You are on page 1of 27

ELEKTRIK

Mengira Kos Tenaga Elektrik

Pengenalan Motor Arus Terus

Mengira Kos Tenaga Elektrik


Membaca Meter Kilowatt Jam (kWj)
Meter kilowatt jam (kWj) digunakan untuk menyukat jumlah tenaga elektrik yang digunakan di rumah atau premis pengguna. Meter kWj yang dipasang adalah jenis meter digital. Mempunyai beberapa dail yang menunjukkan bacaan ribuan, ratusan, puluhan, unit dan persepuluh.

Tenaga elektrik yang digunakan disukat dalam unit ukuran kilowatt jam. 1 kilowatt = 1000 watt 1 kilowatt jam = 1000 watt x 1 jam = (1000 watt digunakan dalam masa 1 jam) 1 kilowatt jam = 1 unit (tenaga digunakan)

Mengira Kos Tenaga Elektrik


Membaca Meter Kilowatt Jam (kWj)
Meter kilowatt jam (kWj) jenis digital.

Mengira Kos Tenaga Elektrik


Membaca Meter Kilowatt Jam (kWj)
Meter kilowatt jam (kWj) jenis digital yang mempunyai paparan LCD

Mengira Kos Tenaga Elektrik


Membaca Meter Kilowatt Jam (kWj)
Meter kWj jenis digital menggunakan satu siri nombor mewakili 10 000, 1 000, 100, 10, 1 dan 0.1. Bacaan dibaca mengikut digit besar ke digit kecil. Digit di ruang terakhir tidak perlu dibaca kerana nilainya kurang daripada 1 unit.

1
10

9
1

1
1 10

10 000 1 000 100

Mudah dibaca. Terus baca pada paparan. Bacaan ialah 19919 unit.

Mengira Kos Tenaga Elektrik


Mengira Kos Penaggunaan Tenaga Elektrik

Bacaan meter bulan semasa Bacaan meter bulan sebelum Kadar tarif bagi 200 unit pertama Kadar tarif bagi unit berikutnya

Unit tenaga elektrik yang digunakan


Kos bagi 200 unit pertama Kos bagi unit berikutnya Jumlah penggunaan tenaga elektrik

Mengira Kos Tenaga Elektrik


Mengira Kos Penaggunaan Tenaga Elektrik
Tenaga Nasional Berhad (TNB) merupakan salah satu pihak yang bertanggungjawab membekalkan tenaga elektrik dan membaca meter kWj pada setiap bulan. Pengguna akan menerima bil pada setiap bulan berdasarkan jumlah tenaga yang telah digunakan. Jumlah bayaran dikira dengan mendarabkan jumlah unit tenaga elektrik yang digunakan dengan kadar seunit. Kadar seunit adalah berdasarkan Jadual Kadar Tarif yang telah ditetapkan oleh pihak pembekal seperti Tenaga Nasional Berhad. Kadar tarif yang telah ditetapkan adalah berbeza mengikut keperluan dan penggunaannya. Antara yang telah ditetapkan adalah seperti tarif kediaman, perdagangan, perindustrian, perlombongan, dan lain-lain.

Mengira Kos Tenaga Elektrik


Mengira Kos Penaggunaan Tenaga Elektrik
Kira jumlah unit tenaga elektrik yang digunakan Bacaan meter bulan semasa (sekarang) Bacaan meter bulan sebelum (dahulu) Jumlah unit tenaga yang digunakan Mengira jumlah bayaran Jumlah bayaran yang dikenakan adalah mengikut kadar tarif yang digunakan pada bil ialah tarif A iaitu untuk rumah kediaman. Bagi 200 unit pertama ialah 200 x 0.218 = 43.60 Bag unit tambahan ialah 6 x 0.258 = 1.55 Maka jumlah bayaran ialah RM45.15 00412 unit - 00206 unit 206 unit

Pengenalan Motor Arus Terus


Motor arus terus (DC) merupakan mesin yang menggunakan tenaga elektrik dan menukarkannya kepada tenaga sawat bagi menjalankan sesuatu kerja motor.

Radio kaset Mesin gerudi tanpa wayar

Skuter elektrik

Contoh peralatan yang menggunakan motor DC.

Pengenalan Motor Arus Terus


Membaca Maklumat pada Plat Perincian Motor DC

Antara maklumat yang biasa didapati pada plat perincian ialah jenis (type), voltan (volt), pusingan seminit (rpm) dan kuasa (watt).

Pengenalan Motor Arus Terus


Jenis-jenis Motor
Motor elektrik menghasilkan tenaga kinetik sebagai penggerak utama untuk menjalankan sesuatu kerja. Aci motor berputar apabila motor dibekalkan dengan sumber bekalan elektrik arus terus (AC) atau arus ulang-alik (AC). Terdapat 2 jenis motor iaitu motor arus terus (AC) dan motor arus ulang-alik (DC).

Aci

Aci

Motor Arus Ulang-alik (AC)

Motor Arus Terus (DC)

Pengenalan Motor Arus Terus


Bahagian Utama Motor Arus Terus (DC)

Magnet kekal Rangka utama Gegelung angker Penukartertib (komutator) Berus karbon

Pengenalan Motor Arus Terus


Bahagian Utama Motor Arus Terus (DC)
X Dipasang pada rangka utama dan terdiri daripada lapisan teras Magnet kekal besi dan gegelung medan.

Rangka utama Gegelung angker Penukartertib (komutator) Berus karbon

Pengenalan Motor Arus Terus


Bahagian Utama Motor Arus Terus (DC)
Berbentuk silinder didapati dalam pemutar. Terdiri daripada susunan ruas palang logam yang bertebat. Bilangan ruas bergantung kepada bilangan lilitan angker. Hujung setiap Magnet kekal belitan angker akan dipateri pada palang logam tersebut.
X

Rangka utama Gegelung angker Penukartertib (komutator) Berus karbon

Pengenalan Motor Arus Terus


Bahagian Utama Motor Arus Terus (DC)

Magnet kekal Rangka utama Gegelung angker Penukartertib (komutator) Berus karbon

Diperbuat daripada karbon dan dipasang pada bahagian bawah dan atas penukartertib. Bekalan arus akan mula mengalir ke dalam berus ini sebelum ke penukar tertib.

Pengenalan Motor Arus Terus


Bahagian Utama Motor Arus Terus (DC)

Magnet kekal Rangka utama Gegelung angker Penukartertib (komutator) Berus karbon

Menjadi elektromagnet dan berputar apabila arus elektrik mengalir melaluinya. Putaran ini disebabkan prinsip kemagnetan iaitu kutub berlainan akan menarik dan kutub yang sama menolak.

Pengenalan Motor Arus Terus


Bahagian Utama Motor Arus Terus (DC)
Dikenali sebagi yoke yang berfungsi untuk menyokong atau menempatkan komponen-komponen lain.
X

Magnet kekal Rangka utama Gegelung angker Penukartertib (komutator) Berus karbon

Pengenalan Motor Arus Terus


Prinsip Pergerakan Motor Arus Terus (DC)
1. Ketika keadaan gegelung mendatar dan suis bekalan elektrik dihidupkan (on), litar lengkap akan terhasil kerana penukartertib bersentuhan dengan berus karbon. Arus yang mengalir melalui gegelung akan mewujudkan elektromagnet. Medan magnet dari gegelung dan medan magnet dari magnet kekal akan berpadu menyebabkan gegelung berputar suku putaran mengikut arah jam. Pada masa ini, gegelung berada dalam keadaan menegak.

Pengenalan Motor Arus Terus


Prinsip Pergerakan Motor Arus Terus (DC)
2. Gegelung yang berada pada kedudukan menegak menyebabkan berus karbon tidak bersentuhan dengan penukartertib. Oleh itu, arus tidak akan mengalir ke dalam gegelung kerana litar tidak lengkap. Kesan paduan daripada medan magnet menyebabkan gegelung terus berputar suku putaran lagi menjadi separuh putaran lengkap. Ketika ini, gegelung berada pada kedudukan mendatar.

a b

Pengenalan Motor Arus Terus


Prinsip Pergerakan Motor Arus Terus (DC)
3. Gegelung pada kedudukan mendatar sekali lagi mewujudkan litar lengkap kerana berus karbon yang bersentuhan dengan penukartertib. Medan magnet terhasil sekali lagi di dalam gegelung dan mewujudkan elektromagnet yang berpadu dengan magnet kekal. Ini akan menyebabkan putaran gegelung berlaku suku putaran lagi dan gegelung akan berada pada kedudukan menegak semula.

b a

Pengenalan Motor Arus Terus


Prinsip Pergerakan Motor Arus Terus (DC)
4. Ketika gegelung dalam keadaan menegak, tiada arus mengalir ke dalam gegelung kerana litar tidak lengkap. Bagaimanapun, kesan daripada paduan medan magnet akan terus memutarkan gegelung suku putaran lagi menjadi satu putaran lengkap. Proses ini akan berterusan untuk menghasilkan putaran pada gegelung dalam motor elektrik.

Pengenalan Motor Arus Terus


Prinsip Pergerakan Motor Arus Terus (DC)
U U S Berus Karbon Ke Bateri Medan Magnet Penukartertib

Pengenalan Motor Arus Terus


Mekanisme Penghantaran Kuasa Motor DC
Motor DC yang menerima bekalan elektrik akan menghasilkan putaran dan menghantar kuasa peralatan elektrik dan seterusnya berfungsi. Arah pusingan motor boleh diterbalikkan dengan menyongsangkan sambungan punca bekalannya.

M + -

M +

Cara menterbalikkan arah pusingan motor.

Pengenalan Motor Arus Terus


Mekanisme Penghantaran Kuasa Motor DC
Arah putaran motor DC boleh ditentukan dengan petua tangan kiri Fleming. F, daya tolakan
I, arah arus

B, arah medan magnet

Pengenalan Motor Arus Terus


Mekanisme Penghantaran Kuasa Motor DC
Contoh penghantaran kuasa motor DC ialah dengan cara: Dari aci kepada gear Contoh: jam, mesin gerudi mudah alih dan alat permainan Dari aci kepada takal dan tali sawat Contoh: pemain radio kaset dan kit robot Bahagian yang terlibat untuk sistem penghantaran kuasa ini adalah seperti roda, gear, takal dan tali sawat.
Tayar Gear Motor DC Aci Motor DC Gear Contoh penghantaran kuasa dari aci kepada gear Contoh penghantaran kuasa dari aci kepada takal dan tali sawat Talis Sawat

SEKIAN

You might also like