You are on page 1of 1

8.

0 REFLEKSI

Tugasan morfologi Bahasa Melayu BMM3110 untuk semester lima ini telah memberikan pengalaman baru bagi saya. Walaupun bidang sintaksis ini telah didedahkan pada semester satu bagi Pogram Persediaan Ijazah Sarjana Muda Perguruan Julai 2009 yang lepas, namun tugasan kali ini telah memberi satu pengalaman yang baru bagi saya.

Soalan tugasan ini telah diberikan. Waktu yang diberikan untuk menyiapkan tugasan ini ialah selama empat minggu. Sebelum saya memulakan tugasan ini, saya telah mendapat taklimat dari pensyarah pembimbing iaitu Encik Maniyamin Ibrahim yang merupakan pensyarah bagi subjek BMM 3110 ini. Beliau banyak berkongsi maklumat dan menerangkan bagaimana pemprosesan menghasilkan tugasan BMM3110 ini seperti yang dikehendaki.

Penerangan awal tersebut membantu saya dalam membuat perancangan bagi menjalankan tugasan ini dengan baik. Setelah saya memperolehi kertas tugasan tersebut, saya mencari maklumat daripada internet berkaitan dengan topik-topik yang diingini. Pembahagian kerja ini mempercepatkan lagi proses mengumpulkan maklumat.

Setelah tugasan saya siap sebanyak 80 %, saya mendapatkan kritikan daripada pensyarah pembimbing untuk saya lakukan penambahbaikan dan memurnikan lagi tugasan sehingga siap untuk dihantar dan disemak.

16

You might also like