You are on page 1of 2

Pantun

Memang tidak dapat dinafikan lagi bahawa pantun adalah satu-satunya puisi Melayu tradisional yang paling asli dan lahir di rantau Alam Melayu. Banyak pendapat dikemukakan oleh pengkaji-pengkaji tentang asal usul istilah pantun, antaranya oleh Pijnappel, Hoessein Djajadiningrat, Zainal Abidin Ahmad(Zaba), Wilkinson, Winsteadt dan Van Ophuijsen. Menurut Harun Mat Piah (1989), dari segi tema dan isi, pantun dapat dibahagikan keada tujuh iaitu pantun kanak-kanak, pantun cinta dan kasih sayang, telatah dan cara hidup masyarakat, pantun teka-teki, pantun puji-pujian atau sambutan, pantun nasihat, agama dan adat, dan pantun naratif atau cerita. Pantun mempunyai unsur estetika alamiah yang bersifat bertentangan, berpasangan, dan berangkapan. Sebab itu, antara ciri-ciri pantun ialah berskema rima a/b /a/b yang terdiri daripada dua komponen, iaitu pembayang atau sampiran dan maksud. Setiap serangkap dapat menyelesaikan keseluruhan idea. Oleh itu, istilah-istilah yang merujuk kepada jenis-jenis pantun, seperti pantun kanakkanak, pantun kasih-sayang, pantun budi dan sebagainya bukanlah tergolong sebagai jenis tetapi lebih jelas sebagai pengelasan tema yang boleh berubah-ubah menurut tafsiran dan penumpuan pengkaji. Bagi setiap baris pantun ada jeda di dalamnya. Pantun-pantun ini memiliki gaya bahasa dan lambang yang sesuai dengan norma dan nilai masyarakat setempat. Terdapat juga pantun-pantun yang pembayangnya mempunyai hubungan dengan maksudnya. Pantun sebagai milik semua lapisan masyarakat, mampu membawa berbagai-bagai tema, persoalan dan mesej. Contohnya: Pantun Budi Bunga Cina di atas batu, Jatuh daunnya ke dalam ruang, Adat dunia memang begitu, Sebab emas budi terbuang.

You might also like