P. 1
Alat Muzik Tradisional Kebanggaan Kita

Alat Muzik Tradisional Kebanggaan Kita

5.0

|Views: 60|Likes:
Published by Suhaimi Salleh
Alat Muzik Tradisional
Alat Muzik Tradisional

More info:

Categories:Topics, Art & Design
Published by: Suhaimi Salleh on May 16, 2013
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOC, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

08/10/2014

pdf

text

original

Alat Muzik Tradisional Kebanggaan Kita – Tahun 5 ALAT MUZIK KEBANGGAAN KITA Secara amnya, selain daripada digunakan

untuk menghasilkan berbagai jenis muzik, alat alat muzik tradisional juga merupakan bahan estetika yang penting dalam masyarakat. Ia digunakan sebagai alat penyebar maklumat, lambang budaya bangsa, alat ritual yang dapat menghubungkan manusia dengan alam luar biasa (magis) selain dari fungsi utama sebagai alat hiburan. Terdapat lima kategori Alat Muzik Tradisional: Kordofon Alat-alat muzik kordofon ialah alat-alat yang mengeluarkan bunyi kerana adanya getaran pada tali yang ditegangkan. Alat-alat muzik rebab, sape dan lain-lain tergolong dalam kategori ini. Membranofon Dalam kategori ini digolongkan alat-alat muzik yang menghasilkan bunyi melalui kulit atau membrane yang ditegang dan dipalu.Berbagai jenis alat gendang dan rebana Melayu tergolong dalam kategori membranofon. Kebiasaannya digunakan di dalam menghasilkan lagu-lagu rakyat. Erofon Erofon adalah alat-alat muzik yang menghasilkan bunyi melalui lubang udara. Dalam masyarakat pribumi Malaysia,terdapat beberapa jenis alat muzik erofon seperti serunai, seruling, nafiri, seruling hidung dan lain lain yang sejenis. Idiofon Idiofon adalah alat-alat muzik yang menghasilkan bunyi melalui tindakbalas pada rangka badan yang bergema. Contoh alat muzik idiofon pribumi Malaysia ialah kumpulan gong dan jenis-jenisnya. Dalam kategori idiofon terdapat alat-alat muzik ‘metallophone’, yang diperbuat daripada logam gangsa seperti saron dan gendir dalam ensemble gamelan. Erofon Bebas Erofon bebas adalah suatu alat muzik yang menghasilkan bunyi melalui lubang udara dengan car meniupnya, penjenisan alat adalah berbeza dari erofon. Ianya diperbuat dari pelbagai bentuk yang berbeza dan diperbuat dari bahan yang bersifat sementara seperti daun-daun kayu, daun kelapa dan sebagainya. Penghasilan bunyi tidak mengikut kod muzik yang ditetapkan dan bukan untuk tujuan dipermainkan bersama alat muzik yang lain.

Bertitik tolak daripada ini. GAMBANG Merupakan alat muzik yang diperbuat dari kayu keras. NOBAT Nobat adalah sejenis pancaragam DiRaja yang hanya dimainkan di istana dan pemain muziknya pula hanya boleh terdiri daripada orang-orang tertentu sahaja. SARON Saron terdiri daripada bilah-bilah yang disusun di atas tapak kayu. bulat dan kecing berbanding gong. Perkataan ‘gamelan’ berasal daripada perkataan Jawa iaitu ‘gamel’ yang bermaksud memukul atau tukul. GONG Berperanan seperti tulang belakang dalam persembahan gamelan. berfungsi sebagai intro lagu. gendang dan gong. ibarat tidak lengkap sesebuah persembahan gamelan tanpa gendang malah pincang. Manakala masyarakat luar tidak banyak yang mengetahui mengenai Nobat. gambang. Alat pengetuk yang digunakan sama sepeti pengetuk bonang. . Alat ini diletakkan di atas tali yang diikat pada kayu yang diperbuat daripada kayu keras untuk menghasilkan bunyi yang merdu setelah diketuk. Alat-alat gamelan: BONANG Bonang merupakan alat terpenting dalam muzik gamelan. kemudian gamelan diperkenal kan ke pahang dan seterusnya ke Terengganu. saron penerus dan saron peking. biasanya dimainkan menggunakan 2 bilah kayu pengetuk yang dipanggil ‘mallet’. KENONG Kenong menyerupai gong tapi lebih nipis. Sejak itu Nobat mula dikenali masyarakat umum.ALAT MUZIK MELAYU GAMELAN Gamelan merupakan himpunan alat muzik seperti bonang. Bonang dimainkan dengan menggunakan pengetuk kayu yang hujungnya berbalut. Yang DiPertuan Agong pertama yang dilantik selepas negara mencapai kemerdekaan iaitu yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan telah mengistiharkan muzik Nobat sebagai muzik istana. cara memainnya dengan mengetuk menggunakan kedua-dua belah tangan serentak. Kuala Kangsar. Kelang dan Kula Terengganu. Sejak berabad. terdapat 3 jenis saron iaitu saron demong. Nobat telah dimainkan di istana negara sebagai pengesahan kepada pertabalan itu. mempunyai 21 keping kayu berbentuk 4 segi panjang dan tiap-tiap satu berbeza ketebalan dan panjang. GENDANG Gendang merupakan satu alat yang penting dalam setiap persembahan gamelan. nobat hanya sinonim di telinga penduduk yang tinggal di sekitar kawasan nobat sering dimainkan seperti Alor Setar.

Menurut seorang pemain Nobat. Luas pemukaan gong ini adalah kira-kira 18′ dengan bahagian tengahnya membonjol keluar. Mempunyai tujuh lubang dipermukaan atas batang serunai dan satu lubang kecil dibawahnya. Ukur panjang serunai ini adalah 43 cm. Gong ini digantung pada satu tempat khas dinamakan ‘ cagak’. Batang pemukul gong ini diperbuat daripada kayu keras yang kuat dan disalut dengan kain kuning. Bahagiannya diperbuat daripada salutan perak dan sisinya daripada suasa. Nafiri diperbuat daripada perak tulen. Semasa dimainkan sebatang kayu anggaran 70 inci panjang yang dibalut dengan kain baldu kuning diletakkan di bawah nahara supaya permukaan nahara mudah dipalu. GENDANG IBU DAN GENDANG ANAK Ukur panjang gendang ini adalah 20′ bersamaan dengan 50 cm. batang serunai ini diperbuat daripada batang pokok cili padi dengan tujuan untuk memerdukan lagi bunyinya. Lubang ini akan menentukan not lagu apabila dimainkan. NAFIRI Alat ini berbentuk yang panjangnya 33 cm.ALAT-ALAT NOBAT: SERUNAI Alat ini bebentuk seperti ‘flute’. Nahara dimainkan dengan memalu permukaan dengan dua batang rotan halus berukuran 17 ½ inci panjang. ALAT MUZIK INDIA . Di sekeliling gendang tersebut dililit dengan rotan kertas sepanjang 1 kaki. Ia menggunakan kulit harimau di sebelah kanan dan kulit kambing di sebelah kiri. GONG Alat ini diperbuat daripada tembaga merah daripada tanah Jawa. Alat ini dibalut dengan kain berwarna kuning. NAKARA Gendang satu muka berukuran 12 inci panjang dan berukuran lilit 36 inci. Badannya diperbuat dari kayu merbau yang berongga dan permukaannya ditutup dengan kulit kijang. Ia mempunyai Temeluk yang terdapat pada dua bahagian berbentuk seperti buah ‘kandis’. Bahagian serombong Nafiri ini agak leper dan berbunga-bunga. Kedua-dua jenis gendang ini mempunyai tali yang memudahkannya untuk digalas ke tempat-tempat permainan. Lidah serunai ini diperbuat daripada daun ‘thai’. Permukaan kulit kiri dimainkan dengan tangan manakala sebelah kanan pula dimainkan dengan paluan kayu Kemuning. Ia diperbuat daripada kayu yang baik dan tahan lasak untuk mengeluarkan bunyi yang baik. Manakala lebar mukanya 7′ jejari.

VENU Alat muzik ini diperbuat daripada buluh dan merupakan salah satu daripada alat muzik yang tertua di India. jari amat berperanan penting dalam menutup dan membuka lubang agar menghasilkan bunyi yang menarik dan penting dalam persembahan berdasarkan muzik raga. Mridangam diletakkan di atas kaki kanan dan buku lali. NADASWARAM Nadaswaram merupakan alat muzik klasik yang terkenal di selatan India.KANJIRA Kanjira termasuk dalam keluarga tamborin. Pemain menggunakan 2 kayu pemukul untuk memukul bahagian atas gendang tersebut. mempunyai tujuh lubang pada badannya. MRDANGAM Mrdangam dimainkan dengan meletakkannya secara selari di atas lantai. Juga berfungsi seakan-akan alat muzik kompang atau tar disesetengah tempat. Alat muzik ini digunakan dalam aktiviti kesenian dan keagamaan di negeri Kerala. Alat muzik venu ini boleh menghasilkan bunyi dua setengah oktaf yang bersifat monofoni seperti suara manusia. Veeku Chenda (untuk memainkan irama asas) dan Acchan Chenda. Alat ini mempunyai bentuk yang seakanakan sama dengan alat tamborin barat yang terdiri daripada rangka bulat diperbuat daripada kayu pokok nangka sepanjang kira-kira 7 hingga 9 inci diameternya dengan kedalaman 2 hingga 4 inci dalamnya. CHENDA Merupakan alat perkusi berbentuk silinder yang juga dipanggil chende. Alat muzik ini dipersembahkan dengan iringan alat-alat muzik lain seperti Khatali. manakala memalu permukaan besar dengan tangan kiri. Untuk memainkan alat muzik ini. Alat ini juga ada yang diperbuat daripada kayu atau logam. Venu berkait rapat dengan Tuhan Hindu Krishna yang selalu digambarkan sedang memainkan alat ini dibibirnya. jari ke dua-dua tangan digunakan untuk menutup dan membuka lubang pada venu. Alat muzik ini mempunyai persamaan dengan alat tiupan Shehnai yang terdapat di utara India tetapi memiliki saiz yang lebih besar dengan badannya diperbuat daripada kayu teguh dan loceng yang besar. dan lima lubang yang terdapat pada bahagian bawahnya yang dianggap sebagai lubang pengawal bunyi. Venu ini boleh didapati dalam pelbagai saiz. Chenda terbahagi kepada 3 jenis iaitu: Uruttu Chenda (untuk bermain pelbagai variasi). Pemain akan memalu permukaan yang kecil dengan tangan kanan. Chenda digantung pada pemain gendang supaya ia tergantung tegak dengan bahagian atas gendang yang dibaluti kulit itu. .Kaki kanan dilunjurkan sedikit manakala kaki kiri akan dibengkokkan dan diletakkan pada rangka badan mridangam serta bertentangan dengan badan pemain. Dalam memainkan alat muzik ini. Koodiyattam dalam bentuk tarian dan aktiviti-aktiviti pemujaan di negeri Kerala. Alat muzik ini tergolong dalam keluarga erofon atau tiupan bukan loyang yang mempunyai bunyi terkuat didunia.

Tabla ALAT MUZIK SARAWAK Muzik ini boleh didefinasikan sebagai salah satu seni yang dihasilkan sama ada secara individu atau berkumpulan. terdapat 2 lagi alat muzik veena yang terkenal di India iaitu Vichitra Veena dan Rudra Veena yang mana kedua-dua alat muzik ini dimainkan dalam persembahan klasik Hindu. peng’. Diantara alat-alat muzik yang diperkenalkan adalah seperti berikut: TAWAK Dibuat dari perunggu berbentuk bulat. suling (atau seruling). Bagi tetawak ibu bunyinya rendah dan bergema manakala tetawak anak. Alat muzik ini dapat menghasilkan bunyi seperti ‘chak. ENGKROMONG Gong kecil diperbuat daripada perenggu berbentuk periok. Sitar (5-7 Tali) 3. Lapan buah gong bagi satu set diatur berbaris di atas para yang panjang. . Selain alat muzik saraswati veena. SAPE Berbentuk seperti gambus panjang bertali empat. tongkungon. iaitu “Hari Gawai” ia juga dipamerkan kepada orang ramai terutama para pelancong yang ingin mengetahui kebudayaan seni muzik masyarakat Iban khususnya dinegara ini. nada bunyinya nyaring. Sebagai contoh. Alat muzik klasik India yang lain.SARASWATI VEENA Alat muzik ini tergolong dalam klasifikasi alat muzik bertali India. Semua alat-alat muzik ini dimainkan oleh kaum lelaki. Ianya dapat dimainkan dengan pelbagai jenis alat muzik. Badannya panjang dan berbentuk hampir empat segi dan diperbuat dari kayu jokuvang. Dindingnya tebal. Berbusut di tengah permukaannya. sompoton dan togunggak diperbuat daripada buluh. antaranya: 1. Selain daripada dimainkan untuk hari perayaan mereka. ALAT MUZIK SABAH Kebanyakaan alat-alat muzik di Sabah dibuat daripada bahan-bahan asli. dong. Tampura (4 Tali) 2. Walaubagaimanapun ada sebahagian kecil alat-alat muzik ini dimainkan serta dipratikkan oleh kaum wanita khususnya warga tua masyarakat Iban. berbusut di tengah-tengah bahagian permukaannya. Ianya dinamakan sebagai saraswati veena kerana mengambil sempena nama Tuhan Hindu Saraswati yang selalu digambarkan sedang bermain alat muzik ini dan terkenal dalam masyarakat India. namun begitu hanya alat muzik saraswati veena sahaja digunakan dalam persembahan muzik karnatak di India. Dipermukaan sapeh ini kebiasaannya didapati ukiran bermotif orang Iban Sarawak serta diwarnakan samada merah atau hitam. Ia juga berpasangan (ibu dan anak). turali.

sejenis gentian pokok palma. bibir yang dalam serta tombol yang besar. Getaran kepingan kayu ini menghasilkan bunyi yang kecil tetapi dengan meletakkannya di hadapan mulut sipemain boleh membesarkan bunyinya melalui salun (bunyi yang berbalik). kompang dan gendang diperbuat daripada kulit kambing. bungkau dan sompoton) Idofon – (togunggak.sundatang atau gagayan) Erofon – (suling. Gong dan kulintangan dibuat daripada kayu lembut dan menyerupai gitar panjang bertali tiga yang dibuat daripada giman. Alat-alat muzik di Sabah. gambus. Ianya dibuat daripada sebiji buah labu yang kering dengan lapan batang paip buluh yang disusun dalam dua lapisan. BUNGKAU Kecapi mulut dibuat daripada kulit sejenis pokok palma yang dikenali sebagai polod oleh suku kaun Kadazandusun. SOMPOTON (Erofon) Organ mulut merupakan alat yang sangat menarik di antara alat-alat musik tempatan di Sabah. gong. . ianya memerlukan tangan yang halus dan mahir. Dengan meniup atau menyedut mulut labu.gendang atau tontog). Gong yang lebih popular mempunyai dinding yang tebal. Gong boleh didapati di seluruh negeri Sabah dan mempunyai nilai yang tinggi. sipemain boleh menghasilkan satu bunyian harmoni yang merdu. alat ini selalunya disimpan dalam bekas tiub buluh kecil agar ianya tidak rosak dan sentiasa dalam keadaan bersih. Apabila tidak dipakai. ditempah dari Filipina. Satu atau dua buah gendang juga sering dipalu bersama untuk menseragamkan iramanya. Berjenis-jenis frekuensi boleh dihasilkan dengan mengubah mulut serta kedudukan lidah. Salah satu daripada paip ini tidak mempunyai bunyi dan berfungsi untuk memperseimbangkan kedudukan bentuk alat tersebut. Untuk mengukir bentuknya. Ia juga digunakan sebagai hantaran berian.kulintangan) Membranofon -(kompang.Kepingan berkayu yang nipis di tengah alat ini digetarkan dengan memukulnya dengan ibu jari. GONG Gong merupakan tulang belakang dalam kebanyakan arena permainan muzik dan ianya digunakan dalam hampir kesemua upacara sosial. isyarat dan perayaan pesta-pesta menuai Sejak akhir-akhir ini suku kaum Rungus di Kudat ada membuat gong yang dibentuk dari kepingan besi galvanic yang dibeli di sini.Alat lain seperti gambus. upacara kepercayaan animistic. Bilangan gong yang dimainkan bersama berbeza-beza mengikut keperluan masyarakat setempat. • • • • Kordofon – (tongkungon. Indonesia atau Berunei. turali atau tuahi. Paip tersebut dimasukkan ke dalam lubang pada sisi labu kemudian ditampal dengan lilin lebah. Beberapa kepingan kecil polod(seperti dalam Bungkau) diletakkan pada dasar tiap-tiap tepian paip yang berbunyi. dikelaskan kepada . Alat ini lazimnya ditemui di kawasan-kawasan suku-kaum Dusun.

Erhu bersejarah lama. ia mucul pada destinasi Tang iaitu abad-7 hingga abad-10 dan popular di kawasan penempatan kaum minoroti di sebelah barat laut China pada masa itu.Kepingan kecil polod diletakkan di dalam labu dan menambah salun alat yang baru disiapkan. Gong-gong cerek ini diletakkan tersusun dalam satu barisan di atas sebuah rangka kayu rendah.. ALAT MUZIK CINA ERHU Erhu merupakan sejenis alat muzik gesek tradisional China. Ia dimainkan dengan memetik tali loyang dan nada tali-talinya dibetulkan dengan memutarkan skru kayu telinga di atas alat ini. Togunggak di kalangan suku kaum Dusun/Kadazan atau ‘Togunggu’ di Penampang. ia dimainkan dalam majlis-majlis dan perayaan seperti majlis perkahwinan dan upacara keagamaan. Di Tambunan ianya dimainkan untuk mengiring tarian sundatang magarang. TOGUNGGAK (idiofon) Dikenali sebagai tagunggak di kalangan suku kaum Murut. Sompoton ini boleh dimainkan secara perseorangan untuk hiburan persendirian atau dalam kumpulan untuk mengiringi tarian. SUNDATANG Diperbuat dari kayu bernama tembailing atau kayu nangka. Muzik yang dikeluarkan menyerupai satu set gong sesuatu kumpulan. Alat ini merangkumi lapan ataupun 9 buah gong-gong cerek yang kecil. Setiap daripadanya mengeluarkan bunyi-bunyian yang berbeza-beza apabila dipukul. Satu set alat-alat muzik ini merangkumi enam (togunggu’) hingga tiga puluh (tagunggak) buah. Ia mempunyai dua atau tiga tali loyang diperbuat dari akar polo. Selalunya. Biasanya sipemain duduk di atas lantai berhadapan dengan barisan gong sambil memukulnya dengan dua pemukul kayu kecil. Ianya popular di kalangan sukukaum Kadazandusun. dengan setiap idiofon diselaraskan bunyinya mengikut gong sebenar yang dimainkan. KULINTANGAN (Idiofon) Pada mulanya alat ini diperkenalkan di barat Sabah oleh suku kaum Brunei tetapi secara tradisional ianya juga digunakan oleh suku kaum Bajau dan beberapa suku Dusun/Kadazan. Ianya dimainkan juga untuk hiburan persendirian dimainkan secara solo tanpa diiringi oleh suara. Paip-paip buluhnya diikatkan bersama dengan rotan yang telah diraut nipis. seseorang pemain menutup dan membuka tiga daripada empat paip terpendek pada hujungnya dengan tiga jari tangan kanan dan tiga lubang kecil pada dasar paip terpendek serta hadapan dan belakang paip yang lebih panjang dengan jari tangan kiri. di mana ianya diiringi oleh gong-gong tradisional. idiofon bambu paluan ini dimainkan dalam kumpulan untuk mengiring tarian atau perarakan di pesta-pesta. bergantung kepada suku kaum. Dalam sejarah . Semada memainkan sompoton.

Pada masa permulaan. Erhu sepanjang 80 sentimeter dan bentuknya ringkas. Gong diperbuat daripada logam. Menurut catatan buku sejarah. negara-negara Arab pada zaman silam iaitu Yasu dan Parsi di Timur Tengah mempopularkan sejenis alat muzik pukulan. penbuatan. drama. memaklumkan masa dan mengeluarkan alarm. Suaranya jelas lagi terang. pertandingan perahu naga. itu sering digunakan dalam orkes alat muzik tradisional. Memukul kulit gendang. tarian. Satailiqin itu menjadi alat muzik instrumen China dan namanya diubah sebagai Yangqin. akan tetapi itu juga digunakan untuk mengarahkan tentera. kedudukannya sangat penting dalam orkes muzik rakyat China. alat muzik Satailiqin dipopularkan ke China dari Parsi melalui laluan laut. pembaharuan dan persembahan Erhu mendapat kemajuan. upacara perayaan. Gendang terdiri daripada kulit dan badan. paduan suara atau opera. badan gong merupakan sebuah permukaan lengkung. nyanyian. Erhu selalu dimain sebagai alat muzik irama. iaitu Satailiqin. Ia juga dimainkan untuk mengiringi nyanyian dan tarian dalam pelbagai drama dan opera tempatan China. alat muzik itu hanya dimainkan oleh rakyat yang tinggal di kawasan Guangdong sahaja dan kemudian dipopularkan di pelbagai tempat lain di China. pertandingan dan lain-lain. kedua-dua hujungnya kecil seditik berbanding bahagian pertengahan badan gendang. GENDANG Gendang merupakan alat muzik pukul yang sering dimainakan di China. gentaran kulit gendang akan mengakibatkan gendang berbunyi. jadi badan gong bergentar dan menghasilkan berbunyi.perkembangan selama lebih seribu tahun. Ia boleh dimain solo dan juga boleh dimain sebagai alat muzik irama. Berdasarkan galian yang ditemukan dapat ditentukan gendang telah bersejarah selama kira-kira 3000 tahun. seiring dengan perkembangan hubungan persahabatan yang kian akrab antara China dengan Asia Barat dan Asia Timur. YANGQIN Yangqin atau dikenal sebagai dulsimer merupakan sejenis alat muzik instrumen pukulan yang sentiasa dimainkan oleh rakyat China. ia menduduki tempat penting dalam permainan alat-alat muzik dan orkestra instrumen China. pemain memukul bahagian pertengahan permukaan lengkung itu. gendang bukan saja dimainkan semasa mengadakan sembahyang atau persembahan nyanyian dan tarian. dan ditutup kepada kedua-dua hujung badan gendang. antaranya: . kulit gendung biasanya dibuat dengan kulit haiwan. Gong juga sering dimainkan dalam kumpulan perayaan. Alat muzik tersebut boleh digunakan dalam permainan solo. Sampai kini. Pada zaman Dinasti Ming ( 1368 – 1644). penggunaan gendang semakin luas. Alat muzik klasik Cina yang lain. GONG Gong merupakan sejenis alat muzik pukul tradisional China. Bahagian dalam gendang ialah kosong. Kemudian diubahsuai oleh seniman kalangan rakyat China. Pada purbakala. Selepas tahun 1949. tarian singa dan lainlain. sebelum abad pertengahan. menghiraukan haiwan.

• • • • • • Ruan Sheng Dizi Guzheng Pipa Simbal .

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->