamadun British.

tetapi Cromer membiarkan Darul Ulum terus tidak berkembang kerana hanya terdapat sedikit sahaja sekolah kebangsaan yang boleh diajar oleh para siswazahnya. British mula menekan Sultan Turki Uthmaniyah agar tentera Muhammad Ali pulang ke Mesir dan mengembalikan Syria kepada Sultan pada tahun 1840.54 Mereka melemahkan pengaruh Muhammad Ali di Mesir dalam pemberontakannya terhadap Empayar Uthmaniyah pada 53 Mohammad Redzuan Othman. Kuala Lumpur: Institut Terjemahan Negara Malaysia Berhad. 54 Richard Rosecrance. penduduk pribumi dan orang Islam di luar bandar. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. KHAIRIN BIN SHAREP (D20112052048) KABURNYA KUASA UTHMANIYAH TERHADAP MESIR Kes Terusan Suez Tahun-tahun berikutnya apabila Muhammad Ali melaksanakan pelbagai pembaharuan di Mesir serta meluaskan kuasanya di daerah Levant iaitu di pesisir pantai Syria dan Lubnan. perkembangan pendidikan kuttab tidak akan memajukan kerjaya mereka yang miskin. Timur Tengah dan Afrika Utara Moden.memperbaiki taraf hidup mereka kerana sekolah-sekolah asing dan swasta kebanyakannya masih disediakan untuk orang Kristian dan Yahudi. 2009. Kebangkitan Negara Maya: Kekayaan dan Kuasa pada Abad Mendatang . Rusia dan British bersepakat untuk memperbolehkan Muhammad Ali mendirikan regim turun-temurun di Mesir. 34 .53 Dengan ketiadaan satu rancangan pendidikan menengah dan tinggi. Mereka boleh melanjutkan pelajaran ke Al-Azhar jika bernasib baik atau mungkin mendapat jaminan untuk meningkatkan taraf hidup selepas menamatkan pendidikan dari Darul Ulum. Hlm 107. kerjasama Eropah bersetuju dari segi ideologi utk mengekalkan kuasa elit sah (legitimist elit) pada peringkat dalam negeri disamping bersetuju berhubung keperluan untuk keamanan dan kestabilan antarabangsa. Hlm 137. Pada abad ke 19. 1991. Pada 1841.

Syafiq A Mughni. pada 11 Jun 1873. Perolehan cukai melalui sistem pinjaman Muqabala dan Ruznameh belum cukup untuk membayar balik hutang-piutang kerajaan Mesir terhadap bank-bank milik Eropah.Daly.55 Minat British terhadap Mesir mula meluap lanjutan pencarian bahan mentah dan pasaran baru di Mediterrenean khususnya di Mesir bagi menampung keperluan kapasiti industri British yang semakin bertambah. Sehubungan dengan itu.56 Rusia bercita-cita untuk menakluk wilayah kekuasaan Turki Uthmaniyah yang terdapat di semenanjung Balkan serta berkeinginan untuk mewujudkan kawalan terhadap Mediterranean. The Cambridge History Of Egypt. Inggeris dan Rusia saling berebut pengaruh. 1998. Ismail Pasha bergelut dengan krisis hutang yang melambung apabila dia berusaha untuk membuat pembaharuan dan pemodenan di Mesir menerusi projek-projek mega seperti pembinaan landasan keretapi dan membeli kilang memproses gula. Hlm 181. ditambah penggantinya yang lemah Abbas Hilmi I dan Muhammad Said. Sejarah Kebudayaan Islam di Kawasan Turki. Hingga tahun 1878. United Kingdom: Cambridge Universiity Press. Hlm 115. Pamulang Timur. Benjamin Disraeli yang merupakan Perdana Menteri Britain ketika itu telah membeli saham dalam terusan Suez demi memelihara peranannya menguasai jalan perdagangan utama dunia. kerajaan Mesir telah membuat pinjaman paling besar iaitu 32 Juta Pound Sterling. Bermula pada lewat 1840 an. Volume 2. 56 Dr. perusahaan kapitalis Eropah semakin rancak ditubuhkan dengan perkembangan kapasiti dan lingkungan pengaruhnya. 35 . Ciputat: Logos Wacana Ilmu.tahun 1839 hingga 1841. Hal ini mendorong British mula mainkan peranannya di Mesir dengan melibatkan diri dalam masalah pentadbiran yang dihadapi Ismail Pasha iaitu penguasa keturunan Muhammad Ali. Menurut Robert Hunter dalam Egypt Under The Khedives.W. Ferdinand de Lesseps (jurutera Perancis) dan 55 M. 1997. Ismail memutuskan untuk menjual sahamnya dalam Terusan Suez.

Hlm 90. (2007). secara rasminya pada tahun 1860 ia berfungsi bebas sepenuhnya. masalah lain juga timbul ke atas Daulah Uthmaniyah apabila berlaku krisis pemberontakan di Bosnia Herzegovina 1876 menentang kekuasaan Turki Uthmaniyah di sana dan tuntutan kemerdekaan oleh masyarakat Balkan. Kerajaan Turki beranggapan pembinaan Terusan Suez ini akan memanfaatkan Daulah Uthmaniyah dari segi perkongsian dalam bidang ekonomi. The Cambridge History Of Egypt. Tekanan yang begitu hebat ini tidak memungkinkan Kerajaan Turki Uthmaniyah membantu Mesir malah terpaksa akur tindakan pihak British yang menyuruh status international diakui pada tahun 1888 oleh Konvension Konstantinople. sebuah perjanjian ditandatangani oleh negara besar Eropah dan Daulah Uthmaniyah.W. namun campur tangan British dalam pentadbiran Mesir memunahkan harapan itu. melarang penggunaan buruh paksa di terusan. 36 . 58 Stefan Illich. Ismail Pasha membuat penangguhan bayaran pinjaman dan mengumumkan Mesir telah bankrap.Daly. Hutang terbesar kerajaan Mesir adalah pada Fruhling & 57 M. Tidak cukup dengan itu.57 Apakah tindakan Kerajaan Turki di Istanbul terhadap situasi ini? Sungguhpun Mesir masih lagi dianggap sebagai wilayah dalam Uthmaniyah. Kes Kebankrapan Ismail Detik kebankrapan Mesir bermula sejurus British menguasai saham terbesar Suez. 1863. Ismail Pasha mengeluarkan firman. Dissertation of German Imperialisme In The Ottoman Empire Ottomen Empire : A Comparative Study. Kerajaan Turki telah menghantar nota.58 Pada 30 Januari. United Kingdom: Cambridge Universiity Press. Volume 2.Perancis membina Terusan Suez berdasrkan objektif British yang mana kawalan trafiknya adalah 80% dibawah kelolaan British. apabila British menjadi pemegang saham tunggal terbesar Terusan Suez. (1998). Hlm 219. di mana ia dibuat pengesahan konsesi tertakluk kepada pengharaman penggunaan buruh paksa di terusan dan menuntut pulangan tanah beri hakmilik bagi manfaat syarikat. Pada 8 April 1875.

Lantaran itu kuasa Eropah menubuhkan Ottoman Public Debt Administration kononnya bagi menguruskan bebanan hutang yang dibuat kerajaan Daulah Uthmaniyah. Eropah pula tidak melayani tuntutan Sultan yang mahu pengaruh bank luar dikurangkan. Justeru British mengambil peluang melalui penubuhan badan tersebut sebagai satu cara untuk membolot ekonomi Mesir. Creating Medieval Cairo: Empire. and Architectural Preservation in Nineteenth-Century Egypt. Kerajaan Turki Uthmaniyah pula bergelut dengan hutang dalam Imperial Ottomen Bank kepunyaan Sultan Uthmaniyah dan Eropah. Religion. sebaliknya terus mengembangkan matlamat imperialis kewangan mereka selepas Sultan gagal menjelaskan hutang dalam Imperialis Ottomen Bank pada tahun 1875. Bantahan tersebut menyebabkan Sultan terpaksa membuat penyemakan hubungan antara Daulah Uthmaniyah dengan bank itu. Penerimaaan Public Debt Commision oleh Ismail adalah disebabkan kegagalannya mengurus kewangan Mesir dengan baik. Suruhanjaya ini berperanan mengendalikan hutang-hutang Mesir yang dibuat oleh Ismail khususnya terhadap bank-bank Eropah.59 Suruhanjaya tersebut dijawat oleh dua pengawal kewangan (Dual Control) yang terdiri dari orang British dan Perancis dalam kerajaan. Pada 1876 masalah bankrup telah memaksa Kedif Ismail menerima caisse de la dette publique (public debt commision). (2008). Pegawai tertinggi kerajaaan Uthmaniyah sebelum itu melahirkan rasa tidak puas hati terhadap Sultan kerana pelaburan yang dibuat oleh sebuah bank Eropah ke dalam Imperial Ottomen Bank telah menjadikan mereka (pihak Eropah) berkuasa mengawal semua pendapatan Daulah Uthmaniyah.Goshen milik British. 37 . Cairo: The American University in Cairo. manakala Kerajaan Daulah Uthmaniyah di Istanbul turut menerima kesan dengan tertubuhnya Ottomen 59 Paula Sanders. Hlm 9. rupa-rupanya matlamat sebenar mereka adalah untuk memanjangkan kuasa imperialisnya dalam bank tersebut seperti yang dinyatakan oleh Niles Stefan Illich (2007). Pada masa sama.

The Cambridge History Of Egypt.60 Mereka merancang untuk menawarkan pinjaman bagi mengurangkan bebanan hutang Mesir menerusi Persidangan Antarabangsa yang diadakan di Istanbul dengan syarat Sultan Uthmaniyah sanggup untuk menanggung kesemua liabiliti terhadap tawaran tersebut.Daly. United Kingdom: Cambridge Universiity Press. kita memang tidak 60 http://historyofislam. sekiranya Sultan menerima tawaran tersebut tidak mustahil bagi kuasa Eropah mencengkam pentadbiran kerajaan Turki di Istanbul sekaligus mengawal wilayah Daulah Uthmaniyah.Public Debt Administration. Cromer menyatakan ia adalah satu contoh baik dalam political imperialisme. (1998). Tindakan Sultan ini harus dipuji. England dan Perancis cuba untuk memanfaatkan pengaruh mereka ke atas Mesir untuk mencekik Empayar Uthmaniyah.com/contents/onset-of-the-colonial-age/egypt-and-the-suez-canal/ Diperoleh pada 25 Oktober 2012. 61 M. Kabinet Eropah. Dual Control di Mesir turut berjaya mendesak Sultan Uthmaniyah memecat Ismail kerana beliau cuba melawan arahan mereka.61 Sir Evelyn Baring (lebih dikenali sebagai Lord Cromer) merupakan seorang pegawai British yang memulakan dominasi pentadbiran secara langsung di Mesir sebagai consul jeneral. 38 . Volume 2. Ismail Pasha hilang kawalan ke atas hartanah keluarga dan kabinetnya sendiri kerana Bogos Nubar menubuhkan kabinet Eropah dengan menempatkan orang Inggeris di bahagian kewangan dan Perancis dalam pentadbiran awam. Sultan Abdul Hamid (1876-1908) menolak tawaran tersebut kerana menurutnya. Dalam satu akaunnya mengenai persoalan Why Britain Acquired Egypt in 1882. Jadi. adalah mustahil untuk Kerajaan Sultan di Istanbul menawarkan bantuan kepada Ismail kerana Sultan sendiri menghadapi masalah hutang dengan kuasa Eropah. Hlm 219.W. Produk British Selepas pengumuman Mesir muflis. taktik itu adalah salah satu cara untuk memerangkap Daulah Uthmaniyah dibawah pimpinannya untuk terus jatuh dengan mempergunakan Mesir sebagai subjek mereka.

kerajaan Turki Uthmaniyah memperkuat Mesir dengan tentera Janissari dan menempatkan komanden tentera dan gabenor disana untuk mensentralisasikan kekuasaan. Hlm 76. Timur Tengah dan Afrika Utara Moden. 39 .Walaupun Kedif/khedwi (gelaran gabenor Turki di Mesir) tetap merupakan pemerintah rasmi Mesir. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Pustaka. dan Montenegro melalui perjanjian San Stefano yang dibuat bersama Rusia pada tahun 1877. British turut menghantar tentera Mesir ke Sudan dibawah arahan pegawai Inggeris William Hicks untuk menakluk wilayah itu kerana melakukan penindasan ke atas Turki-Mesir serentak dengan kemerosotan Mesir di akhir pemerintahan Ismail Pasha. Penguasaan British dalam pentadbiran Mesir sememangnya merugikan Daulah Uthmaniyah. Syafiq A Mughni. Serbia. Logos Wacana Ilmu: Pamulang Timur. Kekalahan dan perbelanjaan peperangan yang besar menyebabkan Kerajaan Turki Uthmaniyah meminta Inggeris berundur dari Mesir menerusi perjanjian. Ciputat. (1991). Sejarah Kebudayaan Islam di Kawasan Turki.mahu tempat yang teruk. Perjanjian itu 62 Dr.63 Dalam bidang pertanian. Sebelum Mesir dikuasai British. Rumania. (1997).62 Tindakan tersebut membolehkan kerajaan Turki Istanbul mengumpul dana dalam pembendaharaan bagi membantu wilayah Daulah Uthmaniyah lain yang memerlukan peruntukan pembangunan. Terputusnya pemberian dana dan penglibatan British dalam kabinet Mesir menyebabkan kerajaan Turki terpaksa memberi kemerdekaan kepada bangsa Bulgaria. 63 Mohamad Redzuan Othman. Kuasa kerajaan Turki untuk mempertahankan empayarnya kian lemah apabila kuasa Eropah tidak henti-henti menceroboh Daulah Uthmaniyah yang lain seperti Mesir. namun Cromer dan penggantinya bertindak seolah-olah merekalah yang berkuasa. orang lain akan mengambilnya dan seluruh saki baki kuasa dalam kawasan tersebut akan dipunahkan. tetapi jika kita tidak mengambilnya. Cromer menyekat penyalahgunaan kuasa oleh tuan tanah diluar bandar dengan cara memansuhkan perbuatan merotan dan kerahan buruh bagi memperbaiki kehidupan petani. Hlm 133.

Taufik Pasha sendiri berada dalam bahaya. ketuanan Uthmaniyah keatas daulahnya itu tetap perlu diakui British melalui perluasan pengaruh oleh Uthmaniyah ke atas Mesir dan masyarakatnya terutama dalam kalangan orang Turki-Circassia dan penduduk elit tempatan yang sering pergi ke Istanbul. Urabi dan pejuang kebangsaan yang lain cuba untuk merombak entiti kewangan Anglo-French dan penguasaan politik yang dimonopoli Turki-Circassia ke atas kepegawaian tertinggi ketenteraan serta autoriti Kedif Taufik. United Kingdom: Cambridge Universiity Press. (1991). Slogan Mesir untuk Mesir menjadi tunjang kepada perjalanan Pemberontakan Urabi. 64 British mengiktiraf kedaulatan Uthmaniyah ke atas Mesir dan perlu membayar ufti kepada Sultan selepas perjanjian sementara Oktober 1885 ditandatangani. Hlm 134. Nasionalis membawa rusuhan di Alexandria dan pelabuhan bandarbandar lain. Timur Tengah dan Afrika Utara Moden.Daly. Ini bukan sahaja mengancam Taufik Pasha. Volume 2.dirundingi oleh oleh Sir Henry Drummond dan Sultan Abdul Hamid II. Walaupun British masih lagi diberi ruang waktu menduduki Mesir. Nasionalis Mesir dan pejuang islam menyalahkan Britain untuk kemiskinan dan kekurangan pembangunan negara.W.65. Mereka beranggapan pemerintah kedif gagal menyelesaikan masalah dalaman Mesir apabila melibatkan British secara langsung soal pentadbiran. (1998). malah orang Eropah yang tinggal di 64 Mohamad Redzua Othman. Antara Februari dan September 1881. 65 M. Lindungan British (British Protectorate) 1882. Urabi dengan cepat muncul daripada seorang kolonel kepada ahli politik kebangsaan.Daly (1998) ia disebut pemberontakan atau revolusi kerana melibatkan orang awam dalam pergerakan yang meluas. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Pustaka. Pada masa sama.W. Hlm 225. Membangkitkan Arab Tahun 1880-an merupakan episod rancak berlaku dalam masyarakat Mesir apabila British Protectorate telah ditubuhkan. 40 . Menurut M. The Cambridge History Of Egypt.

Volume 2. Tetapi pemberontakan tersebut gagal dengan pendudukan British. Pengembaraanya ke Istanbul dan menyuarakan pandangan mengenai pan-islam telah menarik minat pemerintah Turki. 41 . United Kingdom: Cambridge Universiity Press Hlm 217. satu pergerakan yang bertujuan untuk menyatukan semula dunia Islam dibawah dibawah seorang khalifah. mereka memang mendambakan bumi mereka aman walaupun dipayung Khalifah Uthmaniyah sebagai satu waris Empayar Islam yang agung. Pertumbuhan kuasa British di Mesir adalah satu hal yang rumit.sana.68 Afghani menghabiskan 8 tahun berdakwah dan mengajar di Mesir menyebarkan idea-idea beliau dan pan-Islamisme dengan meluas sekali. Kemunculan pemikir Islam Mesir seperti Sayyid Jamaludin Al-Afghani yang memperjuangkan kebebasan bangsa dari pengaruh barat seperti British membawa kesan besar terhadap Daulah Uthmaniyah. The Cambridge History Of Egypt. Tentera British mendarat dan membedil bandar-bandar besar di pelabuhan sekaligus mengalahkan serangan pemberontakan Urabi yang akhirnya mengisytiharkan Mesir sebagai wilayah lindungan British pada tahun 1882. Sultan Abdul Hamid II menjadi simbol rasmi pan-Islamisme. 66 http://histclo.html . Namun kekurangan ditonjolkan oleh para kedif terutamanya yang tidak bersedia memegang tampuk pemerintahan seperti Kedif Taufik dan bebanan masalah tinggalan kedif sebelumnya memburukkan lagi keadaan. 67 M.com/country/other/egypt/ceh-prot. dan pengurangan kuasa Kedif sebagai boneka.66 Lantaran itu beberapa kumpulan membuat keputusan bercerai daripada gabungan revolusioner.67 Jauh disudut hati Kedif Mesir.Daly. (1998). Diperoleh pada 27 Oktober 2012. Hal ini menimbulkan satu tempias positif kepada Sultan Abdul Hamid II bagi menambahkan kekuasaan serta mengekalkan Daulah Uthmaniyah. Satu faktor di sini adalah disebabkan hubungan diplomatik antara Sultan di Constantinople dan kuasa Eropah yang lain.W. Britain dan Perancis menghantar kapal perang bagi menyekat Alexandria. Kolonel Ahmad Urabi memberi namanya untuk sebuah pemberontakan yang mencabar dinasti Muhammad Ali dan Kuasa Eropah.

Hlm 124.Konsep Khalifah yang dijulang Sultan Turki mendapat tempat dalam hati masyarakat Islam dibawah empayarnya. (1991). 42 . Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Pustaka. Menerusi usaha Sultan Abdul Hamid II membina landasan kereta api di Hijaz menimbulkan reaksi baik masyarakat Islam khususnya dalam Daulah Uthmaniyah sendiri kerana memudahkan perjalanan para jemaah haji kerana ke tanah haram M 68 Mohamad Redzua Othman. Timur Tengah dan Afrika Utara Moden.

43 .

Daulah Uthmaniyyah telah kehilangan banyak tempat yang penting dan 69 Ibid 131. British juga terlibat secara langsung dalam kemerdekaan Mesir iaitu dengan menetapkan beberapa syarat. 69Tetapi beliau merungsingkan Sultan Abdul Samad II kerana dia mengagungkan bangsa Arab daripada Turki meyebabkannya melindung diri ke Mesir. Hal ini bagi memastikan kuasa kolonial barat lain seperti Rusia dan Perancis tidak dapat menguasai Mesir. Pada ambang kedatangan British secara umumnya Mesir dilaporkan berada dalam keadaan yang tidak stabil serta berlaku kemerosotan dalam aspek politik. KESIMPULAN Pengaruh British keatas Mesir telah memberi kesan yang amat besar ke atas kerajaan Daulah Uthmaniyyah. membuka mata masyarakat Daulah Uthmaniyah untuk sama-sama bangkit menentang kuasa luar seperti British daripada terus menyebarluaskan ideologi dan dakyah sekular barat yang menjadi isu hangat dalam kalangan ulama pelbagai mazhab. Abdul Rahman al-Kawakibi (18491903) adalah perintis nasionalisme Arab kerana beliau menggalakkan pemulihan semula sistem khalifah Arab yang bertentangan sistem khalifah orang Turki Uthmaniyah. Ekoran penglibatan kuasa imperialisme British ke atas Mesir. 44 . Keadaan Mesir yang pada ketika itu dipenuhi dengan cambahan idea perjuangan Islam oleh para ulama bermula dengan Jamaludin Al-Afghani.banyak peristiwa yang telah berlaku yang menyebabkan kerugian kepada kerajaan kerajaan Daulah Uthmaniyyah dan kuasa Islam. Hal ini menunjukkan kuasa imperialisme British keatas Mesir seperti kuasa-kuasa Eropah yang lain.ekonomi dan sosial.ekah dan Madinah serta penghantaran perisik ke kawasan Islam yang jauh. Demi menjaga kepentingannya British telah campurtangan dalam pentadbiran Mesir. Dikalangan penulis Islam pula. kemudian bersambung pula dengan pemikir Islam seperti Muhammad Abduh dan Sayyid Redha.

Keadaan ini sebenarnya telah menguntungkan pihak barat bagi menjaga kegiatan ekonomi dan dapat menguasai jalan-jalan penting perdagangan Laut Mediteranium.kehilangan kuasanya ke atas Mesir. 45 . Rusia dan Perancis bersetuju melantik Mehmet Ali sebagai sebagai pemerintah di Mesir. Hal ini dapat dilihat apabila kuasa-kuasa barat seperti British.

29 Ogos 1914. New York : Brill Kitchener kpd. (2007). M. Mallet.com/country/other/egypt/ceh-prot.Grey. (1997). Viceroy kpd. Duta British di Istanbul.BIBLIOGRAFI Dr. Sejarah Kebudayaan Islam di Kawasan Turki. 24 September 1914. United Kingdom: Cambridge Universiity Press Mohamad Redzua Othman. FO 371/2139. Logos Wacana Ilmu: Pamulang Timur. FO 371/2138. (1997). FO 371/2139. The Cambridge History Of Egypt. Defining Islam for the Egyptian State : Muftis and Fatwas of the Dar Al-Ifta. http://histclo.com/contents/onset-of-the-colonial-age/egypt-and-the-suez-canal/ Diperoleh pada 25 Oktober 2012 46 . Volume 2. (1998). (1991).html . Ciputat Grey kpd.Kementerian Hal Ehwal Luar. 1 September 1914. Syafiq A Mughni. Diperoleh pada 27 Oktober 2012 http://historyofislam.W. Jakob Skovgaard-Petersen.Daly. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Pustaka. Stefan Illich. Dissertation of German Imperialisme In The Ottoman Empire Ottomen Empire : A Comparative Study. Timur Tengah dan Afrika Utara Moden.

NAZIRAH LEE SOALAN: 02 TAJUK TUGASAN KUMPULAN: NILAIKAN PENGARUH BRITISH DI MESIR DAN KESANNYA KEPADA UTHMANIYAH GROUP: A AHLI KUMPULAN:      MOHD HAKIMI BIN HASSAN KHAIRIN BIN SHAREP MUHAMAD HASHIR BIN MAT ZAIN MUHAMMAD HAFIZ BIN DAUD MOHD JASMI BIN JOHARI :D20112052057 :D20112052048 :D20112052063 :D20112056401 :D20112052046 Jabatan Sejarah Fakulti Sains Kemanusiaan 47 .KURSUS: HSI 3023 – ISLAM DI ASIA BARAT ABAD KE-19 HINGGA 20 PENSYARAH: DR.

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->