You are on page 1of 11

1.

PENGENALAN Tekanan merupakan ancaman baru yang utama terhadap masyarakat.

Masalah tekanan di tempat kerja beransur-ansur menjadi cabaran baru yang perlu dititikberatkan oleh pelbagai pihak. Suasana tempat kerja yang selesa dan selamat dapat meningkatkan kecekapan mutu kerja dan keseronokan bekerja. Manakala suasana tempat kerja yang kurang memuaskan boleh mendatangkan tekanan mental. Tekanan kerja yang sedikit sebenarnya perlu untuk meningkatkan daya produktiviti. Namun jika tekanan di tempat kerja berlebihan, ia boleh memberi kesan negatif. Masalah peribadi dan keluarga akan merumitkan lagi kesihatan mental seorang pengawai awam. Dalam menangani tekanan, seorang pegawai awam perlu melihat cara hidupnya secara keseluruhan dan mencari punca atau akibat tekanan ini. Ketabahan emosi dari aspek psikologi adalah amat perlu bagi seorang individu dalam mengatasi masalah ini. Menurut En. Thomas Eapen, Pn. Jamilah Harun, En. Roslan Hj. Mohamad dan Pn. Nor Maizura, tekanan merupakan tindak balas fizikal dan emosi yang berlaku apabila kehendak kerja tidak setanding dengan kemampuan, sumber dan keperluan pekerja. Tekanan juga adalah suatu keadaan yang dipengaruhi oleh gangguan mental dan emosional yang boleh mewujudkan keadaan tidak selesa atau tegang jika situasi tersebut tidak mampu ditanggung oleh tubuh badan. Oleh itu, dapatlah disimpulkan bahawa tekanan ialah gangguan emosi, proses pemikiran dan keadaan fizikal seseorang. Orang yang menghidap tekanan biasanya menunjukkan beberapa perubahan dari segi sikap, fizikal dan emosi. Dari aspek perubahan sikap seorang pegawai awam akan mempunyai sikap cepat marah, mudah bosan dan bersikap negatif. Dari segi fizikal pula seseorang akan selalu sakit, kelihatan lesu dan letih serta dilanda perasaan sedih dan putus asa tanpa sebab dalam tempoh yang berpanjangan. Manakala emosinya pula mudah terganggu seperti menjadi sangat sensitif, cemburu dan perasaan bimbang yang keterlaluan.

2.0

Punca-Punca Tekanan Alam pekerjaan merupakan satu cabaran yang amat mencabar, dengan itu

keseronokan bekerja amatlah penting di tempat kerja supaya tidak wujud tekanan di dalam diri seseorang pekerja. Setiap daripada kita mempunyai tekanan kerja dan keseronokan bekerja. Suasana di tempat kerja kurang memuaskan boleh mendatangkan tekanan mental. Tekanan kerja yang sedikit adalah untuk meningkatkan daya produktiviti. Jika tekanan di tempat kerja berlebihan, ia boleh memberikan kesan negatif. Punca tekanan yang pertama ialah tekanan di tempat kerja. Tekanan ini merupakan tidak pastian terhadap kerja. Suasana di tempat kerja memainkan peranan penting bagi mewujudkan suasana kerja yang baik. Sekiranya tempat kerja tidak baik dan tidak menyeronokkan, ia boleh mendatangkan tekanan kepada pekerja. Selain daripada itu tekanan kerja yang berpanjangan dan perubahan cara pengendalian kerja juga boleh mendatangkan tekanan. Sekiranya sering berlaku perubahan cara pengendalian kerja akan menyebabkan pekerja terpaksa belajar benda yang baru dan belum mahir dengan kerja yang sebelumnya. Akibat daripada itu pekerja akan berasa tertekan dan berasa terbeban dengan cara kerja yang baru. Tekanan yang seterusnya ialah tekanan terhadap peranan dan fungsi pekerjaan yang telah diamanahkan. Sekiranya beban kerja yang berat telah diberikan dan memerlukan masa yang singkat untuk menyiapkan kerja yang telah diberikan akan meyebabkan tekanan kepada seseorang pekerja itu. Faktor ini boleh mendatangkan tekanan kepada pekerja bagi menjadi seorang pekerja yang baik. Seterusnya ialah peranan kerja yang sentiasa berubah-ubah dan membahaya. Sekiranya tugas yang telah diamanahkan di luar kemampuan akan meyebabkan tekanan kepada seseorang pekerja. Ini kerana kerja yang di luar kemampuan akan menyebabkan pekerja takut untuk melaksanakan pekerjaan yang telah diamanahkan. Oleh itu kerja yang tidak sesuai dengan kemampuan kita akan menyebabkan tekanan kepada pekerja. Tekanan yang ketiga ialah kerjaya, maksudnya di sini kerjaya yang telah dipilih dan telah menjalankan tugas di tempat kerja. Antara punca tekanan di dalam kerjaya ialah kurang insentif terhadap kerja. Sekiranya tiada daya usaha pada

seseorang

pekerja

itu

untuk

menambah

ilmu

atau

kemahiran

akan

menyebabkannya berasa ketinggalan dan jauh lebih baik daripada rakan sejawat yang lain boleh juga mengwujudkan tekanan di dalam diri. Seterusnya ialah kurang penghargaan daripada majikan. Seseorang pekerja juga memerlukan penghargaan dan dorongan daripada majikan. Ini kerana pengawai awam akan terasa dihargai dan berbaloi melaksanakan tugas yang telah diamanahkan. Sekiranya tiada penghargaan daripada majikan akan menyebabkannya terasa tidak dihargai dan mutu kerja akan kekal sama sahaja. Selain daripada itu, tekanan juga wujud sekiranya kecewa terhada kerja, contohnya dinaikan atau diturunkan pangkat. Ia boleh menyebabkan pekerja merasa malu, kecewa dan tidak ada motivasi untuk berkerja. Kesannya seseorang itu boleh tertekan dan mutu kerja semakin teruk dan boleh menyebabkan kehilangan pekerjaan. Punca tekanan yang seterusnya ialah dari aspek perhubungan di tempat kerja. Maksudnya di sini perhubungan yang terjalin di tempat kerja boleh mendatangkan tekanan kepada seseorang pekerja. Konflik sesama rakan sekerja boleh mendatangkan tekanan kepada seseorang. Contohnya sekiranya perhubungan dengan pekerja lain kurang mesra dan pernah mengalami masalah mahupun pertelingkahan, kesanya pekerja itu tidak ada komunikasai yang baik di tempat kerja. Akibatnya timbul suasana kerja yang kurang selesa dan masingmasing membawa haluan sendiri. Keadaan ini akan menimbulkan tekanan kepada seseorang. Selain daripada itu hubungan dengan majikan juga boleh mewujudkan tekanan di tempat kerja. Contohnya ada majikan yang pilih kasih, tidak memberikan peluang untuk maju ke hadapan dan sentiasa mencari masalah pekerjanya. Keadaan ini akan menimbulkan tekanan kepada pekerja yang mengalaminya. Perubahan dalam organisasi juga boleh menyebabkan tekanan di tempat kerja. Antaranya ialah berlaku perubahan di dalam struktur dan pengurusan organisasi secara mendadak. Keadaan ini akan mengwujudkan kekeliruan dan tekanan kepada pekerja. Sekiranya sering berlaku perubahan di dalam struktur dan organisasi akan menyebabkan pekerja tidak ada matlamat dan tumpuan ke atas kerjanya. Ini kerana pekerja sudah biasa dengan kerjanya sebelum ini dan tiba-tiba berlaku perubahan. Situasi ini akan menyebabkan pekerja belum bersedia untuk menerima cara baru untuk menjalankan kerjanya. Masa diperlukan untuk

menyesuaikan diri dengan cara kerja yang baru. Oleh itu sekiranya berlaku keadaan sedemikian akan menyebabkan tekanan kepada pekerja yang mengalaminya. Tekanan yang seterusnya masalah peribadi, maksudnya pekerja mempunyai masalah peribadi di rumah mahupun masalah dengan dirinya sendiri. Contohnya ialah masalah suami isteri, masalah kewangan, masalah keluarga, masalah kesihatan dan lain-lain lagi. Keadaan ini boleh mempengaruhi seseorang pekerja awam dan juga tiada komitmen terhadap kerja sewaktu menjalankan tugas di tempat kerja. Punca tekanan yang terakhir ialah tidak menjiwai kerjaya yang telah dipilih. Maksudnya di sini ialah sekiranya pemilihan kerja yang tidak sesuai dan tepat boleh menyebabkan tekanan kepada seseorang pekerja itu. Penjiwaan terhadap kerja amat penting bagi mewujudkan keseronokan di dalam kerjaya. Sekiranya seseorang pekerja itu tidak minat dengan kerja yang telah diterimanya akan menyebabkan motivasi bekerja menurun dan tidak berusaha untuk memajukan diri di dalam kerjayanya sekarang. Sebaliknya pekerja yang mengalami masalah ini akan bekerja dengan hati yang terpaksa dan hanya sekadar menjalankan tugas dan bukannya bersemangat meningkatkan kerjayanya. Kesanya pekerja ini akan sentiasa berasa tertekan dengan kerjayanya. Oleh itu, pemilihan kerjaya juga menjadi punca kepada tekanan terhadap kerjaya. Pemilihan yang tepat haruslah dilakukan sebelum menerima sesuatu tawaran kerja yang telah diberikan kepada seseorang pekerja itu.

3.0

Kesan-kesan Tekanan Jika tekanan tidak dapat dibendung, sudah tentu akan menjejaskan hidup

seseorang dan membawa kesan terhadap kesihatan fizikal, kesihatan fisiologi dan psikologi dari segi diri sendiri. Ini bukan sahaja akan menimbulkan masalah kepada diri sendiri, malah juga memberi kesan terhadap keluarga dan pekerjaan seseorang termasuklah menimbulkan masalah kepada rakan sekerja serta menjejaskan usaha untuk memberi perkhidmatan yang terbaik kepada orang awam. Tekanan berlebihan di tempat kerja terutama ke atas golongan muda menyebabkan mereka mengalami sakit jantung yang akhirnya membawa kematian, kata Ketua dan Pakar Perunding Kanan Psikiatri Hospital Kuala Lumpur (HKL), Datuk Dr. Abdul Aziz Abdullah. Terdapat juga kes-kes membunuh diri kerana hilang kawalan disebabkan oleh kemurungan berkaitan tekanan berlebihan. Selain daripada kesan terhadap diri sendiri, tekanan juga akan memberi kesan terhadap ahli keluarganya. Pengawai awam yang menghadapi tekanan yang tidak stabil emosinya, kemungkinan besar akan cuba melepaskan tekanannya terhadap ahli keluarganya. Kesan yang amat ketara ialah keganasan keluarga semakin berleluasa. Prestasi kerja akan menurun akibat daripada resah gelisah tidak sabar perasaan sensitif semasa berurus dengan pelanggan-pelanggan tidak yakin dengan diri sendiri takut untuk mencuba malas daya ingatan menjadi lemah/tidak dapat menumpu perhatian tidak hadir kerja tanpa sebab

Dengan adanya perangai atau sifat bekerja yang sedemikian, sudah pastinya pengawai awam mungkin akan menghadapi masalah tatatertib kerana tidak dapat memberi perkhidmatan yang berkualiti. Yang lagi memburukkan keadaan, pengawai

perkhidmatan awam boleh menjejaskan kecekapan jabatan/pejabat dan seterusnya menjejaskan imej dan nama baik jabatan/pejabat. Sehubungan dengan harapan orang awam yang memang menaruh harapan tinggi bahawa anggota perkhidmatan awam dapat menghasilkan kerja yang berkualiti, orang-orang awam akan berasa hampa dan kecewa. Tambahan pula, pengawai awam yang tertekan gagal berkomunikasi baik dengan rakan sekerjanya atau orang awam yang sebagai pelanggan. Kejadian sedemikian menyebabkan pengawai berkenaan gagal menonjolkan kebolehannya dengan berkesan. Secara tidak langsung, sebenarnya menjejaskan kerjaya diri sendiri. Rakan sejawat yang takut akan sifat pengawai awam yang bersikap negatif seperti yang dibincangkan tadi, sudah tentu akan menjauhkan diri dengan pekerja berkenaan. Lama-kelamaan, semangat bekerja berpasukan sudah tentu semakin pudar dan seterusnya menjejaskan prestasi kerja secara peringkat jabatan/pejabat. Selain daripada itu, pekerja yang tertekan mungkin bertindak dengan cara yang boleh merugikan organisasi seperti sabotaj. Sekiranya sabotaj berlaku, ia akan menjejaskan rakan-rakan sejawat. Rakan-rakan sejawat akan berasa was-was apabila berurusan dengannya. Ini jelas membuktikan bukan sahaja keberkesanan pekerja tertekan terjejas malah juga terhadap rakan-rakan sejawat yang lain supaya tidak bekerja dengan baik dan sebagainya. Tekanan yang dihadapi dapat menyebabkan suasana kerja yang kurang selesa dan masing-masing membawa haluan sendiri turut akan berlaku. Tambahan pula, moral di tempat kerja akan merosot dan nilai harga diri akan berkurangan. Ini sudah pasti menjejaskan keberkesanan jabatan/pejabat kerana peratusan kesilapan operasi mungkin akan meningkat. Ini jelas terbukti apabila berlakunya kemerosotan produktiviti kerja. Pekerja yang tertekan juga akan hilang tumpuan terhadap pekerjaan, pengawai awam yang kurang memberi perhatian akan selalu lalai dalam kerjanya dan mungkin akan berlaku pembaziran masa dan pembaziran bahan bekalan. Ini kerana pengawai yang lalai dalam kerja bukan sahaja memerlukan masa yang lebih

panjang untuk menyiapkan kerja, malah juga akan membazirkan bekalan bahan. Contohnya, pengawai yang silap mengisi perlu mengisi semula borang permohonan. Tekanan yang dihadapi pekerja awam sebenarnya juga akan memberi kesan terhadap orang awam. Setiap hari, ramai orang awam yang ingin mendapatkan perkhidmatan awam di pelbagai jabatan/pejabat agensi awam. Sekiranya, terdapat ramai pengawai awam yang dalam keadaan tertekan semasa bekerja, sudah tentu orang awam gagal mendapat perkhidmatan atau layanan yang sopan. Biasanya, orang yang tertekan akan bersifat pemarah dan tidak sabar. Maka, layanan yang tidak berkualiti akan diterima orang awam. Layanan sedemikian sepatutnya tidak akan dialami oleh orang ramai.

4.0

Langkah-langkah Mengatasi Tekanan Tekanan sering diambil pendekatan terhadapnya sebagai masalah yang

harus ditandatangani, dengan bercorakan pemulihan. Pendekatan yang kini sedang muncul, sebaliknya menumpukan pada tindak balas proaktif terhadap tekanan dengan menekankan pada pencegahan iaitu usaha mengatasi sebab-sebab tekanan. Antaranya adalah bersikap realistik terhadap pekerjaan. Seorang pekerja perlu mengenali kelemahan dan kekuatan dalam diri agar mereka dapat memperbaiki kekurangan diri masing-masing. Pekerja perlu bersikap positif semasa melakukan kerja. Ini penting kerana mereka dapat memaksimumkan tahap bekerja terhadap kerja yang dipikul. Maka, dengan perasaan demikian pekerja akan berasa seronok bekerja dan bekerjasama di antara pekerja-pekerja lain. Seorang pekerja awam yang bijak harus merancang kerja yang ingin dilakukan dengan baik. Pengendalian masa yang sistematik amat penting untuk memastikan kerja yang dilaksanakan tepat pada masa berkenaan. Kerja tidak sepatutnya ditangguh-tangguhkan dengan memberi alasan bahawa masa tidak mencukupi atau sukar diselesaikan. Sebagai seorang pengawai awam, cubalah mengelakkan diri daripada membawa tugasan balik ke rumah kerana ini akan menyebabkan pekerja tersebut tidak dapat berehat atau meluangkan masa bersama-sama dengan keluarga. Masa rehat yang tidak mencukupi akan mengakibatkan seseorang berasa tertekan dan tidak dapat memberi tumpuan sepenuhnya ketika bekerja. Oleh itu, keutamaan perlu diberikan kepada kerja yang penting terlebih dahulu. Ini bukan sahaja menunjukkan pekerja tersebut seorang yang mempunyai komitmen tinggi terhadap kerjaya tetapi juga tahu menghargai masa. Selain itu, pengawai adalah digalakkan untuk mempertingkat kemahiran penyelesaian masalah yang dihadapinya. Pekerja harus menghalusi masalahmasalah dengan rasional dan merancang penyelesaian secara sistematik. Senaraikan masalah-masalah yang dihadapi mengikut keutamaan serta langkahlangkah yang sesuai untuk mengatasi tekanan. Kemudian, nilaikan kesesuaian pada

setiap langkah penyelesaian untuk meninjau keberkesanannya. Sebaik sahaja penyelesaian yang dikenalpasti, maka langkah yang seterusnya ialah pekerja tersebut perlu mengambil tindakan secara wajar. Keadaan sedemikian secara tidak langsung dapat mengurangkan tekanan yang dihadapi oleh para pekerja. Pekerja perlu mempunyai sikap yang betul terhadap perubahan dalam kerja. Mereka perlu menyesuaikan diri dalam apa-apa jua keadaan dengan matlamat untuk bekerja dengan baik. Dengan itu, pihak atasan jabatab/pejabat seharusnya mengambil inisiatif untuk menyediakan keadaan kerja yang kondusif kepada pengawai-pengawai awam. Di samping itu, program seperti kursus motivasi, kempen pembangunan diri dan lain-lain perlu diadakan dari semasa ke semasa dengan harapan untuk memberi semangat bekerja kepada pekerjanya. Tujuan programprogram tersebut adalah untuk melahirkan pekerja yang sentiasa bersikap hati terbuka, bertolak ansur dan sabar terhadap apa-apa jua perubahan tekanan yang berlaku di tempat kerja. Perancangan yang rapi membolehkan pekerja untuk menangani perubahan tekanan secara teratur tanpa berasa tertekan. Amalan komunikasi berkesan di tempat kerja perlu dipupuk di kalangan pekerja. Sikap tegas (asertif) adalah penting dan harus diamalkan oleh pekerja terutamanya ketika membuat sesuatu keputusan yang penting. Luahan pendapat secara sopan, tegas dan jelas merupakan cara yang betul untuk menyampaikan sesuatu perkara yang berkaitan. Rakan sekerja memainkan peranan yang penting kerana mereka perlu menghormati pandangan yang diberikan serta respon yang sepatutnya. Perhubungan sosial antara rakan sekerja di tempat kerja perlu ditingkatkan agar dapat mewujudkan ikatan persahabatan sesama yang lain. Di samping itu, pihak atasan juga boleh menyenaraikan individu dan organisasi yang dapat membantu menyelesaikan masalah. Pekerja bukan sahaja dapat berkongsi masalah dengan rakan sekerja tetapi juga kepada kawan-kawan yang sedia mendengar luahan perasaan. Ini amat penting kerana pekerja yang bermasalah akan berasa selesa selepas masalah tersebut dikongsi. Pengawaipengawai yang bekerja dalam satu jabatan/pejabat perlu berusaha membina perasaan saling percaya mempercayai yang diperlu untuk perhubungan yang terbuka. Terutama sekali, adalah penting untuk memperjelaskan, khasnya di kalangan pekerja tahap rendah, bahawa pekerja yang berkongsi secara terbuka

perasaan mereka tentang tekanan dan keganasan berhubung dengan pekerjaan, serta idea mereka untuk mendapatkan perubahan dalam persekitaran kerja. Walau bagaimanapun pendekatan-pendekatan yang diulaskan tersebut telah dilaksanakan, diri sendiri yang memutuskan pendekatan bersesuaian dengan masalah yang dihadapi. Tekanan negatif mengaktifkan beraneka macam gejala dan tanda fizikal dan emosi yang mengakibatkan penyakit serius jika keadaan berkenaan berlanjutan. Oleh itu, usaha untuk mengamalkan cara hidup sihat amat disarankan oleh kerajaan. Seseorang semestinya mempunyai tidur yang cukup iaitu sekurangkurangnya lapan jam setiap hari. Bersenam adalah digalakkan kepada setiap pekerja kerana badan cergas otak cerdas. Kempen seperti kempen jauhi diri dari arak dan rokok harus diberi perhatian oleh semua pihak supaya mereka menyedari kepentingan kesihatan akan menjamin kecerdasan pemikiran seseorang.

5.0

PENUTUP Tekanan kerja bukan sahaja mampu memudaratkan diri seseorang pegawai

awam, tetapi juga terhadap keluarga, agensi kerajaan dan masyarakat. Oleh itu, suatu usaha berterusan dan bersepadu perlu dilakukan untuk mencegah berlakunya tekanan di tempat kerja. Usaha ini memerlukan pengemblengan tenaga antara majikan, pegawai awam dan agensi kerajaan. Majikan perlu menyediakan tempat kerja yang selamat, sihat dan menjamin kesejahteraan pekerja sejajar dengan tuntutan dalam Seksyen 15, Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994. Selain itu, individu itu sendiri haruslah mampu menyesuaikan diri dengan keadaan persekitaran tempat kerja. Ini termasuklah membina perhubungan yang baik antara sesama rakan sekerja demi mewujudkan budaya tempat kerja yang berkualiti. Semangat berkumpulan inilah yang mampu meningkatkan lagi tahap produktiviti individu dan budaya kerja cemerlang. Oleh itu, semua pihak yang berkaitan hendaklah bersama-sama berganding bahu untuk mencegah tekanan kerja berlebihan di kalangan pegawai awam.

You might also like