P. 1
KERTAS PENERANGAN.

KERTAS PENERANGAN.

|Views: 256|Likes:
Published by Prabakaran Muniandy
Mekatronik, VTO, PLC, PNuematik, Hydraulic, Robotik, Tahap 2, Skm, Nota Mekatronic, WIM kertas Penerangan,Jigs & fixtures, Electronic, Tooling, Supervisory WIM.
Mekatronik, VTO, PLC, PNuematik, Hydraulic, Robotik, Tahap 2, Skm, Nota Mekatronic, WIM kertas Penerangan,Jigs & fixtures, Electronic, Tooling, Supervisory WIM.

More info:

Published by: Prabakaran Muniandy on May 16, 2013
Copyright:Attribution Non-commercial
List Price: $0.99 Buy Now

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
See more
See less

08/24/2015

$0.99

USD

pdf

text

original

VIS MECHATRONIC SDN BHD NO.10,BLOK I,JALAN SUNGAI DAMIT TUARAN,89208 PEKAN TUARAN,SABAH.

KERTAS PENERANGAN
KOD DAN NAMA PROGRAM / PROGRAM H-176-2 TECHNICIAN AUTOMATION CODE AND NAME TAHAP / LEVEL NO DAN TAJUK MODUL/ MODULE NO AND TITLE
L2

02 PERFORM ELECTRICAL EQUIPMENT MAINTENANCE

NO DAN PERNYATAAN TUGASAN / TASK(S) NO AND STATEMENT

02.01 CARRY OUT ELECTRICAL EQUIPMENT CONDITION CHECK 02.02 CARRY OUT ELECTRICAL EQUIPMENT SAFETY CHECK

OBJEKTIF PENCAPAIAN AKHIRAN / TERMINAL PERFORMANCE OBJECTIVE

CARRY OUT ELECTRICAL EQUIPMENT CONDITION CHECK,SAFETY CHECK,USING EQUIPMENT MANUFACTURER’S SPECIFICATION,EQUIPMENT DATA BOOK,LOG BOOK CHECK LIST,HAND TOOLS, SPECIAL TOOLS,REPORT FORM,PERSONAL PROTECTIVE EQUIPMENT ETC.SO THAT ELECTRICAL EQUIPMENT IDENTIFIED, ABNORMALITIES DETECTED,EQUIPMENT SAFETY CHECKED,COMPLIANCE AND NON COMPLIANCE REPORTED IN ACCORDANCE WITH JOB SPECIFICATION REQUIREMENT AND STANDARD OPERATING PROCEDURES

NO KOD / CODE NO

H-176-2/ M02/KP(1/2)

MUKA : 01

DRP : 23

TAJUK : CARRY OUT ELECTRICAL EQUIPMENT CONDITION CHECK AND SAFETY CHECK

TUJUAN : Kertas penerangan ini bertujuan untuk menerangkan kepada para pelatih tentang Elektron, penghasilan elektrik dan komponennya, juga menerangkan peralatan menguji dan etika keselamatan semasa mengunakan elektrik.

NO KOD / CODE NO
PENERANGAN : 1. Teori Elektron

H-176-2/ M02/KP(1/2)

Muka: 02 Drp: 23

1.1 Sebelum kita mengkaji dengan lebih mendalam mengenai elektrik, kita akan mempelajari dahulu berkenaan dengan teori elektron bermula dengan pembentukan asas sesuatu benda (jirim) di ikuti dengan binaan atom dan pergerakan elektron. Keadaan Jirim 1.2 Jirim ialah benda yang mempunyai berat dan memenuhi ruang. Jirim boleh dibahagikan kepada tiga keadaan iaitu pepejal, cecair dan gas. 1.3 Pepejal adalah benda yang mempunyai sifat-sifat keras dan pejal, contohnya kayu dan batu. Ia mempunyai bentuk yang tetap.Bentuknya hanya boleh diubah oleh kuasa luar seperti panas dan tekanan contohnya besi. 1.4 Cecair Ialah benda-benda yang boleh mengalir, contohnya air. Ia tidak mempunyai bentuk yang tersendiri tetapi ia mengikut bentuk bekas yang mengisinya. 1.5 Gas Ialah benda yang sentiasa mengalir kemerata arah, contohnya udara. Gas tidak mempunyai bentuk yang tersendiri. Semua keadaan jirim ini pula terbina dairpada atom-atom. 1.6 Atom ialah bahagian yang paling kecil bagi sesuatu bahan dan mempunyai sifat yang berlainan daripada sifat benda asal. 1.7 Molekul Bahagian yang paling kecil yang boleh didapati dari sesuatu jirim tanpa mengubah sifat-sifat asalnya. Contohnya jika seketul gula dihancurkan didapati bahagian yang paling kecil ini tetap mempunyai sifat asalnya iaitu manis. 1.8 unsur ialah benda yang teridri dari satu atom sahaja.Contohnya tembaga,besi dan hidrogen. 1.9 Sebatian ialah benda yang terbina dari dua atau lebih atom. Contohnya air dan asid sulfat. 2.0 Binaan atom ialah bahagian yang paling kecil bagi sesuatu bahan dan mempunyai sifat yang berlainan dari sifat asalnya. Atom tidak boleh dipecahkan lagi menjadi bahan yang lebih ringkas lagi. Sifat-Sifat Atom 1. Ia tidak boleh dicipta atau dimusnahkan. 2. Sifatnya berbeza antara satu-satu atom dengan atom yang lain. 3. Ia tidak boleh dilihat dengan mata kasar (satu inci persegi : 250 juta atom) 2.1 Binaan Atom -atom terbina dari dua bahagian iaitu Nuklues dan Elektron 2.2 Nuklues - terletak ditengah-tengah atom. Ia terdiri daripada dua bahagian iaitu Proton dan Neutron.

4 Elektron .NO KOD / CODE NO H-176-2/ M02/KP(1/2) Muka: 03 Drp: 23 2.5 Susunan elektron pada orbit atom adalah seperti berikut :Orbit 1 – hanya boleh mampunyai 2 elektron maksima Orbit 2 – hanya boleh mampunyai 8 elektron maksima Orbit 3 – hanya boleh mampunyai 18 elektron maksima Orbit 4 – hanya boleh mampunyai 32 elektron maksima Orbit 5 – hanya boleh mampunyai 32 elektron maksima Orbit 6 – hanya boleh mampunyai 18 elektron maksima Orbit 7 – hanya boleh mampunyai 8 elektron maksima . Elektron mempunyai cas negatif (-Ve). 2.Elektron terletak di Orbit atom. manakala Neutron mempunyai cas neutral ( tiada cas). Dalam keadaan biasa. elektron ini berada di Orbit akibat daripada beratnya dan tarikan Nukeaas. Bilangan orbit bergantung kepada bahagian elektronnya. Setiap atom mempunyai binaan yang berbeza-beza dan ini menentukan sifat-sifatnya.3 Proton mempunyai cas positif ( + ve). Bilangan orbit bergantung kepada jenis-jenis atom. Ia berputar disekeliling Nuklues dengan kadar kelajuan yang tinggi. 2. Bilangan elektron dan susunannya dalam sesuatu jirim adalah penting didalam menentukan sifat jirim tersebut samada penebat atau pengalir.1 Bilangan proton bagi sesuatu atom adalah sama dengan bilangan elektron tetapi berbeza dengan bilangan neutron (bergantung kepada jenis-jenis bahan). Rajah 1.

Didalam keadaan biasa.6 Contoh:.{* Orbit 1 – 2 elektron.NO KOD / CODE NO H-176-2/ M02/KP(1/2) Muka: 04 Drp: 23 2. Atom ion positif akan cuba mencari satu elektron untuk mengisi kekosongan orbit luarnya. ia telah hilang kesimbangan Neutralnya.2 Rajah 1. Jadi casnya adalah positif dan sekiranya ia mempunyai lebih elektron casnya adalah negatif.673 X 10 –27 Kg. manakala atom ion negative akan cuba membuang elektron yang berlebihan.4 pergerakan electron .3 Contoh:Binaan atom bagi Aluminium (13 elektron) * Orbit 2 – 8 elektron Susunan Atom bagi atom Aluminium adalah:. elektron-elektron bebas berpusing-pusing tampa mambuat apa-apa kerja di dalam orbitnya. Pergerakan elektron ini dinamakan arus. Rajah 1. Jisim proton – 1. Nota : Apabila sesuatu atom kehilangan elektron. * Orbit 3 – 3 elektron } Jisim elektron – 9.73 X 10 –27 Kg. Jisim Nutron – 1.Binaan atom bagi atom hidrogen (mempunyai 1 elektron) Rajah 1.11 X 10 –31 Kg.Ia mempunyai lebih proton.

4 apabila satu daya atau tenaga dikenakan padanya. elektron ini akan bergerak. Manakala pergerakan convensional berlaku dari Positif ke Negatif. Umpamanya apabila kepingan tembaga disambungkan kepada suatu bateri. Disini proses pengionan berlaku. . punca positif bateri akan menarik elektron kepingan tembaga. Rajah 1. iaitu dari kepositif.NO KOD / CODE NO H-176-2/ M02/KP(1/2) Muka: 05 Drp: 23 Rajah 1. Pergerakan Elektron Bagi pengalir-pengalir yang kebanyakannya logam orbit yang paling luar mempunyai satu atau dua elektron sahaja.5 pergerakan paksi electron Pergerakan ini dikenali sebagai pergerakan paksi elektron. Ini menyebabkan terdapat satu aliran elektron yang digalakan oleh penolakan antara cas yang sama (Hukum cas).Pengionan ialah proses keseimbangan atom dimana ion positif cuba mencari elektron untuk mengimbangi atomnya dan ion negatif cuba mengnyahkan elektron yang berlebihan. oleh kerana elektron berpusing dengan kadar kelajuan yang tinggi elektron yang paling luar ini (dikenali sebagi elektron bebas) dimana akan mudah terkeluar dari orbitnya disebabkan jaraknya dari nuklues dan dilindungi oleh elektron yang lain.

Volt untuk mengukur Voltan. Untuk mengetahui cara memilih julat ini lihat gambarajah 2 yang menunjukan bahagian multimeter bagi memilih julat yang dikehandaki. Ohm meter untuk mengukur Rintangan.7 Peralatan ujian electrical Multimeter/Meter Pelbagai Multimeter atau meter pelbagai merupakan alat menguji yang amat berguna untuk kerjakerja pemasangan. Terdapat 3 bacaan pada multimeter iaitu :a. membaiki kerosakan dan menguji keterusan litar dalam bidang elektrik dan elektronik. Gambarajah1.6 .NO KOD / CODE NO H-176-2/ M02/KP(1/2) Muka: 06 Drp: 23 2. Gabungan ketiga-tiga meter dalam satu Ini merupakan satu alat pengujian yang Popular dan mudah didapati di kedai Menjual peralatan elektrik dan elaktronik.6 Multimeter Rajah 1. b. Voltmeter atau Ohmmeter . Teknik pengunaan multimeter ini adalah Dengan memutar julat yang terdapat pada Multimeter untuk menjadikan Ammeter. c. Ammeter untuk mengukur Arus.

Tukarkan multimeter kepada ammeter dengan memutar julat kepada bahagian arus.8 menunjukan satu bacaan pada Am meter .8 Cara / Teknik Mengukur Dan Menguji Ammeter mengukur arus elektrik dalam litar. Ammeter mestilah disambungkan secara bersiri dalam litar. Sambungan ini membolehkan arus mengalir melalui meter. Unitnya ialah ampere (A) dan pecahan yang kecil iaitu milimeter (mA) dan mikroampere (µA). 2. Sebelum mengukur arus. 1. Litar hendaklah dibuka bagi membolehkan ammeter disambung secara sesiri. Pastikan tanda kekutuban sama apabila mengukur arus dalam litar.letakkan julat arus pada nilai paling tinggi dan kemudian turunkan mengikut bacaan yang sesuai pada meter. Sambungkan meter seperti pada litar dalam gambarajah 1.7 Menyambungkan Ammeter Arus Dalam Litar Perkara-perkara berikut hendaklah diambil perhatian apabila menggunakan ammeter supaya kemalangan dapat dielakkan.NO KOD / CODE NO H-176-2/ M02/KP(1/2) Muka: 07 Drp: 23 2. Contoh bacaan :- Rajah 1. 3. 4.7 Gambarajah 1. Meter mempunyai dawai penguji positif dan negatif iaitu merah bagi positif dan hitam bagi negatif.

Arus mengalir melalui mentol disebabkan adanya beza upaya diantara titik A dan B. Litar tidak perlu dibuka apabila mengunakan Voltmeter. Pastikan tanda kutub apabila mengukur Voltan dalam litar. Meter akan menunjukan bacaan voltan apabila dawai penguji disambungkan merentasi komponen. 2. Beza upaya ini menolak electron mengalir melalui mentol. 3.9 Mengukur Voltan (Voltmeter) Voltmeter digunakan untuk mengukur voltan.9. Merujuk litar pada gambarajah 1.9menyambung Volt pada litar Bagaimanakah Voltmeter digunakan 1. Nilainya disebut volt (V). Rajah 2. mentol disambung merentasi bateri.0 Contoh bacaan pada voltan .NO KOD / CODE NO H-176-2/ M02/KP(1/2) Muka: 08 Drp: 23 2. Meter mempunyai dawai penguji positif dan negatif iaitu merah untuk positif dan hitam bagi negatif. Rajah 1. Voltmeter digunakan sacara selari dalam litar.

Bateri hebndaklah dibuka terlebih dahulu sebelum mengukur rintangan komponen 3. Bateri ini perlu diperiksa kerana kekuatannya mempengaruhi bacaan yang tepat pada multimeter.NO KOD / CODE NO 3. komponen hendaklah dikeluarkan daripada litar Cara mengukur rintangan .Apabila mengukur rintangan. Bacaan pada meter disebut Ohm () bagi menentukan rintangan. Ia disambungkan kepada litar yang merupakan pelbagai ohmmeter.0 Ohm meter H-176-2/ M02/KP(1/2) Muka: 09 Drp: 23 Ohmmeter digunakan untuk mengukur rintangan di dalam litar. Sebelum ohmmeter digunakan untuk mengukur rintangan. pastikan komponen yang diuji tidak disambung secara selari dengan komponen yang lain. 2. bolehlah ia digunakan untuk mengukur rintangan bagi memberi bacaan yang tepat. Bukakan satu daripada hujung sambungan komponen apabila mengukur nilai rintangan. Komponen yang bersambung secara selari dengan komponen lain tidak dapat memberikan bacaan yang betul apabila diuji.Bacaan skala ohm meter dari kanan ke kiri. Bagi memastikan jenis kerosakan. 1. Sebelum menukur rintangan . bateri dalam meter hendaklah digunakan. . langkah berikut hendaklah diambil:Periksa dengan memintas dawai uji positif dan negatif supaya jarum penunjuk dapat diselaraskan kepada sifar. Setelah pelarasan sifar ohm dibuat . Sifar berada di sebelah kanan dan bacaan maksima disebelah kiri. Ketika ini pastikan punca bekalan dimatikan.

Contoh: Bacaan pada skala meter ialah 15 dan pada julat pemilih ialah 100 Bacaan sebenar ialah 15 X 100 = 1500 ohm atai 1. 4. tukar julat kepada pilinan lain sehingga jarum menunjukan bacaannya. Jika jarum menunjukan bacaan setelah ditukar kepada julat lain. 3. sambungkan dawai uji merentasi perintang. Pastikan papan tanda amaran sesuatu peralatan atau mesin tidak dibuang atau ditutup.5 . 2. Lantai tempat kerja itu hendaklah bersih daripada minyak. lakukan pelarasan sifar sekali lagi. air dan gris. Gunakan alat yang betul untuk melakukan sesuatu tugas dan jangan cuba memperbaiki sebarang peralatan yang rosak jika tidak mempunyai pengetahuan yang secukupnya. lebih-lebih lagi diwaktu kecemasan. Jangan menggunakan sesuatu peralatan itu jika tidak tahu atau faham dengan cara penggunaannya. Setelah itu. 8.1 Peraturan Keselamatan Beberapa peraturan am yang perlu dipatuhi semasa berada ditempat kerja ialah seperti berikut :1. Jika perlu. pastikan lantai dan meja kerja elektrik diliputi dengan getah penebat bagi mengelakkan dari terkena renjatan. . 7. Pastikan peralatan yang baik dan rosak diasingkan. 5. Peralatan kerja hendaklah disimpan ditempat yang betul supaya mudah dicari apabila diperlukan. 6. Peralatan-peralatan dan alat-alat hendaklah dipastikan sentiasa berada dalam keadaan baik agar tidak mendatangkan bahaya sewaktu menggunakannyakelak. Darabkan bacaan pada skala dengan pemilih julat.NO KOD / CODE NO H-176-2/ M02/KP(1/2) Muka: 010 Drp: 23 Pilih julat yang paling rendah dan laraskan sifar Ohm. Semua bahan ini boleh menyebabkan pekerja tergelincir semasa mereka disitu. Jika jarum meter tidak bergerak . 3.

3. antara peraturan keselamatan yang perlu dipatuhi ialah seperti berikut:1. kecederaan teru dapat dihindari. Menggunakn sarung tangan yang bertebat dan berdiri diatas benda bukan logam. 2.Sewaktu memotong penebat kabel. Jika memakai kemeja lengan panjang. penegang tangga mestilah terikat kuat pada badan tangga dan seboleh-bolehnya tidak bercat. jam tangan atau yang seumpamanya tidak boleh dipakai sewaktu bekerja. sesuai dan selamatan untuk digunakan. Antara perkara-perkara yang perlu diambil berat ialah mengenai tapaknya yang semestinya mempunyai tapak getah. Dalam kerja-kerja pemasangan elektrik. Menebatkan dirinya dari pada menjadi pengalir iaitu dengan menggunakan pakaian penebat. seeloknya tanggalkan fius dan simpan atau tutup pemutus litar.3 Perkara-Perkara Yang Perlu Diawasi Dalam Kerja-Kerja Pemasangan Elektrik 1. Jadi apabila tangga menggelongsor.Sebarang kerja baik pulih. 4. 4. Seberapa yang boleh. Pakaian sewaktu bekerja hendaklah sesuaiseperti “Overall”. 3. Bekerja hanya pada satu litar sahaja. hendaklah hanya dilakukan oleh orang-orang yang berkelayakan.Tangga Tangga adalah peralatan yang digunakan untuk sampai ketempat yang tinggi. Semua alat semestinya kering sepenuhnya . gelang. Pengguna mestilah mengetahui cara bekerja diatas tangga iaitu dengan menjuntaikan sebelah kaki diantara anak tangga. Baju dan seluar yang berzip tidak dibenarkan dipakai kecuali jika bahagian yang berzip itu bertutup.NO KOD / CODE NO H-176-2/ M02/KP(1/2) Muka: 011 Drp: 23 3.2 Peraturan Keselamatan Dalam Kerja-Kerja Pemasangan Elektrik.Semua alat tangan yang akan digunakan hendaklah bertebat sepunuhnya. Bekerja pada litar hidup adalah amat merbahaya dan dilarang kecuali pada waktu kecemasan dan kerja tersebut dilakukan oleh orang-orang yang berkelayakan dengan mematuhi langkah-langkah berikut : 1. tangga mestilah disaukkan ke bangunan dengan tali atau rantai atau dicondongkan. Sarung tangan dan pakaian yang longgar tidak dibenarkan dipakai semasa bekerja berhampiran mesin atau peralatan yang bergerak. 3. 2.Cincin. lengan baju itu hendaklah dilipat keatas. tangga hendaklah disokong oleh penyokong tambahan untuk mengelakannya dari tergelincir atau juga boleh ditegakkan dengan tapak penyokong yang berada pada jarak mencapah 1/3 daripada panjang tangga. Litar Sebelum bekerja pastikan litar itu mati. tambahan dan pemasangan elektrik. Ditempat-tempat yang licin. Semasa penggunaan. tutpu suis utama dan kuncikannya. alat khas mestilah digunakan agar tidak mencacatkan pengalir. Kasut bertapak nipis 01atau berladam tidak digalakan dipakai sebaliknya kasut yang bertapak tebal dan dijahit sekililingnya lebih sesuai dan digalakan. Sarung tangan dan pakaian sesuai hendaklah dipakai semasa mengendalikan peralatan kimpalan (biasanya diperbuat daripada kulit). 2.

Pengaliran yang digunakan hendaklah sesuai penebatannya supaya tahan terhadap voltan. 4. 4.Petanda Dawai Hendaklah ditanda dengan papan tanda seperti “Sedang Dibaiki” atau sebagainya pada litar yang sedang dibaiki untuk mengelakan litar itu dihidupkan oleh lain. samada bersesuaian dengan kadar alat atau beban yang dilindunginya. arus. 5. Fius dan pemutus litar hendaklah sesuai dikendalikan dan diletakkan ditempat yang sesuai. selamat digunakandan diperakukan (seperti diakui oleh SIRIM-Piawaian Malaysia).NO KOD / CODE NO 3. Jangan hanya mengharapkan penunjuk atau lampu pandu dikotak fius sahaja. 3. pastikan bekalan litar ke alat-alat telah diputuskan. Setelah siap dibaiki atau dibuat tambahan. Pekerja yang menjalankan kerja-kerja elektrik hendaklah orang yang berkelayakan dan alat-alat yang digunakan mestilah berkeadaan baik. Kendalian Yang Selamat Sesuatu pemasangan yang selamat hendaklah dipastikan perlindungan litarnya.Ujian Litar H-176-2/ M02/KP(1/2) Muka: 012 Drp: 23 Sebelum bekerja. kadar arusnya dan mudah . 2. keselamatan pemasangan keselamatan atau akta tertentu antaranya ialah:elektrik adalah mengikut kod-kod 1. Oleh sebab itu jangan ditukarkan kadaran fius sesuka hati. 5. alat tersebut tidak boleh berfungsi dengan baik dan ini amat berbahaya apabila berlaku kebocoran arus ke bumi. 3. dan suhu persekitaran. seperti fius dan pemutus litar. litar hendaklah diuji dahulu sebelum diberikan bekalan.3 Kehendak-Kehendak Keselamatan Dalam Pemasangan Secara menyeluruh. Pembumian dipemasangan itu hendaklah berkesan. Disamping itu alat perlindungan arus bocor bumi hendaklah diuji dari masa ke semasa untuk memastikan kecekapannya berkendali kerana kadang kala apabila terlalu lama tidak dikendalikan. Ujian hendaklah dilakukan sebelum dan sesudah tambahan pemasangan baru atau baikpulih dibuat oleh orang yang bertanggungjawab.

majikan sepatutnya menyediakan kereta ambulans dan bilik kecemasan yang lengkap dengan peralatan dan pekerja yang terlatih. kerosakan alat atau sebagainya. majikan hendaklah mengadakan bilik rawatan kecemasan dan petugas. Kemalangan yang menyebabkan kematian atau tidak hadir bekerja lebih daripada 3 hari atau kecacatan hendaklah dilaporkan dalam buku pendaftaran umum.Putuskan bekalan dengan menutup suis utama. suis induk atau melitarpintaskan litar agar pemutus litar atau bekalan itu putus.Sentiasa menghangatkan tubuh mangsa dengan memicitkan tubuhnya atau dengan sebarang cara lain.Mulakan pemulihan pernafasan seberapa segara. 5. majikan atau pengguna dapat mengambil langkah berjaga-jaga atau mengatasi masalah yang menyebabkan sesuatu kemalangan itu berlaku.6 Kotak Pertolongan Cemas Menurut Akta Kilang 1961 (bahagian 61). agar kejadian itu tidak akan berulang lagi. Jika pekerja kilang itu melebihi 150 orang. institut kemahiran. sekolah dan asrama. Laporan itu juga berguna untuk membuat sebarang gant irugi. Pada pemasangan ditapak pembinaan atau di luar bangunan yang melibatkan lebih dari 250 orang pekerja. 3.Ubati mangsa jika terluka atau cedera. 2. Dengan laporan tersebut. setaip kilang mesti menyediakan kotak pertolongan cemas. 3. orang yang menyaksikan hendaklah bertenang dan lakukan perkara berikut: 1. 3. Laporan-laporan ini adalah penting bagi mengetahui keadaan sebenar kejadian itu berlaku iaitu samada disebabkan kecuaian.4 Laporan Kemalangan H-176-2/ M02/KP(1/2) Muka: 013 Drp: 23 Semua kemalangan dan kecederaan semestinya dilaporkan.5 Langkah-Langkah Segera Apabila Berlaku Renjata Elekktrik Apabila seseorang terkena renjatan elektrik. . bengkel.insuran atau laporan polis.NO KOD / CODE NO 3. Jika pekerja kilangitu melebihi 50 orang. kotak pertolongan cemas tambahan perlu disediakan. Kotak ini hendaklah diletakan dalam pengawasan orang yang bertanggungjawab. majikan perlu memberikan latihan pertolongan cemas kepada pekerja-pekerjanya. Jika bilangan pekerja kilang melebihi 500 orang. Hal ini juga tidak terkecuali pada tempat-tempat kerja perindustrian.Buat panggilan kecemasan ke pusat pertolongan cemas. 4.

2 (A) apabila bahan pengalir berada pada kedudukan menegak pengaliran fluks kelihatan lancar.Komputer 2.Besar atau kecil tenaga elektrik yang dihasilkan ia bergantung kepada pemutaran bahan pengalir.NO KOD / CODE NO 3. dan rajah 2.1 Proses Penjanaan tenaga Elektrik Rajah 2.Kebiasaanya tenaga yang dihasilkan pada voltan 10 hingga 20kv bagi mengurangkan kos penebatan. Rajah 2.pelbagai jenis perkakas elektrik dan elektronik dicipta untuk memenuhi keperluan tersebut.Penjanaan ini dihasilkan melalui pemotongan fluks oleh gegelung yang terdapat pada sesebuah penjana.Dan diantara pengaliran fluks tersebut terdapat satu bahan pengalir dimana bahan pengalir itu diperbuat daripada bahan yang boleh mengalirkan arus elektrik yang baik.7 Pengenalan Elektrik H-176-2/ M02/KP(1/2) Muka: 014 Drp: 23 Dalam zaman serba moden ini manusia mementingkan keselesaan dalam kehidupanya.Dan pelbagai jenis mesin Semua alat-alat di atas berfungsi menggunakan tenaga elektrik 3. Dalam sesebuah penjana terdapat 2 medan magnet iaitu kutub utara dan kutub selatan dimana di tengah-tengah antara 2 magnet tersebut mempunyai satu daya tarikan yang dipanggil sebagai pengaliran fluks.Televisyen 5. .Setiap hari kita menggunakan perkakas elektrikdan elektronik seperti : 1.Penghawa dingin 3.2 (B) apabila bahan pengalir berada pada kedudukan melintang pemotongan fluks akan berlaku. Maka dengan itu.dan ini menyebabkan penghasilan tenaga elektrik.8 Penjanaan Tenaga Elektrik Penjanaan ialah satu proses pengeluaran tenaga elektrik dengan jumlah yang besar untuk kegunaan umum.Periuk nasi elektrik 4.Bahan pengalir ini berputar dan ini menyebabkan pemotongan fluks berlaku.

Rajah 2.NO KOD / CODE NO H-176-2/ M02/KP(1/2) Muka: 015 Drp: 23 Rajah 2.2 Proses Pemotongan Fluks 3.Satu saluran dibuat antara empangan dan dewan turbin.Stesen dibina di kaki empangan pada 30-300 meter dari empangan. Stesen Janakuasa Hidro Stesen janakuasa hidro menggunakan air daripada empangan sebagai penggerak utama untuk memusingkan kipas turbin bagi menghasilkan tenaga elektrik di stesen janakuasa.8 Terdapat 3 jenis stesen janakuasa di Malaysia I) Stesen Janakuasa Hidro II) Stesen Janakuasa Terma III) Stesen janakuasa Gas 1. Stesen janakuasa hidro diperolehi daripada takungan air di empangan yang merentasi sungai atau tasik yang lebih tinggi daripada aras laut.air menjunam ke bawah dengan deras memacu turbin dan menghasilkan elektrik di bahagian penjana.3 menunjukkan stesen janakuasa hidro. .

Rajah 2.3 Stesen Janakuasa Hidro 2.NO KOD / CODE NO H-176-2/ M02/KP(1/2) Muka: 016 Drp: 23 Rajah 2.Dandang akan menghasilkan stim yang bertekanan tinggi bagi memutarkan kipas turbin.Stesen Janakuasa Terma Stesen janakuasa terma menggunakan bahan api seperti arang batu.4 Stesen Janakuasa Terma .

Suhu udara dipanaskan hingga 1080 darjah celcius bertekanan 30 bar dan dilalukan melalui turbin untuk menghasilkan tenaga elektrik.Perbezaannya udara pada suhu biasa iaitu antara 25 hingga 30 darjah celcius disedut menggunakan kipas untuk menghasilkan putaran turbin. Rajah 2.Udara dihala di tempat pembakaran atau pemampat.Stesen Janakuasa Gas H-176-2/ M02/KP(1/2) Muka: 017 Drp: 23 Stesen ini menggunakan udara yang bertekanan tinggi bagi memusingkan kipas turbin dan menghasilkan tenaga elektrik di penjana.Bahan api seperti gas dan arang batu digunakan untuk memanaskan udara tersebut.NO KOD / CODE NO 3. .5 Stesen Janakuasa Gas Bahan api masih digunakan seperti stesen janakuasa terma.

9 Stesen janakuasa yang terdapat di malaysia 1.Negeri Sembilan 600MW (Terma) 5. Arus ulang-alik (AU) ataupun alternating current (AC) pula merupakan arus elektrik yang berulang-alik arah pengaliran arusnya. Sj Sultan Ismail. Penukaran arus ulang-alik kepada arus terus lebih mudah berbanding penukaran arus terus kepada arus ulang-alik. Magnitud arus ulang-alik juga boleh tetap ataupun berubah-ubah.NO KOD / CODE NO H-176-2/ M02/KP(1/2) Muka: 018 Drp: 23 3. Frekuensi juga boleh tetap ataupun berubah-ubah. Arus ulang-alik ditukarkan kepada arus terus menggunakan recifier manakala arus terus ditukarkan kepada arus ulang-alik menggunakan inverter.Paka Terengganu 900MW (gas) 3. .Cameron Highlands.Pahang 150MW (Hidro) 10.6 adalah graf arus terus melawan masa dan graf arus ulang-alik melawan masa. Dalam arus ulang-alik pula. nilai magnitud di ambil kira sama ada magnitudnya tetap ataupun magnitud berubahubah mengikut masa selagi ia tidak menukar arah iaitu tidak melintasi nilai kosong. Sumber asas arus terus adalah bateri manakala sumber asas arus ulang-alik adalah soket rumah.Sj Batang Ai. Arus terus Arus ulang-alik Rajah 2. Sj Tanjung Aru Sabah 450MW (Hidro) 6. nilai magnitud dan nilai frekuensi di ambil kira.Sarawak 90MW (Hidro) 4. Sj Tunku Jaafar.0 Penjanaan Arus terus dan Arus ulangalir Arus terus (AT) ataupun direct current (DC) merupakan arus elektrik yang mengalir dalam satu hala sahaja. Sj Temenggor Perak 348MW(Hidro) 8. Dalam arus terus. Sj Salahuddin Abdul Aziz Kapar Selangor 1200MW (gas) 2.6 Penjanaan arus terus Rajah 2. Frekuensi adalah bilangan ulangan dalam masa satu saat.Kelantan 400MW(Hidro) 7. Sj Perai Pulau Pinang 317MW (terma) 9.Port Dickson. Sj Sultan Ismail Petra. Sj Sultan Iskandar Johor 605MW (Terma) 4. Sj Sultan Idris.

Rintangan ialah sifat bahan yang menentang pengaliran elektron. Arus akan bertambah jika voltan dinaikkan atau rintangan dikurangkan. Ini kerana. voltan arus ulang-alik mudah dinaikkan dan juga diturunkan menggunakan transformer. 4. 2. 4.7 Pemutus litar Bocor ke Bumi . Arus elektrik yang sangat kecil disukat dengan galvanometer.NO KOD / CODE NO H-176-2/ M02/KP(1/2) Muka: 019 Drp: 23 Sistem penjanaan dan pengagihan elektrik dari stesen janakuasa sehingga ke rumah menggunakan arus ulang-alik. 5. miliampere dan mikroampere. Arus yang mengalir dalam litar mempunyai hubungan dengan voltan dan rintangan. Hukum Ohm menyatakan arus berkadar terus dengan voltan dan berkadar songsang dengan rintangan 4.1 Hubungan Arus. Alat yang digunakan untuk menyukat arus elektrik biasa ialah ammeter. Voltan ialah tenaga yang diperlukan untuk mengalirkan unit cas dari satu titik ke satu titik yang lain. maka lebih sukar arus elektrik melalui sesuatu bahan. Rintangan disukat dalam unit Ohm.Voltan dan Rintangan 1. Lebih tinggi rintangan.2 Komponen-Komponen Elektrik 1. Arus elektrik disukat dalam unit ampere.ELCB (Earth Leakage Circuit Breaker) Rajah 2. 3. Voltan disukat dalam unit Volt. Alat yang digunakan untuk men yukat voltan ialah Voltmeter.

Kegunaan ELCB H-176-2/ M02/KP(1/2) Muka: 020 Drp: 23 ELCB adalah untuk Memutuskan litar pengguna apabila berlaku Kebocoran arus ke bumi.2. Gelung pengimbang. Suis uji. 4.2.3. Suis pemutus litar 4.1.8. Kendalian ELCB Apabila terdapat arus bocor ke bumi. Bahagian Dalam ELCB Kegunaan ELCB adalah untuk Mengagihkan arus ke beberapa litar dan memutuskan litar apabila berlaku lebihan arus .Sementara pendawaian industri menggunakan voltan 3 fasa atau 415AC.2. Pendawaian Elektrik Pendawaian Elektrik terbahagi kepada 2 iaitu pendawaian rumah dan pendawaian industri dimana pendawaian rumah menggunakan voltan satu fasa atau 240AC. 3. .NO KOD / CODE NO 4. Apabila arus bocor ke bumi melebihi nilai sensitiviti ELCB. 4.3. 2.9. Ciri-Ciri ELCB Struktur dalaman ELCB terdiri daripada 5 bahagian utama iaitu 1. Contoh ELCB Rajah 2. suis pemutus litar akan mendapat bekalan voltan yang mencukup dari gelung pemutus litar untuk memutuskan bekalan elektrik 2. 4.2..Teras besi toroid 4. medan elektromagnet pada gelung pengimbang akan menjadi tidak sekata dan ini akan menghasilkan voltan pada gelung pemutus litar.ELCB (earth leakage circuit breaker) Rajah 2. Gelung pemutus litar.

Pendawaian Lampu kalimantang Lampu kalimantang mempunyai 3 bahagian yang penting iaitu bekalan kuasa.NO KOD / CODE NO 4.0.choke.Jika ada keterusan periksa pula bahagian choke sama juga dengan menggunakan multimeter.Tiub pula menghasilkan cahaya apabila menerima arus elektrik.Choke berfungsi member voltan pada masa permulaan dan kemudian menghadkan arus mengalir.Jika tiada masalah periksa pula starter dengan menggunakan kaedah gentian dan jika masih gagal menyala tukar tiub lampu. Mengenalpasti masalah lampu kalimantang Jika lampu kalimantang tidak berfungsi selepas diberi supply.3.2 Seterika Elektrik Rajah 3. 4.pertama sekali cek bekalan kuasa dengan menggunakan multimeter pada julat ohm. Lampu Kalimantang H-176-2/ M02/KP(1/2) Muka: 021 Drp: 23 Rajah 3.3.1 Seterika elektrik .starter dan tiub.1.Sementara starter pula membantu menghidupkan lampu(tiub).

3.NO KOD / CODE NO H-176-2/ M02/KP(1/2) Muka: 022 Drp: 23 Seterika elektrik mempunyai 3 bahagian yang penting iaitu punca bekalan.elemen pemanas dan laras suhu. Mengenalpasti masalah Cerek elektrik Jika cerek elektrik tidak berfungsi selepas diberi supply.Jika didapati masih ada keterusan laras syhu pula diperiksa dan kemudian jika masih ada keterusan periksa pula talian palam (plug) jika tiada masalah sama ada fius atau talian baru digantikan 4.Jika ada keterusan periksa pula elemen pemanas dengan menggunakan multimeter juga pada julat ohm dan seterusnya jika tiada masalah periksa pula talian palam hingga ke tamatan pada pemanas juga dengan menggunakan multimeter. .laras suhu dan elemen pemanas.elemen pemanas digunakan untuk memanaskan logam pada plat untuk menghaluskan pakaian.Jika rosak sama ada palam talian atau fius digantikan.sementara laras suhu digunakan untuk melaraskan suhu yang dikehendaki semasa proses penyeterikaan pakaian. Mengenalpasti masalah seterika elektrik Jika seterika tidak berfungsi selepas diberi supply.suis.2 cerek elektrik Cerek elektrik mempunyai 4 bahagian yang penting iaitu punca bekalan.3.Cerek elektrik Rajah 3.Pertama sekali periksa bekalan kuasa dengan menggunakan multimeter pada julat ohm.pertama sekali bekalan kuasa diperiksa dengan menggunakan multimeter pada julat ohm.

_________________________________________________________________________ _________________________________________________________________________ _________________________________________________________________________ 2.electrical Engineering. _________________________________________________________________________ _________________________________________________________________________ _________________________________________________________________________ 3.Muhammad Arkam B.Terangkan secara ringkas bagaimana stesen janakuasa berfungsi.Berikan 3 jenis stesen janakuasa yang terdapat di Malaysia. _________________________________________________________________________ _________________________________________________________________________ _________________________________________________________________________ 5. _________________________________________________________________________ _________________________________________________________________________ _________________________________________________________________________ 4.Che Munaaim .NO KOD / CODE NO SOALAN : ( Esei Pendek ) H-176-2/ M02/KP(1/2) Muka: 023 Drp: 23 1.UITM Ir.Berikan 3 peraturan keselamatan yang perlu dipatuhi dalam kerja-kerja pemasangan Elektrik.Power System B.Berikan 3 bacaan pada multimeter.Kertas penerangan JTM 2.Apakah kemungkinan yang berlaku sekiranya lampu kalimantang gagal menyala selepas Bekalan di ON kan? _________________________________________________________________________ _________________________________________________________________________ _________________________________________________________________________ Rujukan: 1.

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->