You are on page 1of 6

Resis: Teknik menghasilkan lukisan atau reka corak dengan menggunakan bahan-bahan yang tidak bercampur antara satu

sama lain seperti cat air dan cat minyak, cat air dan lilin dan sebagainya yang boleh dikatakan sebagai proses penolakan warna. Teknik ini dapat dilihat dengan jelas dalam proses penghasilan batik lukis atau batik canting 3.1: SEJARAH AWAL RESIS Sejarah bermula bersama munculnya industri batik yang tidak dapat dipastikan dengan tepat. Namun ia merupakan hasil seni yang telah lama wujud. Sebagai buktinya artifak batik berusia lebih 2000 tahun pernah ditemui di beberapa tempat di Asia dan Timur Tengah. Walaupun asalnya tidak diketahui, penggunaan batik didapati telah tersebar dengan meluas di kepulauan Jawa, Indonesia. Penghasilan kain batik dikatakan hanya dijadikan sebagai hobi atau memenuhi masa lapang kaum wanita ketika itu. Dikatakan juga bahawa salasilah keturunan dapat dikenalpasti hanya berdasarkan kepada corak atau motif batik pada zaman tersebut. Kemudiannya kesenian batik tersebar dengan meluas hingga ke India, China, Malaysia dan Eropah. Dari manapun asalnya, hasil seni ini telah menjadi warisan peradaban dunia. Perkataan batik (sebutan bateek) dikatakan terbit dari perkataan Jawa (tik) di mana ia telah diterjemahkan dalam pelbagai maksud antaranya itik, lukisan lilin atau lukisan putusputus. Tujuan digunakan lilin ialah supaya dapat memisahkan warna yang disapukan pada kain. Batik merupakan satu bidang kraftangan yang unggul di Malaysia. Sejarah perkembangan batik secara tradisional di Malaysia dipercayai bermula pada abad ke 15 Masihi. Pada masa dahulu, lukisan batik di kalangan masyarakat Melayu dikatakan bermula dengan penggunaan ubi kentang sebagai alat pengecap. Namun, selaras dengan perkembangan aras kemodenan kini, pembuatan batik juga turut dipermodenkan. Pada tahun 1920-an, penggunaan lilin telah diperkenalkan oleh pengusaha-pengusaha batik di Kelantan dan Terengganu dan ianya merupakan perintis kepada sejarah perkembangan batik negara. Pemakaian batik dalam busana tradisi berlangsung dari zaman awal tamadun Melayu. Batik dipakai oleh semua golongan bermula dari raja, golongan bangsawan hingga ke rakyat jelata. Batik menzahirkan dirinya sebagai seni asli yang praktikal dan popular. Batik menjadi hadiah perpisahan dan perlambangan cinta dalam Hikayat Malim Dewan dan sepersalinan batik juga dijadikan tanda penganugerahan darjat dari sultan dalam Hikayat Hang Tuah.

3.2: TOKOH RESIS TEMPATAN

Rajah 3.2:Contoh imej figura manusia Chuah Thean Teng berasal dari Fukien, China dan berhijrah ke Malaya pada tahun 1932 dan menetap di Pulau Pinang sejak tahun 1936. Kecenderungan beliau terhadap batik lukis merupakan satu proses asimilasi seni budaya yang dialaminya. Beliau terpikat dengan keindahan alam budaya masyarakat tempatan. Ciri-ciri formal batik seperti kesan keretakan dan penggunaan garis luar yang padu dapat dihayati dalam karya-karyanya. Kebanyakan karya Teng dipenuhi dengan imej figura manusia yang jinjang, tinggi lampai, berisi lagi berotot. Kesan keretakan ini menyaluti permukaan karya tanpa batasan. Kesan ini membentuk garis-garis halus yang menyatukan keseluruhan imej menjadi padu. Beliau merupakan generasi pertama dan pelopor catan batik di Malaysia. Meskipun pendekatan beliau cuma dianggap bersandar kepada unsur-unsur formal dan teknik, penerokaan beliau terhadap media seni baru sebenarnya menjadi suatu sumbangan dalam dunia seni lukis di Malaysia serta memenuhi ciri-ciri seni lukis moden yang bersifat eksperimentasi dan eksplorasi. Beliau mengupas beberapa tema utama menerusi stail yang berbeza. Batik telah dipelbagaikan mengikut kehendak pelukis dan pengkarya. Batik telah lahir sebagai media seni yang aktif lagi berkemampuan. Pemilihan tema yang dekat dengan kehidupan seharian masyarakat menjadikan ianya popular dan diminati ramai. Tema-tema popular ini menjadi penggerak kepada eksplorasi dan eksperimentasi formal media batik ke dalam format seni lukis moden.

Rajah 3.3:Malaysia Life Batik 92cm x 183cm Ciri-ciri formal batik menyokong dan mengukuhkan tema-tema yang dipilih. Batik memiliki warna-warna yang cerah, garang dan meriah serta bersifat dekoratif. Kesan-kesan yang tidak dirancang serta lahir daripada tindakan penuh spontan menghasilkan imej-imej yang indah lagi dramatik, misalnya menerusi kesan keretan dan kemerkahan dipermukaan karya. Unsurunsur formal seumpama ini berupaya melukiskan keindahan alam tempatan serta keharmonian hidup sama ada dalam pengucapan visual yang mujarad atau semi mujarad. Catan batik ini berkembang dalam seni lukis Malaysia pada dekad lima puluhan, khususnya menerusi karya-karya Chuah Thean Teng. Beliau dianggap jaguh batik yang menterjemahkan teknik tradisi itu sebagai media seni dalam catan-catannya yang merakamkan kehidupan desa di Malaysia

Rajah 3.4:Two Women And The Cow 1988 Batik 110x112cm 3.3: RESIS MENGGUNAKAN BATIK TULIS Batik tulis telah lama digunakan di Indonesia sekitar tahun 1970-an negara ini mula menggunakan canting batik sebagai alat untuk batik tulis. Kaedah membatik ini menggunakan alat canting yang diisikan dengan lilin cair untuk melukis atau mencanting di atas kain. Cara mewarnanya menggunakan berus seperti kaedah melukis cat air. Batik ini biasanya digunakan untuk membuat pakaian, catan, alat-alat hiasan dan sebagainya.

3.4: ALAT DAN BAHAN Berikut disenaraikan alat dan bahan yang digunakan dalam menghasilkan resis batik tulis.

i. ii. iii. iv. v. vi. vii. viii.

Rajah 3.5:Alat dan bahan digunakan untuk resis batik tulis Canting mempunyai pelbagai rupa dan bentuk samada mempunyai satu corong atau banyak corong. Perbezaan saiz adalah untuk fungsi-fungsi tertentu. Corong halus untuk melilinkan isen, sementara corong besar untuk membentuk pola asas corak. Pemidang kayu untuk meregangkan kain. Berus Pelbagai Saiz untuk menyapu warna, sodium silikat atau lilin. Periuk atau kuali digunakan untuk memasak lilin. Dapur. Tempat mencelup kain dan merebus kain. Jemuran. Bahan Campuran Lilin: lilin putih (paraffin) dan resin. Minyak kelapa atau lemak binatang digunakan untuk melembutkan lilin supaya aliran lilin tidak tersekat dan tidak pecah. Pewarna reaktif dan campuran remazol atau primazin (pewarna reaktif) urea atau soda ash (campuran) Bahan pemati warna sodium silikat. Bahan pencuci soda asli, serbuk sabun atau soda ash. Kain jenis kain yang sesuai ialah kain kapas, poplin, rayon, drill, lawan lima, cotton shirting, lawan unitika dan voile.

ix. x. xi. xii.

3.4.1: Bentuk-bentuk Canting

Rajah 3.6:Beberapa jenis canting yang sering digunakan di Malaysia.

Rajah 3.7:Bahagian-bahagian canting

Rajah 3.8:Contoh canting di Indonesia

3.5: PROSES MENGHASILKAN RESIS MENGGUNAKAN CANTING Rujuk buku 3.6: RESIS MENGGUNAKAN KRAYON

Rajah 3.16:Alat dan bahan yang digunakan Seperti yang ditujunkkan di Rajah 3.16 alat dan bahan yang digunakan dalam resis krayon adalah: a. Berus warna b. Span c. Krayon d. Kertas lukisan e. Air Berikut adalah langkah-langkah dalam proses menghasilkan resis krayon.
Rujuk buku

RUMUSAN

Reka corak resis didefinisikan sebagai suatu bentuk kreativiti artistik yang berkait rapat dengan penggunaan media berasaskan air dan minyak. Reka corak resis boleh menghasilkan corak terancang dan corak tidak terancang. Reka corak resis memerlukan kemahiran, kesedaran dan pengetahuan seni untuk menghasilkannya. Mencipta reka corak resis melibatkan proses latihan berfikir yang berhubung dengan asas rekaan dan prinsip rekaan. Teknik mencanting dalam batik adalah satu kaedah membuat corak resis.

You might also like