You are on page 1of 26

PJM 3106 2013

1.0 PENGENALAN Anatomi adalah satu bidang yang mengkaji dan mengenalpasti tubuh badan seseorang iaitu tentang tulang-tulang, otot-otot dan organ-organ individu. Manakala, fisiologi membawa maksud satu bidang yang mengkaji tentang fungsi setiap tulang-tulang, otot-otot dan organ-organ dalam tubuh badan.

Sistem rangka merangkumi tulang, rawan, ligamen dan tendon. Terdapat 206 tulang dalam tubuh orang dewasa. Tulang berfungsi untuk menyimpan bahan galian. Selain daripada itu, tulang juga membantu dalam penghasilan sel darah merah dan sel darah putih. Tulang juga membantu dalam pergerakan dan lekatan otot.

Seterusnya, sendi adalah tempat dua atau lebih tulang bertemu. Terdapat tiga jenis sendi iaitu Synarthrosis (sendi berserat tanpa bergerak) dimana dua tulang akan rapat tetapi tiada pergerakan. Diarthrosis (sendi sinovial-bergerak) membolehkan pergerakan pelbagai arah. Contohnya, sendi lutut dan sendi bahu. Amphiarthrosis adalah sendi separa bergerak dimana melibatkan pergerakan yang sedikit sahaja seperti vertebra (tulang belakang).

Selain itu, 40% hingga 50% berat badan kita terdiri daripada tisu otot. Otot kita dibahagikan kepada tiga jenis iaitu otot rangka, otot licin dan otot kardiak. Otot kita berfungsi menghasilkan pergerakan. Selain daripada itu, ia juga mengekalkan posisi badan dan postur serta menyokong tisu lembut.

Untuk mengkaji dan mengenalpasti tulang, otot dan sendi yang utama yang terlibat dalam badan, saya telah memilih permainan badminton (membuat servis asas). Dalam permainan badminton (membuat servis asas) ini, tulang telah membantu kita untuk membuat pergerakan tangan. Tambahan pula, sendi sinovial iaitu sendi bahu membolehkan pemain menggerakkan tangan pada pelbagai arah dan otot pula membantu membuat pergerakan dengan cepat dalam permainan badminton (membuat servis asas) ini. JEFRI ABDULLAH-720925025505/ PPG SAINS 1 JUN 2011 Page 1

PJM 3106 2013


2.0 OBJEKTIF KERJA KURSUS

2.1

Mengenalpasti otot-otot yang terlibat dalam permainan badminton (membuat servis asas) apabila tangan dibengkok dan diregangkan.

2.2

Mengenalpasti tulang-tulang yang terlibat apabila membuat servis asas dalam permainan badminton. Mengenalpasti sendisendi yang terlibat dalam permainan badminton (membuat servis asas).

2.3

2.4

Melabel dan melukis otot, sendi dan tulang yang terlibat dalam permainan badminton apabila membuat servis asas.

2.5

Mengenalpasti mekanisme pergerakan tangan apabila membuat servis asas dalam permainan badminton.

2.6

Mengetahui fungsi bagi setiap bahagian dalam badan kita.

2.7

Menguasai cara setiap otot, tulang dan sendi berfungsi dalam tubuh badan kita.

JEFRI ABDULLAH-720925025505/ PPG SAINS 1 JUN 2011

Page 2

PJM 3106 2013


3.0 SEJARAH KEMUNCULAN SUKAN BADMINTON Badminton adalah sukan yang dimainkan dengan bulu tangkis dan raket kemungkinan berkembang di Mesir kuno sekitar 2000 tahun lalu tetapi juga disebut-sebut di India dan Tiongkok. Nenek moyang terdahulunya mengatakan bahawa badminton pada asalnya ialah sebuah permainan Tionghoa, Jianzi yang melibatkan penggunaan bulu tangkis tetapi tanpa raket. Walaubagaimanapun, objek tersebut

kemudiannya dimanipulasi dengan kaki. Misi permainan ini adalah untuk menjaga bulu tangkis agar tidak menyentuh tanah selama mungkin tanpa menggunakan tangan. Di Inggeris sejak zaman pertengahan permainan anak-anak yang disebut Battledores dan Shuttlecocks sangat popular. Anak-anak pada waktu itu biasanya akan memakai dayung/tongkat (Battledores) dan bersiasat bersama untuk memastikan bulu tangkis sentiasa di udara dan mencegahnya dari menyentuh tanah. Ini cukup popular untuk menjadi rutin harian di jalan-jalan London pada tahun 1854 . Penduduk Inggeris membawa permainan ini ke Jepun,China dan Siam (sekarang Thailand) sewaktu penjajahan mereka ke atas Asia. Kemudian dengan segera permainan badminton menjadi permainan anak-anak di wilayah setempat mereka. Sukan kompetitif badminton diciptakan oleh petugas Tentara Britain di Pune, India pada abad ke-19 di mana mereka menambahkan jaring/net dan memainkannya secara bersaingan. Oleh sebab kota Pune dikenali sebelumnya sebagai Poona, permainan tersebut juga dikenali sebagai Poona pada masa itu. Para tentara membawa permainan itu kembali ke Inggeris pada 1850-an. Sukan badminton ini mendapatkan namanya yang sekarang pada 1860 dalam sebuah catatan oleh Isaac Spratt, seorang penyalur mainan Inggris, berjudul JEFRI ABDULLAH-720925025505/ PPG SAINS 1 JUN 2011 Page 3

PJM 3106 2013


"Badminton Battledore - a new game" ("Battledore Bulutangkis - sebuah permainan baru"). Beliau melukiskan permainan tersebut yang dimainkan di Gelanggang Badminton (Badminton House), estat Duke of Beaufort's di Gloucestershire, Inggris. Rancangan peraturan yang pertama ditulis oleh Kelab Badminton Bath pada1877. Persatuan Badminton Inggeris dibentuk pada 1893 dan kejuaraan antarabangsa pertamanya buat pertama kali adalah pada 1899 dengan Kejuaraan All England. Badminton menjadi sebuah sukan popular di dunia, terutama di wilayah Asia Timur dan Tenggara, yang pada masa itu mendominasi olahraga , dan di negara-negara Scandinavia. International Badminton Federation (IBF) ditubuhkan pada 1934 dan menyatakankan Inggeris, Ireland, Scotland, Wales, Denmark, Belanda, Kanada, dan Perancis sebagai anggota-anggota pelopornya. India bergabung sebagai ahli persatuan pada tahun 1936. Pada IBF Extraordinary General Meeting di Madrid, Sepanyol, September 2006, cadangan untuk mengubah nama International Badminton Federation menjadi Badminton World Federation (BWF) diterima dengan sebulat suara oleh seluruh 206 delegasi yang hadir. Badminton turut dijadikan acara Sukan Olimpik Musim Panas di Olimpiade Barcelona tahun 1992. Indonesia dan Korea Selatan sama-sama memperoleh masing-masing dua pingat emas tahun itu.

JEFRI ABDULLAH-720925025505/ PPG SAINS 1 JUN 2011

Page 4

PJM 3106 2013


3.1 APLIKASI SISTEM ANATOMI DALAM PERMAINAN BADMINTON Terdapat pelbagai permainan yang melibatkan pergerakan tangan. Salah satunya, sudah pastilah dalam permainan badminton. Justeru itu, melalui kerja kursus ini, satu kajian terperinci berkaitan pergerakan tulang, otot dan sendi yang terlibat ketika melakukan suatu kemahiran asas. Kemahiran asas yang dipilih itu merupakan kemahiran melakukan servis. Dalam permainan badminton, terdapat tiga jenis pukulan servis iaitu

servis rendah, servis flik dan servis tinggi. Namun, kerja kursus ini hanya akan membuat kajian terhadap aplikasi sistem anatomi dan fisiologi yang terlibat semasa melakukan servis tinggi.

3.2 i. ii. iii. iv. v. vi.

KAEDAH MELAKUKAN SERVIS TINGGI. Berdiri sisi, sebelah kaki di hadapan Ayun raket tinggi ke belakang Pegang bulu tangkis tinggi di paras hadapan muka Lepaskan bulu tangkis Ayun raket ke hadapan dengan lengan diluruskan Pandang bulu tangkis

JEFRI ABDULLAH-720925025505/ PPG SAINS 1 JUN 2011

Page 5

PJM 3106 2013

4.0

ANATOMI DAN FISIOLOGI DALAM SERVIS ASAS Berikut merupakan gambarajah berlabel berkaitan dengan

bahagian-bahagian sendi, otot dan tulang yang terlibat dalam pergerakan (permainan badminton membuat servis asas).

Otot-otot pada lengan:

JEFRI ABDULLAH-720925025505/ PPG SAINS 1 JUN 2011

Page 6

PJM 3106 2013


4.1 TINDAKAN OTOT-OTOT LENGAN SEBELUM, SEMASA DAN SELEPAS MELAKUKAN SERVIS ASAS.

4.1.1 SEBELUM SERVIS ASAS Pemain telah bersedia untuk membuat servis asas badminton. Sebelah tangan diluruskan dan fokuskan bulu tangkis. Ini membolehkan otot bisepnya mengendur dan trisep mengecut. Tulang pada pergelangan tangan juga diluruskan.

Pelurus pergelangan tangan

Pembengkok pergelangan tangan

Keadaan otot semasa lengan lurus

4.1.2 SEMASA SERVIS ASAS Pemain membuat servis asas secara mendatar. Otot pada pergelangan tangan mula bertindak.

JEFRI ABDULLAH-720925025505/ PPG SAINS 1 JUN 2011

Page 7

PJM 3106 2013


4.1.3 SELEPAS SERVIS ASAS Servis asas dibuat sehingga tangan pemain dibengkokkan sehingga menyentuh bahagian bahu. Otot bisep pada kali ini mengecut manakala otot trisep mengendur. Tulang pada pergelangan tangan dibengkokkan

Otot biseps

Otot triseps dan tendon

Keadaan otot semasa siku membengkok

JEFRI ABDULLAH-720925025505/ PPG SAINS 1 JUN 2011

Page 8

PJM 3106 2013


5.0 MENGANALISIS MEKANISME PERGERAKAN Fungsi spesifik otot, tulang dan sendi yang terlibat dalam permainan badminton (membuat servis asas).

5.1

FUNGSI BAHAGIAN TULANG PERGELANGAN TANGAN YANG TERLIBAT DALAM PERMAINAN BADMINTON ( MEMBUAT SERVIS ASAS )

i.

Skapula Menyokong bahagian humerus dan bahu untuk memukul bulu tangkis.

Skapula

ii.

Klavikel Menyokong skapula di hadapan bahu semasa bersedia untuk memukul bulu tangkis dengan raket badminton.

Klavikel JEFRI ABDULLAH-720925025505/ PPG SAINS 1 JUN 2011 Page 9

PJM 3106 2013


iii. Humerus Adalah merupakan tulang panjang yang membentuk lengan atas untuk memukul bulu tangkis (membuat servis asas).

Humerus

iv.

Radius Adalah tulang yang menyokong dan membentuk lengan bawah. Tulang ini dapat berpusing, membolehkan tangan dan pergelangan berputar sebelum dan selepas memukul bulu tangkis.

Radius JEFRI ABDULLAH-720925025505/ PPG SAINS 1 JUN 2011 Page 10

PJM 3106 2013


v. Ulna Membentuk bahagian lengan bawah dan menyokong sewaktu membuat servis dalam permainan. Juga berpusing, membolehkan tangan dan pergelangan berputar sebelum dan selepas membuat servis pada bulu tangkis.

Ulna

vi.

Lapan tulang kecil (Karpus) Menyokong otot yang membolehkan jari dan tapak tangan bergerak untuk memegang raket dan bulu tangkis.

Karpus (warna ungu)

JEFRI ABDULLAH-720925025505/ PPG SAINS 1 JUN 2011

Page 11

PJM 3106 2013


5.2 FUNGSI BAHAGIAN OTOT YANG TERLIBAT DALAM PERMAINAN BADMINTON (SERVIS ASAS)

i.

Biseps Otot yang terdapat di hadapan lengan atas. Apabila pergelangan tangan dipanjangkan untuk membuat servis asas dalam permainan badminton, otot bisep akan mengendur, membolehkan pergerakan.

ii.

Triseps Otot yang terdapat di belakang lengan atas. Dalam permainan badminton, apabila membuat servis asas, otot triseps mengecut untuk memukul bulu tangkis tersebut.

iii.

Extensors dan flexors Kedua-dua otot ini telah memainkan peranan mengawal

pergerakkan yang hendak dilakukan dengan menggunakan tangan dan pergelangan tangan.

iv.

Brakioradialis Otot ini terdapat di flexion siku dan ia berfungsi untuk

membengkokkan lengan kami.

v.

Triseps brakii Fungsi utama otot ini adalah untuk memanjangkan lengan semasa meluruskan lengan. Semasa meluruskan lengan, triseps akan mengecut manakala biseps akan mengendur.

vi.

Biseps brakii Fungsi utama otot ini ialah membengkokkan lengan kami. Semasa kami membengkokkan lengan kami, biseps akan mengecut manakala triseps akan mengendur.

JEFRI ABDULLAH-720925025505/ PPG SAINS 1 JUN 2011

Page 12

PJM 3106 2013


vii. Brakialis Membantu dalam membengkokkan siku dengan bantuan otot-otot yang lain seperti otot brakioradialis dan otot biseps brakii.

viii.

Deltoid Deltoid mempunyai pergerakan yang pelbagai atas lengan. Deltoid telah menggerakkan lengan.

5.3

FUNGSI BAHAGIAN SENDI YANG TERLIBAT DALAM PERMAINAN BADMINTON (SERVIS ASAS )

i.

Sendi pelana Sendi di pangkal ibu jari membolehkan pergerakan bebas dalam dua arah dalam permainan badminton (membuat servis asas).

Sendi pelana

JEFRI ABDULLAH-720925025505/ PPG SAINS 1 JUN 2011

Page 13

PJM 3106 2013


ii. Sendi engsel Di dalam siku, satu gelendong bulat tulang memuat ke dalam satu ruang kosong yang separa. Sendi ini membolehkan pergerakan ke satu arah sahaja apabila membuat servis dalam permainan badminton.

Sendi engsel

iii.

Sendi lesung Hujung bagi radius dan ulna membentuk satu ruang kosong dan tulang pergelangan memuat ke dalamnya. Ini membolehkan pergerakan dari kiri ke kanan dan dari hadapan ke belakang atau sebaliknya dalam permainan badminton ini.

Sendi lesung

JEFRI ABDULLAH-720925025505/ PPG SAINS 1 JUN 2011

Page 14

PJM 3106 2013


5.4 JENIS SATAH Jenis satah yang terlibat dalam permainan badminton (membuat servis asas) ini adalah horizontal. Satah horizontal merupakan salah satu kaedah memukul bulu tangkis secara mendatar. Kita dapat melihat bahawa pemain memukul bulu tangkis secara mendatar dengan menggunakan raket.

Pergerakkan membuat pukulan sevis ini juga telah melibatkan satah sagital. Satah sagital ini bermaksud melibatkan bahagian badan di satu sebelah sahaja sama ada di sebelah kiri atau sebelah kanan. Semasa membuat pukulan servis, tangan kanan akan menghayun raket dari arah belakang ke arah hadapan dan seterusnya ke atas.

Satah sagital dan horizontal

JEFRI ABDULLAH-720925025505/ PPG SAINS 1 JUN 2011

Page 15

PJM 3106 2013


5.5. APLIKASI SISTEM TUAS SEMASA MELAKUKAN SERVIS ASAS.

5.5.1 CIRI-CIRI SISTEM MEKANIKAL JASAD Keupayaan mekanikal jasad manusia adalah hasil daripada pergerakan sendi. Sistem sendi adalah sistem yang bertanggungjawab untuk menvariasikan pergerakan yang akan dihasilkan. Penghasilan pergerakan berlaku menerusi penguncupan otot. Sistem tuas rangka adalah sistem yang mempengaruhi keupayaan mekanikal jasad.

5.5.2 SISTEM TUAS RANGKA Tuas didefinisikan sebagai satu struktur tegar yang bergerak pada satu titik tetap. Tuas terdiri daripada fulkrum, beban dan daya. Tempat paksi tetap dinamakan fulkrum, daya luar yang bertindak ke atas struktur tegar dinamakan daya dan rintangan yang bertindak dinamakan beban. Justeru itu, kemahiran melakukan servis yang menggunakan lengan serta pergelangan tangan dilihat mematuhi hukum tuas kelas pertama dan ketiga. Lihat pengelasan sistem tuas di bawah.

5.5.3 TUAS JASAD MANUSIA TERDIRI DARIPADA: i. Tulang sebagai palang ii. Sendi sebagai fulkrum iii. Penguncupan otot sebagai penghasilan daya iv. Rintangan atau kerja sebagai beban

5.5.4 PENGELASAN TUAS i. Kelas pertama ii. Kelas kedua iii. Kelas ketiga

JEFRI ABDULLAH-720925025505/ PPG SAINS 1 JUN 2011

Page 16

PJM 3106 2013


Klasifikasi tuas ditentukan mengikut kedudukan daya, beban dan fulkrum.
TUAS KELAS PERTAMA TUAS KELAS KEDUA TUAS KELAS KETIGA

Tuas kelas pertama menggunakan daya yang kecil untuk mengatasi beban yang besar tetapi pergerakan perlahan.

Tuas kelas kedua menggunakan daya yang kecil untuk mengatasi beban yang besar tetapi pergerakan perlahan pada julat yang kecil.

Tuas kelas ketiga menggunakan daya yang lebih besar tetapi pergerakan pantas.

Contoh Penggunaan: Apabila berjengket atas Dalam permainan badminton, aktiviti merejam dan menerima hantaran bulu tangkis. Sendi pergelangan tangan sebagai fulkrum, otot lengan sebagai daya dan reket sebagai beban hujung kaki. Hujung kaki bertindak sebagai fulkrum, otot kaki sebagai daya dan berat badan sebagai beban. Mengangkat tangan di bahagian siku dan siku bertindak sebagai fulkrum, tangan sebagai beban dan menghasilkan pengecutan otot bisep.

JEFRI ABDULLAH-720925025505/ PPG SAINS 1 JUN 2011

Page 17

PJM 3106 2013


5.6 OTOT DAN TULANG YANG TERLIBAT SEMASA MEMBUAT SERVIS ASAS PERMAINAN BADMINTON. Terdapat dua fasa untuk memukul bulu tangkis menggunakan raket, iaitu fasa persediaan dan fasa memukul. Keseluruhan pergerakan adalah berulang dalam garis membujur dan permukaan yang terketak secara melintang.

i.

Origin adalah tempat permulaan pergerakan dilakukan. Setiap otot bermula pada origin dan berakhir pada insertion. Ia berkontraksi bagi menghasilkan aksi.

ii.

Dalam permainan badminton (membuat servis asas) ini, skapula yang bertindak sebagai origin dimana menjadi tempat bermula membuat pergerakan.

iii. iv.

Insertion bermaksud tempat berakhirnya pergerakan. Siku bertindak sebagai sendi engsel yang terdiri daripada ulna dan humerus akan membenarkan berlakunya pembengkokkan semasa membuat servis.

v.

Bahu pula merupakan sendi lesung yang terdiri daripada humerus dan skapula.

vi.

Manakala pergelangan tangan pula membentuk sendi condyloid antara ulna dan tulang karpal.

vii.

Pergelangan tangan dibengkokkan selepas membuat servis dalam permainan ini.

viii.

Didapati pergerakan ini berakhir pada tulang radius. Maka, tulang radius telah bertindak sebagai insertion.

5.6.1

FASA PERSEDIAAN

JEFRI ABDULLAH-720925025505/ PPG SAINS 1 JUN 2011

Page 18

PJM 3106 2013


Sendi terlibat Sambungan antara tulang Aksi Otot agonist

Pergelangan tangan Siku

Ulna dan karpal Radius dan ulna Humerus dan ulna

Supinasi

Supinator

Memanjang

Triceps brachii

Bahu

Humerus dan skapula

Melentur dan memanjang

Posterior deltoid and latissimus dorsi

5.6.2

FASA PUKULAN

Sendi terlibat Pergelangan tangan Siku Bahu Badan

Sambungan antara tulang Ulna dan karpal Radius dan ulna Humerus dan ulna Humerus dan skapula

Aksi

Otot agonist

Pronasi Melentik Melentik secara mendatar Berputar sedikit

Pronator teres Biceps brachii Pectoralis major and Anterior deltoid External oblique

JEFRI ABDULLAH-720925025505/ PPG SAINS 1 JUN 2011

Page 19

PJM 3106 2013

Otot-otot yang terlibat semasa membuat pukulan servis.

6.0

REFLEKSI

JEFRI ABDULLAH-720925025505/ PPG SAINS 1 JUN 2011

Page 20

PJM 3106 2013


Pertama sekali , saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih yang tidak terhingga kepada pensyarah PJM 3106 saya , Encik Alyes bin Ariff yang

banyak memberikan tunjuk ajar , bimbingan serta sokongan dalam menyiapkan tugasan ini. Semasa saya membuat tugasan ini, banyak perkara yang baru

dapat saya perolehi dan pelajari tentang sejarah permainan badminton, anatomi dan juga fisiologi.

Melalui kerja kursus ini saya berpeluang meningkatkan ilmu pengetahuan sedia ada saya melalui pemerolehan pelbagai-bagai input dan info berkaitan sistem tulang, sendi dan otot manusia . Bagi saya, kesemua ilmu pengetahuan tersebut amat penting dan berguna bagi diri saya.

Selain itu, saya juga berpendapat bahawa tugasan ini agak mencabar kerana ianya memerlukan saya untuk menganalisis aplikasi anatomi untuk sesuatu kemahiran dalam sukan tertentu. Selain itu, kerja kursus ini memerlukan saya memperluaskan sumber-sumber rujukan yang berkaitan serta bersesuaian dengan tuntutan kerja kursus. Sebagai contoh, saya cuba mengumpulkan terlebih dahulu maklumat berkaitan sistem tulang, sendi dan otot manusia. Selepas itu, barulah saya membuat kajian tentang perkaitan anatomi dalam sesuatu bidang sukan.

Saya menghadapi sedikit kesulitan dan kesukaran sepanjang proses mencari bahan rujukan untuk tugasan ini. Hal ini kerana sumber-sumber rujukan untuk anatomi dan fisiologi lebih banyak dalam terjemahannya bahasa inggeris berbanding bahasa melayu , tidak kiralah samada sumber-sumber tersebut diperolehi daripada internet ataupun daripada bahan bacaan di perpustakaan. Namun begitu saya bersyukur dan berasa bertuah kerana memperolehi kerjasama dan tunjuk ajar profesional daripada pensyarah berpengalaman seperti En Alyes bin Ariff. Tidak lupa juga kepada rakan-rakan yang sudi berkongsi idea serta bertukar-tukar pandangan dalam menyempurnakan tugasan

JEFRI ABDULLAH-720925025505/ PPG SAINS 1 JUN 2011

Page 21

PJM 3106 2013


ini. Mereka juga tidak keberatan untuk berkongsi bahan rujukan dalam usaha menyempurnakan kerja kursus ini.

Terdapat banyak faedah dan manfaat lain telah saya perolehi melalui kerja khusus ini. Antaranya ialah, saya dapat mengkaji dengan lebih mendalam tentang perkaitan sistem senti, otot dan rangka dalam bidang sukan. Walaupun pada permulaan menerima tugasan ini, saya menghadapi sedikit kesukaran dalam mengaitkan fungsi antara otot, tulang dan sendi yang terlibat ketika melakukan servis, namun setelah melakukan pembacaan dan kolaborasi bersama rakan sekelas serta para pensyarah, akhirnya masalah ini dapat diselesaikan. Kadangkala, memang tidak dapat dinafikan bahawa saya berasa agak tertekan semasa menyiapkan tugasan ini kerana dalam masa yang sama saya seringkali memikirkan tugasan-tugasan lain yang tergendala.

Walaubagaimanapun, segera saya kikiskan perasaan yang sebegitu. Setelah tugasan ini disiapkan, saya berasa amat lega kerana akhirnya usaha saya membuahkan hasilnya. Walaupun saya berpuas hati dengan hasil kerja saya sendiri, belum tentu lagi Encik Alyes akan berpuas hati dengannya. akan berpuas hati

Walaubagaimanapun, saya amat berharap Encil Alyes dengan kerja yang telah dihasilkan ini.

Kesimpulannya, melalui tugasan ini, saya telah belajar banyak perkara mengenai kaedah-kaedah pengajaran PJM 3106 dan moga maklumat maklumat yang saya cari dan laksanakan ini dapat dijadikan sebagai panduan . Tugasan ini telah memperluaskan pandangan saya kepada bidang ini dan memberi semangat yang tinggi agar saya terus mempelajari kaedah dan teknik pengajaran yang dapat saya aplikasikan dalam pengajaran di sekolah nanti dengan sebaik mungkin. Sesungguhnya yang baik itu datangnya daripada Allah swt, dan yang buruk dan kurang itu datangnya daripada saya yang daif ini. Sekian.

JEFRI ABDULLAH-720925025505/ PPG SAINS 1 JUN 2011

Page 22

PJM 3106 2013

BIBLIOGRAFI BUKU

Anita Ganeri(1996), Sains Soal & Jawab: Sains Tubuh. Shah Alam: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.

Dzulkifli Bin Ismail & Jamaliyah Binti Ahmad(2004), Sains Sukan Tingkatan 4. H.I. Holdings Sdn. Bhd.

Gerald J. Tortura(2006), A Brief Atlas of Skeleton, Surface Anatomy, & Selected Medical Images. USA: John Wiley & Sons. Inc.

Gerald J. Tortura & Bryan Derrickson(2006), Principles of Anatomy & Physiology(11th ed.). USA: Wiley.

INTERNET

http://www.pt.ntu.edu.tw/hmchai/Kines04/KINupper/Wrist.htm http://en.wikipedia.org/wiki/Biceps_brachii_muscle http://k-2.stanford.edu/InfoFrames/Bones.1.6.html http://www.anatomy.com hippie.nu/.../humananatomy/arm-muscles.jpeg www.onemedicine.tuskegee.edu/.../Radius.jpg www.answers.com/topic/sagittal-plane

JEFRI ABDULLAH-720925025505/ PPG SAINS 1 JUN 2011

Page 23

PJM 3106 2013

ISI KANDUNGAN

BIL

Kandungan

Muka surat
1 2 3 6

1.0. Pengenalan anatomi dan fisiologi 2.0 Objektif kerja khusus

3.0. Sejarah badminton 4.0. Anatomi dan fisiologi dalam servis 5.0. Analisis Mekanisme Pergerakan semasa Servis Asas Fungsi bahagian tulang pergelangan tangan Fungsi bahagian otot Fungsi bahagian sendi Jenis satah Aplikasi sistem tuas dalam kemahiran servis Otot dan tulang yang terlibat

9 14 16 18 19 21 24 26 27

6.0. Refleksi 7.0. 8.0. BIBLIOGRAFI LAMPIRAN A

JEFRI ABDULLAH-720925025505/ PPG SAINS 1 JUN 2011

Page 24

PJM 3106 2013

INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA KAMPUS INSTITUT PERGURUAN TUANKU BAINUN 14000 BUKIT MERTAJAM, PULAU PINANG.

JABATAN PENDIDIKAN JASMANI DAN KESIHATAN PROGRAM PERGURUAN PENDIDIKAN RENDAH PENGAJIAN EMPAT TAHUN

ANATOMI DAN FISIOLOGI

NAMA NO I/C ANGKA GILIRAN KUMPULAN

: MOHD ASYRAQ BIN MOHD YUSOFF : 880603-52-5649 : 2008302310063 : 2 PPPRPET PJ

KOD MATAPELAJARAN : PJM 3106 PENSYARAH TARIKH SERAHAN : EN. ALYES BIN ARIFF : 5 September 2008

JEFRI ABDULLAH-720925025505/ PPG SAINS 1 JUN 2011

Page 25

PJM 3106 2013

JEFRI ABDULLAH-720925025505/ PPG SAINS 1 JUN 2011

Page 26

You might also like