You are on page 1of 4

AL-QURAN

KAEDAH TASMIK

TASMIK
- Pogram membimbing, mendengar dan merekod perkembangan pembacaan al-Quran
murid secara individu.

OBJEKTIF
3.1 Murid dapat membaca al Quran dengan bertajwid.
3.2 Murid dapat mengkhatamkan AlQuran.

KAEDAH
- Guru tasmik hendaklah membimbing bacaan dan merekod bacaan
murid dalam Buku Rekod Bacaan setiap kali di tasmik.

- Guru tasmik mendapat bimbingan dari guru tasmik sebelum penilaian dilaksanakan.

- Murid dikehendaki membaca Al-Quran berdasarkan agihan muka surat.

- Bagi melaksanakan agihan yang dicadangkan, murid digalakkan


membaca al-Quran setiap hari supaya mereka dapat memberi
tumpuan kepada kualiti bacaan. Ini penting terutama bagi murid yang
belum menguasai bacaan.

- mencatat setiap kali bacaan murid dalam Buku Rekod Bacaan mengenalpasti
kelemahan dan membuat pemantapan.

DALIL KAEDAH TASMIK

Dalil daripada al-Quran ‫وإذا قرئ القرءان فاستمعوا له وانصتوا لعلكم ترحون‬
( 204 : ‫العراف‬ )

Maksudnya :
“ Apabila dibacakan al-Quran maka pasangkanlah telinga kamu padanya, dan diamlah
semoga akan mendapat rahmat Allah ”.

Satu Hadis yang dikeluarkan oleh Imam al-Hakim dalam kitab ‫الستدرك‬ menyebut

kenyataan Abdullah bin Mas’ud yang menceritakan suatu peristiwa yang berlaku pada

Rasulullah ketika baginda berada dalam suatu tempat bernama ‫ ب طن نلة‬dan sedang

memperdengarkan al-Quran, tiba-tiba datang sekumpulan para sahabat (berjumlah kira-


kira 9 orang termasuklah seorang yang bernama Zubaah) mereka turut medengar
bacaan Rasulullah tetapi dalam pada itu ada beberapa orang yang bercakap lalu ada di
antara mereka mengeluarkan kata-kata ansitu yang bermaksud diam, dengan itu

turunlah ayat 29-32 surah ‫الحقاف‬ .

‫ ان صتوا‬: ‫وإذا صرفنا إل يك نقرأ من ال ن ي ستمعون القرآن فل ما حضروه قالوا‬

‫ال‬......
Maksudnya :
“Dan ingatlah tatakala kami arahkan sekumpulan jin datang kepada kamu untuk
medengar al-Quran. Apabila mereka menghadirkan diri mereka berkata diam ” .

Dalil al-Hadith:-

ُ‫ ِاقْرَأْ عَلَيّ القُرْآنَ قُلْت‬: ّ‫ قَالَ لِيْ النّبِي‬: َ‫عن عَْب ِد الِ ْبنِ مَسْ ُعوْد َرضِ َى الُ عَْن ُه قَال‬

َ‫ إِنّي أُ ِحبّ أَ نْ أَ ْسمَعَهُ مِ نْ غَْيرِي فافتتح تُ ُس ْورَة‬: َ‫ آقْرَأُ عَلَيْ كَ وَ َعلَيْ كَ أُنْزِلَ ؟ قَال‬:
ِ‫شهِيْدٍ وَجِئْنَا ِب كَ عَلَى َه ُؤلَء‬
َ ‫ " فَكَيْ فَ إِذَا جِئْنَا ِم نْ كُلّ أُمّةٍ ِب‬: ْ‫النّ سَاءِ فََلمّ ا َبلَغَ ت‬

[ِ‫ك فَالتَ َفتّ ِإلَيْ ِه فَإِذَا عَيْنَاهُ َت ْذرِفَان‬


َ ُ‫ َحسْب‬: َ‫َشهِْيدًا " قَال‬

( ‫) َروَا ُه الُبخَارِي‬
Maksudnya : Daripada cAbdullah Bin Mascud katanya : Rasulullah s.a.w telah
berkata kepadaku : “ Bacalah Al Quran kepadaku” Aku berkata : Adakah aku
perlu membaca kepada kamu sedangkan Al Quran itu diturunkan kepadamu.
Jawab Nabi : “Sesungguhnya aku suka mendengar bacaan daripada orang lain”

Maka aku membuka surah Al Nisa’ ,tatkala sampai kepada ayat : " ْ‫جْئنَا مِ ن‬
ِ ‫ف إِذَا‬
َ ْ‫فَ َكي‬

‫ِكك َعلَى َهؤُ َلءِ َش ِهيْدًا‬


َ ‫ش ِهْيدٍ وَ ِجئْن َا ب‬
َ ِ‫ " ُكلّ أُ ّمةٍ ب‬Nabi berkata : “Cukup!” Maka aku berpaling
kepadanya dan mengalir airmata dari kedua-dua matanya .

ِ‫القُرْآنَ كُلّ عَامٍ مَرّةً فَعَرَضَ عَلَْيه‬ ّ‫ كَانَ يَعْرِضُ عَلَى النّبِي‬: َ‫]عَنْ أَبِيْ ُهرَيْرَ َة قَال‬

ْ‫ض فِيْ هِ َوكَا نَ يَعْتَكِ فُ كُلّ عَا مٍ َعشْرًا فَاعْتَكَ فَ ِعشْرِيْ َن فِ ي‬


َ ِ‫مَرّتَْي نِ فِ يْ العَا مِ اّلذِي قُب‬

[ِ‫العَامِ الّذِي قُبِضَ فِيْه‬

(‫) َروَاهُ الُبخَارِي‬


Maksudnya : Daripada Abi Hurairah berkata : Rasulullah s.a.w dibentangi
(dibaca) Al Quran satu kali pada tiap-tiap tahun, dan pada tahun beliau s.a.w
wafat beliau dibentangi Al quran sebanyak dua kali .Beliau beriktikaf di sepuluh
terakhir pada tiap-tiap tahun di bulan Ramadhan dan beriktikaf dua puluh
terakhir pada tahun beliau diwafatkan.
KELEBIHAN

- Guru dapat mengetahui tahap pencapaian murid.


- Guru dapat menyedari kesilapan bacaan dan membetulkannya.
- Dapat meningkatkan kemahiran murid dalam membaca al-Quran.
- Guru boleh mengklasifikasikan murid mengikut tahap pencapaian murid.
- Guru dapat membetulkan bacaan murid dengan tepat.
- Guru dapat mengesan kelemahan bacaan murid.
- Guru dapat memastikan murid tidak melakukan kesilapan bacaan dan mendisiplinkan
murid dengan baik.
- Penumpuan yang lebih bagi seorang murid.

KELEMAHAN

- Kurangnya pengukuhan dalam bentuk latihan.


- Masa yang terhad bagi seorang pelajar.

You might also like