You are on page 1of 31

Teknologi Terkini

PENGENALAN

“ Grafik ialah kombinasi gambar-gambar, lambang-lambang , simbol-simbol, huruf, angka,


perkataan, lukisan, lakaran yang yang dijadikan satu media untuk memberi satu konsep dan
idea dari pengirim kepada sasarannya dalam proses menyampaikan maklumat ”

PRINSIP-PRINSIP GRAFIK
Walaupun seni grafik memerlukan kebolehan senilukis, tetapi untuk menghasilkan bahan-
bahan pengajaran tidak semestinya seorang itu pelukis. Seorang guru dapat menghasilkan
bahan pengajaran jenis visual untuk pembelajaran dengan berpandukan kepada beberapa
prinsip seni grafik. Dalam menghasilkan sesuatu media pendidikan kita memerlukan grafik.
Grafik adalah berupa huruf, angka, gambarajah, carta dan sebagainya. Oleh itu kita harus
dan perlu mempelajari kaedah-kaedah dan prinsip grafik yang betul supaya media-media
pendidikan yang kita terbitkan itu bermutu.
Untuk mengeluarkan bahan-bahan pengajaran seperti carta, gambar kepingan lutsinar, slaid
dan sebagainya, prinsip-prinsip rekabentuk dipatuhi supaya bahan itu nanti bukan sahaja
akan berkesan tetapi juga menarik.

1. Prinsip Mudah
1.1 Visual yang ditayangkan hendaklah dihadkan kepada satu idea. Idea yang banyak
dalam satu visual akan mengelirukan.

Perkara Utama : Menunjukkan cecair di masukkan ke dalam botol.


Tidak perlu dilukis tiga buah botol, dilukis sebuah botol lebih mudah
untuk difahami.
Grafik 1
PSPN SELANGOR, Jalan Cenderawasih 6/7, Seksyen 6, 40000 Shah Alam
FAX : 03-55124828
TEL : 03-55122576 E-MAIL : pspnsel@tm.net.my
Teknologi Terkini

1.2 Visual yang mengandungi sedikit elemen adalah lebih baik , kerana mudah dilihat.
1.3 Hadkan perkataan-perkataan yang ditayangkan kepada 15 atau 20 patah perkataan
sahaja dalam satu visual tayangan.

Definasi Pusat Sumber

- Perpustakaan
- Pusat Media Perpustakaan
- Pusat Media
- Pusat Sumber Pembelajaran
- Pusat Bahan Pengajaran

Contoh Bahan Transparensi

1.4 Lukisan hendaklah jelas dan terang. Garisan luar ( outline ) hendaklah dibuat
dengan garisan tebal. Garisan-garisan kecil harus ditinggalkan kerana garisan-
garisan kecil yang terlalu banyak akan mengelirukan.

KERETA

Grafik 2
PSPN SELANGOR, Jalan Cenderawasih 6/7, Seksyen 6, 40000 Shah Alam
FAX : 03-55124828
TEL : 03-55122576 E-MAIL : pspnsel@tm.net.my
Teknologi Terkini

2. Prinsip Penyatuan
Penyatuan ialah perhubungan yang lahir di antara elemen-elemen visual apabila elemen-
elemen tersebut berfungsi bersama sebagai satu kesuluruhan. Dengan kata lain, elemen-
elemen seperti penghurufan, warna, bahan-bahan lain hendaklah saling melengkapi di
antara satu dengan yang lain untuk mengukuhkan idea dasar yang hendak disampaikan.
Penyatuan dapat diperolihi dengan menggunakan anak panah, kotak, garisan, bentuk-
bentuk tertentu, warna dan sebagainya.

3. Prinsip Penegasan
3.1 Tegaskan satu elemen atau satu idea sahaja yang boleh menjadi pusat minat dan pusat
perhatian

BOLA SEPAK BOLA SEPAK

Tajuk Carta : Bola Sepak. Tidak perlu dilukis gambar permainan lain

Grafik 3
PSPN SELANGOR, Jalan Cenderawasih 6/7, Seksyen 6, 40000 Shah Alam
FAX : 03-55124828
TEL : 03-55122576 E-MAIL : pspnsel@tm.net.my
Teknologi Terkini

3.2 Gunakan warna, penghurufan tertentu, saiz, ruang dan sebagainya untuk
menegaskan idea tersebut.

4. Prinsip Seimbang
Kesemua elemen-elemen dalam sesuatu visual dari elemen penghurufan hingga ke elemen
gambar dan garisan haruslah seimbang pada keseluruhanya dan tidak berat sebelah.
Dengan kata lain, semua elemen visual itu adalah dalam kedaan yang sama berat.

Seimbang Formal Seimbang Tak Formal

5. Keperluan Visual

BUNGA KEBANGSAAN
MALAYSIA

Grafik 4
PSPN SELANGOR, Jalan Cenderawasih 6/7, Seksyen 6, 40000 Shah Alam
FAX : 03-55124828
TEL : 03-55122576 E-MAIL : pspnsel@tm.net.my
Teknologi Terkini

6. Prinsip Rekabentuk
Untuk memenuhi prinsip dalam rekabentuk , perkara – perkara berikut perlu diambil kira :
6.1 Garisan
Fungsi garisan dalam rekabentuk ialah untuk menghubungkan bersama - sama elemen –
elemen visual dan untuk mengarahkan pemerhatian supaya melihat visual tersebut dengan
urutan tertentu.

6.2 Bentuk
Tiap-tiap pameran visual yang berkesan mengandungi bentuk keseluruhan sama ada
bentuk itu nyata atau tidak. Pada keseluruhanya ada empat jenis bentuk yang biasa
digunakan iaitu I , S , T dan Z. Bentuk – bentuk lain yang luar biasa akan menambahkan
minat pemerhati.

Ada Ruang

Grafik 5
PSPN SELANGOR, Jalan Cenderawasih 6/7, Seksyen 6, 40000 Shah Alam
FAX : 03-55124828
TEL : 03-55122576 E-MAIL : pspnsel@tm.net.my
Teknologi Terkini

Tiada Ruang Ada Ruang

6.3 Ruang
Ruang – ruang kosong haruslah ditinggalkan juga dikeliling perkataan dan elemen – elemen
visual yang laian untuk mengelakkan perasaan sesak dikalangan pemerhati. Keadaan
sesak tersebut boleh mengelirukan.

6.4 Warna
6.4.1 Kontras
Tujuannya untuk memudahkan atau meningkatkan kejelasan visual.Lazimnya perbezaan
warna antara latar ( elemen negatif ) dengan visual ( elemen positif ) akan menimbulkan
kontras yang baik.

Grafik 6
PSPN SELANGOR, Jalan Cenderawasih 6/7, Seksyen 6, 40000 Shah Alam
FAX : 03-55124828
TEL : 03-55122576 E-MAIL : pspnsel@tm.net.my
Teknologi Terkini

7. Perancangan
Sebelum memulakan kerja – kerja grafik untuk menghasilkan sesuatu media pengajaran,
kita harus ada perancangan yang teliti terlebih dahulu. Perancangan bagi menentukan jenis
yang akan diterbitkan berdasarkan :
7.1 Bahan yang sedia ada atau bahan yang diperlukan hendaklan disenaraikan.Misalnya
pena , pensil , pembaris , pemadam . pemotong kertas , gam , dakwat , marker dan lain –
lain keperluan.
7.2 Sebelum kita memulakan penerbitan kita harus tentukan objektif terbitan dan beberapa
ramai murid yang menjadi sasaran kita. Ini adalah penting untuk kesesuaian dalam
penggunaan dan untuk menggelakkan pembaziran.
7.3 Begitu juga dalam membuat terbitan , kita harus tahu tujuan terbitan itu. Adakah ianya
untuk tayangan , bukan tayangan , atau pameran.
Contohnya :
7.3.1 Untuk tayangan seperti lutsinar / transperensi , slaid , filem Jalur , video dan VCD.
7.3.2 Untuk bukan tayangan seperti carta , buku dan pena.
7.3.3 Untuk pameran seperti poster dan lukisan.
7.4 Perancangan “ Art Work “
Ada empat ‘art work ‘ yang diperlu dirancang dengan mengambil kira saiz dan dimensi
kawasan kerja , perbandingan bahan visual , reka bentuk dan susunatur , latarbelakang ,
sumber , kemahiran , teknik , bahan – bahan dan kemudahan – kemudahan yang boleh
digunakan.
8. Saiz Kawasan Kerja
Adalah sangat penting memilih ‘cardboard ‘ atau saiz kertas yang boleh diperlakukan
dengan mudah. Keperluan-keperluan berikut perlu diambil perhatian bila menentukan
permukaan kerja :
8.1 Perhurufan dan lukisan boleh dibuat dengan mudah.
8.2 Ruang tepi perlu di sediakan disekeliling visual.
8.3 Bahan – bahan art work senang disimpan.

9. Warna
Walaupun lukisan – lukisan dan gambar – gambar hitam putih sememangnya menarik tetapi
penggunaan warna yang betul akan menimbulkan perasaan , mood dan minat. Kegunaan
warna dalam menghasilkan bahan pengajaran adalah sangat – sangat diperlukan untuk
menghidupkan suasana pengajaran dan pembelajaran didalam bilik darjah yang kurang

Grafik 7
PSPN SELANGOR, Jalan Cenderawasih 6/7, Seksyen 6, 40000 Shah Alam
FAX : 03-55124828
TEL : 03-55122576 E-MAIL : pspnsel@tm.net.my
Teknologi Terkini

beraneka warna. Tetapi perlu dingatkan penggunaan warna untuk bahan – bahan visual
adalah tertakluk kepada prinsip – prinsip grafik dan batasan – batasan tertentu.

9.1 Panduan AM Warna


9.1.1 Gunakan warna untuk mengasingkan dan menegaskan sesuatu elemen tumpuan.
9.1.2 Gunakan warna yang berharmoni seperti warna monokromik , warna berhampiran
atau pun warna penggenap.
9.1.3 Gunakan warna supaya visual kelihatan mudah dilihat dan mudah difahami serta tidak
kelihatan sukar.
9.1.4 Permukaan hitan akan kelihatan lebih jelas jika warna putih digunakan. Dengan
berlatar belakangkan warna hitam , warna putih akan kelihatan lebih atau paling jelas. Ini
diikuti dengan warna kuning , oren, hijau , merah , dan ungu mengikut tertib jelas kelihatan.
9.1.5 Sebaliknya , jika warna putih merupakan warna latar belakang , warna yang paling
jelas kelihatan ialah warna hitam. Ini dikuti oleh warna merah , oren , hijau , biru , unggu dan
kuning.
9.1.6 Rancangkan penggunaan warna untuk melahirkan kesan tertentu. Jangan sekali – kali
menggunakan warna mengikut sesuka hati sehingga kesan yang diperolehi tidak terkawal
dan lari jauh dari rancangan awal.

9.2 Skim Warna


Warna-warna diklasifikasikan kedalam carta warna.

Kuning Kuning - Oren

Kuning – Hijau Oren

Hijau Merah - Oren

Biru – Hijau Merah

Biru Merah Ungu

Biru Ungu Ungu

Grafik 8
PSPN SELANGOR, Jalan Cenderawasih 6/7, Seksyen 6, 40000 Shah Alam
FAX : 03-55124828
TEL : 03-55122576 E-MAIL : pspnsel@tm.net.my
Teknologi Terkini

Carta warna ini merupakan panduan pemilihan warna kepada guru – guru yang tidak
berpengalaman dan tidak mempunyai latihan dalam seni lukis. Untuk mewarnakan visual ,
salah satu dari skim warna ini atau kombinasi skim ini bolehlah digunakan.

9.2.1 Skim Warna Monokromik


Warna monokromik berharmoni adalah sangat popular. Ia terdiri dari satu warna yang muda
membawa kepada warna tua. Satu contoh skim monokromik ialah warna ungu; dari ungu
muda hingga ke ungu tua. Begitu juga warna biru, dari biru muda hingga ke biru tua.

9.2.1 Skim Berhampiran (atau Analogus)


Warna berhampiran berharmoni terdiri dari warna-warna yang berhampiran dalam carta
warna. Misalnya, skim berhampiran ialah warna hijau, hijau-biru, begitu juga warna kuning,
kuning-oren dan oren.

9.2.3 Skim Penggenap ( berlawanan atau komplimentari)


Warna penggenap berharmoni terdiri dari warna-warna yang bertentangan dalam carta
warna. Misalnya, warna kuning-oren digunakan bersama dengan warna biru-ungu.

10. Kegunaan Grafik Dalam Visual


Huruf angka dan perkataan memainkan pernan yang penting dalam komunikasi, kita patut
berhati-hati bila menggunakan bahan visual. Perkataan dan angka mestilah senang dibaca.

10.1 Huruf Bahan Visual


Bahan visual untuk pengajaran yang disediakan oleh guru hendaklah boleh dilihat oleh
semua murid sama ada yang duduk di depan atau pun di belakang bilik darjah. Dengan itu
perkara-perkara kecil di dalam visual seperti tulisan atau perhurufan haruslah boleh dilihat
dengan jelas oleh semua murid. Penglihatan penghurufan bergantung kepada:
a. Saiz huruf yang digunakan.
b. Jenis atau stail penghurufan yang dipilih.
c. Cara atau kaedah penghurufan.

Grafik 9
PSPN SELANGOR, Jalan Cenderawasih 6/7, Seksyen 6, 40000 Shah Alam
FAX : 03-55124828
TEL : 03-55122576 E-MAIL : pspnsel@tm.net.my
Teknologi Terkini

Pemilihan saiz, jenis atau satail huruf bergantung juga kepda ciri-ciri bilik, di mana visual
digunakan seperti bentuk bilik panjang, lebar serta keadaan cahaya gelap atau terang. Jenis
skrin atau layar yang digunkan untuk bahan tayangan sama ada skrin tayang depan atau
skrin tayang belakang. Skrin tayang belakang tidak begitu cerah dan dengan itu
memerlukan huruf-huruf yang lebih besar.

10.2 Cara Menulis Huruf dan Angka / Jenis-jenis Penghurufan


10.2.1 Tulisan bebas ( free hand)
Huruf dan angka boleh dibuat dengan tulisan bebas dengan menggunakan berus dan
dakwat atau cat berwarna. Cara ini setiasa digunakan untuk grafik yang besar seperti carta
dan poster. Lain-lain jenis tulisan bebas boleh dibuat dengan menggunakan beberapa jenis
pen dan mata pen seperti mata pen skrip. Pensel lukisn arang, kapur dan feltpen atau pen
marker juga boleh digunakan. Berikut beberapa petua untuk melukis penghurufan.

Sham
Penghurufan yang ditulis dengan tangan

Aa Bb
Menulis dengan menggunakan garisan pandu bagi mempastikan huruf sentiasa lurus dan
sama tegak.

AABBCC
Pastikan huruf – huruf keseluruhannya mempunyai ketebalan yang sama.

Grafik 10
PSPN SELANGOR, Jalan Cenderawasih 6/7, Seksyen 6, 40000 Shah Alam
FAX : 03-55124828
TEL : 03-55122576 E-MAIL : pspnsel@tm.net.my
Teknologi Terkini

10.2.2 Penghurufan dari komputer dan stail penghurufan

Cubaan
Gunakan garisan luar untuk mendapatkan rasa kekuatan kepada huruf-huruf.

Pusat Sumber
Pusat Sumber
Pusat Sumber
Lukiskan garisan di atas atau di bawah huruf untuk penegasan. Kadangkala dua garisan
tebal dan garisan halus.

Huruf – huruf besar boleh digunakan dalam ruang kecil dan bertindih – tindih huruf – huruf
berkenaan. Ini adalah jenis penghurufan yang menarik dan mudah membuatnya.
Penghurufan juga boleh dibuat dengan kaedah tampalan.

SEKOLAH Penghurufan yang menggunakan bayang.

Grafik 11
PSPN SELANGOR, Jalan Cenderawasih 6/7, Seksyen 6, 40000 Shah Alam
FAX : 03-55124828
TEL : 03-55122576 E-MAIL : pspnsel@tm.net.my
Teknologi Terkini

10.2.3 Penghuruf
rufan yang dipotong dari bahan lain.

A Huruf Asal
A Salin

A A
Potong Tampal

10.2.4 Huruf Pindah Kering.

Bahan pindah kering ini boleh dibeli dalam bentuk huruf , simbul , angka dalam berjenis-
jenis saiz , bentuk dan warna. Saiz hurufnya ditetapkan dalam tiap-tiap kepingan yang dibeli
mengikut pointnya. Saiz biasa ialah 6 point hingga 192 point. Bahan pindah kering ini
senang diperolehi dan senang digunakan.

Huruf Pindah Kering Tanggalkan

Grafik 12
PSPN SELANGOR, Jalan Cenderawasih 6/7, Seksyen 6, 40000 Shah Alam
FAX : 03-55124828
TEL : 03-55122576 E-MAIL : pspnsel@tm.net.my
Teknologi Terkini

10.3 Mudah Dilihat

Huruf yang digunakan mestilah mudah dilihat dan senang dibaca. Perkataan dan angka
serta lain-lain data yang dibuat untuk maklumat penonton, mestilah berhati-hati supaya
ianya senang dibaca.

10.3.1 Ukuran Huruf


Saiz huruf ini mengikut jenis grafik , jenis penonton dan jarak grafik itu akan dilihat sesuai
dengan peringkat umur murid.
10.3.2 Keterangan Huruf
Huruf itu mesti dibuat dengan terang dan senang dibaca.
10.3.3 Bentuk Huruf
Jenis bentuk huruf mengikut jenis kerja grafik itu, pembaca dan jarak membaca. Bentuk
huruf itu boleh menarik dan juga menjadikan grafik itu senang atau susah untuk dibaca.
10.3.4 Susunan Grafik
Bahan-bahan untuk dibaca patut disusun supaya pembaca itu dapat membacanya dengan
mudah. Bahan yang mudah dibaca dan menarik terpulanglah pada susunan grafik itu ,
warnanya yang dipilih dan latar belakangnya.

11. Lukisan Dan Gambar Foto


Lukisan dan gambar foto memainkan peranan penting untuk menarik perhatian penonton.
Satu gambar boleh memberi keterangan dan makna yang sesuai. Gambar itu boleh dibuat
dalam bentuk dalam bentuk benar ( life like drawing ) bentuk garis kasar ( outline ) bentuk
gambar rajah ataupun dalam bentuk effect dan abstrak.

12. Warna Dan Grafik


Kepentingan warna adalah untuk menarik perhatian dan menunjukkan bahan-bahan yang
lebih penting di dalam visual itu. Bila warna digunakan untuk tulisan tajuk utama visual , kita
mesti berhati-hati dan pilih warna yang sesuai untuk latar belakang grafik itu. Warna itu
patut berturut-turut atau bertentangan seperti tulisan hitam di atas kertas putih atau kuning.
Tetapi tulisan kuning di atas kertas putih adalah tidak sesuai.

Grafik 13
PSPN SELANGOR, Jalan Cenderawasih 6/7, Seksyen 6, 40000 Shah Alam
FAX : 03-55124828
TEL : 03-55122576 E-MAIL : pspnsel@tm.net.my
Teknologi Terkini

13. Kertas
Pilihan jenis-jenis kertas untuk grafik juga sama penting dengan pilihan warna kerana ada
banyak jenis kertas yang boleh digunakan dalam grafik. Kertas boleh dipilih mengikut kilat
mukanya (gloss) kasar atau licin mukanya (texture) dan lain-lain. Pilihan jenis kertas ini
bergantung kepada kegunaan dan tempat kegunaan.

14. Panduan Am Penghurufan.


Untuk panduan guru di dalam bilik darjahnya di mana keadaan bilik darjah itu memang
sudah diketahui oleh guru , tumpuan ialah untuk memastikan bahawa murid yang duduk
di belakang bilik darjah dapat melihat dengan jelas. Berikut diberikan panduan penghurufan
untuk semua jenis visual , dari panduan penghurufan carta ke penghurufan untuk
ditayangkan seperti slaid dan kepingan lutsinar / transparensi.
14.1 Pilih stail penghurufan yang mudah dilihat seperti jenis tanpa serif. Elakkan dari
mengguna jenis yang berbunga-bunga atau bersambung ( jenis skrip dan inggeris lama)

Huruf Mudah
Penghurufan Yang Mudah Dibaca

Prinsip Grafik
Huruf Mudah

Grafik 14
PSPN SELANGOR, Jalan Cenderawasih 6/7, Seksyen 6, 40000 Shah Alam
FAX : 03-55124828
TEL : 03-55122576 E-MAIL : pspnsel@tm.net.my
Teknologi Terkini

rinsip Grafik
Prinsip
Grafik
Prinsip Grafik
Penghurufan Yang Tidak Sesuai Untuk Sekolah Rendah

14.2 Untuk tajuk-tajuk yang pendek (enam perkataan atau lebih sedikit) gunakan huruf
besar kesemuanya. Untuk tajuk-tajuk yang paling panjang yang melebihi enam
perkataan,gunakan huruf-huruf kecil atau biasa yang didahului dengan huruf-huruf besar
dipermulaan perkataan. Huruf-huruf kecil lebih mudah dilihat.
14.3 Jarakkan huruf dengan cara optik atau menggunakan penghilatan mata. Dengan kata
lain sebenar di antara huruf adalah tidak sama, tidak kelihatan hampir menyentuh. Yang
penting ialah semua kekosongan diantara huruf-huruf hendaklah seimbang dan kelihatan
sama.
14.4 Jarak di antara perkataan hendaklah sekurang-kurangnya 1 ½ x lebar huruf M. Jarak
di antara semua perkataan hendaklah kelihatan sama. Ini adalah bersesuaian untuk bahan
batu yang bersaiz besar seperti carta dan untuk jumlah murid seramai 40 orang.

Ini buku saya


1 ½ lebar huruf M

Grafik 15
PSPN SELANGOR, Jalan Cenderawasih 6/7, Seksyen 6, 40000 Shah Alam
FAX : 03-55124828
TEL : 03-55122576 E-MAIL : pspnsel@tm.net.my
Teknologi Terkini

14.5 Jarak di antara akhir ayat kepermulaan ayat baru, dibarisan yang sama hendaklah
sekurang-kurangnya 3 x lebar huruf “ M “. Jarak di antara semua hujung ayat
ke permulaan ayat baru hendaklah kelihatan sama juga.

Buku Biru Buku Hijau


3 lebar huruf “ M “

Buku Biru
Buku Hijau
1 ½ Tinggi huruf “ M “

14.6 Warnakan penghurufan dengan warna yang akan menyebabkan penghurufan tersebut
kelihatan lebih jelas. Warna latar penghurufan haruslah warna yang boleh menyebabkan
penghurufan itu lebih jelas.

15. Keluarga Penghurufan

Terdapat tiga keluarga ( kategori) Penghurufan.

15.1 Keluarga Huruf Serif


15.2 Keluarga Huruf Senserif
15.3 Keluarga Huruf Pelbagai

Air Sejuk Huruf Tanpa Serif

Air Sejuk Huruf Moden Yang Bersirif Sedikit

Grafik 16
PSPN SELANGOR, Jalan Cenderawasih 6/7, Seksyen 6, 40000 Shah Alam
FAX : 03-55124828
TEL : 03-55122576 E-MAIL : pspnsel@tm.net.my
Teknologi Terkini

Air Sejuk Huruf Skrif

Air Sejuk Huruf Inggeris Lama

16. Penyusunan Barisan Huruf.

Memohon
Kebenaran Keluar

Seimbang Formal

Memohon
Kebenaran Keluar

Sejajar Di Pangkal

Memohon
Kebenaran Keluar

Sejajar Di Hujung

Grafik 17
PSPN SELANGOR, Jalan Cenderawasih 6/7, Seksyen 6, 40000 Shah Alam
FAX : 03-55124828
TEL : 03-55122576 E-MAIL : pspnsel@tm.net.my
Teknologi Terkini

17. Pengenalan Grafik Dalam Komputer

Dalam era masa kini, penggunaan komputer menuntut manusia memilih untuk melakukan
kerja dengan lebih mudah lagi. Pelbagai perisian digunakan untuk membina kerja-kerja
yang melibatkan grafik.

Penggunaan komputer dalam penghasilan bahan P&P dapat memudahkan kerja dalam
jangkamasa yang singkat. Walaubagaimanapun pengguna harus mengetahui mengenai
prinsip-prinsip asas grafik supaya hasil yang diciptakan dapat difahami dan menarik
perhatian pengguna.

Dalam bab ini anda didedahkan dengan penggunan asas grafik MS-Words. Anda haruslah
mengetahui asas penggunaan MS-Word dan telah kenal Bar Alat yang dipaparkan di skrin.

18. Bagaimana Mengendali Grafik

Anda boleh mencipta dan menyerikan lagi dokumen word dengan menggunakan gambar
tersedia dari koleksi Microsoft ClipArt Gallery atau menyisip fail imej yang dihasilkan dengan
program lain.

Anda boleh juga melukis bentuk untuk dimasukkan ke dalam penghasilan. Setiap grafik atau
bentuk yang ditambah ialah satu objek. Objek boleh dipindahkan dan diubah saiznya
mengikut kehendak.

Anda akan belajar menggunakan peralatan grafik dalam Word. Anda juga ditunjukkan cara
melukis bentuk asas, menyisip gambar, menghasilkan imej WordArt, dan mengendali objek
grafik.

Grafik 18
PSPN SELANGOR, Jalan Cenderawasih 6/7, Seksyen 6, 40000 Shah Alam
FAX : 03-55124828
TEL : 03-55122576 E-MAIL : pspnsel@tm.net.my
Teknologi Terkini

19. Menyisip Grafik Tersedia

Satu cara untuk menambah keberkesanan visual ialah dengan menggunakan gambar
clipart, iaitu lukisan atau imej tersedia yang mencakupi pelbagai topik dan kategori. Anda
boleh menyisipkan gambar tersedia ini ke dalam sebarang dokumen anda. Microsoft Word
menyediakan koleksi imej tersedia termasuk imej dan gambar foto hitam putih dan
berwarna. Selain gambar dalam galeri Microsoft, anda boleh mencari gambar lain di
Jaringan Web Sedunia (WWW).

19.1 Membuka Kotak Dialog

Klik tetikus pada lokasi yang anda ingin menyisipkan gambar. Buka menu Insert dan pilih
picture, Clip Art untuk membuka kotak dialog insert clipArt.

Klik

Grafik 19
PSPN SELANGOR, Jalan Cenderawasih 6/7, Seksyen 6, 40000 Shah Alam
FAX : 03-55124828
TEL : 03-55122576 E-MAIL : pspnsel@tm.net.my
Teknologi Terkini

19.2 Melihat Kategori Gambar

Dari tab picture, tinjaulah kategori gambar yang ada. Gunakan bar tatal untuk melihat
semua kategori yang ada. Klik pada objek yang dipilih.

Klik

19.3 Melihat Gambar

Paparkan senarai gambar yang tersedia. Sesetengah kategori mempunyai pautan Keep
Looking yang boleh diklik untuk memaparkan gambar lain. Jika anda tidak mendapati
gambar yang diperlukan, klik butang back untuk mencari kategori lain
( klik Forward untuk melihat set gambar sebelumnya setelah mengklik butang back ).

Grafik 20
PSPN SELANGOR, Jalan Cenderawasih 6/7, Seksyen 6, 40000 Shah Alam
FAX : 03-55124828
TEL : 03-55122576 E-MAIL : pspnsel@tm.net.my
Teknologi Terkini

19.4 Memilih Gambar

Apabila menemui gambar yang sesuai digunakan, klik pada gambar tersebut. Klik butang
Insert . Untuk pra pandang gambar itu, klik butang Preview Clip.

19.5 Gambar Muncul

Gambar itu akan muncul di dalam fail anda bersama bar alat picture. Anda boleh mengubah
saiz atau memindah imej. Tutup kotak dialog dengan mengklik butang tutup ( X ).

Gambar
muncul
Di paparan

20. Menyisip Fail Gambar

Jika anda mempunyai fail gambar dari program lain, anda boleh menyisipnya ke dalam
dokumen anda. Anda boleh juga memasukkan objek seperti imej terimbas, hamparan Excel
dan objek visual yang lain.. Anda boleh mengubah saiz, memindahkan dan disalin.

Grafik 21
PSPN SELANGOR, Jalan Cenderawasih 6/7, Seksyen 6, 40000 Shah Alam
FAX : 03-55124828
TEL : 03-55122576 E-MAIL : pspnsel@tm.net.my
Teknologi Terkini

20.1 Membuka Kotak Dialog

Paparkan menu Insert dan pilih object untuk membuka kotak dialog object.
Klik tab Create from file.

20.2 Membuka Kotak Dialog Browse

Untuk mencari fail objek yang hendak disisipkan, klik butang Browse untuk membuka kotak
dialognya.

Grafik 22
PSPN SELANGOR, Jalan Cenderawasih 6/7, Seksyen 6, 40000 Shah Alam
FAX : 03-55124828
TEL : 03-55122576 E-MAIL : pspnsel@tm.net.my
Teknologi Terkini

20.3 Memilih Fail Objek

Cari gambar fail yang dikehendaki. Pilih fail itu dan klik Insert untuk kembali ke kotak dialog
object. Klik OK untuk menyisipkan objek itu. Objek yang dipilih itu boleh dikecilkan saiznya
dan boleh dipindahkan.

21. Mencipta Teks Dengan Wordart


Salah satu alat grafik popular Microsoft yang dibekalkan bersama Word ialah aplikasi
WordArt. WordArt membolehkan anda menukarkan teks ke objek grafik yang pelbagai
bentuk dan pelbagai kesan menarik.
21.1 Membuka Menu
Buka menu insert dan pilih picture, WordArt. Ini membuka kotak dialog WordArt Gallery.

Grafik 23
PSPN SELANGOR, Jalan Cenderawasih 6/7, Seksyen 6, 40000 Shah Alam
FAX : 03-55124828
TEL : 03-55122576 E-MAIL : pspnsel@tm.net.my
Teknologi Terkini

Pilih satu kesan ( stail ) WordArt yang sesuai. Contoh yang diperagakan menunjukkan
bentuk dan kesan itu. Klik OK

21.2 Menaip Teks

Dalam kotak Edit WordArt Text, taipkan teks yang hendak digunakan untuk membentuk
objek WordArt itu.

Grafik 24
PSPN SELANGOR, Jalan Cenderawasih 6/7, Seksyen 6, 40000 Shah Alam
FAX : 03-55124828
TEL : 03-55122576 E-MAIL : pspnsel@tm.net.my
Teknologi Terkini

21.3 Menukar Bentuk Font

Gunakan kotak naik turun Font untuk memilih bentuk dan stail Font. Anda juga boleh
menukar saiz Font.

Klik OK, objek WordArt anda akan muncul dalam dokumen bersama bar alat WordArt.
Gunakan bar alat ini untuk mengubahsuai objek WordArt sama ada mengecil atau
membesarkannya.

Grafik 25
PSPN SELANGOR, Jalan Cenderawasih 6/7, Seksyen 6, 40000 Shah Alam
FAX : 03-55124828
TEL : 03-55122576 E-MAIL : pspnsel@tm.net.my
Teknologi Terkini

21.4 Melukis Bentuk Asas

Anda boleh melukis pelbagai bentu dengan menggunakan Word Drawing. Anda boleh
mendapatkan alat Drawing ini di bar yang terpapar di bawah skrin komputer. Pelbagai
bentuk lukisan disediakan dengan mengklik pada bar alat. Antaranya garisan lurus, petak
segiempat, bulat, anak panah, segitiga dan sebagainya. Anda juga boleh mengklik butang
AutoShapes untuk mendapatkan pelbagai bentuk yang diingini.

Baralat melukis
AutoShapes

21.5 Bagaimana hendak melukis?

Klik pada bar alat Drawing untuk memilih bentuk lukisan. Gerakkan penuding tetikus ke
lokasi untuk anda mula melukis. Klik dan seret tetikus untuk melukis bentuknya. Apabila
bentuk yang dikehendaki diperolehi, lepaskan butang tetikus. Anda boleh mengubah saiz,
memindah atau memformat objek itu.

21.6 Melukis bentuk tidak sekata

Grafik 26
PSPN SELANGOR, Jalan Cenderawasih 6/7, Seksyen 6, 40000 Shah Alam
FAX : 03-55124828
TEL : 03-55122576 E-MAIL : pspnsel@tm.net.my
Teknologi Terkini

Gunakan alat Freeform untuk melukis poligon atau bentuk tidak sekata. Untuk

menggunakan alat ini, klik butang AutoShapes di bar alat Drawing, kemudian pilih kategori

Lines dan pilih alat Freeform.

22. Melilit Teks disekililing Grafik


Anda boleh menambah objek ke dalam dokumen yang mempunyai teks. Anda boleh
merancang dan menentukan kedudukan teks di dalam teks. Misalnya anda mungkin mahu
teks disusun sehingga tepi objek, atupun meninggalkan sedikit ruang putih antara objek
dengan teks. Kawalan lilitan teks word membolehkan anda menentukan cara teks dan objek
diperagakan bersama.
22.1 Memilih Objek
Pilihlah objek yang dikehendaki. Klik butang Text Wrapping di bar alat picture. Gunakan
menu naik turun untuk memilih lilitan teks yang sesuai.

Word akan melilitkan teks di sekeliling objek berdasarkan opsyen yang dipilih. Dalam contoh
ini lilitan Tight telah digunakan.

Grafik 27
PSPN SELANGOR, Jalan Cenderawasih 6/7, Seksyen 6, 40000 Shah Alam
FAX : 03-55124828
TEL : 03-55122576 E-MAIL : pspnsel@tm.net.my
Teknologi Terkini

23. Menambah Teks Ke Dalam lukisan

23.1 Lukisan yang dibuat dengan menggunakan butang Drawing boleh dimasukkan
teks dengan menggunakan Text Box.

Klik butang Text Box yang ada pada bar alat Drawing. Klik pada objek lukisan
dan taipkan teks yang ingin dimasukkan.

Grafik 28
PSPN SELANGOR, Jalan Cenderawasih 6/7, Seksyen 6, 40000 Shah Alam
FAX : 03-55124828
TEL : 03-55122576 E-MAIL : pspnsel@tm.net.my
Teknologi Terkini

23.2 Menukar warna

Klik kanan objek itu untuk memaparkan menu pintas dan pilih perintah Format di
bahagian bawah menu. Nama perintah ini berbeza bergantung pada jenis objek
dipilih. Misalnya jika anda telah klik kanan pada satu bentuk, namanya ialah Format
AutuShape. Jika anda klik kanan pada kotak teks, namanya ialah Format Text Box.

Kotak dialog Format muncul. Klik tab Colors and Lines untuk melihat opsyen bagi menukar
warna dan stail garis objek.

23.3 Menambah Kesan Bayang

Grafik 29
PSPN SELANGOR, Jalan Cenderawasih 6/7, Seksyen 6, 40000 Shah Alam
FAX : 03-55124828
TEL : 03-55122576 E-MAIL : pspnsel@tm.net.my
Teknologi Terkini

Satu lagi cara untuk menambah kesan khas pada objek ialah dengan menggunakan
bayang ( shadow ). Ini dapat memberi kesan 3D pada kotak teks, bentuk, gambar,
objek WordArt dan sebagainya. Anda boleh mengawal dengan tepat lokasi bagi
bayang yang akan muncul serta warnanya.
23.1 Memasukkan Kesan Bayang

Klik pada objek yang dipilih. Klik butang Shadow di bar alat Drawing untuk memaparkan
palet kesan bayang. Klik pada kesan yang dikehendaki. Kesan bayang yang dipilih dengan
serta-merta muncul pada objek.

23.2 Membuka Bar Alat Khas

Untuk kawalan yang lebih rapi terhadap kesan bayang, gunakan bar alat Shadow Setting.
Klik butang Shadow dan pilih Shadow Setting pada palet yang muncul.

Grafik 30
PSPN SELANGOR, Jalan Cenderawasih 6/7, Seksyen 6, 40000 Shah Alam
FAX : 03-55124828
TEL : 03-55122576 E-MAIL : pspnsel@tm.net.my
Teknologi Terkini

Grafik 31
PSPN SELANGOR, Jalan Cenderawasih 6/7, Seksyen 6, 40000 Shah Alam
FAX : 03-55124828
TEL : 03-55122576 E-MAIL : pspnsel@tm.net.my

You might also like