You are on page 1of 53

RBT3118 REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI

TAJUK 2

Bahan Kemasan dan Alat Kelengkapan

Sinopsis Tajuk ini mendedahkan tentang bahan kemasan yang digunakan dalam projek kerja kayu merangkumi bahan kemasan seperti lilin, minyak linsid, syelek, cat, lekar, varnish, stain dan timber tone. Beberapa alat kelengkapan lain yang turut dipelajari seperti pelbagai jenis paku, skru, bol dan nat, engsel, tombol penarik, pendakap, kuku, selak, kunci dan penahan pintu hidraulik.

Hasil Pembelajaran Pada akhir tajuk ini, anda akan dapat:

1.

Membanding beza pelbagai jenis aktiviti dalam empat bidang kegiatan iaitu Menggambar, Membuat Corak dan Rekaan, Membentuk dan Membuat Binaan serta Mengenal Kraf Tradisional. Menjana idea dengan menggunakan pelbagai alat, bahan, dan teknik serta mengaplikasikannya dalam penghasilan mengikut empat bidang kegiatan. Melaksanakan aktiviti penerokaan dan eksperimen untuk meningkatkan pengamatan dan pertimbangan estetik untuk pengajaran dan pembelajaran setiap bidang kegiatan. Kerangka tajuk 2 modul ini Penahan pintu hidraulik Kunci Bahan kemasan Jenis paku Jenis skru Jenis bol dan nat Engsel Kuku Pendakap

2. 3.

Bahan kemasan dan alat kelengkapan

Selak

Tombol penarik

RBT3118 REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI

2.1

Kandungan Isi Konsep dan pengertian

Apakah yang anda tahu tentang bahan kemasan dan alat kelengkapan ?

Kemasan kayu boleh ditakrifkan sebagai melakukan langkah-langkah kerja terakhir dalam membina sesuatu projek kerja kayu sebelum dipasarkan. Kaedah kemasan yang betul menentukan kesenian tukang dan kecantikan bendakerja. Untuk menghasilkan kemasan yang menarik dan bermutu tinggi bendakerja atau projek perlu dirawat supaya apabila disiapkan dengan kemasan tertentu tidak akan menunjukkan kelemahan dan kecacatan kayu tersebut. Antara langkah dalam kerja kemasan ialah: Memilih cat atau kemasan yang sesuai Merawat kecacatan kayu dengan menyapu dan menyumbat dengan tepung penyumbat ( filler power ) Mengosok dan melelaskan permukaan kayu dengan kertas las ( sand paper) Menyapu warna pada permukaan kayu jika perlu atau membancuh cat dan mengecat samada menggunakan berus atau semburan Memberikan pandangan kayu yang lebih kemas dan cantik Menghilangkan kesan calar atau cacat Menyediakan lapisan pelindung daripada air atau serangga Membuatkan projek atau bendakerja kayu lebih tahan lama

2.2

Bahan kemasan

Pemilihan jenis kemasan bergantung kepada kesesuaian produk dan penggunaan produk yang akan dihasilkan sama ada di dalam atau di luar rumah. Bahan kemasan boleh didapati dalam pelbagai bentuk antaranya lilin, minyak linsid, syelek atau 2

RBT3118 REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI

sampang syelek, cat, lekar, varnis, stain dan timber tone. Tujuan utama kemasan dilakukan adalah : Melindungi permukaan prototaip daripada rosak seperti karat. Menambah mutu, kualiti nilai estetika dan komersial produk. Menambah kemampuan daya ketahanan kehausan. Jadual 1: Jenis kemasan mengikut bahan JENIS BAHAN JENIS KEMASAN YANG SESUAI Cat minyak Syelek Sampang Lekar Lilin Lekar plastik vinil Cat minyak Cat bitumen lekar Cat distemper Cat air / cat emulasi Cat minyak

Kayu

Keluli

Lepa simen/gypsium

Kemasan Lilin Terdapat tiga jenis lilin yang digunakan iaitu lilin keras, sederhana dan lembut.Kemasan yang dilakukan dengan mencairkan lilin dalam turpentine dan menyapukannya ke permukaan kayu supaya lilin dapat menyerap ke dalam ira kayu. Kemudian permukaan kayu dikilatkan dengan menggunakan kain lembut. Jika warna diperlukan, pewarna dilarutkan di dalam turpentine sebelum dibancuh dengan lilin atau mengacau serbuk pewarna dalam cecair lilin.

RBT3118 REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI

Rajah 1 : Sebahagian kemasan lilin Minyak linsid Minyak Linseed adalah minyak lemak berwarna amber yang diekstrak dari kotiledon dan kulit bahagian dalam pada tumbuhan flax. Linseed telah lama digunakan sebagai minyak pengering dalam cat dan varnish, selain itu juga digunakan sebagai bahan pembuat beberapa jenis tinta dan minyak penggumpal.

Rajah 2 : Tumbuhan flax dan contoh minyak linseed Syelek Merupakan kemasan yang lazim digunakan pada kayu. Syelek ialah resin asli yang dihasilkan dari tahi serangga bernama lac bug yang hidup atas dahan ranting sejenis pokok yang terdapat di Asia Tenggara. Resin syelek larut di dalam alkohol methylated spirit. Berfungsi untuk mengilat kayu dinamakan French polishing secara sembur atau sapu dengan berus.

RBT3118 REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI

RBT3118 REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI

Rajah 3 : Beberapa jenis syelek

Rajah 4 : Kaedah membuat kemasan dengan syelek

Syelek didapati sebagai serpihan yang perlu dilarutkan di dalam alkohol untuk digunakan atau dibeli secara bancuh siap. Syelek yang telah dilarutkan hendaklah disimpan di dalam bekas kaca atau bekas plastik. Jika disimpan di dalam tin, warna syelek akan menjadi gelap. 6

RBT3118 REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI

Sampang (Varnish) Sejenis varnish minyak yang menggunakan resin asli (cogo, manila, kauri) atau resin tiruan (pheonilics, alkyds) dimasak dalam minyak pengering (linseed, tung) dan dicairkan dalam pelarut seperti turpentine tulen dan spirit supaya mudah digunakan secara sapu atau sembur. Sampang khas digunakan pada kayu. Proses pengeringan mengambil masa selama 12 hingga 24 jam. Ia mengandungi sifat rintangan cuaca dan tahan air. Oleh itu ia sesuai digunakan

pada kayu untuk pembinaan dalam dan luar.

Rajah 5 : Beberapa jenis varnish 7

RBT3118 REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI

Cat minyak Cat ini mempunyai pewarna dan cecair minyak linseed. Cat minyak menjadi kering melalui proses penyejatan pelarutnya dan pengoksidaan.

Rajah 6 : Beberapa jenis cat minyak Dalam proses mengecat, biasanya tiga lapisan cat diperlukan iaitu lapisan asas, lapisan alas dan lapisan kemasan. Cat lapisan asas mengandungi cecair minyak linseed, plumbum putih dan minyak varnish, pewarna serta pelarut yang sesuai seperti turpentine. Alat-alat untuk mengecat yang sesuai ialah berus dan alat penyembur.

Cat air atau cat emulsi. Mengandungi pewarna dan cecair resin tiruan dan hendaklah dibancuhkan dengan air untuk mencairkannya semasa digunakan. Jenis cat emulsi lateks ialah cat yang diperbuat dengan getah tiruan dan memerlukan air sebagai agen pencair. Cat emulsi menghasilkan kemasan yang pudar. Ia sesuai digunakan untuk mengecat permukaan tembok bata dan konkrit bagi tembok dalam dan tembok luar. Pengeringannya ialah melalui sejatan dan resapan. 8

RBT3118 REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI

Cat ini mudah digunakan sama ada disapu dengan berus, digelek dengan penggelek ataupun disembur. Cat lapisan (undercoat) tidak diperlukan bagi kerja kemasan yang baru.

Rajah 7 : Beberapa jenis cat emulsi Lekar (Lacquer) Lekar yang biasa digunakan terdiri daripada jenis resin (nitro-cellulose). Ia merupakan kemasan lutsinar yang cepat kering. Lekar ini dilarut dengan thinner, boleh disapu atau disembur.

Rajah 8 : Beberapa jenis lacquer Venier Kayu Venier kayu merupakan kepingan kayu nipis yang ditampal pada permukaan kayu. 9

RBT3118 REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI

Ia menyerupai rupa kayu yang asli tetapi ia hanya perlu ditampal pada permukaan kayu supaya kelihatan seperti urat kayu.

Terdapat pelbagai jenis venier kayu di pasaran iaitu: a. Kayu Cengal b. Kayu Nyatoh c. Kayu Balau d. Kayu Meranti e. Kayu Sepetir

Pewarna kayu (Timber tone) Ia digunakan untuk menggelapkan dan mengeluarkan susunan urat kayu dan menyamakan kayu yang berlainan warna. Terdapat tiga jenis tona warna yang ada dipasaran: a) Pewarna minyak digunakan untuk menggilap lilin dan disapu bagi melarutkan pelumur di dalam turpentin atau petrol. b) Pewarna spirit mesti dibancuh dengan dengan syelek dan spirit bertujuan menyamakan permukaan kayu dan mendapatkan kemasan yang sekata. c) Pewarna air digunakan terus pada permukaan kayu sebelum menyapu laker (lacquer). Ia boleh disapu dengan menggunakan berus atau kain.

10

RBT3118 REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI

Rajah 9 : Beberapa jenis pewarna kayu

2.3

Jenis paku Paku biasa (common nail) berkepala bulat dan sesuai digunakan dalam pembinaan yang berat seperti memaku rangka dinding, membuat kotak dan pembinaan am. Paku kotak (box nail) serupa dengan paku biasa kecuali toloknya lebih kecil. Paku kemasan (finishing nail) digunakan untuk kerja-kerja kemasan seperti memasang pelapisan dinding, kerja perabot atau kerja yang tidak memerlukan kepala paku kelihatan. Kepalanya berbentuk peluru dan boleh dibenamkan ke dalam kayu dengan menggunakan pembenam paku. Paku panel (casing nail) sejenis paku dawai yang halus, kepalanya berbentuk kon terbalik dan kurang kelihatan bila dipakukan kepada kayu. Saiznya antara 12mm x 20mm hingga 50mm x 16mm sesuai digunakan dalam kerja panel kerana tidak memecahkan kayu. Paku venir Paku dawai yang halus sama seperti paku panel dan kadangkadang tanpa kepala. Sesuai digunakan untuk memaku kumai dan bahan-bahan yang nipis.

11

RBT3118 REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI

Paku payung kepalanya berbentuk seperti payung, digunakan dalam pemasangan bumbung bergelugur zink dan asbestos bagi menghalang kebocoran di tempat yang dipakukan.

Paku berkepala dua mempunyai dua kepala, digunakan dalam pembinaan acuan kayu. Paku ini dipakukan sehingga kepala pertama terbenam dan kepala kedua timbul untuk memudahkan ia dicabut dengan tukul berkuku.

Paku konkrit diperbuat daripada keluli keras dan boleh dipakukan kepada konkrit untuk memasang kayu, menggantung barang, memasang pendakap dan sebagainya.

Paku bergelugur (berangkai) sejenis paku nipis berbentuk segiempat bujur dan bergelugur yang dibuat daripada keluli. Sesuai digunakan untuk menyambung beberapa keping papan dan untuk menyambung tanggam.

2.4

Jenis skru Skru kepala rata (countersunk) diperbuat daripada keluli lembut bergalvani, tembaga dan loyang bagi mencegah karat, perlu dipasang dengan cermat 12

RBT3118 REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI

kerana mudah patah. Digunakan dalam kerja-kerja yang memerlukan kepala skru sama rata dengan permukaan kayu seperti untuk pemasangan meja, kerusi, engsel dan selak.

Skru kepala bulat mempunyai kepala yang bulat dengan bahagian bawahnya rata. Ia diperbuat daripada keluli, loyang atau tembaga dan digunakan untuk mengikat bahagian-bahagian kayu dan nampak sebagai hiasan kerana kepalanya timbul di atas permukaan kayu.

Skru kepala timbul Cantuman skru kepala rata dan skru kepala bulat. Ia diperbuat daripada bahan yang sama tetapi lebih kuat daripada skru kepala bulat. Digunakan untuk mengikat kepingan logam kepada kayu di mana kekuatan dan kecantikan diutamakan.

Skru kepala segiempat merupakan sejenis skru yang kuat yang diperbuat daripada keluli. Kepala skru berbentuk segiempat dan perlu diketatkan dengan menggunakan sepana. Digunakan untuk kerja-kerja kasar seperti dalam pembinaan jambatan, pemasangan engsel pada pintu pagar, pembinaan koc dan pasakan mesin.

2.5

Jenis bol dan nat (bol mesin, bolt pedati, bol gerigis) Bol digunakan bersama nat untuk mengikat dan mengetatkan dua atau lebih komponen terutama pada bahagian enjin. Terdiri daripada pelbagai jenis dengan ditentukan oleh bentuk kepalanya. 13

RBT3118 REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI

Bol yang sering digunakan ialah bol kepala segi empat dan segi enam. Manakala saiz bol ditentukan oleh panjang dan diameter batangnya.

Rajah 10 : Beberapa jenis bol Nat mempunyai ulir dalam dan digunakan bersama bol atau stad. Saiz nat ditentukan oleh ukuran diameter lubang berulir dan jenis yang mudah diperolehi seperti nat heksagon, nat kota, nat telinga dan nat segi empat. Nat segi empat digunakan dengan bol dalam kerja pemasangan umum dan nat heksagon digunakan dengan bol atau stad dalam kerja pemasangan umum. Nat telinga digunakan di tempat yang tidak memerlukan tekanan kuat tanpa menggunakan soket atau sepana. Manakala nat kota digunakan bersama cemat belah untuk menahan nat terkeluar daripada bol.

2.6

Engsel Barang logam yang utama untuk pemasangan pintu rumah, perabot dan tingkap rumah. Terdapat dalam berbagai jenis sesuai dengan penggunaannya.

14

RBT3118 REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI

Engsel muka tumpu - Engsel yang paling biasa digunakan, terdiri daripada dua keping daun dibentukkan menggelilingi sebatang pin. Diperbuat daripada keluli, Loyang atau aluminium. Ia digunakan untuk menggantung daun pintu dan daun tingkap.

Engsel T Terdiri dari daun segiempat dan engsel panjang antara 150mm hingga 450mm dengan sendinya mengelilingi sebatang pin. Daunnya dipasang pada pemidang dan engsel panjang pada daun pintu. Engsel ini sesuai untuk menggantung pintu yang lebar seperti pintu beroti supaya daun pintu dapat ditanggung dengan lebih baik.

Engsel cangkuk dan simpai Terdiri daripada plat segiempat bujur, simpainya sepanjang 50mm hingga 80mm diperbuat daripada keluli yang lebih tebal dan berat daripada engsel T. Ia digunakan pada pintu berat seperti pintu bengkel dan pintu garaj.

Engsel spring Engsel ini membolehkan pintu boleh ditolak dari dalam dan luar. Ia berfungsi sebagai spring kerana boleh terbuka dan tertutup kembali dengan sendiri. Terdiri dari dua daun untuk memasang daun pintu dan ditetapkan pada kerangka pintu atau dinding. Kebiasaannya dipasang pada pintu bar, pintu dalam pejabat sebagai pemisah terbuka sahaja dan tempat laluan utama ke tempat yang terhad.

Engsel perabot terdiri dari beberapa jenis seperti but hinge, surface hinge, butterfly hinge, continuous atau piano hinge, engsel spring dan engsel bulat.

15

RBT3118 REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI

2.7

Tombol penarik Sejenis penarik yang digunakan pada pintu, tingkap dan laci untuk memudahkannya dibuka dan ditutup. Diperbuat daripada bahan seperti plastik, loyang, tembaga, gangsa, nikalam, besi tuangan, aluminium dan kayu. Terdapat dalam berbagai bentuk. Pemasangannya dengan menggunakan skru.

2.8

Pendakap Sejenis bahan yang juga dikenali sebagai sandal topang. Digunakan untuk menyokong almari atau rak papan yang dipasang pada tembok atau dinding. Diperbuat daripada keluli, plastik atau gangsa. Dipasang dengan menggunakan skru.

16

RBT3118 REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI

2.9

Kuku Terdapat dalam pelbagai rekabentuk. Digunakan untuk menutup pintu dan tingkap terutama bagi pintu perabot. Diperbuat daripada keluli, besi, loyang, gangsa dan plastik. Jenis-jenisnya ialah seperti kuku bebola, kuku bebola kembar, kuku muka almari dan kuku Perancis.

2.10

Selak Alat yang diperbuat daripada kayu atau logam. Terdiri dari selak boleh laras, enkol dan rata. Dipasang pada pintu atau tingkap supaya tertutup dan hanya dapat dibuka dengan menggerakkan selak tersebut. Dibuka dengan menolak tangkai pemegangnya.

2.11

Kunci Dipasang pada pintu bertujuan agar pintu dapat ditutup dengan selamat dan hanya boleh dibuka dengan anak kunci tertentu. Terdapat dalam 2 jenis iaitu Kunci Puting Jenis Pemegang dan Kunci Puting Jenis Selinder.

17

RBT3118 REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI

2.12

Penahan pintu hidraulik Digunakan untuk membolehkan pintu tertutup sendiri setelah dibuka. Mekanismanya menggunakan system hidraulik. Dipasang pada bahagian atas pintu di sebelah yang berengsel.

18

RBT3118 REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI

Latihan 1. 2. Senaraikan langkah-langkah pemasangan Kunci Puting Jenis Selinder pada pintu. Nyatakan kebaikan Kunci Putting Jenis Selinder dengan kunci jenis lain.

Latihan

Apakah yang anda faham tentang alat dan bahan?

TAJUK 1

Amali Meneroka Alat dan Bahan

1.1

Sinopsis Tajuk ini berkaitan penerokaan dan membuat eksperimentasi terhadap pelbagai jenis alat dan bahan serta penerokaan dan membuat eksperimentasi ke atas 19

RBT3118 REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI

perisian-perisian komputer yang dapat memberi nilai tambah dalam penghasilan karya seni. 1.2 Hasil Pembelajaran Pada akhir tajuk ini, anda dapat: 1. Membanding beza pelbagai jenis aktiviti dalam empat bidang kegiatan iaitu Menggambar, Membuat Corak dan Rekaan, Membentuk dan Membuat Binaan serta Mengenal Kraf Tradisional 2. Menjana idea dengan menggunakan pelbagai alat, bahan, dan teknik serta mengaplikasikannya dalam penghasilan mengikut empat bidang kegiatan 3. Melaksanakan aktiviti penerokaan dan eksperimen untuk meningkatkan pengamatan dan pertimbangan estetik untuk pengajaran dan pembelajaran setiap bidang kegiatan 4. Mengaplikasi asas Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) melalui perisian-perisian dalam proses penghasilan karya 5. Merancang aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran setiap bidang kegiatan 6. Menjalankan sesi apresiasi secara mudah

1.3

Kerangka

Amali Meneroka Alat dan Bahan

Meneroka / Membuat eksperimentasi pelbagai jenis alat dan bahan.

20

Meneroka / membuat eksperimentasi perisianperisian.

RBT3118 REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI

1.4

Meneroka / Membuat eksperimentasi pelbagai jenis alat dan bahan.

Nyatakan bentuk penerokaan terhadap alat dan bahan yang pernah anda lakukan dalam menghasilkan karya seni.

21

RBT3118 REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI

22

RBT3118 REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI

TAJUK 2

Meneroka Tajuk dan Isi Kandungan Mengikut Tema

2.1

Sinopsis Tajuk ini berkaitan pengumpulan dan memproses maklumat sesuai dengan Tahap 1 dan Tahap 2, membuat penilaian maklumat mengikut pengetahuan sedia ada murid, mengubahsuai maklumat mengikut minat dan latar belakang murid dan meneroka visual mengikut tajuk, tema dan kandungan.

2.2

Hasil Pembelajaran Pada akhir tajuk ini, anda dapat: 1. Membanding beza pelbagai jenis aktiviti dalam empat bidang kegiatan Iaitu Menggambar, Membuat Corak dan Rekaan, Membentuk dan Membuat Binaan serta Mengenal Kraf Tradisional 2. Menjana idea dengan menggunakan pelbagai alat, bahan, dan teknik serta mengaplikasikannya dalam penghasilan mengikut empat bidang kegiatan 3. Melaksanakan aktiviti penerokaan dan eksperimen untuk meningkatkan pengamatan dan pertimbangan estetik untuk pengajaran dan pembelajaran setiap bidang kegiatan 4. Mengaplikasi asas Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) melalui perisian-perisian dalam proses penghasilan karya 5. 6. Merancang aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran setiap bidang kegiatan Menjalankan sesi apresiasi secara mudah

2.3

Kerangka 23

RBT3118 REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI

Mengumpul dan memproses maklumat sesuai dengan Tahap 1 dan Tahap 2 Membuat penilaian maklumat mengikut pengetahuan sedia ada murid Mengubahsuai maklumat mengikut minat dan latar belakang murid

Meneroka Tajuk dan Isi Kandungan Mengikut Tema

Meneroka tajuk dan isi kandungan mengikut tema alam persekitaran / sosio budaya Meneroka visual mengikut tajuk, tema, kandungan.

2.4

Kandungan Mengumpul dan memproses maklumat sesuai dengan Tahap 1 dan Tahap 2

Sebelum memulakan pengajaran seni visual apakah yang sering dilakukan oleh guru untuk mendapatkan maklumat mengenai kesesuaian aktiviti yang akan dilakukan?

24

RBT3118 REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI

TAJUK 2 PERANCANGAN AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SETIAP BIDANG KEGIATAN MENGIKUT TAHAP 1 DAN 2

SINOPSIS Tajuk ini meliputi topik tentang perancangan aktiviti pengajaran dan pembelajaran

setiap bidang kegiatan mengikut tahap 1 dan 2. Ia merangkumi perbincangan aktiviti pengajaran dan pembelajaran mengikut tajuk-tajuk seperti berikut: Pemerhatian, penerokaan, pengalaman langsung dan apresiasi setiap bidang kegiatan. Tema, isi kandungan, alat dan bahan untuk setiap bidang kegiatan Imaginasi dan ekspresi kanak-kanak

HASIL PEMBELAJARAN:

4. Membanding beza pelbagai jenis aktiviti dalam empat bidang kegiatan iaitu Menggambar, Membuat Corak dan Rekaan, Membentuk dan Membuat Binaan serta Mengenal Kraf Tradisional. 5. Menjana idea dengan menggunakan pelbagai alat, bahan, dan teknik serta mengaplikasikannya dalam penghasilan mengikut empat bidang kegiatan. 6. Melaksanakan aktiviti penerokaan dan eksperimen untuk meningkatkan pengamatan dan pertimbangan estetik untuk pengajaran dan pembelajaran setiap bidang kegiatan. 7. Mengaplikasi asas Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) melalui perisianperisian dalam proses penghasilan karya. 8. Merancang aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran setiap bidang kegiatan. 9. Menjalankan sesi apresiasi secara mudah.

KERANGKA TAJUK-TAJUK 25

RBT3118 REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI

Perancangan Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran setiap Bidang Kegiatan Mengikut Tahap 1 dan 2

Pemerhatian, penerokaan, pengalaman langsung dan apresiasi setiap bidang kegiatan

Tema, isi kandungan, alat dan bahan untuk setiap bidang kegiatan

Imaginasi dan ekspresi kanak-kanak

KANDUNGAN ISI

2.1

Pemerhatian, Penerokaan, Pengalaman Langsung dan Apresiasi Setiap Bidang Kegiatan

Apakah yang anda faham tentang aktiviti apresiasi dalam Pendidikan Seni Visual?

Chapman (1986) telah menggunakan empat aspek utama dalam aktiviti seni iaitu: (i) pemerhatian (ii) penerokaan (iii) penghasilan (pembuatan) (iv) apresiasi dan perlanjutan

26

RBT3118 REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI

Karya Latif Maulan Karya di atas menggambar sebuah seterika lama atau antic yang terletak di atas papan penggosok dan dilapik dengan kain batik berwarna merah. Disebelah seterika itu terdapat juga pelita minyak tanah.Terdapat kesan cahaya yang terpancar dari atas.

KERANGKA TAJUK-TAJUK

Persediaan Mengajar

Komponen Persediaan

Komponen Penyampaian / Perlaksanaan

Komponen Penutup

Refleksi

KANDUNGAN ISI

27

RBT3118 REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI

Latihan 3 1. Mengumpul maklumat bagi komponen penutup dalam persediaan mengajar.

Menganalisis maklumat yang diperolehi. 2. Membuat persediaan mengajar berdasarkan salah satu daripada bidang

Mengenal Kraf Tradisional 3. Persembahan persediaan mengajar secara berkumpulan

2.5 Contoh Persediaan Mengajar


Contoh Rancangan Pengajaran Harian KBSR Matapelajaran Kelas/ Tahap Tarikh Masa Bil. Murid Bidang Kegiatan Tajuk : Pendidikan Seni Visual : Tahap 1 ( 3 cemerlang) : 6.9.2012 : 60 minit : 36 orang : Menggambar : Lukisan (hidupan laut)

Hasil Pembelajaran : ( Rujuk HSP Tahun 3 PSV) Aras 1: I. Menggambar dengan menggunakan bahan dan teknik yang sesuai. Aras 2: 1 Memilih bahan yang sesuai untuk menghasilkan gambar. Aras 3: 1. Menghasilkan gambar dengan menggunakan bahan dan teknik yang sesuai dengan kreatif. 2. Membuat penyataan tentang hasil kerja sendiri dan rakan-rakan. Objektif : Pada akhir pengajaran murid dapat: 1. Menghasilkan lukisan dengan media yang sesuai. 2. Mengaplikasikan asas seni reka dalam penghasilan lukisan. 28

RBT3118 REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI

3. Dapat mewarna karya lukisan dengan kreatif. 4. Menghasilkan karya dengan kemas dan teliti. 5. Dapat membuat penyataan tentang hasil karya sendiri dan rakan. Pengetahuan sedia ada murid: 1. Murid pernah melihat hidupan air . 2. Murid pernah menghasilkan lukisan. Nilai Murni : Bekerjasama, tekun dan teliti. Bahan : Kertas gambar hidupan laut, pensil warna. Kemahiran Berfikir : Kemahiran belajar dan Kemahiran berfikir Secara Kreatif dan Kritis. Strategi Pembelajaran : konstruktivisme, kecerdasan pelbagai dan konstektual. Bahan Bantu Mengajar (BBM) : Gambar hidupan laut, Lagu ikan, ABM Tentang jalinan, Carta alir proses, gambar contoh-contoh karya. Peringkat Penyampaian
Langkah Pengajaran/ Masa Set Induksi (5 minit) Perkembangan Isi pelajaran Lirik lagu Ikan kekek mak iloi-iloi, Ikan gelama mak ilai-ilai Nanti adik mak iloi-iloi. Pulang sama mak ialai-ilai Ada satu si ikan parang Badannya panjang berbelangbelang Isinya putih banyak tulang Sedap dimakan kalau masak pindang. Gambar hidupan air Aktiviti P&P Guru menyanyikan lagu ikan dan murid mendengar Murid mengikut guru menyanyikan lagu ikan. Strategi/Gambara jah /Nilai/ Catatan Kecerdasan pelbagai

Perkembangan: Langkah 1 (10 minit)

Guru menunjukkan gambar hidupan air. Murid mendengar penerangan guru dengan teliti. Guru bersoal jawab dengan murid tentang hidupan air dan jalinan yang terdapat pada badan hidupan air yang ditunjukkan Guru menerangkan tentang jalinan.

Konstektual Bekerjasama, tekun dan teliti.

Gambar jalinan

29

RBT3118 REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI

Langkah 2 (10 minit)

Bahan : Kertas gambar hidupan laut dan pensil warna Proses Penghasilan

Guru memberitahu murid tentang tajuk dan aktiviti pelajaran iaitu menghasilkan lukisan hidupan laut. Guru menerangkan tentang alat dan bahan untuk menghasilkan lukisan. Guru menunjukkan carta alir caracara menghasilkan lukisan.

Belajar Cara Belajar Bekerjasama, tekun dan teliti. .

1.Sediakan kertas bercetak bergambar hidupan laut.

Guru menunjukkan contoh-contoh lukisan yang telah siap. Murid bersoal jawab dengan guru tentang cara-cara membuat lukisan.

2.Warnakan dan buat jalinan pada lukisan. Kemuncak: Langkah 3 (25 minit) Guru mengarahkan murid menghasilkan karya lukisan. Murid mewarna gambar hidupan laut dengan melukis pelbagai jalinan mengikut kreativiti. 3.Warnakan dan buat jalinan sehingga penuh dan siap. Penutup Penilaian Hasil Pembelajaran : Apresiasi dan refleksi : (10 minit) Soalan Apakah yang kamu faham tentang lukisan? Lukisan menggunakan media kering. Apakah aktiviti menggambar yang telah kamu laksanakan? Mewarna dan menghasilkan jalinan pada permukaan badan hidupan laut. Guru membuat sesi penilaian dengan memilih beberapa karya murid. Guru memilih 3 orang murid untuk membuat sesi apresiasi. Guru mengajukan beberapa soalan kepada murid. Guru merumuskan isi pembelajaran pada hari tersebut. Konstruktivisme. Kemahiran belajar. Bekerjasama, tekun dan teliti.

Kemahiran berfikir Secara Kreatif dan Kritis.

Catatan Refleksi :

Contoh Rancangan Pengajaran Harian KSSR

30

RBT3118 REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI

Minggu : Kelas/ Masa/ Matapelajaran Tahun : 2 cemerlang

Hari : Perkara Bidang : Membentuk dan membuat binaan

Tarikh: Impak/ catatan


Bahan Bantu Belajar: Lirik lagu haiwan, gambar haiwan, gambar jenis-jenis boneka, gambar carta alir boneka. Alat dan bahan : Kertas bergambar haiwan, pensil warna, kayu chopstick dan masking tape.

Masa : 9.0010.00 pg

Tema dan tajuk : Boneka (haiwan)

DSV Standard

1.1 Persepsi estetik


1.1.1 Unsur seni

1.2 Aplikasi seni


1.2.1 Media -Media kering 1.2.2 Alat -kaya chopstick

1.3 Ekspresi Kreatif


1.3.1 Murid mengenal pasti tentang jalinan dan jenisnya. 1.3.2 Murid menggunakan jalinan untuk menghasilkan boneka haiwan.

1.4 Aprisiasi seni


1.4.1 Murid mempamerkan hasil karya 1.4.2 Murid membuat tentang penyataan hasil kerja sendiri dan rakan.

Kandungan :

1.1.1 Jalinan

Refleksi

1.1.2 warna

1.2.3 Bahan - Kertas bergambar haiwan, pensil warna, masking tape.

Objektif Pembelajaran :

1.1.3 Di akhir pengajaran murid dapat : 1. Memahami maksud jalinan dan jenis-jenis jalinan. 2. Mewarna dan menghasilkan boneka lidi (haiwan) 3. Menghasilkan boneka lidi haiwan dengan kemas dan teliti. 4. Menghasilkan boneka lidi yang menarik mengikut kreativiti 1. Guru memaparkan lirik lagu haiwan dan murid menyanyikan lagu bunga indah.

Aktiviti P&P :

31

RBT3118 REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI

2. Guru menunjukkan gambar haiwan dan bersol jawab dengan murid. 3. menerangkan tentang jalinan dan jenis-jenis jalinan. 4. Guru menunjukkan contoh gambar jenis-jenis boneka. 5. Guru menunjukkan carta alir penghasilan boneka lidi. 6. Murid menghasilkan karya boneka lidi. 7. Murid mempamerkan dan menceritakan tentang karya yang dihasilkan.

EMK : Penilaian P&P :

Kreativiti dan keusahawanan. Proses penghasilan karya sepanjang aktiviti berdasarkan empat Standart Kandungan.

STANDARD PEMBELAJARAN Persepsi estetik (10 minit) Guru menunjukkan lirik lagu haiwan kepada murid dan murid menyanyikan lagu haiwan. Guru bersoal jawab dengan murid tentang lirik haiwan yang ditunjukkan . (EK 1: Membina jaringan sosial)

ILUSTRI AKTIVITI LIRIK LAGU HAIWAN


Ibu ayam dikejar musang Anak ayam cari ibunya Ibu ayam berlari terus lari dan ditangkap musang. Anak ayam mencari terus cari ibunya yang hilang Oh kasihan (2x) Aduh kasihan Oh kasihan (2x) Aduh kasihan

Aplikasi seni (10 minit) Guru menunjukkan gambar haiwan kepada murid. Guru bersoal jawab dengan murid tentang haiwan. Guru menunjukkan contoh gambar unsur seni jalinan kepada murid. Guru menerangkan tentang jalinan dan jenisjenis jalinan. Guru bersoal jawab dengan murid tentang unsur seni jalinan. Guru menunjukkan contoh jenis-jenis boneka. Guru menerangkan boneka dan teknik penghasilan boneka pada murid. Guru menunjukkan carta alir menghasilkan boneka lidi kepada murid-murid.

GAMBAR HAIWAN

Definisi jalinan : Kesan pada sesuatu permukaan

32

RBT3118 REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI

Guru menunjukkan demonstrasi menghasilkan boneka lidi.

JENIS-JENIS BONEKA

Boneka lidi

Boneka sarung tangan

Ekspresi kreatif (30 minit) Murid melakukan aktiviti boneka lidi dengan bimbingan guru. Boneka jari ALAT DAN BAHAN

Langkah 1 Menyediakan bahan seperti kertas bergambar haiwan, layu chopstick, masking tape dan juga pensil warna. Langkah2 Murid mewarna boneka lidi dengan meletakkan pelbagai jalinan dan melekatkan boneka pada lidi menggunakan masking tape. Langkah 3 Murid ulangi langkah 2 sehingga karya siap dihasilkan. (EK 2- Melaksanakan langkah-langkah yang telah disediakan.

Gambar haiwan, kayu chopstick, pensil warna, masking tape.

Apresiasi seni visual (10 minit)

33

RBT3118 REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI

Murid mempamerkan hasil kerja boneka lidi. Murid membuat sesi aprisiasi tentang hasil kerja sendiri dan rakan-rakan.

1.Sediakan alat dan bahan seperti kertas bergambar haiwan, pensil warna, masking tape dan kayu chopstick

2 .Mewarna gambar haiwan sehingga penuh.

3. Lukiskan haiwan.

jalinan

pada

gambar

5.

Lekatkan gambar haiwan untuk dijadikan boneka menggunakan masking tape.

Catatan Refleksi

TAJUK 3

Amali - Menghasilkan Karya Menggambar, Membuat Corak dan Rekaan

SINOPSIS

34

RBT3118 REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI

Tajuk ini meliputi penjanaan idea menggambar dan membuat corak dan rekaan tahap 1 dan 2. Tumpuan diberikan kepada aspek alatan, bahan dan, teknik, serta mengaplikasikannya dalam penghasilan mengikut empat bidang kegiatan. Bagi melengkapkan diri anda sebagai guru mata pelajaran PSV, anda seharusnya boleh menjelaskan, menghayati, mengaplikasi, melaksanakan dan membuat refleksi tentang penghasilan karya bidang Menggambar serta Membuat Corak dan Rekaan dengan merujuk kepada sukatan, huraian, buku-buku dan internet serta pengalaman tokohtokoh guru. HASIL PEMBELAJARAN:

10. Membanding beza pelbagai jenis aktiviti dalam empat bidang kegiatan iaitu Menggambar, Membuat Corak dan Rekaan, Membentuk dan Membuat Binaan serta Mengenal Kraf Tradisional. 11. Menjana idea dengan menggunakan pelbagai alat, bahan, dan teknik serta mengaplikasikannya dalam penghasilan mengikut empat bidang kegiatan. 12. Melaksanakan aktiviti penerokaan dan eksperimen untuk meningkatkan pengamatan dan pertimbangan estetik untuk pengajaran dan pembelajaran setiap bidang kegiatan. 13. Mengaplikasi asas Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) melalui perisianperisian dalam proses penghasilan karya. 14. Merancang aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran setiap bidang kegiatan. 15. Menjalankan sesi apresiasi secara mudah. KERANGKA TAJUK-TAJUK

Menghasilkan karya Menggambar, Membuat Corak dan Rekaan

Mengaplikasi pelbagai alat, bahan dan media dalam menghasilkan karya

Bertindakbalas dengan visual melalui pelbagai cara 35 untuk membuat apresiasi

RBT3118 REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI

KANDUNGAN ISI

2.1

Mengaplikasi Pelbagai Alat, Bahan dan Media dalam Menghasilkan Karya

Cuba anda baca keterangan berikut dan cuba fahamkan aplikasi alatan dan bahan yang betul dan tepat?

Menggambar Alat dan Bahan dalam Aktiviti Teknik Gurisan Kertas lukisan Alat jangka lukis / pisau / jarum dan lain-lain yang difikirkan sesuai untuk kerja-kerja mengguris atau mengikis Krayon atau pastel minyak (pastel jenis kapur tidak sesuai digunakan)

Alat dan Bahan dalam Aktiviti Teknik Lukisan

36

RBT3118 REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI

Alat dan Bahan dalam Aktiviti Teknik Catan


Bahan Warna poster Bahantara Air Penguat Pengilat larut air Cat gouache Fresco Air Gam arab Sifat-sifat Bersifat legap dan tebal Cepat kering Boleh lutsinar tetapi tidak seperti cat air Sesuai di permukaan kertas Bersifat lutsinar, lembut Bersifat tebal sekiranya disapu berlapis-lapis Sesuai di permukaan kertas Bersifat lutsinar dan legap Cepat kering Kesan seperti cat air dan cat minyak Kalis air dan minyak Dihasilkan di permukaan kanvas Bersifat legap dan tebal Lambat kering Hanya sesuai untuk permukaan kanvas Bersifat lutsinar tetapi tidak seperti cat air Sesuai di permukaan kanvas dan kertas Bersifat lutsinar dan legap Cepat kering Sesuai di permukaan kertas Bancuhan pewarna dan air disapukan ke atas lapisan kapur plaster yang masih lembap Ia sesuai untuk menghasilkan catan dinding atau mural

Warna air

Air

Gam arab

Cat akrilik

Air/minyak

Plastik cecair warna putih

Cat minyak Cat tempera

Turpentine

Minyak linsid

Air

Kuning telur

Kapur plaster

Air atau kapur

air

Alat dan Bahan dalam Aktiviti Teknik Gosokan Pelbagai jenis pensil (jenis lembut dan keras), pensel yang berasaskan lilin dan pelbagai jenis pensel warna yang terdapat di pasaran. Pensel dan pensel warna akan memberikan kesan yang halus. Kesan graphite pada mata pensel jenis lembut adalah paling sesuai tetapi cepat rosak. 37

RBT3118 REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI

Kapur dan pastel yang pelbagai warna. Jalinan yang dihasilkan tidak akan kekal lama kerana kapur dan pastel adalah bahan kering dan rapuh. Penyembur pemati warna atau fixatif perlu digunakan untuk melindungi kesan jalinan daripada rosak.

Pelbagai jenis warna krayon. Memberikan kesan gosokkan yang tebal dan nyata. Penggunaan krayon digosok secara sisi atau dibaringkan akan menghasilkan kesan jalinan yang lebih baik daripada menggunakan mata krayon.

Arang atau pensil arang. Gosokan yang dihasilkan oleh arang mudah rosak kerana sifatnya yang berhabuk dan rapuh. Fixative atau pemati warna digunakan ke atas permukaan berjalinan untuk mengukuhkan kesan jalinannya daripada mudah rosak.

Kertas surat khabar yang belum bercetak, kertas pengalas rak-rak dapur yang jenis nipis, kertas kartrij, kertas taip dan lain-lain kertas yang bersesuaian. Penggunaan pelbagai jenis kertas yang tidak terlalu tebal adalah penting untuk memperoleh kesan jalinan yang menarik.

Alat dan Bahan dalam Aktiviti Teknik Montaj Foto sebenar seperti gambar keluarga, alam semulajadi, haiwan, alam benda Gambar atau ilustrasi dari majalah/surat khabar seperti figura, landskap dan tumbuh-tumbuhan Gunting, pisau pemotong kertas, pelbagai jenis gam Warna basah seperti cat tempera, cat air, cat poster, dakwat dan berus lukisan Gambar atau imej yang telah diimbas dengan menggunakan pengimbas Bahan-bahan terbuang seperti gambar-gambar lama, cawan dan pinggan kertas, imej kartun dari majalah, poster dan lain-lain bahan yang berkaitan Pelbagai jenis tiket seperti tiket bas, tiket tol, tiket teksi, tiket pawagam dan lainlain. Alat dan Bahan dalam Aktiviti Teknik Resis 38

RBT3118 REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI

Bahan yang berasaskan lilin seperti lilin biasa, lilin paraffin, krayon dan pastel Pelbagai jenis kertas seperti kertas lukisan, kertas tebal, kertas kadbod, kertas kad manila Pelbagai jenis tekstil seperti kain putih seperti kain cotton poplin, cotton cambrich, rayon/fuji, cotton lawn kima Jenis-jenis pensel untuk membuat lakaran, kapur tulis, bekas air, pemadam Jenis-jenis warna seperti cat air, cat poster, tempera,cat emulsi dan lain-lain warna yang bersaskan air Pelbagai jenis dakwat basah

Alat dan Bahan dalam Aktiviti Teknik Mozek Pelbagai jenis kertas seperti kadbod, kertas lukisan, kertas menaip, kertas nota, kertas surat khabar dan kertas binaan (construction paper). Pelbagai jenis pelekat seperti gam biasa, gam putih, gam kayu dan gam simen. Bekas untuk menyimpan carikan kertas, kadbod, syiling dan bijirin. Playar, pembaris dan clear spray Bahan semula jadi seperti bunga-bunga kering, pelbagai daun kering dan rumput Pelbagai jenis biji-bijian atau objek semula jadi. Pewarna makanan Pensel, pen dan tali Pelbagai jenis warna, kertas majalah berwarna dan gambar-gambar berwarna.

Alat dan Bahan dalam Teknik Cetakan Kertas lukisan Kentang, warna air dan kertas, gunting, pisau, berus dan span

Alat dan Bahan dalam Aktiviti Teknik Foto, Animasi, Gambar 3 Dimensi dan Ilusi Visual 39

RBT3118 REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI

Pelbagai jenis kamera DSLR, kamera video dan kamera digital. Perisian komputer seperti Adobe Photoshop, Publisher, Painter, Corel Draw dan sebagainya.

Membuat Corak dan Rekaan Alat dan Bahan dalam Aktiviti Teknik Percikan dan Renjisan Berus lukisan yang pelbagai jenis,saiz dan bentuk Berus gigi dan berus sental Pelbagai jenis berus cat dari permukaan lembut ke permukaan keras Penggelek cetakan yang pelbagai saiz Pelbagai jenis cat air, cat poster, akrilik, tempera, cat minyak, cat kilat/ gloss paint, cat emulsi, cat plaka / mural, dakwat dan sebagainya Kertas yang pelbagai jenis seperti kertas lukisan, kertas taip, kadbod, manila kad, kertas stensil termasuk di atas permukaan papan lapis, dinding dan lain-lain permukaan yang sesuai Warna semburan / Spray Can, pistol semburan, peralatan Air Brush Pisau, pita pelekat, kain buruk, surat khabar, gam dan sebagainya . Pelbagai jenis tumbuh-tumbuhan kering, corak figura, bentuk-bentuk dari alam benda boleh digunakan untuk menghasilkan gambar dalam aktiviti percikan Alat dan Bahan dalam Aktiviti Teknik Corak Ikat Dan Celup Pewarna kain untuk dibancuh dengan air. Tali untuk mengikat kain. Alat Jemur kain. Seterika panas untuk menggosok kain. 40

RBT3118 REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI

Alat dan Bahan dalam Aktiviti Teknik Corak Pualaman.

Sediakan bahan dan alatan seperti baldi atau besen, air, sudu, batang berus, ranting, cat minyak, kertas lukisan, terpentin atau minyak gas. straw, cat kilat,.

Alat dan Bahan dalam Aktiviti Teknik Corak Tiupan Straw untuk menyedut warna air dan tiupkan pada permukaan kertas. kertas katrid.

Alat dan Bahan dalam Aktiviti Teknik Corak Titisan Lilin (Resis) warna dan kertas. cairan lilin untuk dititiskan ke atas kertas

Alat dan Bahan dalam Aktiviti Teknik Corak Ikatan dan celup Kain atau tisu warna batik. Tali untuk mengikatkan tisu atau kain.

Alat dan Bahan dalam Aktiviti Teknik Corak Renjisan dan percikan Warna air dan kertas warna.

Latihan 1

41

RBT3118 REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI

1.

Pelajar menghasilkan sesuatu gambar berdasarkan tajuk yang sama dengan

menggunakan lima teknik yang berbeza 2. Pelajar menghasilkan corak terancang seperti batu bata, blok, berpusat, turun

separa

2.2

Bertindakbalas Dengan Visual Melalui Pelbagai Cara Untuk Membuat Apresiasi

Bagaimanakah anda bertindakbalas terhadap penghayatan karya seni visual?

Terdapat berbagai cadangan oleh beberapa pakar Pendidikan Seni mengenai proses apresiasi. Feldman (1967) dan Smith (1967) mencadangkan aktiviti-aktiviti Penerangan
Mengamati hasil seni dan menggambarkan sifat-sifat tampak seperti warna, garisan, bentuk, rupa, jalinan dan elemen-elemen gubahan iaitu prinsip dan struktur. Menganalisa perhubungan sifat-sifat tampak seperti unsur-unsur seni, prinsip dan struktur. Menganalisa kualiti ekspresif seperti mood dan suasana Menghuraikan stail sesuatu karya. Mencari makna-makna yang terdapat pada sifat-sifat tampak seperti subjek, simbol, unsur-unsur seni, prinsip, struktur corak dan bahan. Mencari metafora-metafora (ibarat /kiasan) dan analogi-analogi (persamaan) untuk menjelaskan makna tersebut.

aprisiasi seni, berasaskan kepada proses persepsi dan intelektual melalui empat tahap: Jenis Tahap
Menggambarkan (description)

Menganalisa (analysis)

Tafsiran (interpretation)

42

RBT3118 REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI

Penilaian (evaluation)

Membuat penilaian berdasarkan kepada kriteria yang bersesuaian seperti keaslian, gubahan, teknik dan fungsi. Menilai hasil seni berdasarkan kepada pengertiannya (significance) dari segi individu, sosial, keagamaan dan kepercayaan, sejarah serta kesenian nya.

Contoh penggunaan alatan dan bahan bagi aktiviti cetakan timbul lino / kayu di atas. Lino atau kayu diukir dengan pisau pengukir untuk mendapatkan gambar. Terdapat berbagai jenis pisau pengukir seperti pisau jenis rata, pisau jenis v, pisau jenis u, dan pisau jenis sendeng. Dakwat digelek pada kepingan kayu atau lino dengan menggunakan penggelek.

43

RBT3118 REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI

Terdapat berbagai jenis dakwat cetak dipasaran.

Untuk mendapatkan hasil

karya yang bermutu perlu menggunakan dakwat yang berkualiti. Cetakan dilakukan ke atas kertas yang sesuai seperti kertas beras. Kertas yang sesuai tidak terlalu nipis atau kertas jenis tebal. Spatula digunakan untuk menekan dan meratakan kertas kepada lino atau kayu. Bagi menjaga kebersihan semasa bekerja kertas akhbar perlu digunakan sebagai lapik. Turpentin digunakan untuk mencuci peralatan. Boleh juga menggunakan minyak tanah. Aspek Asas Aspek tema - Tema Alam semulajadi, alam sekeliling, perkampungan - Tajuk cetakan Pemandangan di Kampung. - Imej perkampungan - Konteks budaya Aspek nilai Nilai budaya Melayu. Mencintai alam sekitar Perasaan damai dan tenang Nilai cetakan secara keseluruhan terminologi Garisan - Garisan tebal, tipis, putus-putus dan lain-lain lagi. Rupa rupa Warna ton warna ( hitam dan putih ) jalinan kesan jalinan tampak ruang penggunaan perspektif dan komposisi 44 Seni Reka /

Contoh aplikasi apresiasi bagi aktiviti cetakan timbul lino / kayu di atas.

RBT3118 REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI

Kepelbagaian - kombinasi pelbagai gagasan, nilai dan persembahan. Kesatuan menimbulkan tema dan keseragaman. Kontra ciri-ciri berlawanan. Imbangan agihan ruang dari segi kedudukan. Penegasan menarik perhatian pemerhati. Pergerakan menggunakan garisan dan jalinan.

Latihan 2 Senaraikan aras-aras dalam mengesan kemahiran penilaian yang betul. murid terhadap keupayaannya

memahami, mentafsir, dan menterjemah karya dari aspek konsep dan prinsip, item-item

45

RBT3118 REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI

TAJUK 4

Amali - Menghasilkan Karya Membentuk dan Membuat Binaan serta Kraf Tradisional

SINOPSIS Tajuk ini meliputi penjanaan idea Membentuk dan Membuat Binaan serta Kraf

Tradisional tahap 1 dan 2. Tumpuan diberikan kepada aspek alatan, bahan dan, teknik, serta mengaplikasikannya dalam penghasilan mengikut empat bidang kegiatan. Bagi melengkapkan diri anda sebagai guru mata pelajaran PSV, anda seharusnya boleh menjelaskan, menghayati, mengaplikasi, melaksanakan dan membuat refleksi tentang penghasilan karya bidang Membentuk dan Membuat Binaan serta Kraf Tradisional dengan merujuk kepada sukatan, huraian, buku-buku dan internet serta pengalaman tokoh-tokoh seni visual serta pandai tukang. HASIL PEMBELAJARAN: beza pelbagai jenis aktiviti dalam empat bidang

16. Membanding

kegiatan iaitu Menggambar, Membuat Corak dan Rekaan, Membentuk dan Membuat Binaan serta Mengenal Kraf Tradisional. 17. Menjana idea dengan menggunakan pelbagai alat, bahan, dan teknik serta mengaplikasikannya dalam penghasilan mengikut empat bidang kegiatan.

46

RBT3118 REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI

18. Melaksanakan aktiviti penerokaan dan eksperimen untuk meningkatkan pengamatan dan pertimbangan estetik untuk pengajaran dan pembelajaran setiap bidang kegiatan. 19. Mengaplikasi asas Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) melalui perisianperisian dalam proses penghasilan karya. 20. Merancang aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran setiap bidang kegiatan. 21. Menjalankan sesi apresiasi secara mudah. KERANGKA TAJUK-TAJUK

Menghasilkan karya Membentuk dan Membuat Binaan serta Kraf Tradisional

Mengaplikasi pelbagai alat, bahan dan media dalam menghasilkan karya

Bertindakbalas dengan visual melalui pelbagai cara untuk membuat apresiasi

KANDUNGAN ISI

2.1

Mengaplikasi Pelbagai Alat, Bahan dan Media Dalam Menghasilkan Karya

Adakah sumber pengajaran didapati kurang penting dalam

membantu pengajaran?

Membentuk dan Membuat Binaan Terdapat pelbagai jenis alat dan bahan yang boleh digunakan di dalam bidang membentuk dan membuat binaan berdasarkan jenis-jenis aktiviti seperti yang dinyatakan dalam Sukatan Pelajaran Pendidikan Seni Visual Sekolah Rendah. 47

RBT3118 REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI

Bil.

Jenis Aktiviti Alat Pahat Penukul Alat pengukir Pengikis Kikir Pari Kertas Pasir

Alat dan Bahan Bahan Alat Playar Gunting dawai/zink Ragum Alat pengimpal Pemotong besi Tukul besi Alat Playar Gunting dawai/zink Ragum Alat pengimpal Pemotong besi Tukul besi Kayu Logam Batu Simen Bongkah-bongkah Spare-part kenderaan Bahan Kutipan Besi Roda dan sebagainya Bahan Besi Dawai Kertas Tali temali Kepingan Logam Kad bod. Aluminium Fiber glass Bahan Simen kepingan logam Kepingan kayu Plaster of Paris Batu Kayu Plastik Kertas lumat Papier Macheir Tanah Liat Bahan

1.

Arca Timbul

2.

Asemblaj

3.

Mobail

4.

Stabail -

Alat Playar pemotong Gunting Dawai Gergaji besi/kayu

48

RBT3118 REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI

Bahan pelekat Pisau pemotong Gerudi elektrik

Plastik Spare-parts kenderaan Besi Logam Papan dan sebagainya Bahan Mounting board Polystrin Kertas warna Span bunga Simen harder Bahan Aluminium Cermin/kaca Kertas tebal Kepingan tembaga/zink/timah Dawai Kepingan plastik/Perspek Fiber glass Karangan laut Tanah liat/plastesin Bahan Kertas warna Pollistirena Penutup botol gabus Bahan

Alat 5. Model , Alat 6. Diorama 7. Boneka 8. Topeng Playar Gunting dawai/zink Ragum Pisau NT Gunting, Sesiku L, Pembaris keluli Tukul besi Gerudi elektrik Alat Pisau Tali Gunting Gam Alat Gergaji Pensil Pahat pelbagai jenis Pengetuk kayu Tukul Kapak Gerudi pelbagai jenis Gam serbaguna Pisau/Gunting Warna Kertas pasir -

49

Kayu Kulit lembu/kambing/ kerbau Kertas tebal Tanah liat Warna batik Warna-warna tradisional Permata untuk hiasan

RBT3118 REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI

9. Origami -

Pisau Berus lukisan pelbagai jenis Kertas washi Kertas kerajang Kertas sepasang

Benang bulu Perada

Mengenal Kraf Tradisional Alatan dan bahan yang digunakan untuk menghasilkan wau. Mounting board untuk menghasilkan badan wau. Kertas warna untuk membuat corak pada wau. Tali raffia atau benang warna untuk membuat rambu. Gam untuk menampal corak pada mounting board. Bahan hiasan manik, benang emas, labuci. Pen metalik untuk melakar kesan garisan dan jalinan khas Contoh-contoh gambar wau. Ragamhias, ruang, aplikasi warna dan prinsip rekaan yang relevan. Menghasilkan aplikasi terhadap penemuan bahan baru seperti media campuran seperti buluh digantikan dengan straw board, tali tangsi diganti dengan bahan benang dan penggunaan bahan yang sesuai dan mencabar. Alatan dan bahan yang digunakan untuk menghasilkan pelbagai jenis tembikar. Tanah liat. Tanah liat cair sebagai perekat. Pisau untuk memotongkan tanah liat mengikut bentuk dan saiz yang dikehendaki. 50

RBT3118 REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI

Alat pengukir atau penerap untuk membuat ragam hias atau menebuk bahagian yang hendak ditebuk. Mesin putaran Dawai digunakan untuk mengeluarkan produk dari mesin. Acuan tembikar daripada plaster of paris Kepingan papan untuk pelapik. Tanur untuk membakar tembikar sehingga betul-betul kering.

Latihan 1

1.

Secara individu menghasilkan satu binaan menggunakan bahan seperti kotak,

plastersin, botol, tin. 2. Mengumpul maklumat serta gambar kraf tradisional seperti ukiran, anyaman,

tembikar, batik, tekat dan sulaman. 3. Menghasilkan motif kraf tradisional seperti kraf anyaman, kraf batik, dan kraf

tenunan.

2.2

Bertindakbalas Dengan Visual Melalui Pelbagai Cara Untuk Membuat Apresiasi

Adakah anda faham tentang tindakbalas bahasa seni visual dalam sesi apresiasi?

51

RBT3118 REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI

Sesuatu produk bidang Membentuk dan Membuat Binaan dikatakan cemerlang semasa membuat apresiasi adalah mempunyai ciri-ciri yang berikut: Produk menepati tema dan tajuk. Bahan yang digunakan sesuai dan relevan dengan keadaan semasa dan boleh diperolehi dengan mudah serta kos yang rendah. Produk yang dihasilkan perlu diberi penekanan dari aspek ketahanan dan keselamatan. Konsep kepelbagaian bahan dapat diadun dengan baik, membentuk suatu gubahan yang menarik serta dapat memberi penjelasan yang tepat. Mempunyai daya tarikan semasa dipamerkan kerana mempunyai sifat ketulenan dari segi penghasilan. Memenuhi prinsip-prinsip rekaan seperti pergerakan, kontra, warna, imbangan dan kesatuan yang menarik. Aspek-aspek penting dalam apresiasi pengajaran dan pengajaran Mengenal kraf Tradisional. Kefahaman konsep Pendedahan kepada pelbagai jenis kraf tradisional dan pengunaannya. Memahami proses penghasilan kraf tradisional. Memahami peralatan dan kesuaiaian bahan proses penghasilan. Memahami pelbagai teknik dalam proses penghasilan.

Proses penghasilan Meningkatkan kemahiran dalam aktiviti membuat kraf tradisional. Menjelaskan setiap prosidur melalui tunjukcara. Menyedarkan prosidur yang betul dalam proses menghasilkan karya kraf tradisional.

52

RBT3118 REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI

Nilai estetik Menyedarkan pelbagai jenis bahan terpakai boleh dijadikan hasil seni yang kreatif. Menyedarkan pelbagai unsure tampak/visual seperti warna, jalinan, corak yang memberi nilai kepada hasil karya. Penerapkan nilai dapat dilakukan melalui aktiviti membentuk.

Latihan 2 1. Mempamerkan semua hasil karya keempat-empat bidang kegiatan dan

melaksanakan sesi apresiasi bersama pensyarah. 2. Penggunaan teknik sumbangsaran dalam sesi apresiasi hasil kerja murid,

53

You might also like