You are on page 1of 10

Pendidikan Inklusif DEFINISI

Pendidikan Inklusif melibatkan pelajar dengan berkeperluan khas di dalam kelas biasa. Bantuan yang sesuai akan diberikan kepada mereka bagi membolehkan mereka mengikuti pengajaran dan pembelajaran bersama rakan sebaya mereka.(KamariahJarji,1994).

PENCALONAN
Pencalonan dibuat berdasarkan kemampuan dan prestasi pelajar berkeperluan khas yang berada di program pendidikan khas integrasi yang dikenalpasti boleh : - Mengikuti proses pengajaran dan

pembelajaran dalam aliran perdana


- Bersosialisasi

- Menduduki peperiksaan awam

KONSEP DAN DASAR PENDIDIKAN INKLUSIF


Berkaitan dengan pendemokrasian pendidikan dan konsep keadilan kepada: i. Kanak-kanak mempunyai banyak persamaan ii. Agen yang baik boleh mengajar semua jenis kanak-kanak. iii. Semua kanak-kanak boleh dibekalkan dengan kualit pendidikan yang tinggi. iv. Proses pengajaran dan pembelajaran yang berpusatkan murid/childcentered.

OBJEKTIF PENDIDIKAN INKLUSIF


I. Membolehkan pelajar pendidikan khas mendapat tempat yang sama dalam pendidikan. II. Menempatkan pelajar pendidikan khas ini dalam persekitaran yang seakan normal mengikut kesesuaian pendidikan . III. Membolehkan pelajar pendidikan khas tersebut menyesuaikan diri dalam semua aspek kurikulum dan kokurikulum sejak dari awal. IV. Membuktikan bahawa mereka juga mempunyai kemahiran dan kebolehan yang setanding dengan rakan-rakan yang normal. V. Membolehkan mereka hidup berdikari mengikut kelaziman orang normal. VI. Mendapat perhatian dan tanggungjawab ibu bapa dan masyarakat.

PENEKANAN DALAM PENDIDIKAN INKLUSIF


Pemupukan budaya ilmu, iaitu melalui amalan membaca berfikir, berkarya dan belajar. Penerapan nilai-nilai murni. Pendidikan teknik dan vokesional spt pelajaran Kemahiran Hidup dan pelajaran Reka Cipta. Pendidikan sains teknologi serta penguasaan bahasa lain. Pemupukan budaya niaga & keusahawanan. Menanam semangat kenegaraan melalui sifat patriotisme dan perpaduan. Pengetahuan dan kemahiran dalam bidang komputer.

PELAKSANAAN PENDIDIKAN INKLUSIF


Fleksibel dalam pendekatan pengajaran dan pembelajaran dan pengubahsuaian kurikulum mengikut aras dan keupayaan pelajar. Berasaskan kepada prinsip pengajaran iaitu dari senang ke susah dan dari mudah ke kompleks. Galakan kemahiran komunikasi dan interaksi. Melibatkan pelajar dalam pengajaran dan bina keyakinan diri, daya saing dan daya tahan. Sediakan aktiviti P&P yg menarik. Berikan penekanan kepada kurikulum bersepadu Waktu bimbingan / resos dicatatkan dalam jadula waktu peribadi dan penulisan rph adalah sama. Murid berkeperluan khas ditempatkan ke kelas mengikut keputusan mesyuarat . Guru pendidikan khas akan bersama murid berkeperluan khas sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran. Pelajar berkeperluan khas diberi tempoh percubaan 3 bulan untuk tujuan penyesuaian di program pendidikan inklusif.

PENILAIAN:
Penilaian pelajar berkeperluan khas dibuat dengan menggunakan senarai semak / ujian formatif dan sumatif dari aspek:
Tingkah laku Sosial Akademik

Pelajar berkeperluan khas yang berjaya melepasi penilaian akan terus berada di program pendidikan inklusif. Pelajar berkeperluan khas yang gagal melepasi penilaian dalam tempoh percubaan akan kembali semula ke program pendidikan pra inklusif.

BENTUK PENDIDIKAN INKLUSIF


PENDIDIKAN INKLUSIF SEPENUH MASA

pelajar mengikuti semua mata pelajaran di kelas biasa


seperti pelajar biasa. Senarai nama murid kekal dalam daftar kelas khas. Guru kelas biasa boleh merujuk atau meminta bantuan daripada guru pendidikan khas (guru pendamping)

sekiranya terdapat sebarang masalah samada dari


segi pembelajaran atau tingkahlaku. Pelajar pendidikan khas diberi peluang untuk mengambil peperiksaan awam

PENDIDIKAN SEPARA INKLUSIF

Pelajar mengikuti pembelajaran di kelas biasa untuk mata


pelajaran tertentu sahaja. Waktu selebihnya mengikuti program di kelas pendidikan khas. Senarai nama pelajar pada daftar program Pendidikan Khas. Guru Pendidikan Khas terlibat sebagai pembimbing atau guru

pendamping.
Ujian mata pelajaran terlibat sama dengan pelajar biasa. Program Pendidikan Inklusif ini boleh dilaksanakan di sekolah

rendah dan menengah bergantung kepada laporan prestas atau


RPI oleh guru untuk menentukan samada pelajar itu layak atau tidak.

KEBAIKAN PENDIDIKAN INKLUSIF


1. 2. 3. Memberi peluang kepada mereka menimba pelbagai ilmu pengetahuan. Dapat berinteraksi dengan semua pelajar normal. Pelajar aliran perdana mendapat keuntungan dari usaha mereka membantu. 4. Semua pelajar menikmati faedah dari pembelajaran bersama guru pendamping/ resos. 5. 6. 7. Meningkatkan kerjasama antara pentadbir dengan guru-guru. Penglibatan ibu bapa dalam komuniti sekolah. Memungkinkan pelajar pendidikan khas mengambil bahagian dalam

aktiviti-aktiviti masyarakat setempat.


8. Menyediakan lebih banyak peluang kepada pelajar-pelajar pendidikan khas untuk berdikari dan memperolehi peluang pekerjaan.

You might also like