You are on page 1of 11

Pengenalan

Pertumbuhan ekonomi adalah usaha dan pencapaian yang telah diperolehi oleh sesebuah negara. Manjadi syarat kepada pembangunan ekonomi dalam usaha untuk membentuk identiti sesebuah negara. Pembangunan ekonomi perludikaitkan dengan kualiti hidup masyarakat, kemampuan dan lain-lain lagi. Kadar Kemiskinan harus dikurangkan dengan pengagihan pendapatan yang seimbang agar kualiti dapat ditingkatkan. Pembangunan yang pesat dan pertumbuhan ekonomi yang tinggi adalah matlamat yang perlu dicapai oleh setiap negara. Pembangunan ekonomi penting untuk memastikan mutu hidup rakyat meningkat.

Hubungan timbal balik antara pembangunan ekonomi dan hubungan etnik di Malaysia. Alat analisis :
modenisasi pembangunan ekonomi pembangunan politik

objektif
Memahami konsep pembangunan dan modenisasi dalam masyarakat. Membincangkan latar belakang sejarah pembangunan ekonomi di Malaysia. Menjelaskan dasar-dasar pembangunan ekonomi yang dilaksanakan oleh kerajaan.

Konsep Modenisasi dan Pembangunan ekonomi


MATLAMAT pembangunan ekonomi adalah untuk mewujudkan sebuah masyarakat industri. METODE yg digunakan: 1. Pembangunan teknologi; yg mana pengetahuan dan teknik tradisional dikesampingkan untuk memberi laluan kpd penerapan ilmu saintifik dan teknik2 canggih. 2. Pembangunan pertanian; yg mana kegiatan pertanian subsisten diubah kpd pertanian komersial. 3. Industrialisasi; iaitu proses produksi yg dilakukan secara besar-besaran dgn menggunakan teknologi canggih

UKURAN PENCAPAIAN: pertumbuhan yang lazimnya diukur dgn ukuran seperti GNP (Gross National Product)

Projek Modenisasi Malaysia


Diasaskan sejak zaman kolonial inggeris Diteruskan dengan melakukan pelbagai perubahan dan penyesuaian. MATLAMAT: 1. peringkat awal; pembangunan ekonomi lebih ditumpukan kpd peningkatan infrastruktur ekonomi, pembangunan pertanian dan industri gantian-import. 2. Akhir 1960-an; pembangunan ekonomi mula berteraskan kpd pembangunan teknologi dan peralihan dr industri gantian-import kpd industri berorientasikan eksport 3. Akhir 2000; ekonomi berteraskan K-ekonomi

pembangunan ekonomi di Malaysia telah mencapai kejayaan, yang dapat diukur dengan Kadar Keluaran Negara Kasar (KDNK) yang baik iaitu sekitar 8 hingga 9% terutama pada tahun 1980-an dan 1990-an. Kualiti hidup masyarakat secara amnya adalah baik berdasarkan penurunan kadar kemiskinan dan kadar inflasi yang rendah

Hubungan Kaum Dalam Konteks Modenisasi Malaysia


Melalui proses penjajahan, alam sekitar Malaysia telah dirobah untuk membolehkan tanaman seperti getah dan kelapa sawit ditanam untuk kepentingan bekalan industri di Eropah. Begitu juga dgn industri bijih timah, amat penting utk pembangunan infrastruktur sebagai sokongan kpd industri asas. Contohnya, perlunya landasan keretapi, jalan raya dan pelabuhan yg boleh menampung keperluan export dan import Tenaga buruh di Malaysia juga unik, kerana terdapat division of labour mengikut kelompok etnik.

Demografi: Melayu adalah majoriti, Cina dan India minoriti. Politik: etnik Melayu membentuk majoriti. Tetapi majoriti dlm demografi dan politik bukan bermakna majoriti juga dlm ekonomi. Etnik Cina adalah majoriti dlm ekonomi. Inilah yg menjd isu dlm pertumbuhan ekonomi dan agihan ekonomi berdasarkan kumpulan etnik. Ini berlaku akibat dasar pecah & perintah British, yg hampir tidak memungkinkan setiap kaum.

Orang melayu dan penduduk orang Asli lain menguasai ekonomi yang mundur, iaitu kerja yang memerlukan banyak tenaga manusia dan berteknologi rendah. Pulangan dan gajinya juga rendah. Orang Melayu lebih menguasai sektor primer sementara orang Cina menguasai sektor yg lebih maju dan berteknologi tinggi. Ini menyebabkan ketidakseimbangan pendapatan yg menyebabkan setiap kaum saling mencemburui satu sama lain. Orang Melayu cemburukan kemewahan dan kejayaan orang Cina sementara orang Cina & India pula cemburukan kelebihan orang Melayu yg mendpt peluang perkhidmatan dlm sektor2 pentadbiran.

Oleh itu, integrasi ekonomi amatlah penting. Ini dilakukan melalui dasar-dasar pembangunan seperti Rancangan Pembangunan Lima Tahun, Dasar Ekonomi baru, dll. Dasar-dasar ini penting bg memastikan pengasingan ekonomi yg wujud sejak zmn penjajahan dpt dimansuhkan. Dasar-dasar ekonomi juga boleh memastikan pengagihan ekonomi yg tidak seimbang selama ini sehingga mewujudkan perasaan cemburu antara satu sama lain, dapat dikurangkan dan seterusnya dihapuskan.

You might also like