You are on page 1of 9

MAKRO DAN MIKRO

Pengajaran Mikro dan Makro

Untuk belajar cara mengajar, kita mesti melalui latihan pengajaran mikro dan makro. Pengajaran mikro merupakan satu teknik pengajaran yang mengambil masa antara lima hingga lima belas minit untuk mengajarkan sesuatu kemahiran. Tujuan pengajaran mikro ini adalah untuk membina kemahiran guru yang berkaitan dengan aktiviti pengajaran dan pembelajaran (p&p) di dalam bilik darjah.

Kemahiran yang perlu dikuasai dalam pengajaran mikro ialah pemudahcaraan, penyampaian permulaan pengajaran (set induksi), penggunaan papan tulis, variasi rangsangan, kemahiran menyoal, memberi penerangan menggunakan ilustrasi, penggunaan sumber p&p, pelaksanaan penutup dan aktiviti pengukuhan.

Setelah menguasai kemahiran mikro, pengajaran boleh disepadukan dalam pengajaran makro. Pengajaran makro lebih mirip kepada aktiviti simulasi pengajaran yang sebenar iaitu melihat keseluruhan proses p&p yang berlaku secara kontekstual.

Penyelidikan tindakan perlu diketahui untuk mencari penyelesaian terhadap sesuatu gejala yang timbul di dalam bilik darjah atau di sekolah. Penyelidikan yang memberikan tumpuan kepada penyelesaian situasi semasa yang dihadapi, dapat memberikan penyelesaian cepat terhadap sesuatu yang boleh menghalang kelancaran proses pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah.

Pengajaran

Mikro

Mikro bermaksud kecil atau halus. Pengajaran mikro bermaksud pengajaran yang memberikan fokus atau tumpuan kepada bahagian-bahagian kecil tertentu yang apabila

digabungkan

kesemuanya,

akan

menjadi

satu

pengajaran

yang

lengkap.

Jika kita hendak melihat apa-apa yang perlu ada pada bahagian permulaan pengajaran (set induksi) maka kemahiran-kemahiran yang perlu ada di dalamnya hendaklah disimulasikan. Segala aktiviti akan diteliti untuk melihat sama ada set induksi itu memenuhi konsepnya atau tidak.

a)

Kemahiran

Mikro

Cuba teliti sekali lagi jadual di halaman yang terdahulu. Baca dan fahami kemahiran yang terlibat Penutupan dan membuat Penggunaan Pengelolaan Variasi Papan Bilik dan yang perlu dikuasai Set dalam pengajaran mikro. Induksi Penyoalan Rangsangan Tulis Darjah Penerangan kesimpulan

i.

Kemahiran

Set

Induksi

- Aktiviti yang dikendalikan oleh guru pada awal pengajaran supaya murid-murid bersedia dari segi mental dan fizikal untuk mengikuti pelajaran. Aktiviti hendaklah menyeronokkan agar murid-murid dapat bersedia dari segi rohani dan jasmani. Set induksi sepatutnya merangsang minat murid untuk mengikuti pelajaran, tidak melebihi 5 minit, melibatkan ketiga-tiga domain; kognitif, afektif dan psikomotor dan berkesan.

-Cara yang boleh digunakan ialah penggunaan alat bantu mengajar, motivasi, teknik menyoal,mengulangkaji topik yang berkaitan, bercerita, lakonan, menggunakan bahan rangsangan dan lain-lain.

ii.

Kemahiran

Menggunakan

Contoh

- Guru boleh menggunakan contoh-contoh yang berkaitan dengan topik yang diajar, benda maujud, alam sekeliling, pengalaman sedia pelajar, peristiwa atau kejadian.

iii.

Kemahiran

Penyoalan

- Penyoalan merupakan aktiviti interaktif antara guru dengan murid bertujuan untuk memantau pemahaman murid terhadap pengajaran guru. Di samping itu, penyoalan juga dapat menguji aras pencapaian murid-murid untuk sepanjang sesi p&p.

- Penyoalan yang baik tidak berupaya memotivasikan murid-murid ke arah tingkah laku pembelajaran yang positif. Penyoalan yang baik seharusnya bermula daripada mudah kepada yang sukar, konkrit kepada abstrak, merangkumi semua aras penyoalan, tebaran penyoalan yang menyeluruh dan menggunakan bahasa yang tepat dan mudah difahami.

iv.

Penggunaan

Papan

Tulis

- Papan tulis merupakan alat yang digunakan oleh guru untuk menulis penerangan atau maklumat lain. Penggunaan papan tulis seharusnya terancang dan berstruktur serta menggunakan 1. 2. 3. - Bahan pembahagian teknik dapat pengajaran warna tulisan ruang penulisan dilihat diatur sesuai sekitar dan yang kepada dan jelas dua dan atau mudah tiga dibaca. bahagian ruang kelas penting yang

penggunaan seluruh tajuk/idea menarik,perbandingan

- Penonjolan penggunaan merangsangkan Teknik

persembahan

-Pembentukan konsep melalui carta, peta minda, gambarajah dapat memudahkan idea. - Melibatkan murid dalam penggunaan papan tulis.

v.

Kemahiran

Variasi

Rangsangan

- Variasi rangsangan membawa maksud kepelbagaian gaya atau tingkah laku bagi menggerakkan murid-murid ke arah tingkah laku pembelajaran yang hendak dicapai.

vi.

Kemahiran

Menggunakan

Bahan

Bantu

Mengajar

- Bahan Bantu Mengajar(BBM) merupakan peralatan atau bahan yang menjadi sumber kepada guru untuk mengajar. BBM terbahagi kepada 3 kategori, iaitu:-

i. media elektronik seperti komputer, filem, filem jalur,slaid, projektor, pita rakaman, radio dan video.

ii. bahan cetak: buku, gambar, brosur, carta, model, surat khabar dan papan tulis iii. bahan bercorak pengalaman: lakonan, pentomin, lawatan, projek pameran dan bahan-bahan dari - Jenis-jenis i. a. b. ii. a. b. c. d. e. f. g. h. i. j. rajah Alat papan dan patung dan benda-benda Alat-alat Buku Alat-alat Bahan-bahan alam sekitar. BBM seperti:Pendengaran rakaman radio Pandangan teks Akhbar majalah konkrit(maujud) model diorama gambar tulis graf multimedia

vii.

Kemahiran

Bercerita

- 1. Teknik ini bukanlah suatu teknik yang baru malahan pernah dilakukan oleh ibu bapa sewaktu menyampaikan suatu pengajaran kepada anak-anak. Teknik ini dapat menarik minat anak-anak. - 2. Keadaan yang sama boleh dilakukan semasa guru-guru menyampaikan pengajaran kepada murid-murid. Murid akan lebih cepat menumpukan perhatian dan akan menjadikan pengajaran dan pembelajaran berlaku dalam keadaan yang menyeronokkan.

- 3. Murid-murid khususnya di sekolah rendah amat menggemari cerita. Walaupun mereka masih kecil tetapi apa yang diceritakan kepada mereka akan segera difahami dan kadangkala dapat pula sekali gus memahami maksud cerita itu. Oleh hal yang demikian, jika murid-murid tadi diberi peluang belajar dalam suasana yang menyeronokkan, pasti proses pengajaran pembelajaran akan lebih berkesan.

- 4. Walaupun begitu, terdapat perbezaan antara teknik bercerita dengan pengajaran cerita.

- 5. langkah yang perlu diambil oleh guru dalam persediaan teknik cerita, iaitu:i. Pilih cerita yang sesuai dengan umur, kecerdasan dan minat murid. Kemudian sesuaikan pula dengan isi pengajaran yang hendak disampaikan.

ii. Kaji cerita itu dan cuba masukkan aspek-aspek bahasa yang hendak disampaikan itu ke dalam cerita tersebut.

iii. Hafaz frasa-frasa atau ayat-ayat yang penting atau lain-lain aspek bahasa yang hendak disampaikan. iv. Latih bercerita seolah-olah guru berada di hadapan murid-murid sekurang-kurangnya sekali sebelum menggunakan teknik ini.

v. Guru bercerita dalam keadaan yang selesa dan berikan penekanan kepada aspek-aspek bahasa vi. Guru boleh yang menggunakan gambar, objek hendak sebenar atau lain-lain diajarkan. alat bantu.

vii. Sediakan kad-kad perkataan, frasa-frasa atau ayat-ayat dan lain-lain yang berkaitan dengan aspek bahasa yang hendak disampaikan untuk pengajaran dan penerangan selanjutnya.

viii.

kemahiran

tunjuk

cara

- 1. Juga dikenali sebagai teknik demontrasi. Melibatkan satu cara pengajaran yang membawa dan memusatkan perhatian murid kepada langkah-langkah, prosedur atau peraturan-peraturan bagi menghasilkan sesuatu.

- 2. Dalam pengajaran dan pembelajaran, teknik ini bolah digunakan terutama dalam proses pengajaran yang memerlukan murid-murid bertutur dengan menggunakan ayat-ayat yang betul dan sempurna.

- 3. Walaupun demontrasi boleh dilakukan tanpa bahasa tetapi untuk pengajaran dan pembelajaran bahasa, murid-murid boleh diminta menerangkan cara-cara hendak

melakukannya melalui bahasa. Maksudnya, disamping menunjukkan cara, murid-murid diminta menerangkannya melalui bahasa.

- 4. Banyak aktiviti bahasa yang boleh dilakukan melalui teknik ini dalam aktiviti lisan misalnya, guru boleh meminta murid menunjukkan cara menjahit baju, membuat kuih, menunggang basikal, bermain bola dan sebagainya.

- 5. Untuk mendapatkan satu pengajaran dan pembelajaran yang berkesan.

- ciri-ciri

penting

teknik

ini

perlu

diberi

perhatian:-

i. Tentukan objektif dan isi atau kandungan tunjuk cara yang hendak digunakan. Pastikan aktiviti bahasa tidak akan terganggu. Sebaik-baiknhya guru perlu mempunyai maklumat mengenai pengetahuan dan kebolehan murid-murid yang sedia ada. Sediakan soalan-soalan untuk menggalakkan mereka bercakap.

ii. Guru harus menerangkan maksud tunjuk cara tersebut dan perkara-perkara yang harus dicakapkan. iii. Guru sepatutnya mencuba dahulu tunjuk cara tersebut. Ini penting kerana guru boleh membuat persediaan, memperuntukkan masa dan kemungkinana juga dapat meramalkan masalah-masalah yang akan timbul.

iv. Guru perlulah memikirkan supaya tunjuk cara yang akan dijalankan itu dapat dilihat dan diikuti oleh semua murid.

v. Tunjuk cara tersebut boleh dilakukan oleh guru dan murid-murid lain sendiri. Sewaktu tunjuk cara ini dijalankan, murid-murid lain memerhati dengan teliti. Mereka boleh menyoal jika perlu. Selepas tunjuk cara itu selesai, murid lain boleh diminta melakukannya sekali lagi. Kemudian perbincangan boleh dilakukan sebagai aktiviti susulan.

Pengelolaan

Bilik

Darjah

- Pengelolaan bilik darjah merujuk cara guru mengendalikan murid dan bahan dalam melaksanakan pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah. Aktiviti p&p boleh dikelolaan secara kelas, berpasangan, berkumpulan dan individu.

v.

Penerangan

- Penerangan merujuk usaha guru dalam menjelaskan dan menghuraikan sesuatu tajuk dalam sesuatu proses p&p. Penerangan seharusnya menggunakan bahasa yang jelas dan mudah difahami serta berbantukan bahan bantu mengajar yang sesuai.

Fungsi penerangan menyampaikan maklumat, peingkat perkembangan dan memperjelas konsep.

-Komponen

menerang;

i. Arah Permulaan: tarik dan kekalkan perhatian, sesuai dengan isi pelajaran, bangkitkan kesediaan. ii. Ilustrasi: contoh/sumber mencukupi sesuai, jelas dan menarik.

Kecekapanmengurus

contoh/sumber.

iii. Penyusunan idea ; dikembangkan secara teratur, variasi rangsangan digunakan, penerangan lisan jelas dan tepat.

vi.

Kemahiran

Pengukuhan

- Prinsip: diubah-ubah, diberi sebaik saja bertingkahlaku, elak sindir atau kutuk, sesuai dengan usia, jantina dan status sosial, secara ikhlas dan jujur.

- Objektif: beri galakan kepada murid, kukuhkan konsep dan isi, tingkahlaku positif dan berterusan, yakin dan berdisiplin.

- Fungsi: Lihat prestasi dalam aktiviti PNP, tingkahlaku responden, tingkahlaku operan, secara lisan, gerak isyarat, dampingan dan sentuhan.

Lisan -Sebutan -Mengulang -Mengembangkan ya baik, bagus jawapan jawapan atau dan

positif: ha lain-lain murid murid

Gerak -senyuman -anggukan kepala -melihat dan memandang -tepuk tangan -tulis jawapan murid di papan hitam -mengangkat ibu jari.

isyarat:

Sentuhan: kepala, bahu atau bahagian belakang.

Lisan - geleng-geleng kepala -bahu -Gerak -Kurang isyarat lengkap, atau negatif:- bukan, jawapan bahagian salah buruk, atau

negatif:

belakang tidak. sindir

Gerak -geleng kepala -muka marah -gorang tangan - membeliak

isyarat

negatif: -

mata

-Kesan:- semangat ingin belajar, murid lebih positif, disiplin kelas terkawal,yakin kerana dihargai.

Xii

Penutup

dan

Kesimpulan

- Penutup dan kesimpulan merujuk cara guru mengakhiri satu sesi p&p. Aspek ini penting kerana murid-murid perlu disedarkan tentang perkara yang telah dipelajari oleh mereka. - Guru perlu membuat kesimpulan atau rumusan untuk memberikan gambaran kepada muridmurid tentang isi utama yang perlu dikuasai oleh mereka. Guru boleh mengakhiri sesi pengajaran - Kepentingan:1. menarik perhatian terhadap apa yang baru dipelajari supaya mereka dapat memberi gambaran yang lebih jelas dan menyeluruh. sama ada secara kognitif atau sosial.

2. mengukuhkan konsep atau kemahiran yang baru dipelajari dengan merumuskan fakta-fakta penting atau memeberikan kerja bertulis

3. mewujudkan perasaan pencapaian dan kejayaan dalam kalangan murid dengan menggunakan teknik peneguhan.

4. menggunakan aktiviti penilaian untuk menilai pencapaian objektif pelajaran serta aktiviti PNP untuk membuat pengubahsuaian serta membaiki pelajarannya pada masa depan.

5. Aktiviti susulan dapat diadakan suapaya murid dapat memberi peluang mengaplikasi konsep dan kemahiran yang mereka pelajari.

You might also like