You are on page 1of 35

Folio Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan Tingkatan 4

Folio Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan Tingkatan 4


Nama : No. IC : Kelas : Shau Yunn Chyi 970929-12-5134 4 Gigih

Sekolah : Sekolah Menengah Kebangsaan Labuan Tajuk : Tema : Malaysia Budaya di Malaysia Warisan Kepelbagaian Budaya : Isabella Kim Anggarab

Nama Guru

Folio Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan Tingkatan 4

Isi Kandungan
Penghargaan Objektif Pengenalan Isi Tujuan Perayaan Sejarah / Asal Usul Perayaan Adat Resam dan Amalan Yang Dilakukan Cara Sambutan Makanan / Juadah Tradisional Pakaian Tradisi Simbol Hiasan Kepentingan Kesimpulan Lampiran

Folio Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan Tingkatan 4

Rujukan

Folio Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan Tingkatan 4

Penghargaan
Saya, Shau Yunn Chyi, pelajar Tingkatan 4 Gigih ingin memanjatkan kesyukuran kerana telah berjaya menyiapkan folio ini . Terima kasih juga saya ucapkan kepada kedua-dua ibu bapa saya yang banyak telah memberikan sokongan serta bantuan kewangan kepada saya. Mereka juga banyak memberikan maklumat-maklumat tambahan. Tugasan kami mungkin bertambah sukar lagi tanpa bantuan dan galakan mereka. Sekalung ucapan penghargaan juga saya tunjukan kepada pihak sekolah, Sekolah Menengah Kebangsaan Labuan, Labuan terutama kepada guru Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan, Cik Isabella Kim Anggarab, saya telah banyak memberikan tunjuk ajar dalam menyiapkan tugasan ini sekali gus membimbing saya melaksanakan kajian ini. Ribuan terima kasih kepada rakan-rakan saya iaitu Michelle Goh Hui Khi (4J) , Wong Li Xuan (4J) , Lau Jye Jiun (4A) , Lee Ing Fong (4G) dan Amy Ling Fung Ying (4G) yang banyak membantu dan memberikan kerjasama kepada saya ketika mencari bahan dan maklumat semasa membuat folio ini. Akhir sekali, terima kasih kepada semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menyiapkan folio ini.

Folio Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan Tingkatan 4

Objektif Kajian
Mengenal perayaan dan latar belakangnya dengan lebih dekat.

Menanamkan sikap menghormati perayaan kaum lain di negara Malaysia.

Membangkitkan semangat patriotic di kalangan pelajar.

Folio Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan Tingkatan 4

Pengenalan
Saya SHAU YUNN CHYI pelajar Tingkatan 4Gigih di Sekolah Menengah Kebangsaan Labuan, Wilayah Persekutuan Labuan. Saya dan rakanrakan menjalankan kajian tentang Warisan Agama Buddha dalam Malaysia .

Folio Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan Tingkatan 4

Isi Tujuan Perayaan


Tahun Baru Cina merupakan perayaan terpenting orang Cina bagi menyambut tahun baru dalam kalendar qamari Cina. Kalendar qamari Cina terbahagi kepada kitaran 12 tahun dan dinamakan sempena nama haiwan. Tahun Baru Cina melambangkan permulaan, titik permulaan dalam nasib dan kehidupan. Sebelum hari tahun baru bermula, sanak saudara yang jauh akan kembali berkumpul. Rumah akan dicuci dan segala hutang-piutang dikutip atau dibayar agar mereka tidak sentiasa dikelilingi hutang sepanjang tahun yang baru. Mercun dibakar pada tengah malam bagi menandakan bermulanya tahun baru dan bagi menghalau puaka dan nasib malang. Rumah-rumah dihiasi dengan buah limau sebagai simbol murah rezeki, bunga dan pokok limau. Tahun Baru Cina diraikan dengan jamuan yee sang dan kuih bakul. Kaum keluarga akan makan besar dengan masakan tradisi seperti daging itik,daging salai, sosej, kuih pulut, dan limau mandarin. Golongan muda pula akan melawat golongan tua dan menerima wang ang pau dalam sampul merah bagi melambangkan nasib baik, yang diberikan oleh orang yang berkeluarga kepada mereka yang masih belum kahwin. Perarakan tarian naga atau singa akan diadakan, dengan kereta berhias yang diiringi bunyi gendang. Lima belas hari selepas perayaan Tahun Baru Cina, perayaan Tahun Baru Cina ditamatkan dengan perayaan Chap Goh Mei.

Folio Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan Tingkatan 4

Sejarah / Asal Usul Perayaan


Sebelum Dinasti Qin, tarikh perayaan permulaan sesuatu tahun adalah tidak jelas. Barangkalinya, awal tahun ini bermula dengan bulan 1 ketika Dinasti Xia, bulan 12 ketika Dinasti Shang, dan bulan 11 ketika Dinasti Zhou di China. Namun, adalah diketahui bahawa "bulan lompat" yang dipakai untuk memastikan kalendar qamari selari dengan matahari, sentiasa ditambah selepas bulan 12 ketika Dinasti Shang (menurut catatan tulang orakel yang masih wujud) dan Zhou (menurut Sima Qian). Maharaja pertama China Qin Shi Huang menukar dan menetapkan awal tahun pada bulan 10 pada 221 SM. Sama ada Tahun Baru diraikan pada awal bulan 10 atau bulan 1, atau keduaduanya, itu tidak diketahui. Pada 104 SM, Maharaja Wu yang memerintah sewaktu Dinasti Han menetapkan bulan 1 sebagai awal tahun, yang masih kekal sampai masa ini.

Folio Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan Tingkatan 4

Adat Resam dan Amalan yang dilakukan


Adat Resam
Pembelian baju baru adalah tradisi perayaan Tahun Baru Cina kerana masyarakat Cina percaya, pada permulaan tahun perlu membeli baju baru bagi menandakan tuah yang baru dan seelok-eloknya baju berwarna merah. Selain itu, masyarakat Cina juga percaya sebelum perayaan, perlu membersihkan rumah, bagi menyambut tahun baru. Pembersihan rumah lazimnya dilakukan beberapa hari sebelum menjelang tahun baru dan Chinn Fei lakukan abaila mula bercuti Khamis lalu. Bagi yang beragama Buddha atau Taoist akan melakukan sembahyang pada malam sebelum tahun baru bagi mengundang Dewa Kekayaan. Kemudian pada hari kedua tahun baru Cina, upacara sembahyang perlu dilakukan sekali lagi, bagi menandakan pembukaan tahun baru. Pada hari kedua tahun baru Cina, wanita yang sudah berkahwin digalakkan kembali ke rumah ibu bapa sendiri. Antara adat resam lain yang diamalkan, termasuklah pemberian limau Mandarin yang bunyinya dalam bahasa Mandarin sama dengan emas. Ini bermakna pemberian limau seolah-olah menghadiahkan emas pada orang lain.

Folio Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan Tingkatan 4

Amalan yang dilakukan


Ang pau Secara tradisi, ang pau atau sampul merah (Cina Tradisional: , Cina Ringkas: , pinyin: hng bo, bahasa Hokkien (POJ): ng-pau; bahasa Hakka: hung bao; , atau ,bahasa Kantonis: lai shi atau lai see) diedarkan sepanjang sambutan Tahun Baru Cina, oleh pasangan suami isteri atau orang tua kepada muda-mudi yang belum berkahwin. Adalah satu kebiasaan untuk orang dewasa memberi sampul merah ini kepada kanak-kanak. Sampul merah ini sentiasa mengandungi wang, sama ada dua ataupun seratus ringgit. Jumlah wang dalam angpau sepatutnya bermula (bukan berakhir) dengan angka genap, kerana angka ganjil dikaitkan dengan wang tunai yang ditukarkan dalam upacara pengebumian (, b jn). Oleh sebab angka 4 dianggap membawa sial, kerana perkataan untuk empat sama bunyinya denganmati, maka wang dalam angpau tidak boleh berjumlah 4 ringgit. Sementara itu, angka 8 dianggap bertuah (kerana sama bunyinya dengan "kaya"), maka 8 ringgit selalu didapati dalam angpau. Kadang-kala syiling coklat dimasukkan dalam angpau. Pasar Tahun Baru Kreta AyerSingapuraPasar khas didirikan menjelang Tahun Baru untuk menjual barangan Tahun Baru. Pasar ini biasanya berbentuk pasar terbuka dan menampilkan barangan bunga, mainan, pakaian dan sebagainya kepada para pembeli untuk membeli hadiah untuk kunjungan tahun baru atau sebagai hiasan rumah. Bunga api Pada zaman silam, batang buluh yang berisi serbuk meriam dan dibakar untuk menghasilkan letupan kecil pernah digunakan di China untuk mengusir puaka. Pada zaman moden pula, kaedah ini berubah menjadi penggunaan mercun pada musim perayaan. Mercun biasanya diikat pada tali panjang berlakur yang digantung. Setiap batang mercun digulungkan dalam kertas merah kerana warna merah itu bertuah, dan berisi serbuk merian dalam terasnya. Apabila dibakar, mercun melepaskan bunyi meletup-letup yang kuat. Oleh sebab mercun biasanya berangkai dalam bilangan ratusan, mercun menghasilkan letupan memekakkan yang dipercayai boleh mengusir roh-roh jahat. Penyalaan mercun juga melambangkan peristiwa yang ria dan menjadi satu aspek penting dalam sambutan Tahun Baru Cina.

Folio Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan Tingkatan 4

Larangan mercun Meskipun penggunaan mercun adalah sebahagian amalan tradisi dalam sambutan tahun baru, namun selama ini telah menyaksikan kejadian yang memilukan. Setiap tahun adanya laporan mengenai pengguna mercun hilang penglihatan, anggota badan, atau menderita akibat kecederaan serius yang lain, terutamanya pada musim perayaan. Maka, kerajaan-kerajaan dan pihak-pihak berkuasa akhirnya menguatkuasakan undang-undang yang mengharamkan sepenuhnya penggunaan mercun untuk tujuan peribadi, terutamanya atas sebabsebab keselamatan.

Tanah Besar China: Mercun diharamkan di kebanyakan kawasan bandar, namun Beijing menarik balik larangannya pada tahun 2006 setelah sedekad, dan undang-undangnya tidak selalu dikuatukasakan. Di kawasan luar bandar pula, mercun masih digemari ramai dan lorong-lorong selalu diliputi warna merah bangkai mercun. Hong Kong: Bunga api diharamkan atas sebab-sebab keselamatan. Namun begitu, kerajaan kolonial sebelum tahun 1997 dan kerajaan SAR selepas itu juga mengadakan pertunjukan bunga apa di Pelabuhan Victoria pada hari kedua Tahun Baru Cina. Pertunjukan seumpamanya juga diadakan di bandarayabandaraya dalam dan luar China. Singapura: Pengharaman separa dikenakan terhadap mercun pada Mac 1970 setelah berlakunya kebakaran yang meragut enam nyawa dan mencederakan 68 orang lain. Ini dilanjutkan menjadi larangan penuh pada tahun 1972, selepas berlakunya letupan yang mengorbankan nyawa dua orang serta satu serangan terhadap dua orang polis yang cuba menghalang sekumpulan orang daripada membakar mercun pada Februari 1972. Bagaimanapun, pada tahun 2003, kerajaan membenarkan mercun dilepaskan pada musim perayaan. Ketika kegiatan menyala mercun di Kreta Ayer, tepat pada waktu malam hari pertama Tahun Baru Cina, mercun dilepaskan dalam keadaan terkawal oleh Lembaga Pelancongan Singapura. Peristiwa-peristiwa lain yang membenarkan mercun ditentukan oleh lembaga pelancongan atau pertubuhan kerajaan lain. Namun begitu, mercun tidak boleh dijual secara komersial. Malaysia: Mercun juga dilarang atas sebab-sebab yang sama dengan Singapura. Bagaimanapun, kebanyakan orang Malaysia berupaya menyeludup mercun dari Thailand untuk memenuhi kehendak diri mereka. Indonesia: Mercun dan bunga api dilarang penggunaanya di khalayak awam ketika Tahun Baru Cina, terutamanya di kawasan-kawasan yang kebanyakan penduduknya bukan kaum Cina agar menghindari apa-apa pertelingkahan antara kaum, kecuali di beberapa kawasan metropolitan seperti Jakarta and Medan, di mana tahap toleransi sosial antara kaum cukup memuaskan.

Folio Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan Tingkatan 4

Amerika Syarikat: Pada tahun 2007, Bandaraya New York menarik balik larangan mercun setelah sedekad, agar membenarkan pertunjukan 300,000 batang mercun dibakar di Chatham Square, Chinatown.

Pakaian Pemakaian yang melebihkan warna merah sering dipakai sepanjang Tahun Baru Cina kerana dipercayai warna merah akan menakutkan roh jahat dan nasib malang. Tambahan, orang yang memakai baju baru dari kepala hingga kaki pula melambangkan permulaan baru pada tahun baru. Shou Sui Shou Sui (Cina Tradisional: , Cina Ringkas: ) berlangsung apabila ahli keluarga berkumpul bersama pada malam selepas makan malam bersama dan mengenangkan tahun yang telah berlalu sementara menyambut tahun yang akan tiba. Sesetengahnya percaya bahawa anak-anak yang Shou Sui akan memanjangkan usia ibu bapa. Simbol Sepanjang 15 hari Tahun Baru Cina, orang akan mula melihat pantang larang atau kepercayaan budaya tradisional dengan maksudnya yang boleh mengelirukan orang yang tidak menyambutnya. terdapat sebab yang menerangkan semuanya, bukan sekadar hiasan, yang berputarkan warna merah. Pada satu-satu masa, emas merupakan warna pendamping bagi sebab yang sangat jelas. Satu sebab baik dan biasa bagi poster merah berbentuk berlian dengan aksara (f), atau "tuah" yang dipamerkan sekitar rumah dan pintu. Tanda ini sering kelihatan tergantung terbalik, memandangkan perkataan Cina (do), atau "terbalik", berbunyi sama dengan (do), atau "tiba". Maka, f do melambangkan ketibaan tuah, kegembiraan dan kemakmuran. Bunga Berikut merupakan hiasan bunga yang paling biasa pada Tahun Baru dan sering dijual ketika pasaran tahun baru. Hiasan Bunga Bunga Plum Kumkuat Narcissus Bunga Kekwa Buluh Bunga Matahari Maksud Melambangkan tuah Melambangkan kemakmuran Melambangkan kemakmuran Melambangkan panjang umur Tumbuhan digunakan sepanjang tahun Bermaksud tanah yang elok

Folio Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan Tingkatan 4

Pantang-Larang Sewaktu Perayaan


Tuah baik

Membuka pintu dan tingkap dianggap menjemput masuk tuah pada tahun baru. Membiarkan lampu menyala semalaman dipercayai menghalau hantu dan puaka pembawa musibah yang mampu mempengaruhi nasib sekeluarga sepanjang tahun. Gula-gula dan manisan dimakan untuk "memaniskan" nasib sepanjang tahun bagi pemakannya. Pembersihan rumah di setiap sudut wajib dilangsungkan sebelum hari tahun baru agar mudah menerima tuah bagi tahun yang menjelang. Ada orang yang percaya bahawa apa yang berlaku pada hari pertama mencerminkan peristiwa yang akan berlangsung sepanjang tahun. Maka, orang Asia mengambil kesempatan untuk berjudi pada hari pertama ini bagi menaruh harapan untuk menambah kekayaan. Memakai selipar baru yang dibeli sebelum tahun baru bermaksud memijak orang yang bergosip tentang pemakainya.

Nasib Malang ("Tuah buruk")

Membeli kasut baru dianggap pembawa malang bagi sesetengah orang Cina kerana perkataan bahasa Kantonis bagi "kasut" sama bunyinya dengan perkataan "kasar" atau "sukar". Membeli seluar baru juga dipandang sebagai pembawa malang kerana perkataan Kantonis bagi "seluar" sama bunyinya dengan "pahit". (Namun ada yang menganggapnya sebagai positif, kerana perkataan bagi "seluar" dalam dialek itu juga sama bunyinya dengan "kaya".) Menggunting rambut juga ditegah kerana perkataan bagi rambut sama bunyinya dengan hasil. Maka menggunting rambut juga dipandang sebagai "memotong hasil dalam bahasa Kantonis". Mencuci rambut juga dianggap sebagai mencuci keluar kekayaan (namun perihal kebersihan sering telah mengatasi tradisi ini.)

Folio Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan Tingkatan 4

Menyapu lantai juga dilarang pada hari pertama kerana ini akan menyapu keluar tuah bagi tahun baru. Perbualan mengenai kematian juga kurang sesuai bagi beberapa hari terawal Tahun Baru Cina kerana ini turut dianggap tidak bagus. Membeli buku juga membawa malang kerana perkataan sesetengah dialek Cina bagi "buku" sebunyi dengan perkataan bagi "kalah".

Folio Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan Tingkatan 4

Cara Sambutan
Sambutan Tahun Baru Cina disambut dengan menziarah ahli keluarga saudara-mara dan sahabat, serta penggunaan warna merah yang berlebihan. Ang pau diberikan kepada orang muda dan kanak-kanak oleh orang tua dan yang telah kahwin. Sebelum Tahun Baru Pada hari-hari sebelum Tahun Baru Cina, keluarga-keluarga Cina membersihkan rumah mereka secara menyeluruh, kerana mereka percaya bahawa pembersihan ini menghalau nasib malang dan musibah yang menimpa pada tahun yang berlalu serta menyediakan rumah mereka untuk menjemput nasib baik. Penyapu dan pengumpul habuk disimpan pada malam sebelum Tahun Baru dan hari pertama agar nasib baik itu tidak boleh disapu keluar. Ada orang yang mengecat rumah, pintu dan sisi tingkap dengan warna merah. Rumah dihiasi potongan kertas yang ditulis pepatah mengucap kebahagiaan dan kemakmuran dalam bahasa Cina. Acara terbesar pada malam Tahun Baru Cina ialah jamuan pertemuan semula. Hidangan yang terdiri daripada ikan terdapat di atas meja makan untuk tujuan paparan sempena jamuan ini. Di China utara, adalah juga menjadi adat untuk memakan ladu untuk jamuan ini. Ladu melambangkan kemewahan kerana bentuknya berupa tongkol emas Cina. Ang pau bagi ahli terdekat dalam keluarga kadang-kadang diberi sewaktu jamuan pertemuan semula. Paket ini sering mengandungi duit dalam bilangan nombor tertentu yang mencerminkan tuah dan kehormatan. Hari Pertama Hari pertama adalah hari bagi mengundang dewa-dewi dari kayangan dan bumi. Kebanyakan orang yang meraikannya, terutamanya penganut agama Buddha, menghindari diri daripada memakan daging pada hari ini kerana adalah dipercayai bahawa ini memastikan mereka akan lanjut usia.

Folio Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan Tingkatan 4

Yang paling penting, hari pertama Tahun Baru Cina merupakan masa apabila keluarga Cina menziarahi orang tua mereka dan ahli keluarga paling senior dalam seluruh keluarga mereka, biasanya ibu bapa, datuk nenek atau moyang. Terdapat juga keluarga yang mengundang tarian singa sebagai upacara simbolik untuk menyambut tahun baru sambil menghalau puaka dan musibah dari rumah.

Hari ke-2 Hari kedua Tahun Baru Cina atau hari "membuka tahun" (Cina Tradisional: , Cina Ringkas: , ki nin) menyaksikan anak perempuan yang telah kahwin untuk menziarahi ibu bapa kandung mereka.Menurut tradisi, anak perempuan yang telah kahwin mungkin tidak banyak berpeluang menziarahi keluarga kandung sendiri. Hari ke-3 Hari ketiga perayaan ini dipercayai ramai sebagai hari yang tidak sesuai untuk menziarahi saudara mara atas kepercayaan berikut: Hari ini dikenali sebagai "mulut merah" ( ch ku), yang bermaksud bahawa adalah amat mudah untuk terlibat dalam pergaduhan, maka hari ini tidak sesuai untuk ziarah-menziarahi, sebaliknya berdiam di rumah sahaja. Keluarga yang mengalami kematian ahli terdekat dalam jangka masa tiga tahun lalu tidak akan menziarahi rumah sesiapa sebagai tanda penghormatan kepada si mati. Hari ketiga Tahun Baru wajar dijadikan hari menziarahi kubur. Hari ke-5 Di bahagian utara China, ladu (Cina Tradisional: , Cina Ringkas: , jiozi) dijadikan sarapan pada pagi "pecah lima" (, p w). Ini juga merupakan ulang tahun hari lahir Cai Shen, dewa kekayaan Cina. Di Taiwan, perniagaan biasanya dibuka semula pada hari tersebut dan diserikan oleh pemetik api.

Folio Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan Tingkatan 4

Hari ke-7 Hari ketujuh dikenali sebagai hari jadi orang ramai (, pinyin: rn r, Kantonis: yan yat), iaitu hari yang mana usia setiap orang ditambah lagi setahun menurut pengiraan kalendar qamari Cina. Inilah harinya bila salad ikan mentah lambung, yee sang, dimakan. Kaum sekeluarga berkumpul untuk melambung salad berwarna-warni dan menyampaikan hajat bagi menambahkan kekayaan dan kemakmuran. ini merupakan adat resam yang terutamanya diamalkan oleh kaum Cina di rantau Asia Tenggara, seperti Malaysia dan Singapura, tetapi jarang diamalkan oleh kaum Cina di merata dunia selain rantau tersebut. Hari ke-9 Hari kesembilan tahun baru merupakan hari bagi kaum Cina untuk menyembah Maharaja Jed di Kayangan ( tin gng) di tokong agama Tao. Tambahan pula, hari ini dianggap sebagai "tahun baru" suku kaum Hokkien. Apabila tibanya tengah malam pada hari kelapan tahun baru, suku Hokkien menyembahkan doa syukur kepada Maharaja tersebut. Penyembahan ini termasuk tebu kerana tebu pernah digunakan untuk melindungi suku Hokkien dari ancaman penghapusan beberapa generasi lalu. Teh dituang sebagai adat bagi menghormati orang ternama. Hari ke-15 Ini adalah hari terakhir perayaan Tahun Baru Cina yang diraikan sebagai Yunxio ji (Cina Tradisional: , Cina Ringkas: ), atau Chap Goh Mei () dalam bahasa Hokkien, versi Cina bagi Hari Valentine. Tngyun (Cina Tradisional: , Cina Ringkas: ), bebola pulut manis dalam sup, dimakan pada hari ini.Tngyun ialah sejenis makanan Cina yang diperbuat daripada tepung pulut. Tepung pulut ini dicampur dengan sedikit air untuk membentuk bebola, kemudian dimasak dan dihidangkan dalam air yang mendidih. Tangyuan bolehlah sama ada berisi atau tanpa isi. Bergantung kepada amalan setempat, hari yang sama ini juga dikenali sebagai Perayaan Tanglung.

Folio Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan Tingkatan 4

Tarikh Perayaan
Tarikh hari tahun Baru Cina dari 1996 hingga 2019 (dalam kalendar Gregory) adalah disenaraikan seperti berikut, besertakan lambang haiwan dalamzodiak Cina dan lambang dahan buminya. Namanama dahan bumi tersebut bukan perkataan bahasa Cina bagi haiwan-haiwan tersebut. Haiwa n Dahan bumi

Tarikh

Tikus

19 7 Februari 1996 Februari 2008

Lembu chu

7 26 Februari 1997 Januari 2009

Harim yn au

28 Januari 1998

14 Februari 2010

Arnab mo

16 3 Februari 1999 Februari 2011

Naga

chn

5 23 Februari 2000 Januari 2012

Ular

24 Januari 2001

10 Februari 2013

Kuda

12 31 Februari 2002 Januari 2014

Kambi wi ng

1 19 Februari 2003 Februari 2015

Monye shn t

22 Januari 2004

8 Februari 2016

Ayam

yu

28

Folio Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan Tingkatan 4

Februari 2005 Januari 2017

Anjing x

29 Januari 2006

16 Februari 2018

Khinzir hi

18 5 Februari 2007 Februari 2019

Makanan atau Juadah Tradisional


Jamuan pertemuan semula Jamuan pertemuan semula (Cina Tradisional: , Cina Ringkas: tunyun fn) diadakan pada malam sebelum Tahun Baru, ketika semua ahli keluarga, sama ada tinggal di rumah atau jauh dari kampung halaman, bertemu untuk perayaan. Jamuan ini biasanya diadakan di rumah yang didiami anggota keluarga paling tua. Jamuan ini amat kaya dengan makanan yang lazimnya merangkumi daging ayam dan ikan. Ikan (Cina Tradisional: , Cina Ringkas: , pinyin: y) sebagai makanan penting, tidak dimakan sampai habis (sebaliknya, bakinya disimpan semalaman), bak pepatah Cina nin nin yu y (Cina Tradisional: , Cina Ringkas: ), yang bermakna "semoga ada lebihnya setiap tahun", yang sama bunyinya dengan "semoga ada ikan setiap tahun Intisari makanan - Luohan zhai () luhn zhi
Luohan zhai ialah hidangan vegetarian yang biasanya merangkumi 18 bahan, sering disaji pada hari pertama Tahun Baru. Sejenis lumutberbentuk rambut manusia, disebut "fat choy" dalam bahasa Kantonis sering menjadi ciri-ciri utama hidangan Buddha dan sajian lain, kerana namanya sama bunyinya dengan "kemakmuran". Suku kaum Hakka biasanya menyaji kiu nyuk () dan yong tau fu.

Folio Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan Tingkatan 4 -

Ikan () y
Ramuan yang penting sepanjang sambutan tahun baru. Sebutan perkataan Cina bagi ikan serupa dengan "lebihan" (Bahasa Cina: ; pinyin: y). Ramuan utama bagi yee sang.

Yee sang ( ) yshng


Ikan Salmon yang dilambung cebisan ramuannya apabila disambung untuk menyambut tuah.

Ladu jiaozi ( ) jiozi


Ladu ini dimakan di China utara kerana bentuknya serupa dengan tongkol emas Cina kuno, seolah-olah berisi tuah.

Limau mandarin jnj; atau gn


Limau ini merupakan buah-buahan paling kerap ditemui semasa perayaan tahun baru. Fungsi buah limau mandarin bagi masyarakat Cina ialah untuk dipuja di Tokong dan daunnya untuk buang sial, buah limau mandarin pula melambangkan kesejahteraan dan kemewahan.

Kuih bakul ningo


Kuih ini paling laris didapati di China timur (Jiangsu, Zhejiang dan Shanghai) kerana namanya serupa sebutan dengan "kian tahun kian tinggi".

Mi
Mi dihidangkan tanpa dipotong, melambangkan panjang hayat, namun amalan ini tidak terhad kepada sambutan tahun baru.

- Gula-gula

Folio Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan Tingkatan 4

Gula-gula dan buah-buahan kering disimpan dalam kotak gula-gula Cina berwarna merah atau hitam.

- Tikoy
Puding yang diperbuat daripada tepung pulut, kanji gandum, garam, air, dan gula. Warna gula yang digunakan menentukan warna puding ini (putih atau perang).

Folio Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan Tingkatan 4

Pakaian Tradisi
Pemakaian yang melebihkan warna merah sering dipakai sepanjang Tahun Baru Cina kerana dipercayai warna merah akan menakutkan roh jahat dan nasib malang. Tambahan, orang yang memakai baju baru dari kepala hingga kaki pula melambangkan permulaan baru pada tahun baru.

Folio Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan Tingkatan 4

Simbol

Sepanjang 15 hari Tahun Baru Cina, orang akan mula melihat pantang larang atau kepercayaan budaya tradisional dengan maksudnya yang boleh mengelirukan orang yang tidak menyambutnya. terdapat sebab yang menerangkan semuanya, bukan sekadar hiasan, yang berputarkan warna merah. Pada satu-satu masa, emas merupakan warna pendamping bagi sebab yang sangat jelas. Satu sebab baik dan biasa bagi poster merah berbentuk berlian dengan aksara (f), atau "tuah" yang dipamerkan sekitar rumah dan pintu. Tanda ini sering kelihatan tergantung terbalik, memandangkan perkataan Cina (do), atau "terbalik", berbunyi sama dengan (do), atau "tiba". Maka, f do melambangkan ketibaan tuah, kegembiraan dan kemakmuran.

Folio Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan Tingkatan 4

Hiasan
- Ikan
Ikan koi sering kelihatan dalam lukisan. Sajian berhias yang memaparkan ikan juga dapat dilihat. Ikan melambangkan lebihan atau simpanan tambahan supaya ada lebih untuk hidup pada baki tahun. Ikan berpadu dengan pepatah Cina (ninnin yuy) .

- Jongkong (Yuanbao)
Yuanbao emas (; jn yunbo) melambangkan wang dan/atau kemewahan. Jongkong berbentuk Yuanbao ini merupakan perantara pertukaran piawaian di China zaman silam.

- Tanglung
Tanglung kertas Cina tradisional ini biasanya berbeza daripada tanglung yang digunakan ketika Perayaan Kuih Bulan. Tanglung ini berwarna merah dan selalunya berbentuk bujur. Tanglung-tanglung yang digunakan pada hari ke-15 Tahun Baru Cina untuk Pesta Tanglung, dinyala terang-terang, berwarna-warni, dan berbagai-bagai saiz dan bentuknya.

- Perhiasan
Hiasan secara amnya menyampaikan ucapan Tahun Baru. Poster kaligrafi Cina memaparkan peribahasa Cina. Hiasan-hiasan lain termasuk gambar Tahun Baru, simpul Cina, keratan kertas dan gurindam.

Folio Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan Tingkatan 4

Folio Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan Tingkatan 4

Kepentingan
Ikon
- Tarian singa
Tarian singa sering diadakan pada Tahun Baru Cina. Adalah dipercayai bahawa pukulan gendang yang kuat dan bunyi simbal yang memekakkan serta wajah singa yang menari dengan agresif sekali boleh mengusir puaka jahat. Tarian singa juga dipamerkan pada upacara pembukaan perniagaan orang Cina.

- Cai Shen
Cai Shen (Cina Tradisional: , Cina Ringkas: ) merupakan dewa kekayaan yang disembah orang agar memperoleh tuah dan berkat pada malam Tahun Baru dalam kepercayaan Cina.

- Balik Kampung
Waktu Tahun Baru Cina juga menyaksikan penghijrahan manusia bermusim yang terbesar, apabila warga luar bandar yang bekerja di kawasan bandar China, serta juga orang Cina seberang laut di seluruh dunia pulang ke kampung halaman untuk berjamuan bersama sanak saudara pada malam tahun Baru. Tempoh ini dipanggil "Chunyun" (Cina Tradisional: , Cina Ringkas: ) dan boleh disamakan dengan fenomena "balik kampung" sewaktu masyarakat Melayu menyambut Aidilfitri. Masyarakat Cina Malaysia tidak terkecuali daripada balik kampung, maka timbulnya keperluan mengetatkan kawalan keselamatan jalan raya khususnya untuk perayaan ini seperti mana yang dijalankan ketika Aidilfitri.

Rumah terbuka
Ketika menyambut perayaan utama di Malaysia, rumah terbuka diadakan oleh golongan pembesar negeri untuk menjemput rakyat berbilang kaum dan agama, dan juga pelancong asing, beraya

Folio Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan Tingkatan 4

bersama-sama. Tahun Baru Cina tidak terkecuali, dan rumah terbuka perayaan ini dianjurkan oleh pembesar kaum Cina.

Ucapan
Tahun Baru Cina diserikan dengan ucapan yang diucap dengan kuat dan ghairah, yang dikenali sebagai "ungkapan pembawa tuah" (Cina Tradisional: , Cina Ringkas: , pinyin: jxing ha).

- Selamat Tahun Baru


"Selamat Tahun Baru" (Tulisan Cina Tradisional: ; Tulisan Cina Ringkas: ; pinyin: xnnin kuil; Bahasa Kantonis (Yale): snnhn faailohk; bahasa Hokkien (POJ): Sin-n khai-lok ) ialah ucapan kontemporari yang mencerminkan pengaruh barat ini diterjemah secara literal dari ucapan Happy new year yang kerap didengar di negara Barat. Namun di bahagian utara China, " gu nin ho" (Cina Tradisional: , Cina Ringkas: ) yang dijadikan ucapan tradisi, bagi membezakannya dari Tahun Baru antarabangsa, boleh dipakai dari hari pertama hingga hari kelima tahun baru.

- Gong Xi Fa Cai
"Gong xi fa cai" (Tulisan Cina Tradisional: ; Tulisan Cina Ringkas: ; pinyin: gngx fci; Bahasa Kantonis (Yale):gnghi faatchih; bahasa Hokkien (POJ): Kiong-h hoatchi; bahasa Hakka: Kung hei fat choi), yang diterjemah sebagai "Tahniah dan semoga mendapat rezeki". Ungkapan ini yang sering tersalah angggap sebagai bersinonim dengan "Selamat tahun baru" mula digunakan berabad-abad lalu. Dua aksara pertama ungkapan ini mempunyai kepentingan sejarah yang lebih lama (menurut legenda, ucapan tahniah adalah bagi kejayaan menghadapi raksasa Nian dengan selamat, namun secara praktis ini juga boleh melibatkan kejayaan mengharungi keadaan musim sejuk yang teruk) [21] ; manakala dua aksara terakhir ditambah sebagai menyentuh idea kapitalisme dan konsumerismeyang makin penting di kalangan masyarakt Cina seluruh dunia. Ucapan ini kerap didengar di kalangan komuniti yang berbahasa Inggerissewaktu Tahun Baru Cina di beberapa tempat dsi dunia yang mempunyai komuniti berbahasa Cina yang ketara, termasuk komuniti pendatang Cina yang lama menetap

Folio Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan Tingkatan 4

selama beberapa generasi, serta pendatang baru dari tanah besar China, Hong Kong, Macau dan Taiwan, dan pendatang transit (khususnya golongan siswa).

- Ucapan Lain
Terdapat ucapan lain bagi Tahun Baru Cina, antaranya boleh dijerit dengan sekuatnya tanpa mengira penerima dalam situasi tertentu. Contohnya, memecah objek ketika tahun baru dianggap tidak bagus, dan jika berlakunya sedemikian "Susu png'n" (Cina Tradisional:, Cina Ringkas: ) diucapkan serta-merta, yang bermakna "semoga keamanan berkekalan tahun demi tahun". (Su, bermaksud "usia") sama bunyi dengan ("pecah"), sebagai demonstrasi bagi kegemaran orang Cina "bermain-main" dengan perkataan dalam bahasa mereka. Melalui cara yang sama, (Ninnin yuy), hajat penambahan hasil setiap tahun, memanipulasi suku kata y yang juga ditulis (ikan), menjadikannya ungkapan utama bagi sajian tahun baru berikan dan juga lukisan dan grafik ikan yang digantung pada dinding atau dijadikan hadiah. Ucapan-ucapan ini juga diujar sebelum menerima angpau oleh kanakkanak, apabila bertukar hadiah, menziarahi tokong, atau ketika melambung ramuan-ramuan yee sang di Malaysia dan Singapura. Kanak-kanak nakal sering berjenaka dengan mengucap (Cina Tradisional: , Cina Ringkas: , pinyin: Gngx fci, hngbo nli), yang diterjemah menjadi "Tahniah dan semoga peroleh rezeki, mintalah bagi ang pau."

Folio Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan Tingkatan 4

Kesimpulan
Kepelbagaian kaum dan etnik di Malaysia telah menjadikan negara kita kaya dengan dengan pelbagai jenis pakaian mengikut kaum. Kepelbagaian ini telah menjadikan Malaysia sebuah negara yang unik.Namun, pengaruh pemakaian barat mula menghakis adat pakaian tradisional kita. Oleh itu, sebagaiseorang rakyat Malaysia, kita bertanggungjawab penuh untuk mempertahankan keunikan adat pakaiandi negara kita yang telah diwarisi sejak turun temurun lagi.

Folio Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan Tingkatan 4

Lampiran

Angpau

Tanglung

Folio Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan Tingkatan 4

Kuih Bakul

Tarian Singa

Folio Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan Tingkatan 4

Yee Sang

Luohan Zhai

Folio Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan Tingkatan 4

Ladu Jiaozi

Limau Mandarin

Folio Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan Tingkatan 4

Pakaian bagi perempuan Cheong Sam

Pakaian yang dipakai oleh lelaki Tangzhuang

Folio Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan Tingkatan 4

Rujukan
Internet
http://ms.wikipedia.org/wiki/Tahun_Baru_Cina#Rujukan http://anizyn.blogspot.com/2012/01/adat-resamkepercayaanpantang-larang.html http://www.scribd.com/doc/53956255/Folio-Pendidikan-Sivik-DanKewarganegaraan

Rakan Michelle Goh Hui Khi Wong Li Xuan Lau Jye Jiun Amy Ling Fung Ying Lee Ing Fong

You might also like