You are on page 1of 29

1.

0 TAJUK KAJIAN:

KAJIAN TENTANG PENGANGKUTAN AWAM (BAS) DI KAMPUNG BARU TEPOH, KUALA NERUS, TERENGGANU DARUL IMAN
Oleh: Muhamad Ikram bin Mahtar @ Mokhtar

2.0 SENARAI KANDUNGAN

BIL 1 2 3 4 5 6 7 8 9

PERKARA Penghargaan Pendahuluan Objektif kajian Kawasan kajian Kaedah kajian Dapatan kajian Rumusan Lampiran Rujukan

HALAMAN

3.0 PENGHARGAAN

Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada pengetua Tuan Haji Mohd Nor bin Ali, Pengetua SMK Bukit Guntong kerana telah memberi kebenaran dan galakan untuk saya menjalankan kajian ini. Ucapan terima kasih juga ditujukan kepada guru Geografi saya iaitu Encik Rosaidi bin Muda yang telah banyak memberi tunjuk ajar dan bimbingan dalam menjayakan kajian ini.

Saya juga mengambil kesempatan ini untuk merakamkan jutaan terima kasih kepada kedua ibubapa saya iaitu Encik Mahtar@Mokhtar bin Draman dan Puan Kasmani binti Muda yang telah banyak membantu terutamanya dari segi kewangan, galakan dan dorongan sepanjang saya menjalankan kajian ini. Terima kasih juga diucapkan kepada rakan kumpulan saya di atas kerjasama yang diberikan sehingga saya dapat menyelesaikan semua tugasan ini.

Akhirnya, tidak lupa juga saya ingin merakamkan ribuan terima kasih kepada penduduk di Kampung Baru Tepoh di atas kerjasama yang diberikan khususnya kepada Encik Deraman bin Mahmud iaitu pemandu bas Syarikat SP Bumi.

4.0 PENDAHULUAN

Saya telah memilih tajuk Kajian Awam Bas di Kampung Baru Tepoh, Kuala Nerus, Terengganu Darul Iman sebagai tajuk kajian Geografi saya. Kawasan Kampung Baru Tepoh dipilih sebagai kawasan kajian kerana di kawasan ini terdapat banyak kemudahan pengangkutan awam seperti bas, teksi dan kereta sapu. Di sini terdapat stesen bas sementara dan juga stesen teksi. Kawasan kajian ini juga mempunyai kepadatan penduduk yang agak tinggi yang mana penduduk amat memerlukan perkhidmatan pengangkutan awam untuk melaksanakan pergerakan harian.

Saya berjaya melengkapkan kajian ini dalam masa 8 minggu dengan menulis laporan kajian lengkap bermula dari bulan Februari.

5.0 OBJEKTIF KAJIAN

Kajian tentang Pengangkutan Awam Bas di Kampung Baru Tepoh, Kuala Nerus, Terengganu Darul Iman ini adalah untuk mencapai objektif berikut:

1) Mengenalpasti konsep pengangkutan awam 2) Menyata dan menghuraikan jenis-jenis pengangkutan awam 3) Menyata dan menghuraikan kepentingan perkembangan pengangkutan awam 4) Menyata dan menghuraikan masalah perkembangan pengangkutan awam 5) Mencadang dan menghuraikan langkah mengatasi masalah perkembangan pengangkutan awam 6) Memupuk nilai murni atau unsur patriotisme dalam dapatan kajian.

6.0 KAWASAN KAJIAN

Kawasan kajian saya ialah meliputi kawasan dun Tepoh, Kuala Nerus, Terengganu. Kawasan ini terletak di dalam kawasan daerah Kuala Nerus. Seterusnya saya mengambil kampung saya sebagai kawasan kajian iaitu Kampung Baru Tepoh.

Kawasan ini terletak Selatan Bandar Kuala Terengganu dan merupakan hub perhubungan di antara kampung-kampung yang lain. Antara kampung yang turut sama berkongsi perhubungan awam ini ialah Kampung Kedai Tepuh, Kampung Gomok, Kampung Wakaf Mersira dan sebagainya. Pandang darat fizikal kawasan ini terletak di kawasan pamah yang rata sesuai untuk dibina jalan pengangkutan dan penempatan. Oleh sebab itu, kawasan ini menjadi tumpuan penduduk untuk menggunakan pengangkutan awam.

Jarak mutlak kawasan Kampung Baru Tepuh dari Bandar Kuala Terengganu ialah 25 Kilometer. Jarak relatif dari masa yang diambil dengan menaiki bas adalah lebih kurang 40 minit dari Bandar Kuala Terengganu.

PETA DAERAH KUALA NERUS

PETUNJUK

Kawasan Kajian

PETA KAWASAN KAJIAN

Peta kawasan pengangkutan awam di Kampung Baru Tepoh

LAKARAN PETA KAWASAN KAJIAN

Lakaran Peta kawasan pengangkutan awam di Kampung Baru Tepoh

7.0 KAEDAH KAJIAN

Saya menggunakan beberapa kaedah kajian balam menjayakan kajian ini: 1) Kaedah Pemerhatian : Saya membuat pemerhatian jenis-jenis pengangkutan awam yang terdapat di Kampung Baru Tepoh

2) Kaedah Temubual

: Melalui kaedah ini saya telah menemubual 5 orang

responden untuk mendapatkan maklumat tentang kepentingan pengangkutan awam, masalah perkembangan pengangkutan awam dan juga mendapatkan maklumat bekaitan dengan cadangan mengatasi masalah tersebut.

3) Kaedah Soal Selidik

: Sebanyak 20 orang telah saya temui untuk menjawab

soalan kajian dari borang soal selidik yang telah saya sediakan. Dalam borang tersebut terdapat 7 soalan yang berkaitan dengan kepentingan, masalah dan cadangan berkaitan dengan pengangkutan awam.

4) Kaedah Rujukan

: Saya telah menggunakan rujukan buku dan juga

internet bagi memudahkan saya mendapat kan definisi dan huraian tentang konsep pengangkutan.

8.0 DAPATAN KAJIAN

8.1

Konsep Pengangkutan Awam Di Kawasan Kajian, iaitu Tepoh, Kuala

Nerus, Terengganu Darul Iman

Menurut Kamus Pelajar Edisi Kedua pengangkutan awam membawa maksud sistem pengangkutan bermotor seperti teksi, bas, dan kereta api yang boleh digunakan oleh orang ramai di kawasan tertentu dengan kadar tambang yang telah ditetapkan. Pengangkutan awam atau transit awam merangkumi segala sistem pengangkutan yang mana penumpang tidak bergerak menggunakan kenderaan sendiri. Meskipun istilahistilah tersebut secara amnya dianggap sebagai perkhidmatan rel dan bas, definisi yang lebih luas boleh merangkumi perkhidmatan penerbangan berjadual, feri, teksi dsb. Mana-mana sistem yang mengangkut orang awam. Satu lagi batasan lanjut yang kadang-kadang dikenakan adalah bahawa pengangkutan itu sepatutnya dijalankan dalam kenderaan yang sentiasa dikongsi, maka terkecualinya teksi yang bukan kongsi tumpang. Pengangkutan awam biasanya dikawal sebagai pengangkutan umum dan biasanya dikonfigurasi untuk menawarkan perkhidmatan berjadual dalam laluan tetap tanpa penempahan. Kebanyakan penumpang transit bergerak dalam lingkungan kawasan tempatan di antara rumah mereka dan tempat kerja, beli-belah atau institusi pendidikan. Pengangkutan awam ini juga merupakan pengangkutan utama di Tepoh, Kuala Nerus, Terengganu. Pengangkutan awam sangat penting terutamanya bagi mereka yang tidak mempunyai pendapatan sendiri atau berpendapatan rendah yang mana mereka tidak mampu untuk memiliki kenderaan sendiri. Kebanyakan daripada mereka

ialah pelajar sekolah, pekerja-pekerja di Bandar Kuala Terengganu dan sebagainya. Pengangkutan awam yang paling utama di Kampung Baru Tepoh merupakan bas.

8.2 Jenis- Jenis Pengangkutan Awam Di Kawasan Kajian

Jenis-jenis pengangkutan di Kampung Baru Tepoh , Tepoh, Kuala Nerus, Terengganu ialah bas dan teksi serta kereta sapu. Pengangkutan bas yang terdapat di sini ialah bas berhenti-henti atau bas tabung, bas persiaran, bas sekolah dan juga bas ekspres. Pengangkutan bas sekolah sangat penting terutamanya bagi pelajar sekolah yang memerlukan pengangkutan ini setiap hari persekolahan manakala bas berhentihenti untuk pekerja yang bekerja di bandar Kuala Terengganu, surirumah dan juga kepada penduduk kampung amnya yang senantiasa menggunakan kemudahan pengangkutan bas untuk membeli keperluan harian di pasaraya di bandar Kuala Terengganu.

8.3 Kepentingan Perkembangan Pengangkutan Awam Di Kawasan Kajian

Terdapat banyak kepentingan pengangkutan awam di Kawasan Tepuh, Kuala Nerus ini. Antara kepentingan pengangkutan awam di sini ialah;

1.

Mengangkut penumpang Melalui pemerhatian, saya mendapati bahawa pengangkutan awam di Tepuh sangat penting untuk mengambil penumpang. Saya juga menggunakan perkhidmatan bas awam ini untuk ke kawasan bandar Kuala Terengganu. Saya akan menggunakan perkhidmatan bas

berhenti-henti untuk pulang ke rumah. Namun begitu jikalau keadaan yang terpaksa saya akan menggunakan perkhidmatan teksi ataupun kereta sapu. Namun tambang yang diambil adalah sangat jauh bezanya berbanding perkhidmatan bas awam. Maka di sini boleh disimpulkan bahawa penggunaan perkhidmatan bas awam ini memberi kesenangan dan kemudahan yang amat besar kepada penduduk di kawasan ini. Kesenangan ini telah banyak membantu setiap penduduk dalam menjalani setiap pekerjaan pada setiap hari.

2.

Mengurangkan kesesakan lalu lintas Melalui pemerhatian yang telah saya lakukan, didapati bahawa apabila kita menggunakan pengangkutan awam ini ia secara tidak langsung akan mengurangkan kesesakan lalu lintas. Ini terjadi jika kebanyakan penduduk di kawasan Tepoh ini menggunakan kenderaan awam untuk ke tempat kerja atau pun ke sekolah ataupun kolej. Ini kerana kapasiti jumlah penumpang sebuah bas adalah lebih kurang 44 orang bagi sebuah bas. Ini secara tidak langsung dapat mengurangkan kesesakan lalu lintas pada waktu perdana iaitu pada pukul 8.00 pagi dan juga pada pukul 5.00 petang. Perubahan dalam penggunaan awam ini memberi banyak kelebihan kepada pengguna jalan raya yang lain. Oleh sebab itu, penggunaan perkhidmatan bas awam ini amat memberi makna kepada penduduk di sini.

3.

Menjimatkan kos Kiraan kos bulanan penggunaan minyak petrol akan bertambah sekiranya masing-masing menggunakan kenderaan sendiri. Namun kita boleh menjimatkan penggunaan petrol ini kepada penggunaan pengangkutan awam. Pengguna perkhidmatan bas awam ini bukan sahaja boleh menjimatkan kos penggunaan petrol, malahan pengguna dapat berah mesra dengan pengguna yang menggunakan perkhidmatan bas awam ini.

4.

Sumber Pendapatan Melalui temubual yang dijalankan, pemandu bas menganggap pekerjaan mereka ini adalah merupakan sumber pendapatan. Encik Deraman menyatakan bahawa membawa bas berhenti-henti ini merupakan sumber pendapatan beliau sejak 10 tahun yang lepas lagi. Secara tidak langsung penggunaan perkhidmatan bas awam ini lebih memberi kemudahan dan kesenangan kepada rakyat kerana ia telah membuka peluang pekerjaan kepada penduduk di sini tanpa mengira umur dan bangsa.

8.4 Masalah Perkembangan Pengangkutan Awam Di Kawasan Kajian

Setiap kepentingan ada kekurangannya. Banyak juga timbul masalah bagi pengangkutan awam di kawasan Tepoh ini. Antara masalah yang sering kali diperdebatkan adalah:

1.

Pencemaran udara Melalui pemerhatian yang telah dilakukan sepanjang melaksanakan kajian ini, saya dapati bahawa pengangkutan awam ini sangat berpotensi menyebabkan bacaan indeks pencemaran udara sangat tinggi. Ini kerana penggunaan diesel ini boleh menyebabkan pencemaran udara yang sangat teruk. Kebanyakan bas mengeluarkan kepulan asap yang hitam. Berbanding minyak petrol tanpa plumbum yang lebih bersih, penggunaan diesel ini akan menyebabkan berlakunya pencemaran udara.

2.

Pencemaran Bunyi Penggunaan perkhidmatan bas ini boleh menyebabkan berlakunya pencemaran bunyi. Ini kerana bas yang digunakan mengeluarkan bunyibunyian yang boleh mengganggu ketenteraman penduduk di kawasan ini. Bunyi yang agak kuat boleh menggangu penduduk dalam menjalani kehidupan harian.

3.

Tambang Mahal Masalah lama yang sering diperkatakan oleh setiap penumpanh bas di kawasan ini adalah tambangnya yang mahal. Di dalam keterpaksaan pengguna perkhidmatan bas awam ini rela membayar kadar tambang yang ditetapkan tanpa mengira kadar yang tinggi telah

ditetapkan.berbanding dengan kawasan di bahagian selatan tanah air yang mana kadar tambangnya adalah jauh lebih murah.

4.

Jangka Masa Lama Masalah yang memang tidak dapat dielakkan adalah masa menunggu yang lama boleh memberi kesa kepada pengguna perkhidmatan bas awam. Masalah ini kerap mengganggu pengguna di kawasan Kampung Baru Tepoh kerana kurangnya kesedaran betapa pentingnya ketepatan masa kepada pekerja yang bekerja di bandar. Keadaan ini boleh menyebabkan prestasi pekerjaan bagi pengguna perkhidmatan bas awam ini merosot. Maka penguasaha bas dan juga pemandu bas perlu mengambil tindakan yang sewajarnya bagi mengatasi masalah ini.

5.

Kenderaan Lama Faktor kenderaan yang digunakan adalah kenderaan yang telah lama digunakan menjadi masalah kepada para pengguna. Ini kerana ia boleh memberi keburukan kepada pengguna dan prestasi pengusaha bas itu sendiri. Jika berlaku kerosakan ia memberi kesan yang buruk kepada pengguna. Ini kerana pengguna memerlukan perkhidmatan yang terbaik dan cemerlang bukan sahaja faktor masa malahan faktor kenderaan yang elok juga perlu.

8.5 Cadangan Bagi Mengurangkan Masalah Pengangkutan Awam Di Kawasan Kajian

Cadangan untuk mengatasi masalah perkhidmatan awam di Kampung Baru Tepoh, Kuala Nerus, Terengganu Darul Iman ialah;

1. Kuat kuasa undang-undang.

Melalui temubual yang saya lakukan, tindakan tegas perlu dilakukan untuk mengatasi masalah pencemaran bunyi dan udara ini. Aduan atau laporan perlu dibuat di Jabatan Alam Sekitar atau Jabatan Pengangkutan Awam. Tindakan ini wajar dilakukan. Jabatan ini akan membuat rondaan dan menahan pengangkutan awam yang bermasalah dan mendenda dengan denda yang setimpal.

2. Penggunaan petrol tanpa plumbum

Melalui pemerhatian saya, pengeluran asap yang berlebihan dari bas-bas awam ini boleh dikurangkan dengan penggunaan petrol tanpa plumbum. Penggunaan petrol ini walaupun agak mahal tetapi boleh mengurangkan pengeluran karbon monoksida dan seterusnya mencemarkan udara. Pencemaran udara mungkin boleh memberi kesan terhadap kesihatan, keselamatan dan keselesaan manusia ataupun harta benda. Maka alternatif ini perlu dipandang berat kerana ia adalah salah satu penyelesaian kepada berlakunya pencemaran udara.

3. Pendidikan alam sekitar

Melalui temubual juga, saya dapati pemandu-pemandu bas dan teksi ini perlu diberi pendidikan alam sekitar yang sewajarnya. Pendidikan ini boleh dijalankan oleh Majlis Bandaraya Kuala Terengganu. Semua perlu bekerjasama dalam mewujudkan kesedaran betapa pentingnya pendidikan alam sekitar ini kepada pengusaha bas dan juga teksi. Ini akan menyedarkan mengenai sikap bertanggungjawab dalam menjaga alam sekitar untuk generasi akan datang.

4. Penggunaan bahan api alternatif (contoh; NGV, elektrik, tenaga suria)

Melalui temubual juga, saya dapati terdapat cadangan lain yang diutarakan oleh responden iaitu dalam usaha mengurangkan pencemaran udara akibat pelepasan asap hitam dari kenderaan bermotor (bas, lori, teksi dan sebagainya), penggunaan bahan api alternatif yang mesra alam amat digalakkan. Contohnya, menggunakan diesel kelapa sawit, kereta hibrid (menggunakan bateri) dan tenaga suria. Walaupun kos penggunaan bahan ini agak tinggi namun jika adanya kerjasama antara kerajaan, pihak swasta dan NGO maka usaha ini mungin akan dapat dilaksanakan.

5. Penapis asap /catalytic converter

Melalui temubual juga saya dapati, bagi mengurangkan pembebasan asap hitam oleh pengangkutan awam seperti bas dan teksi yang menggunakan minyak diesel, penggunaan penapis asap amat dialu-alukan. Dengan ini, asap yang dibebaskan telah ditapis dan merupakan asap yang tidak mencemarkan udara.

6. Kursus pemanduan berhemah

Melalui temubual yang dilakukan, kemalangan di jalan raya dapat dielakkan jika pemandunya memandu dengan penuh tanggungjawab dan berhati-hati. Oleh itu, pihak syarikat bas ekspres atau pihak kerajaan boleh mewajibkan pemandu bas/van/teksi mengikuti kursus pemanduan berhemah dengan tujuan memberi kesedaran tentang tanggungjawab mereka terhadap keselamatan penumpang dan mematuhi peraturan jalan raya.

Saya berbangga kerana penduduk di Kampung Baru Tepoh menyedari kesan-kesan yang menjejaskan kemampanan alam sekitar di sekeliling kawasan ini. Disebabkan pengangkutan awam merupakan faktor utama di kawasan ini semua pihak bekerjasama dalam membantu bagi menyelesaikan masalah ini. Berikut merupakan peta minda bagi menggambarkan langkah-langkah pengurangan masalah yang timbul disebabkan oleh pengangkutan awam.

PETA MINDA

Peta minda di bawah menunjukkan langkah mengurangkan masalah pengangkutan awam di Kampung Baru Tepoh, Kuala Nerus, Kuala Terengganu.

MENGUATKUASAKAN UNDANG-UNDANG

PENGGUNAAN PETROL TANPA PLUMBUM

PENDIDIKAN ALAM SEKITAR

LANGKAH MENGURANGKAN MASALAH PENGANGKUTAN AWAM

PENGGUNAAN BAHAN API ALTERNATIF (CONTOH; NGV, ELEKTRIK, TENAGA SURIA)

PENAPIS ASAP /CATALYTIC Pendidikan alam sekitar CONVERTER

KURSUS PEMANDUAN BERHEMAH

9.0 RUMUSAN

Sebagai kesimpulan, jenis pengangkutan awam yang utama terdapat di Tepoh ini adalah bas. Pengangkutan bas ini mempunyai banyak kepentingan kepada penduduk di kawasan Tepoh. Antara kepentingan pengangkutan bas ini adalah menjadi sumber utama bagi pengangkutan kepada penumpang seharian, dapat mengurangkan kesesakan lalu lintas, menjimatkan kos dan menambahkan sumber pendapatan.

Kajian ini juga mempunyai kepentingan kerana kita dapat mengenalpasti permasalahan yang berlaku melalui penggunaan pengangkutan awam ini seperti pencemaran udara, pencemaran bunyi , kemalangan, tambang yang agak mahal, keselamatan penumpang terancam dan masalah penggunaan kenderaan lama.

Saya juga mencadangkangkan beberapa langkah untuk mengatasi masalah pengangkutan awam ialah antaranya penggunaan petrol tanpa plumbum, pendidikan alam sekitar, penggunaan bahan api alternatif (contoh; NGV, elektrik, tenaga suria), penapis asap /catalytic converter dan kursus pemanduan berhemah.

Terdapat banyak nialai murni yang saya pelajari dan dapat saya terapkan dalam diri saya semasa menjalankan kajian ini. Antara nilai murni yang diperolehi semasa menjalankan kajian ini adalah seperti mencintai alam sekitar,bersyukur dan menjadi warga penduduk yang bertanggungjawab.

10.0 LAMPIRAN 1. Surat Pengenalan Diri

2. Surat Kebenaran Membuat Kajian

3. Surat Makluman Kepada Ibubapa Tarikh: Tuan/Puan/Encik/Cik/Dato/Datin Surat Kebenaran Ibu Bapa / Penjaga Bagi Tujuan Melaksanakan Kerja Kursus Geografi (KKG) Merujuk perkara di atas, saya .. membenarkan anak saya dari tingkatan Untuk menjalankan Kerja Kursus Geografi bagi memenuhi Sukatan Pelajaran Geografi Tingkatan Tiga dan peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) bagi tahun 2009. 2. Saya faham bahawa semasa mejalankan kajian ini, jika sesuatu yang tidak diingini berlaku kepada anak saya, saya tidak akan mengambil sebarang tindakan terhadap pihak sekolah.

Sekian, Terima Kasih.

Yang benar, . ( Alamat: .. . . . No.Telefon: )

4. Borang Soal Selidik KAJIAN TENTANG PENGANGKUTAN AWAM (BAS) DI KAMPUNG BARU TEPOH, KUALA NERUS, TERENGGANU DARUL IMAN

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN BUKIT GUNTONG

BORANG TEMU BUAL DISEDIAKAN OLEH: MUHAMAD IKRAM BIN MAHTAR @MOKHTAR 1. NAMA : ..... 2. UMUR : ...................................................... 3. PEKERJAAN :

4. PENGANGKUTAN AWAM YANG KERAP DIGUNAKAN : ...............................................................................................

5. KENAPA SUKA MENGGUNAKAN PENGANGKUTAN AWAM? NYATAKAN. I) II) III)

6. MASALAH

YANG

SERING

DIHADAPI

KETIKA

MENGGUNAKAN

PENGANGKUTAN AWAM; I) II) III)

7. CADANGKAN BAGAIMANA BOLEH MENGATASI MASALAH DI ATAS I) II) III)

TERIMA KASIH.

5. Gambar Tempat Kajian

Gambar 1 Bas SP Bumi yang digunakan oleh penduduk Kampung Baru Tepoh

Gambar 2 Perkhidmatan Teksi di Kawasan Tepoh

Utusan Malaysia (2012)

11.0 RUJUKAN Buku Teks Abdul Rahim Md. Nor, 2004, Geografi Tingkatan 3, Shah Alam Cerdik Publications.

Khaw Ah Seng, Habibah HJ. Lateh, Koh Lim. 2004. Buku Teks Geografi Tingkatan 3, Ipoh. PTS Publications & Distributors Sdn. Bhd.

Laman Sesawang ht t p: // www. do e. go v. Jabatan Alam Sekitar https://maps.google.com.my/ https://maps.google.com/ Kampung Tepoh, 21060 Kuala Terengganu, Terengganu, Malaysia http://ms.wikipedia.org/wiki/Pencemaran_udara http://prpm.dbp.gov.my/ http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=pengangkutan+awam

Akhbar Utusan Malaysia. (2012). Kerajaan digesa ambil alih pengurusan pengangkutan awam.

Orang Sumber Enci Dagang bin Embong 460905115265 Kg. Baru Tepoh, 21060 Kuala Terengganu. Deraman bin Mahmud 501226115131 No. 41 Maras, 21060 Kuala Terengganu. Maizura binti Rani 950507115740 Kg Lerek, 21060 Kuala Terengganu. Nur Najmi Nabihah binti Dagang 950123115086 No. 127, Kg. Baru Tepoh, 21060 Kuala Terengganu. Siah binti Osman 511215115134 No. 127, Kg. Baru Tepoh, 21060 Kuala Terengganu.

You might also like