IMPRESSIONISME Imperssionisme adalah satu istilah yang longgar untuk menamakan hasil-hasil karya beberapa orang seniman

di Paris pada sekitaran tahun 1872-1882. Ia bukanlah satu badan atau „school‟ yang rasmi, tetapi merupakan manifestasi orang perseorangan yang mempunyai persamaan dari segi stail dan cara melihat yang pada dasarnya di tumpukan kepada ‘menangkap kesan- kesan cahaya’ untuk diterjemahkan di atas kanvas. Ciri-ciri seperti inilah yang membolehkan penonton menghayati karya-karya mereka sebagai satu stail. Impressionis ingin merakam perubahan cahaya yang turut membawa kesan kepada perubahan objek. Cahaya yang sentiasa berubah menyebabkan mereka tidak boleh menggambarkan sesuatu yang tetap. Mereka Cuma boleh menampakkan satu kesan (impressi) dari cahaya yang lembut. Ini dilakukan menerusi penggunaan warna, meneliti dan mencuba serta memahami teori „warna adalah cahaya dan cahaya adalah warna‟. Impressionis ingin merakam impressi dan kesan tampak yang bersifat sementara. Karya-karya mereka tidak mengandungi unsur komentar sosial, kiasan, pendidikan moral ataupun drama emosi. Subjek mereka adalah warna dan cahaya. Mereka mengkaji bagaimana warna berubah mengikut masa pada satu-satu masa dan suasana, serta bagaimana cahaya mengubah permukaan dan ruang. Impressionis juga menentang ide Romantis bahawa seni meluahkan perasaan. Seni foto dan seni cetak potongan kaya Jepun (Ukiyo-e) adalah antara pengaruh- pengaruh luar yang wujdu dalam impressionisme Contoh1. Edouart Manet „The Bar at the Folies-Bergere‟ (1882) 2. Claude Monet „Impression Sunrise‟(1872) 3.Camille Pissaro „Place du Theatre Francais‟(1895) 4. Pierre Auguste Renoir „La Moulin de la Gallete‟ (1876) Rujukan 1.Hunter, Sam and Jacoubus, John,M oder nAr tNew York : Harry N. Abrams, 1986 2.Muliyadi Mahamood. Keindahan Alam Dari Kacamata Impressionis. DalamUt usan Malaysia. Kuala Lumpur : Utusan Melayu (M) Bhd., 29 Januari 1986 3.Pool, Phoebe.Impressi oni sme. London: Thames and Hudson, 1967 POST-IMPRESSIONISME Tidak seperti Kubisme, Futurisme ataupun Surrealisme, Post-Impressionisme bukanlah sebuah kumpulan yng terancang. Ia merupakan satu istilah yang digunakan untuk menamakan sekumpulan pelukis yang aktif berkarya pada akhir abd ke-19. Mereka dipengaruhi oleh Impressionisme, tetapi kemudiannya

tetapi mencipta bentuk. Antaranya: 1. Clive bell. De Stijil dan Seni Abstrak. jelasnya. Bentuk amat penting dalam karya-karyanya. selinder dan sepiar. Beliau menggunakan sapuan-sapuan berus yang halus seperti titik-titik warna yang . Selain bermaksud pelukis-pelukis yang datan selepas Impressionisme. Victoie‟(1886-88) 3. Gauguin. Fry dalam catalog pameran tersebut menjelaskan yang Post-Impressionis adalah “pelukis yang tidak meniru bentuk.„Self-Portrait‟(1879) 2. sebagaimana yang terdapat dalam karya-karya Cezanne dan Seurat. mereka meneka nkan kepda sesuatu perkara yang lebih penting kepada seni abad ke-20 ini” Pelukis-Pelukis Post-Impressionisme Paul Cezanne Cezanne menegaskan bahawa kesemua bentuk terbahagi kepada tiga kategori asas geometric iaitu kun. tidak meniru sesuatu yang hidup. Mereka menolak Impressionisme dan membentuk prinsip-prinsip tersendiri. 2.Minat terhadap kekukuhan bentuk. seperti juga bendabenda dari kehidupan yang sebenar mempengaruhi aktiviti kita”. “Post Impressionis memudahkan. menolak „detail‟.merasakan prinsip-prinsip Impressionisme terlalu terhad. Istilah Post-Impressionisme telah diberi oleh pelukis dan pengkritik seni Inggeris Roger Fry pada 1910. „Still Life With Apples and Oranges‟(1895-1990) Georges Seurat Seurat menghasilkan karya dengan mengkaji teori-teori warna secara saintifik. Ini mempengaruhi Ekspressionisme dan Surrealisme. Subjek-subjeknya seperti alam benda. Seurat dan Matisse untuk dipamerkan di balai Seni London. Fry telah ke Perancis mengumpulkan karya-karya Cezanne. Mereka membuat imej secara logik dan bernas. „Mont. seorang pengkritik seni dan rakan rapan Fry dalam catalog yang sama menyebut.Minat untuk menggunakan warna. lanskap Aix-en-Provence dan figura manusia. tetapi mencari persamaan (seni) kepada yang hidup. Van Gogh. St. berupaya menarik daya imaginasi dan pengamatan kita. Ini mempengaruhi banyak aliran dan gaya seni pada abad ke20 seperti Kubisme. Contoh karya 1. Beliau menamakan pameran tersebut Post-Impressionisme. garisan dan corak secara ekspresif dan simbolik seperti dalam karya-karya Van Gogh dan Gauguin.

Gaya ini juga dikenali sebagi Neo-Impressiosme. Abrams. „The spirit of the Dead Watchng‟ (1892) Van Gogh Seperti Gauguin. „Vision After the Sermon‟ (1888) 2. Contoh Karya 1.ditindan-tindankan serta diatur sebelah menyebelah. John. Garis luaran memainkan peranan pentin dalam membentuk figuranya di samping warna yang rata. restaurant dan rumah pelacuran. café. Contoh Karya 1. Contoh Karya 1. „The Starry Night‟ (1889) Henri de Toulouse-Lautrec Subjek-subjek karyanya seperti suasana kelab malam. „Bathers‟ (1884-85) 2. Gauguin dan Lautrec. Contoh karya 1. Warna digunakannya untuk meluahkan perasaan dan stailnya itu kemudiannya mempengaruhi pelukis-pelukis Ekspressionis Jerman abad ke-20 Contoh Karya 1. „Self-Portrait‟ (1889) 2. kematian dan kesunyian. ketakutan dan hysteria diadunnya dalam karya-karya yang berkaitan dengan seks. Ini dilakukan menerusi penggunaan warna yang simbolik seta kaedah sapuan berus yang tertentu. „At the Moulin Rouge‟ (1892) Edvard Munch Seorang pelukis berbangsa Norway. Sam and Jacobus. „The Scream‟ (1893) Rujukan 1.Hunter. „The Potato Eaters‟ (1885) 3.New York : Harry N. beliau ingin meluahkan emosi menerusi seni lukis. ciri-ciri ketegangan. Bentuk-bentuk dalam karyanya bersifat papar dengan penggunaan warna yang agak dekoratif bertujuan menyalurkan emosi. Beliau terpengaruh dengan karya-karya Van Gogh. teater. „Sunday Afternoon on the Islan of La Grands Jatte‟ (1884-86) Pau Gauguin Paul Gauguin terpengaruh dengan Seni Oriental dan Seni Primitif. 1985 . Ciri-ciri kartun dan karikatur jelas kelihatan dalam karya-karyanya. Modern Art. Divisionisme atau Pointilisme.

Publishers. R. Meskipun ia berpusat di Jerman. . muzik dan seni bina.New York : Harry N. Neo-Impressionisme dan Cezanne dapat dikesan dalam Fauvisme. 21 Julai 3.Muliyadi Mahamood. Andre Derain. Abrams. yang didasarkan kepada penilaian terperinci terhadap „pure color‟ (warna asli yang tidak bercampur). John. Fauvisme mencapai kemuncaknya di Salon d‟automne (1905) dan di Salon des Independants (1906). Subjek karya-karya Fauvisme termasuklah lanskap.. pemandangan dalaman dan alam benda. figura maunsia. Oxford at claderon Press. Kepadatan warna juga dapat dihayati. Post-Impressionisa : Imej Bergambar Yang Memaparkan Inti Kehidupan. Harold. Raoul Dufy. Munich. H. Fauvisme ditubuhkan di Paris pada 1905. Louis Vauxcelles di pameran dalam Salon d‟ automne (1905) Di antara ciri-ciri utama karya Fauvisme ialah penggunaan warna tanpa batasan. „Joy of Life‟ (1905-06)2. aliran ini turut mempengaruhi sastera.Tansy. The Oxford Companion to Art. and de la Croix. Istilah Fauvisme dicipta oleh pengkritik seni. Georges Rouault dan Maurice de Vlaminck. Art Through the Ages.Kuala Lumpur: Utusan Malayu (M) Bhd. Andre Derain „London Bridge‟ (1906)3. Harcourt Brace Jovanovich. Fauvisme Fauvisme merupakan aliran estetik dalam catan yang pertama pada abad ke 20. The Oxford Companion to Art. 19852.3.Hunter. Oxford at claderon Press. seniman-seniman dari beberapa negara Timur dan Eropah Tengah termasuk Russia bertumpu ke Bandar-bandar Jerman seperti Berlin. kadang-kadang seperti Cezanne menggunakannya untuk mengolh ruang. 1979. Vlaminck „Rat Mort‟ (1906) Rujukan 1. Ia seolah-olah menjadi satu aliran sementara sebelum pelukis-pelukis itu mengikuti aliran-aliran lain. Henyr Matisse. Raoul Dufy „Flag-decked Boat‟ (1904)4. G. Ekspressionisme Ekspressionesme berpusat di Jerman. 1986.2. Pengaruh-pengaruh stail Van Gogh. Gauguin. drama. Sam and Jacobus. „Pure Color‟ digunakan sewenang-wenangnya untuk kesan emosi dan dekoratif. Di antara pelukis-pelukis Fauvisme ialah Henry Matisee.Dalam Utusan Malaysia. Contoh 1.Osborne. Harold. Georges Rouault „The Old King‟ (1916 -36)5.Osborne. Selain dari seni lukis. 1979. Dresden dan Cologne. Modern Art. Ekspressionisme mencapai kemuncak pada sekitaran tahun 1990-1920.

Sam and Jacobus. garisan ekspresif. Ekspressionisme bukanlah satu pergerakan seni. Karya-karya mereka lebih bersifat imaginatif. idiom dan imej yang tersendiri.New York : Harry N. tidak sekeras „The Bridge‟. Erich Heckel „Two Men at a Table‟ (1912) Der Blaue Reiter (The Blue Rider) Ditubuhkan di Munich pada 1911. Modern Art. Die Brucke (The Bridge) Ditubuhkan di Dresden pada 1905. selinder dan sfera. Impressionis mengkaji cahaya. melalui unsur-unsur deformasi. John. bentuk dipermuda serta figura yang digayakan. Franc Marc „Deer in the Wood‟ (1913 2. Wassily Kandinsky „Improvisation‟ (1912) Rujukan 1. Meskipun masih bertalian dengan dunia objektif. Van Gogh dan Edvard Much memainkan peranan besar dalam kelahiran Ekspressionisme. Ia lebih mencirikan kepada fakta asas kewujudan metafizika. 1985 . Pendekatan Post-Impressionis seperti Gauguin.Hunter. warna dan bayang sementara Post.Impressionis mempunyai kepelbagaiannya. Florence dan Paris Pada asalnya. pengayaan. Karya mereka terbentuk dengan gabungan warna yang cerah. Dua cabang Ekspressionisme ialah Die Brucke (The Bridge dan Der Balue Reiter (The Blue Rider). Seniman-seniman Ekspressionisme memberikan satu day gerak yang kuat dan segar. Kirchner „Street‟ (1907)3. Seurat mengkaji teori wran yang saintifk sementara Gauguin pula terpikat dengan Seni Oriental. bebas dari Realisme dan Impressionisme. persoalan diri. Seperti stail aliran yang lain. penghayatan terhadap alam dan spekulasi terhadap infiniti yang seingkali diekspressikan dalam bentuk ketegangan rasa serta emosi yang kuat mahupun imaginatif.pelukis Ekpressionis melahirkan dunia dalam mereka dalam stail. Ekspressionis mewakili unsur-unsur mistik.Ini merupakan kelahiran bandar-bandar seni yang baru di Eropah. Contoh‟ 1. Emile Nolde „The Last Supper‟ (1909)2. Contoh 1. Abrams. kontras warna dan kesedaran emosi „seni primitif‟ pelukis. Ekspressionisme menandakan satu lagi pembaharuan dalam bidang akademik seni. karya-karya mereka merakamkan emosi manusia yang keras dan hebat. selepas Rom. Cezanne memecahkan bentuk alam kepada elemen-elemen geometric kun.

Aliran yang diasaskan oleh Picasso dan Braque.Osborne. Art Through the Ages. turut dianggotai oleh Gris. analisis terhadap bentuk dan perhubungannya. seni arca Afrika juga menjadi sumber utama Kubisme. yang membicarakan tentang. Harold. Menurut mereka pengarca Afrika berkarya dengan bentuk dan rupa yang bebas daripada wujud sebagai realiti tampak. 1986. H. sehingga Leger menegaskan Kubisme sebagai seni Zaman jentera (art of the machine age). Oxford at claderon Press. Ia juga disebut sebagai satu stail kepada satu revolusi estetik dan teknik dalam seni lukis. Konsep permukaan atau latar gambar dan unsure ketinggian atau sudut pandangan yang berbagai. iii. Selain dari karya-karya Cezanne. Empat peringkat Kubisme adalah : 1. Merekamenyatukan berbagai-bagai sudut pandangan objek ke dalam sebuah karya. The Oxford Companion to Art.2. 1979. . Kubisme bergabung dalam satu objektf yang bersifat matematik. R. misalnya : i. mekanikal kejenteraan (machienary). Metzinger. sehingga wujud penelitian terhadap keseluruhan struktur objek dan kedudukannya di dalam ruang secara praktikal. Leger. Kubisme Kubisme merupakan aliran seni lukis yang lahir selepas Fauvisme dan dianggap sebagai salah satu aliran terpenting abad ke-20. Harcourt Brace Jovanovich. kombinasi bentuk lengkung dan lurus memberikan arca-arca ini struktur dan tenaga yang memikat Picasso dan Braque. Rivera dan lain-lain. walaupun pada zamannya ia dianggap ganjil dan absurd. Bentuk geometric. Prinsip Kubisme berbeza dari Fauvisme dan Seni Ekspressionistik. G. Publishers. Konsep cahaya dan bayang ii. Kubisme dianggap sebagai ibu kepada semua sni lukis abstrak dan bermula dengan usahaPicasso(1881-1973) dan Braque (1882-1963) untuk menggantikan kesan visual Impressionis dengan penukaran objek kea rah bentuk dan warna yang berkonsep intelektual. Proto-Kubisme (1902-08) Picasso dan Braque terpengaruh dengan stail Cezanne. Nama Kubisme lahir dari kritikan Lousi Vauxcelles dalam ulasannya terhadap pameran Brague.Tansy. dalam akhbar Gil Blas (14 November 1908). 3. Pengamatan terhadap kawasan-kawasan yang terlindung bersifat sebaliknya. Kubisme memecahkan konsep di antara satu dengan yang lain. and de la Croix. Matisse dan Seni Afrika. Villon. Karya-karya akhir Cezanne dianggap sebagai titik tolak ke arah kelahiran Kubisme di mana wujud penerokaan yang lebih mendalam terhadap kesatuan permukaan gambar dua dimensi. cubes dan kemudiannya „Bizarreries Cubiques‟.

1976.semulajadi dipermudah 2. Pada 1920 itu. Peter and Linda. A Dictionary of Art and Artists. Picasso „Ambrose Vollard‟ (1910-11)„The Accodianist‟ (1911)„Les Demoiselles d‟avignon‟ (1907) 2. bukan isi padu sebagai ciri utama dalam seni arca. The Oxford Companion to Art. Contructivisme Constructivisme adalah pergerakan abstrak dalam seni arca yang diasaskan oleh pengarca adik-beradik Antoine Pevsner dan Naum Pevsner (Naum Gabo).New York : Harry N. Pelukispelukisnya beralih kepada rekabentuk perabut. Synthetic Kubisme (1912-30) Objek-objek yang dikenali kembali wujud dalam catan dengan warna-warna yang cerah. 19852. Pada 1920. Ia memperjelaskan idea Archipenk dan Boccioni yang hanya menekankan kepada ruang. John. Warna lebih bersifat monochromatic. 4.Unit 7-Cubism . 4. percetakan buku . 3. dekorasi pentas. Tatlin menyebut bahawa seni mestilah berfungsi kepada kehendakkehendak dan berfaedah kepada masyrakat. Modern Art. Sudut pandangan yang pelbagai dipersembahkan dalam sebuah catan.Osborne. Oxford at claderon Press. Abrams. Juan Gris „Bottle of Banyuls‟ (1914)4. Georges Braque „The Portuguese‟ (1911) „ The Table (1928)3. Analitik Kubisme(1908-11) Bentuk-bentuk semulajadi dipecah-pecahkan kepada satah-satah geometrik. Contoh 1. pergerakan ini mati di Rusia kerana sebab-sebab politik. Kolaj dibentuk menerusi penampalan keratankeratan kertas seperti akhbar dan majalah ke atas kanvas dan panel.Bentuk kan. pameran Constructivist yang terbesar dengan „Realistic Manifesto‟nya diaadakan. Ia berkisar kepada perkembangan bersifat sosiologi yang bertentangan dengan pegangan Vladimir Tatlin. Fernand Leger „The City‟ (1919) Rujukan 1. Harold. Kolaj (1910-12) Alam benda menjadi subjek utama. 1977. The Open University press. Sementara dari sudut estetik pula arca merupakan satu isi padu yang static dalam ruang.Murray. Menjelang 1921. Penguin Books. Sam and Jacobus. pada 1917 di Russia.3. Manifesto Constructivisme „Realist Manifesto‟ diperkenalkan. Constructivisme wujud daripada „Construct in Art‟. 1979.Hunter.

Tristan Tzara telah memperkenalkan isitlah DADA yang bermaksud HOBBY HORSE dalam Bahasa Perancis –„an infantile sound‟. Aliran yang bermula di Zurich pada 1915 itu kemudiannya merebak ke New York. Variation‟ (1942-43) 2. Paris dan negara-negara Eropah. perspek. pengutamaan terhadap nilai-nilai artistic telah diabaikan dan ia bersifat „anti-art‟. Pada 1922-23. Dada. Antoine dan Naum Gabo meninggalkan Russia dan memperkenalkan pengaruh-pengaruh ini di Barat. Harold. Sam and Jacobus.Phaidon Encyclopedia of Art and Artist Phaidon. 1979. Abrams. yang diperoleh melalui tekanan pen secara sebarangan ke atas muka surat kamus. Pergerakan yang agak ekstrim ini memasukkan unsur-unsur jenaka yang kasar berserta nilai. Cologne. 1978. di samping kaedah dan teknik industry seperti kimpalan(welding). John. Naum Gabo „Linear Construction. 19852. Contoh 1.3. Seniman Constructivisme memperkenalkan satu bentuk seni baru yag dapat meneroka bentuk serta nilai-nilai estetik dalam ruang. Pusat aktivitinya di Cabaret Voltaire. Manifestasi mereka mengandungi arca-arca abstrak yang menggunakan bahan-bahan moden dan „non-tradisi‟ seperti aluminium.New York : Harry N. Dada tidak mendukung apa-apa stail artistic atau estetik yang tertentu. menyindir serta bertindak dalam suasana kekacauan penentangan terhadap pemerintah.Osborne. kaca lutsinar dan plastic. Kaedah dan manifestonya lebih ke arah Futurisme.nilai perangsangan dan pengejutan dalam usaha melibat reaksi masyarakat yng berpegang kepada nilai-nilai tradisi. Idea mereka mempunyai pengaruh seni bina dan dekorasi. lebih bersifat intelek daripada keseronokan semata-mata. Dalam aliran ini. Oxford at claderon Press.angan.dan apa saja jenis catan dan arca. Mereka sedar bebas beranggapan. walaupun kurang . Penggunaan bahan serta kaedah ini mampu menyalurkan ideologi moden. Dadaisme Dadaime adalah sebuah pergerakan seni tampak dan sastera di Eropah yang lahir sebagai satu revolusi ganas terhadap kepuasan diri. The Oxford Companion to Art. Modern Art. Zurich. Mereka juga membantah Peperangan Dunia Pertama dan masyarakat yang mencetuskannya. Mereka juga melahirkan seni tak bermakna untuk menunjukkan kekosongan hidup masyarakat moden.Hunter. Antoine Pevsner „Construction in the Egg‟ (1948) Rujukan 1. Dadaisme lahir dari rasa untuk membebaskan diri daripada angan. Di awla kelahirannya.

Breton menganggap Surrealis sebagai „Pure Psyhic Automatism‟. 1979.O.Murray. . Kekecohan dan krisis sosial menjadi gelanggang terbaik untuk aktiviti Dada bergerak. pengasas Surrealisme ada menyebut. bukan penyair. Oxford at claderon Press. Abrams. Surrealisme lebih menitikberatkan aktiviti-aktiviti penyair sahaja. beberapa orang pelukis menunjukkan keupayaan menyalurkan serta menjelmakan prinsip-prinsip Surrealisme melalui seni lukis. Modern Art.Osborne. Surrealisme terbentuk pada 1924. Kini. The Oxford Companion to Art. sebagai proses berfikir yang sebenar.New York : Harry N. A Dictionary of art and Artist. Prinsip. Linda and Peter.3. „L. Max Ernst „The Elephant of the Gelebes‟ (1921). iaitu satu ekspressi secara pertuturan. “Untuk menghidangkan pengalaman-pengalaman alam mimpi dan realiti ke arah kebenarandan kenyataan yang lebih (super-reality)” (Osborne. Manifesto Pertama yang memperjelaskan skop pergerakan itu. Surrealisme Surrealisme adalah satu pergerakan pelukis dan penyair yang lahir berdasarkan nilai-nilai Dadaisme. 19852. Manifesto Dada dibentuk di Hannover. Andre Breton.dengan prinsip-prinsip mekanik. Harold. di antara 1924 hingga 1928.H. Neo-Dada Art lahir di New York di akhirakhir 1950 an dan 1960 an dengan karya-karya berbentuk assemblage. Harold. Marcel Duchamp „Bottle Rack‟ (1914).O. Dada tidak mati di situ shaja.Q‟ (1919) Rujukan 1. Pada 1915. Marcel Duchamp memperkenalkan prinsip-prinsip Dada melalui pamerannya di New York dengan objek-objek yang di sebut „ready-mades as works of Art‟. pengaruh Dada menular ke Jerman menerusi pelukispelukis seperti Ernst. Penguin Books.Hunter. yang mencapai kemutlakan atau kenyataan yang lebih (superreality) dengan menggunakan unsur-unsur pengalaman alam mimpi dan bawah sedar dalam berkarya. 19773. Jean Arp „Mountain Table Anchors Navel‟ (1925)2. Selepas perang. Pada 1919. Sebagaimana Andre Breton. Surrealisme lebih dikenali menerusi karyakarya pelukis. Grosz Schwitters. John. Contoh 1. seorang penyair Perancis telah menerbitkan MANIFESTE DU SURREALISME. Sam and Jacobus. Namun. tulisan dan cara-cara lain.prinsip Dada diperbaiki menjadi asas-asas dalam mendukung kelahiran Surrealisme. 1979:115) Pada peringkat awalnya. Ia berkembang pesat sebagai pergerakan estetik yang controversial di antara Perang Dunia Pertama dan Kedua.

Oxford at claderon Press.2.Hunter. The Oxford Companion to Art. Surrealisme berkembang dengan dua cara: 1. absurd). Ciri-ciri estetik Surrealis dibentuk oleh penyair-penyair Perancis seperti Andre Breton. “ Surrealisme menekankan soal psikik atau yang berkaitan .3. John. Secara sedar. Alberto Giacometti „The Invisible object‟ (1934). Lantas Surrealis membina unsure estetika berdasarkan aspek ini. Sam and Jacobus. Teori Freud tentang nilai-nilai bawah sedar dikaji sebagai satu cara pengawalan atau alasan dalam berkarya.New York : Harry N. Joan Miro „Harlequin‟s Carnival‟ (1925). Gayo dan Piranesi. (Ibid.5. Rene Magritte „The Human Condition‟ (1934). seperti karya-karya Bosch. Karya-karya surrealis merupakan pendekatan baru terhadap karya-karya yang punya aspek. iaitu menguasai aspek rasional dan dapat memberikan peranan bebas kepada unsur bawah sedar.aspek fantastic dan grotes (ganjil. mereka menghasilkan unsure bawah sedar. Mengikut Freud. pelik. 1985 2. Max Ernst „Two Children Are Threatened by a Nightingale‟ (1924). pemimpin Surrealisme berjuang dengan konsep „artistic Freethinking‟ (pemikiran bebas yang artistik. Andre Breton menyebut. 115). terdapat satu aspek dalam manusia yang bertugas secara non-rasional yang disebut bawah-sedar (subconciou) dan kepentingannya sama dengan keadaan rasional. 1979. Surrealisme meletakkan kepercayaan dalam bentukbentukkenyataan reality yang tinggi dalam nilai alam bawah sedar yang hebat sertaminat seimbang dalam pemikiran “. Fantasi sebenar 2. Satu perakaman terhadap alam bawah sedar. Abstrak-Ekspressionisme Aliran ini bermula di Amerika Syarikat dalam tahun 1940an dan ia dianggap sebagai stail catan Peperangan Dunia Kedua menyebabkan ramai pelukis-pelukis Eropah . penulisan atau apa juga caradan aktiviti. Di antara pelukis-pelukis awal surrealism ialah Redon.Osborne. sebagai satu pemikiran yang bebas dari sebarang kawalanestetik atau moral. Rujukan 1. Contoh 1. bebas dari ikatan moral dan agama). Abrams. Harold. Chirico dan Chagali. Modern Art. dengan kerohanianyang disampaikan samaada dengan pertuturan.Seperti Dadaist. Paul Eluard dan Paul Recerdy. Salvador Dali „The Persistence of Memory‟ (1931)4.

berkarya tanpa lakaran awal. Jackson Pollock „Lucifer‟ (1947)2. mengembangkan karya dengan “Improvisatory Acts”. Hns Hofmann „The Gate‟ (1960) 5. Ia kemudianny menjadi ekspresi internasional. iaitu keseluruhan aspek ke atas catan. ia dianggap membawa unsur estetik dan cara pengamatan yang baru. Ia melihatkan nilai-nilai agresif. menaburkan cat-cat enamel di ats kanvas. Abstrak Ekspressionisme merupakan aliran seni abstrak non-geometrik yang bermula di New York selepasa Peperangan Dunia Kedua. Selain berus. Arshile Gorky “Golden Brown Painting” (1947)3. Willem de Kooning dan Gottlieb (Kumpulan pelukis-pelukis di New York). bertenaga dan berteknik bebas. Jackson Pollock. Contoh 1.karya Abstrak Ekspressionisme dianggap sebgai catan non-figuratif.aliran seni yang baru seperti Abstract Impressionisme. mereka juga menggunakan kayu. Ia lebih bersifat meransang penglihatan daripada memperkenalkan imej-imej biasa yang menarik. Pada akhri 1950an. anti-formal. Neo-Dada dan pengembalian kepada Imej bergambar pada awal dekad enam puluhan. Mark Rothko „Earth and Green‟ (1955) . Aliran ini juga dihubungkan dengan Tachisme di Eropah (akhir 1950an dan 60an). Walaupun dianggap bersifat eksperimentasi. spontan dank eras. Karya. Pollock misalnya. Abstrak Ekspressionisme menjadi agak longgar dengan kelahiran aliran. serta penglibatan terhadap pergerakan tangan (gestural) dan pemikiran dan sapuan-sapuan berus kasar. Clyford Still „Painting‟ (1951)7. kespontanan serta kebebasan ekspresi. Karya-karya mereka dianggap bersifat baru.berhijrah ke Amerika dan ini menyebabkan pusat seni Barat bertukar ke Amerika Syarikat. Mereka memberi tumpuan kepada aktivitiaktiviti fizikal. sabut dan lainlain. Willem de Kooning „Women I‟ (1950-52)4. pengucapan tanpa perancangan. dinamik. Ia telah bersifat keindividuan. dan kurang perhubungan dengan stail tertentu. bagaikan aktiviti untuk meluah dan menyelesaikan dilemma dalam diri terhadap perkembangan semasa yang kompleks. Franz Kline “Mahoning‟ (1956)6. Abstrak Ekspressionme juga disebut „New York School‟ atau „Action Painting‟ Akar-umbi Abstrak Ekspressionisme dapat dirujuk kepada karya-karya Kandinsky (1910-1914) dan berkembang menerusi karya-karya pelukis Amerika seperti Arshile Gorky (1904-1948). Hans Hofmann. yang berkaitan dengan kebudayaan dan peradaban. Kaeda h berkarya Abstrak Ekspressionisme bertentangan dengan cara-cara karya tradisi. Penyokong kuat Abstrak Ekspressionisme ialah pengkritik seni Clement Greenberg yang menyebut bahwa masa depan seni Barat bergantung kepada aliran ini (1948).

Ini disebut sebagi kembali kepada imej bergambar. 1979. John. sejarah atau keindahan alam. David Hockney. Pop Art memihak kepada seni yang dianggap rendah. „seni dagangan‟ dengan „seni tulen‟ yang dipamerkan di galeri. Robert Rauschenberg dan Jasper Johns dianggap sebagai pelukis PopArt pertama di Amerika. pakaian potret bintang filem. kartun dan iklan. Andy Warhol Roy Lichtenstein dan Tom Wesselmann. Sam and Jacobus. Pop Art merangkumi kepentingan sekeliling serta keadaan semulajadi karya seni yang telah dihasilkan. Kalau sebelumnya terdapat tanggapan yang membezakan „seni gunaan‟. Pop Art Pop Art berkisar kepada hasil kebudayaan popular yang bersifat komersil dan materialistic. Robert Rauschenberg. subjek Pop Art bukan berdasarkan imajan-imajan biasa seperti komik. Jurucakap pergerakan. Diantara pelukis-pelukis Pop Art Amerika ialah Jasper Johns. 1979. 1985 2. Di Amerika juga. Ia mencerminkan keadaan sekeliling pengguna dan kawasanny. Lantas lahirlah karya seni berdasarkan imajan-imajan biasa seperti komik. The Oxford Companion to Art. Harold. Pop Art dianggap sebagai reaksi kepada Abstrak Ekspressionisme bila ia menggunakan imej bergambar serta teknik-teknik „hard-edged‟ dan fotografi. Oxford at claderon Press. .New York : Harry N. subjek Pop Art berdasarkan idea klasik atau agama. Modern Art. Harold. Jelasnya. Misalnya imajan-imajan tin sup. Sementara pelukis Pop Art British seperti Richard Hamilton. Aliran yang bermula di England pada pertengahan 1950an itu menular ke Amerika Syarikat dan berkembang pesat dalam dekad enam puluhan. Pop Art juga dianggap sebagai Neo-Dadaists bila menggunakan subjek-subjek biasa seperti komik. keratan komik yang diperbesarkan. barang makanan. Pop Art lahir di New York sekitar 1959 dan berkembang ke seluruh Amerika dan Eropah.Hunter.Osborne. Di Amerika Syarikat. sesuatu yang kita benci. Jelasnya. Abrams. tin sup. kartun dan iklan.894). penanda lebuhraya yang mana punya persamaan dengan karya-karya Marcel Duchmp (Ready-mades as works or art 1915-1920-keadaan semulajadi karya seni yang telah dihasilkan). Istilah Pop Art telah dicipta oleh pengkritik Inggeris Lawrence Alloway untuk satu pergerakan atau kumpulan yang menggelar diri mereka independenc Group (19541955 (English Pop Art). botol.unsur dalam budaya. tetapi mempunyai pengaruh yang kuat ke atas kita (Osborne. David Sylvester memetik huraian Roy Lichtenstein bahawa Pop Art adalah unsur. Peter Blakd dan Allen Jones. tetapi sesuatu yang biasa dalam kehidupan masyarakat sekarang.Rujukan 1.

arca daripada tin-tin bird an mentol lampu. Robert Rausehenberg „Trapeze‟ (1964)6. gambar-gambar dari akhbar dan majalah. Modern Art. The Oxford Companion to Art. Roy Lichtenstein menggunakan petikan-petikan dari komik. Andy Warhol „Marilyn Monroe‟ (1962)4. kerusi elektrik. Abrams. Contoh 1. Jasper Johns menghasilkan catan dengan imej bendera.Hunter. Harold. Robert Indiana. 1985 2. Robert Rauschenberg mengunakan kolaj serta gabungan dengan botol-botol coke. .Osborne. Misalnya Andy Warhol menggunakan sutera saring terhadap imejimej tin sup. John. 1979. Roy Lichtenstein „Balm‟ (1962)5.New York : Harry N. Oxford at claderon Press. Jim Dine dan Larry Rivers menyatukan subjek biasa dengan teknik-teknik catan. James Rosenquist. potret Marilyn Monroe serta bunga. Claes Oldenburg „Model (Ghost) Typewriter‟ (1963) Rujukan 1. Larry River „Europe II‟ (1956)3.bunga. James Rosenquest „FO111‟ (1965)7. Sam and Jacobus. Georges Segal juga tergolong sebagai pengarca Pop Art. Jasper Johns „Target With Four Faces‟ (1955)2. sementara Tom Wesselmann terkenal dengan karya-karya alam benda serta „Great American Nudes‟. Pengarca Pop Art seperti Claes Oldenburg menggunakan subjek seperti kun ais krim dan Hamburger.Pelbagai kaedah berkarya telah diambil oleh para pelukis Pop Art. Pelukis Pop juga memasukkan teknikteknik konvensional yang lebih diminati dari teknik-teknik catan Jasper John dan Rauschenberg.

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful