You are on page 1of 9

PENGAJARAN TERANCANG KATA PINJAMAN BAHASA INGGERIS:

MEMPERKAYA KOSA KATA PELAJAR BAHASA MELAYU - Presentation Transcript

1. PENGAJARAN TERANCANG KATA PINJAMAN BAHASA INGGERIS:


MEMPERKAYA KOSA KATA PELAJAR BAHASA MELAYU Rozaiman Makmun
Institut Pendidikan Sultan Hassanal Bolkiah UNIVERSITI BRUNEI
DARUSSALAM 1
2. Objektif kertas kerja ini: 1. Menyedari hubungan saling mempengaruhi antara
perkembangan bahasa dan perkembangan masyarakat; 2. Proses peminjaman
merupakan langkah memodenkan bahasa Melayu di peringkat MABBIM; 3.
Pengajaran kata pinjaman BI sebagai usaha memperkaya kosa kata pelajar; 4.
Menyedari hakikat penggunaan KP BI di pelbagai peringkat pendidikan; 5.
Memaparkan contoh kesalahan penggunaan KP di pelbagai peringkat
pendidikan; 6. Pengajaran KP BI di sekolah: syarat dan panduan; 7.
Menekankan perlunya KP BI diajarkan secara terancang di peringkat sekolah;
dan 8. Mencadangkan beberapa kajian lanjut tentang pengajaran KP. 2
3. Pengenalan • penguasaan multibahasa – kemahiran berkomunikasi: maklumat
dan ilmu pengetahuan. • hubungan bahasa dengan masyarakat: saling
pengaruh- mempengaruhi (Noriah Mohamed, 2003:7-8). • Bahasa itu sendiri
merupakan asas tamadun setiap bangsa (Awang Sariyan, 2006:12). • dua faktor
yang menyebabkan beberapa orang lulusan sains tidak menulis menggunakan
BM, iaitu latihan dan kebiasaan. • usaha mengembangkan ilmu dalam BM
melalui tulisan adalah salah satu tanggungjawab untuk mengisi Dasar Bahasa
Kebangsaan (Awang Sariyan, 1996). • latihan dan kebiasaan menggunakan KP
BI secara terancang di peringkat awal, iaitu peringkat sekolah perlu diusahakan.
3
4. Dimensi perancangan atau pembinaan korpus bahasa • (1) Penentuan ejaan dan
tulisan (graphization), • (2) Penyeragaman (standardization), • (3) Pemodenan
(modernization), • (4) Pemantapan (stabilization). 4
5. (1) Penentuan ejaan dan tulisan (Graphization) • Menurut Nik Safiah Karim
(1981), penentuan ejaan bermaksud usaha mencipta satu sistem ejaan bagi
bahasa-bahasa yang belum mempunyai ejaan. • sistem tulisan BM: dari tulisan
Sanskrit dan Jawa Kuno, tulisan Jawi hinggalah ke tulisan Rumi. •
Perkembangan sistem tulisan dan ejaan BM semakin pesat apabila bahasa ini
menerima sistem tulisan dan ejaan rumi. Ini bermakna, BM telah diungkapkan
dan ditulis mernggunakan dua sistem tulisan dan ejaan, iaitu tulisan Jawi dan
tulisan Rumi. • Penggunaan tulisan Rumi lebih mendominasi berbanding tulisan
Jawi. Namun, usaha sedang dijalankan untuk memperkukuh kedudukan tulisan
Jawi. 5
6. (2) Penyeragaman (standardization) • Menurut Garvin dan Mathiot (1969),
bahasa standard merupakan satu bahasa yang bentuknya telah dikodifikasikan,
diterima dan bertugas sebagai model atau norma bagi komuniti bahasa yang
lebih luas. • Manakala Haugan (1972) mendefinisikan bahasa standard sebagai
satu variasi pertuturan yang membayangkan keseragaman dari segi bentuk (Nik
Safiah Karim, 1981). • bahasa kebangsaan merupakan satu keperluan untuk
mencapai kestabilan dan sebagai identiti bangsa dan negara secara
keseluruhannya. • Pendaulatan sesuatu bahasa kebangsaan bererti menaikkan
taraf sesebuah bahasa tempatan menjadi lambang kebangsaan dan lambang
penyatuan. • Dengan demikian juga bahasa tersebut akan berupaya untuk
berfungsi sebagai alat yang sesuai bagi pentadbiran kerajaan, serta sebagai alat
penyampaian ilmu dan sebagai alat pembinaan kebudayaan yang tinggi (Nik
Safiah Karim, 1981). • Seperti anngota MABBIM yang lain, Brunei Darussalam
telah memilih BM sebagai bahasa perpaduan, bahasa kebangsaan, bahasa
pemerintahan, bahasa pentadbiran, bahasa keagamaan, bahasa pengantar
pendidikan, bahasa kebudayaan dan sebagainya. • Justeru itu, perkembangan
BM perlu direncanakan sejajar perkembangan yang berlaku dalam masyarakat
dan negara. 6
7. Penyeragaman Ejaan • Marsden - sarjana Inggeris yang pertama membicarakan
ejaan BM di dalam bukunya A grammar of The Malayan Language (1812). •
Kemudian, W.G. Shellabear menghasilkan buku The Evolution of The Malay
Spelling (1901). • Pada tahun 1902, Kerajaan Negeri-negeri bersekutu (Selangor,
Perak, Pahang dan negeri Sembilan) mula membentuk jawatankuasa yang
diketuai oleh Wilkinson yang akhirnya membuahkan hasil Ejaan Wilkinson
sebagai dasar Ejaan Sekolah. • Usaha ini dilanjutkan oleh Pendeta Za’ba yang
menghasilkan Petua-petua Ejaan Rumi (Abdullah Hassan, 1993). Berikutan
dengan itu, Ejaan Wilkinson digantikan dengan Ejaan Za’ba sebagai Ejaan
Sekolah. • Perhatian pihak kerajaan terhadap masalah ejaan BM mula semakin
meningkat apabila perbincangan mengenai ejaan telah diadakan di dalam
Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu III pada tahun 1956. 7
8. sambungan • Pada tahun 1957 sebuah Jawatankuasa Ejaan telah dibentuk bagi
membuat perbincangan dan keputusan mengenai ejaan Rumi dan penyatuan
bahasa Indonesia sehingga terwujudnya Ejaan Bersama Malaysia-Indonesia. •
Kemudian, pada 29 Disember 1972 Majlis Bahasa Indonesia-Malaysia terbentuk
lalu menghasilkan pedoman umum ejaan bagi kedua-dua negara. Pada 24 Ogos
1981, Menteri Pelajaran Malaysia telah mengisytiharkan Daftar Ejaan Rumi
Bahasa Malaysia. • Secara ringkas, hasil penyeragaman ejaan BM yang
diusahakan kini mempunyai 25 konsonan yang terdiri daripada 20 huruf tunggal
dan lima huruf gabung. Enam fonem yang digunakan, iaitu [a], [i], [é ], [e], [o] dan
[u] dilambangkan dengan lima huruf vokal. Fonem e taling [é] dan e pepet [e]
dilambangkan dengan huruf vokal yang sama, iaitu huruf e. Peringkat
penyeragaman ini akan berlaku terus-menerus dan tidak akan tercapai dengan
segera. Namun, pemantauan, arahan dan pelaksanaannya di pelbagai peringkat
masyarakat perlu diusahakan, lebih-lebih lagi di peringkat sekolah. • Usaha-
usaha untuk menyeragamkan penggunaan BM bukan berhenti pada peringkat
penentuan vokal dan konsonan sahaja. Penyeragaman ini seterusnya
berlangsung pada semua peringkat tatabahasa daripada bunyi, huruf, morfem,
kata, peristilahan, ayat dan seterusnya penyerapan atau pinjaman kata atau
istilah bahasa asing. 8
9. (3) Pemodenan (modernization) • usaha pemodenan BM semakin giat apabila
Kerajaan Malaysia mengambil inisiatif menubuhkan Dewan Bahasa dan Pustaka
(DBP) pada tahun 1956 di Johor. • Bermula pada tahun 1957, DBP mula
mengatur rancangan memodenkan BM yang lebih banyak menjurus kepada
pembentukan istilah-istilah baharu sesuai dengan perkembangan zaman sains,
teknologi dan komunikasi maklumat. Kesan yang lebih ketara ialah di bidang
leksikal. • Cawangan Peristilahan Dewan Bahasa dan Pustaka telah diberikan
peranan yang sepenuhnya oleh Kerajaan Malaysia sebagai badan yang
mempergiat pembentukan dan pemantauan perkembangan istilah-istilah baharu.
• Dalam jangka masa sepuluh tahun, sebanyak 71,000 istilah dan rangkai kata
baharu telah dicipta, dan jumlah ini terus meningkat sebanyak 136,019 istilah
pada tahun 1973. Setentunya pada hari ini istilah yang berjaya dicipta semakin
bertambah. • Setentunya proses peminjaman ini menyesuaikan ejaan kata-kata
yang dipinjam itu berdasarkan sistem ejaan dan sebutan BM. 9
10. (4) Pemantapan (stabilization) • Pemantapan merupakan dimensi atau peringkat
teratas di dalam perancangan korpus bahasa. Oleh kerana BM bukan hanya
digunakan di Malaysia, maka proses pemantapan itu perlulah ditinjau sehingga
ke negara-negara luar yang menggunakannya, khususnya sebagai bahasa rasmi
dan pengantar ilmu di dalam pendidikan. Maka, selain Malaysia, pemantapan itu
perlu juga dilihat berdasarkan perkembangan BM di Indonesia dan Brunei
Darussalam sebagai ahli MABBIM. • Dalam Kongres Bahasa dan Persuratan BM
Ketiga (Abdullah Hassan, 2007: 619), beberapa keputusan tentang ejaan telah
diambil, antaranya: - Ejaan di Malaya dan Indonesia hendaklah disamakan atau
disatukan; - Peraturan ejaan hendaklah mudah, dan untuk ini maka sistem
fonemik diterima sebagai sistem yang lebih baik daripa sistem fonetik, dan satu
fonem hendaklah digambarkan dengan hanya satu tanda (huruf) saja; -
Pengejaan hendaklah tetap sekata mengikut kaedah yang satu dan semacam; -
Kata-kata daripada bahasa asing hendaklah disesuaikan dengan sistem fonologi
Melayu. 10
11. Penggunaan KP di pelbagai peringkat • Buku teks menengah 1: BM Menengah
Bawah Negara Brunei Darussalam Kini tumpuan berpindah kepada industri gas.
Gas asli mempunyai banyak kegunaan. Yang utama ialah sebagai bahan bakar
menggantikan minyak dan batu arang. Gas asli juga digunakan sebagai bahan
mentah dalam industri petrokimia yang menghasilkan plastik, bahan pencuci dan
baja. (Nik Safiah Karim, 1997: 160) • Buku teks menengah 2: BM Menengah
Bawah Negara Brunei Darussalam Setiap organisma memerlukan makanan
daripada bahan-bahan mentah untuk membina tisu dan sel baharu. Organisma
juga memerlukan tenaga untuk keperluan proses dan pertukaran kimia.
Binatang-binatang makan makanan untuk membina tisu dan mengeluarkan
tenaga. Tumbuh-tumbuhan pula memproses sumber makanannya bagi
keperluan tenaga untuk membesar. Proses ini disebut fotosentesis. (Nik Safiah
Karim, 1998: 144) 11
12. sambungan • Penggunaan KP di peringkat menengah 6: Pelajar menengah
enam yang memilih subjek BM akan berpeluang mempelajari komponen
terjemahan. Dalam komponen ini pelajar-pelajar akan diberikan teks bacaan BI
untuk diterjemahkan ke BM. Pengajaran penggunaan KP BI sudah tentu akan
dapat membantu mereka menghasilkan terjemahan yang baik. Perlu disedari
bahawa penggunaan perkataan dan istilah pinjaman dalam kegiatan
penterjemahan ada batas-batasnya. Penterjemah yang baik perlu menguasai
had dan panduan meminjam istilah (Ainon Mohd. dan Abdullah Hassan, 2006).
Hal ini memperkukuh saranan penulis agar komponen KP perlu segera diajarkan
di peringkat sekolah menengah. 12
13. sambungan • Bagi pelajar UBD yang mengikuti kursus-kursus yang berkaitan
dengan pendidikan BM, istilah-istilah berikut sering digunakan: Induksi set,
teknik, teori, metodologi, instrumen kajian, skop kajian, behaviurisme,
mentalisme, kognitif, skemata, prapenulisan, pascapenulisan, linguistik,
sosiolonguistik dan lain-lain. • Bagi pelajar universiti yang mengikuti kursus-
kursus berkaitan dengan pendidikan Kesusasteraan Melayu, istilah-istilah berikut
sering digunakan: Epilog, prolog, antifrasis, onomatopia, klasisisme, romantisme,
realisme, modenisme, pascamodenisme, kartunisme, kolonialisme, filologi,
sosiologi, psikologi, dialog, multilog, heterokosmos, klimaks, antiklimaks,
eksposisi, konfliks dan lain-lain. 13
14. sambungan • Mahasiswa yang mengikuti kursus-kursus pendidikan BM, KM dan
MIB juga disuguhkan dengan buku rujukan akademik tulisan tokoh-tokoh
terkenal, seperti PM Dr Hj Hashim, Profesor Emeritus Mohd Taib Osman, PM Dr.
Hj. Jaluddin, Prof. Dr. Hashim Awang, Prof. Emeritus Dato’ Dr. Hajah Nik Safiah
Karim, Awang Sariyan, prof. Dr. Abdul Hamid Mahmood, Prof. Emeritus Dr.
Abdullah Hassan, Prof. Emeritus Dr. Asmah Haji Omar, Kamaruddin, dan ramai
lagi. Semua tokoh yang sempat disebutkan ini tidak sunyi daripada
menggunakan kata-KP bahasa asing, khususnya BI. • Profesor Madya Dr. Hj.
Hashim Perlu diingat bahawa membentuk falsafah, dasar dan sistem pendidikan
bukanlah kerja ala kadar. Kerja itu harus mencerminkan nilai dan norma-norma
hidup bangsa di samping memberikan harapan kepada bangsa tentang
bagaimana menghadapi kehidupan, baik yang berbentuk sosial, ekonomi,
agama, politik dan hambatan- hambatan antarabangsa. Membuat dan
merancang falsafah, dasar dan sistem pendidikan negara wajarlah ditangani oleh
orang Brunei yang komited, pakar dan berpengalaman, jika tidak (survival)
negara bangsa (nation) tidak dapat dipertahankan, jauh sekali untuk mempunyai
kekuatan daya saing. (Haji Hashim Haji Hamid, Junjung Tinggi, 1993:108) 14
15. sambungan • Profesor Emeritus Mohd Taib Osman Untuk membuat
pertimbangan yang matang dan saksama, pembacaan perlu dilakukan. Jika
masyarakat Melayu benar-benar ingin maju, mereka harus membiasakan diri
dengan membaca dan menimba pemikiran daripada penerbitan serius, seperti
buku yang diperkatakan di sini. Menurut laporan akhbar, buku picisan yang
menangguk di air keruh kerana kegawatan politik yang melanda orang Melayu,
sangat laris dijual pada perhimpunan agung khas Umno, baru-baru ini. Kalau
inilah pilihan pembacaan masyarakat Melayu, gemar pada sensasi, yang
kebenarannya belum diketahui hujung pangkalnya; didorong oleh nafsu-nafsu
penulis dedalu yang bertujuan mengaut keuntungan dan kepentingan diri, maka
di situlah duduk darjah pemikiran mereka. Walhal dalam dewan persidangan,
pemimpin berapi-api mengajak orang Melayu menjadi bangsa moden, tetapi apa
yang ditunjukkan oleh laporan akhbar tadi akan menjadi sebaliknya. (Mohd Taib
Osman, 2004:171- 17) 15
16. Kesalahan penggunaan KP • Kajian Hjh. Masnordina Binti Haji Jainuddin (2006):
Secara imlak, pengkaji telah menguji sampel untuk mengeja KP sebanyak 40
patah perkataan yang biasa mereka gunakan atau dengar sehari-hari. Antara
dapatan kajian tersebut adalah seperti berikut. • Bagi prinsip ‘oo’ (BI) menjadi ‘u’
(BM) dalam perkataan ‘cartoon’, sejumlah 46.7% sampel melakukan kesalahan
ejaan. Perkataan tersebut seharusnya dieja ‘kartun’. • Bagi prinsip ‘c’ (BI)
menjadi ‘k’ (BM) dalam perkataan ‘comic’, sejumlah 68.3% sampel melakukan
kesalahan ejaan. Perkataan tersebut seharusnya dieja ‘komik’. • Bagi prinsip ‘ck’
(BI) menjadi ‘k’ (BM) dalam perkataan ‘subject’, sejumlah 60% sampel
melakukan kesalahan ejaan. Perkataan tersebut seharusnya dieja ‘subjek’. 16
17. sambungan • Bagi prinsip ‘x’ (BI) menjadi ‘ks’ (BM) dalam perkataan ‘taxi’,
sejumlah 28.3% sampel melakukan kesalahan ejaan. Perkataan tersebut
seharusnya dieja ‘teksi’. • Bagi prinsip ‘ve’ (BI) menjadi ‘f’ (BM) dalam perkataan
‘positive’, sejumlah 53.3% sampel melakukan kesalahan ejaan. Perkataan
tersebut seharusnya dieja ‘positif’. • Bagi prinsip ‘sh’ (BI) menjadi ‘sy’ (BM) dalam
perkataan ‘shampoo’, sejumlah 88.3% sampel melakukan kesalahan ejaan.
Perkataan tersebut seharusnya dieja ‘syampu’. • Bagi prinsip ‘g’ (BI) menjadi ‘j’
(BM) dalam perkataan ‘sausage’, sejumlah 80% sampel melakukan kesalahan
ejaan. Perkataan tersebut seharusnya dieja ‘sosej’. • Bagi prinsip ‘konsonan
gandaan’ (BI) menjadi ‘konsonan tunggal’ (BM) dalam perkataan ‘battery’,
sejumlah 60% sampel melakukan kesalahan ejaan. Perkataan tersebut
seharusnya dieja ‘bateri’. 17
18. Kesalahan KP di universiti • kertas-kertas jawapan peperiksaan semester I, 2006
bagi pelajar tahun 2 dan tahun 3 yang mengikuti kursus PL2220 Pengajaran
Tatabahasa Pedagogi BM dan PL3232 Pengajaran Penulisan di IPSHB, UBD:
Mikanisma: sepatutnya ‘mekanisme’: Berbeza daripada teori tradisional, teori ini
mengutamakan pengajaran lisan daripada penulisan. Ahli teori ini mengatakan
bahasa merupakan mikanisma yang boleh dihasilkan melalui kaedah
membentuk kebiasaan. (pelajar tahun 2, UBD) Sosialogi: sepatutnya ‘sosiologi’
Pengajaran tatabahasa adalah merupakan satu tugas amali yang menggunakan
disiplin-disiplin linguistik seperti ilmu linguistik, psikologi dan sosialogi. (pelajar
tahun 2, UBD) 18
19. sambungan Fleksible, flexibal: sepatutnya ‘fleksibel’ Pertama ialah pelajar
mampu menggunakan sistem bahasa secara spontan dan fleksible bagi
menggambarkan fikiran, perasaan dan keadaan yang bersesuaian mengikut
konteks, situasi dan tujuan tertentu. (pelajar tahun 2, UBD) Pelajar berkebolehan
menggunakan sistem bahasa secara spontan, flexibal utk mengambarkan fikiran,
perasaan dan keadaan yg sesuai mgikut konteks, situasi dan tujuan tertentu.
(pelajar tahun 2, UBD) Exstensif: sepatutnya ‘ekstensif’ ... penglibatan intensif
dan exstensif pelajar dalam interaksi lisan adalah penting ... (pelajar tahun 2,
UBD) 19
20. sambungan Aktibiti: sepatutnya ‘aktiviti’ Aktibiti2 yang memberi peluang pelajar
terlibat seperti penyelesaian masalah adalah sesuai dijalankan... (pelajar tahun
2, UBD) Grammatis: sepatutnya ‘gramatis’ Morfem ialah unit tatabahasa yang
terkecil yang bermakna dan berfungsi grammatis atau menjalankan tugas nahu.
(pelajar tahun 2, UBD) Mood: sepatutnya ‘mod’ Minat pelajar boleh membantu
merealisasikan aktibiti pengajaran dan pembelajaran berkesan dan sempurna
dijalankan kerana ini mempengaruihi mood atau perasaan mereka. (pelajar
tahun 2, UBD) 20
21. sambungan Professional: sepatutnya ‘profesional’ Mereka berpendapat bahawa,
pelajar hanya dianggap sebagai professional jika mereka: Mereka memahami
dan menguasai struktur dan sistem bahasa yang dipelajari dan tahu cara
menggunakannya. (pelajar tahun 2, UBD) Analysis: sepatutnya ‘analisis’
Pengaruh teori ini masih lagi digunakan untuk dijadikan rujukan terhadap
pengajaran dan pembelajaran tatabahasa, mengenai analysis perkataan. (pelajar
tahun 2, UBD) 21
22. sambungan • Komplement: sepatutnya ‘komplemen’ • Behaviourisma:
sepatutnya ‘bahaviurisme’ • Para linguistik: sepatutnya ‘paralinguistik’ • Formel:
sepatutnya ‘formal’ • Negetif: sepatutnya ‘negatif’ • Sinario: sepatutnya ‘senario’ •
Chancellor: sepatutynya ‘canselor’ • Musik: sepatutnya ‘muzik’ • Di’photostate’:
sepatutnya difotostat atau difotokopi • Otamatis: sepatutnya ‘automatik’ •
Stalistik: sepatutnya ‘stilistik’ • Modal: sepatutnya ‘model’ • Terdapat pula
kesalahan imbuhan awalan pinjaman seperti ‘pra penulisan’ dan pra-penulisan’
yang sepatutnya dieja ‘prapenulisan’. Begitu juga halnya ‘pasca penulisan’ dan
‘pasca-penulisan’ yang sepatutnya dieja ‘Pascapenulisan’. 22
23. Syarat penyerapan atau pinjaman kata BI Dalam pengajaran, guru perlu
menjelaskan penyerapan atau pinjaman kata atau istilah BI perlulah berdasarkan
syarat tertentu. Kita hanya meminjam kata atau istilah BI jika (Pedoman umum
pembetukan istilah bahasa Melayu, 2006: 2-3): • Istilah asing yang akan diserap
memperlihatkan mudahnya pemindahan timbal balik (intertransferability) antara
istilah asing itu dengan istilah Melayu mengingat keperluan pemindahan ilmu
pengetahuan. • Istilah asing yang akan diserap mempermudah pemahaman teks
asing oleh pembaca kerana memberi ciri transparensi teks. • Istilah asing yang
akan diserap lebih ringkas jika dibandingkan dengan terjemahan Melayunya. •
Istilah asing yang akan diserap mempermudah kesepakatan antara pakar jika
padanan terjemahannya terlalu banyak sinonimnya. • Istilah asing yang akan
diserap lebih sesuai dan tepat kerana tidak mengandungi konotasi buruk. 23
24. Panduan penyerapan atau peminjaman • Guru mestilah mengajarkan panduan
untuk menyesuaikan ejaan kata atau istilah BI yang dipinjam berdasarkan aturan
ejaan BM. Panduan yang boleh digunakan, antaranya buku Pedoman Umum
Pembetukan Istilah bahasa Melayu (1990 dan 2006), Daftar kata bahasa Melayu,
Jilid I dan II (2004) dan Menguasai bahasa Melayu Tinggi (2001). • Untuk
pengajaran di peringkat sekolah, tiga kaedah yang mudah boleh digunakan, iaitu
penyerapan dengan penyesuaian ejaan; penyerapan tanpa penyesuaian ejaan;
dan penyesuaian imbuhan. 24
25. Penyerapan dengan penyesuaian ejaan • Penyesuaian ejaan boleh dibahagikan
kepada dua, iaitu penyesuaian vokal dan penyesuaian konsonan. Cara ini
mampu memperlihatkan perubahan vokal yang berlaku daripada kata atau istilah
asing kepada kata atau istilah BM. 25
26. Penyesuaian vokal • aa tetap aa bazaar (bazaar) • ae tetap ae aedes (aedes) •
ae jadi e estetika (aesthetics), ensikloedia (encyclopaedia) • ae jadi a larva
(larvae) • ai tetap ai trailer (trailer) • ai jadi e rel (rail), kapten (kaptain) • au tetap
au automatik (automatic), auditorium (auditorium) • e tetap e efektif (effective) •
ea tetap ea idealis (idealist), gear (gear) • ea jadi i gris (grease), rim (ream) 26
27. sambungan • ee jadi i jip (jeep), cimpanzi (chimpanzee) • ei tetap ei ateis
(atheist), protein (protein) • eo tetap eo stereo (stereo), geometri (geometry) • eu
tetap eu neutral (neutral), petroleum (petroleum), neutron (neutron) • ia tetap ia
dialek (dialect) • ie tetap ie diesel (diesel) • ie jadi i kalori (calorie) • ie jadi ai pai
(pie) • io tetap io ion (ion), studio (studio) • iu tetap iu premium (premium),
stadium (stadium) 27
28. sambungan • o tetap o sektor (sector), canselor (chancellor) • oa jadi o kadbod
(cardboard), kot (coat) • oo jadi u monsun (monsoon), rakun (raccoon), kartun
(cartoon) • oo tetap oo zoologi (zoology) • ou jadi u jurnal (journal), serius
(serious) kupon (coupon) • ou jadi au akauntan (accountant), paun (pound),
kaunter (counter) • u tetap u unit (unit) • ua tetap ua akuarium (aquarium) • ue
digugurkan katalog (catalogue), dialog (dialogue), teknik (technique) • uu jadi u
kontinum (continuum), vakum (vacuum) 28
29. Penyesuaian konsonan • c jadi k karbon (carbon), klasik (classic), korpus
(corpus) • c jadi s sen (cent), silinder (cylinder) • cc jadi k akomodasi
(accomodation), akumulasi (accumulation) • cc jadi ks aksen (accent), vaksin
(vaccin) • ch, cch jadi k karisma (charisma), kolera (cholera), teknik (technique) •
ch jadi s mesin (machine) • f tetap f faktor (factor), infastruktur (infrastructure) • g
tetap g generator (generator), tragedi (tragedy) • ph jadi f fosforus (phosphorus),
fizik (physics), fotostat (photostat), amfibia (amphibian), atmosfera (atmosphere),
fotograf (photograph) •q jadi k kuiz (quiz), akuarium (aquarium), frekuensi
(frequency) 29
30. sambungan • rh jadi r retorik (rhetoric), retma (rhythm) • sc jadi sk skor (score),
skuter (scooter), skrip (script) • sc jadi s senario (scenario) • sch jadi sk skim atau
skema (scheme) • th jadi t teater (theater), teologi (theology), teori (theory) • v
tetap v novel (novel), universiti (university), vitamin (vitamin) • x tetap x xenon
(xenon) • x jadi ks ekstra (extra), teksi (taxi), ekspedisi (expedition), eksperimen
(experiment), ekspo (expo), eksport (export), ekspres (express), indeks (index),
kompleks (complex) • y jadi i enzim (enzyme), fizik (physics), karbohidrat
(carbohydrate)akademi (academy), aktiviti (activity), ekonomi (economy) 30
31. Penyerapan tanpa penyesuaian ejaan Kaedah ini boleh digunakan supaya
pelajar dapat mengenal pasti kata atau istilah yang tidak mengalami perubahan
ejaan. Perkataan yang termasuk dalam kumpulan ini tidak begitu banyak,
antaranya aerosal, bank, deposit, protein, kafein, internet, multimedia, novel,
agenda, propaganda, sonar, solar, molar, memorandum, referendum, vitamin,
dan lain-lain. 31
32. Penyesuaian Imbuhan • Imbuhan awalan abstrak (abstract). 3. abs- tetap abs-
anafora (anaphora). 4. ana- tetap ana- anteseden (antecedent). 5. ante- tetap
ante- antibiotik (antibiotic). 6. anti- tetap anti- biologi (biology), biografi
(biography), 7. bio- tetap bio- bioteknologi (biotechnology), biokimia
(biochemical). koordinat (co-ordinate), kokurikulum (co- 8. co- jadi ko-
curriculum). ekologi (ecology), ekospesies (ecospecies). 9. eco- jadi eko-
geografi (geography), geologi (geology). 10. geo- tetap geo- 32
33. sambungan • Imbuhan akhiran variabel (variable), kapabel (capable), 3. -able,
-ble jadi -bel fleksibel (flexible), kabel (cable). artifak (artefact), maniak (maniac).
4. -ac jadi -ak demokrasi (democracy), farmasi 5. -acy, -cy jadi -asi, -si
(pharmacy) polisi (policy). pakej (package), sosej (sausage), mesej 6. -age jadi
-ej (message). kolaj (collage), kabotaj (cabotage), garaj 7. -age jadi -aj (garage),
sabotaj (sabotage). ambulans (ambulance), insurans 8. -ance, -ence- jadi -ans,
-ens (insurance). akauntan (accountant), informan 9. –ant jadi -an (informant),
dominan (dominant). kalendar (calendar), oskar (oscar). 10. -ar tetap -ar anarki
(anarchy), oligarki (olgarchy), 11. -archy jadi -arki monarki (monarchy).
protoplasma (protoplasm), mekanisma 12. -sm jadi -sma (mechanism), 33
34. Usaha DBP, KL dan Brunei Senarai perkataan di atas hanya sebahagian kecil
bentuk peristilahan yang telah ditetapkan oleh MABBIM. Istilah-istilah yang
dipersetujui telah berjaya dibukukan oleh DBP, Malaysia, antaranya Perjawatan
dan Jabatan (1960); Pentadbiran (1961); Ekonomi (1965); Pendidikan (1966);
Geografi (1967); Biologi, Perhutanan, Pertanian, Fizik, Matematik dan Kimia
(1968); Kejuruteraan (1970) dan lain-lain (Abdullah Hassan, 1993). DBP Negara
Brunei Darussalam juga tidak ketinggalan dalam usaha ini. Menurut senarai buku
terbitan DBP Brunei Darussalam, sehingga tahun 2006, telah diterbitkan
sejumlah 111 buah buku istilah mengikut bidang-bidang tertentu, antaranya yang
boleh dimanfaat bagi pengajaran dan pembelajaran di sekolah ialah Istilah Asas
Sains Komputer, Istilah Ekonomi Industri, Istilah Kesusasteraan, Istilah Kimia
Permakanan, Istilah Penternakan, Istilah Perbankan, Istilah Perhutanan, Istilah
Perikanan, Istilah Perubatan, Istilah Sosiologi, Istilah Teknologi Maklumat dan
lain-lain. 34
35. Rasional pengajaran KP Berdasarkan perbincangan di atas, berikut ini
dirumuskan rasionalnya pengajaran KP di sekolah-sekolah perlu diusahakan: •
KP digunakan oleh pelajar peringkat rendah dan menengah. • KP digunakan oleh
guru ketika mengajar. • KP digunakan dalam buku-buku teks BM. • KP digunakan
bagi komponen terjemahan BM di peringkat menengah enam. • KP digunakan di
institusi tinggi. • KP digunakan dalam buku hiburan. • KP digunakan dalam
akhbar. • KP digunakan dalam buku akademik. • KP digunakan dalam borang-
borang kerajaan dan swasta. • KP digunakan dalam media massa bertulis dan
elektronik. 35
36. Rumusan • Menurut Abdul Hamid Mahmood (2001) untuk menjadi bahasa ilmu,
BM perlu berperanan sebagai alat untuk menyampaikan ilmu pengetahuan
moden. Untuk mencapai taraf bahasa ilmu, BM perlu mempunyai dua ciri
penting, iaitu keintelektualan bahasa dan kesempurnaan bahasa. Namun, jika
keintelektualan dan kesempurnaan bahasa ini tidak dikuasai oleh pelajar dan
tidak digunakan di peringkat sekolah, usaha memodenkan BM akan menjadi sia-
sia. 36
37. sambungan • Awang Sariyan pernah menulis “Tidak ada kesangsian BM telah
memasuki era moden. Yang penting kita tanyakan kini bukan kemampuan BM,
tetapi kemampuan setiap orang daripada kita sebagai pendukungnya untuk
mengungkapkan fikiran dan perasaan dalam BM yang berwibawa.” (1996:83) 37
38. sambungan • Masyarakat perlu bersikap terbuka dan bersedia menerima proses-
proses perkembangan literasi bahasa melalui peminjaman istilah, penyesuaian
istilah bagi setiap bidang, penyerapan kata-kata daerah dan sebagainya. Dengan
usaha seperti ini, kita sebagai masyarakat moden tidak akan kikuk untuk
berbicara dan beraksi dalam bidang-bidang moden, seperti sains, teknologi,
sistem maklumat, ekonomi, undang-undang, perubatan, perdagangan, pasaran
saham dan sebagainya (Mahzan Arshad, 2003). 38
39. Cadangan kajian lanjut Sebelum KP diserapkan atau diajarkan sebagai salah
satu komponen dalam sukatan pelajaran BM di sekolah, beberapa kajian perlu
dilaksanakan dari segi: • peringkat penyerapan: sesuaikah KP diajarkan di
peringkat rendah?; • teknik pengajaran; • aktiviti yang sesuai dijalankan; •
pendekatan dan kaedah pengajaran; • aspek-aspek KP yang perlu ditekankan; •
konteks pengajaran dan pembelajaran yang sesuai; • bahan bacaan, buku
rujukan dan buku teks; • alat bantu mengajar; • hubungan KP dengan kemahiran
berbahasa yang lain; • kesediaan guru dan pelajar menerima komponen KP; dan
banyak lagi. 39

You might also like