You are on page 1of 11

ARTIKEL

TAJUK PROGRAM

: KEPERLUAN PENDIDIKAN INKLUSIF DALAM PENDIDIKAN ARUS PERDANA

NAMA PELAJAR NO. MATRIK KUMPULAN NAMA PENSYARAH FAKULTI UNIVERSITI SEMESTER

: JANNATONSHIMA BINTI ABDULLAH : M 20122001583 :A : DR. NOOR AINI BINTI AHMAD : FAKULTI PENDIDIKAN DAN PEMBANGUNAN MANUSIA : UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS : SEMESTER 2 2012/2013

Page | 1

ABSTRAK Program inklusif merupakan program di mana murid-murid pendidikan khas dimasukkan ke dalam pendidikan aliran perdana, samada secara separuh masa atau pun sepenuh masa. Mereka dimasukkan ke dalam aliran perdana dimana mereka akan mengikuti silibus pendidikan murid di aliran perdana, dan mereka turut serta mengikuti pengajaran dan pembelajaran aliran perdana. Pelaksanaan program inklusif di sekolah bukanlah sesuatu yang mudah, kerana ianya memerlukan penglibatan semua pihak samada yang terlibat secara langsung atau tidak langsung. Walaupun banyak isu berbangkit dalam konteks inklusif ini, namun implikasi pendidikan inklusif banyak memberi faedah kepada murid berkeperluan khas, khususnya. Objektif kajian ini adalah untuk mengenalpasti keperluan Pendidikan Inklusif dalam pendidikan arus perdana, membincangkan peranan-peranan pelbagai pihak dalam menjadikan program Pendidikan Inklusif di negara ini lebih maju dan berkesan, serta membahaskan isu-isu perkembangan pendidikan inklusif di Sekolah Kebangsaan Hashim Awang (SKHA) khususnya serta di Malaysia amnya. Program Pendidikan Inklusif untuk golongan berkeperluan khas telah bermula pada 1987 di bawah Kementerian Pendidikan dan ianya telah digubal selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara. Program Pendidikan Inklusif ini menitikberatkan program pendidikan yang mana melibatkan murid-murid berkeperluan khas yang boleh menghadiri kelas biasa dan belajar bersama-sama dengan murid-murid biasa. Hasil kajian mendapati bahawa Pendidikan Inklusif perlu dilaksanakan secara optimum bagi memenuhi keperluan kesaksamaan, pendidikan berkualiti serta keperluan sosial. Namun, cabaran serta isu-isu berkaitan inklusif perlu ditangani segera dalam memastikan keberkesanan Pendidikan Inklusif dalam bidang pendidikan sejagat di Malaysia.

Page | 2

ABSTRACT

Inclusive program is a program where special education students included in mainstream education, either part-time or full-time. They are included in the mainstream where they will follow the syllabus of students in mainstream education, and they also follow the teaching and learning as well as the mainstream. Implementation of inclusive programs in school is not easy, because it requires the involvement of all parties involved either directly or indirectly. Although many of the issues arising in the context of inclusive, but the implications are many benefits of inclusive education for pupils with special needs in particular. The objective of this study is to identify the needs of Inclusive Education in mainstream education, discusses the roles of various parties in making the program on Inclusive Education in this country is more advanced and effective, and to discuss the issues of inclusive education development in the Sekolah Kebangsaan Hashim Awang (SKHA) specifically and in Malaysia in general. Inclusive Education program for those with special needs was started in 1987 under the Ministry of Education and it has been drafted in accordance with the National Education Philosophy. Inclusive Education program is concerned with education programs which involve students with special needs who can attend regular classes and learn along with regular students. The study found that Inclusive Education should be implemented optimally to meet the demands of equality, quality education and social needs. However, challenges and issues need to be addressed immediately inclusive in ensuring the effectiveness of Inclusive Education in the field of global education in Malaysia.

Page | 3

PENGENALAN

Pendidikan adalah hak asasi semua manusia dan dari segi falsafahnya, semua insan di dunia ini mempunyai hak untuk belajar dan mengetahui sesuatu. Apabila berbicara mengenai peluang pendidikan terhadap murid berkeperluan khas, mereka juga mempunyai minat, hasrat dan cita-cita yang setanding dengan individu normal. Mereka juga perlu diberikan peluang yang sama dengan individu normal yang lain supaya mereka tidak tersisih daripada arus pembelajaran nasional kerana ada dalam kalangan mereka mempunyai kecerdasan kognitif yang setanding dengan individu yang sempurna malah mereka mampu melebihi pencapaian murid yang normal. Apabila memperkatakan tentang pendidikan khas, ianya juga sinonim dengan istilah pendidikan inklusif iaitu pendidikan bagi murid yang berkeperluan khas. Perkataan inklusif ini diambil daripada perkataan Inggeris iaitu inclusive yang bermaksud merangkumi. Pendidikan inklusif secara umumnya adalah mengintegrasikan murid-murid berkeperluan khas ke dalam bilik darjah biasa, supaya mereka berpeluang menikmati segala kemudahan belajar dalam keadaan normal seperti murid-murid lain tanpa mengira status. Pendekatan pendidikan inklusif adalah antara beberapa pilihan yang ada untuk kanakkanak berkeperluan khas di Malaysia. Namun pendekatan ini masih terbatas dilaksanakan mengikut acuan Malaysia serta terdapat di sekolah-sekolah tertentu sahaja. Terdapat pelbagai kategori kanak-kanak berkeperluan khas, namun begitu terdapat empat kategori kanak-kanak berkeperluan khas sahaja yang boleh didapati di kebanyakan sekolah dalam aliran perdana. Mereka ialah yang berada dalam kategori masalah fizikal (cacat anggota), emosi dan tingkah laku (autisme dan ADHD), pembelajaran khusus disleksia (Dyslexia) dan penguasaan kemahiran 3M. Pada umumnya, perkembangan fizikal mereka adalah setara dengan perkembangan rakan sebaya yang normal. Dengan demikian, ramai guru dan ibu bapa tidak menyedari masalah sebenar kanak-kanak ini. Akibatnya mereka dianggap malas atau degil atau bermasalah, malah

Page | 4

ada yang dianggap biadab apabila mereka tidak dapat memenuhi kehendak norma bilik darjah / pembelajaran atau tatasusila masyarakat setempat. OBJEKTIF KAJIAN Pendekatan pendidikan inklusif dilaksanakan di sekolah tertentu di seluruh negara bagi memenuhi keperluan murid dan juga permintaan ibu bapa. Dasar sedia ada yang diterima pakai sekian lama memperuntukkan hak mendapat pendidikan formal bagi kanak-kanak berkeperluan khas, dan dasar tersebut diperkukuh oleh dasar Pendidikan Wajib dan Pendidikan untuk Semua yang kini menjadi asas perkiraan dalam perancangan pelaksanaan pendidikan khas di Malaysia. Dengan termeterai dua dasar tersebut, pendekatan pendidikan inklusif menjadi perkara penting dalam menghadapi cabaran dan isu-isu semasa pendidikan khas. Oleh itu terdapat keperluan pendidikan inklusif dilaksanakan dalam sistem pendidikan arus perdana di Malaysia kerana ianya merangkumi keperluan kesamarataan hak asasi, keperluan pendidikan berkualiti dan keperluan sosial.

METODOLOGI KAJIAN Kajian ini adalah mengenai satu tinjauan yang dilakukan dalam mengkaji keperluan serta keberkesanan program pendidikan inklusif dalam pendidikan arus perdana yang telah dijalankan di sebuah sekolah di Daerah Kepala Batas, Pualu Pinang. Sekolah ini merupakan sekolah rendah luar 5ystem yang bertaraf gred A dan mempunyai jumlah murid seramai 646 orang. Jumlah murid pendidikan khas pada tahun 2013 ini adalah seramai 88 orang, dengan jumlah guru 17 orang serta tujuh orang pembantu pengurusan murid. Kebanyakan muridnya adalah berbangsa Melayu. Dapatan kajian akan menjadi maklumbalas bagi tujuan merancang pengajaran dan pembelajaran yang lebih bermakna di samping bertujuan meningkatkan mutu pencapaian muridmurid inklusif di kelas arus perdana. Kajian ini merupakan kajian deskriptif berbentuk pemerhatian serta melibatkan temubual bersama beberapa orang responden. Pendekatan kaedah yang digunakan dalam kajian ini adalah berbentuk kualitatif, di mana sesi temubual telah

Page | 5

dijalankan bagi mengumpul maklumat serta pandangan terhadap 6ystem pendidikan inklusif yang telah dijalankan.

DAPATAN KAJIAN a) Keperluan Kesamarataan Hak Asasi Malaysia mengamalkan sistem pendidikan berpusat dan Kementerian Pelajaran bertanggungjawab terhadap pembangunan dan pengurusan pendidikan formal untuk setiap kanak-kanak termasuk individu berkeperluan khas atau kurang upaya. Dalam Akta Pendidikan 1996, konsep ketidakupayaan (disabled) adalah merangkumi murid yang mempunyai masalah penglihatan, pendengaran dan masalah pembelajaran (Bahagian H, Seksyen 41). Secara umumnya, setiap individu berhak mendapat hak yang sama rata termasuklah keperluan pendidikan mengikut keupayaan masingmasing termasuklah untuk golongan kurang upaya. Ini kerana semua kanak-kanak mempunyai hak untuk belajar dan di didik di persekitaran yang sama dengan rakan sebaya yang lain. Pelbagai deklarasi antarabangsa menyokong bahawa pendidikan inklusif adalah suatu hak bagi kanak-kanak. Malahan mengasingkan kanak-kanak ke dalam kelas khas juga adalah suatu diskriminasi. Akta Pendidikan Kebangsaan menyatakan bahawa pendidikan yang diberikan kepada rakyat Malaysia adalah pelbagai dan skop yang komprehensif agar memenuhi keperluan negara, memupuk perpaduan negara melalui pembangunan budaya, sosial, ekonomi dan politik selaras dengan prinsipprinsip Rukunegara. Oleh itu, golongan berkeperluan khas juga seharusnya diberi peluang untuk sama-sama menikmati hak kesamarataan termasuklah dalam aspek pendidikan yang lebih berkualiti. Jadi, keperluan pendidikan inklusif dan kaedah yang lebih sesuai bagi pendidikan ini dalam setiap kategori pendidikan khas haruslah dipertingkatkan untuk kemajuan golongan kurang upaya, bukan sahaja dalam aspek pendidikan malahan segala aspek yang lain.

Page | 6

b) Keperluan Pendidikan Berkualiti Pendidikan mempunyai peranan penting dalam menjayakan wawasan negara demi untuk mencapai taraf negara maju sepenuhnya dari segi kemajuan ekonomi, keadilan sosial, dan kekuatan rohani, moral dan etika, ke arah mewujudkan suatu masyarakat yang bersatu padu, demokratik, liberal dan dinamik. Sistem pendidikan yang bertaraf dunia seharusnya memperkembangkan potensi individu sepenuhnya dan mencapai aspirasi gagasan sesebuah negara. Oleh itu pendidikan inklusif merupakan strategi jangka masa panjang yang baik untuk meningkatkan taraf pendidikan golongan berkeperluan khas di negara kita. Ini kerana pendidikan seharusnya menjadi aset kepada setiap individu termasuklah golongan berkeperluan khas. Ketidakupayaan tidak boleh dijadikan alasan untuk keciciran mendapatkan pendidikan kerana pelbagai kaedah boleh dilaksanakan dalam menyediakan perkhidmatan kepada golongan berkeperluan khas ini. Pendidikan inklusif memberi peluang kepada individu untuk berada dalam persekitaran masyarakat yang sebenar melalui sistem pendidikan. Situasi ini membantu murid untuk berinteraksi dengan persekitaran yang pelbagai serta melatih diri berhadapan dengan kehidupan masa depan kelak. Kajian menunjukkan bahawa kanak-kanak menunjukkan prestasi akademik dan sosial yang lebih tinggi apabila mereka belajar dalam suatu persekitaran yang sama. Oleh itu pendidikan inklusif perlu dilaksanakan bukan sahaja di sekolah-sekolah yang terpilih namun di setiap sekolah dan pusat-pusat biasa untuk memudahkan akses pendidikan kepada golongan berkeperluan khas. Pendidikan inklusif juga sebenarnya menjimatkan banyak masa, tenaga dan material kepada pelbagai pihak seperti murid, keluarga, guru, sekolah dan kerajaan. Ini kerana pendidikan inklusif menjadi sebahagian daripada pendidikan arus perdana di negara kita.

Page | 7

c) Keperluan Sosial Pendidikan inklusif bukan sahaja bertujuan untuk menyediakan perkhidmatan pendidikan kepada golongan berkeperluan khas malahan untuk mewujudkan hubungan kemanusiaan di antara ahli masyarakat. Ini kerana realitinya masyarakat terutamanya kanak-kanak tidak didedahkan dengan golongan kurang upaya sehingga menimbulkan sikap prejudis, takut dan tidak peduli terhadap golongan berkeperluan khas. Pelaksanaan pendidikan inklusif dalam sistem pendidikan arus perdana mengajar kanak-kanak untuk menerima golongan berkeperluan khas secara lebih semulajadi. Pendidikan inklusif berpotensi untuk mengurangkan rasa takut dan membina persahabatan, rasa hormat dan sikap memahami terhadap golongan OKU. Ini kerana semua individu memerlukan pendidikan yang akan membantu mereka membina persahabatan dan persediaan untuk kehidupan di arus perdana. Bagi tujuan jangkamasa panjang, pendidikan inklusif membantu murid berkeperluan khas untuk berfungsi ke tahap optimum mengikut kemampuan diri sendiri serta mengurangkan kebergantungan kepada orang lain.

PERBINCANGAN Pendidikan inklusif merupakan satu sistem pendidikan yang telah di gubal dan dibentuk dalam memenuhi keperluan pendidikan murid berkeperluan khas. Program ini yang telah bermula seawal tahun 1987 telah banyak menyumbang kepada kejayaan terutama kepada pendidikan murid berkeperluan khas di Malaysia secara umumnya. Walau menghadapi pelbagai masalah dan kerenah dalam melaksanakan program pendidikan inklusif ini, namun ianya tetap diteruskan dengan penambahbaikan yang dilakukan dari semasa ke semasa. Ini demi memberi pendidikan yang terbaik buat murid-murid keperluan khas di negara kita.

Page | 8

Hasil daripada pemerhatian dan temubual yang telah dijalankan oleh pengkaji terhadap beberapa orang responden mengenai tahap keperluan dan keberkesanan program inklusif ini terutama yang telah dijalankan di sekolah kajian (Sekolah Kebangsaan Hashim Awang, SKHA), dapat diperoleh beberapa maklumat yang mungkin dapat dikongsi bersama guru-guru lain yang turut mengendalikan program pendidikan inklusif ini di sekolah masing-masing. Halangan-halangan di dalam menginklusifkan murid pendidikan khas merupakan satu masalah yang pasti ada jalan penyelesaiannya. Antara cadangan-cadangan yang boleh digunakan dalam pendidikan inklusif dan boleh dijadikan panduan adalah : i. Penglibatan adalah berguna untuk keperluan manusia untuk menikmati dan menjayakan hak-hak manusia dalam program inklusif ii. iii. Perbezaan manusia adalah normal Perbezaan pembelajaran mestilah diadaptasi mengikut keperluan kanakkanak pendidikan khas iv. Sekolah biasa mestilah mengenalpasti dan memberi respon terhadap kepelbagaian keperluan murid mereka v. Sekolah biasa dengan orientasi inklusif merupakan satu cabaran besar dalam melawan sikap mendiskriminasi, membentuk komuniti yang mengalu-alukan pendidikan inklusif, membina masyarakat inklusif dan mencapai tahap pendidikan untuk semua vi. Apabila sekolah aliran perdana menyediakan pendidikan yang efektif kepada majoriti kanak-kanak khas, mereka juga meningkatkan kecekapan dan keefektifan bagi keseluruhan sistem pendidikan vii. Kerajaan perlu mengadaptasikan undang-undang dan prinsip polisi bagi kemasukan murid pendidikan inklusif dalam sekolah biasa.

Page | 9

KESIMPULAN Pembaharuan perlu dibuat bagi memastikan kejayaan pendidikan inklusif dan diakui untuk mengubah sikap itu untuk menerima pendidikan inklusif bukannya mudah untuk memenuhi keperluan murid-murid berkeperluan khas. Untuk kelas inklusif yang berjaya, guru aliran perdana dan guru pendidikan khas perlu memberi penekanan terhadap komunikasi semua guru yang terlibat dalam program ini serta perlulah bersikap jujur dan terbuka dalam menangani segala masalah dan peranan yang timbul. Guru-guru yang terlibat dalam kelas inklusif hendaklah bersedia untuk menghadapi sebarang rintangan dan halangan yang mendatang. Mereka juga perlu belajar untuk berkompromi dan juga membuat sesuatu yang berlainan sama sekali daripada yang dirancangkan. Pelaksanaan pendidikan inklusif memerlukan kerjasama semua pihak agar keberkesanan program yang dilaksanakan dapat dihasilkan. Pendidikan inklusif memberi peluang ke arah pemantapan sistem pendidikan untuk golongan berkeperluan khas di negara kita. Di samping itu, kolaborasi antara semua pihak yang terlibat amat diperlukan seperti kolaborasi antara pihak profesional dengan ibu bapa. Kolaborasi yang berkesan dapat diwujudkan jika semua pihak yang terlibat mengamalkan pemikiran yang terbuka dan mempunyai matlamat yang sama, iaitu memaksimumkan potensi dan meminimumkan ketidakupayaan kanak-kanak khas. Konsep Pendidikan untuk Semua yang telah diperkenalkan juga perlu sentiasa diingati dalam usaha penyediaan perkhidmatan kepada murid-murid berkeperluan khas. Ini adalah supaya hak untuk mendapat peluang pendidikan atau perkhidmatan yang sama rata adalah terjamin, terutamanya dalam persekitaran semuala jadi. Terdapat dua faktor penting dalam memastikan kejayaan program pendidikan inklusif; iaitu pertama, memberikan semangat yang positif sewaktu pengajaran di dalam kelas dengan memberi fokus kepada kekuatan dan kebolehan murid, dan kedua adalah percaya kepada murid dan diri guru itu sendiri.

Page | 10

Page | 11

You might also like