You are on page 1of 1

Pengertian Laras Bahasa

Laras bahasa ialah sesuatu variasi bahasa yang mempunyai ciri-ciri khusus dalam penggunaannya mengikut bidang.Secara umumnya,laras bahasa bermaksud gaya atau cara bahasa yang digunakan untuk menyampaikan maklumat, maksud dan tujuan sama ada secara lisan atau bertulis. Ure dan Ellis telah menyatakan pada (1977), bahawa laras bahasa adalah sejenis pencorakan bahasa yang kerap kali

digunakan dalam sesuatu situasi komunikatif. Menurut Zaba (1962), laras ialah rupa susuk bahasa yang dipakai apabila bercakap atau mengarang, iaitu tentang perkataannya, ikatan ayatnya, jalan bahasanya, cara susunannya atau bentuk peribahasanya. Halliday (1968) pula, mendefinisikannya sebagi variasi bahasa berlainan berdasarkan fungsi atau dengan kata yang lebih mudah laras berubah mengikut situasi. Beliau mendasarkan perbezaan laras yang digunakan kepada dua faktor, iaitu pengguna dan penggunaan. Variasi bahasa yang timbul yang berkaitan dengan penggunanya, iaitu yang melibatkan tempat asal seseorang ialah dialek dan variasi bahasa yang berkaitan dengan penggunaannya, iaitu yang berlainan mengikut kumpulan sosial yang menggunakannya

ialah register atau laras. Nik Safiah Karim (1982) bersependapat dengan Halliday kerana setiap anggota masyarakat akan menggunakan beberapa laras yang berbeza mengikut keperluannya Kesimpulannya, mengikut semua pendapat di atas laras bahasa boleh dikatakan cara untuk seseorang itu berkomunikasi kepada orang lain untuk menyampaikan sesuatu perkara dan maklumat.

You might also like