You are on page 1of 1

BERKELAH BERSAMA-SAMA KELUARGA TERSAYANG Pada cuti persekolahan yang lalu, kami sekeluarga pergi berkelah ke Pantai Port

Dickson di Negeri Sembilan. Kami ke sana dengan menaiki kereta yang di pandu oleh ayah. Tujuan kami ke Panatai Port Dickson adalah kerana ingin bercuti di samping ingin merapatkan hubungan keluarga. Sebelum pergi, kami telah membuat persediaan yang rapi. Ibu menyiapkan bekalan makanan dan pakaian kami manakala ayah pula sibuk memeriksa kereta supaya dapat di pandu dengan selamat. Akhirnya kami sekeluarga mula bertolak pada jam 7.30 pagi. Semasa dalam perjalanan ke Pantai Port Dickson, kami sekeluarga berbual bual. Saya sempat mengambil peluang mengambil gambar keindahan alam semulajadi dari dalam kereta. Abang dan adik saya pula tertidur di dalam kereta. Kami tiba di Port Dickson pada jam 9.00 pagi. Ibu membentangkan tikar untuk kami beristirehat dan meletakkan barang-barang. Kami membantu ibu mengeluarkan barang barang dan selepas itu menukar pakaian untuk mandi. Suasana di tempat tersebut sangat meriah. Saya dan adik membina istana pasir. Setelah penat bermain dan mandi manda kami sekeluarga menikmati bekalan makanan yang telah di siapkan oleh ibu. Sebelum pulang, kami sempat membeli cenderamata untuk di jadikan kenang-kenangan. Pada jam 6 petang kami mula bertolak pulang. Perasaan kami pada masa tersebut sangat gembira. Ini adalah percutian keluarga yang amat menarik. Akhirnya kami tiba di rumah pada jam 9 malam.

You might also like