You are on page 1of 7

Implikasi Falsafah Pendidikan Islam, Timur dan Barat Terhadap Perkembangan Pendidikan di Malaysia

1.0 Pengenalan
Kerja Kursus bagi subjek Falsafah Pendidikan di Malaysia Edu 3101 bagi Ambilan Januari 2013 merupakan kerja kursus yang memfokuskan mengenai Implikasi Falsafah Pendidikan Islam, Timur dan Barat terhadap perkembangan pendidikan di Malaysia. Falsafah merupakan salah satu cabang pendidikan yang tidak asing lagi. Namun sedalam manakah pengetahuan kita mengenai bidang falsafah? Kamus Pelajar Edisi Kedua daripada Pusat Rujukan Persuratan Melayu mendefinisikan falsafah sebagai pengetahuan dan penyelidikan tentang sebab-sebab kewujudan sesuatu ataupun mengenai kebenaran dan ertinya wujud sesuatu. Umumnya, falsafah merupakan satu sistem cambahan idea-idea yang mendalam mengenai fitrah manusia dan makna realiti bergantung kepada tempat, keadaan sosial dan ekonomi. Pendidikan pula dapat diterjemah sebagai proses memperkembang kebolehan manusia kepada pencapaian maksimum. Hal ini dipersetujui oleh John dewey (1859-1952) dalam Choong Lean Keow (2008) yang menyatakan bahawa pendidikan merupan satu proses yang bertujuan mempertingkatkan lagi kedudukan manusia. Dengan ini, gabung jalin kedua-dua perkataan falsafah dan pendidikan ini melahirkan satu maksud baru yakni satu bidang ilmu yang mengkaji mengenai penyatuan ilmu pengetahuan bagi memperkembang potensi manusia yang bertujuan proses sosiolisasi, pembentukan budaya dan penempatan sosial. Falsafah pendidikan telah menjadi salah satu perbincangan hebat dari dahulu sehingga sekarang oleh para ilmuan. Disebabkan itu, wujudnya pelbagai falsafah pendidikan yang diguna pakai dahulu sehinggalah sekarang seperti Falsafah Pendidikan Islam, Timur, dan Barat. Secara tidak langsung, Malaysia sebagai negara membangun telah mencedok pelbagai falsafah pendidikan dari ketiga-tiga falsafah pendidikan tersebut

2.0 Implikasi Falsafah Pendidikan Islam, Perkembangan Pendidikan di Malaysia 2.1 Falsafah Pendidikan Islam

Timur

dan

Barat

Terhadap

Pendidikan daripada perspektif Islam membawa maksud proses berterusan untuk memupuk potensi manusia dari segi intelek, jasmani, emosi dan rohani ke arah keseimbangan untuk menjadi insan soleh yang membawa kebaikan di dunia dan akhirat. Falsafah Pendidikan Islam pula amat menekankan pendidikan mengenai mengenali Allah Yang Esa kerana semua perkara asanya bermula daripada Pencipta itu sendiri. Pendidikan Islam adalah satu usaha berterusan untuk menyampaikan ilmu, kemahiran dan penghayatan Islam berdasarkan Al-Quran dan As-Sunnah untuk membentuk sikap, kemahiran, keperibadian dan pandangan hidup sebagai hamba Allah yang bertanggungjawab untuk membangun diri, masyarakat, alam sekitar dan negara ke arah mencapai kebaikan di dunia dan kesejahteraan di akhirat (Kementerian Pendidikan Malaysia, 1997). Bidang pendidikan Islam pula sangat luas kerana pendidikan Islam terbahagi kepada tujuh cabang utama iaitu :

1. 2. 3. 4. 5. 6. 7.

Al-Imaniyah Al-Khuluqiyah Al-Jismiyah Al-Aqiliyah Al-Nafsiyah Al-Ijlimaiyah Al-Jinisiyah

( Pendidikan iman ) ( Pendidikan akhlak ) ( Pendidikan jasmani ) ( Pendidikan mental ) ( Pendidikan jiwa ) ( Pendidikan sosial ) ( Pendidikan Seks )

a) Institusi pendidikan Sifat menyeluruh dan terperinci dalam pendidikan Islam membuatkan para ilmuan di Tanah Melayu dahulu menerima baik pendidikan Islam dan menyebar luas pendidikan ini. Sejak zaman sebelum penjajahan British lagi Tanah Melayu sudah menerima pendidikan berteraskan agama Islam selepas berkembangnya agama Islam di Melaka. Menurut Hikayat Abdullah dalam Choong Lean Keow (2008), pendidikan Islam pada mulanya diajar di rumah-rumah guru, kemudian berpindah ke masjid, surau dan madrasah dan akhirnya berpusatkan di sekolah pondok. Hal ini menunjukkan perkembangan pendidikan Islam dalam kalangan penduduk Muslim tempatan pada ketika itu. Kurikulum pengajaran pula berdasarkan pada kurikulum Masjidil Haram di Mekah. Terdapat banyak matapelajaran yang disampaikan antaranya ialah ilmu Tauhid, Al-Quran, Fiqh, Nahu, Hadith, Sufi, Tasawuf dan Akhlaq, Bahasa arab dan Tulisan Jawi. Selepas tamat pembelajaran bersama tok guru tersebut, para murid berkhidmat penduduk di kampong sebagai guru ataupun melanjutkan pelajaran ke universiti di Timur seperti Universiti Al-Azhar. Hal ini menunjukkan pendidikan Islam berkembang memandangkan pendidikan individu bukan sahaja terhad sehingga ke peringkat sekolah malah sehingga ke peringkat universiti. kepada Tengah meluas pondok

Zaman penjajahan Portugis menyaksikan kemerosotan penyebaran Pendidikan Islam memandangkan pendidikan berasaskan agama Kristian mazhab Roman Katolik diperkenalkan. Begitu juga ketika British mengambil alih tampuk pemerintahan di Tanah Melayu kena sistem Pendidikan Sekolah Inggeris diwujudkan menyebabkan perkembangan pendidikan Islam terhenti. Namun begitu, menurut Abd. Rahim Abd Rasyid (2003), Selain sekolah berbahasa pengantar Inggeris, terdapat sekolah-sekolah rendah berbahasa Melayu setakat darjah lima di bawah pentadbiran Jabatan Pelajaran. Di luar sistem pendidikan yang ditadbir kerajaan, terdapat sekolah persendirian ... sekolah-sekolah agama, pondok dan madrasah yang dikendalikan oleh komuniti Muslim setempat atau di Bandar-bandar. Setelah Tanah Melayu merdeka dan membentuk negara Malaysia, terdapat akta yang menekankan mengenai pendidikan Islam iaitu Akta Pelajaran 1961. Akta ini menjadikan pendidikan Islam kewajipan bagi Kerajaan Pusat. Sebagai contoh, seorang murid Islam mesti diberikan pendidikan Islam sepanjang ia berada di sekolah rendah dan menengah. Implikasi daripada akta pelajaran 1961 ialah wujudnya Pengetahuan Agama Islam dalam kurikulum pendidikan sekolah. Secara tidak langsung, perkara ini menunjukkan perkembangan pendidikan Islam itu sendiri di mana hasilnya dapat dilihat kini iaitu rakyat yang terdidik dengan penghayatan agama Islam lebih ramai. Akta ini dikuatkuasakan selama 25 tahun dalam kurikulum di sekolah rendah dan menengah. a) Kurikulum Hasil penekanan terhadap pendidikan Islam dalam kurikulum menyaksikan pelbagai perkembangan pendidikan Islam kini iaitu subjek pendidikan Islam yang diwajibkan dalam Kurikulum

Bersepadu Sekolah Rendah (kini Kurikulum Standard Sekolah Rendah) dan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah. Penubuhan sekolah-sekolah agama iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan Agama pula menjadi tempat penghayatan nilai Islam bagi murid-murid Islam dan mereka didedahkan lebih banyak ilmu-ilmu berkaitan agama Islam berbanding sekolah menengah lain. Sistem ini juga menampakkan keberhasilannya dengan lahirnya ramai tokoh ulama di negara ini. Sehingga kini, terdapat 57 buah Sekolah Menengah Kebangsaan Agama di seluruh Malaysia di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia. Selain itu, kursus Tamadun Islam ( kini Tamadun Islam Tamadun Asia) telah diperkenalkan di Institusi Pengajian Tinggi dan Maktab Perguruan ( kini Institut Pendidikan Guru ) sejak 1983 sehingga sekarang. Tujuan kursus ini didedahkan ialah untuk memperkenalkan falsafah pendidikan Islam kepada pelajar-pelajar. Dengan wujudnya golongan muda yang mendalami agama, maka secara tidak langsung falsafah pendidikan Islam yang mahu melahirkan insan berilmu dan beragama dapat dicapai. b) Pendidik Pendidikan Islam yang diperkenalkan kepada rakyat tempatan sebelum zaman kolonialisme British diajar oleh guru-guru yang dikenali sebagai ulama di rumah-rumah mereka. Apabila bilangan pelajar bertambah, para ulama mula mengajar di masjid, surau dan madrasah. Kemudian, setelah institusi agama iaitu sekolah pondok ditubuhkan, pengajar di institusi ini ialah Tok Guru. Kebanyakan tenaga pengajar bagi subjek pendidikan Islam ini menimba ilmu dengan cara melanjutkan pelajaran ke timur Tengah atau berguru dengan ustaz-ustaz.

2.2 Falsafah Pendidikan Timur


Ilmu pengetahuan merupakan salah satu aspek yang dipandang tinggi oleh ahli falsafah Timur kerana mereka sentiasa beranggapan bahawa ilmu akan membolehkan seseorang mencapai kebijaksanaan, mengekalkan struktur kekeluargaan, menggubal undang-undang serta mencapai kehendak ekonomi dan sosial. Demi kecintaan terhadap ilmu, terdapat beberapa ahli alsafah yang tampil membuat ajaran untuk dijadikan panduan untuk pengikut mereka. Sebagai contoh ialah Kung Fu Tze yang terkenal dengan Confucius. Confucius membawa ajaran yang diikuti oleh penganutnya selama beribu tahun lamanya. Malaysia tidak terkecuali daripada negara yang mencedok sedikit sebanyak falsafah pendidikan Confucius. a) Kurikulum Falsafah pendidikan Confucius amat menekankan pengajaran pendidikan Moral. Banyak nila-nilai yang ditekankan dalam aspek moral seperti : 1. Menghormati ibu bapa 2. Hormat orang yang lebih tua 3. Ketekunan 4. Kesetiaan 5. Jimat cermat 6. Tolak ansur 7. Kebijaksanaan 8. Keberanian Nila-nilai ini amat penting dalam kehidupan seharian memandangkan seorang manusia yang mampu mengamalkan nilai-nilai murni akan mendapat rasa dihormati dalam kalangan penduduk setempat. Disebabkan itulah, kurikulum di Malaysia juga menekankan aspek nilai-nilai murni diterapkan dalam

proses pengajaran dan pembelajara. Seawal dari darjah satu lagi, murid-murid diperkenalkan dengan pendidikan Moral bagi murid-murid bukan Islam dan pendidikan Agama Islam bagi murid-murid beragama Islam. Hal ini amat jelas bahawa Kementerian Pelajaran Malaysia bukan sekadar mahu melahirkan ilmuan yang bijak pandai sahaja, tetapi mereka mahu melahirkan individu yang berakhlak mulia dan berbudi bahasa. Sesuai dengan tunjang kemanusiaan yang ditekankan dalam KSSR, nilai murni mengenai kemasyarakatan ditekankan supaya murid-murid mempunyai penghayatan terhadap ilmu akademik dan ilmu kemasyarakatan. Tunjang keterampilan diri dalam KSSR juga menekankan murid terdidik dan dibimbing untuk mempunyai daya kempimpinan dan sahsiah yang tinggi melalui kurikulum dan aktiviti kokurikulum supaya modal insan kelas pertama dapat dilahirkan. b) Pendidik Dalam falsafah pendidikan Confucius, guru bergerak sebagai fasilitator dan menyampaikan ilmu dengan kemahiran yang mereka perolehi. Guru akan sentiasa komited terhadap tanggungjawab serta mesti mengenali dan memahami setiap muridnya supaya potensi para murid dapat digilap dan dimanfaatkan sepenuhnya. Selari dengan pendidikan di Malaysia juga dimana guru bertindak sebagai mentor di dalam kelas dalam Kurikulum Standard Sekolah Rendah. Guru mestilah membimbing murid dan menganalisis kebolehan murid.

2.3 Falsafah Pendidikan Barat


Falsafah Pendidikan Barat mempunyai pengaruh besar dalam sistem pendidikan di Malaysia selepas Tanah Melayu dijajah oleh British. Sama seperti Falsafah Pendidikan Islam dan Timur, ilmu pengetahuan adalah aset penting dalam kehidupan bagi orang-orang barat. Friedrich dalam Choong Lean Keow (2008) berpendapat bahawa pendidikan bertujuan untuk mencapai kehidupan yang lurus, suci dan mulia. Umumnya, falsafah pendidikan Barat dibahagikan kepada dua kategori iaitu Falsafah Pendidikan Tradisional Barat dan Falsafah Pendidikan Moden Barat. Terdapat banyak pembahagian mazhab di bawah kedua-kedua falsafah pendidikan barat ini namun hanya beberapa mazhab sahaja yang dikaji untuk melihat kesan idea falsafah tersebut ke atas Jadual di bawah merupakan pembahagian mazhab bagi kedua-dua falsafah ini. Jika diteliti semula, perlaksanaan Falsafah Pendidikan Moden Barat mempunyai implikasi yang banyak di Malaysia berbanding Falsafah Pendidikan Tradisional Barat. Hal ini kerana kaedah pengajaran bagi Falsafah Pendidikan Moden Barat lebih bersifat praktikal di Malaysia untuk melahirkan individu yang kreatif dan kritis dalam pemikiran. Jadi, apakah implikasi Falsafah Pendidikan Moden Barat ini terhadap perkembangan pendidikan di Malaysia ini? Tiga aspek yang dilihat dalam falsafah ini ialah aspek kurikulum, pendidik dan kaedah mengajar. 2.3.1 Progresivisme a) Kurikulum Mazhab progresivisme menekankan pembelajaran yang berbentuk induktif dimana pembelajaran tersebut memerlukan penerangan yang diberikan oleh guru sendiri tanpa memerlukan teori. Kurikulum mazhab ini memberi kebebasan kepada murid-murid untuk memilih mata pelajaran yang ingin dipelajari. Kurikulum KBSM (kini KSSM) Malaysia melaksanakan perkara ini kepada pelajarpelajar Tingkatan Satu di sekolah menengah dengan memberi kebebasan memilih elektif

pengkhususan dalam subjek Kemahiran Hidup dengan empat pilihan iaitu ekonomi rumah tangga, perdagangan, pertanian dan kemahiran teknikal. Selain itu, perlaksanaan kurikulum ini juga diterapkan kepada pelajar-pelajar Tingkatan Empat dengan memberi pilihan beberapa aliran seperti aliran sains tulen agama, sastera dan vokasional. Perkara sebegini memberi peluang sepenuhnya kepada pelajar untuk memilih bidang kemahiran sesuai dengan minat mereka. b) Pendidik Dalam mazhab progresivisme, guru berfungsi sebagai pembimbing dan pengurus untuk membantu murid-murid menyelesaikan masalah dalam kelas. Guru bertanggungjawab sepenuhnya untuk menghidupkan suasana pembelajaran yang selesa serta merangsang pemikiran anak muridnya supaya pelbagai idea yang kreatif dapat dicambah. Hal ini sudah pun dipraktikkan oleh guru-guru di sekolah yang melaksanakan KSSR di mana guru-guru bertindak sebagai pencetus kreativiti di dalam kelas untuk merangsang pemikiran murid dengan berbekalkan pendekatan didik hibur dan elemen nilai tambah merentas kurikulum. Guru juga dibekalkan dengan buku panduan kreativiti untuk membantu guru dalam pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran. c) Kaedah Mengajar Disebabkan kaedah induktif digunakan dalam proses mengajar, jadi murid diberi peluang untuk mencari keterangan bagi setiap soalan yag dicetuskan oleh guru untuk meningkatkan pemahaman mereka terhadap sesuatu pembelajaran. Hal ini secara tidak langsung melahirkan murid-murid yang aktif dalam kelas. Terdapat beberapa kaedah mengajar yang disyorkan bagi mazhab progresivisme ini iaitu : 1. Menyelesaikan masalah berdasarkan kaedah saintifik dan pendekatan induktif 2. Melakukan eksperimen untuk meneroka alam sekeliling 3. Pengalaman langsung dengan penglibatan murid Ketiga-tiga kaedah ini mampu mewujudkan budaya belajar yang kondusif dan kompetetif kerana para pelajar akan bersaing untuk memberi respons terhadap soalan-soalan guru. Aplikasi daripada mazhab progresivisme dapat dilihat dalam salah satu tunjang KSSR yang menekankan mengenai Sains dan Teknologi dimana guru-guru perlu mendedahkan murid terhadap asas disiplin ilmu Sains melalui pembelajaran dalam kelas, makmal mahupun pembelajaran berdasarkan pengalaman langsung di luar kelas.

2.3.2 Rekonstruktivisme a) Kurikulum Mazhab rekonstruktivisme mempercayai yang hasil ciptaan dan rekaan manusia dan relatif bergantung kepada kepercayaan, masa dan tempat. Mazhab ini juga berpegang bahawa pengalaman manusia akan menimbulkan nilai-nilai asas yang membentuk pegangan kepada diri. Dengan ini, pendidikan kepada masyarakat haruslah memberi penekanan terhadap pembentukan masyarakat itu sendiri. Kurikulum pendidikan dalam mazhab ini mengasaskan corak budaya baharu dan menghapuskan gejala sosial. Terdapat beberapa bidang dalam kurikulum mazhab rekonstruktivisme iaitu : 1. Sosial (Contoh : Kajian Sosial) 2. Isu-isu tempatan 3. Isu-isu antarabangsa Dapat dilihat di sini bahawa terdapat persamaan antara kurikulum daripada mazhab ini dalam pendidikan di Malaysia. Hal ini jelas dilihat dalam perlaksanaan KSSR dimana tunjang kurikulum Kemanusiaan dan Kerohanian, Sikap dan Nilai menekankan mengenai pendidikan sosial untuk

memantapkan sahsiah dan moral pelajar. Tunjang ini amat penting dalam usaha melahirkan manusia yang seimbang dan harmonis dalam aspek sosial. b) Pendidik Guru berfungsi sebagai agen pembaharuan dan perubahan yang perlu bersifat kreatif dan inovatif. Hal ini disebabkan guru memainkan peranan penting untuk memberi satu gambaran jelas kepada pelajar mengenai penekanan kurikulum yang mementingkan isu sosial, isu tempatan dan antarabangsa. Pengetahuan yang luas amat diperlukan oleh guru seiring dengan matlamat yang mahu mengasaskan corak budaya baharu dan pembentukan semula masyarakat. Dari aspek pendidikan di Malaysia, fungsi guru juga mempunyai peranan sama seperti guru yang membawa mazhab rekonstruktivisme ini. Perkara ini jelas dilihat dalam kelas di mana guru sebagai bertindak mengawal kelas dalam suasana pembelajaran yang terancang dan muris-murid berusaha mencari maklumat yang berkaitan isu semasa untuk kefahaman pengetahuan am. Sebagai contoh, dalam kelas guru yang mengajar matapelajaran Sivik dan Kewarganegaraan akan menggalakkan para pelajar untuk mencari artikel berkenaan isu semasa dan isu global di luar dan dalam negara. Dengan cara ini, pelajar akan belajar menegnai perkembangan isu tempatan dan antarabangsa. Isu-isu yang berkaitan dengan nasionaliti dan patriotisme pula akan mewujudkan semangat cinta akan negara dalam kalangan pelajar. Oleh yang demikian, pelajar akan mendapat kesedaran untuk memberi sumbangan kepada negara dan menjadi golongan yang mewujudkan masyarakat yang memaksimumkan potensi diri ke arah kebaikan. Hal ini sejajar dengan kurikulum persekolahan KSSR yang memenuhi keperluan dan tuntutan semasa bagi menyediakan generasi yang mampu menghadapi cabaran abad ke-21. c) Kaedah mengajar Kaedah mengajar bagi mazhab ini ialah berpusatkan murid di mana murid-murid diberi penekanan mengenai kemahiran menyelesaikan masalah melalui beberapa kaedah sepeti : Aktiviti Sumbangsaran Main peranan Simulasi Kaedah-kaedah ini mempunyai fungsi utamanya dengan murid sebagai penggerak utama. Kaedah ini juga dapat dilihat dalam silibus kurikulum Malaysia yang mahukan aktiviti kurikulum yang dijalankan dalam kelas bukan sahaja berpusatkan guru malah mesti berpusatkan pelajar sekali kerana pelajar sebagai penerima ilmu tidak boleh bersifat statik dalam mencerna ilmu malah perlu bersikap lebih terbuka untuk memperluas skop sesuatu ilmu itu. 2.3.3 Eksistentialisme a) Kurikulum Mazhab ini lebih menumpukan kepada fitrah kewujudan manusia. Ahli-ahli eksistentialisme bepegang bahawa realiti merupakan sesuatu yang bersifat subjektif serta hanya bergantung kepadaa individuindividu berkenaan untuk ditafsirkan. Tidak ada kurikulum khusus bagi subjek ini kerana mereka percaya bahawa murid-murid bertanggungjawab sepenuhnya ke atas pendidikan diri sendiri. Namun begitu, terdapat beberapa matapelajaran yang dianggap relevan seperti pendidikan seni, kesusasteraan dan drama. Di Malaysia, pelajar juga diberi peluang untuk memilih aliran yang mereka minati di Tingkatan Empat namun, pilihan itu terhad memandangkan negara kita tidak mampu melayan setiap kehendak pelajar yang berbeza antara satu sama lain. b) Pendidik

1. 2. 3. 4.

Guru merupakan individu yang penting yang menjadi pemangkin pelajar untuk menyediakan peluang pendidikan bagi para pelajar mereka mengekspresikan perasaan dan emosi dalam pembelajaran. Hal ini kerana, pembelajaran yang diikuti dengan minat daripada pelajar dan memenuhi kehendak pelajar akan memberikan mereka satu kepuasan belajar. Dengan ini, para pelajar dapat mengikuti pembelajaran dengan aktif, sesuai dengan kecenderungan terhadap pilihan pembelajaran mereka. c) Kaedah mengajar Disebabkan tiada kurikulum khusus bagi para pelajar dalam mazhab ini, kaedah mengajar yang digunakan ialah berpusatkan aktiviti dan pelajar . Menurut Choong Lean Keow (2008) , main peranan serta simulasi banyak digunakan bagi membolehkan murid-murid meluahkan perasaan dan pemikiran mereka secara mendalam.

You might also like