You are on page 1of 6

Analisis Keputusan Ujian Formatif 3

ANALISI KEPUTUSAN UJIAN FORMATIF 3

PENDIDIKAN ISLAM TAHUN 4 GEMILANG 1

SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN RINTING 3

2008

20
18
16
14
A
12
B
10
C
8
D
6
4 E
2
0
Ujian 1 Ujian 2 Ujian 3

Di lembaran sebelum ini ialah markah ujian bulanan 1, 2 dan 3 bagi


matapelajaran Pendidikan Islam, tahun 4 Gemilang 1 Sekolah Kebangsaan

Pendidikan Islam Tahun 4


Analisis Keputusan Ujian Formatif 3

Taman Rinting 3 yang telah diadakan pada 28 dan 29 Ogos 2008. Saya
mengajar kelas ini daripada 01 Julai 2008 sehingga 26 September 2008.

PENERANGAN

Jumlah pelajar tahun 4 Gemilang 1 yang mengambil subjek Pendidikan Islam


ialah 28 pelajar. 10 orang pelajar lelaki dan 18 orang pelajar perempuan. Bagi
ujian 3 pelajar yang mendapat gred A adalah seramai 19 orang pelajar, manakala
pelajar yang mendapat gred B ialah seramai 6 orang, dan hanya 1 orang pelajar
sahaja yang mendapat gred C serta 2 orang pelajar sahaja yang mendapat gred
D.

Jikalau kita perhatikan jumlah pelajar yang mendapat A bagi ujian 2 ialah
18 orang pelajar, manakala pelajar yang mendapat gred B ialah seramai 6, dan
hanya 2 orang pelajar sahaja yang mendapat gred C dan D. Manakala bagi ujian
1 pula pelajar yang mendapat gred A adalah seramai 12, manakala pelajar yang
mendapat gred B ialah seramai 11 orang pelajar dan hanya 2 orang pelajar
sahaja yang mendapat gred C dan D.

PERATUSAN GRED
D
7%
C
E
4%
0%

B
21%

A
68%

Pendidikan Islam Tahun 4


Analisis Keputusan Ujian Formatif 3

Kesimpulan yang boleh dibuat daripada hasil keputusan yang diperolehi


bagi ujian 1, ujian 2 dan ujian 3 matapelajaran Pendidikan Islam pada tahun
2008 adalah jumlah pelajar yang mendapat gred A adalah meningkat dari ujian 1,
ujian 2 dan ujian ke 3 ini menyebabkan penurunan kadar kuantiti pelajar yang
mendapat gred B tapi mengekalkan kedudukan kuantiti pelajar yang mendapat
gred C dan D.

ANALISIS KEPUTUSAN UJIAN FORMATIF


PENDIDIKAN ISLAM TAHUN 4 GEMILANG 1

A
B
C
D
E

GAGAL
7%

LULUS
93%

Pendidikan Islam Tahun 4


Analisis Keputusan Ujian Formatif 3

(Carta Peratus Lulus dan Gagal Ujian PI)

DIAGNOSIS DAN REFLEKSI

Setelah membuat beberapa pemerhatian daripada soalan-soalan bagi ke tiga-


tiga kertas soalan saya mendapati bahawa faktor yang menyebabkan kenaikan
gred A pada ujian ke tiga pada kali ini ialah atas daya usaha pelajar itu sendiri
mengulangkaji pelajaran dan rajin menyemak soalan-soalan ujian yang lepas. Ini
kerana standard soalan bagi ketiga-tiga ujian itu adalah sama tidak susah dan
tidak mudah.

Saya telah menyemak dan memerhatikan dengan teliti jawapan yang


telah dibuat oleh para pelajar bagi ujian 3 ini. Soalan ujian 3 ini terbahagi kepada
6 bahagian iaitu asuhan tilawah al-Quran, pelajaran jawi, asas ulum syariah
aqidah, asas ulum syariah ibadah, asas ulum syariah sirah serta adab dan
akhlak Islamiah.

Soalan Ujian Formatif 3 tahun 4 2008 Sekolah Kebangsaan Taman


Rinting 3 adalah terbahagi kepada 2 bahagian iaitu bahagian A dan bahagian B.
Bahagian A mengandungi 40 soalan objektif dengan mengunakan boring OMR
bagi mengisi jawapannya. 2 markah diperuntukan bagi setiap jawapan dalam
bahagian ini sekiranya pelajar menjawab dengan betul. Soalan-soalan daripada
bahagian ini adalah daripada asuhan tilawah al-Quran, asas ulum syariah
aqidah, asas ulum syariah ibadah, asas ulum syariah sirah serta adab dan
akhlak Islamiah.

Manakala bahagian B pula terbahagi kepada 2 bahagian iaitu bahagian


asuhan tilawah al-Quran dan penulisan jawi. Bagi soalan asuhan tilawah al-
Quran terdapat 5 soalan dan 2 markah bagi setiap jawapan yang betul bagi
bahagian ini. Bagi penulisan jawi pula mengandungi 2 bahagian yang

Pendidikan Islam Tahun 4


Analisis Keputusan Ujian Formatif 3

mengandungi 10 soalan serta 1 markah bagi setiap jawapan yang betul bagi
bahagian ini.

Soalan bagi asuhan tilawah al-Quran adalah sebanyak 8 soalan dan saya
mendapati 70% sahaja para pelajar yang dapat menjawab soalan daripada
bahagian ini dengan baik manakala 30% yang lain tidak dapat menjawabnya
dengan jawapan yang salah. Surah yang dipilih bagi soalan ini ialah surah al-
Baiyinah dan surah al-Tin. Kemungkinan para pelajar keliru menjawab soalan ini
kerana soalan ini memerlukan para pelajar menghafal secara keseluruhan surah
tersebut serta mengetahui hukum tajwid yang terdapat di dalam surah tersebut
serta bilangannya.

Adapun bahagian asas ulum syariah aqidah terdapat 8 soalan dalam bahagian
ini dan saya mendapati 99% pelajar Berjaya menjawab soalan ini. Ini kerana
soalan ini lebih kepada soalan yang telah dipelajari di tahun 3 yang lepas. Sifat
Allah al-Salam dan al-Hadi telah dipilih bagi soalan ini. Aspek yang ditekankan
dalam soalan ini lebih kepada definisi dan faedah beriman dengan 2 sifat
tersebut dan akibat buruk jika tidak beriman dengan 2 sifat tersebut.

Manakala dalam unit asas ulum syariah ibadah pula terdapat 8 soalan dalam unit
ini dengan memilih tajuk rukun solat serta syarat wajib dan syarat sah solat.
Hanya 50 % sahaja pelajar yang dapat menjawab soalan ini dengan 50 % yang
lain tidak mampu menjawabnya dengan betul. Pada pandangan saya mereka
tidak dapat menjawab soalan ini disebabkan kurang hafalan terhadap bilangan
rukun solat serta syarat wajib dan syarat sah solat. Mereka juga keliru antara
hukum harus, wajib, haram dan makruh serta dosa besar dan dosa kecil yang
menyebabkan pelajar tidak dapat menjawab soalan ini dengan baik.

Seterusnya dalam unit asas ulum syariah sirah juga mengandungi 8 soalan di
dalamnya. Tajuk yang dipilih bagi soalan ini ialah “dakwah Rasulullah SAW
kepada masyarakat Arab Makah. Setelah diteliti saya mendapati hanya 2 orang

Pendidikan Islam Tahun 4


Analisis Keputusan Ujian Formatif 3

pelajar sahaja yang tidak dapat menjawab soalan ini dengan betul secara
keseluruhanya manakala 26 yang lain berjaya menjawab soalan tersebut. Pada
saya faktor utama 2 orang pelajar ini tidak dapat menjawab soalan ini ialah tidak
mengulangkaji bacaan ini kerana dalam unit sirah perlu kepada ingatan kepada
fakta-fakta bagi menjawab soalan ini.

Unit yang seterusnya ialah adab dan akhlak Islamiah. Tajuk yang dikeluarkan
ialah adab berjiran dan adab berkumpul. Jumlah soalan dalam unit ini tetap 8
soalan. Dalam unit ini hampir ke semua pelajar dapat menjawab soalan ini. Ini
kerana soalan ini memerlukan kefahaman dan logik bagi menjawab soalan ini
dengan betul.

Bagi unit yang terakhir adalah penulisan jawi pula mengandungi 10 soalan yang
diambil daripada tajuk tanda baca. Dalam soalan ini para pelajar perlu
menguasai dan memahami sepenuhnya fungsi tanda baca seperti tanda soal,
koma, noktah dan lain-lain lagi. Hanya 50% sahaja para pelajar yang dapat
menjawab soalan ini dengan betul manakala yang selebihnya tidak dapat
menjawab dengan betul kerana tidak memahami dan mengetahui fungsi setiap
tanda baca tersebut.

SASARAN DAN HARAPAN

Untuk ujian formatif Pendidikan Islam bagi tahun 4 gemilang 1 saya


mensasarkan kelulusan sebanyak 100% iaitu bagi keseluruhan pelajar dan saya
mengharapkan peningkatan sebanyak 7 mata bagi gred A dan 2 mata bagi gred
B dengan menjadikan sifar gred D dan E bagi keputusan ujian formatif 4 yang
akan datang.

Pendidikan Islam Tahun 4

You might also like