P. 1
Huraian Aqidah Ajaran Sesat

Huraian Aqidah Ajaran Sesat

|Views: 1,739|Likes:
Published by matnorqq

More info:

Published by: matnorqq on Apr 12, 2009
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOC, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

11/17/2011

pdf

text

original

PANDUAN UNTUK MENGENAL PASTI AJARAN SESAT DAN PENGAMAL-PENGAMAL AJARAN SESAT DALAM BENTUK PERSEORANGAN ATAU

PERTUBUHAN

BAB 1
Maksud Ajaran Sesat Ilmu dan amal yang menyesatkan aqidah, syariat dan akhlak seseorang muslim lagi mukmin melalui lidah, anggota dan hatinya di semua tempat, waktu dan masa dikala itu jadilah orang itu, 1. Murtad 2. Munafik 3. Zalim 4. Fasik dan lain-lain istilah yang diringkaskan dalam kata “kufur dan maksiat”. Bagi setiap orang Islam, apabila disebut sesat ertinya Aqidah, Syariat dan Akhlak seseorang muslim lagi mukmin itu sudah batal melalui salah satu daripada tiga perkara atau dua daripada tiga perkara atau ketiga-tiganya sekali serentak, bukan di tempat mengajar atau belajar agama dan dengan sengaja iaitu melalui 1. perkataan 2. perbuatan 3. qosod hati Dosa jadi murtad dan dosa segala kerja buat semasa di dalam murtad tidak diampun oleh Allah s.w.t. dengan hanya kembali semula kepada agama Islam melalui ucapan dua kalimah syahadah, melainkan hendaklah disertakan dengan taubat nasoha yang sebenar-benarnya.

1

1. Sesat Melalui Perkataan Iaitu segala ucapan kata dengan kalimah-kalimah atau ayat yang memberi faham di mana kalimah-kalimah atau ayat yang diucapkan itu tersasar daripada qowaid syari’yah. Perkara sebegini berlaku ketika bercakap biasa, ketika marah, ketika bergurau senda dan lain-lain. Ianya terdapat juga dalam bentuk jampi serapah mentera yang diamalkan oleh orang-orang fasik dan jahil yang diambil daripada orang-orang kafir, munafik, zalim, fasik yang dikenali dengan nama Kahin, Arrof, Munajjim atau Sami-sami, Padri-padri atau Rahib-rahib. Peringatan Segala rupa bentuk kalimah atau ayat-ayat atau jampi-jampi daripada ulama-ulama Islam yang ahli pada babnya walau di dalam apa bahasa sekali pun tidak termasuk di dalam bab tersebut. 2. Sesat Melalui Perbuatan Perlakuan atau perbuatan seseorang muslim itu menyerupai sama seperti orang-orang kafir dalam ubudiahnya dan dalam hidup hariannya melanggar segala hukum syarak samada wajib atau haram dengan sengaja. 3. Sesat Melalui Hati Qosod dan Iradat jahat yang timbul di dalam hati yang tersasar daripada qowaid syari’yah yang hanya pelaku itu sahaja yang tahu. Sesat syariat semata-mata yang tidak ada hubung kait dengan aqidah hanya menyebabkan dosa besar. Begitu juga sesat akhlak semata-mata yang tidak ada hubung kait dengan aqidah, hanya menyebabkan tidak ada pahala sesuatu kebaikan yang diamalkan. Menjadi tanggungjawab sebagai wajib fardhu ain setiap muslim mencegah dirinya daripada jatuh ke dalam sesat aqidah, syariat dan akhlak yang jadi murtad.

2

 Menjadi tanggungjawab suami mencegah isterinya daripada menjadi murtad.  Menjadi tanggungjawab setiap ibubapa mencegah anak-anaknya menjadi
murtad.

 Menjadi tanggungjawab setiap wali-wali (penguasa-penguasa yang beragama
islam) mencegah orang-orang muslim di bawah jagaannya daripada menjadi murtad.

 Menjadi tanggungjawab pemerintah-pemerintah Islam mencegah rakyatnya
yang beragama Islam daripada menjadi murtad dengan mengujudkan suatu undang-undang Riddah ke atas rakyatnya. Umat Nabi Musa Kalimullah a.s. berpecah 71 puak. Manakala 70 puak berada dalam sesat aqidah, syariat dan akhlak yang jadi murtad. Hanya satu puak sahaja yang jadi mukmin lagi muslim. Umat Nabi Isa Ruhullah a.s. berpecah kepada 72 puak. Manakala 71 puak berada dalam sesat aqidah, syariat dan akhlak yang jadi murtad. Hanya satu puak sahaja yang kekal dalam mukmin lagi muslim. Umat Nabi Muhammad s.a.w. berpecah kepada 73 puak. Manakala 72 puak berada dalam sesat aqidah, syariat dan akhlak yang jadi murtad. Hanya satu puak sahaja yang kekal dalam mukmin lagi muslim. Puak Ahlus Sunnah Wal Jamaah dalam aqidah, syariat dan akhlak pada masa ini ialah :i. Dalam aqidah itu berada di dalam aliran Abu Hassan Asya’ari dan Abu Mansur Maturidi. ii. Dalam syariat iaitu mazhab Ahlus Sunnah Wal Jamaah dalam aliran a. Imam Syafie b. Imam Maliki c. Imam Hambali d. Imam Hanafi iii. Dalam akhlak iaitu mazhab Ahlus Sunnah Wal Jamaah dalam aliran Junaid Al-Baghdadi, Al-Qusyairi, Al-Ghazali, Asy-Sya’rani dan ulamaulama muktabar seumpama mereka itu. 3

(A) 72 PUAK YANG SESAT AQIDAH ITU IALAH :

KAUM RAFIDHIYAH - 12 PUAK Antara I’tiqad mereka: a. Bahawa Saidina Ali turun dari langit atas rupa awan ketuhanan lalu berupa manusia maka dilakukanlah beberapa pekerjaan yang dibangsakan kepada ketuhanan. Setelah itu naik pula ke langit . b. Bahawa Saidina Ali itu nabi; Jibril tersalah membawa wahyu kepada Nabi Muhammad s.a.w. c. Bahawa Saidina Ali dan Nabi Muhammad s.a.w. bersyarikat dalam pekerjaan Nubuwah. d. Bahawa jawatan khalifah itu hanya khusus kepada Saidina Ali. Adapun Abu Bakar , Umar dan Osman r.a. sentiasa berada dalam kafir apabila menerima dan memegang jawatan khalifah Rasullah. Mereka menyumpah sahabat-sahabat agung Rasulullah dan lain-lain sahabat yang tiada seketurunan atau sebangsa dengan Saidina Ali. e. Apabila roh keluar daripada suatu jasad anak Adam maka masuk pula kepada jasad yang lain dengan nama dan rupa yang lain atau serupa. f. Bahawa Saidina Ali akan kembali hidup semula di akhir zaman sebelum qiamat, menghukum akan semua musuh-musuhnya dan tempatnya sekarang ini didalam awan. Guruh dan kilat itu suara cemetinya. g. Bahawa Allah s.w.t. terkadang-kadang zahir atas rupa manusia maka dinamai akan dia nabi atau Imam. Lalu mengajak manusia kepada ugama Islam yang lurus. Jikalau tiada demikian itu maka sesatlah semua makhluk . h. Bahawa zat Allah Ta’ala itu menjelma masuk dalam sesuatu dan sebati dengan dia.

4

KAUM JABARIAH – 12 PUAK Antara I’tiqad mereka; a. Iman dan taat dan kufur dan maksiat semata-mata daripada Allah. Tiada pada hamba ikhtiar usaha, teguh cita-cita dan rangkaian doa. b. Gugur taklif syarak daripada hamba. c. Buat baik tiada dapat kebajikan atau pahala, buat maksiat tiada dapat balasan jahat dan putus asa daripada rahmat Allah. d. Buat baik tiada dapat pahala, buat jahat tiada dapat siksa. e. Tafakur itu lebih baik daripada segala ibadat samada fardhu atau sunat. f. Sesiapa yang menjadi kekasih Allah dan bersih daripada hawa nafsu yang jahat dan ada ilmu tiada perlu lagi buat amal ibadat. g. Bahawa orang-orang kafir dan ahli-ahli maksiat tiada akan ditanya di akhirat kelak kerana segala-galanya itu Allah yang melepaskannya. h. Bahawa Allah tiada menyeksa segala hamba-hambanya, kalau Allah siksa juga maka Allah itu zalim. i. Allah meghidupkan segala kafir dan segala orang yang bersalah di dalam neraka, selepas itu dimatikan pula dan tiada hidup lagi selama-lamanya. j. Apabila Allah selesai menjadikan makhluk maka beristirehatlah ia. Dan tidak tiap-tiap suatu zahir pada waktunya yang ditetapkan itu dengan sendirinya dan putus hubungan dengan Allah. k. Apabila sampai kepada darjah kekasih Allah (wali Allah) yang tinggi gugurlah taklif syara’ hanya tafakkur semata-mata. l. Harta dunia bersyarikat di antara semua keturunan Adam dan Hawa dan halal mengambilnya tiada hak tegahan ahlinya. m. Apabila terasa di hati hendak melaksanakan sesuatu kebajikan atau kejahatan hendaklah segera mengerjakan akan dia kerana itu wahyu Allah yang dicampakkan di dalam hati. n. Barangsiapa belajar ilmu jadilah ia berada dalam syirik dan menegahkan daripadanya jadilah ia kafir.

5

o. Bahawa semua yang difardhu oleh Allah boleh buat jika rajin dan boleh tinggal jika malas. p. Segala perintah Allah itu hanya sekali sahaja tiada berulang-ulang. q. Hamba tiada mukallaf selain daripada iman dan kufur. r. Dipanggil mukmin hanya mengucap dua kalimah syahadah, menghilangkan dia jadi kafir tidak perlu lagi melaksanakan lebih daripada itu.

KAUM KHARIJIAH – 12 PUAK Antara I’tiqad mereka: a. Bahawa yang menjadikan kebaikan itu Allah dan menjadikan kejahatan itu hamba dan menghukum kafir akan orang Islam yang melakukan dosa besar. b. Bahawa zakat tiada fardhu. Boleh menghimpun harta sebanyak mana yang disukai walaupun dengan apa cara sekalipun , dan tiada harus memberi zakat kepada sesiapa pun kerana tiada tahu mukmin atau kafir. c. Allah mengampunkan dosa syirik jali, tidak perlu mengucap dua kalimah syahadah untuk kembali kepada Islam. d. Beriman dengan segala yang ghaib itu batal. e. Allah tiada menghukumkan makhluk dengan suatu hukum. f. Matahari, bulan dan bintang bukan makhluk Allah. g. Semua perempuan itu perhiasan bagi lelaki. Boleh wat’ei dahulu sebelum nikah. h. Saidina Ali itu kafir. i. Bahawa Abu Bakar, Umar r.a. itu sahaja mukmin. Tiada tahu lain daripada itu kafir atau mukmin.

6

KAUM QADARIAH – 12 PUAK Antara I’tiqad mereka : a. Segala usaha ikhtiar, teguh cita-cita dan rangkaian doa hamba memberi bekas dengan sendiri setelah Allah menjadikan ikhtiar usaha, teguh cita-cita dan rangkaian doa hamba. b. Syaitan itu serupa dengan Allah kerana tiada mempunyai ujud yang nyata. c. Menjadikan kejahatan itu syaitan jua dan menjadikan kebaikan itu Allah jua. d. Qada’ dan Qadar itu bukan daripada Allah. e. Beramal ibadat itu sia-sia kerana tiap-tiap baik dan jahat itu azali lagi. f. Tiada ada shurga, neraka, hisab, mizan dan belum lagi dijadikan Allah. g. Bahawa segala amal ibadat itu daripada hamba semata-mata tiada diketahui beroleh pahala atau seksa jika melaksana atau meninggal akan dia. h. Bahawa Allah tiada menjadikan syaitan kerana jika Allah menjadikan syaitan maka Allah juga menjadikan kekufuran maka sesungguhnya Allah itu berkehendak ujud kekufuran. i. Bahawa segala amal ibadat hamba itu makhluk Allah melainkan semata-mata iman dan kufur. j. Benci kepada ibadat fardhu dan suka kepada ibadat sunat dan sembahyang yang empat rakaat dijadikan dua rakaat sahaja. k. Segala kitab-kitab Allah yang turun dari langit tiada mansuh, wajib beramal dengan semua isi kandungannya. KAUM JAHMIAH – 12 PUAK Antara I’tiqad mereka : a. Asma Allah dan Sifat Allah itu makhluk. b. Zat Allah itu ujud pada tiap-tiap tempat atas wajah hulul dan ittihad, c. Orang yang mukmin yang a’si apabila masuk neraka tiada keluar selamalamanya. d. Isi neraka apabila jadi abu tiadalah lagi hidup. e. Mayat itu tiada merasai azab atau nikmat kecuali pada masa sakaratul-maut dan dalam kubur. f. Bahawa Zat Allah berdiri antara langit dan bumi. 7

g. Bahawa Nabi Muhammad hanya melihat Tuhan didalam dunia sahaja dan manusia yang lain pula melihat tuhan hanya di dalam akhirat sahaja. KAUM MURJI’AH - 12 PUAK Antara I’tiqad mereka : a. Selepas membicarakan rukun Iman tiada lagi yang difardhukan oleh Allah. b. Bahawa Allah menjadikan sekelian makhlukNya tetapi tiada menyuruh melaksanakan kejahatan dan tiada melarang meninggalkan kejahatan. c. Sesiapa mengucap Lailahaillallah maka bebas melakukan taat atau berbuat maksiat. d. Barang siapa mengesakan zat, sifat, asma’ dan af’al Allah maka tiada sekali-kali tersurat atasnya dosa besar. e. Bahawa Allah Ta’ala itu jauhar atau a’radh (sel atau nukleus). f. Sah sujud kepada matahari, bulan dan bintang atau makhluk yang lain seperti sujud kepada Allah. g. Iman itu ilmu, barang siapa tiada berilmu jadi kafir. h. Sesiapa yang tiada mengetahui amar dan nahi jadi kafir. i. Iman seseorang itu pada tiap-tiap tahun sentiasa berkurang tiada bertambah. j. Dirinya jadi mukmin jika dikehendaki Allah dan tiada jadi mukmin jika tiada dikehendaki Allah (syak atau zan atau waham) akan keimanan dirinya. k. Zat Allah serupa dengan manusia. l. Wajib dan sunat, haram dan makruh sama sahaja kerana kesemuanya titah perintah Allah. m. Zat Allah tiada bersifat dengan segala sifat ujudiah. n. Boleh mengikut perintah atau arahan syaitan atau jin samada Jin Islam atau kafir walaupun perintah melaksanakan segala yang haram.

8

(B) DUA PUAK YANG SESAT SYARIAT DALAM MAZHAB FIQH YANG EMPAT i) ii) Bida’ah dholalah karohah yang jadi fasik . Bida’ah dholalah haram yang jadi murtad. Golongan mereka ini iaitulah puak-puak yang sesat dalam aqidah dan tasauf. MAKSUD BIDA’AH BHOLALAH IAITU; Suatu penambahan atau pengurangan kepada asal hukum wajib, haram, sunat, makruh, harus tidak mengikut qowaid syariyah Qowaid syariyah i) ii) iii) iv) v) ulama dan qias. Syarat Sebab Mani’ Sah Batal

Dan tidak ada hubungkait dengan makna dan makni Al-Quran, hadis, ijmak

9

(c) TERJEBAK KEDALAM 13 PUAK TASAUF ( SUFI ) YANG SESAT 1.  KAUM MARJI’AH I’tiqadnya apabila sampai kepada darjah kekasih Allah, tidaklah kasih akan yang lain selain Allah. Terangkat taklif syara’ dan segala ibadat dan halal segala yang haram, segala yang difardhu boleh buat dan boleh tinggal. Puak-puak ini setengahnya sangat gemar bertelanjang tiada menutup aurat. Segala harta di dunia ini kepunyaan Tok Adam. Mereka anak-cucu Adam dan halal kesemuanya. 2.  3.  4.  KAUM AULIYA’IYAH I’tiqadnya apabila sampai kepada darjah wali terangkat segala taklif syarak dan wali lebih besar daripada Nabi. KAUM SYAMRAKHIYAH I’tiqadnya menghalalkan zina dan berpura-pura berlaku warak dikhalayak ramai. KAUM IBAHIYAH I’tiqadnya sanggup menahan diri daripada berbuat perkara-perkara mungkar dan juga tidak sanggup menyuruh manusia dengan kebajikan dan mereka juga menghalalkan zina. 5.  KAUM HALIYAH I’tiqadnya mereka menari-nari dan bertepuk tangan dan ada yang pengsan serta mereka sandarkan pekerjaan mereka itu kepada sunah Rasulullah yang perlu diikuti. 6.  KAUM HURIYAH I’tiqad mereka sama seperti kaum Haliyah, cuma mereka kata tatkala pengsan itu, “Datang kepada kami bidadari, maka kami jima’ akan dia. Apabila sedar daripada pengsan mereka pergi mandi junub. 7. KAUM WAQI’YAH

 I’tiqad mereka bahawa zat Allah dan segala sifat-Nya , asma-Nya dan af’al –
Nya tidak boleh dikenali. Hamba sama sekali tidak akan sampai kepada makrifatullah.

10

8.  9.  10. 

KAUM MUTAJAHILIYAH I’tiqad mereka tidak memakai pakaian-pakaian yang bersih, suka kepada pekerjaan yang jahat dan suka kepada perempuan dan zina. KAUM MUTAKASILIYAH I’tiqad mereka meninggalkan usaha ikhtiar, meminta kepada orang ramai dan memaksa-maksa orang ramai memberi zakat dan sedekah kepadanya. KAUM ILHAMIYAH I’tiqad mereka selalu mendapat ilham ketuhanan, meninggalkan mempelajari serta membaca Al-Quran, meninggalkan zikir dan segala selawat kerana Al-Quran itu menjadi hijab untuk sampai kepada makrifatullah. Mereka lebih suka mempelajari serta menghafal segala baitbait syair.

11. 

KAUM HULULIYAH I’tiqad mereka zat Allah menjelma di dalam diri manusia atau dalam juzukjuzuk daripada alam. Mengharuskan memandang kepada perempuanperempuan yang elok-elok dan lelaki-lelaki yang elok-elok rupa kerana disitu ada tajalli ketuhanan; suka bersuluk dan berzikir campur lelaki dan perempuan sambil memeluk cium yang elok pula kerana itu bekas tajalli ketuhanan jika dapat anak di dalam majlis itu, anak itu anak tajalli ketuhanan; semua amalan hanya berniat sahaja.

12. 

KAUM WUJUDIYAH Yang mulhid atau zindiq; I’tiqad mereka, diri mereka dan zat Allah sama jenis ujud dan ujudnya Allah itu bertempat dan bermasa serta boleh dilihat dengan mata kepala. Mereka hanya semata-mata membahaskan tentang keujudan zat Allah mengikut khayalan mereka sahaja.

13. 

KAUM MUJASSIMAH I’tiqad mereka zat Allah itu berjisim seperti manusia. PERINGATAN:Puak-puak ini ialah mereka-mereka yang sesat dalam aqidah, syariat dan

akhlak Islam dari kaca mata Ahlus Sunnah Wal Jamaah tetapi diri mereka itu,

11

tetap mereka mengaku betul dan benar mengikut agama Islam dalam semua kerja buat mereka. Asas seseorang itu menjadi kufur atau murtad dan bida’ah dholalah iaitu : 1. Jahil Murakab - Menerima dan beramal sesuatu yang baik dan jahat dengan tidak berbetulan sasarnya atau perkataan dan perbuatan seseorang itu tidak bertepatan dan tidak selari seperti asalnya samada dalam bab aqidah, syariat dan akhlak . 2. Jahil Basit - Berdegil atau keras hati didalam menerima ilmu dan amal yang baik sehingga diberitahu berita gembira atau takut sama sahaja, tidak ada apa-apa kesan atau tidak boleh menerima dan melaksanakan sesuatu yang betul di dalam bab aqidah, syariat dan akhlak, samada diajar atau ditegur. 3. Rabtul A’di - Berpegang teguh pada hukum adat dalam hidup dan kehidupan dengan menolak semua sekali hukum syarak dan hukum akal. HUKUM SYARAK : i. Wajib ii. Haram iii. Sunat iv. Makruh v. Harus Tiap-tiap satu hukum syarak itu ditentukan oleh lima (5) Hukum Taklif untuk membolehkan seseorang itu berada padanya : i. Syarat ii. iii. iv. v. Sebab Mani’ Sah Batal 12

Hukum Akal itu ialah : i. ii. iii. 4. Wajib Mustahil Harus

Taqlidur Rad’di - Ikut membabi buta tanpa merujuk kepada hukum syarak dan hukum akal serta kepada ulama-ulama yang faham dan beramal dengan ilmunya.

5.

Tahsinul Aqli - Mengikut kebijaksanaan pemikiran, menolak hujah Al-Quran, Hadis, Ijmak Ulama dan Qias dalam aqidah, syariat dan akhlak.

6.

Hululliah - Mengiktiqad zat Allah itu menjelma di dalam alam, menyerupai sesuatu daripada alam zahir dan batinnya. Umpama iktiqad Yahudi iaitu zat Allah menjelma dalam alam, menyerupai Nabi Allah Uzair a.s. - Iktiqad Kristian zat Allah menjelma dalam alam menyerupai Mariam dan Isa a.s.

7.

Tanasikhul Arwah - Mengiktiqad zat nabi-nabi, wali-wali dan malaikat menjelma masuk dalam diri seseorang dan orang yang mendapat penjelmaan itu boleh menzahirkan beberapa yang menyalahi kebiasaan bagi membukti kebenarannya.

Peringatan:Tidak ada dalam nas, hujah Al-Quran, Hadis, Ijmak Ulama dan Qias mengatakan roh nabi-nabi, wali-wali dan malaikat diizinkan oleh Allah menjelma masuk ke dalam diri seseorang, hanya yang ada roh jin dengan mempernamakan dirinya sebagai nabi, wali dan malaikat kerana menipu 13

daya manusia untuk terjun dalam sesat aqidah, syariat dan akhlak dalam Islam.

8.

Iktiqad Wahdatul Wujud - Mengiktiqad zat Allah menjelma pada mana-mana tempat dalam diri dan bersatu dengan roh sehingga di kala itu orang itu mengaku dirinya Tuhan. Meninggalkan segala amalan syariat, menghalalkan segala yang haram dan terangkat segala taklif syarak pada dirinya. Umpamanya nikah batin, sembahyang hanya dengan niat dan lainlain.

Peringatan :Maksud gugur taklif syarak pada istilah ahli sufi, ialah gugur taklif Syarak pada makam yang ia tinggalkan dan masuk melaksanakan taklif syarak pada pangkat dan tingkat dirinya berada, yang menuju sasarnya, baik, paling baik, agung baik, maha baik iaitu aqidah, syariat, akhlak Nabi Muhammad s.a.w zahir dan batinnya. 9. Menghuraikan Al-Quran, hadis dan kitab-kitab ulama dengan jahil kaedah bahasa Arab atau tidak memasuki mana-mana majlis pengajian atau tidak mengambil daripada mereka yang mahir bahasa Arab lagi a’lim serta beramal dengan ilmunya atau jahil qowaid syarak.

14

BAB 2
Tanda-tanda sesuatu amalan itu dan orang yang beramal itu berada dalam sesat aqidah, syariat dan akhlak di atas nama murtad, munafik, zalim, fasik itu ialah ilmu dan amal yang :1. Ada perjanjian yang disertakan dengan sumpah bagi memaksakan diri seseorang itu beramal dengan segala yang baik (wajib, sunat, harus) dan meninggalkan segala yang jahat (haram dan makruh). a. Mereka memansuhkan sama sekali 3 hukum syarak dengan sengaja iaitu : i. Hukum Sunat ii. Hukum Makruh iii. Hukum Harus b. Memberatkan ke atas diri 2 hukum syarak dengan sengaja iaitu : i. Hukum Wajib ii. Hukum Haram c. Menaikkan taraf : i. Hukum Sunat menjadi Wajib ii. Hukum Harus yang hampir kepada sunat menjadi wajib iii. Hukum Makruh menjadi haram iv. Hukum Harus yang hampir kepada Makruh menjadi haram d. Mubai’ah pula kepada orang yang fasik, munafik, zalim dalam ilmu dan amalnya. e. Tidak mengikut kaedah mubai’ah yang betul mengikut Qowaid Syariyah dalam bab syariat dan sufi (akhlak). 2. (a) Patuh pada perjanjian yang sama dengan hukum syarak (wajib, sunat, haram, makruh dan harus) bagi mendapat 15

sesuatu yang menyalahi kebiasaan. (b) Patuh pada perjanjian yang harus dalam hukum syarak bagi mendapat sesuatu yang menyalahi adat. (c) Patuh pada perjanjian yang haram dalam hukum syarak. Mendatangkan hukum syarak yang baru dengan memansuhkan hukum syarak yang asal kerana patuh dan taat dan ikut telunjuk khadam yang menjadi sahabat dalam semua kerja buatnya (menukar Ubudiahnya dalam ilmu dan amalnya daripada Ubudiah kepada Allah ke Ubudiah kepada khadam yang menjadi sahabatnya). Lihat huraian pada bab Istidraj, sihir, Ihanah dan Sya’wazah. 3. Jenis-jenis latihan yang ada sifat marah atau dimarahi bagi menzahirkan perkara-perkara yang menyalahi kebiasaan. - Menzahirkan rupa Tanasikhul Arwah iaitu penjelmaan rohani daripada jin ke dalam diri samada cara tersembunyi atau nyata yang disangka nabi atau wali atau malaikat. 4. Mengiktiqad segala wirid, jampi dan doa boleh menghasilkan sesuatu yang dihajati (berada dalam syak, zon dan waham) - Terjebak dalam iktiqad Jabariah, Qodariah dan Muktazilah. 5. Tidak tahu asal usulnya, paling kurang sampai kepada ulama-ulama muktabar yang dipercayai ilmu dan amalnya. - Mengambil ilmu dan amal i. Meniru ilmu dan amal tiada berguru. ii. Mengambil daripada dalam mimpi iii. Daripada buku-buku iv. Daripada mereka-mereka yang terputus salasilah dengan guru yang di atasnya atau orang jahil, zalim, munafik, fasik atau daripada orang-orang kafir, padri, rahib dan sami-sami.

16

BAB 3
PERKARA-PERKARA YANG MENYALAHI KEBIASAAN. Ada lapan jenis perkara mencarik adat yang Allah zahirkan di atas muka bumi, sebagai makhbul doa dan menunaikan hajat manusia. Empat perkara luar biasa yang dipuji :1. Irhas. 2. Mukjizat. 3. Karamah. 4. Maunah. Empat perkara luar biasa yang dibenci :1. Sihir peringkat tinggi yang menghampiri Karamah di namakan Istidraj. 2. Sihir peringkat pertengahan. 3. Sihir peringkat rendah yang dinamakan Ihanah. 4. Sihir peringkat bawah yang dinamakan Sya’wazah. Allah kategorikan manusia ke dalam dua golongan yang besar :1. Golongan yang maksum daripada dosa besar dan dosa kecil dari awalnya sehingga akhirnya dan sentiasa bertambah tinggi darjat iman, syariat dan akhlaknya di sisi Allah, mereka inilah golongan nabi-nabi dan rasulrasul Alaihimussola tuwassalam. 2. Mereka ini pula dikategorikan :a. Sayyed Ulul Azmi hanya Habibuhu, Abduhu Warasuluhu, Muhammad s.a.w sahaja. b. Empat Ulul Azmi iaitu :1. Saidina Nuh Najiyullah a.s 2. Saidina Ibrahim Khalilullah a.s 3. Saidina Musa Kalimullah a.s 17

4. Saidina Isa Ruhullah a.s Dua puluh orang baki Rasul-Rasul yang tersebut namanya di dalam Al-Quran. Dua ratus lapan puluh lapan baki Rasul-Rasul a.s Seratus dua puluh empat ribu ( 124,000 ) nabi-nabi a.s kata setengah ulama atau dua ratus empat puluh ribu ( 240,000 ) nabi-nabi a.s kata setengah ulama yang lain.

Golongan ini wajib di imani oleh setiap orang muslim lagi mukmin bahawa mereka itu maksum atau tidak disentuh oleh dosa besar dan kecil melalui lidah, anggota dan hati mereka itu selama-lamanya samada dalam bab aqidah, syariat dan akhlak. Pada diri mereka ini Allah zahirkan perkara-perkara luar biasa jenis baik yang dinamakan:-

a. Irhas – perkara yang mencarik adat yang Allah zahirkan kepada nabi-nabi pada masa kecil, sebagai tanda atau bukti ia akan diangkat oleh Allah menjadi Nabi atau Nabi lagi Rasul membawa risalah ketuhanan setelah ia dewasa.

b. Mukjizat – perkara luar biasa yang Allah zahirkan kepada Nabi dan Nabi-Nabi lagi Rasul yang membawa risalah ketuhanan untuk dirinya atau untuk disampaikan kepada manusia pada zamannya. Pangkat Iman, Islam dan Ihsan mereka ini sentiasa bertambah tinggi tiada pernah susut ke belakang sekali-kali.

18

BAB 4
Perkara-perkara luar biasa yang baik yang Allah zahirkan ke atas orang-orang muslim lagi mukmin :1. Dinamakan Maunah 2. Dinamakan Karamah Golongan manusia kedua, kelompok yang bukan nabi dan bukan nabi-nabi lagi rasul yang mana mereka ini terjebak ke dalam dosa besar dan dosa kecil yang diistilahkan sebagai :1. Kafir. 2. Munafik. 3. Fasik. 4. Zalim dan lain-lain. AHLI MAUNAH a. Mengambil ilmu dan amal daripada nabi-nabi dan rasul-rasul pada zamannya umpama sahabat-sahabat r.a. b. Mengambil ilmu dan amal daripada mereka-mereka yang mengambil ilmu dan amal daripada nabi-nabi dan rasul-rasul umpama tabi’in mengambil daripada sahabat. c. Mengambil ilmu dan amal daripada mereka-mereka yang mengambil ilmu dan amal daripada mereka-mereka yang mengambil ilmu dan amal daripada nabi nabi dan rasul-rasul umpama tabi’ tabi’in mengambil daripada tabi’in mengambil daripada sahabat, sahabat mengambil daripada rasul. d. Mereka-mereka yang mengambil ilmu dan amal daripada merekamereka………………… selagi tidak berlaku kiamat yang akhir mengambil daripada nabi-nabi dan rasul-rasul.

19

Kesemua mereka itu, melatih diri dengan ilmu dan amal itu dengan niat untuk berjihad dengan diri dan harta. a. Bagi menjaga maruah Agama Islam itu sendiri. b. Bagi menjaga maruah diri dan keturunan yang beragama Islam c. Harta. d. Negara (Tanah air) di mana kesemua latihan itu tujuannya keluar daripada dosa besar dan dosa kecil (Syirik Uluhiyah dan Syirik khafi) melalui lidah, anggota dan hati di semua tempat, waktu dan masa. Peringatan :Segala rupabentuk ilmu Fardhu Ain dan Fardhu Kifayah dan segala rupa bentuk amalan khusus daripada segala jenis wirid, segala jenis jampi, doa yang diambil daripada ulama-ulama yang ahli pada babnya yang ada salasilah dan wasilah kepada Rasulullah, sama ada daripada ayat Al-Quran, selawat, tasbih, istighfar, ahzab, asma ulhusna dan lain-lain, begitu juga segala rupa bentuk latihan pertahan diri walau di atas apa rupa bentuk tapak dan nama yang dinamakan latihan yang diamalkan oleh mereka-mereka ini dinamakan ajaran yang baik. Perkara-perkara mencarik adat yang Allah zahirkan pada diri zahir dan batin mereka ini dalam apa juga suasana dan keadaan, dinamakan Maunah dan Karamah. Suatu yang baik itu ialah sesuatu yang memantapkan aqidah, syariat dan akhlak ke arah baik, paling baik, agung baik, maha baik. Di kalangan kelompok orang-orang melayu muslim lagi mukmin, latihan pertahan diri yang dilatih oleh mereka ini dinamakan “silat” yang bererti “hubung kait” atau “kaitan” yang berasal daripada perkataan asalnya “Als-Sil Silati” atau “salasilah”. Nabi Muhammad pernah menjadi jaguh gusti menjatuhkan dua jaguh gusti arab jahiliah. Manusia-manusia yang kafir, munafik, zalim, fasik yang telah keluar daripada daerah kafir, munafik, zalim, fasik melalui lidah anggota dan hati, apabila masuk beramal atau melatih diri dengan ilmu dan amal yang mereka pelajari (mengikut kaedah yang tersebut di atas) dengan tujuan menuju atau terjun ke dalam baik, paling baik, agung baik, maha baik itu mestilah melalui, suasana-suasana seperti 20

berikut supaya cita-cita untuk berada di dalam baik, paling baik, agung baik, maha baik zahir dan batin itu berhasil dan menjadi kenyataan. A) Kerana rasa gerun, hebat kecut lesu dengan segala ancaman- ancaman seksa dan neraka yang dijanji oleh Allah ke atas orang-orang yang derhaka (kufur dan maksiat) semasa hidup di atas dunia, sehingga tidak ada masa dan ruang untuk melarikan diri, melindung diri dan tiada tempat untuk berlutut memohon pertolongan dan bantuan. Kumpulan ini diibaratkan seumpama anak umur 1 hari hingga 12 tahun dengan ayah dan ibunya. Dalam menerima dan melaksana segala perintah, untuk mengabdi diri zahir dan batin begitu juga nisbah kenal dirinya sebagai anak dan kenal ayah dan ibunya yang sebenar-benarnya, sebagai penjaga, pendidik, pemelihara, pentarbiah dirinya dalam hidup dan kehidupan. 1. Dikala itu, hendaklah melatih menzahirkan pada diri zahir dan batin perangai-perangai atau sifat-sifat baik iaitu : a. Segera taubat, keluar daripada segala bentuk salah dan dosa lidah, anggota dan hati dengan menyesal diatas kesalahan yang dilakukan. b. Keluar daripada kesalahan dan tempat salah kepada kebaikan dan ke tempat yang baik. c. Berazam tidak akan kembali mengulangi kesalahan itu atau kembali ke tempat salah itu selama-lamanya. Jika ada bersangkutan sesama manusia mesti memohon ampun maaf minta halal dunia akhirat dan bayar harga, jika menjadi kepayahan hendaklah pohon kepada Allah ampunkan segala dosanya, memberi kemaafan atau halal dan membayar harganya di akhirat kelak. 2. Sabar 3. Malu 4. Amanah 5. Benar (Sidiq) 6. Tawakal 7. Khauf 8. Zahid 21

9. Syukur 10. Redha 11. Habbah 12. Ikhlas dan lain-lain sifat terpuji paling kurang 50% ke 80% dan menghilangkan sifat-sifat jahat pada diri iaitu :a. Mengekali berada dalam dosa. b. Lekas marah c. Kianat d. Dusta e. Takabur f. Riak g. Ujub h. Suma’ah i. Tamak j. Kasihkan dunia untuk dunia k. Mengumpat l. Mengadu domba m. Kedekut n. Iri hati dan lain-lain perangai jahat paling kurang 50% ke 80%. Kesemua itu akan diperolehi :a. Melalui tarbiah dan didikan b. Keluar daripada cakap yang sia-sia c. Keluar daripada keluh kesah dunia untuk dunia d. Berlapar pada siang hari dengan berpuasa paling kurang Isnin – Khamis. e. Menghidupkan malam dengan ibadah-ibadah sunat. B) Kerana rasa rindu yang amat sangat dengan syurga dan segala nikmat-nikmat yang dijanjikan oleh Allah pada orang beriman dan beramal soleh (Iman dan taat) sehingga seolah-olah merasai nikmat syurga itu pada masa ini. Lebihlebih lagi pohon Allah kurniakan semasa hampir mati, semasa di Alam Barzah, semasa di Yaumil Mahsyar dan pohon Allah masukkan ke dalam syurga tanpa hisab. 22

Dikala itu hendaklah melipat gandakan, menghiaskan pada diri zahir dan batin dengan segala perangai yang baik sehingga mengjangkau 80% ke 100% dan membuang semua perangai jahat zahir dan batin sehingga mengjangkau 80% ke 100%. Kumpulan ini diibaratkan seumpama anak berumur 12 tahun – 18 tahun dengan ayah dan ibunya. Dalam menerima dan melaksana segala perintah, untuk mengabdi diri zahir dan batin begitu juga nisbah kenal dirinya sebagai anak dan kenal ayah dan ibunya, sebagai penjaga, pendidik, pemelihara, pentarbiah dirinya dalam hidup dan kehidupan. Untuk mencapai cita-cita ini antaranya hendaklah memaksa diri melazimkan perkara-perkara di bawah ini:1. Keluar daripada keluh kesah dunia untuk dunia. 2. Berjaga malam. 3. Berlapar pada siang hari (berpuasa). 4. Berhenti daripada berkata sia-sia. 5. Menghadiri majlis tarbiah dan taqlim. Dikala itu Allah akan menzahirkan perkara-perkara luar biasa melalui lidah, anggota dan hati mereka (A dan B) ini yang dinamakan Maunah. Ahli Karamah. Iaitulah golongan ahli Maunah yang sudah istiqomah melatih diri keluar daripada dosa besar dan dosa kecil melalui lidah, anggota dan hatinya di semua tempat waktu dan masa berada dan sudah sampai kepada tahap Makrifatullah yang hakiki di mana mereka sudah bersih zahir dan batin daripada segala sifat-sifat yang jahat sehingga melebihi 100% dan sentiasa menggandakan hias diri dengan sifat-sifat yang baik zahir dan batin seumpama yang ada pada diri zahir dan batin Nabi Muhammad s.a.w. Mereka inilah juga, dikenali sebagai pewaris nabi-nabi dalam bab ilmu dan amal sama ada aqidah, syariat dan akhlak, melalui lidah, anggota dan hati dan menjadi Uswatun Hasanah kepada manusia pada zamannya. Zahir mencarik adat pada mereka ini dinamakan Karamah. Bandingan mereka ini kalaulah nabi-nabi dan rasul-rasul itu Quran asli, mereka ini 23

diibaratkan Quran photostat yang pertama atau bandingan anak umur 18 tahun ke atas dengan ayah dan ibunya di mana pada bab ilmu dan makrifah akan dirinya sebagai anak dan dengan ayah dan ibunya sebagai ayah dan ibunya yang jati. Segala perintah dan arahan ayah dan ibunya itu dilaksanakan dengan penuh rela dan redha walaupun pada asalnya suatu paksaan yang mesti dipatuhi dan ditaati. Dikala itu sudah pastilah segala apa juga hak milik daripada ayah dan ibunya itu akan diwariskan kepada dirinya sahaja. Tidak kepada yang lainnya (anak yang derhaka).

Peringatan :Wasilah dan Rabitah dengan ahli-ahli yang baik, paling baik, agung baik, maha baik pada zahir dan batin (nabi-nabi, rasul-rasul dan Auliaillah Hisolihin). Sama ada mereka itu masih hidup atau yang sudah mati di atas makna Tabaruk (mengambil berkat) dan Taqarub (menghampiri diri) zahir dan batin dengan kemuliaan dan ketinggian darjah iman, syariat dan akhlak mereka itu zahir dan batin di sisi Allah, adalah menjadi suatu amalan yang baik, suatu dorongan, suatu keperluan yang amat dituntut untuk segera mencapai darjah Makrifatullah yang hakiki di sisi Allah dan untuk segera keluar daripada dosa besar dan dosa kecil (Syirik Uluhiyah dan Syirik Khafi atau kufur, maksiat) kepada iman dan taat, dan untuk segera menghias diri dengan aqidah, syariat dan akhlak-akhlak mulia zahir dan batin seumpama mereka itu dan untuk segera Ijabah atau makhbul doa, melalui penuturan atau gerak anggota atau qosad hati yang dinamakan Maunah dan Karamah peringkat tinggi. Terhindar sama sekali daripada bertaulan dan gangguan dengan segala rupa bentuk khadam yang bersyarat.

BAB 5

24

Perkara-perkara luar biasa yang menyesatkan aqidah, syariat dan akhlak seseorang muslim. Terdapat empat perkara luar biasa yang lazim nyata atau zahir pada diri manusia yang derhaka kepada Allah, sebagai makhbul doa dan ujian daripada Allah ke atas mereka itu, Perkara-perkara luar biasa itu dinamakan :1. Istidraj atau sihir peringkat tinggi yang menghampiri Maunah dan Karamah pada sekali imbas pandang. 2. Sihir peringkat pertengahan. 3. Sihir peringkat rendah yang dinamakan Ihanah atau silap mata. 4. Sya’wazah (sihir yang paling keji yang tidak menepati sasaran kehendak tuan punya sihir itu). Manakala golongan manusia yang terjebak di dalam perkara luar biasa yang salah lagi sesat ini, terbahagi kepada dua golongan :1. Golongan ulama dan orang-orang soleh yang pura-pura. 2. Golongan orang-orang kafir, munafik, zalim atau fasik. Lazimnya kedua-dua golongan ini mengambil ilmu dan amal daripada :1. Kitab-kitab. 2. Orang-orang yang terputus salasilahnya oleh sebab jahat adabnya dengan guru yang di atasnya. 3. Mengambil daripada dalam mimpi atau menyusun sendiri kalimahkalimah, ayat-ayat jampi serapah mentera yang terkeluar daripada Qowaid Syari’yah yang betul atau mengada-adakan segala rupa bentuk pemujaan yang kesemua itu tujuannya supaya disanjung, dipuja, dipuji, dihormati dan digelar :a. Bapak Guru, Ibu Guru, Maha Guru, Bapak Jaguh, Ibu Jaguh, Tok Jaguh, Nenek Jaguh, Maha Jaguh. b. Raja, Panglima, Hulubalang, Tok Pawang. c. Tok Bomoh, Tok Dukun, Tok Mudin, Mak Bidan dan Mak Andam dan lain-lain lagi.

25

Istidraj atau sihir yang menghampiri Maunah atau Karamah ini pada sekali imbas pandang akan berlaku ke atas diri ulama-ulama dan orang-orang soleh yang purapura, bila mana mereka mengambil ilmu dan amal :a. Daripada kitab-kitab. b. Mereka terputus salasilah dengan guru yang di atasnya oleh sebab jahat adabnya. c. Mengambil ilmu dan amal daripada guru-guru yang terputus salasilah ilmu dan amalnya dengan ulama-ulama muktabar yang di atasnya oleh sebab jahat adabnya. d. Mengambil ilmu dan amal daripada dalam mimpi, daripada pertapaan (Uzlah) atau daripada orang-orang yang bertapa yang tujuan itu seperti yang telah disebutkan. Ketika itu Allah akan menghantar jin-jin Islam yang soleh dan a’lim seumpamanya datang dalam mimpi atau jaga dengan mengaku diri nabi-nabi, wali-wali atau malaikat mengajar ilmu dan amal menolong dalam kerja buatnya. Kalau sebenarnya nabi-nabi, wali-wali atau malaikat itu datang kepadanya, nescaya Allah akan zahirkan ke atas dirinya seperti yang diisyarat atau diucapkan oleh nabi-nabi, wali-wali atau malaikat itu. Maksudnya diri orang itu zahir dan batin akan berada seperti yang diucapkan dengan izin Allah. Jika yang datang itu jin sama ada Islam atau kafir kepada ulama-ulama atau orang-orang soleh yang pura-pura dalam mimpi atau jaga maka dia mesti (tidak dapat tidak) akan menetapkan syarat kepada sahabatnya yang manusia itu untuk diterima sebagai taulan dan rakan yang beserta dalam semua kerja buat melalui lidah, anggota dan hati ialah, segala syarat yang sama dengan hukum syarak, bagi menyakinkan ulama-ulama dan orang-orang soleh itu, dengan apa yang dilaksanakan itu benar dan betul, mengikut hukum syarak, maka dikala itu nyatalah pada diri ulama atau orang soleh itu segala rupa bentuk yang menyalahi kebiasaan yang hampir sama dengan Maunah dan Karamah dan mula dari saat itu jugalah, ulama dan orang soleh itu telah mencampakkan dirinya ke dalam Syirik Uluhiyah (Murtad) dalam semua rupa bentuk amalan syariatnya, selagi mana ia patuh dan tunduk pada syarat-syarat tersebut. 26

Sebenarnya mereka itu telah pun terjebak atau dijebak ke dalam satu tipu daya dan pembohongan yang amat halus daripada jin yang memang kerjanya untuk menyesatkan aqidah, syariat dan akhlak anak cucu Adam yang soleh, kepada derhaka, paling derhaka, agung derhaka.

Istidraj atau sihir peringkat pertengahan
Golongan orang Islam yang fasik, zalim dan munafik mengambil ilmu dan amal daripada ulama-ulama dan orang-orang soleh yang bersahabat dengan jin yang patuh pada syarat yang sama dengan hukum syarak disebabkan musibah atau hal. Ulama-ulama dan orang-orang soleh itu akan meletakkan syarat yang sama seperti mana ia terima daripada sahabat jinnya kepada muridnya dengan dinamakan pula pantang larang. Apabila si murid mengaku menerima ilmu dan amal dengan segala syarat-syarat yang dinamakan pantang larang daripada ulamaulama dan orang-orang soleh itu, maka Syirik Uluhiyah (murtad) yang ada pada diri ulama-ulama dan orang-orang soleh itu turun pula pada si murid yang mengambil ilmu dan amal daripadanya, dikala itu si murid itu beramal dengan ilmu dan amal yang diambil daripada ulama-ulama dan orang-orang soleh tersebut dalam keadaan dirinya sudah berada dalam murtad (Syirik Uluhiyah dan Syirik Qofi seperti gurunya). Ketika itu si murid akan didatangi pula oleh jin-jin Islam yang fasik atau yang kafir dalam tidur atau jaga mengaku dirinya nabi-nabi, wali-wali atau malaikat dengan meletakkan syarat yang harus dalam hukum syarak untuk bersahabat dan berkawan dalam semua kerja buatnya antaranya :a. Syarat dalam bentuk makanan dan minuman seperti pulut putih, pulut kuning, ayam panggang, bubur-bubur berwarna, bertih jenis makanan atau berlauk-pauk yang berhidang (1, 3, 5 dan 7 hidang ke atas) jenis-jenis kuih-muih (1, 3, 5 dan 7 jenis ke atas) dan sebagainya.

27

b. c.

Dalam bentuk pakaian kuning, hijau, merah, cincin, azimat, tangkal, gelang, mahkota, selendang dan sebagainya. Alat-alat senjata seperti keris, tombak, pedang, lembing dan lain-lain atau ketiga-tiga syarat itu serentak atau dua daripada tiga syarat itu serentak.

28

Istidraj peringkat rendah atau sihir peringkat rendah (Ihanah)
Golongan orang-orang fasik, munafik dan kafir yang ingin menonjolkan kehebatan dan kebesaran. Mereka ini mengambil ilmu dan amal daripada orang yang sejenis dengannya daripada segala rupa bentuk jampi serapah dan mentera yang terpesong daripada kaedah syarak pada kalimah dan ayatnya atau mengadakan segala rupa bentuk upacara pemujaan yang diluar batas syarak. Ketika itu mereka akan didatangi jin-jin yang kafir samada di dalam mimpi atau jaga dengan segala syarat yang haram dalam hukum syarak, sebagai syarat untuk bersahabat dan bertaulan dalam semua kerja buatnya. Antara nama-nama gelaran jin yang terkenal dalam istilah orang-orang melayu ialah :-

 Hantu raya, Jin tanah, Polong, Mambang  Bajang, Pari-pari, Langsuir, Toyol, Pelesit  Hantu kubur, Jerangkung, Hantu galah  Tengelong, Harimau jadian, Hantu bungkus dan lain-lain
Yang seumpama dengannya akan datang bersahabat. Semua jenis jin itu dan lainlain jenis jin, keturunan atau bala tentera Azazil Laknatullah itu hanya nama yang diberi oleh orang-orang melayu. Di dalam Al-Quran Allah menyebut dengan nama Azazil, Afrit, Syaitan, dan waswasilkhannas dan lain-lain istilah.

(Sya’wazah)
Iaitu suatu perkara luar biasa yang Allah zahirkan ke atas manusia yang melampaui batas derhakanya, sehingga setiap permintaannya yang baik, tidak dimakhbulkan oleh Allah, bahkan diganti dengan perkara-perkara yang lebih jahat dan lebih memalukan dirinya kerana dia tidak memperolehi seperti yang dikehendakinya sebagai bukti kebetulannya atau kebenarannya di dalam ilmu dan amalnya. 29

Risiko yang akan diterima oleh empat (4) kelompok manusia yang bersahabat dengan jin.
1. 2. Mereka inilah dipanggil Kahin, Arrof atau Munajjim seperti yang disebut dalam hadis nabi S.A.W Mereka-mereka inilah juga sebagai penaja, pengamal, pengembang ajaran sesat yang terkutuk yang berada di dalam sesat aqidah, syariat dan akhlak dalam masyarakat setempat. Golongan inilah juga yang mempamerkan kepada manusia segala rupa bentuk kehebatan dan perkara-perkara luar biasa antaranya :a. Melalui latihan pertahan diri dinamakan “Gayung”. Ruqanah dan Aswadi ialah dua orang jaguh gusti arab Jahiliah yang berlawan gusti dengan nabi Muhammad s.a.w adalah contoh bagi kelompok ini. b. Perubatan tradisional yang melanggar kaedah syarak, Tukang tilik atau Tok nujum dan lain-lain yang seumpamanya seperti yang tersebut dahulu. c. Kebal, Makan kaca, Minum racun. d. Mandi minyak panas yang semata-mata mempamerkan kehebatan dan bukan tujuan perubatan. e. Segala rupa bentuk pukau memukau dan menurun. f. Segala rupa bentuk ilmu jurus, sihir menyihir sesama manusia. g. Segala rupa bentuk hilang diri dengan mengzahirkan diri menyerupai beberapa rupa jirim jauhar dan lain-lain kehebatan yang kesemuanya itu membabitkan jin samada jin Islam peringkat tinggi, peringkat rendah atau jin-jin yang kafir yang termasuk dalam kategori syak, zon, waham, khayal semata-mata.

30

Peringatan:Perkataan “gayung” yang tersebut di atas ialah satu kalimah yang lazim digunakan oleh orang-orang melayu sebelum Islam kepada segala rupa bentuk latihan pertahan diri, kemudian barulah latihan pertahan diri itu diberi nama dengan ditambahkan pada setiap perkataan “gayung” itu umpamanya GAYUNG HARIMAU, GAYUNG MONYET, GAYUNG KANCIL dan lain-lain lagi mengikut cita rasa pengasas-pengasasnya. Manakala segala rupa bentuk latihan pertahan diri itu lazimnya mereka mengambil atau bertaulan dengan jin sebagai sahabat dalam semua kerja buat melalui lidah, anggota dan hati di semua tempat, waktu dan masa. Iaitu :-

 Melalui pertapaan yang diluar kaedah syarak sufi Islam.  Melalui segala rupa bentuk pemujaan yang direka-reka dan diadaadakan yang terkeluar daripada kaedah yang diharuskan dalam syarak.

 Melalui segala rupa bentuk wirid, jampi, doa, ayat-ayat Quran atau
lain-lain doa dan jampi mentera yang tidak betul mengikut kaedah syarak, kerana di sana mereka telah pun dijeratkan ke dalam gaung sesat aqidah, syariat dan akhlak oleh khadam-khadam daripada jin Islam atau kafir dengan segala syarat-syarat seperti yang tersebut dahulu.

Segala rupa bentuk ilmu dan amal yang baik yang diamalkan oleh puak-puak ini tidak dinilai termasuk di dalam golongan ilmu dan amal yang baik yang menjuruskan kepada baik, paling baik, agung baik, maha baik. Sentiasalah mereka itu terjun ke dalam jahat, paling jahat, agung jahat, kerana mengikut telunjuk Azazil dan anak cucunya Laknatullah.

31

Bila mereka mati jin-jin yang menjadi sahabat mereka itu akan mendatangi anak cucu keturunannya, menyerupai dirinya dalam mimpi atau jaga menuntut supaya diteruskan syarat-syarat perjanjian yang sedia ada. Jika berdegil mereka akan dihujani dengan berbagai jenis rupa bentuk bala dan penyakit serta halangan dalam segala kerja buatnya. Tanda-tanda ada gangguan jin yang diistilahkan sebagai keturunan atau saka-baka dalam sesebuah keluarga itu antaranya :-

 Mandul (bukan sebab beradat seperti kemalangan yang teruk
jatuh yang kuat dan kuat bersukan).

 Sentiasa berlaku keguguran anak dalam kandungan.  Anak hilang dalam kandungan bila sampai umur enam bulan
keatas.

 Melahirkan anak yang cacat anggota atau fikiran atau keduaduanya sekali.

 Melahirkan anak yang buruk akhlak walaupun ulama besar kerana
ada pada dirinya sifat-sifat seperti di bawah ini :a. Lekas marah (panas baran) b. Iri hati c. Cemburu d. Jahat sangka e. Mimpi yang menyeronokkan yang jarang-jarang menjadi kenyataan. f. Menjelma masuk ke dalam dirinya mengaku wali, nabi atau malaikat dengan menzahirkan beberapa yang mencarik adat sebagai bukti kebenarannya.

 Mendatangkan perkara biasa melalui jalan yang luar biasa seperti
batu, cincin, duit emas, keris dan sebagainya. 32

Golongan yang tiga ini juga bertindak sebagai Kahin, Arrof atau Munajjim dengan melayan manusia–manusia yang datang memohon pertolongan daripada mereka dengan segala rupa bentuk ilmu sihir seperti menceraikan manusia yang berkasihkasihan, memisah anak dengan bapa, mendatangkan berbagai rupa bentuk penyakit yang dihajati disamping perkara-perkara yang baik.

Tanda-tanda seseorang atau keluarga itu terkena ilmu sihir atau disihirkan.
1. Suka bergaduh dan lekas naik darah panas sehingga bercerai-berai, pukul memukul dan sebagainya. 2. Hilang ceria diri dan rumah kediaman. 3. Sakit yang berlari-lari atau sakit di antara kulit dan isi yang tidak dapat dikesan oleh doktor pakar melalui kaedah saintifik. 4. Menjelma masuk ke dalam badan hingga lupa diri. 5. Mimpi yang menakutkan dan menzahirkan beberapa perkara yang merosakkan serta menakutkan seperti:

 Api menyala dengan sendiri.  Bunyi orang berjalan.  Menangis.  Bau-bauan, bunyi bising dan sebagainya.
Antara sebab-sebabnya ialah:

 Masalah perniagaan seperti berkedai, berjaja, kontraktor dan
sebagainya.

 Putus pertunangan.  Masalah pertunangan yang tidak ditunaikan.  Rebutan pangkat kedudukan dalam masyarakat.  Rebutan pangkat dalam swasta dan kerajaan.
33

 Rebutan harta pusaka.  Iri hati dengan jiran-jiran sebelah.  Cemburu, jahat sangka dan lain-lain yang seumpamanya.
BAB 6
Kejadian Jin. Perkatan jin

 Dari segi bahasa ialah suatu yang tersorok atau tersembunyi atau
terlindung.

 Dari segi istilah(maksud sebenar) ialah sejenis makhluk yang tersorok atau
tersembunyi di antara malaikat dan manusia, tidak ghaib betul seperti malaikat (tidak murni) tidak latiff tetapi boleh menyerupai dirinya sebagai murni dan tidak betul-betul ada roh serta berjisim seperti manusia, tetapi boleh menyerupai dirinya sebagai manusia ada roh dan berjisim, sebagai suatu tipu daya sahaja. Tidak diizin oleh Allah menyerupai rupa Nabi Muhammad s.a.w, dan tidak boleh mengaku dirinya sebagai Nabi Muhammad s.a.w. Untuk memudahkan faham dan sampai pemikiran orang awam, jin itu ialah laser yang tidak murni, kerana asal kejadiannya itu api Maarij dan angin Samuun yang suhu panasnya tidak boleh dinilai atau disukat dengan suhu panas dunia. Mafhum dari ayat Al- Quran; a. Maksud ayat 26-27 Surah Al-Hijr : “Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dari tanah liat kering kontang yang berasal dari lumpur hitam yang diberi bentuk dan Kami telah ciptakan jin sebelum itu sebelum (diciptakan manusia) dari api yang sangat panas” b. c. Maksud ayat 15 Surah Ar-Rahman : “Dia menciptakan Jan (Jin) dari nyala api (pucuk api yang bernyala-nyala) Maksud ayat 12 Surah Al-‘Araf : 34

“Engkau ciptakan aku (kata Iblis) dari api sedangkan Engkau ciptakan dia (Adam) dari tanah.

Dari Mafhum Hadis Nabi s.a.w. yang diriwayatkan oleh Imam Muslim r.a. maksudnya: “Malaikat diciptakan dari cahaya. Jan diciptakan dari lidah api sedangkan Adam diciptakan dari suatu yang telah disebutkan kepada kamu (tanah).” Keterangan “Al-Maarij” a. “Maarij” ertinya nyalaan api yang sangat kuat dan sangat panas suhunya atau “Al-Lahab” ertinya jilatan api yang sudah bercampur antara satu sama lain iaitu merah, hitam, kuning dan biru. (Sesetengah ulama mengatakan “Al-Maarij itu ialah api yang sangat terang yang memiliki suhu panas yang sangat tinggi sehingga bercampur antara merah, hitam, kuning dan biru.”) b. c. Al-Maarij – api yang bercampur warna. Al-Maarij sama maknanya dengan “As-Samuun” iaitu api yang tidak berasap yang sangat tinggi suhu panasnya. Sementara As-Samuun ialah angin yang paling tinggi suhu panasnya. Angin samuun yang telah sebati dengan AlMaarij itulah Allah jadikan Jan. d. Hadis riwayat daripada Ibnu Mas’ud bermaksud : “Angin Samuun ini hanyalah sebahagian daripada tujuh puluh bahagian dari angin yang sangat panas yang daripadanya Allah menjadikan Jan.” Maka dari api inilah Allah Maha Perkasa lagi Maha Berkehendak dan Maha Berkuasa menciptakan kejadian Jin, iaitu dari sel atau atom atau nukleas-nukleas api. Kemudian Allah masukkan roh atau nyawa padanya jadilah dia hidup seperti yang dikehendaki pula oleh Allah dan dari situ diberi izin oleh Allah menzahirkan berbagai-bagai bentuk dan rupa yang disukainya dan dikehendakinya kecuali rupa Rasulullah s.a.w. mengikut tahap dan kemampuan masing-masing; dan diarah menerima syariat agama Islam sepertimana diarahkan manusia menerimanya. 35

Bentuk rupa asalnya selepas dicipta dan ditiupkan rohnya itu hanyalah Allah dan Rasul-Nya sahaja yang mengetahuinya. Mengikut kata setengah ulama rupa, tabiat, kelakuan, perangai jin 80% ke 90% mirip kepada manusia. 10% ke 20% mirip kepada malaikat. NABI saw mengatakan, ‘Jin terbahagi kepada tiga kelompok. Sepertiganya mempunyai sayap yang boleh membuatkan mereka terbang di udara. Sepertiga lainnya berbentuk ular dan anjing dan sepertiga lainnya boleh beralih dari satu kelompok ke kelompok lainnya. CATATAN : Ditakhrij (dikeluarkan) oleh Al-Baihaqi dengan sanad sahih. Adapun redaksinya berbunyi sebagai berikut (terjemahannya) : “Dari Jabir Nafir, dari Abi Tsa’labah Al-Khuntsa ra, bahawasanya Rasulullah saw bersabda, (maksudnya) ‘Jin terbahagi dalam tiga kelompok’. “Kelompok pertama adalah jin yang mempunyai sayap dan dapat terbang di udara. Kelompok yang kedua terdiri dari jin yang berbentuk ular dan anjing, sedangkan kelompok ketiga adalah yang boleh berubah bentuk dirinya.” Dalam Al-Mustadrak, Al-Hakim meriwayatkan hadis yang senada dengan hadis yang diriwayatkan Al-Baihaqi. Tentang hadis ini, Al-Hakim mengatakan bahawa hadis tersebut sahih sanadnya, ditakhrijkan oleh Al-Bukhari dan Muslim dalam sahihnya. Menurut Adz-Dzahabi, hadis ini sahih. Hadis yang mirip dengan ia diriwayatkan dari Ibnu ‘Abbas dalam tafsirnya, yang bermaksud : “Jin terbahagi tiga kelompok. Kelompok pertama yang ada di udara. Kelompok kedua adalah jin yang boleh naik-turun kehendak hati mereka, sedangkan kelompok ketiga adalah jin yang berbentuk ular dan anjing.” Setiap kelompok dari ketiga kelompok ini membantu kelompok atau himpunan yang lain. Katakan saja misalnya, jin-jin yang terdiri dari anjing-anjing tadi secara keseluruhannya ia merupakan himpunan dari salah satu jenis jin. [Subhanallah! Diriwayatkan dari Imam Ibn ‘Abbas ra, hadis yang mendukung pendapat ini Ibn ‘Abbas mengatakan, “Anjing itu termasuk golongan jin. Ia merupakan salinan jin. Kalau dia mengendus-endus dekat makananmu, maka lemparkanlah makananmu ke arahnya, sebab dia mempunyai selera terhadapnya.” Lihat Ibn Manzhur, Lisan Al-Arab.] 36

Akan tetapi, yang berwarna hitam legam dengan dua bulatan putih di atas matanya, adalah jin sangat jahat yang boleh dibunuh. Kalau engkau melihat anjing seperti itu, jangan kau biarkan. Bunuh saja.” [Diriwayatkan dari Ibn Az-Zubair, dari Jabir bin Abdullah, katanya “Rasulullah saw memerintah kami untuk membunuh anjing sehingga ada seorang wanita yang datang dari dusun dengan membawa anjingnya yang kemudian kami bunuh. Kemudian Nabi saw melarang kami membunuh anjing, seraya mengatakan, ‘Bunuhlah yang hitam legam dengan dua titik putih (di atas matanya), sebab dia adalah syaitan.” Hadis ini ditakhrijkan oleh Muslim dalam shahihnya. Hadis ini merupakan dalil bagi perintah membunuh anjing secara umum. Kemudian perintah ini dihapus (mansuh) dan dikhususkan pada anjing hitam legam, kerana ia adalah syaitan. Dalam Syarahnya terhadap hadis ini, Imam An-Nawawi mengatakan, “Makna Al-Bahim (yang terdapat dalam hadis tersebut) adalah hitam legam. Sedangkan dua titik, adalah titik putih yang berada di atas kedua matanya, dan itu mudah diketahui. Lihat Shahih Muslim Syarh An-Nawawi, kitab Al-Musaqah Wa AlMuzara’ah.’ Dalam Shahih Muslim, Bab Qadr Ma Yasturu Al-Mushalliy, diriwayatkan sebuah hadis dari Abdullah Ibn Ash-Shamit, dari Abu Dzar, bahawasanya Rasulullah saw berkata, “Bila salah seorang di antara kalian berdiri untuk solat, maka hendaknya dia membuat penghalang yang merupakan tanda bagi orang yang lalu. Sebab, kalau dia tidak membuat tanda seperti itu, maka solatnya pasti akan diputuskan (diganggu) oleh keldai, kaum wanita dan anjing hitam.” Saya bertanya Abu Dzar, “Bagaimana halnya dengan anjing hitam dibandingkan dengan anjing merah atau coklat?” Abu Dzar menjawab, “Wahai anak saudaraku, aku pernah bertanya kepada Rasulullah seperti pertanyaanmu dan beliau menjawab, “Anjing hitam adalah syaitan’.”] “Apakah anjing-anjing hitam tersebut awalnya memang merupakan bentuk asli syaitan yang diberikan Allah atau apakah ia mengambil bentuk seperti itu?” “Boleh jadi memang Allah telah memberinya bentuk seperti itu. Hanya Allah Yang Maha Tahu. Akan tetapi jenis ini tidak boleh mengubah diri dalam 37

bentuk yang lain. Mereka merupakan salah satu umat syaitan yang terkutuk yang tak terbilang banyaknya. Kerana Rasulullah saw memperbolehkan kita membunuhnya, maka bunuhlah ia.” “Bagus. Itu tentang anjing. Kalau ular?” “Terdapat banyak ular yang sesungguhnya adalah jin, dan banyak pula yang merupakan ular penjelmaan jin. Akan tetapi ada dua jenis ular dari kelompok ini yang sama sekali tidak boleh mengubah bentuk dirinya dalam bentuk lain. Kerana itu jangan engkau ragu-ragu membunuhnya. Kalau ia menyingkir, biarkan. Kalau tidak, maka sebutlah nama Allah dan mintalah perlindungan-Nya. Sesudah itu, bunuhlah ia.” “Apa dua jenis ular tersebut?” “Rasulullah saw telah menyampaikan kepada kita tentang keduanya. Yang pertama Al-Abtar dan yang kedua Dzu Ath-Thifyatayn’. [Al-Bukhari meriwayatkan dari Ibn ‘Umar ra, bahawasanya beliau mendengar Rasulullah saw berkhutbah di mimbar. Rasulullah saw berkata, “Bunuhlah ular, bunuhlah Dzu Ath-Thifyatayn dan Al-Abtar, sebab kedua binatang itu menyembur mata dan menggugurkan kandungan.” Di dalam Shahih Al-Bukhari juga diriwayatkan bahawa Nabi saw memerintahkan para sahabat membunuh ular dan sesudah itu melarang membunuh ular yang menghuni rumah, sebab mereka adalah jin-jin yang menetap di rumahrumah itu. Dalam Fat-h Al-Bari Ibn Hajar mengatakan, “Adapun perkataan Nabi yang berbunyi : ‘Bunuhlah Dzu Ath-Thifyatayn, “Adalah ular yang mempunyai dua garis putih di belakangnya.” Ibn Abd Al-Barr mengatakan, “Disebut-sebut bahawa, Dzu Ath-Thifyatayn adalah sejenis ular yang mempunyai dua garis putih di belakangnya, sedangkan Al-Abtar adalah ular buntung (tidak berekor).” Asal datok Jin bernama “Jan”, beriman dengan Allah melahirkan keturunan yang beriman. Selepas itu menjadi kufur dan kekal dalam kufur melahirkan pula keturunan-keturunan yang kufur. Anak cucunya yang asal beriman itu ada yang kekal dalam beriman dan ada pula yang jadi kufur dan ada pula yang kembali beriman. Ada yang baik, ada yang jahat, ada yang soleh, ada yang tidak soleh, 38

ada yang ‘alim lagi mukmin, ada yang kufur, ada yang murtad, munafik, fasiq dan zalim, ada yang masuk syurga dan ada yang masuk neraka.

Keadaan Jin/Rupa Jin a. Ruang yang kecil boleh dipenuhi oleh berjuta-juta Jin. b. Jin yang kekal dalam kafir dan jin Islam yang fasik – rupanya huduh-huduh iaitu rupa yang menakutkan dan mengerikan. c. Jin Islam yang soleh rupanya elok-elok. d. Bentuk-bentuk tubuh mereka itu ada yang pendek, ada yang terlalu tinggi, ada bermacam-macam warna putih, merah, biru, hitam dan sebagainya. e. Jin Islam yang paling tinggi imannya paling tinggi solehnya dan paling baik amalannya dan paling luas ilmunya masih ada pada dirinya sifat-sifat mazmumah seperti takabbur, riak, ‘ujub dan sebagainya mudah menerima teguran dan pengajaran. f. Manakala manusia yang paling jahat ialah manusia yang bersifat dengan kesemua sifat-sifat mazmumah seperti sombong, riak, takabbur, ‘ujub dan sebagainya. Mungkin inilah yang lazim dikatakan : “Sebaik-baik Jin itu ialah sejahat-jahat manusia yang fasik” Tetapi manusia yang paling jahat payah atau susah menerima pangajaran dan teguran kepada baik. Jin sepertimana juga manusia berhajat kepada keturunan dan puak-puaknya terlalu banyak dan tuturan kata berbagai-bagai loghat atau bahasa. a. Ada ulama membahagikan jin-jin ini kepada puak-puak yang menunggu kubur, puak-puak yang menunggu gua, puak-puak yang menunggu mayat manusia, puak-puak yang menunggu hutan rimba, puak-puak yang menunggu bukit bukau, puak-puak yang menunggu air mata air, tasik, kolam, teluk, kuala, pulau dan sebagainya. b. Jenis-jenis Jin : 1. Iblis 2. Asy-Syaitan : (Bapa) Pujaan kepada semua jenis jin,iblis dan syaitan : Syaitan-syaitan 39

3. Al-Maraddah 4. Al-‘Afaariit 5. Al-A’waan 6. Al-Ghawwaasuun 7. Al-Tayyaaruun 8. At-Tawaabi’ 9. Al-Quranaa’ 10.Al-‘Ummaar

: Peragu-peragu (pewas-was) : Penipu-penipu : Pelayan-pelayan : Penyelam-penyelam : Penerbang-penerbang : Pengikut-pengikut (Pengekor) : Pengawan-pengawan : Pemakmur-pemakmur

c. 7 Raja Jin (Alam) Bawah Yang Kafir 1. Mazhab 2. Marrah 3. Ahmar 4. Burkhan 5. Syamhurash 6. Zubai’ah 7. Maimon d. 7 Raja Jin (Alam) Atas Yang Islam 1. Ruqiyaail 2. Jibriyaail 3. Samsamaail 4. Mikiyaail 5. Sarfiyaail 6. ‘Ainyaail 7. Kasfiyaail

e. Raja Jin yang menguasai kesemua jin-jin tersebut bernama THOTHAMGHI YAM YAAL. f. Majoriti puah-puak jin terdiri dari gulungan kafir. Islam hanya gulungan minoriti sepertimana manusia dibumi. 80-90% jin menyerupai manusia. 40

g. Anak-anak Iblis yang mempunyai kerajaan yang besar adalah seramai lima orang : 1. Thubar 2. Daasim 3. Al-‘Awar 4. Mabsuut 5. Zalanbuur - Merasuk manusia yang ditimpa musibah dan bala. - Merasuk manusia untuk menceraikan ikatan silatul-rahim, rumahtangga, keluarga, sahabat-handai, jemaah dll. - Merasuk manusia untuk meruntuhkan akhlak, berzina, minum arak, liwat, berjudi juga gejala sosial. - Merasuk manusia dengan mengadu-domba, fitnah, dengkikhianat, sum’ah dll. - Merasuk manusia dengan api pertengkaran permusuhan pembunuhan. h. 4 raja Jin Ifrit yang mempunyai kerajaan yang besar yang menjadi menteri kepada Nabi Allah Sulaiman a.s. (Jin yang paling jahat) 1. Thamrith 2. Munaliq 3. Hadlabaajin 4. Shughal i. Sementara malaikat yang mengawal kesemua jin-jin di atas bernama Maithotorun yang bergelar QUTBUL JALALAH Perbezaan di antara perkataaan Jin, Ifrit Dan Syaitan a. Perkataan jin ditujukan kepada segala makhluk halus yang tersembunyi di antara malaikat dan manusia dan ianya tidak kelihatan oleh manusia. Pengetahuan mereka lebih luas dan panjang umurnya. b. Perkataan Ifrit pula ditujukan kepada satu gulungan jin yang sangat kuat dan bijak menipu dan sangat busuk hati terhadap manusia. Gulungan ini tersangat sombong lagi amat durhaka. c. Perkataan syaitan ialah ditujukan kepada satu gulungan jin yang sangat sombong lagi durhaka, pengacau dan menjadi musuh utama manusia dan mendapat kutukan Allah hingga kiamat. d. Perkataan Iblis ialah ditujukan kepada satu jin yang sangat kuat taatnya dalam 41

beribadah kepada Allah sehingga ia di angkat oleh Allah menjadi ketua atau qutub kepada seluruh malaikat dan jin, kemudian ia dilaknat oleh Allah menjadi makhluk yang agung kufurnya kepada Allah, oleh sebab angkuh dan takbur dirinya di atas asal usul kejadiannya terhadap kejadian Adam a.s yang dilantik menjadi khalifah Allah yang terakhir di alam ini. e. Firman Allah bermaksud : “Iblis menjawab : Sebab Engkau telah menghukum saya dengan tersesat, saya akan menghalang halangi mereka dari jalan-Mu Yang Lurus. Kemudian saya akan mendatangi mereka dari depan dan dari belakang mereka, dari kanan dan kiri mereka. Engkau tak akan mendapati kebanyakan dari mereka bersyukur (taat).” Bermula dari saat itulah syaitan melancarkan gerakan permusuhan dengan manusia sehingga kiamat. Allah menjelaskan 3 jenis permusuhan syaitan dengan manusia : i. Kejahatan (As-Suu’) : Iaitu berkenaan dengan dosa-dosa (maksiat) hati dan segala anggota badan. ii. Kekejian (Al-Fahsyaa’) : Iaitu kejahatan yang lebih buruk atau jahat lagi, kekejian ini adalah sebahagian kedurhakaan (maksiat) kepada Allah. iii. Berbohong terhadap Allah.

 Kecepatan bergerak Jin melebihi cepat gerak cahaya dalam satu saat.  Umur jin tersangat panjang dan ada yang beribu tahun lama hidupnya.  Jumlah banyaknya jin iaitu seluruh manusia daripada Adam sehingga kiamat x
haiwan-haiwan x batu-batu x pasir-pasir dalam bumi dan tumbuh-tumbuhan ini hanya 1/10 jumlah keseluruhan Jin. Manakala jumlah keseluruhan jin ialah 1/10 jumlah keseluruhan malaikat. Jumlah keseluruhan malaikat hanya Allah dan Rasul-Nya sahaja yang maha mengetahui.

42

 Alam kediaman Jin ialah lautan, daratan, udara dan “Alam Mithal” suatu alam
yang antara alam manusia dan alam malaikat. Jika ditakdir diberi oleh Allah s.w.t. kepada kita melihatnya jika jarum yang jatuh dari atas tidak jatuh di atas bumi hanya jatuh di atas belakang-belakang mereka.

 Imam Bukhari meriwayatkan sebuah hadis Nabi s.a.w. bermaksud :
“Apabila kamu menghadapi malam atau kamu telah berada di sebahagian malam maka tahanlah anak-anakmu kerana sesungguhnya syaitan berkeliaran ketika itu dan apabila telah berlalu suatu ketika malam maka tahanlah merka dan tutuplah pintu-pintu rumahmu serta sebutlah nama Allah, padamkanlah lampu-lampu serta sebutkan nama Allah, ikatkan minumanmu serta sebutkan nama Allah dan tutuplah sisa-sisa makananmu serta sebutkan nama Allah (ketika menutupnya)”. (Maksudnya syaitan-syaitan tidur di waktu siang dalam cahaya dan sinar sehingga menjelang petang merupakan saat mereka berkeliaran mencari rezeki baik lelaki atau perempuan, kanak-kanak atau dewasa.) Kejadian makhluk mengikut apa yang difahamkan bahawa : a. Asalnya kejadian manusia itu ialah campuran : i. Jisim Kathif iaitu tanah dan air. ii. Jisim Syafaf iaitu murni – api dan angin. iii. Nurani iaitu roh, akal, nafsu dan hati yang dinamakan “LatifaturRabbaniah”. Sesuai dengan manusia sebaik-baik kejadian dan ciptaan Allah dan khalifah Allah. b. Manakala kejadian Jin pula : i. Jisim Syafaf murni iaitu api dan angin. ii. Nurani-iaitu roh, akal, nafsu dan hati yang sesuai dan sepadan dengan kejadian jin. 43

c. Binatang : i. Jisim Kathif ii. Jisim Syafaf d. Batu-batu dan tumbuhan : Jisim Kathif semata-mata. e. Malaikat : Nurani semata-mata.

Kata setengah Ulama : ‘Azazil itu bukanlah moyang jin, sebenarnya satu jin yang paling abid dikalangan jin yang diangkat menjadi ketua ahli-ahli abid kepada jin dan malaikat. Dia menjadi angkuh dan takabbur di atas keilmuan, ketaqwaan dan banyak ibadat serta asal-usul kejadiannya. Maka Allah melaknatnya menjadi kafir dengan nama Iblis. a. Iblis apabila menyentuh peha kanan dan peha kirinya terbit 33 biji telor. dalam setiap biji telor itu ada 33 pasang benihnya. Tiap-tiap pasang itu apabila menyentuh peha kanan dengan peha kiri terbit pula seperti dahulunya begitulah sehingga kiamat. b. Jin pula apabila disentuh alat kelamin lelaki dengan alat kelamin perempuan terus mengandung dan beranak terus mukallaf. Begitulah berlaku sehingga kiamat. c. Bunian atau lebih masyhur dikalangan orang-orang Melayu dipanggil “Orang Ghaib” ialah hasil campuran lelaki atau perempuan Jin dengan lelaki atau perempuan manusia maka anak daripada hasil itu dikenali dengan nama Bunian mengikut manusia dalam beberapa perkara dan mengikut jin dalam beberapa perkara pula. Bunian ini selalu datang kepada manusia dengan memberi berbagai-bagai perkara atau pertolongan antaranya : 1. Keris-keris. 2. Batu-batu yang dikatakan berhikmat. 3. Jenis-jenis ubat-ubatan. 4. Juga mengajar cara-cara berubat samada melalui bomoh, pawang atau bidan. d. Jin merasuk manusia melalui berbagai-bagai rupa dan cara dan manusia menggunakan khidmat jin untuk membuat khianat kepada sesama manusia pun melalui berbagai-bagai rupa dan cara juga. 44

e. Seperti juga manusia biasa yang berada dalam tingkat-tingkat Iman, Ilmu dan amalan yang berasaskan kepada Awam, Khawas, Khawasil-khawas, maka jin juga berada dalam gulungan tersebut : 1. Jin Islam yang Awam. 2. Jin Islam yang Khawas. 3. Jin Islam yang Khawasil-khawas. f. Gulungan jin kafir kebanyakannya beragama Yahudi, Kristian, Komunis dan sedikit daripada mereka beragama Buddha, Majusi serta tidak beragama. g. Gulungan Jin yang kafir dan jin Islam yang awam segera datang memberi pertolongan kepada manusia samada dalam mimpi atau di dalam jaga. Lazimnya pertolongan itu yang membawa kepada rosak aqidah. h. Manusia yang bersahabat dengan jin akan berperangai seperti sahabat-sahabat jin yang bertaulan dengannya samada kafir, Islam yang awam, khawas atau khawasil-khawas. i. Di dunia semua jin boleh melihat manusia manakala manusia yang khawas atau khawasil-khawas sahaja boleh melihat jin selain para Nabi dan Rasul. Sementara di akhirat pula semua manusia mukmin ahli syurga boleh melihat jin manakala jin yang khawas atau khawasil-khawas sahaja yang boleh melihat manusia. j. Jin Islam yang awam atau jin kafir suka merasuk manusia yang awam dengan berbagai-bagai cara kerana pada pandangan mereka manusia-manusia yang awam itu bukanlah manusia sebenarnya sebaliknya adalah rupa seekor binatang. Manusia yang khawas dan khawasil-khawas, jin tidak dapat merasuk mereka tetapi mereka itu datang pula untuk bersahabat. k. Manusia yang selamat dari gangguan jin, iblis atau syaitan ialah manusia yang setiap waktu dan masa berada dalam Tauhid Allah melalui lidah, anggota dan 45

hati, iaitu berada dalam aqidah syariat dan akhlak Rasulullah. Jalan paling dekat untuk berada dalam tauhid Allah itu hendaklah kita jadikan diri kita serta mereka-mereka yang setiap waktu masa dan ketika berada dalam Tauhid Allah iaitu Nabi Muhammad s.a.w., sekelian Nabi-nabi dan Rasul a.s., sahabatsahabat agung Rasulullah, ahli keluarga Rasulullah, para-para kekasih Allah samada yang masih hidup atau yang sudah mati, nescaya akan menyampaikan diri kita zahir dan batin berada dalam tauhid Allah di semua tempat waktu dan masa melalui anggota, lidah dan hati seumpama mereka, yakni selamat daripada gangguan-gangguan jin-jin Islam atau kafir, iblis, syaitan atau seumpamanya. l. Kata ulama : “Kun Ma’allah fain lam takun ma’allah, fakun ma’a man ma’allah fainnahu yu shiluka ilallah” Maksudnya : “Hendaklah jadikan diri kamu serta Allah maka jika kamu tidak boleh jadikan diri kamu serta Allah hendaklah jadikan diri kamu serta mereka yang serta Allah, maka sesungguhnya yang demikian itu akan menyampaikan diri kamu kepada Allah” m. Diri manusia mukmin yang menjadi kekasih Allah itu menjadi “Kalbu Alam” atau “Jantung “Alam” atau “Pusat Alam” yang dikurnia Allah daya atau kuasa graviti mengikut darjah ketinggian Iman, ilmu dan amalannya disisi Allah. Diridiri yang lain itu hanyalah di bawah atau di dalam kuasa atau graviti mereka.

 Kata Syeikh Abdul Wahhab

Asy-Sya’rani di dalam kitabnya Yawaqitu wal

Jawahir, bahawa bersahabat dan bersekedudukan dengan jin itu sangat keji. Katanya, “Barangsiapa memilih dan melebihkan sekedudukan dengan jin daripada sekedudukan dengan ulama, maka orang itu sangat jahil. Kerana yang lebih ghalib atas jin itu adalah perbuatannya dan perkataannya berlebihlebihan dan dusta jua seperti kelakuan manusia yang fasik. Maka orang yang 46

berakal lari ia daripada bersahabat dan bersekedudukan dengan dia, seperti larinya daripada bersahabat dan sekedudukan dengan manusia yang fasik.”

Katanya lagi : “Tiada sekali-kali aku lihat akan seseorang yang sekedudukan dengan jin itu beroleh kebajikan kerana asal kejadiannya itu api dan api itu sangat banyak geraknya itu datanglah berlebih-lebihan perbuatan dan perkataan orang itu.” Katanya lagi : “Bahawa jin itu terlebih keras fitnahnya atas yang sekedudukan dengan dia daripada manusia.” Berkata Syeikh Muhyuddin Arabi di dalam kitabnya Futuhat. “Adalah orang yang sekedudukan (bersahabat) dengan jin itu tiada beroleh ilmu akan Allah. Kerana jin itu sangat jahil akan Allah dan akan sifat-Nya.” Dan terkadang menyangka oleh orang yang sekedudukan dengan dia itu bahawa segala perkara yang dikhabarkan oleh jin itu daripada barang yang berlaku di dalam alam itu adalah “KARAMAH” daripada Allah Ta’ala baginya. Maka sangkaannya itu adalah batil dan hanya adalah yang kesudahan pemberian jin kepada manusia itu, bahawa diberitahu akan segala khasiat tumbuh-tumbuhan dan khasiat batu dan khasiat segala isim dan huruf, maka iaitu dibilangkan daripada Ilmu Kimia jua, iaitu ilmu yang dicela oleh syarak kerana meninggal atau membelakangkan ilmu fardhu ain yang dituntut oleh syarak mempelajari serta beramal dengannya. Katanya lagi : “Sesetengah yang telah terjawab bahawasanya banyak orang sekedudukan dengan jin itu jadilah takabbur atas segala manusia itu dan barangsiapa takabbur dimurkai Allah Ta’ala akan dia dan dimasukkan ke dalam neraka seperti yang tersebut dalam beberapa ayat Quran dan Hadis Nabi s.a.w.”

RENUNGAN 1. Asal-usul bangsa Melayu-campuran :47

a. b. c. d. e.

Monggol Cina India Parsi Arab

2. Keujudan bangsa Melayu, sejak zaman Nabi Ibrahim a.s. Agama orang Melayu sebelum kedatangan Islam yang dibawa oleh Nabi Muhammad s.a.w :a. Majusi puja dewa b. Hindu puja dewa c. Buddha puja dewa d. Orang asli puja dewa. Maksud Dewa ialah Jin

 Agama Islam sampai ke Asia Tenggara sekitar tahun 78 ke 80 Hijrah.
berkembang melalui sistem pondok.

Islam

 Seratus tahun kemudian golongan istana menerima Islam hanya dengan
membuang nama-nama yang hodoh dan berhala, tetapi ilmu dan amal dalam hidup dan kehidupan tidak mengikut Islam.

 Mereka mengutamakan adat sebelum Islam dalam hidup dan kehidupan harian.
Sehingga pada masa ini golongan orang awam, tidak dapat membezakan di antara adat sebelum Islam dan perilaku ajaran agama Islam, dalam hidup dan kehidupan harian.

 Islam memasuki istana sebagai pemerintah selepas 200 tahun kemudian,
begitulah berlaku di Fatani (Kerisik), Kampung Cam (Kemboja), Sulu, Borneo, Sulawesi, Maluku, Jawa, Sumatera dan Tanah Melayu.

48

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->