You are on page 1of 3

AKIDAH IMAN MUTIARA HIDUP

Dalil Pengertian Iman Iman boleh bertambah dan berkurang Ciri-ciri orang yang bertambah iman Kemanisan iman Kesimpulan

DALIL
1. { 2. { 3. { 4. { 5. { 6. { } Sesungguhnya orang orang beriman itu } Adalah mereka yang apabila disebut nama Allah } Gementarlah hati mereka } Dan apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayatnya } Bertambah iman mereka } Dan kepada tuhan mereka bertakwal

PENGERTIAN IMAN
IMAN DARI SEGI BAHASA Mengiktiraf , mengakui dan membenarkan sesuatu tanpa mendustakannya. IMAN DARI SEGI ISTILAH Membenarkan dalam hati segala apa yang disampaikan oleh Rasulullah S.A.W, mengikrarkan dengan lidah iaitu mengucap dua kalimah syahadah dan sentiasa membukti dengan amalan seluruh anggota badan.

Iman mempunyai lebih 70 cabang. Yang paling afdhal ialah ucapan La illa ha illallah. Yang paling rendah, membuang perkara yang menyakitkan di jalan. Malu adalah sebahagian daripada iman.

IMAN BOLEH BERTAMBAH DAN BERKURANG


Ahlu Sunnah Wal Jamaah ialah kumpulan yang berpegang teguh dengan Al Quran, Sunnah Rasulullah S.A.W dan perkara yang dibawa oleh para sahabat baginda serta menentang perkara-perkara bidah. Mereka juga dinamakan dengan Ahlu Sunnah, Al Jamaah, Al Salaf, Al Soleh dan Ahlul Hadis. Al salaf al salih ialah para ulamak solehin yang hidup sebelum kurun ketiga hijrah iaitu para sahabat, ta bi in dan at ba ut ta bi in. Mengikut mazhab Ahlu Sunnah Wal Jamaah, iman seseorang boleh tambah dan berkurang. Oleh itu, Al Quran sering mengandingkan antara lafaz iman dan amal soleh kerana iman berkait rapat dengan amalan seseorang.

Cara-cara untuk bertambahnya iman :o o Sentiasa melakukan ibadat dan mentaati segala perintah Allah serta meningkatkan ilmu. Berkurangannya iman disebabkan apabila seseorang melakukan maksiat.

Oleh itu kita hendaklah menambahkan ilmu pengetahuan dan memanyakkan amal ibadat seperti melakukan Qiamullail, membaca Al Quran dan berzikir. Tidak tepat sama sekali dakwaan yang menyatakan iman hanya terletak dihati dan tiada kaitan dengan tingkah laku.

CIRI-CIRI ORANG YANG BERTAMBAH IMAN


1. Sentiasa mempunyai ilmu pengetahuan tentang Allah dan rasulnya kerana apabila kita telah benar-benar mengenali Allah dan rasul sudah pasti keimanan terhadap kedua-duanya akan bertambah. 2. Sentiasa banyak melakukan ibadat sunat seperti Qiamullail dan membaca Al Quran kerana ibarat tersebut dapat melembutkan hati dan menambahkan keimanan serta kecintaan Allah dan rasul. 3. Sentiasa melazimi dengan berzikir kepada Allah dan selalu berfikir tentang kebesaran Allah.

KEMANISAN IMAN
Merasa gembira dalam melakukan ibadat, sanggup menangung kepayahan demi mendapat keredhaan Allah serta mengutamakan Allah dan rasulnya.

Cara-cara untuk peroleh kemanisan iman :o o o Kita hendaklah cinta kepada Allah dan rasulnya lebih daripada segalanya. Kita hendaklah mengasihi sesama manusia kerana Allah. Kita hendaklah benci kepada kekufuran sebagaimana benci jika dicampakkan ke dalam api neraka.

Kesan orang yang mendapat kemanisan iman :o Sudah pasti seseorang itu dapat kelazatan melakukan ibadah lalu membentuk menjadi seorang yang berakhlak mulia. Sudah pasti masyarakat mendapat manfaat kerana mereka tidak akan melakukan perkara yang menyusahkan orang lain malah mereka akan berkhidmat kepada masyarakat kerana ia merupakan tuntutan fardhu kifayah. Manakala orang yang tidak dapat kemanisan iman akan merasakan tidak akan melaksanakan tuntutan fardhu ain dengan sempurna.

KESIMPULAN
Tajuk ini mengajak saya agar sentiasa berusaha untuk meningkatkan keimanan kepada Allah dan rasul kerana Iman Mutiara Hidup. InsyaAllah saya akan menambahkan amalan sunat disamping amalan fardhu mudah-mudahan iman saya tidak mudah terbatal dengan sentiasa menyebut La illa ha illallah.

You might also like