You are on page 1of 10

PENGUCAPAN

Definisi : Komunikasi yang bermaksud untuk menyampaikan sesuatu maklumat.


Aristotle telah menyenaraikan lima unsur penting untuk pembentukan sesuatu
pengucapan umum, iaitu idea pokok yang diperkatakan dalam ucapan, gaya atau bahasa
yang digunakan oleh penyampai, pengolahan idea penyampai ucapan dan kebolehan
penyampai memberikan ucapan berdasarkan ingatannya (Lane Cooper, 1960).

Antara bentuk pengucapan ialah pidato, ceramah, seminar, syarahan, dialog, debat
dan sebagainya yang melibatkan pengucapan di hadapan khalayak.

CIRI-CIRI PENGUCAPAN

Terdapat beberapa ciri yang boleh digunakan untuk mengenali pengucapan umum.

 Berlaku di tempat awam


Pengucapan umum berlaku di tempat awam seperti di dalam kelas, bilik, dewan
kuliah, atau ditempat-tempat orang ramai boleh berhimpun.

 Melibatkan bilangan sasaran yang ramai


Dalam pengucapan, penceramah ialah sumber penyampai dan audien yang
mendengar ceramah ialah penerima maklumat yang ingin disampaikan.

 Interaksi antara sumber dengan penerima maklumat adalah rendah

Pengucapan terjadi secara rasmi dan mempunyai struktur yang tertentu.


Penceramah tidak dapat berinteraksi dengan orang ramai seperti dalam
komunikasi antara individu kerana factor jarak dan jumlah orang yang lebih
ramai. Pengisian ceramahnya telah dirancang lebih awal berdasarkan siapakah
yang akan hadir untuk mendengar ucapan itu.
Begitu juga dengan suasana penyampaian ceramah memang telah distrukturkan
dengan agenda-agenda tertentu. Contahnya, siapakah yang akan memperkenalkan
penceramah, bilakah penceramah akan memulakan ceramahnya dan bilakah
masanya orang ramai boleh mengemukakan soalah kepada penceramah.

PENGUCAPAN YANG BERKESAN

Pengucapan boleh menghasilkan hubungan mesra antara audien dan penyampai. Terdapat
beberapa peraturan yang perlu dipatuhi untuk menghasilkan ucapan yang berkesan.

 Bersedia untuk menyesuaikan diri dengan khalayak


Penyampai mestilah pandai menyesuaikan ucapannya dengan keperluan khalayak.
Melalui maklum balas, penyampai perlulah tahu mengawasi maklumat dan kesan
mesejnya ke atas khalayak. Untuk menilainya, si perucap perlu memberi perhatian
kepada khalayak.

 Memberi perhatian kepada maklum balas khalayak


Maklum balas yang diterima daripada khalayaklah yang memberitahu penyampai
samada analisis khalayak itu telah berjaya ataupun penyampai berjaya difahami
oleh khalayak. Ia boleh terjadi dalam bentuk lisan atau bukan lisan. Hal ini
berlaku sebaik sahaja penyampai melihat khalayaknya.

STRUKTUR PENGUCAPAN

Di sini terdapat struktur ringkas yang boleh anda gunakan bagi semua jenis ucapan,
walau apa tajuk dan siapa yang hadir dalam majlis itu. Ia dibahagikan kepada empat
bahagian utama iaitu :
1. pengenalan
2. kedududukan
3. masalah
4. kemungkinan atau kebarangkalian
5. cadangan
6. ringkasan

1. Pengenalan

Berikut adalah beberapa perkara yang perlu ada semasa memberikan ucapan pengenalan
iaitu:

 Memberi salam atau berkata ‘hello’ dan terima kasih kerana hadir ke majlis. Bagi
orang islam pula ucapan ‘Assalamualaikum ‘ diberi.
 Perkenalkan diri.
 Terangkan apakah objektif anda.
 Terangkan berapa lama masa ucapan itu diperlukan dengan ringkas nyatakan
bentuk ucapan itu akan diberikan. (Misalnya ‘Saya akan mengambil masa sepuluh
minit untuk memberikan sedikit penjelasan mengapa kita perlu memberi perhatian
kepada masalah kakitangan di bahagian penghantaran dan apakah pilihan-pilihan
yang ada. Kemudian barulah saya akan memberikan apakah pilihan yang saya
rasamat sesuai dan sebab pilhan tersebut dibuat’).
 Beritahu pendengar apa yang anda mahu mereka lakukan berkenaan persoalan
yang timbul (misalnya “ Tolong sediakan pertanyaan jika anda mengikuti ucapan
ini, tetapi jika boleh tolong ajukan soalan selepas ucapan saya selesai”).

2. Memulakan ucapan

Persoalan yang penting adalah, adakah pendengar mempercayai apa yang bakal anda
ucapkan. Kerana menjadi satu lumrah apa yang bakal diucapkan itu mendapat respons
yang positif daripada pendengar yang meluangkan masa untuk mendengar ucapan itu.
Rasa diterima ini kadangkala dapat diuji dengan wujudnya ketawa yang besar dikalangan
pendengar yang sedang menikmati ucapan itu. Walaupun begitu terdapat cerita-cerita lucu
yang akhirnya gagal anda kawal bagi meneutralkan semula ucapan itu. Oleh itu ucapan
yang diselitkan dengan cerita lucu akan membahayakan terutamanya apabila jumlah
peserta adalah sedikit. Atau juga apabila cerita-cerita itu belum diuji sebelumnya atau jika
anda tidak yakin ia boleh menyebabkan orang lain ketawa sesudah cerita itu selesai
dinyatakan.

Terdapat banyak cara atau jalan mewujudkan ‘humor’ yanga mana masih
membantu anda mewujudkan rasa penerimaan. Semua pendekatan ini berkesan sebab ia
menunjukkan anda berniat untuk merehatkan minda pendengar dan bukannya sebagai
peluang untuk anda mencipta glamour sebagai individu yang ‘superior’.

Sesetengah orang percaya permulaan sesuatu ucapan mestilah benar-benar


memaparkan tajuk utama semasa pembukaan ucapan dibuat. Jangan terlalu percaya
kepada falsafah ini, anda sebenarnay masih mempunyai masa untuk itu. Jika idea bernas
anda wujud ketika itu, ia sudah cukup baik jika idea itu dating secara spontan.

3. Sentiasa berwaspada terhadap paras kefahaman khalayak tentang sesuatu tajuk.

Dalam sesuatu pengucapan umum, walau bagaimana besar pun khalayak, pasti ada satu
tahap daling berkomunikasi antara perucap dan penerima. Adalah menjadi
tanggungjawab utama perucap untuk menghasilkan satu proses penyampaian maklumat
yang berjaya. Nmun kedua-dua pihak perlu bekerjasama untuk menjayakan. Jika
khalayak gagal untuk memahami perkara yang telah disampaikan oleh perucap untuk
mengetahui paras kefahaman yang sesuai untuk khlayaknya.

Komunikator atau perucap mesti menganalisis khalayaknya lebih lanjut lagi tentang
minat dan kefahaman mereka terhadap perkara yang diperkatakan. Sebenarnya langkah
pertama kearah menganalisis khalayak secara terperinci atau penyampaian mesej yang
berjaya berlaku sebaik sahaja komunikator atau si perucap memaklumkan kepada
khalayak tentang tanggungjawabnya untuk memahamkan mereka terhadap hal yang
diperkatakan. Namun begitu cara begini tidak boleh terlalu ditekankan kerana ditakuti
akan menimbulkan syak wasangka khalayak bahawa mereka diajar untuk memahaminya.

CARA MENULIS TEKS UCAPAN.

Dalam kemahiran menulis, kita harus dapat menghasilkan pelbagai jenis penulisan
dengan tepat dan jelas tentang ilmu pengetahuan dan kegiatan harian. Kita juga
digalakkan menghasilkan penulisan kreatif dengan pemikiran yang kritis dan analitis.
Kecekapan berbahasa bagi kemahiran menulis adalah seperti yang berikut:

 Menulis ayat dan perenggan secara mekanis dengan tulisan tangan yang jelas dan
kemas.
 Mengambil rencana ayat dan perenggan dalam bentuk prosa, juga puisi dengan
menggunakan ejaan dan tanda baca yang betul serta mengikut peraturan.
 Melengkapkan perenggan dengan kata, frasa, dan ungkapan.
 Mengisi butiran tertentu dengan tepat dalam pelbagai borang
 Melakar dalam bentuk grafik dan membuat catatan daripada bahan yang didengar
dan dibaca.
 Membuat karangan daripada lakaran dan catatan dengan menggunakan kata, frasa
dan ayat yang betul.
 Menyusun perenggan mengikut urutan isi karangan.
 Membuat ringkasan karangan daripada pelbagai bahan prosa.
 Membina ayat yang betul, tepat, gramatis dan indah.
 Membina ayat-ayat dalam perenggan untuk menghasilkan karangan.
 Menulis penyataan daripada bahan grafik.
TAKLIMAT

PENGENALAN

Taklimat boleh ditakrifkan sebagai penerangan ringkas tentang sesuatu yang dihasilkan
atau sesuatu yang berlaku. Lebih jelas lagi, taklimat dikatakan sebagai ucapan untuk
memaklumkan dan disampaikan sama ada secara komunikasi dua hala dalam situasi
formal atau kombinasi formal dan tidak formal. Dalam taklimat ada sesi soaljawab antara
komunikator (perucap) dengan khalayak (hadirin).

PENYEDIAN TAKLIMAT

Taklimat memerlukan persedian yang rapi dengan mempertimbangkan beberapa faktor


semasa menyediakannya.

1. Pertimbangan khalayak / hadirin

1.1 Penentuan siapakah khalayak yang boleh membantu untuk menentukan


jenis taklimat yang mereka perlukan.
1.2 Penentuan taraf khalayak dapat menjelaskan bahasa, suasana dan
kandungan taklimat.
1.3 Menentukan bilangan khalayak yang boleh membantu dalam penyedian
nota, tempat, jamuan dan lain-lain lagi.

2. Pertimbangan suasana

2.1 suasana dikatakan formal apabila khalayak terdiri daripada orang


kenamaan, pegawai kerajaan/swasta dan pelawat luar Negara dan ada
D.Y.T.M Tengku Mahkota atau Raja Muda.
2.2 Suasana dianggap kombinasi formal dan tidak formal jika khalayaknya
terdiri daripada ibubapa, murid, belia, penduduk kampong, buruh, petani
dan sebagainya.
2.3 Lazimnya suasana formal memerlukan teks taklimat yang kompleks
manakala teks taklimat bagi suasana kombinasi formal dan tidak formal
adalah ringkas dan mudah.

3. Taraf khalayak

Penyampai taklimat perlu mengetahui taraf khalayaknya. Pengetahuan ini dapat


menlng komunikator dalam menyediakan sapaan atau salutasi.

3.1 satu taraf khalayak


tetamu yang hadir terdiri daripada pemimpin peringkat menteri, orang
kenamaan, rang bergelar, ketua-ketua jabatan dan sebagainya.

3.2 dua taraf khalayak


tetamu yang hadir terdiri daripada D.Y.M.M Sultan atau D.Y.T.M Raja
Muda/ Tengku Mahkota dan orang kenamaan tertentu.

FORMAT TAKLIMAT

Penyedian taklimat berbeza formatnya mengikut taraf khalayak yang akan hadir.

1. Taklimat satu taraf khalayak

 Tajuk
 Salam, sapaan biasa atau salutasi berprotokol
 Kata-kata aluan
 Pengenalan diri /organisasi/ jawatan/ dan sedikit ringkasan taklimat.
 Kandungan taklimat
 Penutup
 Sesi soal jawab

2.Taklimat dua taraf khalayak

 tajuk
 salam, salutasi berprotokl dan sapaan biasa
 puji-pujian
 ringkasan sembah taklimat
 kandungan
 sesi soal jawab

KANDUNGAN TAKLIMAT

Kandungan taklimat ditentukan oleh taraf khalayak dan bergantung kepada :

1. Apa yang hendak dimaklumkan


taklimat begini mempunyai tujuan untuk memberitahu maklumat tentang pihak
yang menyampaikan taklimat itu.

2. Apa yang khalayak ingin tahu


taklimat jernis ini memerlukan penyedian yang teliti terlebih dahulu, seperti
membuat penyelidikan, pengumpulan data dari soal selidik atau temubual serta
menyusunnya dengan baik.
Contoh taklimat

Teks Format

MUZIUM PERAK Tajuk


Oleh
Kurator Muzium

Terima kasih saudara Pengerusi Majlis yang dihormati, Guru Sapaan Biasa
Besar Sekolah Kebangsaan Larut Matang, Yang dikasihi Guru
Penasihat Persatuan Alam dan Manusia sekolah ini, cikgu-cikgu
dan ahli-ahli persatuan berkenaan. Assalamualiakum dan selamat
pagi. Salam

Saya selaku Kutaror Muzium Perak, terlebih dahulu ingin


merakamkan ucapan ribuan terima kasih kerana pihak Persatuan Kata-kata Aluan
Alam dan Manusia sekolah ini sudi menjemput saya untuk
memberi sedikit maklumat tentang muzium Perak

Untuk tidak membuang masa lagi, marilah kita sama-sama


meninjau kembali sejarah Muzium Perak ini. Muzium ini terletak Pengenalan Muzium
di Jalan Taming Sari, Taiping dan merupakan muzium yang tertua dan Sejarah Ringkas
di Malaysia.
Muzium Perak telah diasaskan pada tahun 1883 oleh Inggeris
secara berperingkat-peringkat. Pembinaan keseluruhan bangunan
utama muzium ini siap dalam tahun 1903 dan merangkumi empat
buah balai pameran utama dan sebuah pejabat serta perpustakaan.

Koleksi bahan-bahan pameran memainkan peranan penting dalam


penambahan jumlah bangunan muzium ini. Sejak penubuhannya,
koleksi ditumpukan kepada bahagian zologi, herbarium, arkeologi Kandungan taklimat
dan ethnologi. Beberapa buah buku juga dijilid tahun demi tahun
untuk perpustakaan.

Pada masa sekarang, muzium sedang mengadakan pameran


senjaya zaman batu dan seterusnya akan menhadakan Hari Kandungan taklimat
Muzium Terbuka yang akan dirasmikan Oleh D.Y.T.M Pemangku
Raja Perak, Raja Nazri Shah. Para hadirin dijemput hadir.

Setakat inilah sahaja taklimat saya tentang Muzium Perak. Penutup


Sebarang pertanyaan atau kemusykilan, sila kemukan kepada saya
dalam sesi soal jawab selepas ini. Terima kasih.

You might also like