You are on page 1of 3

Peranan Panitia Mata Pelajaran Pendidikan Moral

Pendidikan Moral bertujuan melahirkan insan yang bermoral dan mempunyai nilai-nilai murni. Menyedari hakikat ini, maka adalah wajar bagi guru-guru mata pelajaran Pendidikan Moral mengembelengkan tenaga menyelaraskan aktivitiaktiviti dan tugastugas mengajar dengan baik dan tersusun. Guru-guru Pendidikan Moral juga harus bekerjasama, saling bantu-membantu dan berkongsi fikiran, pengalaman untuk memperbaiki dan mempertingkatkan lagi kecekapan dan keberkesanan mutu pengajaran masing-masing dari masa ke semasa. Oleh yang demikian guru-guru Pendidikan Moral berpeluang untuk menyelaraskan usaha dengan lebih terkelola dan bersepadu. Dengan wujudnya Panitia Pendidikan Moral guruguru yang menganggotainya berpeluang untuk mencari penyelesaian kepada masalahmasalah bukan sahaja dalam bidang pengajaran, bahkan juga masalah yang berhubung dengan motivasi, sikap dan tabiat belajar pelajar-pelajar. (a) Struktur dan Organisasi (i) Panitia Pendidikan Moral adalah sebuah badan ikhtisas yang dianggotai oleh semua guru yang mengajar mata pelajaran Pendidikan Moral dan guru-guru Moral. (ii) Badan ini dipimpin dan dikendalikan oleh seorang guru kanan yang dipilih dan dilantik sebagai Ketua Panitia oleh Guru Besar. (iii) Ketua Panitia Pendidikan Moral secara automatik akan menjadi ahli-ahli Jawatankuasa Kurikulum Sekolah dan akan mewakili panitia di dalam jawatan kuasa tersebut sebagai penghubung diantara ahli panitia dengan Guru Besar. (iv) Keputusan-keputusan yang diambil oleh panitia dalam perjumpaan berhubung dengan isu-isu atau masalah-masalah kurikulum dan pengajaran perlu dibawa oleh Ketua Panitia kepada Guru Besar atau Penolong Kanan untuk mendapat penyelesaian atau untuk makluman. (b) Tujuan Panitia Berikut adalah di antara beberapa tujuan yang dikenal pasti untuk Panitia Pendidikan Moral bagi pencapaian matlamatnya: (i) Memperbaiki dan meningkatkan mutu dan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran. (ii) Berikhtiar dan berusaha untuk mendapatkan strategi-strategi mengajar yang inovatif supaya boleh mendorong serta menggerakkan kecenderungan para pelajar terhadap pembelajaran. (iii) Memperbaiki prestasi pelajar-pelajar dalam peperiksaan berpandukan kepada sasaran pencapaian yang ditetapkan dalam rancangan akademik sekolah.

(iv) Mewujudkan semangat bekerja sama di antara Panitia Pendidikan Moral dengan persatuan-persatuan yang lain. (a) Senarai Tugasan (i) Ketua Panitia Memahami kandungan Huraian Sukatan Pendidikan Moral (HSP) setiap tahun. Memastikan perancangan dan pelaksanan pengajaran dan pembelajaran selaras dengan HSP. Menyediakan takwim panitia dan melaksanakan perancangannya. Membuat sasaran peratusan kelulusan. Menyemak draf soalan ujian dan peperiksaan untuk memastikan ujian dan penilaian adalah berkualiti sebelum penyediaan kertas soalan dijalankan. Menganalisa keputusan selepas peperiksaan. Mempengerusikan mesyuarat panitia. Mengetuai perbincangan dalam penyelesaian masalah pengajaran dan pembelajaran. Membuat pemantauan dari masa ke semasa atau bila diperlukan. Melaksanakan projek-projek yang bersesuaian untuk meningkatkan penghayatan pelajarpelajar serta prestasi panitia. (ii) Setiausaha Panitia Menyediakan surat panggilan mesyuarat. Mencatatkan minit semasa mesyuarat dijalankan. Menyediakan minit mesyuarat dan mengedarkannya kepada semua ahli dalam panitia sebaik selepas mesyuarat atau sebelum mesyuarat. Menyelenggarakan fail-fail panitia, surat menyurat dan rekod-rekod yang berkaitan. Menghadiri mesyuarat bersama ketua panitia atau mewakili ketua panitia Moral bila diperlukan. (iii) Bendahari Panitia Mengendalikan kewangan panitia. Merekodkan dan mengemaskinikan pendapatan dan perbelanjaan panitia. Menyediakan penyata kewangan tahunan di akhir tahun. Melaporkan kedudukan kewangan semasa mesyuarat atau bila diperlukan. (iv) Ahli-ahli Panitia (Guru Pendidikan Moral) Menghadiri semua mesyuarat, perjumpaan atau perbincangan yang dikendalikan oleh panitia. Melibatkan diri dengan aktif dalam semua aktiviti yang dirancangkan oleh panitia dan Persatuan Moral. Menyediakan perancangan pengajaran dan pembelajaran yang telah diselaraskan oleh Panitia. Mengetahui perubahan dalam Huraian Sukatan Pelajaran dari masa ke semasa.

Menyediakan draf soalan ujian atau peperiksaan untuk disemak oleh Ketua Panitia sebelum menyediakan kertas soalan. Mengadakan ujian bulanan mengikut kesesuaian masing-masing. Merekodkan merkah-markah ujian bulanan, ujian pertengahan semester dan peperiksaan. Memberikan markah peperiksaan kepada guru darjah sebaik sahaja selepas peperiksaan dijalankan. Memeriksa buku rampaian, buku kerja murid dengan teliti dan berhati-hati. Menghadiri kursus-kursus yang dikelolakan di semua peringkat (sekolah, daerah, bahagian atau negeri) bila diwajibkan. (b) Peranan Panitia Pendidikan Moral Berikut adalah di antara perkara yang dianggap perlu dilaksanakan oleh panitia sejajar dengan peranannya sebagai sebuah badan ikhtisas: (i) Memperolehi sukatan pelajaran yang terbaru atau kemaskini untuk kegunaan ahli-ahli panitia. (ii) Menyelaraskan penyediaan rancangan tahunan, mingguan dan harian setiap tahun. (iii) Memilih dan mencadangkan kepada pentadbir sekolah buku kerja untuk digunakan oleh murid-murid berdasarkan kepada kesesuaian buku itu dari segi kehendak Huraian Sukatan Pelajaran dan tahap kebolehan mereka. (iv) Memilih dan mencadangkan buku-buku rujukan atau bahan-bahan bacaan tambahan yang sesuai dengan keperluan pengajaran dan pembelajaran para guru dan murid untuk dibekalkan i Pusat Sumber Sekolah. (v) Menyelaraskan soalan-soalan ujian dan peperiksaan bagi tiap-tiap tahun serta menubuhkan Bank Soalan. (vi) Mengkaji dan menganalisis keputusan peperiksaan murid-murid dan mengambil langkah langkah untuk mengatasi kelemahankelemahan pengajaran dan pembelajaran. (vii) Mengadakan mesyuarat panitia secara berkala, sekurang-kurangnya sekali sepenggal dan perjumpaan-perjumpaan secara `ad hoc' bila diperlukan. (viii) Mengatur perjumpaan atau mesyuarat dengan ahli-ahli panitia (secara formal atau tidak formal) untuk memikirkan dan membincangkan masalah-masalah atau isu-isu yang berkaitan seperti masalah-masalah yang berhubung dengan kaedah mengajar serta mencari jalan penyelesaian kepada masalah atau isu-isu tersebut. (ix) Mewujudkan semangat saling bekerjasama dengan persatuan dan menjalinkan hubungan kerja yang boleh membantu bagi mencapai matlamat pengajaran dan pembelajaran. (x) Bekerja sama dan bertukar-tukar fikiran, pengalaman dan kepakaran dengan panitiapanitia di sekolah-sekolah berhampiran atau sekawasan.

You might also like